1konsep pendekatan

Upload: william-howell

Post on 14-Jan-2016

258 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

a

TRANSCRIPT

PRAKATA

Dengan lafaz bismillahirahmannirahim

Assalamualaikum w.r.t dan salam 1 Malaysia saya ucapkan. Terlebih dahulu saya ingin bersyukur kehadrat Ilahi atas limpah dan kurniaNya penulisan ini dapat direalisasikan dan akhirnya saya dapat menyiapkan tugasan kursus yang diamanahkan oleh pensyarah saya, En Ahmad Ramli Bin Sanusi agar memberi penilaian ke atas saya dalam subjek Pengajian Kemahiran Bahasa.

Sebelum berbicara dengan lebih lanjut lagi, ingin saya merakamkan jutaan terima kasih kepada keluarga di atas sokongan dan dorongan yang tidak berbelah bahagi kepada saya selama ini bagi meneruskan projek ini, sekali gus menyempurnakan tugasan yang amat bermanfaat ini. Selain itu, jutaan terima kasih juga saya tujukan kepada pensyarah subjek BMM 3104 iaitu En Ahmad Ramli Bin Sanusi kerana telah memberikan tugasan menarik lagi mencabar kepada saya .Selain daripada menyempurnakan tugasan yang diberi, saya juga dapat meluaskan ilmu pengetahuan dan memantapkan ilmu yang berkaitan dengan Pengajaran Kemahiran Bahasa Melayu Sekolah Rendah. Tidak dilupakan, rakan-rakan seperjuangan kerana telah bekerjasama serta bertukar-tukar pendapat serta idea dengan saya dan rakan sekuliah yang lain. Tanpa bantuan dan dorongan dari kalian yang turut menjadi tulang belakang kepada saya dalam memberi sokongan dan motivasi kepada saya agar tidak mudah berputus asa dan sentiasa berusaha bersungguh-sungguh pasti tugasan ini tidak dapat disempurnakan dalam waktu yang ditetapkan.Setiap tugasan pasti ada cabaran dan dugaan yang menanti.Begitu juga dengan tugasan ini,sepanjang saya menyiapkan projek ini,terdapat pelbagai dugaan dan cabaran yang perlu saya tempuhi sedikit kesukaran bagi mendapatkan maklumat yang bertepatan dengan tajuk yang diberikan.Namun, dengan adanya kerjasama antara rakan sekuliah yang lain yang turut membantu dalam pencarian maklumat bagi tajuk yang diberikan dan keizinan daripada Ilahi, masalah ini dapat diatasi. Selain itu, saya juga menghadapi cabaran yang agak getir apabila beberapa Sebagai konklusi, pelbagai pengalaman dan input menarik yang dapat saya kutip daripada pelaksanaan projek ini seperti semangat kerjasama dalam satu rakan kuliah ,menyiapkan tugasan dalam waktu yang ditetapkan, tolong menolong antara satu sama lain.Akhir kata,saya amat berharap agar projek ini dapat diteruskan serta memberi seribu satu pengalaman dan manfaat kepada dan rakan sekuliah yang lain. Sekian terima kasih.

1.PENDAHULUANKemahiran-kemahiran Bahasa

RAJAH 1: KEMAHIRAN-KEMAHIRAN BAHASA

Jadual di atas menunjukkan jenis-jenis kemahiran bahasa. Kemahiranbahasa terdiri daripada beberapa jenis kemahiran lain iaitu kemahiran lisan, kemahiran membaca dan kemahiran menulis. Ketiga-tiga kemahiran ini adalah sangat penting di dalam proses Pengajaran dan Pembelajaran(P&P) Bahasa Melayu sekolah rendah di mana ia merupakan tempat terawal bagi kanak-kanak untuk menguasai kemahiran-kemahiran ini.

Definisi Kemahiran MendengarKemahiran mendengar ialah keupayaan murid mendengar dengan teliti, memahami perkara yang didengar dalam pelbagai situasi serta dapat memberi maklum balas.(Sukatan Pelajaran Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah Bahasa melayu 2003)

Definisi Kemahiran BertuturKemahiran Bertutur merupakan keupayaan murid berbual untuk menjalin hubungan dan menyampaikan maklumat, pendapat, perasaan, serta idea yang kritis dan kreatif dengan sebutan dan intonasi yang betul secara sopan. Penekanan diberi kepada penggunaan pengucapan yang menggunakan tatabahasa yang sesuai. (Sukatan Pelajaran Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah Bahasa melayu 2003)

Definisi Kemahiran MembacaKemahiran Membaca merupakan keupayaan murid membaca ayat dengan lancar serta sebutan, intonasi, dan jeda yang betul. Penekanan perlu diberi kepada aspek pemahaman dan penaakulan pelbagai bahan secara kritis dengan menggunakan pelbagai teknik membaca. (Sukatan Pelajaran Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah Bahasa melayu 2003)

