pendekatan pembelajaran dalam persekitaran massive · pdf file661 pendekatan pembelajaran...

9
661 Pendekatan Pembelajaran dalam Persekitaran Massive Open Online Courses bagi Peringkat Pengajian Tinggi Nabila Atika Razali 1 , Helmi Norman 2 , Mohd Jasmy Abd Rahman 3 & Nur Atikah Jamilluddin 4 1,2,3,4 Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) 1 [email protected], 2 [email protected], 3 [email protected], 4 [email protected] ABSTRAK Pendidikan kini makin berubah sejajar dengan perkembangan teknologi yang semakin canggih pada era globalisasi kini. Teknologi maklumat dalam pendidikan berkembang dengan pesat pada era kini. Perkembangan dunia teknologi dalam kehidupan masa kini secara tidak langsung memberi impak terhadap sistem pendidikan yang bertunjangkan teknologi pendidikan. Antara teknologi pendidikan yang sedang hangat dibangunkan adalah Massive Open Online Learning Courses atau lebih dikenali sebagai MOOC. Di Malaysia, MOOC telah dijalankan melalui platform OpenLearning yang memberikan pengiktirafan dan kredit melalui polisi yang dikeluarkan oleh Malaysia Qualification Agency. Kajian ini bertujuan untuk melihat trend pembelajaran aktif pelajar dalam MOOC di peringkat pengajian tinggi. Objektif kajian ialah untuk melihat tahap pembelajaran aktif pelajar dalam persekitaran MOOC bagi peringkat pengajian tinggi dari segi komen, tajuk yang trending dan kurang mendapat sambutan dan pelajar yang aktif dalam kalangan tiga universiti tempatan. Kajian menggunakan kaedah kuantitatif dan data diperolehi dari MOOC. Dapatan kajian yang telah dijalankan mempunyai beberapa implikasi kepada persekitaran MOOC di mana kajian hanya melibatkan data dari MOOC kursus Kesepaduan & Hubungan Etnik di Malaysia sahaja. Hasil kajian menunjukkan tahap pembelajaran aktif dalam persekitaran MOOC yang berbeza dari semasa ke semasa. Kajian lanjutan mengenai MOOC seharusnya diperbanyakkan kerana MOOC sudah mula digunakan sebagai persekitaran pembelajaran di peringkat pengajian tinggi. Kajian mungkin boleh dijalankan dengan menggunakan kursus yang lain di MOOC. Kata kunci: Massive Open Online Courses, Malaysia MOOC, trend pembelajaran aktif, pengajian tinggi ABSTRACT Education is now changing in parallel with the increasingly sophisticated technological developments in the era of globalization today. Information technology in education is growing rapidly in the present era. The development of the technology world in today's life indirectly impacts the education system that supports education technology. Among the tremendous educational technologies developed is Massive Open Online Learning Courses or better known as MOOC. In Malaysia, MOOC was conducted through an OpenLearning platform that provides recognition and credit through policies issued by the Malaysia Qualification Agency. This study aims to look at the current trends of active learning in MOOC in higher education. The objective of the study was to look at the level of active learning of students in the MOOC environment for higher education in terms of comments, trending and less popular responses and active students among the three local universities. The study uses quantitative methods and data obtained from MOOC. The findings of the study have some implications for the MOOC environment where the study only involves data from MOOC Integration & Ethnic Relations courses in Malaysia only. The results show that the level of active learning in the MOOC environment varies from time to time. Further studies on MOOC should be conducted because MOOC has already been used as a learning environment in higher education. Studies may be carried out using other courses at MOOC. Keywords: Massive Open Online Courses, Malaysia MOOC, active learning trend, higher education PENGENALAN Konsep MOOC adalah rentetan daripada inisiatif sumber pendidikan terbuka atau dalam Bahasa Inggeris dipanggil Open Educational Resources (OER) (Jansen, 2016). MOOC mula diperkenalkan pada tahun 2008 oleh Dave Cormier dari University of Prince Edward Island dan Bryan Alexender dari National Institute for Technology in Liberal Education (Chris, 2013). David Comier telah menghasilkan MOOC untuk kursus Connectivism and Connected Knowledge yang berlangsung selama tempoh 12 minggu di Universiti Manitoba, Kanada (Hollands dan Tirthali, 2014). Kursus yang berlangsung pada 17 Januari hingga 11 April 2011 dilaksanakan secara atas talian oleh George Siemens dan Stephen Downes (Zahari Hamidon, 2014). Matlamat asal MOOC adalah bertujuan untuk meningkatkan tahap jaringan antara pelajar dengan masyarakat sekelilingnya, di mana para pelajar mendapat kemahiran dan pengetahuan yang sama pada akhir program tersebut (Mackness, Mak & Williams, 2010). Perkara ini diperlukan untuk Pembelajaran Sepanjang Hayat (PSH) (Zahari Hamidon, 2014). Pendidikan Sepanjang Hayat merupakan pembelajaran secara berterusan, bersifat sukarela dalam mengejar ilmu pengetahuan. Ia bukan sahaja meningkatkan penglibatan sosial dan pembangunan insan tetapi juga lebih bersifat berdaya tahan dalam persaingan dan mengejar pekerjaan. Sehubungan dengan itu, pelaksanaan MOOC menjadi salah satu alat yang berguna untuk mencapai

