hak asasi manusia

45
[2012] 1 LNS(A) lii Legal Network Series 1 HAK ASASI MANUSIA: IMBANGAN ANTARA HAK RAMAI DENGAN HAK INDIVIDU DALAM KONTEKS KEBEBASAN BERSUARA DI BAWAH PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN MALAYSIA* AHMAD 'AZAM MOHD SHARIF RUZIAN MARKOM ABSTRAK Hak asasi manusia adalah hak pokok yang mesti dimiliki oleh setiap manusia. Terdapat dua pandangan yang berbeza tentang dasar hak asasi; Barat menyatakan bahawa ia adalah hak individu yang tidak boleh dicerobohi langsung oleh mana-mana pihak, manakala bukan Barat menegaskan ia adalah hak ramai yang bererti walaupun seseorang itu mempunyai hak asasinya sendiri, hak asasi tersebut boleh diketepikan pada masa-masa tertentu demi menjaga hak umum. Siapakah pemilik sebenarnya? Penulisan ini bertujuan mengupas isu hak asasi manusia dalam konteks kebebasan bersuara di bawah Perlembagaan Persekutuan Malaysia melalui kajian kes-kes yang pernah diputuskan serta menimbulkan kesedaran bahawa hak asasi tersebut bukan hanya hak individu, ataupun hak ramai; tetapi lebih merupakan pengimbangan di antara kedua-dua hak tersebut. Ini bererti, hak kebebasan bersuara yang termaktub di dalam Perkara 10(1)(a) Perlembagaan Persekutuan Malaysia adalah diberikan kepada setiap individu di dalam negara ini tetapi hak tersebut tidak diberikan secara mutlak. Ini kerana, hak kebebasan bersuara boleh dibataskan oleh undang-undang pada masa- L A W

Upload: amal-saiful

Post on 31-Oct-2015

138 views

Category:

Documents


14 download

TRANSCRIPT

Page 1: Hak Asasi Manusia

[2012] 1 LNS(A) lii Legal Network Series 1

HAK ASASI MANUSIA: IMBANGAN ANTARA HAK RAMAI

DENGAN HAK INDIVIDU DALAM KONTEKS KEBEBASAN

BERSUARA DI BAWAH PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN

MALAYSIA*

AHMAD 'AZAM MOHD SHARIF

RUZIAN MARKOM

ABSTRAK

Hak asasi manusia adalah hak pokok yang mesti dimiliki oleh setiap

manusia. Terdapat dua pandangan yang berbeza tentang dasar hak asasi;

Barat menyatakan bahawa ia adalah hak individu yang tidak boleh

dicerobohi langsung oleh mana-mana pihak, manakala bukan Barat

menegaskan ia adalah hak ramai yang bererti walaupun seseorang itu

mempunyai hak asasinya sendiri, hak asasi tersebut boleh diketepikan

pada masa-masa tertentu demi menjaga hak umum. Siapakah pemilik

sebenarnya? Penulisan ini bertujuan mengupas isu hak asasi manusia

dalam konteks kebebasan bersuara di bawah Perlembagaan Persekutuan

Malaysia melalui kajian kes-kes yang pernah diputuskan serta

menimbulkan kesedaran bahawa hak asasi tersebut bukan hanya hak

individu, ataupun hak ramai; tetapi lebih merupakan pengimbangan di

antara kedua-dua hak tersebut. Ini bererti, hak kebebasan bersuara yang

termaktub di dalam Perkara 10(1)(a) Perlembagaan Persekutuan

Malaysia adalah diberikan kepada setiap individu di dalam negara ini

tetapi hak tersebut tidak diberikan secara mutlak. Ini kerana, hak

kebebasan bersuara boleh dibataskan oleh undang-undang pada masa-

L A W

Page 2: Hak Asasi Manusia

[2012] 1 LNS(A) lii Legal Network Series 2

masa tertentu demi memelihara kesejahteraan, keselamatan atau

ketenteraman awam; dan inilah yang dikatakan pada masa-masa dan

sebab-sebab yang tertentu hak ramai untuk hidup aman dan tenteram

akan lebih diutamakan daripada hak individu untuk bersuara. Selain

daripada itu, penulisan ini juga berhasrat mengutarakan satu rumusan

bahawa demi mengimbangi di antara hak ramai dan hak individu dalam

konteks hak kebebasan bersuara di negara ini, beberapa aspek

perundangan dan kenegaraan perlu dilaksanakan secara berkesan serta

terpelihara; antaranya pemisahan kuasa antara organ-organ kerajaan,

kebebasan kehakiman, semakan kehakiman, kesamarataan di sisi undang-

undang dan kewujudan sebuah pemerintahan yang ikhlas,

bertanggungjawab, amanah, adil serta telus di dalam melaksanakan

segala tanggungjawab serta fungsinya. Penulisan ini juga ingin

menegaskan bahawa sekiranya kesemua aspek di atas dipelihara maka

barulah segala sekatan undang-undang terhadap hak asasi manusia

dalam konteks kebebasan bersuara demi mengimbangi di antara hak

individu dan hak ramai dapat diaplikasikan dengan adil, berkesan serta

tidak menganiayai mana-mana individu di dalam negara ini.

PENGENALAN

Menurut penulis K.C. Wheare, [1] sebuah perlembagaan itu bermaksud

keseluruhan sistem kerajaan (yang terkandung di dalam) satu koleksi

peraturan-peraturan dan undang-undang yang menegakkan dan mengawal

selia sebuah kerajaan. Seorang penulis lain, S.A. de Smith pula

menggambarkan bahawa prinsip-prinsip serta peraturan-peraturan di atas

adalah dianggap asas serta mempunyai sifat-sifat tertinggi dan kekal. [2]

Begitu juga dengan Perlembagaan Malaysia yang wujud di dalam keadaan

L A W

Page 3: Hak Asasi Manusia

[2012] 1 LNS(A) lii Legal Network Series 3

bertulis dan kekal yang mana ianya mengandungi satu pengumpulan atau

koleksi peraturan-peraturan yang berfungsi sebagai penegak, penggerak

serta pengawal selia kepada kerajaan Malaysia pada hari ini sekiranya

kesemua prinsip-prinsip perlembagaan itu diikuti dan dihormati. Ini

bersesuaian dengan sifat Perlembagaan itu sebagai undang-undang

tertinggi di negara ini.

Ketertinggian Perlembagaan Persekutuan Malaysia sebagai

merupakan sesuatu yang wajib dipatuhi ada dinyatakan di dalam Perkara

4(1) Perlembagaan Persekutuan [3] dan prinsip undang-undang yang

didapati dalam kes Loh Kooi Choon v. Govt. of Malaysia [4]. Sesuai dengan

statusnya sebagai undang-undang yang tertinggi di Malaysia, banyak di

antara perkara-perkara pokok dan asas yang terkandung di dalam

Perlembagaan Malaysia adalah bertujuan untuk menjamin keberkesanan

sistem pemerintahan kerajaan serta menjamin keadilan untuk setiap

individu yang berada di dalam negara ini. Antara perkara pokok yang

dimaksudkan tersebut ialah Doktrin Semakan Kehakiman, [5] Doktrin

Pemisahan Kuasa-kuasa Di kalangan Organ-organ Kerajaan [6] serta tidak

ketinggalan perlindungan terhadap Hak-hak Asasi Manusia. [7] Penulisan

ini mengupas secara ringkas pengaplikasian hak kebebasan bersuara di

bawah Perkara 10 Perlembagaan sebagai salah satu hak individu yang

harus dipelihara sejauhmana mungkin agar tidak dicabuli oleh mana-

mana pihak. Sungguhpun begitu, harus disedari bahawa hak ini bukanlah

mutlak kerana di dalam situasi-situasi tertentu seperti demi menjaga

kesejahteraan, keamanan serta ketenteraman awam, hak ramai untuk

hidup aman damai dan tenteram boleh diutamakan daripada hak individu

untuk bersuara. Itulah sebabnya dalam memelihara keamanan dan

L A W

Page 4: Hak Asasi Manusia

[2012] 1 LNS(A) lii Legal Network Series 4

ketenteraman masyarakat umum, kadang kala sekatan undang-undang

terpaksa dikenakan ke atas hak kebebasan bersuara di negara ini.

KONSEP HAK ASASI MANUSIA: IMBANGAN ANTARA HAK

RAMAI DAN HAK INDIVIDU

Secara literal hak asasi manusia bermaksud hak yang dasar atau hak yang

pokok yang mesti dimiliki oleh setiap individu manusia. [8] Sebagai satu

hak yang dimiliki oleh semua manusia, hak tersebut hendaklah diiktiraf

oleh pihak berkuasa dunia dan dipertahankan oleh kedaulatan undang-

undang. Justeru itu, Pengisytiharan Hak Asasi Manusia Sejagat telah

mengiktiraf keutuhan kemuliaan dan hak kesamaan serta asasi seluruh

umat manusia sebagai asas kebebasan, keadilan dan kedamaian dunia.

Pengabaian serta penghinaan terhadap hak asasi manusia akan

mengakibatkan kemunculan tindakan terkutuk yang telah melanggari

perasaan hati umat manusia. Oleh itu, hak asasi manusia mesti

dipertahankan oleh kedaulatan undang-undang.[9]

Malaysia telah mengiktiraf hak asasi manusia dengan pengesahan

Piagam Hak Asasi Manusia pada tahun 1999. Piagam ini adalah hasil

kerjasama badan-badan bukan kerajaan Malaysia. Ia mengandungi 21

perkara dengan usul agar Kerajaan Malaysia meminda semua undang-

undang agar selari dengan piawai hak asasi manusia seperti yang

termaktub dalam piagam. Pengiktirafan hak di atas menunjukkan bahawa

hak asasi manusia adalah satu hak kesamaan dan mempunyai nilai sejagat

milik semua manusia di dunia ini. Selain dari itu, perisytiharan sejagat

hak asasi manusia berperanan sebagai satu piawai yang mengukur

terhadap pencapaian kemajuan oleh seluruh manusia. Sebagai contohnya,

L A W

Page 5: Hak Asasi Manusia

[2012] 1 LNS(A) lii Legal Network Series 5

Perkara 19, Perisytiharan Hak Asasi Manusia Sejagat berbunyi, “Setiap

orang adalah berhak kepada kebebasan pendapat dan mengeluarkan

fikiran: hak ini termasuklah kebebasan memegang pendapat tanpa

gangguan dan menuntut, menerima dan menyebarkan maklumat dan buah

fikiran melalui sebarang media dan tanpa mengira sempadan.”

Persolannya, apakah dasar piawai kebebasan manusia yang hendak

diukur; mengikut Barat atau budaya masing-masing?

Sekiranya dasar piawai berdasarkan Barat, hak kebebasan bersuara

adalah milik individu. Sebaliknya, sekiranya piawai ukuran kebebasan

manusia berteraskan bukan Barat, hak kebebasan bersuara adalah hak

komuniti yang mesti diimbangkan dengan sekatan undang-undang yang

sesuai dengan norma serta budaya sesebuah masyarakat. Seorang

pengkritik hak asasi manusia, Prof. Jack Donnelly [10], berpendapat hak

asasi manusia adalah konsep asing dalam masyarakat tradisional Asia.

Beliau memberi contoh satu pernyataan tentang hak asasi manusia oleh

Masyarakat Cina. Menurut pernyataan tersebut, “hak asasi manusia

mengikut budaya politik kaum tradisional Cina merupakan sebahagian

daripada norma masyarakat ...Kod Etika Konfucius mengiktiraf hak

individu terhadap hak penghormatan.” Kenyataan tersebut menunjukkan

hak asasi mengikut tafsiran kaum tradisional Cina bukan hak asasi yang

diwarwarkan oleh Barat tetapi hak penghormatan dan maruah. Mengikut

beliau dasar kedua-dua hak adalah berbeza. Manakala hak asasi perkara

adalah manusia, hak penghormatan perkara dasarnya ialah penghormatan.

