hak asasi kanak-kanak

22
Hak Asasi Kanak-Kanak Pengenalan Dunia kanak-kanak sepatutnya dilalui dengan penuh riang dan ceria. Seiring usia yang masih mentah dan jiwa mereka yang putih bersih, kanak-kanak berhak menikmati kehidupan indah dan menggembirakan. Kanak-kanak perlu mendapat pembelaan yang sewajarnya oleh anggota masyarakat bagi memberi peluang kepada mereka untuk berkembang potensi secara menyeluruh dan seimbang. Hak asasi kanak-kanak sejagat telah digariskan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dalam Konvensyen Mengenai Hak Kanak-Kanak atau dikenali sebagai Children's Rights Convention (CRC) pada tahun 1989. Negara Malaysia telah terima pakai CRC kecuali mengekalkan reservasi terhadap Fasal 1, 2, 7, 13, 14, 15, 28 (1) (a) dan 37. kerana bertentangan dengan dasar, undang-undang dan amalan negara kita (Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia). Menurut CRC, hak utama kanak-kanak yang harus dilindungi adalah: Hak untuk hidup Hak memperoleh perlindungan Hak berkembang Hak penyertaan Bagi memastikan mereka tidak terabai di dalam arus kehidupan masa kini yang penuh cabaran, hak asasi kanak-kanak perlu dihormati dan dilindungi dalam aspek yang berikut: penjagaan pendidikan kemudahan asas advokasi perundangan perkerjaan dan kesejahteraan hidup kanak-kanak.

Upload: rory-jack

Post on 23-Jun-2015

5.868 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: Hak Asasi Kanak-Kanak

Hak Asasi Kanak-Kanak

Pengenalan

Dunia kanak-kanak sepatutnya dilalui dengan penuh riang dan ceria. Seiring usia yang masih mentah dan jiwa mereka yang putih bersih, kanak-kanak berhak menikmati kehidupan indah dan menggembirakan. Kanak-kanak perlu mendapat pembelaan yang sewajarnya oleh anggota masyarakat bagi memberi peluang kepada mereka untuk berkembang potensi secara menyeluruh dan seimbang. 

Hak asasi kanak-kanak sejagat telah digariskan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dalam Konvensyen Mengenai Hak Kanak-Kanak atau dikenali sebagai Children's Rights Convention (CRC) pada tahun 1989. Negara Malaysia telah terima pakai CRC kecuali mengekalkan reservasi terhadap Fasal 1, 2, 7, 13, 14, 15, 28 (1) (a) dan 37. kerana bertentangan dengan dasar, undang-undang dan amalan negara kita (Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia). Menurut CRC, hak utama kanak-kanak yang harus dilindungi adalah:

Hak untuk hidup Hak memperoleh perlindungan Hak berkembang Hak penyertaan

Bagi memastikan mereka tidak terabai di dalam arus kehidupan masa kini yang penuh cabaran, hak asasi kanak-kanak perlu dihormati dan dilindungi dalam aspek yang berikut:

penjagaan pendidikan kemudahan asas advokasi perundangan perkerjaan dan kesejahteraan hidup kanak-kanak. 

Page 2: Hak Asasi Kanak-Kanak

Hak asasi kanak-kanak di Malaysia

© UN Malaysia/2004/Chauly

Malaysia telah mewujudkan persekitaran yang memberi kesempatan kepada kanak-kanak, termasuk institusi berkanun, gabungan bukan kerajaan dan kesedaran umum yang semakin meningkat.

Sebagai sebahagian daripada komitmen kepada perlindungan dan kesejahteraan kanak-kanaknya, Kerajaan Malaysia telah mengesahkan dan menandatangani Konvensyen-konvensyen  yang berikut:

Konvensyen Hak Asasi Kanak-kanak : 19 Mac 1995 Konvensyen Penghapusan Semua Bentuk Diskriminasi terhadap Wanita: 4 Ogos 1995 Konvensyen Pertubuhan Buruh Antarabangsa 138 (umur minimum untuk diambil

bekerja) : 1997 Konvensyen Pertubuhan Buruh Antarabangsa 182 (bentuk buruh kanak-kanak yang

paling teruk): 10 November 2000 Konvensyen menentang Jenayah Terancang Transnasional : 26 September 2002

(ditandatangani)

Pada peringkat kebangsaan, Malaysia menyatukan tiga undang-undang perlindungan kanak-kanak dan mahkamah juvenil yang terdahulu untuk membentuk Akta Kanak-kanak 2001* (Child Act 2001) yang menjadikan laporan penganiayaan kanak-kanak mandatori.