Upload: buithien

Post on 06-Mar-2018

253 views

Category:

Documents


8 download

TRANSCRIPT

Page 1: Pendekatan Pembelajaran dalam Persekitaran Massive · PDF file661 Pendekatan Pembelajaran dalam Persekitaran Massive Open Online Courses bagi Peringkat Pengajian Tinggi Nabila Atika

661

Pendekatan Pembelajaran dalam Persekitaran Massive Open Online Courses bagi Peringkat Pengajian Tinggi

Nabila Atika Razali1, Helmi Norman2, Mohd Jasmy Abd Rahman3 & Nur Atikah Jamilluddin4

1,2,3,4Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) [email protected], [email protected], [email protected], [email protected]

ABSTRAK Pendidikan kini makin berubah sejajar dengan perkembangan teknologi yang semakin canggih pada era globalisasi kini. Teknologi maklumat dalam pendidikan berkembang dengan pesat pada era kini. Perkembangan dunia teknologi dalam kehidupan masa kini secara tidak langsung memberi impak terhadap sistem pendidikan yang bertunjangkan teknologi pendidikan. Antara teknologi pendidikan yang sedang hangat dibangunkan adalah Massive Open Online Learning Courses atau lebih dikenali sebagai MOOC. Di Malaysia, MOOC telah dijalankan melalui platform OpenLearning yang memberikan pengiktirafan dan kredit melalui polisi yang dikeluarkan oleh Malaysia Qualification Agency. Kajian ini bertujuan untuk melihat trend pembelajaran aktif pelajar dalam MOOC di peringkat pengajian tinggi. Objektif kajian ialah untuk melihat tahap pembelajaran aktif pelajar dalam persekitaran MOOC bagi peringkat pengajian tinggi dari segi komen, tajuk yang trending dan kurang mendapat sambutan dan pelajar yang aktif dalam kalangan tiga universiti tempatan. Kajian menggunakan kaedah kuantitatif dan data diperolehi dari MOOC. Dapatan kajian yang telah dijalankan mempunyai beberapa implikasi kepada persekitaran MOOC di mana kajian hanya melibatkan data dari MOOC kursus Kesepaduan & Hubungan Etnik di Malaysia sahaja. Hasil kajian menunjukkan tahap pembelajaran aktif dalam persekitaran MOOC yang berbeza dari semasa ke semasa. Kajian lanjutan mengenai MOOC seharusnya diperbanyakkan kerana MOOC sudah mula digunakan sebagai persekitaran pembelajaran di peringkat pengajian tinggi. Kajian mungkin boleh dijalankan dengan menggunakan kursus yang lain di MOOC. Kata kunci: Massive Open Online Courses, Malaysia MOOC, trend pembelajaran aktif, pengajian tinggi ABSTRACT Education is now changing in parallel with the increasingly sophisticated technological developments in the era of globalization today. Information technology in education is growing rapidly in the present era. The development of the technology world in today's life indirectly impacts the education system that supports education technology. Among the tremendous educational technologies developed is Massive Open Online Learning Courses or better known as MOOC. In Malaysia, MOOC was conducted through an OpenLearning platform that provides recognition and credit through policies issued by the Malaysia Qualification Agency. This study aims to look at the current trends of active learning in MOOC in higher education. The objective of the study was to look at the level of active learning of students in the MOOC environment for higher education in terms of comments, trending and less popular responses and active students among the three local universities. The study uses quantitative methods and data obtained from MOOC. The findings of the study have some implications for the MOOC environment where the study only involves data from MOOC Integration & Ethnic Relations courses in Malaysia only. The results show that the level of active learning in the MOOC environment varies from time to time. Further studies on MOOC should be conducted because MOOC has already been used as a learning environment in higher education. Studies may be carried out using other courses at MOOC. Keywords: Massive Open Online Courses, Malaysia MOOC, active learning trend, higher education PENGENALAN