Kesannya juga berbeza di mana hak asasi manusia melibatkan status,

tuntutan dan tanggungjawab antara individu dan negara sedangkan hak

penghormatan tertumpu kepada hubungan kemanusiaan.

L A W

Page 6: Hak Asasi Manusia

[2012] 1 LNS(A) lii Legal Network Series 6

Sebaliknya, seorang peguam undang-undang antarabangsa,

Professor C.G. Weramantry, [11] berpendapat hak asasi manusia adalah hak

yang hidup. Sebagai satu hak yang hidup, ia berkembang mengikut

budaya dan kemajuan manusia dalam mempertahankan maruah dan

martabat masyarakat. Menurut beliau, konsep hak asasi manusia yang

hidup tampak jelas dalam ajaran Islam. Ajaran Islam menekankan bahawa

tanggungjawab utama manusia adalah terhadap Tuhan. Semua manusia

mesti patuh dan taat kepada segala perintah Allah, secara tidak langsung

beliau telah melaksanakan tanggungjawab dan menunaikan hak kepada

manusia yang lain. Hak yang dimaksudkan merangkumi hak ekonomi,

politik, sosial dan budaya. Ini adalah kerana hubungan sesama manusia

berpusat kepada Tuhan.

Selain Islam, konsep hak asasi yang hidup juga terpakai kepada

kepercayaan masyarakat lain seperti kaum Cina yang berlatarbelakangkan

tradisi dan falsafah Konfucius. Kedudukan manusi dinilai tidak semata-

mata berdasarkan perjuangan politik dan sivil tetapi dipengaruhi falsafah

masyarakat, agama, sosial dan pengaruh budaya yang menghidupkan

masyarakat tersebut. Begitu juga kepada kaum India, di mana Asoka,

seorang Raja Buddha telah melantik ramai pegawai hak asasi manusia

sejak lebih dua ribu tahun dahulu. Tugas mereka ialah menggalakkan

orang ramai melakukan kebajikan dan memastikan kesejahteraan antara

hamba dengan tuan dan orang kaya dengan orang miskin dan orang tua.

Mereka bertanggungjawab menghapuskan salah penjara, hukuman keras

dan akan menimbangkan kes-kes di mana seseorang itu melakukan

kesalahan ketika beliau sedang dalam kelaparan atau kecelakaan.

Jelas bahawa, hak asasi manusia dalam konteks masyarakat

L A W

Page 7: Hak Asasi Manusia

[2012] 1 LNS(A) lii Legal Network Series 7

Malaysia yang berbilang bangsa, mengamalkan budaya tersendiri dan

memelihara kedaulatan undang-undang adalah merupakan satu hak yang

hidup. Oleh itu, hak kebebasan bersuara sebagai hak individu perlu

diimbangi dengan hak ramai demi memastikan kebebasan, keadilan dan

kesejahteraan negara keseluruhannya.

HAK KEBEBASAN BERSUARA

Perkara 10(1)(a) Perlembagaan Persekutuan Malaysia dengan jelas telah

memberikan hak kebebasan bersuara kepada setiap rakyat negara ini.

Perkara 10(1)(a) tersebut berbunyi:

“Tertakluk kepada fasal (klausa) (2), (3) dan (4); ...tiap-

tiap warganegara adalah berhak bebas bercakap dan

mengeluarkan fikiran.”

Cuma, apa yang jelas di sini hak tersebut bukanlah sesuatu yang

mutlak tetapi hanya bersyarat. Hakikat ini telah ditekankan oleh Hakim

Siti Norma Yaakob dalam kes Lee Kuan Yew v. Chin Vui Khen & Anor

yang mana Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, sebagaimana di dalam kes-

kes terdahulu, telah memutuskan bahawa Perkara 10(2)(a) Perlembagaan

membenarkan Parlimen menggubal undang-undang bagi menyekat hak

kebebasan bersuara atas salah satu daripada alasan-alasan berikut iaitu

menjaga keselamatan Persekutuan, memelihara hubungan dengan negara -

negara lain, memelihara ketenteraman atau ketatasusilaan awam,

membendung gejala penghinaan mahkamah mahupun fitnah serta

mengawal apa-apa keadaan yang boleh membangkitkan satu perlakuan

jenayah[12]. Selain daripada sekatan undang-undang terhadap hak

kebebasan bersuara melalui Perkara 10(2)(a) sepertimana yang

L A W

Page 8: Hak Asasi Manusia

[2012] 1 LNS(A) lii Legal Network Series 8

ditekankan di dalam kes di atas, Perkara 10(4) Perlembagaan Malaysia

seterusnya menambah di dalam mengadakan sekatan ke atas hak

kebebasan bersuara di bawah Perkara 10(2)(a) di atas, Parlimen juga

boleh meluluskan undang-undang yang melarang apa-apa persoalan yang

ditimbulkan mengenai apa-apa perkara, hak, status, kedudukan, posisi,

keistimewaan, ketertinggian mahupun prerogatif mengenai kedudukan

Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi Persekutuan (Perkara 152), kuota-

kuota khusus dalam perkara-perkara tertentu yang diberikan kepada

orang-orang Melayu dan orang-orang Asli di Sabah dan Sarawak (Perkara

153) serta kedudukan serta keistimewaan Sultan-sultan serta Raja-raja

Melayu (Perkara 181).

Dalam kes Madhavan Nair v. PP, [13] Mahkamah Tinggi telah menilai

isu apakah sekatan serta syarat-syarat yang dikenakan oleh pihak Polis

melalui Seksyen 27 Akta Polis 1967 berlawanan dengan hak kebebasan

bersuara dalam Perkara 10(1)(a). Dalam kes ini, satu permit telah

diluluskan oleh pihak Polis untuk pemohon mengadakan satu perjumpaan

di tempat terbuka. Walau bagaimanapun, syarat yang dikenakan ialah

pemohon di dalam ucapannya tidak boleh membuat apa-apa pernyataan

mengenai keputusan peperiksaan MCE mahupun kedudukan Bahasa

Melayu sebagai bahasa rasmi Persekutuan. Hakim Chang Ming Tat telah

memutuskan bahawa di bawah Perkara 10(2)(a) Perlembagaan

Persekutuan Malaysia, Parlimen jelas berhak membuat apa-apa sekatan

undang-undang terhadap hak kebebasan bersuara di bawah Perkara 10(1)

(a) Perlembagaan. Dalam kes ini, adalah jelas sekatan-sekatan terhadap

hak tersebut telah dikenakan melalui penggubalan Akta Polis 1967 dan

ianya berada di dalam skop yang dibenarkan oleh Perkara 10(2)(a)

L A W

Page 9: Hak Asasi Manusia

[2012] 1 LNS(A) lii Legal Network Series 9

Perlembagaan Persekutuan Malaysia.

Daripada kes di atas adalah jelas hak kebebasan bersuara di bawah

Perkara 10(1)(a) Perlembagaan Persekutuan Malaysia hanyalah bersifat

bersyarat dan tidak mutlak [14]. Sebenarnya Malaysia bukan negara tunggal

yang menghadkan hak kebebasan bersuara rakyatnya, malah ada negara-

negara lain yang turut mengimplementasikan prinsip yang sama antaranya

England dan India. Sebagai contoh, dalam sebuah kes Inggeris iaitu

Francis v. Chief of Police [15], kita dapati hak kebebasan bersuara di

England juga tidak mutlak, malah bersyarat. Dalam kes di atas telah

dihujahkan bahawa syarat yang dikenakan oleh pihak polis berdasarkan

Seksyen 5 Public Meetings Act 1969 yang melarang penggunaan

pembesar suara dalam satu perjumpaan di tempat terbuka adalah

berlawanan dengan Seksyen 10 Perlembagaan mereka yang telah

memberikan hak kebebasan bersuara kepada setiap rakyatnya. Dalam kes

tersebut, kedua-dua Mahkamah Tinggi dan Privy Council telah

memutuskan bahawa syarat yang telah dikenakan itu tidak berlawanan

dengan hak kebebasan bersuara di bawah Seksyen 10 Perlembagaan

United Kingdom. Dengan itu, jelaslah daripada kes Inggeris di atas yang

syarat serta sekatan yang dikenakan ke atas hak kebebasan bersuara itu

adalah betul dan ini telahpun dipersetujui oleh Sir Griffith CJ dalam kes

Duncan v. State of Queensland [16] serta Privy Council dalam kes

Freightlines Ltd. v. State of New South Wales .[17] Dalam masa yang sama,

mahkamah-mahkamah di India juga turut memperakui sekiranya satu-satu

kebebasan itu diberikan secara mutlak, hak-hak yang tidak dikawal itu

boleh membawa kepada kekacauan dan kekecamukan dan ini telah

diperjelaskan dalam satu kes India iaitu AK Gopalan v. State of Madras

L A W

Page 10: Hak Asasi Manusia

[2012] 1 LNS(A) lii Legal Network Series 10

Air[18].

Kedudukan hak kebebasan bersuara di Malaysia yang bersifat

bersyarat serta tidak mutlak diperkukuhkan lagi dalam penghakiman yang

diberikan oleh Mahkamah Agong (kini dikenali sebagai Mahkamah

Persekutuan) dalam kes PP v. Pung Chen Choon [19]. Dalam perbicaraan

sebelum itu di Mahkamah Majistret Kota Kinabalu, OKT telah didakwa

atas kesalahan menerbitkan satu berita palsu dengan curang di dalam

“The Borneo Mail” bertarikh 16 Julai 1990, satu kesalahan di bawah

Seksyen 8(A)(1) Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984. Pada penutupan

kes pendakwaan, pihak pembelaan telah mempersoalkan kesahan sekatan

undang-undang yang dikenakan ke atas hak kebebasan bersuara melalui

Seksyen 8(A)(1) akta tersebut yang didakwa bertentangan dengan Perkara

10(1)(a) dan Perkara 10(2)(a) Perlembagaan Persekutuan dan dengan itu

patut dianggap terbatal di bawah Perkara 4(1) Perlembagaan yang sama.

Majistret telah mengemukakan persoalan-persoalan tersebut kepada

Mahkamah Tinggi yang kemudiannya mengutarakan isu terbabit kepada

Mahkamah Agong. Dalam penghakiman terhadap isu yang ditimbulkan

bahawa Seksyen 8A(1) Akta 1984 tersebut adalah berlawanan dengan hak

kebebasan bersuara di bawah Perkara 10(1)(a) Perlembagaan Malaysia,

mahkamah telah menolak hujah ini dengan berpendapat bahawa Seksyen

8A(1) Akta 1984 bukanlah menghalang semua penerbitan yang bersifat

palsu, tetapi hanya menyekat penerbitan palsu yang bersifat curang atau

“malicious”.[20] Mahkamah Agong dengan itu memutuskan walaupun

Seksyen 8(A) Akta 1984 telah mengenakan sekatan ke atas hak kebebasan

bersuara di bawah Perkara 10(1) Perlembagaan Persekutuan Malaysia,

sekatan yang telah dikenakan adalah dibenarkan di bawah Perkara 10(2)

L A W

Page 11: Hak Asasi Manusia

[2012] 1 LNS(A) lii Legal Network Series 11

(a) Perlembagaan serta selari dengannya.

SEKATAN UNDANG-UNDANG YANG DIKENAKAN OLEH PARLIMEN KE ATAS HAK KEBEBASAN BERSUARA DI

MALAYSIA DALAM MENGIMBANGI ANTARA HAK INDIVIDU DAN HAK RAKYAT:

Setelah meneliti kedudukan hak kebebasan bersuara di bawah Perkara

10(1)(a) Perlembagaan Persekutuan Malaysia yang bersifat bersyarat

serta tidak mutlak, penulisan ini berhasrat pula meneliti contoh-contoh

sekatan undang-undang yang dikenakan oleh Parlimen demi mengimbangi

antara hak individu untuk bersuara dan hak masyarakat keseluruhannya

untuk hidup aman dan tenteram.

