pengertian hak asasi manusia ( 4 submitt )

23
PENGERTIAN HAK ASASI MANUSIA Istilah hak asasi manusia ( human rights ) atau kebebasan asasi ( fundamental liberties ) umumnya merujuk kepada perkara atau hal yang sama:yakni hak-hak yang dianggap asas dan penting dalam perkembngan rohani dan jasmani seseorang manusia. Bagaiman apun oleh kerana manusia hidup di bawah tradisi dan kepercayaan yangberbeza maka timbul keperlbagaian dari segi jenis atau ruang lingkup apa yang dikatakan hak asasi itu. Sebab itu apa yang dianggap asasi di Malaysia mungkin tidak sedemikian di negara- negara lain. Meskipun demikian tidak mustahil sekiranya wujud titik pertemuan dari segi perspektif,jenis atau ruang lingkup hak-hak yang dikatakan asasi itu. Ini kerana manusia mempunyai titik persamaan dalam beberapa hal baik yang bersifat keperluan jasmani mahupun rohani. ( Abdul Aziz Bari,2002 ). Berhubung hak juga para sarjana memberikan perlbagai maksud dan pengertian,namun rumusannya memberikan pengertian bahawa manusia itu berhak untuk mendapatkan hak dan kebebasan dalam beberapa hal dan keadaan dalam kehidupannya. Kamus dewan memberikan pengertain hak sebagai kuasa untuk berbuat sesuatu. Manakala kebebasan sebagai perihal bebas atau merdeka iaitu tidak terhalang atau lepas dari kewajipan atau tuntutan. Dalam Bahasa Arab hak diungkapkan dengan perkataan haqq yang bermaksud kebenaran. Perkataan haqqa kerana dalam konteks menggunakan ayat tertentu ia bererti sesuatu yang tetap atau tuntutan. ( Jaafar Salleh,2010 )

Upload: ibnu-mohamad-ibnu-ngah

Post on 07-Aug-2015

50 views

Category:

Documents


6 download

TRANSCRIPT

Page 1: Pengertian Hak Asasi Manusia ( 4 Submitt )

PENGERTIAN HAK ASASI MANUSIA

Istilah hak asasi manusia ( human rights ) atau kebebasan asasi ( fundamental liberties )

umumnya merujuk kepada perkara atau hal yang sama:yakni hak-hak yang dianggap asas dan

penting dalam perkembngan rohani dan jasmani seseorang manusia. Bagaiman apun oleh kerana

manusia hidup di bawah tradisi dan kepercayaan yangberbeza maka timbul keperlbagaian dari

segi jenis atau ruang lingkup apa yang dikatakan hak asasi itu. Sebab itu apa yang dianggap

asasi di Malaysia mungkin tidak sedemikian di negara-negara lain. Meskipun demikian tidak

mustahil sekiranya wujud titik pertemuan dari segi perspektif,jenis atau ruang lingkup hak-hak

yang dikatakan asasi itu. Ini kerana manusia mempunyai titik persamaan dalam beberapa hal

baik yang bersifat keperluan jasmani mahupun rohani. ( Abdul Aziz Bari,2002 ). Berhubung hak

juga para sarjana memberikan perlbagai maksud dan pengertian,namun rumusannya memberikan

pengertian bahawa manusia itu berhak untuk mendapatkan hak dan kebebasan dalam beberapa

hal dan keadaan dalam kehidupannya. Kamus dewan memberikan pengertain hak sebagai kuasa

untuk berbuat sesuatu. Manakala kebebasan sebagai perihal bebas atau merdeka iaitu tidak

terhalang atau lepas dari kewajipan atau tuntutan. Dalam Bahasa Arab hak diungkapkan dengan

perkataan haqq yang bermaksud kebenaran. Perkataan haqqa kerana dalam konteks

menggunakan ayat tertentu ia bererti sesuatu yang tetap atau tuntutan. ( Jaafar Salleh,2010 )

Hak asasi manusia difahami umum sebagai prisnip-prinsip asas dalam kehidupan politik

sesebuah masyarakat seperti hak bebas mengeluarkan pendapat,menganuti sesuatu

agama,bergerak dan lain-lain. Menurut Norraihan Zakarian ( 2007 ),Suruhanjaya Hak Asasi

Manusia ( SUHAKAM ) contohnya menghadapi masalah definisi konsep hak asasi manusia.

