buletin - official portal of ukm jkas - edisi 1... · peserta juga dapat meningkatkan pengetahuan...

13
KANDUNGAN Perlantikan............................. 2 K-Novasi P&P UKM 2017 ... 2 Latihan Sangkutan Industri.... 4 MoU LLM-FKAB ................. 5 Penilaian Program...................6 Kursus Teknikal. ................... 8 Lawatan Pelajar.....................12 SIDANG EDITOR Penasihat Prof. Dr. Noor Ezlin Ahmad Basri Pn. Shahrom Md. Zain Ketua Editor Dr. Muhamad Nazri Borhan Editor Nor Azura Abdullah@Ghazali Editor Bersekutu Jurufoto En. Nik Mohd Asraf Nik Muhammad Januari - April Bilangan 1/2017 Buletin JKAS Jabatan Kejuruteraan Awam & Struktur

Upload: trinhdien

Post on 24-Mar-2019

225 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Buletin - Official Portal of UKM JKAS - Edisi 1... · peserta juga dapat meningkatkan pengetahuan dan kemahiran berkaitan teknik atau pendekatan inovasi P&P terpilih melalui Bengkel

1

KANDUNGAN

Perlantikan............................. 2

K-Novasi P&P UKM 2017 ... 2

Latihan Sangkutan Industri.... 4

MoU LLM-FKAB ................. 5

Penilaian Program...................6

Kursus Teknikal. ................... 8

Lawatan Pelajar.....................12

SIDANG EDITOR

Penasihat

Prof. Dr. Noor Ezlin Ahmad Basri

Pn. Shahrom Md. Zain

Ketua Editor

Dr. Muhamad Nazri Borhan

Editor

Nor Azura Abdullah@Ghazali

Editor Bersekutu

Jurufoto

En. Nik Mohd Asraf Nik Muhammad

Januari - April Bilangan 1/2017

Buletin JKAS

Jabatan Kejuruteraan Awam & Struktur

Page 2: Buletin - Official Portal of UKM JKAS - Edisi 1... · peserta juga dapat meningkatkan pengetahuan dan kemahiran berkaitan teknik atau pendekatan inovasi P&P terpilih melalui Bengkel

2

K-Novasi Pengajaran dan Pembelajaran UKM 2017

PERLANTIKAN

Ir. Dr. Muhamad Razuhanafi Mat Yazid – Pelantikan

sebagai Pensyarah Universiti Gred DS 51 mulai 1 Mac

2017.

Prof. Dato’ Ir. Dr. Wan Hamidon Wan Badaruzzaman

– Pelantikan sebagai Ketua Pusat Penyelidikan

Pengangkutan Bandar Mapan (SUTRA) yang baru

bagi tempoh 2 tahun mulai 1 Januari 2017 bagi

mengganti prof. Dr. Amiruddin Ismail

Prof. Dato’ Ir. Dr. Riza Atiq Abdullah O.K. Rahmat –

Lanjutan pelantikan sebagai Timbalan Naib Canselor

Hal Ehwal Akademik dan Antarabangsa untuk tempoh

selama 2 tahun lagi bermula dari 1 Januari 2017.

Prof. Dr. Mohd. Raihan Taha – Sambungan lantikan

sebagai Pengarah Lestari bagi tempoh 2 tahun mulai

10 Februari 2017.

Sr. Dr. Khairul Nizam Abdul Maulud - Lanjutan

pelantikan sebagai Ketua Pusat Pencerapan Bumi,

Institut Perubahan Iklim bagi tempoh 2 tahun mulai 1

Januari 2017

Puan Nila Kandi Juita Idris – Pertukaran tempat

bertugas ke pejabat TNC HEJIM mulai 1 Mac 2017.