Akta Hasutan 1948

Adalah jelas Akta Hasutan 1948 (Pindaan 1970) [21] mengenakan sekatan-

sekatan serta had-had tertentu ke atas hak kebebasan bersuara di negara

ini. Seksyen 3 Akta berkenaan, sebagai contohnya mendefinisikan

kecenderungan untuk melakukan hasutan (seditious tendency) apabila

wujud salah satu daripada keadaan-keadaan berikut:

• mewujudkan rasa benci atau menghina kerajaan atau

membangkitkan rasa benci terhadap mana-mana pemerintah atau

kerajaan;

• membangkitkan warganegara ini untuk menentang;

• mewujudkan rasa benci atau menghina atau membangkitkan rasa

benci terhadap pentadbiran keadilan (administration of justice);

• membangkitkan rasa tidak puas hati atau benci di kalangan

L A W

Page 12: Hak Asasi Manusia

[2012] 1 LNS(A) lii Legal Network Series 12

warganegara Malaysia yang lain;

• menganjurkan rasa marah dan tidak puas hati di kalangan

warganegara Malaysia yang lain.

Seksyen 4 akta yang sama pula menjelaskan adalah menjadi satu

kesalahan untuk melakukan, menyediakan atau berkonspirasi untuk

melakukan perbuatan menghasut, melafazkan kata-kata yang berbentuk

hasutan dan juga untuk menganjurkan serta menggalakkan atau membawa

masuk apa-apa penerbitan yang berbentuk hasutan.

Dalam tahun 1970, disebabkan oleh satu peristiwa rusuhan antara

kaum yang telah berlaku pada 13 Mei 1969, Akta Hasutan 1948 telah

dipinda melalui Emergency (Essential Powers) Ordinance 1970 yang

mana klausa (f) telah dimasukkan ke dalam Seksyen 3(1) dan Seksyen

3(2) dipinda. Pindaan terhadap Akta Hasutan 1948 dalam tahun 1970

telah mengenakan beberapa sekatan tambahan terhadap hak kebebasan

bersuara di negara ini dengan menghalang dari ditimbulkan apa-apa

bentuk persoalan mengenai kedudukan Bahasa Melayu sebagai bahasa

kebangsaan, kuota-kuota khusus untuk orang Melayu dan orang-orang

asli di Sabah dan Sarawak serta kedaulatan Sultan dan raja-raja Melayu.

Dalam masa yang sama juga, Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan juga

telah dipinda dan hasilnya lahirlah Perkara 10 klausa (4) yang turut

mengenakan sekatan-sekatan tambahan yang sama sebagaimana pindaan

1970 ke atas Akta Hasutan terhadap hak kebebasan bersuara dalam

Perlembagaan.

Dalam kes Ooi Kee Saik,[22] OKT Pertama didakwa di bawah

kesalahan seksyen 4(1)(b) Akta Hasutan 1948, OKT Kedua didakwa di

L A W

Page 13: Hak Asasi Manusia

[2012] 1 LNS(A) lii Legal Network Series 13

atas kesalahan menerbitkan kata-kata yang berbentuk hasutan manakala

OKT Ketiga dan Keempat telah didakwa atas perbuatan mencetak kata-

kata yang berbentuk hasutan itu yang mana kata-kata hasutan itu

dikatakan telah diucapkan dalam satu majlis makan malam anjuran parti

DAP. Dalam ucapan pada majlis makan malam tersebut, Orang Kena

Tuduh telah didakwa mengeluarkan kata-kata berbentuk hasutan apabila

dikatakan telah menuduh kerajaan sebagai melakukan diskriminasi

terhadap kaum lain serta menyebelahi kaum-kaum tertentu. Hakim Raja

Azlan Shah[23] dalam kes ini telah mensabitkan kesemua OKT atas

tuduhan-tuduhan tersebut serta memberikan pendapatnya bahawa

kebebasan bersuara di Malaysia, seperti juga di India dan United

Kingdom, adalah bersyarat dan tidak mutlak. Menurutnya, hak kebebasan

bersuara di Malaysia adalah tertakluk kepada sekatan undang-undang atas

dasar keselamatan negara, ketenteraman dan ketatasusilaan awam (public

order and public morality) serta banyak lagi alasan-alasan lain. Hakim

Raja Azlan Shah juga telah merujuk kepada kes-kes New York Times Co.

v. Sullivan[24], AK Gopalan v. State of Madras [25] serta Freightlines Ltd. v.

State of New South Wales [26] dalam menyokong penghakiman beliau dan

dengan itu berpendapat bahawa perkatan-perkatan yang berbentuk

hasutan yang telah diucapkan oleh OKT pada majlis makan malam

anjuran DAP tersebut boleh mewujud perasaan benci membenci di

kalangan rakyat berbilang kaum di negara ini kerana ianya menyentuh

soalan kedudukan orang Melayu.

Dalam kes PP v. Fan Yew Teng,[27] OKT telah didakwa atas

kesalahan menerbitkan satu penerbitan yang berbentuk hasutan dalam

majalah “Rocket” isu Disember 1970 yang mana mengandungi ucapan-

L A W

Page 14: Hak Asasi Manusia

[2012] 1 LNS(A) lii Legal Network Series 14

ucapan Dr. Ooi Kee Saik. Mahkamah dalam kes ini telah memutuskan

bahawa disebabkan kerana artikel yang diterbitkan tersebut adalah jelas

berbentuk hasutan yang boleh mewujudkan perpecahan dan rasa benci

membenci di kalangan penduduk berbilang kaum dalam persekutuan ini,

OKT telah didapati bersalah di bawah Akta Hasutan 1948.

Dalam kes Fan Yew Teng v. PP,[28] perayu yang telah disabitkan di

bawah Akta Hasutan 1948 di dalam kes sebelum itu telah merayu kepada

Mahkamah Persekutuan untuk dibebaskan. Lee Hun Hoe CJ, dalam

menolak rayuan tersebut, memutuskan bahawa kata-kata yang telah

diterbitkan oleh perayu adalah dengan jelas bermaksud untuk

mewujudkan perpecahan antara kaum-kaum negara ini dan kata-kata yang

berbentuk hasutan tersebut tidak dibenarkan dan dianggap salah oleh Akta

Hasutan 1948 kerana ianya boleh menggugat keselamatan negara. Sekatan

yang dikenakan oleh Akta Hasutan 1948 adalah jelas dibenarkan oleh

Perkara 10(2)(a) dan Perkara 10(4) Perlembagaan Persekutuan Malaysia.

Dalam kes Lim Guan Eng v. PP,[29] perayu, Lim Guan Eng, telah

dikatakan memberi ucapan di khalayak ramai yang mana antara isi

kandung ucapannya dikatakan mendakwa bahawa sistem perundangan dan

keadilan di Malaysia adalah bersifat mendiskriminasi sesama rakyat.

Dalam pada itu, beliau juga telah didakwa mengedarkan risalah kepada

orang ramai yang berbunyi “Victim imprisoned, Criminal free” yang

mana pihak responden dalam kes ini telah menghujahkan bahawa kata-

kata yang dicetak dalam bentuk risalah di atas adalah tidak benar serta

dibuat dengan niat curang kerana mangsa berkenaan (seorang gadis

bawah umur) sebenarnya tidak dipenjarakan dan tidak pula ditahan dalam

lokap polis, tetapi hanya telah disoal siasat di balai. Mahkamah Rayuan

L A W

Page 15: Hak Asasi Manusia

[2012] 1 LNS(A) lii Legal Network Series 15

dalam kes di atas telah mendapati perayu bersalah di bawah Seksyen 4(1)

Akta Hasutan 1948 kerana telah mengeluarkan kata-kata yang berbentuk

hasutan dalam ucapannya serta di bawah Seksyen 8A(1) Akta Mesin

Cetak dan Penerbitan 1984 kerana mencetak dalam bentuk risalah kata-

kata yang juga berbentuk hasutan.

Isu lain yang timbul berhubung dengan sekatan terhadap hak

kebebasan bersuara di negara ini melalui Akta Hasutan 1948 ialah

berkaitan dengan kebebasan bersuara di dalam Parlimen. Perkara 63(2)

Perlembagan Persekutuan memberikan kebebasan kepada ahli Parlimen

untuk berucap dalam satu-satu sidang Parlimen dan mereka tidak boleh

dikenakan apa-apa tindakan undang-undang atas apa yang diucapkan serta

dibincangkan dalam persidangan Parlimen tersebut (kebebasan bersuara

dalam Parlimen). Walau bagaimanapun, satu pindaan terhadap Perkara 63

Perlembagaan telah dibuat dalam tahun 1971 dengan memasukkan klausa

4 di mana para anggota Parlimen yang bersidang kini masih lagi boleh

diambil tindakan atas apa yang diucapkan dan disebutkan semasa

membahaskan apa-apa isu dalam Parlimen melalui Akta Hasutan 1948

(Pindaan 1970) mahupun melalui Perkara 10(4) Perlembagaan

Persekutuan Malaysia. Dengan itu, kebebasan bersuara ahli-ahli Parlimen

juga telah dibataskan dengan adanya sekatan-sekatan yang dikenakan di

bawah Perkara 63(4) di atas dan kedudukan ini telah diakui oleh

mahkamah dalam kes Mark Koding v. PP.[30]

Akta Rahsia Rasmi 1972

Akta Rahsia Rasmi 1972[31] adalah merupakan satu lagi bentuk sekatan

undang-undang yang dikenakan ke atas hak kebebasan bersuara di bawah

L A W

Page 16: Hak Asasi Manusia

[2012] 1 LNS(A) lii Legal Network Series 16

Perkara 10(1)(a) Perlembagaan Persekutuan Malaysia. Seksyen 8 Akta

berkenaan menghalang seseorang daripada berkomunikasi dengan seorang

lain apa-apa bentuk rahsia rasmi.

Dalam kes PP v. Phua Keng Tong[32], adalah dihujahkan bahawa sekatan-

sekatan yang dikenakan dalam bentuk Akta Rahsia Rasmi (OSA) tidak

ada kaitan dengan isu menjaga keselamatan dan ketenteraman masyarakat

dan dengan itu adalah berlawanan dengan Perkara 14(1)(a) Perlembagaan

Singapura yang memberi hak kebebasan bersuara kepada rakyatnya.

Sungguhpun begitu, Mahkamah telah memutuskan bahawa Akta Rahsia

Rasmi 1972 dengan jelas telah digubal untuk memelihara keselamatan

Singapura dan dengan itu sekatan-sekatan yang dikenakan ke atas hak

kebebasan seseorang untuk bersuara melalui Akta tersebut adalah dengan

jelas dibenarkan oleh Perkara 14(2)(a) Perlembagaan Singapura. Hakim

dalam kes ini telah berpendapat bahawa “menjaga dan mengawal rahsia

rasmi” juga adalah penting dan perlu dalam memelihara keselamatan dan

ketenteraman negara dan dengan itu menjadi satu alasan yang kukuh

untuk menjadi salah satu sekatan undang-undang yang sah terhadap hak

kebebasan bersuara di bawah Perlembagaan [33].