Bagi menyelesaikan kecelaruan konsep hak asasi manusia,terdapat 2 sumber bagi menentukan

paraktik hak asasi manusia iaitu Deklarasi Hak Asasi Manusia ( DUHAM ) atau Universakh

Declaration of Human Rights ( UDHR ) dan perlembagaan persekutuan. Namun,SUHAKAM

dipersoalkan pula dipersoalkan pula kredibilitinya dalam memperjuangkan hak asasi manusia

kerana apabila SUHAKAM menjadikan DUHAM sebagai rujukan ia dituduh mementingkan hak

individu dan bersikap kebaratan. Konsep hak asasi boleh dibahagiakn kepada dua iaitu hak

semula jadi ( natural rights ) dan hak sivil ( civil rights ). Hak semula jadi merupakan hak

manuisa yang ada secara automatik sejak mereka lahir. Menurut John Locke,hak semula jadi

bagi manusia ialah hak kepada hidup,bebas anggota badan dan harta. Hak sivil pula ialah hak

Page 2: Pengertian Hak Asasi Manusia ( 4 Submitt )

yang diperolehi seseoarng warganegara bagi sesebuah negara melalui kuatkuasa undang-undang.

Contohnya seseoarng rakyat Malaysia yang berumur 21 tahun memiliki hak untuk mengundi

apabila mencapai tahap umur tersebut.

HAK-HAK ASASI DALAM PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN MALAYSIA

Di Malaysia kebebasan hak asasi sebagai hak individu dijelaskan dalam Bab 2 Perelmbagaan

Persekutuan meliputi beberapa perkara dan perkara kecil seperti kebebbasan diri,kebebasan

bersuara,kebebasan berhimpun,kebebasan beragama dan kebebasan memliki harta. Dalam

perkara 10 pula,Perlembagaan menyatakan hak kebebasan bersuara,mengemukakan idea dan

pendapat kepada setiap warga negara tanpa halangan serta paksaan daripada mana-mana pihak.

( Jaafar Salleh,2010). Menurut Abdul Aziz Bari ( 2002 ) menyatakan hak-hak asasi di

Malaysia terkandung di dalam Sembilan peruntukkan di bawah Bahagian 2 Perlembagaan

persekutuan di bawah tajuk Kebebasan Asasi. Ia bermula dengan perkara 5 yang mengkanunkan

apa yang dipangil kebebasan diri dan berakhir dengan perkara 13 yang melindungi hak terhadap

harta. Satu aliran yang jelas dalam tiap-tiap peruntukkan di bawah Bahagian 2 itu ialah betapa

hak-hak tersebut tidak bersifat mutlak. Semua peruntukan-peruntukan itu tertakluk kepada

sekatan yang dikenakan melalui undang-undang yang diluluskan oleh Parlimen. Apa yang

menjadi masalah adalah tafisran kepada ungkapan ‘undang-undang’ itu sendiri. Kesan negative

pendekatan ini ialah betapa perlembagaan adalah undang-undang tertinggi Negara pada

hakikatnya ianta tidak menjadi rujukan asas kepada hak-hak yang dikatakan sebagai kebebasan

asasi itu. Sebaliknya hak asasi itu pada praktiknya merujuk kepada kehendak parlimen serta

tafsiran mahkamah.

Kearah mengahlang salah faham dan menyelaraskan tafsiran hak asasi agar selari dengan

perlembagaan dan akta-akta parlimen yang digubal dari masa ke semasa,pihak kerajaan telah

menubuhkan SuruhanjayaHak Asasi Manusia Malaysia ( SUHAKAM ) pada 1999 dan

diwartakan pada 9 September 1999.

Page 3: Pengertian Hak Asasi Manusia ( 4 Submitt )

Hak untuk bercakap,berhimpun dan menubuhkan persatuan di bawah perkara 10

Perlembagaan persekutuan

Kebebasan setiap warganegara untuk bercakap atas tujuan mengemabngkan fikiran,berhimpoun

secara aman dengan syarat tidak bersenjata dan menubuhkan persatuan. Kebebasan ini juga

tertakluk kepada fasal-fasal seterusnya seperti perkara-perkara yang menjejaskan ketenteraman

awam,perkara-perkara fitnah dan sensitiviti kaum.

Kebebasan Beragama

Kebebasan beragama adalah satu daripada hak asasi yang dijamin melalui perkara 11

Perlembagaan Persekutuan. Hak tersebut walaubagaimanapun tidak bersifat mutlak kerana ianya

tertakluk kepada beberapa sekatan-sekatan tertentu. Bagi tujuan perkara 11 Perembagaan

Persekutuan,mahkamah-mahkamah di Malaysia akan menganggap sesuatu kepercayaan sebagai

agama dengan merujuk kepada definisi yang telah diputuskan oleh Mahkamah Australia dalam

kes Church of New Faith lwn,Commissioner For Pay Roll Tax. Takrif agama Islam telah diberi

oleh Hakim Mahkamah Agung,Tun Salleh Abas dalam kes Che Omar Bin Che Soh sebagai satu

cara hiudp yang syumul meliputi semua aspek kehidupan samaada persendirian atau

awam,undang-undang,politik,ekonomi,social,kebudayaan,moral dan kehakiman. ( Zuliza )

Kebebasan Berhimpun

Setiap orang mempunyai hak untuk menyertai perhimpunan aman sebagaimana dijamin Artikel

10 (1)(b) Perlembagaan Persekutuan. Kebebasan berhimpun juga dijamin dibawah Artikel 20

(1) UDHR.