Konsep MOOC adalah rentetan daripada inisiatif sumber pendidikan terbuka atau dalam Bahasa Inggeris dipanggil Open Educational Resources (OER) (Jansen, 2016). MOOC mula diperkenalkan pada tahun 2008 oleh Dave Cormier dari University of Prince Edward Island dan Bryan Alexender dari National Institute for Technology in Liberal Education (Chris, 2013). David Comier telah menghasilkan MOOC untuk kursus Connectivism and Connected Knowledge yang berlangsung selama tempoh 12 minggu di Universiti Manitoba, Kanada (Hollands dan Tirthali, 2014). Kursus yang berlangsung pada 17 Januari hingga 11 April 2011 dilaksanakan secara atas talian oleh George Siemens dan Stephen Downes (Zahari Hamidon, 2014). Matlamat asal MOOC adalah bertujuan untuk meningkatkan tahap jaringan antara pelajar dengan masyarakat sekelilingnya, di mana para pelajar mendapat kemahiran dan pengetahuan yang sama pada akhir program tersebut (Mackness, Mak & Williams, 2010). Perkara ini diperlukan untuk Pembelajaran Sepanjang Hayat (PSH) (Zahari Hamidon, 2014). Pendidikan Sepanjang Hayat merupakan pembelajaran secara berterusan, bersifat sukarela dalam mengejar ilmu pengetahuan. Ia bukan sahaja meningkatkan penglibatan sosial dan pembangunan insan tetapi juga lebih bersifat berdaya tahan dalam persaingan dan mengejar pekerjaan. Sehubungan dengan itu, pelaksanaan MOOC menjadi salah satu alat yang berguna untuk mencapai

Page 2: Pendekatan Pembelajaran dalam Persekitaran Massive · PDF file661 Pendekatan Pembelajaran dalam Persekitaran Massive Open Online Courses bagi Peringkat Pengajian Tinggi Nabila Atika

662

matlamat ini kerana MOOC boleh memainkan peranan dalam penjenamaan antarabangsa bagi universiti-universiti di Malaysia serta menyediakan percubaan bebas risiko kepada pelajar antarabangsa. Pelajar antarabangsa juga boleh menghadiri MOOC di universiti atau program pilihan mereka sebelum mereka membuat keputusan untuk mendaftar di universiti atau pogram tersebut (Muhstak Al‐Atabi, 2013). Sejajar dengan anjakan kelapan dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025, memanfaatkan ICT bagi meningkatkan kualiti pembelajaran di Malaysia (KPM, 2013) menjadikan bidang teknologi pendidikan tunjang utama pembangunan alaf dinamik terhadap masa depan sistem pendidikan Malaysia. Kadar penggunaan Internet yang tinggi dalam kalangan masyarakat di seluruh dunia juga telah mencetuskan pembelajaran dalam talian secara global seperti yang terdapat dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (Pendidikan Tinggi) 2015-2025, (KPM, 2015). Dengan itu, persekitaran MOOC dalam pembelajaran merupakan satu inovasi yang boleh dipakai sejajar dengan anjakan dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) yang kelapan tersebut. Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) merupakan salah satu universiti yang membangunkan dan mengaplikasikan persekitaran MOOC dalam pembelajaran. Berpangkalan di OpenLearning, UKM MOOC merupakan antara perintis terbesar dalam kalangan institusi pengajian tinggi yang menawarkan bilangan kursus MOOC yang paling tinggi di Malaysia. Terdapat banyak kursus yang telah ditawarkan dalam UKM MOOC yang terdiri daripada pakar-pakar dalam bidang masing-masing. Salah satu contoh kursus yang dibangunkan oleh UKM sendiri ialah kursus Kesepaduan & Hubungan Etnik di Malaysia. Seramai 74,416 pelajar telah dan sedang mengikuti kursus ini di UKM MOOC. Hal ini kerana subjek ini merupakan subjek wajib universiti yang perlu diambil oleh para pelajar universiti di Malaysia. Kursus tersebut bukan sahaja diikuti oleh pelajar UKM namun pelajar dari universiti lain turut mengikuti kursus ini di platform UKM MOOC. PENYATAAN MASALAH

