pendekatan objektivisme =p

Upload: suriana-kadir

Post on 03-Apr-2018

241 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 7/28/2019 Pendekatan Objektivisme =p

    1/5

    PENDEKATAN OBJEKTIVISME-ISL 1RBT310514.01.2009

    PENDEKATAN OBJEKTIVISME

    Objektivisme dalam pengajaran dan pembelajaran (P & P)

    Objektivisme berpegang kepada fahaman yang melihat objek dan nilai (kualiti) wujud

    dengantersendiri (Bednar, Cunningham,Duffy & Perry, 1992). Realiti luar bebas

    daripada minda danpengetahuan manusia. Pada pandangan Objektivisme, realiti

    luar adalah sama bagi semua manusia.Walau bagaimanapun, perbezaan persepsi

    terhadap realiti luar wujud antara manusia kerana manusiamempunyai bias,

    pandangan dan pilihan sendiri yang berbeza-beza. Untuk berfikiran objektif,

    manusiaharus mengenepikan bias, pandangan dan pilihan sendiri dengan berfikir

    secara logik dan saintifik.Pendekatan objektivisme dalam P&P sealiran dengan

    behaviorisme. Fahamanbehaviorisme beranggapan bahawa tingkah laku manusia

    dibentuk secara luaran dan dipengaruhi faktor persekitaran (Skinner, 1953). Tingkah

    laku ialah rangkaian ransangan dan gerak balas. Tingkah lakumanusia berlaku

    secara penyesuaian (

    adaptation

    ) dan penerimaan maklumat berlaku secara pasif.Behaviorisme mengenepikan

    faktor warisan baka, jiwa dan mental. Pendekatan pembelajaranterbatas kepada

    perubahan dalam tingkah laku yang boleh dilihat. Behaviorisme memberi

    penekanankepada peneguhan terhadap tingkah laku untuk mencapai tahap

    kemahiran seperti yang dianjurkan olehSkinner (1974) tanpa mengira kefahaman

    atau pemikiran logik seseorang.

    Peranan guru

    Guru-guru berperanan sebagai penyampai pengetahuan dan menguruskan pelajar.

    Pelajar dianggap menerima pengetahuan secara pasif. Pendekatan objektivisme

    mengenepikan keperluan untukmemberi fokus kepada bagaimana proses pelajar

    berfikir (Wilson, Teslow dan Taylor, 1999). Gurumemberi tumpuan kepada isi

    kandungan dan aktiviti peneguhan bagi tujuan mencapai objektif yangditentukan.Penyediaan bahan pengajaran dan penilaian adalah mengikut satu piawai tertentu

  • 7/28/2019 Pendekatan Objektivisme =p

    2/5

    dan tidakpelbagaiAhli objektivisme juga berpendapat bahawa guru harus berperanan

    sebagai pengawal kelas.Murid tidak ada pilihan kecuali menurut peraturan dan

    undang-undang yang ditetapkan. Sekiranya ingkar mereka akan diberikan hukuman

    atau didenda oleh guru tersebut.

    PENDEKATAN OBJEKTIVISME-ISL 1RBT310514.01.2009

    Objektivisme dalam pendidikan

    Paradigma pendidikan masa kini adalah kebanyakannya merupakan paradigma

    objektivisme.Paradigma ini gagal menyelesaikan banyak masalah dalam

    pendidikan.Ahli objektivisme berpendapat bahawa kata pemutus tentang apa yang

    perlu diajar dan siapayang patut mengajar adalah dibuat oleh `pakar' yang

    semestinya mengetahui segala-galanya. Inimenyebabkan ramai murid tidak dapat

    melihat keperluan belajar sebagaimana yang dilihat oleh pihak`pakar'. Model

    autoritarian ini menjadikan guru sebagai sumber pengetahuan dan menjadikan

    gurusangat penting dalam bilik darjah. Murid dan juga orang awam beranggapan

    guru mempunyai segala jawapan bagi semua masalah. Sistem ini gagal melahirkan

    murid yang produktif dan berpengetahuanluas.Kebanyakan teknik penilaian

    sekarang adalah berdasarkan paradigma objektivisme. Dalampengujian yang

    dijalankan, murid akan diuji sama ada dia dapat memberikan jawapan yang

    dikehendakioleh penggubal soalan. Mereka juga dianggap mempunyai tafsiran yang

    sama dengan penggubal soalantentang apa yang dikehendaki dalam soalan. Oleh

    yang demikan, soalan-soalan ujian tidak sebenarnyamenguji kefahaman dan

    pengetahuan murid, tetapi hanya menguji kemahiran murid untuk membekalkan

    jawapan yang dikehendaki oleh penggubal soalan sahaja.Ahli objektivisme

    berpendapat bahawa guru harus berperanan sebagai pengawal disiplin kelas.Murid

    tidak ada pilihan kecuali menurut peraturan dan undang-undang yang ditetapkan.