Pada 15-16 Februari 2017, Universiti Kebangsaan Malaysia akan menganjurkan Karnival Inovasi

Pengajaran & Pembelajaran UKM 2017 (K-INOVASI). Karnival ini dianjurkan bagi menyediakan

platform kepada ahli akademik dan pendidik untuk berkongsi amalan terbaik, menjana serta

membudayakan inovasi dan kreativiti dalam konteks pengajaran dan pembelajaran. Karnival ini telah

diadakan di Dewan Canselor Tun Abdul Razak (DECTAR) Universiti Kebangsaan Malaysia

Menerusi karnival ini, selain berkongsi amalan terbaik inovasi P&P dalam Pertandingan Inovasi P&P,

peserta juga dapat meningkatkan pengetahuan dan kemahiran berkaitan teknik atau pendekatan inovasi

P&P terpilih melalui Bengkel Nano Inovasi P&P, menyertai perbincangan dan mendengar resolusi

mengenai isu-isu utama berkaitan P&P melalui Forum Bicara Tokoh, mengambil inspirasi daripada sesi

Peremajaan P&P dalam Program Inovasi P&P T30 UKM serta memanfaatkan input daripada Ucaptama

dan Plenari oleh pakar dari UKM dan luar negara.

Pada tahun ini, sebanyak 10 penyertaan telah di daftarkan oleh ahli JKAS. Keputusan bagi K-Novasi

UKM 2017 adalah seperti di bawah. Tahniah kepada semua pemenang yang berjaya kerana telah menaikkan nama JKAS dan kepada yang tidak berjaya terus mencuba pada masa akan datang.

2

JK

AS

Page 3: Buletin - Official Portal of UKM JKAS - Edisi 1... · peserta juga dapat meningkatkan pengetahuan dan kemahiran berkaitan teknik atau pendekatan inovasi P&P terpilih melalui Bengkel

3

3

KEPUTUSAN K NOVASI PENGAJARAN DAN

PEMBELAJARAN UKM 2017

KATEGORI TERBUKA

Bil. Nama Tajuk Pencapaian

1. Pn. Shahrom Md Zain Pendidikan STEM Dan IG-Home Inovasi Rumah Lestari

Emas

KATEGORI UKM

1. Dr. Shahrizan Baharom Open Ended Lab in Concrete Labrotary Emas

2. Dr. Muhamad Azry Khoiry Static Fun Learning Perak

3. Prof. Dr. Noor Ezlin Ahmad Basri

Penilaian Program Kesedaran Pengasingan Sisa Kafeteria oleh Pelajar Kursus Citra LMCK1621

Perak

4. PM Dr. Roszilah Hamid

Keberkesanan Kaedah Pembelajaran Projek Berasaskan Masalah Bagi Kursus Teknologi Bahan Dinilai Melalui Sistem Penilaian Pengajaran Dan Penyeliaan

Gangsa

5. Pn. Shahrom Md Zain Khidmat Komuniti Inovasi Pendidikan CITRA dan Kejuruteraan Alam Sekitar

Gangsa

6. Dr. Azrul A. Mutalib Implementasi CDIO di dalam Kembara Bakti CIVILENS

Gangsa

7. Prof. Dr. Amiruddin Ismail Pembelajaran Teradun dalam Kejuruteraan Lebuhraya

Gangsa

8. Dr. Noraini Hamzah Implementasi CPA & CEA di Jabatan Kejuruteraan Awam & Struktur

Gangsa

9. Suraya Sharil

Innovation to Improve the Efficiency in Postgraduate Student and Research Management for the Civil and Structural Engineering Department UKM

-

10. Khairul Nizam Abdul Maulud Pembelajaran secara holistik bagi penyelesaian masalah melalui webgis

- J

KA

S

JK

AS

Page 4: Buletin - Official Portal of UKM JKAS - Edisi 1... · peserta juga dapat meningkatkan pengetahuan dan kemahiran berkaitan teknik atau pendekatan inovasi P&P terpilih melalui Bengkel

4

Melakukan audit keselamatan jalan di Jambatan FT009/90 Jalan Karak-Simpang Pelangai, Pahang

Pada 21 Mac 2016 sehingga 20 Mac 2017 yang lepas, Dr. Nur Izzi Md. Yusoff telah menjalani latihan sangkutan industri selama 1 tahun di syarikat CNS

Consultant Sdn Bhd yang beroperasi di Reko Sentral, Jalan Reko, Kajang, Selangor. Sepanjang tempoh latihan, beliau telah diselia oleh Ir.