Page 3: Hak Asasi Kanak-Kanak

Unit 5.0: Hak Asasi Kanak-kanak Berdasarkan Konvensyen Hak Kanak- kanak 1989 Hak Asasi Kanak-Kanak Kanak-kanak mudah dipengaruhi, memerlukan jagaan dan perlindungan khas Ia juga meletakkan penekanan khas ke atas penjagaan utama dan tanggungjawab perlindungan oleh keluarga. Ia juga sekali lagi mengesahkan

keperluan bagi perlindungan undang-undang dan perlindungan yang lainkepada kanak-kanak. Ia meliputi hak sebelum dan selepas lahir, kepentinganhormat kepada nilai-nilai kebudayaan komuniti kanak-kanak. Merupakan satuperanan yang amat penting bagi kerjasama antarabangsa dalam menjamin hakasasi kanak-kanak.

Pada pendapat anda adakah Hak Asasi penting dalam menyediakan pendidikan yang sesuai untuk kanak-kanak?

Berdasarkan Konvensyen Hak Kanak-kanak yang telah diterima pakai olehPerhimpunan Agong Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu pada 20 November1989 mengandungi Perkara 1 hingga Perkara 54. Di antara perkara yangberkaitan dengan hak pendidikan perkembangan kanak-kanak terkandung

dalam Perkara 6, Perkara 18, Perkara 27, Perkara 28 dan Perkara 29. PERKARA 6 1. Negara-Negara Pihakmengiktirafkan bahawa tiap-tiapkanak-kanak mempunyai hak sedia ada untuk hidup. 2. Negara-Negara Pihak hendaklah memastikan setakat yangsebanyak mungkin boleh kewujudan dan perkembangan kanak-kanak. Kewujudan dan perkembangan Tiap-tiap kanak-kanak mempunyai hak sedia ada untuk hidup, danN egara mempunyai obligasiunt uk memastikan kewujudan dan perkembangan kanak-kanakit u.

Page 4: Hak Asasi Kanak-Kanak

PERKARA 181. Negara-Negara Pihak hendaklah menggunakan usaha terbaik mereka untukmemastikan pengiktirafan prinsip bahawa kedua-dua ibu bapa mempunyai

tanggungjawabber sama bagi didikan dan perkembangan kanak-kanak. Ibu

bapa atau, mengikut mana-mana yang berkenaan, penjaga di sisi undang-undang, mempunyai tanggungjawab utama bagi didikan dan perkembangankanak-kanak. Kepentingan terbaik kanak-kanak akan menjadi perhatian asas

Tanggungjawab ibu bapaIbu bapa mempunyai tanggungjawab utama untuk membesarkan kanak-kanak,danNegara hendaklahmenyokong mereka dalam hal ini. Negara hendaklah

memberikan bantuan yang sewajarnya kepada ibu bapa dalam pembesaran anak.

2. Bagi maksud menjamin dan menggalakkan hak yang dinyatakan dalamKonvensyen ini, Negara-Negara Pihak hendaklah memberi bantuan yangsewajarnya kepada ibu bapa dan penjaga di sisi undang-undang dalammelaksanakan tanggungjawab pembesaran anak mereka dan hendaklahmemastikan perkembangan institusi, kemudahan dan perkhidmatan bagi

jagaan kanak-kanak. 3. Negara-Negara Pihak hendaklah mengambil segala langkah yang wajar untuk memastikan bahawa kanak-kanak kepada ibu bapa yang bekerja berhak mendapat faedah daripada perkhidmatan dan kemudahan jagaan anak yang mereka layak. PERKARA 27 1. Negara-Negara Pihak mengiktiraf hak tiap-tiap kanak-kanak kepadat araf hidup yang mencukupi bagi perkembangan fizikal, mental, kerohanian, kemoralan dan sosial kanak-kanak itu.

Taraf hidupTiap-tiap kanak-kanak mempunyai hak kepada taraf hidup yang mencukupibagi perkembangan fizikal, mental, kerohanian, kemoralan dan pembangunansosial. Ibu bapa mempunyai tanggungjawab utama untuk memastikan bahawakanak-kanak mempunyai taraf hidup yang mencukupi. Kewajipan Negara ialah

untuk memastikan bahawa tanggungjawab ini boleh dilaksanakan.