Undang-Undang Tort Mengenai Fitnah Serta Akta Fitnah 1957

Akta Fitnah 1957[34] juga menjadi satu lagi contoh yang jelas bagaimana

sekatan undang-undang dikenakan terhadap hak kebebasan bersuara di

bawah Perkara 10(1)(a) Perlembagaan Persekutuan Malaysia dan ianya

jelas selari dengan alasan-alasan sekatan di bawah Perkara 10(2)(a)

Perlembagaan Persekutuan. Seseorang itu boleh didapati bersalah

sekiranya dibuktikan bahawa kata-kata yang diucapkannya itu adalah

L A W

Page 17: Hak Asasi Manusia

[2012] 1 LNS(A) lii Legal Network Series 17

berunsurkan fitnah dan ini telah dipersetujui oleh Mahkamah Tinggi

Singapura dalam kes Lee Kuan Yew v. J.B. Jeyaratnam [35]. Kes ini juga

telah memutuskan bahawa seseorang yang tidak mempunyai

tanggungjawab untuk memberitahu dan menerangkan sesuatu kepada

masyarakat adalah tidak memiliki apa-apa keistimewaan (is not

privileged) dan dengan itu boleh didapati bersalah atas fitnah.

Di sini, harus difahami bahawa undang-undang mengenai kesalahan

Fitnah/Defamation di Malaysia telah diambil daripada prinsip Undang-

undang Tort mengenai Fitnah di England yang diterima pakai di Malaysia

beasaskan kepada Seksyen 3(1) Akta Mahkamah Sivil 1956 yang mana

antara lain membenarkan mahkamah-mahkamah di Malaysia, dalam

keadaan di mana tiada undang-undang mengenainya, untuk menerima

pakai prinsip-prinsip Common Law tersebut. Kemudian lahirlah Akta

Fitnah yang telah diluluskan oleh Parlimen dalam tahun 1957.

Berdasarkan situasi inilah prinsip Tort mengenai Fitnah dan Akta Fitnah

1957 di Malaysia telah menghadkan hak kebebasan bersuara di negara ini

dan dengan itu adalah dianggap bahawa undang-undang mengenai

fitnah/defamation ini telah wujud di Malaysia sejak hari merdeka.

Sehubungan dengan itu, wujudnya undang-undang tersebut di Malaysia

adalah jatuh ke dalam salah satu daripada pengecualian dan sekatan yang

sah terhadap hak kebebasan bersuara yang dinyatakan di dalam Perkara

10(2)(a) Perlembagaan Persekutuan Malaysia. Kesemua prinsip di atas

ada dibincangkan di dalam kes Lee Kuan Yew v. Chin Vui Khen &

Anor[36].

Satu lagi kes yang boleh membuktikan betapa Undang-undang Tort

mengenai Fitnah serta Akta Fitnah 1957 yang dipakai di Malaysia terus

L A W

Page 18: Hak Asasi Manusia

[2012] 1 LNS(A) lii Legal Network Series 18

berfungsi sebagai sesuatu yang menyekat hak kebebasan bersuara ialah

kes Thiruchelvasegaram a/l Manickarasegar v. Mahadevi a/p

Nadchatiram.[37] Dalam kes ini kedua-dua Plaintif dan Defenden

merupakan peguambela dan peguamcara serta bersaudara melalui

perkahwinan (Plaintif telah mengahwini adik perempuan Defendan).

Plaintif mendakwa bahawa Defenden telah menulis surat yang telah

difakskan ke pejabat Plaintif yang mengandungi kata-kata palsu dan

curang yang mana kandungan surat itu antara lainnya menggambarkan

Plaintif telah mencabul kehormatan anak perempuannya dan dengan itu

tidak melayakkan Plaintif beramal dalam profesyen kepeguamannya.

Plaintif juga dalam masa yang sama mendakwa bahawa Defenden juga

dalam keadaan lain telah mengulangi pernyataan-pernyataan fitnahnya

itu, serta telah berpakat dengan anak perempuannya dan ahli-ahli

keluarga yang lain untuk terus menjatuhkan airmuka serta merosakkan

kedudukannya bertujuan untuk memaksa isteri Plaintif menarik balik

beberapa perbicaraan sivil terhadapnya. Pada 7 Mei 1997, mahkamah

telah membenarkan injunksi untuk menghalang Defenden atau pekerja-

pekerjanya atau agennya daripada menghebahkan apa-apa pernyataan

yang bersifat libel. Defendan kini telah memohon injunksi terhadap

Plaintif untuk menghalang Plaintif daripada membuat apa-apa pernyataan

yang berunsurkan fitnah sehingga hari perbicaraan.

Walaupun kedua-dua belah pihak dalam kes ini telah tidak

membangkitkan apa-apa isu tentang hak kebebasan bersuara di bawah

Perlembagaan Persekutuan Malaysia, hakikat bahawa permohonan

injunksi diluluskan oleh mahkamah terhadap Plaintif untuk

menghalangnya daripada mengeluarkan kata-kata yang berunsurkan

L A W

Page 19: Hak Asasi Manusia

[2012] 1 LNS(A) lii Legal Network Series 19

fitnah terhadap Defenden adalah satu ilustrasi yang jelas bagaimana

prinsip undang-undang juga berperanan menghadkan hak kebebasan

bersuara di negara ini.

Undang-Undang Mengenai Penghinaan Mahkamah

Larangan terhadap penghinaan mahkamah jelas merupakan satu lagi

bentuk sekatan ke atas hak untuk bersuara. [38] Perkara 126 Perlembagaan

Persekutuan Malaysia memberi kuasa kepada Mahkamah Persekutuan,

Mahkamah Rayuan atau Mahkamah Tinggi untuk menghukum mana-mana

orang yang melakukan kesalahan menghina mahkamah atau “contempt of

court”. Malah Seksyen 13 Akta Mahkamah Kehakiman 1964 turut sama

memberi kuasa kepada mahkamah untuk menghukum mana-mana orang

atas perbuatan “contempt.” Walau bagaimanapun, statut tersebut tidak

pula menentukan apakah dia perbuatan atau perkataan yang boleh

menghina mahkamah.

Sungguhpun begitu, dalam kes AG v. Pang Cheng Lian[39],

mahkamah telah mentakrifkan kesalahan “contempt of court” yang

diberikan oleh Lord Diplock dalam kes AG v. Times Newspapers[40]

dengan memutuskan kesalahan menghina mahkamah adalah satu

kesalahan di mana seseorang itu telah memperlekehkan serta

memperendahkan sistem kehakiman sesebuah negara yang mana boleh

mempengaruhi masyarakat untuk tidak menghiraukan mahkamah dalam

hal penyelesaian masalah-masalah mereka. Secara khusus, perbuatan

menghina mahkamah atau “contempt of court” ini berlaku apabila satu-

satu perbuatan atau perkataan itu dilakukan yang membawa kepada

prejudis terhadap perkara-perkara di bawah:

L A W

Page 20: Hak Asasi Manusia

[2012] 1 LNS(A) lii Legal Network Series 20

• bahawa setiap orang harus diberi peluang untuk mendapatkan

khidmat mahkamah-mahkamah yang ditubuhkan secara sah dan

menurut Perlembagaan;

• bahawa setiap fakta, penyelidikan, perolehan dan keputusan oleh

mahkamah adalah bebas daripada ketidakadilan terhadap mana-

mana pihak disebabkan kerana perkara-perkara tersebut adalah

dihasilkan daripada undang-undang keterangan dan prosedur

yang mana mahkamah berpegang kepadanya; dan

• bahawa sebaik sahaja pertikaian antara dua pihak itu diserahkan

kepada mahkamah untuk dibicarakan dan diputuskan, tidak ada

apa-apa “unsurpation” daripada mana-mana pihak di mana

mahkamah akan membuat keputusannya mengikut prinsip

undang-undang.

Satu contoh yang amat jelas dalam melihat bagaimana sesebuah

undang-undang mengenai “contempt of court” itu boleh beroperasi

menyekat hak kebebasan seseorang untuk bersuara dapat dilihat dalam

kes Rai Ti Choi Yu[41]. Dalam kes ini, seorang peguam yang sedang

mewakili anak guamnya dalam satu perbicaraan di mahkamah telah

mendakwa bahawa hakim yang mengendalikan kesnya itu

berkemungkinan untuk mengambil sikap berat sebelah terhadapnya

kerana berkaitan dengan perbicaraan sebelum itu yang mana beliau telah

menjadi saksi dalam kes tersebut. Oleh itu, peguam tersebut mendakwa

bahawa berdasarkan situasi itu, ada kemungkinan hakim itu akan bersikap

prejudis kepada beliau dan anak guamnya mengakibatkan anak guamnya

tidak akan dibicarakan dengan adil. Mahkamah dalam hal ini telah

L A W

Page 21: Hak Asasi Manusia

[2012] 1 LNS(A) lii Legal Network Series 21

memutuskan bahawa peguam tersebut telah melakukan kesalahan

menghina mahkamah atau “contempt of court” yang serius serta

dilafazkan di hadapan mahkamah sendiri yang mana boleh merosakkan

keyakinan masyarakat terhadap pentadbiran keadilan dan kehakiman

dalam negara ini. Disebabkan kerana keseriusan kesalahan “contempt”

dalam kes ini, mahkamah telah menjatuhkan hukuman yang lebih berat ke

atas peguam tersebut iaitu penjara 1 bulan. Jika dilihat daripada fakta kes

di atas, walaupun isu hak kebebasan bersuara tidak dibangkitkan oleh

mana-mana pihak, kes ini tetap menjadi contoh bagaimana undang-

undang mengenai kesalahan menghina mahkamah atau “contempt of

court” itu boleh menghadkan hak kebebasan bersuara seseorang di bawah

Perlembagan Persekutuan Malaysia.

PERUNTUKAN UNDANG-UNDANG LAIN YANG MEMBATASKAN

HAK KEBEBASAN BERSUARA DI BAWAH PERKARA 10(1)(A)

ATAS ALASAN KETATASUSILAAN AWAM ATAU “PUBLIC

MORALITY” DAN SEBAGAINYA.

Sebenarnya terdapat banyak lagi akta-akta lain di negara ini yang

memperuntukkan berbagai jenis sekatan/batasan ke atas hak kebebasan

bersuara di bawah Perkara 10(1)(a) Perlembagaan Persekutuan dan

kewujudan sekatan-sekatan ini biasanya tidak lari daripada mana-mana

alasan yang dibenarkan oleh Perkara 10(2)(a) Perlembagaan itu sendiri

iaitu:

• Untuk menjaga keselamatan negara.

L A W

Page 22: Hak Asasi Manusia

[2012] 1 LNS(A) lii Legal Network Series 22

• Untuk menjaga hubungan baik dengan negara-negara lain.

• Untuk memelihara ketenteraman awam (public order)

• Untuk menjaga ketatasusilaan awam (public morality)

• Untuk memelihara hak-hak istimewaan ahli-ahli Parlimen

(Parliamentary Privileges)

• Untuk mencegah perbuatan menghina mahkamah (contempt of

court)

• Untuk mencegah fitnah (defamation) mahupun untuk apa-apa

bentuk gesaan (incitement) untuk melakukan apa-apa kesalahan

atau jenayah.

Antara contoh akta-akta lain yang wujud di bawah Perkara 10(2)(a)

Perlembagaan Persekutuan yang bertujuan membataskan hak kebebasan

bersuara di bawah Perlembagaan Persekutuan Malaysia ialah

· Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984

· Akta Polis 1967

· Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960.

Dalam kes Madhavan Nair & Anor v. PP [42], Mahkamah Tinggi

telah memutuskan Seksyen 27 Akta Polis 1967 adalah selari dengan

Perkara 10(2)(a) Perlembagaan Persekutuan Malaysia dan dengan itu

menjadi salah satu daripada alasan yang sah untuk membataskan hak

bersuara seseorang rakyat. Dalam kes ini, adalah jelas bahawa pihak

polis, berdasarkan Seksyen 27 Akta Polis, berkuasa untuk meluluskan

L A W

Page 23: Hak Asasi Manusia

[2012] 1 LNS(A) lii Legal Network Series 23

permit terhadap pemohon yang memohon permit untuk membuat satu

perjumpaan di tempat yang terbuka dengan syarat ucapannya tidak boleh

menyentuh isu-isu sensitif yang boleh menggugat ketenteraman awam

(public order). Berdasarkan kepada kes Madhavan Nair di atas, ini

bermakna bahawa walaupun permit untuk mengadakan satu-satu

perhimpunan atau perjmpaan di tempat terbuka telah diluluskan, pihak

polis masih lagi boleh mengenakan syarat-syarat dalam permit tersebut

untuk kegiatan-kegiatan yang akan diadakan di tempat-tempat awam

(sekaligus menjadi satu sekatan yang sah di bawah Perkara 10(2)(a)

terhadap kebebasan hak bersuara dalam Perlembagaan).