Sikap dan pendirian Islam

Islam memang agama berjamaah dan bermasyarkat. Hukum hukum islam bermula daripada

asas-asas aqidah,syariah 9 ibadah ),muamalah dan seterusnya amat menekankan tentang jamaah

dan masyarakat. Berhubung perkara kebebasan berhimpuan Islam lebih dahulu

mengistiharkannya melalui firman Alllah dalam Surah al Imran ayat 104 yang bermaksud: ‘Dan

Page 4: Pengertian Hak Asasi Manusia ( 4 Submitt )

hendaklah ada dinatara kamu segolongan umat yang menyeru kepada maaruf dan mencegah dari

yang munkar;merekalah orang-orang yang beruntung’. Begitu juga dalam surah al Ira ayat 64-

65,Surah Hud ayat 28. Islam menitikberatkan jaminan kebebasan berhimpun dengan car ayang

aman dan damai. Ibi adalah salah satu dasar-dasar Islam yang wajib dipertahankan kesuciaanya

dan tidka boleh diganggu.

Kebebasan Bersuara dan Maklumat

Artikel 10 PerlembagaanPersekutuan dan Artikel 19 Perisytiharan Hak Asasi Manusia Sejagat

( UDHR perlulah dihormati. Artikel ini menyatakan setiap orang mempunyai hak kepada

kebebasan berpendapat dan bersuara termasuk kebebasan memberi pendapat tanpa sekatan dan

untuk memperoleh,menerima dan menyebarkan maklumat dan idea melalui media,tanpa

sempadan.

SIKAP DAN PENDIRIAN ISLAM

Islam menjamin kebebasan berfikir,menyiarkan pendapat dan kebebasan menpertahankan

pendapat maisng-masing dengan bersopan. Islam turut menyuruh manusia bertegas dalam

memperjuangkan pendpat-pendapatnya serta menyiarkan kebenaran adalah menjadi kewajiban

bagi umat Islam dan ianya tidak menjadis ebab untuk umat Islam teragak-agak dalam menyeriu

manusia kepada perlembagaan allah. Sebagaimana firman Allah dalam surah az Zumat ayat 18

yang bermaksdu’mereka mendengarkan perkataan-perkataan lalu mengikuti aoa yang paling baik

di antaranya. Meraka itulah orang-orang yang telah diberi Alah petunjuk dan mereka itulah

orang-orang yang mempunyai akal. Begitu juga dapat dilihat dalam surah Ibrahim ayat 14,Surah

al Anam ayat 50,surah Yusif ayat 108 dan surah al Maidah ayat 67,Surah Fussilat ayat 52-53 dan

surah al Isra’ ayat 89 yang menghurakan tentang kebebsan bersuara dan maklumat.

HAK ASASI MANUSIA MENURUT ISLAM

Menurut Jaafar Sallleh ( 2010 ) menyatakan dalam Islam hak asasi manusia telah lama

diisytiharkan dan terkanun dalam al Quran dan al Hadis. Nabi Muhammad mengumumkan

Page 5: Pengertian Hak Asasi Manusia ( 4 Submitt )

piagam hak-hak asasi manusia yang pertam akali ketika beliau menyampaikan pidato pada bulan

suci tahu ke 10 Hijrah ( 632 M ) yakni ketika Haji Wada’. Manakala Hak Asasi Manusia turut

disentuh dalam Piagam mandinah yang dilaksanakan pada tahun 622 M ( Tahun 1 Hijrah )

dimana dokumen Rasulullah antara Muhajirin,Ansar dan orang-orang yahudi itu mempunyai

beberapa fasal yang memberikan hak-hak tertentu terhadap suku-suka berkenaan yang ada di

dalam pemerintahan Islam di Madinah. Menurut Prof Dr Yusuf al Qaradhawy ( 2010 )

menyatakan perhatian islam terhadap hak asasi manusia merupakan satu perkara penting. Islam

dengan tegasnya mengatakan bahawa Allah SWT memuliakan manusia. Firman Allah dalam

surah al Isra ayat 70 yang bermaksud:’Dan sesungguhnya telah Kami muliakan anak-anak

Adam’. Islam juga memberikan hak-hak asasi manusi ayang sebahagiannya dijadikannya

sebagai kewajipan atau kemestian. Manusia boleh melepaskan haknya,berbeza dengan

kewajipan yang mengikat meti dilakukan;manusia tidak dapat melepaskannya begitu

sahaja.Islam mengenal pasti perlbagai hak yang mesti dipenuhi,membezakan antara suatu hak

dengan hak lainnya. Hak asasi manusi amenurut Islam merangkumi hukum yang berkenaan

dengan hak-hak peribadi yang bersifat peribadi,pemikiran,politik,undang-undang,social dan

ekonomi. Juga dijelaskan bahawa Islam memberikan kebebasan kepada semua lapisan

masyarakat umum secara setara. Hak asasi manusia dalam Islam merangkumi kemaslahatan