Page 5: Hak Asasi Kanak-Kanak

Tanggungjawab Negara boleh termasuk bantuan material kepada ibu bapa dan anak-anakmereka. 2. Ibu bapa (ibu bapa-ibu bapa) atau orang lain yang bertanggungjawab bagi kanak-kanak itu mempunyai tanggungjawab utama untuk menjamin, mengikut kebolehan dan keupayaan kewangan mereka, keadaan hidup yang perlu bagi perkembangan kanak-kanak itu.

3. Negara-Negara Pihak, mengikut keadaan negara dan mengikut kemampuan mereka, hendaklah mengambil segala langkah yang sewajarnya untuk

membantu ibu bapa dan orang lain yang bertanggungjawab bagi kanak-kanak itu untuk melaksanakan hak ini dan hendaklah, jika diperlukan,memperuntukkan bantuan material dan program sokongan, terutamanyaberhubungan dengan pemakanan, pakaian dan perumahan.

4. Negara-Negara Pihak hendaklah mengambil segala langkah yang sewajarnya untuk menjamin supaya mendapat kembali nafkah untuk kanak-kanak daripada ibu bapa atau orang lain yang mempunyai tanggungjawab kewangan terhadap kanak-kanak itu, baik dalam Negara Pihak dan dari luar

negeri. Secara khususnya, jika orang yang mempunyai tanggungjawabkewangan terhadap kanak-kanak itu tinggal dalam Negara yang berlainandaripada negara kanak-kanak itu, Negara-Negara Pihak hendaklahmenggalakkan kesertaan dalam perjanjian atarabangsa atau pembuatanperjanjian sedemikian, serta membuat perkiraan lain yang sewajarnya.

PERKARA 28

1. Negara-Negara Pihak mengiktiraf hak kanak-kanak kepada pendidikan, dan dengant ujuan untuk mencapai hak ini secara berperingkat-peringkat dan atas dasar peluang yang sama, mereka hendaklah, secara khususnya:

(a) Menjadikan pendidikan rendah diwajibkan dan diadakan secaraperc umakepada semua;(b) Menggalakkan perkembangan pendidikan menengah dalam berbagaibentuk, termasuk pendidikan am dan vokasional, mengadakan pendidikan itu

Page 6: Hak Asasi Kanak-Kanak

dan terbuka kepada tiap-tiap kanak-kanak, dan mengambil langkah yangsewajarnya seperti memperkenalkan pendidikan percuma danmenawarkan

bantuan kewangan jika diperlukan;

(c) Menjadikan pendidikan tinggi kepada semua atas dasar keupayaanmelalui tiap-tiap cara yang sewajarnya;(d) Menjadikan maklumat pendidikan dan vokasional dan bimbingan

diadakan dan terbuka kepada semua kanak-kanak; (e) Mengambil langkah-langkah untuk menggalakkan kehadiran secara tetap di sekolah dan mengurangkan kadar keciciran.

PendidikanKanak-kanak mempunyai hak kepada pendidikan, dan kewajipan Negara untukmemastikan bahawa pendidikan utama percuma dan wajib, menggalakkanpendidikan menengah dalam berbagai bentuk yang mudah diperoleh oleh tiap-tiap kanak-kanak dan untuk menjadikan pendidikan tinggi diadakan kepadasemua atas dasar keupayaan. Disiplin sekolah hendaklah selaras dengan hakdan kemuliaan kanak-kanak itu. Negara hendaklah melibatkan diri dalamkerjasama antarabangsa untuk melaksanakan hak ini.2. Negara-Negara Pihak hendaklah mengambil segala langkah yang

sewajarnya untuk memastikan bahawa disiplin sekolah ditadbirkan mengikut cara yang selaras dengan kemuliaan kanak-kanak dan dengan menepati Konvensyen ini. 3. Negara-Negara Pihak hendaklah mempromosikan dan menggalakkan kerjasama antarabangsa dalam perkara yang berhubungan dengan pendidikan, khususnya dengan tujuan untuk menyumbang kepada

pembasmian kejahilan dan buta huruf di seluruh dunia dan memudahkanakses kepada pengetahuan saintifik dan teknik dan kaedah pengajaranyang moden. Dalam hal ini, perhatian yang khusus hendaklah diberikan kepadakeperluan negara-negara membangun.