Definisi Kemahiran MenulisKemahiran Menulis merupakan keupayaan murid menulis perkataan dan ayat dan mengeluarkan idea melalui pelbagai jenis penulisan yang berkaitan dengan ilmu pengetahuan dan pengalaman peribadi yang telah dilalui dengan menggunakan ayat yang gramatis, tanda baca dan ejaan yang betul, serta tulisan yang jelas, cantik, dan kemas. Murid juga digalakkan menggunakan kreativiti mereka untuk menghasilkan penulisan bahan berunsur pengetahuan dan penulisan imaginatif. (Sukatan Pelajaran Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah Bahasa melayu 2003

2KONSEP PENDEKATAN ,KAEDAH, STRATEGI DAN TEKNIK PENGAJARAN BAHASA

2.1.Pendekatan Pengajaran Bahasa ) Pendekatan Pengajaran Kemahiran Bertutur2.1. Pendekatan Pengajaran Kemahiran Mendengar dan Bertutur2.1.1Pendekatan Situasi Berlandaskan teori behaviouris dan struktural Murid perlu menguasai kemahiran asas ; membuat tanggapan, membunyikan perkataan dan aspek struktur bahasa

2.1.1.1 Prinsip Pendekatan Situasi Guru perlu memberi peneguhan Perlu memandu menggunakan alat-alat pertuturan dengan betul Dilatih bertutur dengan menggunakan unsur-unsur bahasa yang digunakan oleh masyarakat Kem. Bertutur mesti diajar di peringkat awal pengajaran Perlu ada latih tubi

2.1.2 Pendekatan KomunikatifMurid boleh menggunakan unsur-unsur bahasa yang terkandung dalam kemahiran bertutur tersebut serta kecekapan komunikasi dalam sesuatu interaksi bahasa.

2.1.2.1 Prinsip Pendekatan Komunikatif Murid menguasai kecekapan berbahasa dan tahu menggunakannya dalam konteks penggunaan bahasa sebenar Guru perlu mendorong murid berinteraksi dengan rakan-rakan mereka Murid dan guru perlu ada hubungan positif Apa yang dibincangkan mesti di bawah pengetahuan dan pengalaman murid Perlu menggunakan situasi formal dan tidak formal2.3. Pendekatan Pengajaran Kemahiran MembacaTerdapat beberapa strategi atau pendekatan yang boleh digunakan bagi kemahiran membaca seterusnya menguasai kemahiran berbahasa.

2.3.1Pendekatan Pengalaman Berbahasa (LEA)Pendekatan pengalaman berbahasa (LEA) adalah berasaskan prinsip bahawa kemahiran membaca tidak boleh dipecah-pecahkan daripada kemahiran berbahasa yang lain seperti kemahiran mendengar, bertutur dan menulis. Sehubungan dengan itu, pendekatan ini menekankan konsep dan struktur bahasa yang bermakna, yang boleh dituturkan dan dituliskan.Pada masa yang sama, pendekatan ini akan mengeksploitasi pengalaman bahasa yang bermakna supaya pelajar boleh menelaah atau mengagak makna perkataan dan ayat yang dibaca. Oleh itu, pendekatan ini amatsesuai untuk pengajaran membaca untuk kefahaman.

2.3.2Pendekatan Komunikatif dan SkemataPendekatan berasaskan prinsip bahawa bahasa ialah alat komunikasi yang penting. Justeru bahasa perlu diajarkan dalam bentuk fungsinya untuk berkomunikasi. Aspek makna dan kosa kata mempunyai kaitan dengan situasi komunikasi serta bersesuaian dengan aturan sosiobudaya bahasa berkenaan perlu diberikan penekanan. Pendekatan ini mencadangkan pengajaran kemahiran membaca dalam konteks situasi komunikasi sebenar. Aktiviti simulasi dan main peranan sangat sesuai untuk membolehkan pelajar membaca dalam keadaan komunikasi sebenar.Pendekatan Skemata ialah pengajaran kemahiran membaca yang menekankan skemata untuk memudahkan pelajar menekankan makna sesuatu perkataan atau ayat. Pembentukan skema bergantung kepada pengetahuan sedia ada pelajar. Semakin luas pengetahuan sedia ada pelajar, semakin banyaklah schemata yang boleh membantunya memahami sesuatu perkataan, ayat dan seterusnya sebuah wacana.