lelaki dan perempuan,merangkumi kepentingan muslim mahupun bukan muslim,warga negara

ataupun warganegara asing kerana konsep kebaikan menurut Islam merangkumi seluruh manusia

dan seluruh dunia umumnya. Hak asasi manusia menurut Islam juga menjamin hak setiap orang

samada secara individu,kumpulan ataupun negara kerana perintah amar makruf dan nahi

mungkardiwajibkan bagi semuanya. Salah satu bukti nyata keunggulan hukum Allah di atas

hukum positif dalam hak asasi manusia dan kebebasan umum adalah bahawasanya hak asasi

manusia dalam konsep Islam dilandaskan ke atas kriteria keimanan. Ini adalah asas yang

fundamental dan asas pertama,yakni akidah tauhid yang berupa kalimah La ilahaillallah.

Penentuan hak-hak asasi manusia apa terdapat di tangan Tuhan yang menciptakan manusia akan

mewajibkan pelaksanaan dan merealisasikan sesatau hak menjadi kewajipan bagi kedua-kedua

belah pihak. Islam turut memberikan legtimmasi bagi perlaksanaan jihad untuk membela hak

asasi manusia, makahak asasi manusia menurut Islam secara umumnya mempunyaikeistimewaan

kerana mempertimbangkan adanya keseimbangan antara hak dan kewajipan. Memuliakan

manusia ini adalah asas kedua kerana dimuliakan lantaran Allah mengangkatnya menjadi

Page 6: Pengertian Hak Asasi Manusia ( 4 Submitt )

khlaifah,menciptakan manusia dalam rupa yang paling baik,melebihkan manusia denagn unsur

rohani yang dengan unsur ini manusi amenjadi berbeza dengan makhluk lain. ( Jaafr

Salleh,2010 ).

Menurut Abdul Monir Yaacob ( 2000 ) menyatakan dalam al Quran dan as Sunnah

terdapat perkara perkara yang menyentuh hak-hak manusia. Ini lebih jelas apabila meneliti

kandungan Sahifah Madinah. Jaminan ke atas hak-hak rakyat adalah bertujuan supaya keadilan

dan kesaksamaan dapat dicapai dan dinimati oleh rakyat. Jaminan kepada hak-hak rakyat atau

individu adalah menjadi Maqasid Syariah. Ini bagi membolehkan manusia mencapai

kemaslahatan dan menghindari kemudharatan. Prinsip ini dinyatakan sebagai jalbul masalih wa

dar’ul mafasid. Prinsip inilah yang mendasari maqasid iaitu maksdu atau tujuan syariat Islam.

Dengan itu aturan hukum hukum yang Allah tentukan hanyalah demi kesejahteraan dan

kemaslahatan manusia itu sendiri. Sehubungan dengan ini, Imam al Shatiby membahagikan

objektif atau maqasid itu sendiri kepada dua iaitu objektif Tuhan ( al Shari’ ) dan objektif

manusia ( al-mukallaf ).

OBJEKTIF TUHAN DAN OBJEKTIF MANUSIA

Menurut al Shatibyy ada tiga objektif yang ditentukan oleh Tuhan ( al Shari’ ) supaya dicapai

melalui pensyariatan dan penentuan hukum dalam syariat Islam( takalif al Shariah ). Objektif

objektif tersebuat ialah kepentingan asas ( al daruriyyat ), kepentingan biasa ( al hajat ) dan

kepentingan mewah ( al Tahsinat ).

Kata beliau lagi yang dimaksudkan dengan al daruriyyat ialah hal-hal yang menentukan survival

manusia itu sendiri. Al Hajiyyat pula lebih bersifat kemudahan hidup, sementara al Tahsinat

lebih bersifat hal-hal kemewahan dan tambahan. Beliau selanjutnya menerangkan maqasid

daruriyyat atau objektif kepentingan asas itu ada lima iaitu menjaga agama ( Hifz al Din ),

menjaga nyawa ( Hifz al nafs ), menjaga keturunan ( hifz al nasl ),menjaga harta ( hifz al mal )

dan menjaga akal ( Hifz al aql ). Dalam Syariat Islam, kata beliau ada dua cara kepentingan-

kepentingan ini dijaga iaitu dengan mengadakan unsur-unsur yang boleh menjamin

kewujudannya dan menghapuskan unsur-unsur yang boleh mengganggu kedudukannya,

Lima kepentingan asas ini merupakan tonggak kepada semua kepentingan lain.