Sulaiman Bin Abdullah, Pr insipal syar ikat ter sebut. Dr . Nur Izzi telah terlibat secara langsung dengan kerja-kerja audit keselamatan jalan (road

safety audit) yang terdiri daripada lima tahap di seluruh negeri di Semenanjung Malaysia.

Secara umumnya, audit keselamatan jalan adalah salah satu aspek kejuruteraan

jalan raya yang memerlukan pakar yang mahir berdasarkan pengetahuan, pengalaman dan kefahaman terhadap Kejuruteraan Trafik, prinsip-prinsip dan amalan keselamatan jalan raya. Bidang ini dijangkakan akan menjadi semakin

relevan pada masa akan datang kerana kesedaran semua pihak terhadap keselamatan di jalan raya yang semakin meningkat.

Beliau berharap pengalaman ringkas yang telah dikutip selama setahun ini

dapat dikongsi dan dimanfaatkan bersama para pelajar JKAS yang akan bergelar Jurutera Awam pada suatu hari nanti.

Pengalaman Dr. Nur Izzi Menjalani

Latihan Sangkutan Industri

4

JK

AS

Page 5: Buletin - Official Portal of UKM JKAS - Edisi 1... · peserta juga dapat meningkatkan pengetahuan dan kemahiran berkaitan teknik atau pendekatan inovasi P&P terpilih melalui Bengkel

5

Perbincangan Kerjasama Penyelidikan Bersama Lembaga Lebuhraya

Malaysia (LLM)

Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) melalui Pusat Pengangkutan Bandar Mapan (SUTRA) dan Lembaga Lebuhraya Malaysia berhasrat untuk

mengadakan kerjasama penyelidikan melalui perbincangan kerjasama penyelidikan (MoU LLM-FKAB) yang telah diadakan pada 26 April 2017.

SUTRA merupakan satu pusat kajian (penyelidikan) di bawah naungan JKAS.

Langkah pertama ke arah

kerjasama tersebut adalah

untuk UKM mendapatkan

dana penyelidikan daripada

LLM melalui penyediaan

proposal-proposal yang

akan dibentangkan di

Lembaga Lebuhraya

Malaysia, kata Pengarah

Khidmat Pakar &

Kerjasama Teknikal LLM,

Azman bin Mohd Jais. LLM

diwakili oleh Azman bin

Mohd Jais sebagai Pengarah

Khidmat Pakar &

Kerjasama Teknikal LLM,

Siti Atikaa Hanom bt Hadie

sebagai Penolong Pengarah

(1) khidmat Pakar &

Kerjasama Teknikal dan

Rohaya bt Abdullah sebagai

Penolong Pengarah Kanan

khidmat Pakar & Kerjasama

Teknikal manakala UKM

diwakili oleh Profesor

Madya Dr. Siti Aminah

Osman, Ketua Hal Ehwal

Jaringan Industri dan

Masyarakat, Dato’ Ir. Dr.

Wan Hamidon Wan

Badaruzzaman ketua Pusat

Pengangkutan Bandar

Mapan (SUTRA), Prof. Dr.

Amiruddin Ismail, Dr. Nur

Izzi Md. Yusoff, Dr. Siti

Fatin Mohd. Razali dan Dr

Muhamad Razuhanafi Mat

Yazid.

5 JK

AS

Page 6: Buletin - Official Portal of UKM JKAS - Edisi 1... · peserta juga dapat meningkatkan pengetahuan dan kemahiran berkaitan teknik atau pendekatan inovasi P&P terpilih melalui Bengkel

6

Pada 25 dan 26 April 2017, JKAS telah menerima

kunjungan penilai luar iaitu Prof. Dr. Hamidi Abdul

Aziz dari Universiti Sains Malaysia untuk menilai

Program Kejuruteraan Awam yang merupakan program baru di JKAS.