2.3.3 Pendekatan Cerakinan, Binaan dan Eklektik Pendekatan cerakinan berasaskan proses analisis bahagian yang besar atau luas kepada kumpulan-kumpulan kecil. Dalam konteks bacaan, proses untuk memahami sebuah wacana yang panjang boleh dicerakinkan secara perenggan demi perenggan. Sesebuah perenggan pula boleh dicerakinkan lagi kepada kumpulan ayat-ayat dan seterusnya boleh pula dicerakinkan kepada perkataan demi perkataan. Dalam pengajaran membaca permulaan, pendekatan ini memfokuskan pembacaan ayat yang dicerakinkan mengikut frasa, kata dan abjad atau fonem. Pendekatan binaan adalah bertentangan dengan pendekatan cerakinan. Jika pendekatan cerakinan melihat proses pemahaman itu daripada perspektif yang luas kepada yang kecil, pendekatan binaan melihat daripada yang kecil kepada bentuk yang lebih luas. Tegasnya pemahaman terhadap sesebuah wacana bermula dengan penganalisisan perkataan- perkataan, ayat, perenggan, dan seterusnya wacana. Dalam pengajaran bacaan permulaan, pendekatan binaan memfokuskan sebutan abjad terlebih dahulu, diikuti pemahaman atau sebutan perkataan, dan akhiri dengan membaca dan memahamkan ayat. Pendekatan eklektik ialah pendekatan pengajaran yang menggabungkan pendekatan binaan dengan pendekatan cerakinan. Pendekatan ini akan mengeksploitasi kaedah-kaedah pengajaran terbaik daripada kedua-dua pendekatan tersebut.

2.4. Pendekatan Pengajaran Kemahiran Menulis

Pendekatan pengajaran Penulisan RaimesPelbagai pendekatan, kaedah, dan teknik dapat digunakan dalam pengajaran aspek-aspek bahasa. Tidak ada satu pendekatan, kaedah dan teknik yang paling sesuai digunakan di dalam bilik darjah, melainkan masing-masing perlu disesuaikan dengan topik penulisan yang hendak diajar. Ini bergantung kepada kebijaksanaan guru kerana yang penting ialah pelajar dapat turut serta dan aktif dalam aktiviti-aktiviti yang dilaksanakan di dalam bilik darjah. Pengajaran dan pembelajaran mestilah berpusatkan pelajar. Pelajar perlu berperanan sepenuhnya dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Guru hendaklah bertindak sebagai pemudah cara dalam membantu pelajar mendapatkan maklumat yang berkaitan dengan tajuk yang akan diajar. Menurut Raimes, terdapat empat pendekatan yang boleh digunakan untuk pengajaran penulisan wacana. Pendekatan-pendekatan tersebut ialah pendekatan terkawal, pendekatan bebas, pendekatan pola perenggan dan pendekatan komunikatif. ( dalam Juriah Long dan rakan-rakan, 1990:214).2.4.1 Pendekatan terkawal. Melalui pendekatan ini, guru dapat memandu dan mengawal pelajar daripada melakukan kesalahan. Pada peringkat awal, guru mengawal secara menyeluruh. Namun begitu, pelajar masih diberikan kebebasan untuk memilih perbendaharaan kata atau struktur ayat mereka sendiri. Melalui pendekatan ini, murid-murid dielakkan daripada menlakukan kesalahan..2.4.2 Pendekatan bebasPendekatan ini memberi kebebasan kepada pelajar untuk menyuarakan pendapat mereka tentang sesuatu topik penulisan. Walau bagaimanapun, pendekatan ini hanya sesuai digunakan bagi pelajar yang sudah dapat menguasai bahasa dengan baik.

2.4.3 Pendekatan KomunikatifDell Hymes yang merupakan pengasas pendekatan ini antara lain menyatakan bahawa kecekapan komunikatif merupakan penguasaan bahasa secara naluri yang dimiliki oleh seseorang pelajar, iaitu keupayaan pelajar mengguna dan memahami bahasa secara wajar dalam proses berkomunikasi dan berinteraksi dengan individu lain dan jalinannya dengan konteks sosial.Pendekatan ini menegaskan tentang seseorang yang sudah mempunyai pengetahuan tentang struktur bahasa dan kebolehan membina ayat-ayat yang gramatis. Ini tidak bermakna dia sudah dapat berkomunikasi dengan baik dan berkesan memandangkan kecekapan berbahasa dan berkomunikasi itu juga menitikberatkan unsur-unsur lain yang boleh mempengaruhinya, seperti aspek-aspek sosiolinguistik dan psikolinguistik.