PERKARA 291. Negara-Negara Pihak bersetuju bahawa pendidikan kanak-kanak hendaklahdihalatujukan kepada:

Perkembangan personaliti, bakat, dan kebolehan mental dan fizikal kanak-

Page 7: Hak Asasi Kanak-Kanak

kanak pada tahap potensi yang paling tinggi; Perkembangan rasa hormat bagi hak asasi manusia dan kebebasan asasi, dan bagi prinsip-prinsip yang termaktub dalam Piagam Pertubuhan Bangsa- Bangsa Bersatu; Perkembangan rasa hormat bagi ibu bapa kanak-kanak, identiti kebudayaan, bahasa dan nilainya sendiri, bagi nilai kebangsaan negara yang diduduki oleh kanak-kanak itu, negara yang daripadanya dia berasal, dan bagi tamadun yang berbeza daripada tamadunnya sendiri; Penyediaan kanak-kanak bagi hidup yang bertanggungjawab dalam masyarakat yang bebas, dalam semangat persefahaman, keamanan,

toleransi, kesamaan jantina, dan persahabatan di kalangan semua orang,kumpulan etnik, kebangsaan dan agama dan orang yang asal usulnya pendudukasli;

Dasar Kanak-Kanak Negara

PENGENALAN

Kanak-kanak merupakan sebahagian daripada masyarakat yang amat penting, yang menjadi aset negara dan penyambung nadi pembangunan negara pada masa hadapan. Pada tahun 2008, terdapat seramai 10.5 juta (37.9%) orang kanak-kanak daripada 27.7 juta penduduk Malaysia . Dengan itu, pihak Kerajaan amat prihatin kepada kesejahteraan dan kepentingan kanak-kanak.

Sehubungan ini, Malaysia telah meratifikasi Konvensyen Mengenai Hak Kanak-Kanak atau Convention on the Rights of the Child (CRC) pada 17 Februari 1995. Konvensyen ini memberi tumpuan terhadap kebajikan dan kehidupan kanak-kanak yang menjurus kepada aspek kelangsungan hidup (survival), perlindungan (protection), perkembangan (development) dan penyertaan (participation). Sebagai sebuah Negara Pihak (State Party) kepada CRC, Malaysia amat prihatin dan komited terhadap tanggungjawab untuk memastikan keselamatan dan kesejahteraan kanak-kanak yang merupakan generasi pewaris negara masa hadapan.

Kepentingan golongan kanak-kanak jelas dibuktikan dalam pernyataan Wawasan 2020 di mana institusi keluarga dan kanak-kanak merupakan salah satu fokus yang diberi keutamaan dalam usaha negara mencapai status negara maju di samping melahirkan masyarakat yang saksama dan penyayang. 

 

DEFINISI

Page 8: Hak Asasi Kanak-Kanak

Kanak-kanak didefinisikan sebagai seseorang yang di bawah umur 18 tahun seperti yang termaktub dalam Konvensyen Mengenai Hak Kanak-Kanak dan Akta Kanak-Kanak, 2001.

PERNYATAAN DASAR

Dasar Kanak-Kanak Negara adalah satu dasar mengenai hak kelangsungan hidup, perlindungan, perkembangan dan penyertaan kanak-kanak agar dapat menikmati peluang dan ruang untuk mencapai perkembangan holistik dalam persekitaran yang kondusif.

PERNYATAAN MATLAMAT

Dasar Kanak-Kanak Negara bertujuan untuk melahirkan individu yang sihat, cergas, berilmu, inovatif, kreatif, berjati diri, berdaya saing, progresif dan mempunyai nilai-nilai murni.

OBJEKTIF

Objektif utama Dasar Kanak-Kanak Negara ialah untuk memastikan:

1. setiap kanak-kanak mempunyai hak untuk hidup dengan diberi jagaan, pemeliharaan, kasih sayang, perkhidmatan kesihatan, sokongan dan bantuan sosial;

2. setiap kanak-kanak termasuk kanak-kanak kurang upaya mempunyai hak untuk dilindungi daripada sebarang bentuk pengabaian, penderaan, keganasan dan eksploitasi; dan seterusnya diberi habilitasi, rehabilitasi dan diintegrasi ke dalam keluarga dan masyarakat;

3. setiap kanak-kanak mempunyai hak untuk perkembangan holistik dari segi fizikal, kognitif, bahasa, sosio-emosi, sahsiah dan kerohanian;

4. setiap kanak-kanak mempunyai hak untuk bersuara, menyertai (turut serta) dan melibatkan diri mengikut tahap keupayaan dalam perkara-perkara yang berkaitan dengan kepentingan terbaik dankesejahteraan mereka;

5. kanak-kanak, ibu bapa, penjaga, komuniti dan masyarakat sedar akan hak kanak-kanak untuk kelangsungan hidup, perlindungan, perkembangan dan penyertaan; dan 6. penyelidikan dan pembangunan mengenai kelangsungan hidup, perlindungan, perkembangan dan penyertaan kanak-kanak dilaksanakan dari semasa ke semasa.