Berasaskan kedudukan ini, kepentingan biasa ( al Hajiiyat ) perlu mendokong kepentingan asas

Page 7: Pengertian Hak Asasi Manusia ( 4 Submitt )

( al daruriyyah ) ini,sementara kepentingan mewah ( al Tahsinat ) pula mendokong kepentingan

biasa ( al Hajiyyat ). Tingkatan dalam kedudukan ini membangkitkan prinsip yang sangat

penting iaitu prinsip keutamaan dalam menjaga kepentingan-kepentingan berkenaan. Berasaskan

prinsip ini,kepentingan bawahan tidak boleh menggangu atau bertentangan dengan kepentingan

atasan. Sebagai contoh sembahyang merupakan daruriyyat,wuduk pula merupakan hajiyyat

sementara menghadap kiblat merupakan prinsip tahsinat. Mengikut prinsip diatas, masalah

kiblat atau pun wuduk jangan sampai menggagalkan sembahyang. Satu contoh lain ialah

masalah gharar dalam urusan jual beli. Walaupun sudah menjadi satu syarat yang jelas bahawa

semua urusan jual beli itu mesti bersih daripada gharar tetapi kalau realitinya hal seperti itu benar

benar tidak dapat dielakkan, urusan jual beli ini terpaksa dilaksanakan juga dengan mempastikan

penglibatan gharar itu hanya dalam kadar yang paling maksimum sahaja.

Menurut al Shatibyy lagi walau bagaimanapun pengambilan objektif syarak tidak boleh berlaku

tanpa pengambilkiraan objektif syarak tidak boleh berlaku tanpa pengambilkiraan objektif

mukallaf sendiri dalam melakukan sesuatu. Hal ini kata beliau memerlukan perbincangan

tentang hubungan antara Objektif Tuhan dengan Objektif Manusia. Dalam membincangkan hal

ini,al Syatibiyy menyebut segala perbuatan itu dinilai berasaskan niat, iaitu sepertimana yang

ditegaskan oleh Hadis Rasulullah. Ini bererti bahawa tujuan atau objektif daripada sesuatu

perbuatan itu akan diambil kira sama ada perbuatan itu bersifat ibadat atau urusan hidup biasa.

Adalah menjadi prinsip yang jelas dalam syariat Islam bahawa objektif daripada

perbuatan seseorang mukallaf itu perlu menepati objektif syariat sendiri. Maka oleh kerana

syariat Islam itu mempunyai tiga kategori objektif, maka objektif perbuatan mukalaaf juga perlu

tertakluk kepada tiga kategori ini, iaitu kepentingan asas ( al daruriyyat ), keperluan biasa ( al

hajiyyat ) dan keperluan mewah ( al tahsinat ). Oleh yang demikian sesiapa sahaja melakukan

sesuatu berasaskan objektif yang berbeza daripada objektif syariat islam dalam perbuatan

berkenaan, maka dia dianggap sebagai menyanggahi syariat Islam dan perbuatannya itu batal.

( Prof.Madya Datin Dr Paizah Haji Ismail, ( 2003 ). Huraian secara terperinci pembahagian

Maqasid ini secara dasarnya adalah:

1. DARURIYYAT

Page 8: Pengertian Hak Asasi Manusia ( 4 Submitt )

Ulamak membahagikan maqasid kepada tiga bahagian iaitu al daruriyyat,al hajiyyat dan al

tahsiniyyat. Pembahagian ini digunakan oleh ulamak seperti Imam al Haramayn,al Ghazali,al

Izz al Din Abd Salam dan ramai lagi terutamanya Abu Ishaq al Shatibi. Terdapat pengertian

mengenai maqasid Syariah di antaranya

1. Perkara yang diperlukan atau dihajati hingga ke peringkat darurah

2. Perkara maslahahnya pada tahap darurah

3. Perkara yang tidak boleh tidak dalam menegakkan maslahah agama dan keduniaan

andainya apabila luput nescaya tidak menuju maslahat di dunia bahkan berlaku fasal gangguan

dan hakisan dalam kehidupan dan begitu juga luput kejayaan dan kenikmatan dan kembali

dengan kerugian yang nyata

Kedudukan darurah adalah lebih khusus dari maslahah umum. Ia ( darurah ) adalah maslahah

yang mana keperluannya sampai kepada peringkat yang sangat genting dan mendesak sehingga

berada dalam keadaan merbahaya dan mengancam termasuk agama,nyawa,hartadan

kehormatannya. Tanpanya nescaya cacatlah hidup di dunia dan hilanglah kenikmatan dan

menggantikan azab yang pedih di akhirat kelak. Maqasid itu berlaku dalam bidang

ibadat,muamalat dan adat. Sebagai contoh,wajib qisas adalah untuk memelihara nyawa atau

darah. Memelihara nyawa dan akad adalah termasuk dalam perkara adat,memelihara agama

dalam perkara ibadat dan memelihara keturunan dan harta dalam perkara muamalat.

Daruriyyat yang termasuk dalam kategori memelihara agama adalah mengucapkan kalimah

syahadah,sembahyang,zakat,puasa,haji dan seumpamanya yang menyentuh usuluddin iaitu jika

tiada nescaya hilang sebahagian dari agama. Menjaga nyawa dan akal adalah dalam perkara adat

iaitu tergolong dalam makanan,minuman,tempat tinggal dan pakaian adalah keperluan asas.