MOOC merupakan salah satu platform dalam persekitaran pembelajaran yang baru digunakan di peringkat pengajian tinggi di Malaysia. Kebanyakan universiti awam di Malaysia telah mula menggunakan platform MOOC sebagai persekitaran pembelajaran mereka. Terkini, kaedah pengajaran dan pembelajaran melalui MOOC telah mula diperkenalkan di seluruh pelosok dunia. MOOC telah membuka ruang suasana pembelajaran yang lebih terbuka, kondusif dan fleksibel kepada semua lapisan masyarakat secara percuma (Michael et.al., 2016).UKM merupakan universiti yang menawarkan kursus yang banyak di dalam UKM MOOC yang berpangkalan di OpenLearning. Sistem pendidikan pada masa kini memberi impak positif terhadap pelaksanaan MOOC. Namun begitu, kajian lepas mendapati tidak kesemua universiti di Malaysia yang terlibat dalam MOOC bagi pembelajaran. Sehubungan dengan itu, setiap universiti menggalakkan penglibatan pelajar dalam MOOC itu sendiri supaya mereka lebih mengenali penggunaan MOOC dan menjadikan MOOC sebagai salah satu persekitaran pembelajaran mereka. Namun, kajian lepas telah mendapati bahawa kurang kajian yang dilakukan bagi melihat trend pembelajaran aktif pelajar dalam MOOC (Drachsler & Kalz, 2016). Maka, kajian ini akan mengkaji trend pembelajaran aktif pelajar dalam MOOC bagi peringkat pendidikan tinggi dan bagi menilai tahap penglibatan pelajar dalam pembelajaran MOOC di kalangan tiga buah universiti awam tempatan. METODOLOGI KAJIAN

Kajian ini menggunakan kaedah analisis penerokaan (exploratory analysis) melalui learning analytics di mana data yang digunakan diambil dari learning analytics MOOC. Data MOOC tersebut dikaji bagi melihat trend pembelajaran aktif pelajar dalam persekitaran MOOC bagi peringkat pengajian tinggi. MOOC ini telah dijalankan pada semester 1 sesi 2016/2017. Sebanyak tiga sampel dari tiga buah universiti tempatan diambil dalam kajian ini. Data MOOC tersebut dianalisis dari aspek-aspek berikut: (i) data demografi, (ii) jumlah keseluruhan komen, (iii) tajuk yang trending dan kurang mendapat sambutan; dan (iv) jumlah keseluruhan pelajar aktif. Kajian ini juga melihat tahap pembelajaran pelajar yang paling aktif di kalangan tiga universiti tempatan iaitu UKM, UNISZA dan UTHM. DAPATAN KAJIAN

Data demografi menunjukkan penglibatan pelajar dari aspek geografi. Rajah 1 menunjukkan data demografi yang diperoleh dari MOOC. Terdapat pelajar dari 17 buah negara yang terlibat dalam MOOC. Walaupun MOOC ini dalam Bahasa Melayu, namun masih terdapat penglibatan pelajar dari 17 negara yang terlibat termasuk Malaysia.

Page 3: Pendekatan Pembelajaran dalam Persekitaran Massive · PDF file661 Pendekatan Pembelajaran dalam Persekitaran Massive Open Online Courses bagi Peringkat Pengajian Tinggi Nabila Atika

663

Rajah 1. Data demografi

Rajah 2 pula menunjukkan analisis jumlah keseluruhan bagi semester 1 sesi 2016/2017. Seramai 15,963 pelajar telah terlibat dalam MOOC pada semester tersebut. Di samping itu, sebanyak 69,070 komen telah diberikan oleh pelajar terhadap 1,414 halaman dalam MOOC.

Rajah 2. Analisis jumlah keseluruhan bagi semester 1 sesi 2016/2017

Rajah 3 pula menunjukkan jumlah keseluruhan komen bagi kursus Kesepaduan & Hubungan Etnik di Malaysia. Kursus ini bermula pada semester 1 sesi 2016/2017. Sebanyak 15,966 pelajar yang terlibat dalam kursus ini sepanjang semester ini. Komen yang diberikan oleh pelajar dalam kursus ini mencecah lebih daripada 50,000 komen. Pengkaji mendapati pada awal semester pelajar aktif memberikan komen. Namun begitu, pelajar paling aktif memberikan komen pada pertengahan semester. Manakala pada akhir semester pelajar sudah mula kurang aktif memberikan komen. Pada awal semester pula, pelajar rajin memberikan ‘likes’ kepada setiap post yang diberikan oleh pensyarah. Manakala pada pertengahan dan akhir semester pelajar sudah mula tidak memberikan apa-apa respon terhadap post yang diletakkan.