Page 9: Hak Asasi Kanak-Kanak

STRATEGI

Strategi-strategi bagi mencapai objektif di atas adalah seperti berikut:

Objektif 1Kelangsungan Hidup

1. Menyediakan keperluan asas seperti identiti, tempat tinggal, makanan, minuman, pakaian, kasih sayang, keselamatan dan persekitaran yang kondusif dan mesra kanak-kanak.

2. Meningkatkan kerjasama antara agensi Kerajaan, NGO, pihak swasta dan masyarakat setempat dalam penjagaan  kesihatan, keselamatan dan pendidikan bagi menjamin kesejahteraan dan kebajikan kanak-kanak.

3. Meningkatkan kualiti dan memperluaskan perkhidmatan sokongan dan bantuan sosial mengikut keperluan kanak-kanak termasuk kanak-kanak OKU dan anak yatim.

4. Memperluaskan akses kepada maklumat dan bahan bersesuaian daripada pelbagai sumber supaya kanak-kanak mendapat pengetahuan dan kemahiran demi kelangsungan hidup mereka.

5. Memastikan kanak-kanak mendapat perlindungan keselamatan sosial.

atau klik http://www.kpwkm.gov.my/uploadpdf/objektif1DKK.pdf

Objektif 2

Perlindungan

1. Meningkatkan latihan kepada semua pihak yang berurusan dengan kanak-kanak supaya mempunyai pengetahuan, kelayakan dan kemahiran yang mencukupi serta bersikap positif dalam pengendalian kes penganiayaan, pengabaian, penderaan, keganasan dan eksploitasi terhadap kanak-kanak.

2. Memberi perkhidmatan pemeliharaan, perlindungan dan pemulihan kepada kanak-kanak yang menjadi mangsapenyeksaan, pengabaian, penganiayaan, keganasan, pengeksploitasian atau kanak-kanak tidak terkawal sertapenyediaan rawatan pemulihan kepada pesalah kanak-kanak (child offender).

Page 10: Hak Asasi Kanak-Kanak

3. Memberi perlindungan ke atas mangsa, pengadu dan keluarga daripada gangguan atau ancaman pihak-pihak tertentu.

4. Memastikan kanak-kanak diberi hak kepada perundangan dan perkhidmatan sokongan.

5. Memberi sokongan kepada keluarga yang berisiko tinggi supaya kanak-kanak dalam keluarga tersebut dapatmenikmati hak-hak mereka.

6. Memastikan semua pihak yang mempunyai hubungan atau memberi perkhidmatan kepada kanak-kanak mewujudkan dasar dan protokol perlindungan kanak-kanak dan melaksanakannya.

7. Menyediakan program khusus bagi kanak-kanak jalanan, kanakkanak tanpa dokumen, kanak-kanak tercicir,kanak-kanak terlibat dengan penagihan dadah dan kanak-kanak yang berada dalam situasi genting, kepayahan danlain-lain bahaya (under difficult circumstances).

8. Memastikan kanak-kanak mangsa bencana menerima rawatan yang sewajarnya bagi pemulihan, pembangunan dan pengintegrasian semula ke dalam masyarakat.

9. Memastikan kanak-kanak mangsa eksploitasi seksual (seperti pelacuran kanak-kanak dan pornografi kanak-kanak)dan pemerdagangan orang diberi perlindungan, pemulihan dan pengintegrasian semula ke dalam masyarakat ataudihantar pulang ke negara asal.

10. Mewujudkan mekanisme amaran awal dan mengukuhkan mekanisme perlindungan kanak-kanak di peringkatnasional dan antarabangsa.