Penilaian ini dibuat bertujuan untuk

penambahbaikan Program

Kejuruteraan Awam telah dilulukan oleh Jawatankuasa

Perancangan dan Perkembangan Akademik

(JPPA) Universiti dan Senat bagi memastikan penilaian

kompetensi pelajar dapat dilakukan dengan tepat dan betul menggunakan kaedah

yang bersesuaian serta memenuhi keperluan EAC

(Engineering Accreditation Council Malaysia) dan

mengikut garis panduan MQA.

Penilaian Program Kejuruteraan Awam

oleh Penilai Luar

Lawatan penilai luar dimulakan

dengan taklimat berkaitan JKAS oleh

Ketua JKAS Prof. Dr. Noor Ezlin

Ahmad Basri dan diikuti dengan

taklimat Program Kejuruteraan

Awam oleh Dr. Azrul A. Mutalib

yang berperanan sebagai Penyelaras

Program Kejuruteraan Awam.

Seterusnya, penilai luar dibawa

melawat ke makmal-

makmal dan fasiliti

yang terdapat di JKAS

serta melakukan

penilaian dokumen

yang berkaitan

pengajaran dan

pembelajaran.

Pada hari berikutnya,

program penilaian dimulakan dengan sesi

temubual bersama staf

akademik dan diikuti dengan temubual penilai luar bersama

pelajar. Pada sebelah petang, satu menyuarat penutup telah diadakan

bagi membincang kekurangan dan penambahbaikan yang perlu

dilakukan oleh JKAS.

6

JK

AS

Page 7: Buletin - Official Portal of UKM JKAS - Edisi 1... · peserta juga dapat meningkatkan pengetahuan dan kemahiran berkaitan teknik atau pendekatan inovasi P&P terpilih melalui Bengkel

7

“To catch the reader's attention, place an interesting sentence or quote from the story here.”

INSIDE STORY HEADLINE

7

JK

AS

JK

AS

Page 8: Buletin - Official Portal of UKM JKAS - Edisi 1... · peserta juga dapat meningkatkan pengetahuan dan kemahiran berkaitan teknik atau pendekatan inovasi P&P terpilih melalui Bengkel

8

Kursus Teknikal ‘Mitigating Chemical

Risk in Laboratories and The Good

Laboratory Practices’

Satu kursus teknikal telah dijalankan pada 29 Mac 2017, yang dianjurkan oleh JKAS dengan kerjasama bahagian Jaminan Kualiti Fakulti Fejuruteraan dan

Alam Bina (FKAB) serta Team Medical & Scientific Sdn. Bhd. Penceramah bagi kursus ini adalah Ted Pittiot yang dijemput khas dari Team Medical &

Scientific Sdn. Bhd. Bertempat di Makmal Media FKAB, kursus ini berkaitan cara atau kaedah mengurangkan risiko bahan kimia di makmal dan amalan

pengurusan makmal yang baik. Kursus ini telah disertai oleh pembantu makmal, penolong pegawai sains dan juga penolong jurutera dari semua jabatan yang terdapat di FKAB.

JK

AS

Page 9: Buletin - Official Portal of UKM JKAS - Edisi 1... · peserta juga dapat meningkatkan pengetahuan dan kemahiran berkaitan teknik atau pendekatan inovasi P&P terpilih melalui Bengkel

9

JK

AS

Kursus Teknikal ‘Mitigating Chemical Risk in Laboratories and The Good Laboratory Practices’

Page 10: Buletin - Official Portal of UKM JKAS - Edisi 1... · peserta juga dapat meningkatkan pengetahuan dan kemahiran berkaitan teknik atau pendekatan inovasi P&P terpilih melalui Bengkel

10

Satu kursus berkaitan penggunaan dan penjagaan

peralatan makmal telah diadakan pada 12 April

2017 bertempat di Makmal Sekitaran JKAS. Kursus

teknikal ini merupakan anjuran bersama antara JKAS dan Analytical

Division Chemopharm Sdn Bhd – Malaysia. Kursus ini

telah dihadiri oleh semua kakitangan teknikal JKAS.