Seperkara yang perlu diamati mengenai sekatan yang dikenakan

melalui Akta Polis 1967 ini ialah syarat-syarat serta sekatan-sekatan yang

dikenakan itu haruslah bersifat adil dan munasabah. Kedudukan ini dapat

dilihat daripada keputusan Mahkamah Agong (kini dikenali sebagai

Mahkamah Persekutuan) dalam kes Chai Choon Hon v. Ketua Polis

Daerah Kampar and Govt. of Malaysia [43]. Dalam kes ini, pemohon telah

memohon kelulusan permit daripada pihak polis untuk mengadakan

majlis makan malam dan tarian naga di tempat awam anjuran parti DAP.

Responden pertama berdasarkan Seksyen 27 Akta Polis 1967 telah

meluluskan permit tersebut tetapi telah meletakkan tujuh syarat di mana

dua daripada syarat-syarat tersebut telah didakwa oleh pemohon sebagai

berlawanan dengan Perkara 10 Perlembagaan iaitu;

• bilangan pemidato mestilah tidak lebih daripada tujuh orang; dan

• ucapan tidak dibenarkan menyentuh isu-isu politik.

Mahkamah telah memutuskan bahawa kelihatan tidak ada sebab-

L A W

Page 24: Hak Asasi Manusia

[2012] 1 LNS(A) lii Legal Network Series 24

sebab yang sah bagi pihak polis menghadkan bilangan pemidato kepada

tujuh orang sahaja dalam keadaan bahawa kegiatan itu sendiri telah

dihadkan keseluruhannya melalui permit daripada pukul 5.00 petang

hingga 11.30 malam. Mahkamah berpendapat bahawa syarat tersebut

adalah tidak adil dan tidak munasabah kerana pihak polis sebenarnya

mempunyai banyak cara lain untuk memastikan jangka masa waktu

kegiatan tersebut dipatuhi.

Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 [44] dan Akta Keselamatan

Dalam Negeri 1960[45] juga jelas menghadkan hak kebebasan bersuara

seseorang warganegara Malaysia. Seksyen 9A(1) Akta Mesin Cetak dan

Penerbitan 1984, umpamanya ada menyatakan sekiranya terdapat apa-apa

berita palsu dalam mana-mana penerbitan yang telah diterbitkan secara

curang, pencetak, penerbit, editor dan penulis berita berkenaan boleh

didapati bersalah atas satu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan,

dihukum dengan penjara tidak lebih daripada tiga tahun atau denda tidak

lebih dua puluh ribu ringgit atau kedua-duanya sekali. [46] Seksyen 8(1)

Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960 pula ada menyatakan bahawa

sekiranya menteri itu berpuashati bahawa penekanan mana-mana orang

adalah perlu dengan tujuan untuk menghalang orang tertentu daripada

melakukan sesuatu yang boleh membahayakan keselamatan negara

Malaysia, maka menteri boleh mengeluarkan perintah supaya orang

berkenaan ditahan untuk jangka masa tidak lebih dari dua tahun.

Hak Kebebasan Bersuara dan Pihak Akhbar

Selepas melihat serta menilai sekatan-sekatan undang-undang yang telah

dikenakan ke atas hak kebebasan bersuara di bawah Perkara 10

L A W

Page 25: Hak Asasi Manusia

[2012] 1 LNS(A) lii Legal Network Series 25

Perlembagaan Persekutuan Malaysia, persoalan lain yang timbul ialah,

adakah konsep hak kebebasan bersuara di dalam Perkara 10 dipanjangkan

juga kepada kebebasan pihak akhbar dalam membuat laporan?

Untuk menjawab persoalan ini, kita mungkin bandingkan situasi-

situasi di Amerika Syarikat dengan situasi-situasi di India dan Malaysia.

Di Amerika Syarikat, perlembagaannya dengan jelas dan terang telah

memasukkan hak kebebasan akhbar di dalam salah satu daripada hak

asasi rakyat mereka. Ini dapat dilihat daripada Chapter 17 mengenai

kebebasan pihak akhbar yang mengandungi Seksyen 1 hingga 7

Perlembagaan Amerika Syarikat. [47] Jika dinilai situasi di India dan

Malaysia, perlembagaan kedua-dua negara tidak menyatakan apa-apa

secara terang mengenai hak kebebasan akhbar. Sungguhpun begitu,

banyak kes-kes di India yang telah memutuskan hak kebebasan bersuara

di India juga termasuk hak kebebasan akhbar dalam membuat laporan. Ini

dilihat dalam kes Bennet & Coleman v. Union of India [48].

Sekatan Undang-Undang Terhadap Akhbar Dan Penerbitan

Sebagaimana yang dinyatakan sebelum ini pihak akhbar bersama-sama

dengan pihak-pihak lain yang terbabit dengan apa-apa bentuk penerbitan

majalah, atau apa juga bentuk bahan bacaan yang lain adalah juga

tertakluk kepada sekatan undang-undang yang telah kita bincangkan

dengan panjang lebar sebelum ini antaranya Akta Hasutan 1948, Akta

Rahsia Rasmi 1972, Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960, Undang-

undang Tort mengenai Fitnah serta Akta Fitnah 1957, Akta Mesin Cetak

dan Penerbitan 1984 mahupun undang-undang mengenai kesalahan

menghina mahkamah, antara lainnya.

L A W

Page 26: Hak Asasi Manusia

[2012] 1 LNS(A) lii Legal Network Series 26

Contoh jelas yang dapat dilihat tentang sekatan-sekatan serta had-

had yang boleh dikenakan oleh undang-undang yang digubal oleh

Parlimen terhadap pihak akhbar dan badan penerbitan dapat diamati

dalam kes Dow Jones Publishing Co. (Asia) Incs Application. [50] Dalam

kes ini, perayu adalah pemilik sebuah syarikat akhbar luar negeri iaitu the

Asian Wall Street Journal (AWSJ) yang beroperasi di Singapura. AWSJ

telah menerbitkan satu artikel mengenai pasaran Bursa Saham Singapura

serta mengenai Pasaran serta mengenai “automated quotation market” di

mana pihak berkuasa Singapura menganggap artikel itu sebagai tidak

memberi gambaran yang tepat dan adil. AWSJ kemudiannya enggan untuk

menerbitkan sepucuk surat daripada Pihak Berkuasa Kewangan Singapura

yang ditulis bertujuan untuk memberi penjelasan atas sebarang keraguan

dan kekaburan tentang isu tersebut. AWSJ kemudiannya telah digazetkan

oleh Kementerian Komunikasi dan Maklumat sebagai sebuah akhbar yang

melibatkan diri dalam politik dalaman Singapura dan telah

memerintahkan supaya pengedaran akhbar tersebut dihadkan kepada 400

naskhah sehari di bawah Seksyen 16 “Newspapers and Printing Presses

Act”. Pihak AWSJ telah membawa kes terhadap kementerian mendakwa

bahawa menteri terbabit telah bertindak secara tidak adil dan tidak

munasabah. Diputuskan bahawa pihak AWSJ adalah dengan jelas telah

melibatkan dirinya dalam politik dalaman Singapura dengan menerbitkan

artikel berkenaan mengenai keadaan Bursa Saham Singapura yang telah

dianggap oleh pihak berkuasa Singapura sebagai tidak tepat dan

mengelirukan, ditambah lagi dengan sikap pihak AWSJ yang enggan

menyiarkan surat penjelasan dari pihak berkuasa kewangan Singapura.

Kes ini telah di bawa sehingga ke peringkat Mahkamah Rayuan yang

kemudiannya telah memutuskan di dalam kes Don Jones Publishing Co.

L A W

Page 27: Hak Asasi Manusia

[2012] 1 LNS(A) lii Legal Network Series 27

(Asia) Inc. v. A G [51] bahawa pihak kementerian telah mengambil tindakan

yang wajar terhadap AWSJ di bawah Seksyen 16 “Newspapers and

Printing Presses Act”.

Dalam kes Persatuan Aliran Kesedaran Negara v. Minister of

Home Affairs[52], perayu adalah sebuah gerakan reformasi yang

berobjektifkan, antara lainnya, menyiarkan dan menyebarkan artikel-

artikel, risalah-risalah, jurnal-jurnal, majalah-majalah serta buku-buku.

Di antara penerbitannya ialah satu majalah bulanan dalam bahasa Inggeris

yang dinamakan “The Aliran Monthly”. Pada November 1986, pergerakan

ini telah memohon kelulusan satu permit untuk menerbitkan sebuah

majalah dalam bahasa Melayu yang dipanggil “Seruan Aliran” tetapi

permohonan tersebut tidak diluluskan oleh kementerian. Mahkamah

Tinggi dalam kes ini telah memutuskan disebabkan kerana pergerakan

tersebut telah mematuhi prosedur dalam membuat permohonan permit

tersebut di bawah Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984, menteri

berkenaan telah melakukan kesalahan dengan keengganannya untuk

meluluskan permit tersebut. Menteri tersebut hanya tidak boleh

meluluskan permohonan permit perayu atas alasan kepentingan awam,

ketenteraman awam serta ketatasusilaan awam. Mahkamah juga telah

memutuskan sungguhpun menteri terbabit memiliki hak penuh untuk

tidak meluluskan permohonan tersebut di bawah Seksyen 12(2) Akta 1984

di atas, menteri tersebut mestilah mempunyai alasan yang kukuh untuk

berbuat demikian. Kes ini kemudiannya telah sampai ke peringkat rayuan

di Mahkamah Agung di mana Mahkamah Agung telah mengambil

pandangan yang berbeza dalam kes Minister of Home Affairs v. Persatuan

Aliran Kesedaran Negara [53] yang mana Ajaib Singh SCJ memutuskan

L A W

Page 28: Hak Asasi Manusia

[2012] 1 LNS(A) lii Legal Network Series 28

dalam kes tersebut berdasarkan Seksyen 12(2) Akta 1984, mahkamah

tidak mempunyai kuasa untuk mempersoalkan hak menteri dalam tidak

meluluskan permohonan itu.

Di dalam kes PP v. Pung Chen Choon [54], pihak defenden telah di

dakwa menerbitkan satu berita palsu secara curang di bawah Seksyen 8A

Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984. Pihak defenden cuba

menghujahkan bahawa sekatan-sekatan yang dikenakan oleh Akta 1984

itu adalah satu pencabulan terhadap hak kebebasan bersuara di bawah

Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan Malaysia kerana sekatan itu dibuat

tanpa mengambil kira sama ada alasan sekatan itu dibenarkan oleh

Perkara 10(2)(a) atau tidak. Edgar Joseph SCJ memutuskan bahawa

sekatan yang dikenakan itu adalah selari dan berkaitan dengan alasan-

alasan yang ada di bawah Perkara 10(2)(a) dan dengan itu sekatan-

sekatan yang dikenakan di bawah Seksyen 8A Akta Mesin Cetak dan

Penerbitan 1984 adalah sah dan selari dengan Perlembagaan.

Bolehkah Semakan Kehakiman Dilakukan Ke Atas Sekatan-Sekatan

Terhadap Hak Kebebasan Bersuara Di Atas?