11. Menggalakkan penyediaan persekitaran yang sihat dan selamat untuk kanak-kanak.

atau klik http://www.kpwkm.gov.my/uploadpdf/objektif2DKK.pdf

Objektif 3

Perkembangan

1. Meningkatkan perkhidmatan pengasuhan dan pendidikan kanak-kanak yang berkualiti, mudah

Page 11: Hak Asasi Kanak-Kanak

diperolehi dan mampu dibiayai dalam persekitaran yang kondusif bagi merangsang perkembangan optimum kanak-kanak.

2. Menyediakan kemudahan prasarana dan persekitaran mesra kanak-kanak.

3. Memperluaskan program dan kemudahan khusus bagi perkembangan kanak-kanak kurang upaya dalam semuaaspek seperti pengesanan dan intervensi awal, pemulihan, pendidikan dan pengintegrasian semula dalam masyarakat.

4. Menyediakan bantuan, latihan dan pemantauan yang berterusan bagi memastikan kanak-kanak mendapatpengasuhan, penjagaan dan pendidikan yang bermutu tinggi.

atau klik http://www.kpwkm.gov.my/uploadpdf/objektif3DKK.pdf

Objektif 4Penyertaan

1. Memastikan kanak-kanak diberi akses kepada maklumat yang berkualiti dan bahan bersesuaian daripada pelbagaisumber supaya kanak-kanak dapat menyertai aktiviti yang berkaitan dengan hal ehwal mereka.

2. Menggalakkan media massa dan pihak swasta untuk menyebarkan maklumat yang bersesuaian dan berkualiti.

3. Menggalakkan kanak-kanak menyuarakan pendapat dan pandangan secara bertanggungjawab dan beretika sebagai input dalam merangka program untuk mereka atau program yang berkaitan dengan kepentingan mereka.

atau klik http://www.kpwkm.gov.my/uploadpdf/objektif4DKK.pdf

Objektif 5Advokasi

1. Meningkatkan kesedaran di kalangan keluarga dan masyarakat akan pentingnya penjagaan kesihatan kepadakanak-kanak.

2. Meningkatkan kesedaran di kalangan keluarga dan masyarakat mengenai hak kesamarataan kanak-kanak daripadasebarang bentuk diskriminasi.

Page 12: Hak Asasi Kanak-Kanak

3. Memantapkan program sedia ada dan memperkenalkan program yang sesuai bagi mencegah penganiayaan,pengabaian, penderaan, keganasan dan eksploitasi terhadap kanak-kanak.

4. Meningkatkan kesedaran ibu bapa, penjaga dan ahli masyarakat akan pentingnya pengasuhan dan pendidikankanak-kanak.

5. Meningkatkan kesedaran dan kefahaman mengenai hak, kesejahteraan dan kepentingan kanak-kanak kepada semua pihak yang berkenaan.

atau klik http://www.kpwkm.gov.my/uploadpdf/objektif5DKK.pdf

Objektif 6Penyelidikan dan Pembangunan

1. Memperbanyakkan penyelidikan dan pembangunan dalam bidang pembangunan kanak-kanak dan menyebarluaskan hasil-hasil penyelidikan bagi tujuan penambahbaikan.

atau klik http://www.kpwkm.gov.my/uploadpdf/objektif6DKK.pdf

Sumber : http://www.kpwkm.gov.my

Page 13: Hak Asasi Kanak-Kanak

AGENDA MENYEJAHTERAKAN KANAK-KANAK

Dalam merealisasikan hasrat ini, agenda menyejahterakan kanak-kanak turut menjadi fokus di mana kerajaan sentiasa berusaha memastikan perlindungan, pemulihan dan pembangunan kanak-kanak diteruskan bagi menjaga kebajikan dan kepentingan mereka.

Sebagai sebahagian daripada komitmen kepada perlindungan dan kesejahteraan kanak-kanaknya, Kerajaan telah mengesahkan dan menandatangani Konvensyen-konvensyen berikut:

* Konvensyen Hak Asasi Kanak-kanak (19 Mac 1995)

* Konvensyen Penghapusan Semua Bentuk Diskriminasi terhadap Wanita (4 Ogos 1995)

* Konvensyen Pertubuhan Buruh Antarabangsa 138 (Umur minimum untuk diambil bekerja) : 1997

* Konvensyen Pertubuhan Buruh Antarabangsa 182 (Bentuk buruh kanak-kanak yang paling teruk): 10 November 2000

* Konvensyen Menentang Jenayah Terancang Transnasional (26 September 2002)

USAHA-USAHA KERAJAAN

Sehubungan itu juga, Akta Kanak-Kanak 2001 digubal dengan menggabungkan Akta Mahkamah Juvana 1947, Akta Perlindungan Wanita dan Gadis 1973 dan Akta Perlindungan Kanak-Kanak 1991.