Page 4: Pendekatan Pembelajaran dalam Persekitaran Massive · PDF file661 Pendekatan Pembelajaran dalam Persekitaran Massive Open Online Courses bagi Peringkat Pengajian Tinggi Nabila Atika

664

Rajah 3. Jumlah keseluruhan komen bagi kursus kursus Kesepaduan & Hubungan Etnik di Malaysia

Rajah 4. Tajuk yang trending dan kurang mendapat sambutan

Rajah 4 menunjukkan tajuk yang trending dan tajuk yang kurang mendapat sambutan dalam kursus MOOC tersebut. Antara tajuk yang trending dalam kursus ini ialah refleksi perjuangan dato onn, memperkenalkan ahli parlimen anda, dan kongsi video temu bual pemimpin masyarakat. Bagi tajuk yang kurang mendapat sambutan pula ialah nilai murni, aplikasi konsep dan tahap hubungan etnik, dan akulturasi dalam kehidupan seharian.

Page 5: Pendekatan Pembelajaran dalam Persekitaran Massive · PDF file661 Pendekatan Pembelajaran dalam Persekitaran Massive Open Online Courses bagi Peringkat Pengajian Tinggi Nabila Atika

665

Rajah 5 menunjukkan jumlah keseluruhan pelajar aktif dalam persekitaran MOOC. Pengkaji mendapati pelajar paling aktif dalam kursus di MOOC pada awal dan pertengahan semester. Pada akhir semester tahap penglibatan pelajar dalam MOOC menurun.

Rajah 5. Jumlah keseluruhan pelajar aktif

Rajah 6, 7 dan 8 menunjukkan pelajar aktif dalam kalangan tiga universiti awam iaitu UKM, UNISZA dan UTHM. Bagi penglibatan dalam persekitaran MOOC di UKM, masa yang terbanyak digunakan oleh pelajar paling aktif dalam MOOC ialah 450 minit. Pelajar tersebut aktif dalam penggunaan MOOC di pertengahan semester. Bagi penglibatan dalam persekitaran MOOC di UNISZA pula, pelajar paling aktif di universiti bagi kursus dalam MOOC menggunakan sebanyak 75 minit dalam penggunaan MOOC. Pelajar tersebut aktif di pertengahan semester juga namun begitu pada awal dan akhir semester juga pelajar ini menggunakan sebanyak 25 minit dalam MOOC. Di UTHM pula, pelajar ini aktif di awal dan pertengahan semester namun menurun di akhir semester. Pelajar ini telah menggunakan sebanyak 120 minit dalam penggunaan MOOC bagi kursus tersebut.

Rajah 6. Pelajar paling aktif MOOC di UKM

Page 6: Pendekatan Pembelajaran dalam Persekitaran Massive · PDF file661 Pendekatan Pembelajaran dalam Persekitaran Massive Open Online Courses bagi Peringkat Pengajian Tinggi Nabila Atika

666

Rajah 7. Pelajar paling aktif MOOC di UNISZA

Rajah 8. Pelajar paling aktif MOOC di UTHM

Page 7: Pendekatan Pembelajaran dalam Persekitaran Massive · PDF file661 Pendekatan Pembelajaran dalam Persekitaran Massive Open Online Courses bagi Peringkat Pengajian Tinggi Nabila Atika