Menjaga keturunan disempurnakan dengan adanya perkahwinan dan menjaga kehormatan.

Menjaga harta terlaksana dengan keharusan tukar ganti dan mengambil manfaat. Perkahwinan

dan jual beli adalah dalam bab muamalat.

Terdapat perbezaan pendapat dikalangan ulamak tentang memelihara al-Ird atau kemuliaan diri.

Sebahagian dari ulamak usul seperti al Subki meletakan ird ( pangkat ) maksud yang keenam

dalam kategori daruriyyat. Menurut pendapat Ibn Ashur memelihara kemuliaan diri termasuk

Page 9: Pengertian Hak Asasi Manusia ( 4 Submitt )

dalam kategori hajiyyat sependapat Imam al Ghazali dan Ibn Hajib tidak memasukkannya dalam

kategori daruriyyat. ( Dr Abdul Basit, 2009 ).

Dalam perlaksananaannya apabila al daruriyyat al kamsah bertembung seperti menjaga nyawa

dan harta dalam keadaan demikian perlulah mendahulukan maslahah yang lebih utama.

Bagaimanapun ulamak berselisih pendapat dalam memberikan keutamaan kepada memelihat

agama apabila bertembung dengan kepentingan atau maslahat yang lain.

i) Kepentingan agama diutamakan dari kepentingan lain seperti diutamakan maslahah

agama dari nyawa. Ini adalah pendapat jumhur.

ii) Kepentingan nyawa,akal,keturunan dan harta diutamakan dari agama. Menurut pendapat

ini maslahah agama dikemudiaankan dan diutamakan maslahah manusia kerana:

a) Hak Allah di asaskan kepada musamahah dan musalahah sedangkan hak manusia

asasnya tidak dipertikaikan dan sempit.

b) Tidak mendatangkan mudarat kepada Allah oleh sebab hilang haknya sedangkan manusia

akan mendapat mudarat apabila haknya hilang. Oleh demikian memelihara hak yang boleh

memudaratkan tuannya diutamakan dari memelihara hak yang tidak memudaratkan tuannya.

( Dato’ Dr Abdul Monir, 2000 )

Secara umumnya pula dinyatakan Imam al Mahalli dalam Syarhu Jam’I Jawami pula,

Dharuriyyat ialah sesuatu yang diperlukan sehingga sampai ke tahap terdesak,terpaksa dan tidak

dapat dielakkan. Maksudnya perkara yang tidak dapat dielakkan demi menegakkan kepentingan

agama dan dunia sehingga jika perkara itu tidak ada,maka kemaslahatan dunia akan rosak dan

kerugian di akhirat akan terjadi. Al Imam Asy Syatibi menerangkan maqasid dhururiyyah ialah

maqasid yang asas bagi mencapai matlamat hidup manusia di dunia dan diakhirat. Di bawah

Dhururiiyah terdapat lima perkara yang menjadi teras kehidupan manusia iaitu

agama,jiwa,akal,keturunan dan harta. Sekiranya salah satu daripada lima perkara ini tidak

ada,maka rosak dan hancurlah kehidupan di dunia dan di akhirat. Ia dianggap dhururiyyah

kerana kaitannyasecara langsung dengan nizam atau peraturan hidup di mana nizam itu wujud di

alam nyata dan berjalan sebagaimana yang sepatutnya apabila wujudnya dhururiyyah. Apabila

Page 10: Pengertian Hak Asasi Manusia ( 4 Submitt )

dhururiyyah tidak wujud maka rosaklah nizam hidup dan membawa kehancuran sama peringkat

individu ataupun peringkat ummah,yakni negara dan pentadbiran.

Para ulama menyatakan bahawa dharuriyyat ada lima perkara iaitu

i. Agama

Bagi memelihara dharuriyyah pertama ini, Islam mengharamkan semua perkara yang boleh

mengancam agama seperti kufur,syirik,nifak riddah ( kemurtadan ) dan sebagainya. Ekoran itu

Islam mengenakan hukuman yang tegas atas jenayah keagamaan. Orang yang murtad dikenakan

hukuman bunuh seperti mana yang disebutkan dalam hadis sahih yang diriwayatkan oleh Ahmad

al Bukhari,Abu Dawud,at Tarmizi,an Nasa’i dan Ibnu Majah daripada Ibnu Abbas bahawa Nabi

SAW bersabda yang bermaksud sesiap yang menukarkan agamanya ( iaitu keluar daripada Islam

kepada kufur ),maka hendaklah kamu membunuhnya.

Lantaran hendak menjaga agama,dapat dilihat Sayyidina Abu bakar ash Shiddiq telah memimpin

para sahabat melancarkan Perang Kemurtadan pada zaman pemerintahan beliau bagi memerangi

golongan murtad yang enggan membayar zakat selepas kewafatan Nabi SAW.