Penggubalan Akta ini mengambil kira Prinsip Konvensyen Mengenai Hak Kanak-Kanak.

Page 14: Hak Asasi Kanak-Kanak

Akta tersebut mewajibkan pengamal perubatan, ahli keluarga dan penyedia perkhidmatan penjagaan kanak-kanak melaporkan kes penderaan kanak-kanak.

Berikutan itu, kes penderaan kanak-kanak yang dilaporkan, menunjukkan peningkatan daripada 1,036 pada tahun 2001 kepada 1,656 pada tahun 2005.

Akta tersebut juga memberi penekanan kepada tanggungjawab dan penglibatan ibu bapa dalam pemulihan kanak-kanak dan menangani ketidakharmonian dalam keluarga melalui penyediaan bengkel interaktif.

Mahkamah khas dikenali sebagai Mahkamah Kanak-Kanak yang diketuai oleh seorang majistret dengan dua penasihat daripada kalangan orang awam ditubuhkan pada tahun 2002 untuk mendengar kes berkaitan kanak-kanak.

KES KEGANASAN KANAK-KANAK

Pelbagai usaha diambil untuk menangani isu keganasan terhadap kanak-kanak termasuk meningkatkan penyertaan masyarakat dalam melaksanakan program pencegahan dan pemulihan.

Keganasan terhadap kanak-kanak, misalnya, merencat kesihatan fizikal dan mental kanak-kanak, merosakkan keupayaan mereka belajar dan bergaul, dan melemahkan perkembangan mereka sebagai orang dewasa yang berfungsi dan ibu bapa yang baik kemudian hari.

Dalam kebanyakan kes yang amat teruk, keganasan terhadap kanak-kanak juga boleh membawa maut. Seperti kebanyakan negara lain, keganasan terhadap kanak-kanak di Malaysia masih banyak tersembunyi di sebalik tabir, menjadikannya sukar untuk membuat penentuan yang tepat tentang kelazimannya.

Hanya penderaan kanak-kanak dan kisah pengabaian yang amat keterlaluan sahaja yang dilaporkan, selalunya melibatkan unsur tragik kecederaan yang mengganggu fikiran malah kematian.

PELBAGAI PERKHIDMATAN

Untuk itu, Pasukan Perlindungan Kanak-kanak dan Pusat Aktiviti Kanak-kanak ditubuhkan di peringkat negeri dan daerah untuk memberi perkhidmatan terutamanya kepada keluarga dan kanak-kanak yang terdedah kepada keganasan di kawasan berkenaan.

Perkhidmatan tersebut termasuk aktiviti berkaitan kanak-kanak, kaunseling untuk kanak-kanak dan ibu bapa, kursus keibubapaan serta penjagaan kanak-kanak bertujuan memberi sokongan psikologi dan motivasi.

Dalam tempoh Rancangan Malaysia Kelapan (RMK-8) (2001-2005), sejumlah 131 pasukan Perlindungan Kanak-Kanak ditubuhkan dengan keahlian aktif seramai 1,572 orang serta 135 Pusat Aktiviti Kanak-Kanak ditubuhkan.

Page 15: Hak Asasi Kanak-Kanak

Selain itu, pasukan untuk Mengesan Penderaan Kanak-Kanak Terabai (SCAN) ditubuhkan di hospital daerah dan negeri untuk menyelia dan memantau kes penderaan kanak-kanak yang dirujuk kepada hospital.

Pada tahun 2004, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Malaysia melaporkan 1,656 kes penderaan kanak-kanak, dengan bilangan kes yang tertinggi melibatkan pengabaian dan penderaan seks kanak-kanak.

Sejumlah 14 pasukan SCAN ditubuhkan di hospital negeri dan 690 kes penderaan kanak-kanak dilaporkan.

KECEDERAAN-KECEDERAAN LAIN

Selain itu, di Malaysia, kecederaan kanak-kanak turut menjadi punca utama kematian dan hilang upaya kanak-kanak, meletakkan beban berat kepada keluarga dan masyarakat.