Merujuk kepada segala peruntukan-peruntukan di dalam Perlembagaan

Persekutuan Malaysia sepintas lalu, sekatan-sekatan terhadap hak

kebebasan bersuara di bawah Perkara 10(1)(a) yang telah disebutkan di

bawah perkara 10(2)(a) sebenarnya hendaklah dibaca bersama dengan

peruntukan perlembagaan di bawah Perkara 4(2)(b). Perkara 4(2)(b)

Perlembagaan Persekutuan Malaysia berbunyi:

“Sesungguhnya sesuatu undang-undang tidak boleh

dipersoalkan atas alasan bahawa … undang-undang itu

L A W

Page 29: Hak Asasi Manusia

[2012] 1 LNS(A) lii Legal Network Series 29

adalah mengenakan sekatan sebagaimana yang tersebut

dalam Perkara 10(2)(a) tetapi sekatan-sekatan itu tidak

disifatkan sebagai perlu atau mustahak oleh Parlimen

bagi maksud-maksud yang tersebut dalam Perkara itu.” [55]

Dalam erti kata lain, menurut Perkara 4(2)(b) di atas, sekiranya

wujud sekatan undang-undang yang dibuat ke atas hak kebebasan

bersuara atas salah satu daripada alsan-alasan yang dibenarkan di bawah

Perkara 10(2)(a) sebagaimana yang telah diperbincangkan sebelum ini,

maka mana-mana pihak yang ingin mencabar kesahan sekatan undang-

undang tersebut tidak boleh memohon agar dilakukan suatu “semakan

kehakiman” atau “judicial review” ke atas sekatan undang-undang

tersebut atas alasan bahawa sekatan yang dikenakan oleh Parlimen adalah

“tidak perlu” atau “tidak mustahak”. [56]

Persoalan yang ingin diajukan oleh penulisan ini ialah oleh kerana

semakan kehakiman itu tidak boleh dibenarkan atas alasan-alasan bahawa

sekatan undang-undang tersebut adalah “tidak perlu” atau “tidak

mustahak”, adakah ini bermakna semakan kehakiman tidak boleh

dibenarkan atas alasan-alasan lain? Di sini, penulisan ini ingin

menghujahkan bahawa walaupun Perkara 4(2)(b) Perlembagaan

Persekutuan Malaysia tidak membenarkan semakan kehakiman dijalankan

atas alasan “tidak perlu” atau “tidak mustahak”, ini tidak sama sekali

bermakna semakan kehakiman itu tidak boleh dibenarkan langsung atas

alasan-alasan selain di atas. Malah, sekiranya timbul persoalan bahawa

terdapat unsur-unsur “mala fide” atau niat jahat dalam mengenakan

sekatan undang-undang ke atas hak kebebasan bersuara, maka dalam hal

ini semakan kehakiman masih boleh, malah, perlu dibenarkan atas alasan-

L A W

Page 30: Hak Asasi Manusia

[2012] 1 LNS(A) lii Legal Network Series 30

alasan serta hujah-hujah berikut:

(a) Jika kita rujuk kepada Perkara 4(2)(b) Perlembagaan

Malaysia itu sendiri, kita akan dapati bahawa peruntukan

tersebut dengan jelas hanya memberikan dua alasan sahaja di

mana semakan kehakiman itu tidak boleh dilakukan ke atas

sekatan undang-undang di bawah Perkara 10(2)(a) terhadap

hak kebebasan bersuara iaitu alasan-alasan “tidak perlu” dan

tidak mustahak”. Oleh itu, para hakim seharusnya boleh

membuat tanggapan undang-undang atau “presumption of

law” bahawa selain daripada dua alasan di atas, Perkara 4(2)

(b) Perlembagaan Persekutuan sebenarnya tidak menyekat

apa-apa permohonan untuk dibuat semakan kehakiman atas

alasan-alasan lain. Dengan itu sekiranya terdapat permohonan

agar dilakukan semakan kehakiman ke atas mana-mana

sekatan undang-undang yang dikenakan ke atas hak

kebebasan bersuara atas alasan sekatan tersebut ada unsur-

unsur “mala fide” atau niat jahat, maka seharusnya

permohonan seperti itu dibenarkan oleh pihak mahkamah;

(b) Sekiranya Perkara 4(2)(b) bertujuan untuk menyekat sama

sekali segala bentuk semakan kehakiman atas apa jua alasan

sekalipun, ini berkemungkinan boleh membawa kepada

penyalahgunaan kuasa oleh Badan Legislatif dan Esekutif

serta bertentangan dengan konsep “check and balance” yang

sangat penting dalam sesebuah organ kerajaan yang perlu

telus, amanah, adil serta mendukungi konsep-konsep seperti

demokrasi serta pengagihan kuasa memerintah atau

L A W

Page 31: Hak Asasi Manusia

[2012] 1 LNS(A) lii Legal Network Series 31

“separation of powers”;

(c) Dengan pendekatan yang dicadangkan di atas, Mahkamah

atau Badan Kehakiman di negara ini akan bebas untuk

memastikan tidak berlaku sebarang ketidakadilan atau

penindasan dalam menyekat hak kebebasan bersuara rakyat.

Apa yang ingin diutarakan oleh penulisan ini ialah:

(a) Hak kebebasan bersuara di bawah Perkara 10(1)(a)

Perlembagaan Persekutuan haruslah menjadi hak

kebebasan individu yang bersyarat di mana dalam

situasi-situasi tertentu sekatan undang-undang di bawah

Perkara 10(2)(a) boleh dikenakan ke atasnya demi

memelihara keamanan serta ketenteraman awam yang

menjadi hak masyarakat umum. Ini kerana jika hak

kebebasan diberikan secara mutlak kepada semua

individu, ini berkemungkinan akan menimbulkan

ketidaktenteraman, kacau bilau mahupun huru hara

dalam masyarakat. Itulah yang dikatakan hak kebebasan

bersuara di negara ini yang haruslah diimbangi di antara

hak individu untuk bersuara dan hak masyarakat umum

untuk hidup dalam aman dan tenteram. Segala sekatan

undang-undang ke atas hak di atas haruslah dilihat oleh

semua pihak dari perspektif yang positif ke arah

mengekalkan keamanan dan keharmonian masyarakat di

negara ini.

(b) Fakta bahawa hak kebebasan bersuara di bawah Perkara

L A W

Page 32: Hak Asasi Manusia

[2012] 1 LNS(A) lii Legal Network Series 32

10 Perlembagaan yang harus dibaca bersama dengan

Perkara 4(2)(b) Perlembagaan yang melarang

berlakunya sebarang semakan kehakiman ke atas

sekatan-sekatan terhadap hak tersebut atas alasan-alasan

“tidak perlu” dan “tidak mustahak”, juga harus dilihat

dari sudut positif sebagai usaha kerajaan untuk

mengekalkan keamanan dan ketenteraman awam;

(c) Sungguhpun begitu, walaupun semakan kehakiman itu

tidak boleh dibenarkan atas alasan-alasan “tidak perlu”

dan “tidak mustahak” sebagaimana yang dinyatakan di

dalam Perkara 4(2)(b), semakan kehakiman ke atas

sebarang sekatan undang-undang terhadap hak

kebebasan bersuara wajar dibenarkan atas alasan-alasan

lain seperti jika sekiranya sekatan-sekatan itu

dihujahkan sebagai “mala fide” atau berniat curang atau

jahat. Ini dirasakan amat perlu agar rakyat negara ini

sekurang-kurangnya masih ada lagi ruang untuk

mempertahankan hak kebebasan bersuara mereka

daripada dicerobohi atau dirampas sewenang-

wenangnya dengan cara tidak adil dan zalim.

KESIMPULAN

Melihatkan kepada kes-kes yang telah diputuskan di atas, jelaslah kepada

kita bahawa hak kebebasan bersuara yang diberikan kepada setiap

warganegara Malaysia adalah bersyarat atau “qualified” [57]. Ini bererti hak

tersebut tidak wujud secara mutlak kerana Parlimen [58] masih lagi

L A W

Page 33: Hak Asasi Manusia

[2012] 1 LNS(A) lii Legal Network Series 33

mempunyai kuasa untuk menggubal undang-undang dalam bentuk akta

atau statut dalam menghadkan hak kebebasan bersuara tersebut sama ada

atas alasan keselamatan persekutuan itu keseluruhannya, memelihara

hubungan diplomatik dengan negara-negara lain, memelihara

ketenteraman mahupun ketatasusilaan awam (public order and morality),

menyekat hak keistimewaan ahli parlimen atau mana-mana dewan

undangan negeri, memelihara badan kehakiman serta individu-individu di

bawahnya daripada dihina, memelihara setiap individu dalam negara ini

daripada difitnah, mahupun menghalang apa-apa perkataan yang boleh

menggalakkan apa-apa perbuatan jenayah [59]. Semua alasan-alasan yang

dinyatakan di dalam Perkara 10(2)(a) Perlembagaan Persekutuan di atas

yang membenarkan parlimen menggubal undang-undang bagi

menghadkan hak kebebasan bersuara di negara ini adalah dianggap sah

disisi undang-undang. Dalam pada itu, peruntukan di bawah Perkara

10(2) juga haruslah dibaca bersama-sama dengan peruntukan

Perlembagaan di bawah Perkara 4(2)(b) yang menghalang apa-apa bentuk

“semakan kehakiman” untuk dilakukan ke atas sekatan undang-undang

terhadap hak kebebasan bersuara atas alasan “tidak perlu” dan “tidak

mustahak”[60].

Mungkin ramai yang ingin mempertikaikan had-had serta sekatan-

sekatan yang dikenakan ke atas hak kebebasan bersuara di dalam negara

ini. Bagi penulis, setiap undang-undang yang diwujudkan serta digubal

oleh Parlimen dalam menghadkan hak tersebut ada justifikasi masing-

masing. Akta Hasutan 1948 [61] umpamanya adalah bertujuan untuk

memelihara keselamatan persekutuan ini keseluruhannya serta

ketenteraman awam (public order). Sekiranya perbuatan menghasut ini

L A W

Page 34: Hak Asasi Manusia

[2012] 1 LNS(A) lii Legal Network Series 34

tidak dikawal, ini boleh mengakibatkan huru-hara serta kacau bilau dalam

masyarakat[62] dan ketidaktenteraman sedemikian akan pasti menggugat

keselamatan negara secara keseluruhan di mana rusuhan serta tunjuk

perasaan secara ganas ditakuti akan menjadi-jadi serta sukar dikawal.

Akta Rahsia Rasmi 1972[63] juga berobjektifkan untuk memelihara

keselamatan negara keseluruhannya, menjaga ketenteraman awam serta

memelihara hubungan dua hala yang mesra dan baik antara Malaysia dan

negara-negara luar. Ini adalah kerana kesalahan mendedahkan rahsia

rasmi[64] sesebuah negara itu boleh membawa kepada timbulnya keadaan

negatif dalam masyarakat seperti ketakutan, kebencian mahupun rasa

tidak puas hati terhadap mana-mana pihak di kalangan masyarakat. Di

samping itu, sekiranya sesebuah rahsia rasmi itu didedahkan kepada

negara luar, maka sudah tentu ianya akan membuka ruang kepada negara

asing untuk mencampuri hal ehwal dalaman negara yang sudah tentu

boleh mengeruhkan hubungan dua hala kedua-dua buah negara tersebut.