    Mereka yangingkar akan didenda.

    Ringkasan objektivisme

    Objektivisme

  • 7/28/2019 Pendekatan Objektivisme =p

    3/5

    Tanggapan UtamaPengetahuan wujud bebas dari persekitaran dalaman dan luaran

    pelajar KesanGuru menolong murid membina pengetahuan dan rangka konteks

    dimana ia wujud. Mereka mengguna analogi, contoh dan pelbagai

    kaedahmengingat. Mereka tanya soalan untuk membantu muridRespons Guru"ada

    perkara yang anda hendak tahu dan saya akan ajar kepada andaapa yang saya

    tahu""Saya ajari ini, mereka belajar ini""Pelajar ini sungguh bijak, mereka belajar apa

    saja yang saya ajarkan"

    Perbandingan Objektivisme Dengan Konstruktivisme

    Paradigma pendidikan masa kini adalah kebanyakannya merupakan paradigma

    objektivisme. Paradigmaini gagal menyelesaikan banyak masalah dalam pendidikan.

    Perbezaan antara objektivisme dengankonstruktivisme adalah sangat nyata.

    Objektivisme berdasarkan tanggapan bahawa wujud pengetahuandi luar persepsi

    manusia. Menurut pandangan ini, fungsi sains ialah untuk memastikan

    pengetahuandisampaikan secara objektif. Proses pembelajaran dalam paradigma ini

    hanyalah untuk menyalarkanpengetahuan dari pendidik kepada murid. Pengetahuan

    sains dari perspektif konsruktivisme adalahpenjelasan paling sesuai untuk

    menghuraikan fenomena yang diperhatikan.Ahli objektivisme berpendapat bahawa

    kata pemutus tentang apa yang perlu diajar dan siapa yang patutmengajar adalah

    dibuat oleh `pakar' yang semestinya mengetahui segala-galanya. Ini

    menyebabkanramai murid tidak dapat melihat keperluan belajar sebagaimana yang

    dilihat oleh pihak `pakar'. Modelautoritarian ini menjadikan guru sebagai sumber

    pengetahuan dan menjadikan guru sangat pentingdalam bilik darjah. Murid dan juga

    orang awam beranggapan guru mempunyai segala jawapan bagisemua masalah.

    Sistem ini gagal melahirkan murid yang produktif dan berpengetahuan luas.Dari

    pandangan ahli konstruktivisme, setiap orang murid mempunyai peranan dalam

    menentukan apayang akan mereka pelajari. penekanan diberi kepada menyediakan

    murdi dengan peluang untukmembentuk kemahiran dan pengetahan di mana

    mereka menghubungkaitkan pengalaman lampaumereka dengan kegunaan masa

    depen. murid bukan hanya dibekalkan dengan fakta-fakta sahaja,sebaliknya

    penekanan diberi kepada proses berfikir dan kemahiran berkomunikasi. Selepas

    satu sesiperbincangan murid bersama-sama menetnukan perkara penting yang

    harus dipelajari dan tujuanmempelajarinya. Dalam proses ini murid akan mengalamiprosedur yang digunakan oleh seorang saiantisseperti menyelesaikan masalah dan