Sayyidina Ali turut pernah membakar sekumpulan golongan pelampau Syiah yang bertuhankan

kepada Sayyidina Ali dimana permulaanya beliau menyuruh mereka bertaubat dan kembali ke

pangkal jalan,namun mereka enggan kemudian beliau memancung kepala meraka dan menggali

parit kemudian menyalakan api di dalamnya lalu mereka dicampakkan ke dalamnya. ( Wan

Mohd Nasir,2011 )

Contohnya dalam konteks memelihara agama juga diwajibkan mengucapkan dua kalimah

syahadah,sembahyang,zakat,puasa,haji,menyeru kepada Islam ,menyuruh kepada kebaikan dan

sebagainya. Begitu juga dengan dengan perintah jihad untuk menjaga agama.

ii. Jiwa atau Nyawa

Page 11: Pengertian Hak Asasi Manusia ( 4 Submitt )

Bagi merealisasikan pemeliharaan dharuriyyah kedua ini, Islam mengharamkan apa jua

perbuatan yang boleh mengancam diri,jiwa atau nyawa seseorang,sama ada diri sendiri atau

orang lain. Lantaran itu,apa jua tindakan yang boleh membahayakan diri,jiwa atau nyawa

seseorang adalah haram dan dikenakan hukuman setimpal. ( Wan Mohd Nasir,2011 ). Ini dilihat

dalam hukuman qisas.

Menurut Statistik PDRM menunjukkan bahawa ada 152 kes bunuh yang berlaku pada

suku pertama 2006. Secara purata pada setiap 14 jam 13 minit berlaku satu kes pembunuhan.

Jadi tiada hairan setiap hari terdapat kes pembunuhan di media massa. Di dalam Islam, menjaga

nyawa manusia tanpa hak amat dilarang kewujudan hukuman yang keras disediakan bagi

pelakunya.

iii. Akal

Dalam memelihara dan menjaga dharuriyyah ketiga ini, Islam mengharamkan apa jua tindakan

yang boleh mengancam akal seseorang,samaada pada diri sendiri ataupun orang lain seperti

meminum dan menjual arak,dadah,gam,pil khayal dan sebagainya. Dalil asas bagi pengharaman

arak dan sebagainya ialah Al Quran dan Sunnah Nabi sehinggalah diijmakkan oleh para ulamak

Islam. Sesiapa yang didapati meminum arak akan dikenakan hukuman hudud iaitu sebatan

sebanyak 40 kali sebatan. ( Wan Mohd Nasir,2011 ). Bagi Islam kemuliaan akal seseoarng

adalah bertolak daripada unsur keimanan. Apabila akal manusia mampu memilih kefahaman

sendiri,maka ia memilih iman sebagai pegangan, disitulah letaknya kemuliaan akal. Islam

menyediakan peraturan peraturan dalam usaha menjaga akal antaranya:

a: Mengharamkan segala perkara yang merosakkkan akhlak dan melemahkan daya fikiran seperti

arak dan semua benda yang memabukkan.

b: Menjaga akal daripada segi fizikal dan spiritual dimana daripada segi fizikal perhatian diberi

kepada pemkanan yang baik dan sesuai dengan pembinaan akal. Daripada segi spiritual pula

perhatian diberi kepada makanan rohani yang berbentuk keilmuan dah thafaqah terutama Al

Quran dan Hadis. ( Mohd Liki Hamid, 2006 ). Dalam konteks memerangi pengedaran dan

penyalahgunaan dadah,Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik telah menangkap 43,093 orang

dibawah Akta Dadah merbahaya 1952 kerana mengedar dadah,memilik dan menggunakan

dadadh berbanding 33,187 orang pada tahun 2004 atau penikgkatan sebanyak 29.8%. Seramai

Page 12: Pengertian Hak Asasi Manusia ( 4 Submitt )

1,894 pengedar telah ditangkap dibawah seksyen 39B Akta Dadah Merbahaya 1952 yang

membawa kepada mati mandatori berbanding 1823 orang yang ditangkap pada tahun 2004 iaitu

sebanyak 3.9%. Nilai rampasan dadah tradisional pada tahun 2005 melebihi RM8.8 juta

manakala dadah sintetik melebihi RM43.7 juta. Maka memastikan manusia sentiasa dapat

menjaga akalnya untuk beribadah kepada Allah,maka jelaslah Islam turut mengharamkan

penggunaan bahan yangh bersifat menutupi akal seprti ganja,heroin dan seumpamanya.

Penyalahgunaan dan pengedaran dadah akan dikenakan hukuman ta’zir yang berat dalam Islam.

iv. Keturunan dan maruah

Dharuriyyat keempat ialah keturunan. Ia merangkumi maruah. Namun ada juga ulama mengira

maruah sebagai dharuriyyah yang berasingan sehingalah jumlah dharuriyyah menjadi enam

semuanya, Ini sebenarnya bukan masalah besar kerana semua ulamak tetap mengakui bahawa

maruah adalah salah satu dharuriyyah samada secara bersendirian ataupun tidak.