Saban tahun ratusan kanak-kanak maut akibat kecederaan, manakala yang cedera parah juga tidak terhitung jumlahnya. Kebanyakan kecederaan ini, yang paling kerap berlaku disebabkan oleh jatuh, terbakar, lemas dan kemalangan jalan raya menyebabkan hilang upaya kekal dan kerosakan otak.

Malangnya, kebanyakan kecederaan ini berlaku di dalam atau berhampiran dengan rumah dan hampir semuanya boleh dielakkan.

Untuk itu, Akta Pusat Jagaan Kanak-Kanak 1984 yang bertujuan memastikan standard minimum penjagaan kanak-kanak di pusat penjagaan dikaji semula pada tahun 2005 bagi menetapkan langkah penguatkuasaan yang lebih ketat dan meningkatkan kualiti penjagaan kanak-kanak.

Di samping itu, sektor awam dan swasta digalak untuk menubuhkan kemudahan penjagaan kanak-kanak di tempat kerja melalui penyediaan pelbagai insentif seperti pemberian bantuan secara langsung dan rebat cukai.

INSTITUSI PENJAGAAN KANAK-KANAK

Dalam tempoh RMK-8, sebanyak 86 pusat penjagaan kanak-kanak berdaftar telah ditubuhkan di tempat kerja manakala seramai 3,197 penyedia khidmat penjagaan kanak-kanak diberi latihan untuk meningkatkan keupayaan mereka dalam mengendalikan pusat penjagaan kanak-kanak.

Kerajaan terus menyediakan institusi penjagaan untuk anak yatim serta anak yang ditinggalkan, didera dan diabaikan.

Dalam tempoh itu juga, tiga Rumah Kanak-kanak yang baru dibina untuk memberi penjagaan dan perlindungan kepada 320 kanak-kanak.

Selain itu, tujuh Rumah Tunas Harapan ditubuhkan bagi membolehkan kanak-kanak yang memerlukan penjagaan dan perlindungan tinggal dalam suasana kekeluargaan.

Page 16: Hak Asasi Kanak-Kanak

Rumah tersebut disediakan melalui perkongsian dan kerjasama dengan badan korporat, kerajaan negeri serta agensi lain yang berkaitan seperti Yayasan Kebajikan Kebangsaan, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan organisasi berasaskan masyarakat yang memberi manfaat kepada 240 kanak-kanak.

USAHA-USAHA LAIN

Selaras dengan Konvensyen Mengenai Hak Kanak-Kanak, usaha diambil untuk menggalakkan penyertaan lebih ramai kanak-kanak dalam penggubalan dan proses membuat keputusan.

Usaha bina upaya dan memperkasa kanak-kanak mengenai isu dan hak mereka telah diambil melalui program kesedaran dengan penyertaan seramai 163 kanak-kanak dalam tempoh RMK-8.

Bagi memastikan suara mereka terus didengar, kanak-kanak juga turut dilibatkan dalam penilaian Pelan Tindakan Negara (NPA) pertama dan merangka NPA kedua bagi tempoh 2006-2020.

NPA kedua (2006-2020) akan dilaksanakan untuk meningkatkan kualiti hidup kanak-kanak dengan memberi penekanan kepada perlindungan, pembangunan dan penyertaan mereka selaras dengan Konvensyen Mengenai Hak Kanak-kanak dan Wawasan 2020.

Dasar Pembangunan dan Penjagaan Awal Kanak-Kanak akan digubal bagi menyediakan rangka kerja dasar untuk pembangunan strategi dan program, masa hadapan yang akan memastikan pembangunan kanak-kanak secara keseluruhannya menepati keperluan dan hak mereka.

Penyertaan masyarakat akan terus menjadi strategi utama dalam program pencegahan dan pemulihan untuk kanak-kanak dalam tempoh RMK-9 (2006-2010).

Peranan Pasukan Perlindungan Kanak-kanak, Jawatankuasa Kebajikan Kanak-kanak dan penasihat mahkamah untuk Mahkamah Kanak-Kanak akan dipertingkatkan dalam membantu memberi perlindungan yang terbaik kepada kanak-kanak dan menyatukan program pencegahan dan pemulihan bagi membendung pelbagai masalah sosial di kalangan kanak-kanak.

Usaha untuk meningkatkan kesedaran dan program latihan khusus akan dilaksanakan untuk memberi pengetahuan dan kemahiran kepada semua ahli berkaitan dengan kanak-kanak, pengetahuan prosedur mahkamah, penyediaan akta yang berkaitan dan kesedaran mengenai hak kanak-kanak.