667

PERBINCANGAN

Massive Open Online Courses atau singkatannya disebut sebagai MOOC terkenal sebagai satu kaedah pembelajaran terkini di seluruh dunia (McGuire, 2014). Namun secara dasarnya kursus MOOC di Malaysia dibangunkan pada sekitar tahun 2014 oleh setiap bahagian e-pembelajaran universiti awam hasil cadangan daripada pihak Kementarian Pendidikan Malaysia. Menurut Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi, Prof. Dr. Asma Ismail, MOOC merupakan pengalaman baru dalam pendidikan di Malaysia yang bakal ditempuhi oleh golongan celik komputer di negara ini (Utusan Online, 2016). Kajian lepas mendapati pembangunan MOOC secara keseluruhannya hampir sama dengan pembelajaran atas talian yang lain cuma yang membezakannya adalah ciri-ciri keterbukaan yang terhad kepada pendaftaran atau keterlibatan bukan dari sudut perkongsian maklumat bahan (Atenas, 2015). Bukan itu sahaja, MOOC digunakan secara meluas kerana ianya percuma tanpa bayaran. Dengan ini, menjadikan MOOC salah satu peluang untuk meneroka pengetahun dengan lebih meluas. MOOC banyak memberi kesan kepada pendidikan terutama proses pengajaran dan pembelajaran. Ahshehri (2015) menyokong kenyataan tersebut dengan menyatakan MOOC dapat memberi kesan positif dalam proses pendidikan. Hasil kajian menunjukkan terdapat trend pembelajaran aktif pelajar dalam persekitaran MOOC bagi peringkat pengajian tinggi. Berdasarkan data demografi dalam MOOC, walaupun MOOC dalam Bahasa Melayu, namun masih ada pelajar dari 17 buah negara yang terlibat dalam kursus MOOC. Hal ini menunjukkan MOOC tersebut berpotensi diterima oleh komuniti pembelajaran global walaupun bahasa perantaraan yang digunakan adalah Bahasa Melayu. Bagi jumlah keseluruhan komen pula, trend komen yang paling banyak adalah pada pertengahan semester. Kebanyakan pelajar aktif di pertengahan semester kerana kebanyakan pengajar memberikan tugasan pada pertengahan semester. Ini menyebabkan tahap penglibatan pembelajaran meningkat oleh kerana para pelajar banyak memberikan komen terhadap segala tugasan yang diberikan kepada mereka pada masa tersebut. Terdapat beberapa tajuk yang trending dan kurang mendapat sambutan dalam kursus tersebut di MOOC. Beberapa tajuk tersebut menjadi trending mungkin disebabkan faktor persekitaran tempatan seperti senario politik di Malaysia. Oleh kerana Malaysia akan mengadakan pilihanraya dalam masa yang terdekat, maka tajuk seperti “memperkenalkan ahli parlimen anda” telah menjadi trending dalam penglibatan pembelajaran MOOC. Bagi tajuk yang mendapat sambutan, halaman tersebut mungkin tidak trending kerana terdapat lebih dari satu tugasan yang diberikan dalam halaman tersebut. Ini menunjukkan bahawa MOOC mungkin lebih trending jika tajuk tersebut berkait rapat dengan konteks terkini tempatan dan tidak terlalu banyak tugasan dalam satu halaman tersebut di MOOC. Dari segi tahap penglibatan pembelajaran pula, jumlah pelajar aktif meningkat. Hal ini kerana pada awal semester memerlukan mereka untuk mendaftar kursus tersebut. Di samping itu, mereka aktif pada awal semester kerana kebanyakan tugasan diberikan pada awal semester dan memerlukan mereka menyiapkan tugasan pada pertengahan semester. Segala pertanyaan mengenai tugasan dilakukan pada awal semester dan ini menjadikan trend penglibatan pembelajaran pelajar aktif pada awal semester meningkat dan menurun pada akhir semester. Keseluruhan kajian ini melihat pelajar paling aktif di kalangan tiga universiti tempatan. Terdapat perbezaan trend penglibatan di antara tiga universiti tersebut. Antara tiga universiti tersebut, pelajar dari UKM merupakan pelajar yang paling aktif dalam kursus MOOC. Hal ini mungkin disebabkan oleh faktor penglibatan MOOC tahap institusi di mana UKM menggalakkan penggunaan dan penglibatan dalam MOOC dalam pengajaran dan pembelajaran secara aktif. KEBAIKAN DAN KELEMAHAN MOOC

Dalam setiap perkara terdapat kebaikan dan kelemahan tentang sesuatu perkara tersebut. Begitu juga dengan pelaksanaan MOOC itu sendiri. Ianya mempunyai kebaikan dan kelemahan yang tersendiri. MOOC memerlukan interaksi supaya sesebuah kursus itu dapat dilaksanakan sama seperti kelas bersemuka. Interaksi adalah elemen yang paling penting dalam sesebuah pembelajaran atas talian. MOOC memerlukan interaksi dan perhubungan antara pelajar sesama mereka dan juga pelajar bersama pelatih kursus. Melalui MOOC, pelajar dapat berinteraksi dengan rakan kursus yang terdiri daripada pelbagai latar belakang pendidikan yang berbeza walau di mana jua. Mereka boleh berkongsi pandangan dan idea (Cole & Timmerman, 2015). Pelajar juga dapat berinteraksi secara peribadi dengan pelatih kursus dan bertanyakan sendiri soalan mengenai pembelajaran mereka. MOOC menyediakan ruang forum dan perbincangan untuk meluaskan interaksi dan rangkaian perhubungan serta memberikan jalan untuk pembelajaran sokongan (Alshehri, 2015). Antara kelebihan penggunaan MOOC adalah sifatnya yang dapat memenuhi keperluan semasa pelajar. MOOC juga boeh dilaksanakan sebagai sebahagian daripada proses pembelajaran teradun. Ini dapat dilihat dalam situasi apabila MOOC dijadikan sebagai pembelajaran altenatif oleh pensyarah apabila tidak dapat mengadakan kelas secara bersemuka. Proses pengajaran dan pembelajaran masih berlaku walaupun di alam maya. Selain itu, MOOC membolehkan pemindahan maklumat antara pensyarah kepada pelajarnya yang berlaku secara atas talian dan boleh diakses pada bila-bila masa