Dalam menjaga keturunan,Islam mengharam apa jua perkara yang boleh memudharatkan

keturunan sama ada secara langsung ataupun tidak langsung seperti zina,liwat,mendedahkan

aurat dan sebagainya. Cuma antara perkara disebutkan ini sedikit sebanyak perbezaan dari sudut

besar atau kecil dosanya dan jenis hukuman yang ditetapkan syarak atas setiap kesalahan

tersebut.

Sebagai contoh zina diharamkan oleh semua agama di atas muka bumi ini. Bahkan Islam dengan

tegas dan jelas sekali telah mengharamkan zina dan hukumannya adalah yang paling keras iatu

direjam sampai mati bagi muhsan dan disebat 100 kali sebatan dan dibuang daerah selama

setahun ke tempat yang jaraknya jarak musafir atau lebih.

Dalam memelihara maruah pula,Islam telah mengharamkan perbuatan yang mencalar,menjejas

atau menjatuhkan maruah diri sendiri ataupun orang lain. Oleh sebab itu,sikap

mencaci,menuduh orang berzina tanpa bukti dan seumpamanya diharamkan dalam Islam. Secara

khususnya pelaku jenayah qazaf ( menuduh orang berzina tanpa bukti yang sah pada syarak )

dikenakan hukuman hudud iaitu disebat 80 kali sebatan. ( Wan Mohd Nasir,2011 ).

Bagi menjaga kemuliaan dan kesucian keturunan, Islam menyediakan peraturan peraturan yang

menjamin lahirnya keturunan mengikut displin syarak iaitu melalui perkahwinan yang sah.

Page 13: Pengertian Hak Asasi Manusia ( 4 Submitt )

Demi menjamin kekuatan sesebuah keluarga, Islam mengajar umatnya beberapa kaedah memilih

pasangan seperti mengambil berat unsur agama,keturunan ,harta dan paras rupa. Selain itu Islam

mengadakan peraturan bagi menyekat sebarang pencerobohan keatas kesucian keturunan,maka

diharamkan zina,qazaf,mukadimmah zina iaitu melihat perkara haram dan seumpamanya.( Mohd

Liki Hamid, 2006 ). Menurut Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Dato’ Azmi Khalid,Jabatan

Pendaftaran Negara mendaftarkan 70,430 anak luar nikah bagi tempoh lima tahun dari 1999

hingga 2003. Anak luar nikah orang Islam paling ramai didaftarkan iaiatu 30,978 orang. Jika

data ini diproses secara purata tanpa mengira perubahan peratus tahunan, ia menunjukan secara

purata bahawa setiap hari,sejumlah 39 kes pendaftaran anak luar nikah yang dicatatkan ( tanpa

mengira agama ) dan 17 kes adalah dari kalangan umat islam. Ini bermakna setiap 37 minit akan

berlaku kes penzinaan dan dalam masa 1 jam 25 minit seorang bayi yang tidak berdosa ( tidak

sah nasab ) dilahirkan hasil penzinaan pasangan muslim. Kesan ini menunjukkan betapa

pentingnya penguatkuasaan undang-undang Islam bagi memelihara keturunan dan nasab.

v. Harta

Antara lima dharuriyyat yang dipelihara oleh Islam adalah harta. Lantaran itu,Islam telah

mengharamkan apa jua perbuatan yang boleh mendatangkan kemudharatan,memusnahkan atau

mensia-siakan harta seperti merompak,mencuri,membazir dan seumpamanya. Berhubung

dengan hukuman jenayah merompak dan mencuri adalah melibatkan pemotongan tangan.

Statistik membuktikan fenomena ini yang mana di dalam tiga bulan tahun 2009, PDRM

mencatatkan 36,960 kes jenayah harta dan ini merupakan kadar tertinggi iaitu 65.9% dari

keseluruhan Indeks Jenayah. Pencerobohan terhadap harta milik orang lain berlaku secara purata

setiap 3 minit 30 saat. Tidak menjadi kehairanan bagaimana kepentingan harta menjadi

keutamaan dalam Islam.

Islam meletakkan kedudukan harta pada kedudukan kelima kerana dengan adanya harta manusia

dapat melaksanakan kehidupan yang baik dan harta adalah tunggak pada tubuh badan dan

kesihatan manusia. Islam menentukan manusia dapat memiliki harta benda mengikut displin

yang betul dengan mensyariatkan kontrak jual beli,sewaan,hibbah pusaka dan lain-lain. Islam

juga mengharamkan pemilikan yang tidak sah seperti mencuri,menipu,rasuah,riba,merosakkan

harta benda dan pembaziran.

Page 14: Pengertian Hak Asasi Manusia ( 4 Submitt )
Page 15: Pengertian Hak Asasi Manusia ( 4 Submitt )

Bib

Norraihan Zakaria, 2007. Konsep Hak Asasi Manusia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

2000.

Jaafar Salleh,Islam Melindungi Hak Asasi Manusia Sejagat,Mulia Terang Sdn Bhd,Kuala Lumpur 2010.