Kursus ini dapat meningkatkan kecekapan

kemahiran kakitangan teknikal menggunakan peralatan makmal, dan

secara langsungnya akan membantu proses

pengajaran dan pembelajaran bagi kursus-

kursus yang memerlukan pelajar menjalankan aktiviti-

aktiviti makmal.

Penceramah bagi kursus ini telah dijemput khas dari

Analytical Division Chemopharm Sdn Bhd –

Malaysia.

Kursus Teknikal ‘Laboratory

Instrument Day’

JK

AS

Page 11: Buletin - Official Portal of UKM JKAS - Edisi 1... · peserta juga dapat meningkatkan pengetahuan dan kemahiran berkaitan teknik atau pendekatan inovasi P&P terpilih melalui Bengkel

11

JK

AS

Kursus Teknikal ‘Laboratory Instrument Day’

Page 12: Buletin - Official Portal of UKM JKAS - Edisi 1... · peserta juga dapat meningkatkan pengetahuan dan kemahiran berkaitan teknik atau pendekatan inovasi P&P terpilih melalui Bengkel

12

Pada 19 April 2017, satu

lawatan ke Pusat Informasi

MRT di Pusat Informasi

MRT Jalan Sultan Azlan

Shah, Kuala Lumpur telah

diadakan. Peserta terdiri

daripada pelajar JKAS

tahun 3 iaitu seramai 40

orang yang mengikuti

kursus KKKH 3333 –

Kejuruteraan Lebuhraya

yang diketuai oleh Prof. Dr.

Amiruddin Ismail sebagai

penyelaras kursus tersebut.

Lawatan ini diadakan

sebagai pendedah awal

dapat diberikan kepada

pelajar mengenai projek

pengangkutan awam

terbesar negara.

Lawatan Pelajar JKAS ke Pusat

Informasi Mass Rapid Transit (MRT)

J

KA

S

Berdasarkan lawatan ke Pusat Informasi MRT, pelajar pelajar dapat mengetahui perjalanan projek dari setiap peringkat. Selain itu, pelajar juga dapat mengetahui

cabaran-cabaran yang dihadapi oleh pihak MRT semasa menjalankan kerja dan penyelesaian terhadap permasalahan tersebut. Seterusnya, pelajar dapat mengetahui

serba sedikit mengenai struktur-struktur binaan yang diguna.

Lawatan Pelajar JKAS ke Duta-Ulu Kelang Expressway Fasa 2 (DUKE2)

Pada 27 April 2017, seramai 40 orang pelajar yang mengikuti kursus KKKH 3333 –

Kejuruteraan Pengangkutan telah mengadakan lawatan ke Duta-Ulu Kelang

Expressway Fasa 2 yang turut diiringi oleh penyelaras kursus iaitu Prof. Dr.

Amiruddin Ismail. Lawatan ini bertujuan memberi pendedahan kepada pelajar-pelajar

mengenai bagaimana teori-teori yang dipelajari dalam kuliah dipraktikkan di dalam

dunia kejuruteraan sebenar antaranya:

a) Mendedahkan kepada pelajar bagaimana sebuah jalan raya dibina dan

mengatasi masalah-masalah yang dihadapi oleh jurutera ditapak binaan.

b) Meningkatkan motivasi pelajar ke arah pencapaian pembelajaran yang lebih

baik.

Page 13: Buletin - Official Portal of UKM JKAS - Edisi 1... · peserta juga dapat meningkatkan pengetahuan dan kemahiran berkaitan teknik atau pendekatan inovasi P&P terpilih melalui Bengkel

13

JK

AS

Lawatan Pelajar JKAS ke Duta-Ulu Kelang Expressway Fasa 2 (DUKE2)