  • 7/28/2019 Pendekatan Objektivisme =p

    4/5

    memeriksa hasil yang diperolehiMelalui penggunaan paradigma konstruktivisme,

    guru perlu mengubah peranannya dalam bilik sains.Guru mungkin akan berperanan

    sebagai pelajar atau penyelidik. Dengan cara ini, guru akan lebihmemahami

    bagaimana murid membina konsep atau pengetahuan. Justeru itu guru akan

    memperolehikemahiran untuk membina dan mengubahsuai kefahaman serta

    berkomunikasi dengan orang lain. Guruakan memahami bahawa proses pembinaan

    dan pengubahsuaian konsep merupakan satu prosesberterusan dalam

    kehidupan.Dalam paradigma konstruktivisme, murid menganggap peranan guru

    sebagai salah satu sumber pengetahuan dan bukan sebagai seorang yang tahu

    segla-galanya. Mereka menganggap pengetahuansebagai sesuatu yang boleh

    disesuaikan dan boleh berubah. Mereka juga sedar bahawa

    merekabertanggungjawab terhadap diri sendiri untuk menggunakan pelbagai cara

    bagi memproses makluamtdan menyelesaikan masalah. Dalam erti kata lain, guru

    adalah berperanan sebagai seorang fasilitator dan pembimbing. Hubungan guru

    dengan murid boleh diumpamakan sebagai hubungan di antara bidandengan ibu

    yang melahirkan anak. Guru bertanggung jawab membimbing dan membantu

    muridmempelajari sesuatu pelajaran dengan bermakna. Guru tidak boleh belajar

    untuk murid. Murid yangmembina fahaman sendiri.Kebanyakan teknik penilaian

    sekarang adalah berdasarkan paradigma objektivisme. Dalam pengujianyang

    dijalankan, murid akan diuji sama ada dia dapat memberikan jawapan yang

    dikehendaki olehpenggubal soalan. Mereka juga dianggap mempunyai tafsiran yang

    sama dengan penggubal soalantentang apa yang dikehendaki dalam soalan. Oleh

    yang demikan, soalan-soalan ujian tidak sebenarnyamenguji kefahaman dan

    pengetahuan murid, tetapi hanya menguji kemahiran murid untuk membekalkan

    jawapan yang dikehendaki oleh penggubal soalan sahaja.Menurut teori

    konstruktivisme, penilaian harus merangkumi cara menyelesaikan masalah

    denganmunasabah dan pengetahuan. Antara teknik-teknik penilaian yang

    sedemikian ialah peta konsep, rajahVenn, portfolio, ujian prestasi dan ujian

    berpasukan.Pandangan ahli konstruktivisme terhadap disiplin di dalam kelas adalah

    berbeza dengan ahliobjektivisme. Ahli konstruktivisme menganggap peranan guru

    adalah sebagai pengurus kelas dan boleh

  • 7/28/2019 Pendekatan Objektivisme =p

    5/5

    menangani hal-hal disiplin murid dengan sempurna. murid diterima sebagi individu

    yang mempunyai ciri-ciri perlakuan yang berbeza di mana setiap individu itu diangap

    penting dalam proses pembelajaran danperlu diberi perhatian yang wajar. Mereka

    diberikan peluang untuk membuat keputusan sendiri tentangperkara-perkara yang

    akan mereka pelajari. Melalui proses ini, mereka akan lebih

    prihatin,bertanggungjawab dan melibatkan diri dalam aktiviti pembelajaran

    mereka.Sebaliknya ahli objektivisme berpendapat bahawa guru harus berperanan

    sebagai pengawal disiplinkelas. Murid tidak ada pilihan kecuali menurut peraturan

    dan undang-undang yang ditetapkan. Merekayang ingkar akan didenda.Pengajaran

    dan pembelajaran yang berasaskan konstruktivisme memberi peluang kepada guru

    untukmemilih kaedah pengajaran dan pembelajaran yang sesuai dan menentukan

    sendiri masa yangdiperlukan untuk memperolehi sesuatu konsep atau pengetahuan.

    Di samping itu, guru dapat membuatpenilaian kendiri dan menilai kefahaman orang

    lain supaya kefahamannya tentang sesuatu bidangpengetahuan dapat ditingkatkan

    lagi.Perbandingan Objektivisme Dengan Konstruktivisme Dalam

    PendidikanObjektivismeKonstruktivismeTanggapan UtamaPengetahuan wujud

    bebas daripersekitaran dalaman dan luaran pelajar Pengetahuan bukan objektif, apa

    yang kitabenar-benar tahu dan faham hanyalahpersepsi kit. Ia ditentukan oleh kita

    semua.Pengetahuan tidak mempunyai struktur mutlakKesanGuru menolong murid

    membinapengetahuan dan rangka konteks dimana ia wujud. Mereka

    menggunaanalogi, contoh dan pelbagai kaedahmengingat. Mereka tanya soalan

    untukmembantu muridGuru menolong murid membinakefahaman baru dan

    menolong muridmerakamkannya ke dalam struktur kognitif sedia ada. Mereka

    melakukannya denganmenolong murid membentuk analogi,contoh dan kaedah

    mengingat muridsendiri, dan guru menolong muridmembentuk soalan yang perlu

    ditanya bagimembimbing mereka ke arah kefahamanyang lebih tinggiRespons

    Guru"ada perkara yang anda hendak tahudan saya akan ajar kepada anda apayang

    saya tahu""Saya ajari ini, mereka belajar ini""Pelajar ini sungguh bijak,

    merekabelajar apa saja yang saya ajarkan""Ada perkara yang anda hendak tahu

    dansaya akan tolong anda mengetahuibagaimana anda boleh belajar

    mengenainya""Saya ajar ini, mereka belajar itu""Pelajar ini sungguh bijak, mereka

    belajar perkara yang saya tidak pernah rancanguntuk ajar mereka"