Page 8: Pendekatan Pembelajaran dalam Persekitaran Massive · PDF file661 Pendekatan Pembelajaran dalam Persekitaran Massive Open Online Courses bagi Peringkat Pengajian Tinggi Nabila Atika

668

sahaja. MOOC juga memberi peluang kepada pelajar pengajian jarah jauh. Pelajar yang mengikuti pengajian secara jarak jauh ini boleh mendaftar kursus dalam MOOC dan mengikutinya secara dalam talian sahaja. Melalui MOOC pelajar mampu memperolehi pengetahuan yang sama tanpa menghadirkan diri ke kelas secara fizikal, selain boleh meneroka lebih banyak maklumat berkaitan yang dirasakan perlu. Kelebihan ini juga menjadikan MOOC sebagai satu langkah penyelesaian bagi mereka yang ingin mencari maklumat sertak kemahiran tambahan kepada subjek yang dipelajari di dalam kelas. Berdasarkan kelebihan-kelebihan ini, MOOC diletakkan sebagai media pembelajaran baru (Wang & Baker, 2015).

Dalam MOOC, tugasan kursus yang wujud adalah lebih banyak jika dibandingkan dengan tugasan di dalam kelas secara bersemuka. Ini kerana pelatih kursus ingin melihat prestasi pelajarnya memahami sesebuah topik yang dikemukakan. Penilaian kendiri dan tugasan untuk pelajar boleh dijadikan penggerak yang baik bagi melengkapkan kursus (Wang & Baker, 2015). Kepelbagaian jenis tugasan juga mencetuskan kepelbagaian cara pemarkahan untuk seimbangkan corak pembelajaran yang berbeza. Walau bagaimanapun, tugasan ini juga menjadi beban kepada pelajar disebabkan masa yang diambil untuk menyiapkannya agak lama dari biasa dan tugasan yang banyak dalam MOOC menjadikan pelajar terbeban untuk menyiapkannya dan memerlukan masa tambahan untuk menghabiskan kursus tersebut. Terdapat juga segelintir pelajar yang berputus asa dan tidak dapat menghabiskan kursus tersebut (Abeer & Miri, 2014). KESIMPULAN DAN KAJIAN LANJUTAN

Secara konklusinya, hasil kajian yang telah dilaksanakan dalam melihat trend pembelajaran aktif pelajar dalam persekitaran MOOC bagi peringkat pengajian tinggi telah menunjukkan perbezaan trend penglibatan pembelajaran pada awal semester, pertengahan semester dan akhir semester. Kajian telah membezakan penglibatan pelajar bagi tiga universiti awam yang menggunakan MOOC sebagai persekitaran pembelajaran. Kajian lanjutan mengenai MOOC seharusnya diperbanyakkan kerana MOOC sudah mula digunakan sebagai persekitaran pembelajaran di peringkat pengajian tinggi. Kajian ini hanya melibatkan data dari MOOC kursus Kesepaduan & Hubungan Etnik di Malaysia sahaja. Kajian mungkin boleh dijalankan dengan menggunakan kursus yang lain di MOOC. Kajian ini hanya melibatkan tiga universiti awam dan kajian seterusnya boleh melibatkan lebih banyak universiti. Dari segi batasan kajian, kajian ini hanya melihat trend pembelajaran aktif pelajar dalam persekitaran MOOC bagi peringkat pengajian tinggi. Oleh itu, pengkaji mencadangkan lebih banyak kajian dijalankan untuk mengenalpasti persepsi para pendidik dan pelajar terhadap penggunaan MOOC dalam persekitaran pembelajaran serta kesan penggunaan MOOC dalam pengajaran dan pembelajaran. Penggunaan MOOC di peringkat pengajian tinggi semakin meningkat kerana adanya penglibatan pelbagai institusi dan ahli akademik terutamanya daripada pakar-pakar bidang. Tambahan lagi, elemen yang terkandung dalam MOOC seperti kursus atas talian, reka bentuk yang fleksibel dan pembangunan interaktiviti turut menyumbang dalam peningkatan penggunaan MOOC. Konsep pedagogi yang diterapkan dalam MOOC berlainan daripada pembelajaran atas talian yang lain (contohnya, e-learning) dan menjadikannya satu kelebihan apabila ciri-ciri keterbukaan dan komuniti pembelajaran “massive” tersebut dapat menjadikan pengajaran dan pembelajaran di peringkat pendidikan tinggi bertaraf global. RUJUKAN

Andrew W. Cole dan C. Erik Timmerman. (2015). What Do Current College Students Think about MOOCs?. MERLOT Journal of Online Learning and Teaching; 11(2):188-201.