Undang-undang Tort mengenai fitnah serta Akta Fitnah 1957, [65] dalam

pada itu juga bermatlamatkan untuk memelihara ketenteraman dan

ketatasusilaan awam (public order dan morality) kerana kesalahan fitnah

itu sendiri, sekiranya tidak dibendung, akan menimbulkan permusuhan,

perpecahan serta kacau bilau di dalam masyarakat Malaysia. [66] Dalam

pada itu, Perlembagaan Persekutuan Malaysia serta Akta Mahkamah

Kehakiman 1964[67] pula ada memperuntukan undang-undang bagi

menghukum dan mengawal apa-apa bentuk perbuatan dan perkataan yang

menghina mahkamah dan sistem kehakiman itu yang mana sebenarnya

berobjektifkan untuk menghormati, memuliakan serta memartabatkan

sistem kehakiman negara yang sentiasa berusaha menegakkan keadilan

dalam masyarakat berlandaskan undang-undang yang sedia ada, sesuatu

L A W

Page 35: Hak Asasi Manusia

[2012] 1 LNS(A) lii Legal Network Series 35

yang amat penting dalam menjamin keamanan, keselamatan serta

ketenteraman negara secara amnya. [68] Terdapat juga banyak statut lain

yang telah digubal oleh Parlimen yang telah menghadkan hak kebebasan

seseorang untuk bersuara seperti Akta Polis 1967, [69] Akta Mesin Cetak

dan Penerbitan 1984[70] serta Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960 [71]

yang mana antara lainnya kesemuanya secara umum berkongsi matlamat

untuk memelihara ketenteraman dan keselamatan masyarakat awam

dalam negara ini[72]. Kesemua undang undang yang telah digubal oleh

Parlimen di atas, atas alasan-alasan yang dibenarkan di bawah Perkara

10(2)(a), walaupun telah menghadkan hak kebebasan untuk bersuara di

bawah Perlembagaan Persekutuan Malaysia sebenarnya masing-masing

mempunyai motif yang baik serta justifikasi yang sah di sisi undang-

undang.

Sungguhpun begitu, dalam menjamin keberkesanan serta keadilan

dalam mengaplikasikan undang-undang atau status-status seperti di atas,

penulisan ini ingin menegaskan aspek-aspek berikut mesti didaulatkan:

(a) Konsep kedaulatan Undang-Undang (Rule Of Law), Doktrin

Pembahagian Kuasa-Kuasa Organ-Organ Kerajaan (Separation Of

Powers), Doktrin Semakan Kehakiman (Judicial Review) serta

Doktrin Kebebasan Kehakiman (Independence of Judiciary) - Ini

bermakna kesemua undang-undang yang digubal oleh Parlimen

dalam menghadkan hak kebebasan bersuara di bawah Perlembagaan

itu harus sama-sama didaulatkan serta dihormati oleh semua pihak

dan individu di dalam sesebuah negara. Dalam masa yang sama

konsep pembahagian kuasa di kalangan organ-organ kerajaan juga

harus dipegang oleh semua pihak bagi memastikan bahawa tidak

L A W

Page 36: Hak Asasi Manusia

[2012] 1 LNS(A) lii Legal Network Series 36

ada pencabulan kuasa yang dilakukan di kalangan mereka. Dalam

pada itu, institusi kehakiman harus diberi kuasa untuk melakukan

semakan kehakiman terhadap organ-organ kerajaan yang lain demi

memastikan semua pihak dan individu di negara ini mematuhi

undang-undang.[73]

(b) Konsep kesamarataan di sisi undang-undang (equality before the

law)[74] juga harus menjadi tonggak dalam sesebuah negara dalam

memastikan bahawa setiap warganegara negara berkenaan

mempunyai hak yang sama rata untuk mamatuhi dan dilindungi

oleh undang-undang.[75]

(c) Kerajaan (iaitu badan eksekutif) yang memegang tampuk

pemerintahan sesebuah negara itu serta bertanggungjawab

mengimplimentasi undang-undang dan polisi haruslah mantap,

amanah dan telus dalam menjalankan tugas-tugas mentadbir negara.

Ini adalah penting bagi memastikan bahawa statut-statut atau

undang-undang yang digubal oleh Parlimen mencapai tujuan dan

matlamat serta tidak disalahguna oleh Badan-badan Legislatif dan

Eksekutif untuk kepentingan sendiri dalam memastikan keadilan

dan keberkesanan undang-undang itu tercapai. [76]

Akhirnya, aspek-aspek perundangan dan pentadbiran seperti di atas

mesti didaulatkan dan dilaksanakan bagi menjamin keseimbangan di

antara hak ramai dan hak individu dalam sesebuah negara yang

mengamalkan demokrasi.[77] Jelaslah hanya dengan berpegang pada

aspek-aspek perundangan dan pentadbiran yang murni seperti di atas

dapat menjamin undang-undang yang memelihara serta mengawal hak

L A W

Page 37: Hak Asasi Manusia

[2012] 1 LNS(A) lii Legal Network Series 37

asasi manusia umumnya dan hak kebebasan bersuara khususnya dapat

diaplikasikan dengan berkesan, adil dan saksama serta berupaya

menjamin kesejahteraan masyarakat berbilang kaum di Malaysia.

____________________________________________________________

* Diterbit dengan kebenaran Jawatankuasa Penerbitan Fakulti Undang-undang,

Universiti Kebangsaan Malaysia.

RUJUKAN

K.C. Wheare. 1967. Modern Constitution. London: Oxford University Press.

Stanley, Smith and Brazier. 1994. Constitutional and Administrative Law. Edisi

Kedua. Penguin Books.

Michael Allen & Brian Thompson. 1996. Cases and Materials on Constitutional &

Administrative Law. Edisi. Keempat. London: Blackstone Press Ltd.

Peter Woll. 1981. Constitutional Law: Cases and Comments. Prentice Hall - Inc.

Edward L. Barret, Jr. 1997. Constitutional Law: Cases and Materials. Edisi. Kelima.

New York: The Foundation Press Inc.

NOTA PENGHUJUNG:

[1] K.C. Wheare, Modern Constitution, Oxford University Press, London, 1967 hlm.

1.

[2] Stanley and Smith and Rodney Brazier, Constitutional and Administrative Law,

7th. Edition, Penguin Books, 1994, hlm. 18-19. Sila rujuk juga kepada definasi

“constitution” oleh Bolingbroke yang dinyatakan di dalam Michael Allen & Brian

Thompson, Cases and Materials on Constitutional & Administrative Law, 4th.

Edition, Blackstone Press Ltd., London, 1996, hlm. 3.

L A W

Page 38: Hak Asasi Manusia

[2012] 1 LNS(A) lii Legal Network Series 38[3] Perkara 4(1) Perlembagaan Persekutuan Malaysia memperkatakan tentang konsep

ketertinggian perlembagaan yang berbunyi, “Perlembagaan ini adalah undang-

undang utama Persekutuan dan apa-apa undang-undang yang diluluskan selepas hari

Merdeka dan yang berlawanan dengan perlembagaan ini hendaklah terbatal setakat

yang berlawanan itu”.

[4] [1977] 2 MLJ 187.

[5] Doktrin Semakan Kehakiman ialah satu konsep/prinsip umum di bawah undang-

undang perlembagaan di mana mahkamah mempunyai kuasa untuk menyemak setiap

perlakuan/tindakan yang dilakukan oleh organ-organ kerajaan yang lain serta untuk

mengaplikasikan undang-undang perlembagaan atau statut kepada penghakiman

sesuatu kes. Doktrin ini terbina daripada keputusan mahkamah dalam kes Marbury v.

Madison (1803). Ini diterangkan oleh Peter Woll dalam buku, “Constitutional Law:

Cases and Comments,” Prentice Hall-Inc., 1981, hlm. 1&8.

[6] Doktrin Pemisahan Kuasa-kuasa Di Kalangan Organ-Organ Kerajaan telah

dipegang dan dibawa oleh Montesquieu. Menurut Doktrin keperlembagaan ini, di

sana mestilah terdapat pemisahan kuasa di kalangan organ-organ kerajaan iaitu

parlimen, eksekutif dan kehakiman dalam memastikan tidak terdapat pertindanan

kuasa di kalangan organ-organ kerajaan tersebut serta tak terdapat penyalahgunaan

kuasa oleh mana-mana organ kerajaan. Ini dinyatakan oleh Peter Woll di dalam buku

“Constitutional Law: Cases and Comments,” Prentice Hall-Inc. 1981, hlm 103.

[7] Perkara-perkara 5 hingga 13 Perlembagaan Persekutuan Malaysia memperkatakan

tentang kesemua hak-hak asasi manusia yang diberikan kepada individu/warganegara

Malaysia.

[8] Kamus Dewan, Edisi Ketiga, 2000, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

[9] Perisytiharan Hak Asasi Manusia Sejagat, 2000, Petaling Jaya: Era Consumer

Malaysia, hlm 1.

[10] Jack Donnelly, “Human rights and Asian values: A defence of “Western”

L A W

Page 39: Hak Asasi Manusia

[2012] 1 LNS(A) lii Legal Network Series 39

universalism”, dalam Joanne R. Bauer dan Daniel A. Bell,(pnyt.), 1999, The East

Asian Challenge for human rights, United Kingdom: Cambridge University Press,

hlm. 66.

[11] C.G. Weeramantry, justice without frontiers: furthering human rights, 1997, The

Netherlands: Kluwer Law International, hlm. 7-8.

[12] [1991] 3 MLJ 494, pada hlm. 502.

[13] [1975] 2 MLJ 264.

[14] Hakikat bahawa hak kebebasan bersuara di bawah Perkara 10(1)(a) Perlembagaan

Persekutuan Malaysia merupakan satu kebebasan yang bersyarat atau “qualified”

dipersetujui oleh Parlimen. Sila rujuk juga kepada pandangan yang telah diberikan

oleh Hakim Azmi di dalam kes Lau Dak Kee v. PP [1976] MLJ 229.

[15] [1973] AC 761.

[16] (1916)22 CLR576.

[17] (1967)2 A11 ER 436.

[18] AIR 1950 SC 27.

[19] [1994] 1 MLJ 566.

[20] PP v. Pung Chen Choon [1994] 1 MLJ 566 (pada hlm. 577)

[21] Akta Hasutan 1948 yang telah dipinda dalam tahun 1970 juga dikenali sebagai

Sedition Act 1948.

[22] [1971] 2 MLJ 108.

[23] Ibid.

[24] 376 US (1964).

L A W

Page 40: Hak Asasi Manusia

[2012] 1 LNS(A) lii Legal Network Series 40[25] AIR 1950 SC 27.

[26] [1967]2 A11 ER 436.

[27] [1975] 1 MLJ 176.

[28] [1975] 2 MLJ 235.

[29] [1998] 3 MLJ 14.

[30] [1982] 2 MLJ 120.

[31] Ianya juga dikenali sebagai Official Secrets Act 1972.

[32] [1986] 2 MLJ 279.

[33] Perkara-perkara 14(1)(a) dan 14(2)(a) Perlembagaan Singapura yang mana

masing-masing mengenai hak kebebasan bersuara serta sekatan -sekatan yang

dikenakan ke atasnya adalah selari dengan Perkara-perkara 10(1)(a) dan 10(2)(a)

Perlembagaan Persekutuan Malaysia.

[34] Akta Fitnah 1957 juga dikenali sebagai Defamation Act 1957.

[35] [1990] 3 MLJ 322.

[36] [1991] 3 MLJ 494, hlm. 502 hingga 504.

[37] [1998] 5 MLJ 523.

[38] Kesalahan menghina mahkamah, sebagaimana yang dinyatakan di dalam Perkara

126 Perlembagaan Persekutuan Malaysia dan Sekyen 13 Akta Mahkamah Kehakiman

1964 adalah juga dikenali sebagai kesalahan “contempt of court”.

[39] [1975] 1 MLJ 69.

[40] (1974) AC 273.

[41] [1999] 1 AMR 895.

L A W

Page 41: Hak Asasi Manusia

[2012] 1 LNS(A) lii Legal Network Series 41[42] [1975] 2 MLJ 264.

[43] [1986] 2 MLJ 203.

[44] Ianya juga dikenali sebagai Printing Presses and Publication Act 1984.

[45] Ianya juga dikenali sebagai Internal Security Act 1960.

[46] Sila rujuk kepada penghakiman di dalam kes Lim Guan Eng v. PP (1998)3 MLJ

14 di mana perayu telah disabitkan atas kesalahan menerbitkan risalah yang

berbentuk palsu dengan curang.