Chris, P. (2013). Mooc creators criticise courses’ lack of creativity | News | Times Higher. Darco Jansen, Jon Rosewell dan Karen Kear. (2016). Quality Frameworks for MOOCs. Open Education: from

OERs to MOOCs. Lecture Notes in Educational Technology (LNET): 261-281. David T. Manallack, Elizabeth Yuriev. (2016). Ten Simple Rules for Developing a MOOC. PLOS Computational

Biology Journal. 12(10). Drachsler, H., & Kalz, M. (2016). The MOOC and learning analytics innovation cycle (MOLAC): a reflective summary

of ongoing research and its challenges. Journal of Computer Assisted Learning, 32(3), 281-290. Farah Nurshahira Zulkifli & Md Yusoff Daud. (2017). Inovasi Pengajaran dan Pembelajaran melalui Massive

Open Online Courses (MOOC). Dalam Rohaila Mohamed Rosly, Nabila Atika Razali & Nur Atikah Jamilluddin. (Editor). Pembelajaran Abad ke-21: Trend Integrasi Teknologi. Bangi: Fakulti Pendidikan UKM.

Farraj Alshehri. (2015).The Perceptions of MOOCs Learners. Journal of Emerging Trends in Computing and Information Sciences; 6(10):550-552.

Page 9: Pendekatan Pembelajaran dalam Persekitaran Massive · PDF file661 Pendekatan Pembelajaran dalam Persekitaran Massive Open Online Courses bagi Peringkat Pengajian Tinggi Nabila Atika

669

Fiona M. Hollands dan Devayani Tirthali. (2014). MOOCs: expectations and reality. Full report. Center for Benefit- Cost Studies of Education, Teachers College, Columbia University, NY. Diperolehi dari WWW pada Julai, 27 2017 di http://cbcse.org/wordpress/wpcontent/uploads/2014/05/MOOCs_Expectations_and_Reality.pdf

Helmi Norman & Norazah Nordin. (2015). An Asia-Europe Massive Open Online Course for Lecturer Training: Development of Pedagogical Strategies for MOOCs. Proceeding of Public University Dean’s Council 2015 Seminar.

Javiera Atenas. (2015). Model for democratization of the contents hosted in MOOCs. Universities and Knowledge Society Journal; 12(1): 3-14.

Jenny Mackness, Sui Fai John Mak, Roy Williams. (2010). The ideals and reality of participating in a MOOC. In Networked Learing Conference. University of Lancaster: 266-275.

Michael A Kerrison, Julia Leong Son, Barney Grainger, Caroline Tutty. (2016). Massive OpenOnline Courses (Moocs) And Their Role In Promoting Continuing Education. International Journal of Continuing Education and Lifelong Learning. 8(2), 106-127.

Muhstak Al‐Atabi. (2013). Entrepreneurship- The First MOOC in Malaysia. http://linc.mit.edu/linc2013/proceedings/Session3/Session3Al-Atabi.pdf.

Norazah Nordin, Helmi Norman, Mohamed Amin Embi, Ahmad Zamri Mansor & Fazilah Idris. (2016). Factors for Development of Learning Content and Task for MOOCs in an Asian Context. Journal of International Education Studies, 9(5), 48-61.

Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (Pendidikan Tinggi). (2016). Garis Panduan Pembangunan & Penyampaian MOOC Malaysia. http://www.cade.upm.edu.my/dokumen/PTPA1_Garis_Panduan_Pembangunan_MOOC_Malaysia_19 052016.pdf.

Robert McGuire. (2014). The Best MOOC Provider: A Review of Coursera, Udacity and Edx SkilledUp.com.http://www.skilledup.com/blog/the-best-mooc-provider-a-review-ofcourseraudacity- and-edx/.

Utusan Online. (2016). MOOC jadikan Malaysia pusat kecemerlangan pendidikan tinggi 20 Februari 2016. https://www.utusan.com.my/pendidikan/kampus/mooc-jadikanmalaysia-pusat-kecemerlangan pendidikan-tinggi-1.192298#sthash.m1s4gqJr.dpuf

Yuan Wang dan Ryan Baker. (2015). Content or platform: Why do students complete MOOCs?. MERLOT Journal of Online Learning and Teaching; 11(1):1-18.

Zahari Hamidon. (2014). Tahap Pengekalan, Enrolmen Dan Proses Pembelajaran Dalam Kursus Mooc: Satu Tinjauan Awal. Presented in Seminar Kebangsaan Sepanjang, Dewan Tun Hussein Onn, PWTC, KL .Ministry of Education Malaysia & OUM.