[47] Edward L. Barret, Jr., Constitutional Law: Cases and Materials, 5th Edition, The

Foundation Press Inc., New York, hlm. 1339. Terdapat dua pendapat tentang samada

wujud perbezaan di antara hak kebebasan bersuara dan hak kebebasan akhbar. Prof.

Nimmer berpendapat, kedua dua hak adalah berbeza manakala Prof. Lange pula

menekankan bahawa kedua-dua hak tersebut tidak jauh bezanya, malah perbezaan

antara kedua-duanya telah hampir lenyap - Edward L. Barret, Jr., Constitutional

Law: Cases and Materials, 5th Ed., The Foundation Press Inc., New York, 1977, hlm.

1340.

[48] AIR 1973 SC 107.

[49] AIR 1959 SC 394.

[50] [1988] 2 MLJ 414.

[51] [1989] 2 MLJ 385.

[52] [1988] 1 MLJ 442.

[53] [1990] 1 MLJ 351.

[54] [1994] MLJ 556.

[55] Perkara 4(2)(b) Perlembagaan Persekutuan Malaysia.

L A W

Page 42: Hak Asasi Manusia

[2012] 1 LNS(A) lii Legal Network Series 42[56] Sebagaimana yang telah dinyatakan oleh Mahkamah di dalam kes PP v. Pung

Chen Choon [1994] MLJ 566.

[57] Loh Kooi Choon v. Govt. of Malaysia [1977] 2 MLJ 187, serta Lee Kuan Yew v.

Chin Vui Khen Anor [1991] 3 MLJ 494 (pada hlm. 502).

[58] Di dalam kes Dewan Undangan Negeri Kelantan v. Nordin bin Salleh [1992] 1

MLJ 697 (hlm. 699), Gunn Chin Tuan SCJ menekankan bahawa hanya parlimen yang

mempunyai kausa dalam menghadkan hak-hak kebebasan di bawah Perkara 10 dan

ini dibuat melalui Perkara 10(2) Perlembagaan Persekutuan Malaysia. Untuk itu apa-

apa bentuk sekatan yang dibuat melalui enakmen-enakmen negeri terhadap hak-hak

kebebasan warganegara Malaysia di bawah perkara 10 tidak boleh dikuatkuasakan

serta dianggap sebagai terbatal.

[59] Mahkamah dalam kes PP v. Param Cumaraswamy [1986] 1 MLJ 512 (pada hlm.

517) menjelaskan bahawa sebaik sahaja sesuatu undang-undang/statut itu diluluskan

oleh parlimen, maka kesahihan undang-undang itu serta sekatan-sekatan yang

dikenakan olehnya terhadap hak kebebasan untuk bersuara di bawah Perkara 10

Perlembagaan Persekutuan Malaysia tidak boleh dipersoalkan lagi.

[60] Sila rujuk kepada Perkara 10(2)(a) Perlembagaan Malayisa yang harus di baca

bersama-sama dengan Perkara 4(2)(b) Perlembagaan Persekutuan Malaysia.

[61] Ianya juga dikenali sebagai Sedition Act 1948 dan pernah dipinda di dalam tahun

1970 berikutan terjadinya peristiwa rusuhan antara kaum pada 13/5/1969.

[62] Sejarah telah membuktikan bagaiman sepucuk surat layang sepanjang 33 muka

surat yang mendakwa bahawa terdapat di kalangan hakim-hakim di Malaysia yang

terlibat di dalam rasuah beberapa tahun yang lalu telah menggemparkan serta

meresahkan masyarakat Malaysia (sila rujuk kepada artikel bertajuk “Storm Over

The Bench” oleh Roger Mitton, Asiaweek, June 21, 1996, hlm. 36). Sehubungan

dengan itu, penulis berpendapat bahawa disebabkan kerana mengelakkan suasana-

suasana dan situasi-situasi sedemikianlah maka Parlimen di Malaysia telah

menggubal serta meluluskan Akta Hasutan 1948 di dalam usaha untuk memelihara

L A W

Page 43: Hak Asasi Manusia

[2012] 1 LNS(A) lii Legal Network Series 43

keamanan dan keselamatan negara.

[63] Ianya juga dikenali sebagai Official Secrets Act 1972.

[64] Sila rujuk kepada Seksyen 8 Akta Rahsia Rasmi 1972.

[65] Terpakainya prinsip Undang-undang Tort mengenai fitnah serta Akta Fitnah 1957

(Defamation Act 1957) di Malaysia adalah melalui Seksyen 3 Akta Mahkamah Sivil

1957. Kedudukan ini wujud disebabkan kerana wujudnya lakuna undang-undang di

Malaysia di dalam Undang-undang Tort itu umumnya serta undang-undang mengenai

fitnah itu khususnya. Situasi ini telah diperincikan penjelasannya di dalam

penghakiman mahkamah di dalam kes Lee Kuan Yew v. Chi Vui Khen & Anor [1991]

3 MLJ 494, pada hlm. 502-504.

[66] Kes Thiruchavasegaram a/l Manickavasegar v. Mahadevi a/p Nadchatiram

(1998) 5 MLJ 523, (di mana faktanya telah diperbincangkan sebelum ini) hanya

salah satu daripada puluhan contoh kekeruhan dan perselisihan yang timbul kesan

daripada kesalahan fitnah yang dilakukan. Penulis ingin menegaskan bahawa

disinilah letaknya kepentingan Undang-undang Tort mengenai fitnah serta Akta

Fitnah 1957 (Akta United Kingdom) yang terpakai di Malaysia dalam membendung

gejala fitnah memfitnah dalam masyarakat supaya masyarakat dapat hidup dalam

aman tanpa sebarang perselisihan yang boleh menggugat keutuhan serta perpaduan

negara.

[67] Perkara 126 Perlembagaan Persekutuan Malaysia dan Seksyen 13 Akta

Mahkamah Kehakiman 1964.

[68] Kes Re Tai Choi Yu [1999] 1 AMR 895 (di mana faktanya telah diperjelaskan

sebelum ini) hanyalah merupakan salah satu contoh ringkas daripada puluhan kes

yang melibatkan kesalahan menghina mahkamah yang berlaku di negara ini di mana

sekiranya tidak dibendung akan menyebabkan masyarakat hilang keyakinan serta tak

menghormati institusi kehakiman di Malaysia. Keadaan ini boleh membawa kepada

pergeseran dan rasa ketidakpuasan hati di kalangan masyarakat yang mana akhirnya

membawa kepada ketidaktenteraman dan ketidakamanan dalam negara.

L A W

Page 44: Hak Asasi Manusia

[2012] 1 LNS(A) lii Legal Network Series 44[69] Sebagai contohnya, Seksyen 27 Akta Polis 1967 yang memberi kuasa kepada

pihak polis untuk mengenakan apa-apa syarat dalam meluluskan satu-satu permit

untuk mengadakan apa-apa perhimpunan di tempat awam.

[70] Sebagai contohnya, Seksyen 12(2) Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984

memberi kuasa kepada menteri untuk tidak meluluskan sesuatu permohonan permit,

sementara Seksyen 8A(1) memperuntukkan bahawa penerbit, pencetak, editor dan

penulis boleh didapati bersalah dan dihukum atas apa-apa penerbitan berita palsu

yang diterbitkan secara curang. Sebagai contohnya Seksyen 8(1) Akta Keselamatan

Dalam Negeri 1960 memberi kuasa kepada menteri untuk memerintahkan mana-

mana orang ditahan selama tempoh tidak lebih daripada dua tahun sekiranya menteri

itu berpuas hati bahawa penahanan orang itu perlu untuk memelihara keselamatan

negara.

[71] Sebagai contohnya Seksyen 8(1) Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960 memberi

kuasa kepada menteri untuk memerintahkan mana-mana orang ditahan selama

tempoh tidak lebih daripada dua tahun sekiranya menteri itu berpuas hati bahawa

penahanan orang itu perlu untuk memelihara keselamatan negara.

[72] Kes-kes seperti Madhavan Nair v. PP [1975] 2 MLJ 264 dan PP v. Pung Chen

Choon [1994] 1 MLJ 566 adalah contoh-contoh di mana undang-undang terbabit

telah menghadkan hak kebebasan rakyat untuk bersuara yang mana penulis rasakan

perlu demi mengekalkan keamanan dalam sesebuah masyarakat.

[73] Konsep “Rule of Law” serta doktrin-doktrin “Separation of Powers” dan “Judicial

Review” adalah saling berhubungkait antara satu sama lain dalam usaha memastikan

bahawa sesebuah kerajaan yang menerajui sesebuah negara itu sentiasa amanah,

bersih dan telus dalam setiap tindakan tanduknya.

[74] Konsep kesamarataan di sisi undang-undang (equality before the law) jelas

terkandung di dalam Perkara 8(1) Perlembagaan Persekutuan Malaysia yang

berbunyi; “Semua orang adalah sama rata di sisi undang-undang dan berhak

mendapat perlindungan yang sama rata di sisi undang-undang.”

L A W

Page 45: Hak Asasi Manusia

[2012] 1 LNS(A) lii Legal Network Series 45[75] Dimaksudkan oleh kesamarataan di sisi undang-undang di bawah Perkara 8(1)

Perlembagaan Persekutuan Malaysia ialah kesamarataan di kalangan individu yang

berada di dalam situasi/keadaan/kelas yang sama. Sila rujuk kepada kes-kes Govt. of

Malaysia v. V.R. Menon [1990] 1 MLJ 277, Datuk Yong Teck Lee v. PP [1993] 1 MLJ

295 serta Ahmad Tajuddin bin Haji Ishak v. Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang

[1997] 1 MLJ 241.

[76] Contoh Persidangan Undang-undang Komenwel (The Commonwealth Law

Conference) yang dianjurkan oleh Majlis Peguam Malaysia pada 13 hingga 16

September 1999 di mana ramai tokoh diperingkat antarabangsa memberi ucapan

seperti Ketua hakim Zimbabwe CJ A.R. Gubbay (yang mana pada ketika itu pernah

diberitakan terlibat dalam konflik dengan Presiden negaranya tentang isu kebebasan

kehakiman), Attorney General India Soli Sorabjee, Presiden Persatuan Peguam India

Fali Nariman serta aktivis hak asasi Geofrey Robertson QC. Antara wakil Malaysia

yang dijangka akan berucap dalam majlis itu adalah Hakim Mahkamah Rayuan

Datuk Gopal Sri Ram serta hakim Mahkamah Tinggi Datuk Dr. R.K. Nathan, antara

lainnya. Antara isu-isu penting yang telah diperbincangkan dalam persidangan di

atas ialah isu hak asasi manusia antarabangsa serta pengaplikasinya, perlindungan

oleh para hakim terhadap hak-hak asasi serta kedaulatan undang-undang (rule of

law), isu mengenengahkan serta mempromosikan sebuah kerajaan (eksekutif) yang

baik, isu hak serta sekatan-sekatan terhadap kebebasan bersuara, isu akauntabiliti

kehakiman (judicial accountability) serta isu peranan kehakiman dalam

mempromosikan sebuah kerajaan berperlembagaan (Constitutional Govt). (Sila rujuk

kepada satu artikel bertajuk “Finer Points on Rights and Law” yang dilaporkan oleh

Shaila Koshy di dalam akhbar Sunday Star, 29 Ogos 1999, pada hlm. 22).

[77] Itulah sebabnya badan-badan seperti SUHAKAM (Suruhanjaya Hak Asasi

Manusia) ditubuhkan bagi menasihati kerajaan Malaysia tentang isu-isu berkaitan

Hak Asasi Manusia dalam usaha memastikan hak asasi tidak dirampas sesuka hati

sehingga menimbulkan penindasan dan ketidakadilan.

L A W