2.4.4 Pendekatan pola-perenggan.Pendekatan ini mengutamakan ciri-ciri pembentukan perenggan yang baik. Ini dapat melatih pelajar supaya berkeupayaan untuk memberikan pendapat dalam perenggan dengan kemas dan teratur. Selain itu,pendekatan ini juga dapat membantu pelajar mengetahui cara-cara meringkaskan penulisan dengan baik. Pendekatan ini sesuai digunakan untuk murid yang sudah dapat menguasai kemahiran bahasa. Antara latihan yang dapat diaplikasikan seperti latihan mengkaji contoh-contoh perenggan yang baik, menyusun ayat-ayat yang disediakan guru dalam satu perenggan yang kemas, pelajar mengenal pasti, memilih dan meninggalkan isi-isi untuk dimasukkan dalam satu perenggan dan pelajar mencari isi penting dan isi bantu dalam sesuatu perenggan

2.2Kaedah Pengajaran Bahasa2.2.1Kaedah Pengajaran Kemahiran Bertutur2.2.1.1. Keedah Terus murid belajar bertutur dengan cara mendengar, meniru dan mengulangi perlakuan yang dilihat dan didengarnya. Akhirnya mereka dapat membentuk kelaziman dalam berbahasa.

Ciri-ciri Kaedah Terus; Murid digalakkan memahami perkataan dan frasa Jika murid tidak faham, guru perlu menggunakan ABM Aspek tatabahasa- diajar melalui tunjuk cara Murid perlu membuat kesimpulan

2.2.1.2 Kaedah Fonetik atau Kaedah Linguistik Kaedah fonetik ini serupa dengan kaedah terus kerana mementingkan penggunaan bahasa dalam konteksnya.

2.2.1.3. Kaedah Audio-Lingua : Menggunakan pelbagai alat rakaman Kanak-kanak perlu meniru dan menghafaz

2.2.1.4. Kaedah Komunikatif Kanak-kanak menguasai bahasa melalui proses kognitif Mementingkan penguasaan kecekapan bahasa

2.2.2Kaedah Pengajaran Kemahiran Membaca Dalam pengajaran kemahiran berbahasa pelajar khususnya kemahiran membaca, terdapat tiga jenis kaedah pengajaran yang digunakan oleh guru-guru untuk mengajar di peringkat awal atau peringkat permulaan 2.2.2.1Kaedah Mengeja atau AbjadKaedah Abjad dianggap sebagai kaedah mengetahui nama-nama huruf yang digunakan bagi tulisan Melayu: a, b, c..sampai z. Murid-murid diajar menghafal nama-nama huruf ini mengikut aturannya a, b, c, d .z.kadang-kala ada nyanyian dengan menggunakan huruf-huruf ini sebagai lirik.Kemudian selepas beberapa minggu barulah dibunyikan huruf-huruf vokal: a, e, i, o, u. Selepas itu baru dibina suku kata-suku kata ba-tu ,ka-ki dan sebagainya, dan diikuti pula dengan mengeja perkataan.Kemudian diberi latihan membaca ayat-ayat pendek.Kaedah Abjad seumpama ini nyatalah menegaskan hafalan-hafalan yang agak kurang bermakna bagi kanak-kanak. Pengajaran yang dimulakan dengan membaca dengan menegaskan pengenalan dan hafalan nama-nama huruf sebenarnya menegaskan sesuatu yang membosankan murid-murid dan saya kira mengambil masa yang agak panjang sebelum murid-murid itu dapat merasa gembira atau puas dari kebolehan membaca sendiri.

2.2.2.2Kaedah Fonik ( Suku Kata )Pada dasarnya kaedah ini adalah untuk mengajar murid-muridmelihat hubungan di antara simbol ( huruf ) dan bunyi supayakemudian mereka dapat membaca ( membunyikan ) sendiri perkataan- perkataan baru yang mereka hadapi. Murid-murid tidak diajar nama-nama huruf, tetapi diajar bunyi- bunyi huruf. Ertinya lambang huruf terus dikaitkan dengan bunyinya.Misalnya a dibunyikan aa, t tah , s ss, u uu, z zz , dan sebagainya, setelah mereka tahu hubungan tiap-tiap huruf dengan bunyinya, suku kata pula dibina. Misalnya : ba, da, tu, ka,lu, ini dan sebagainya. Kemudian baru digabungkan suku kata-sukukata ini menjadi perkataan-perkataan dada, batu, kata, lalu dan sebagainya. Seterusnya murid-murid diberi latihan membaca ayat-ayat yang menggunakan perkataan-perkataan ini.Oleh kerana sistem ejaan Bahasa Melayu kita adalah fonemik (iaitu ada hubungan yang agak teratur di antara huruf dan bunyinya)dan oleh kerana suku kata kebanyakan perkataan Melayu agak jelas,maka kaedah fonik ini sesuai sekali digunakan untuk mengajar permulaan membaca. Kaedah ini adalah munasabah dan mungkin lebih berkesan dibandingkan dengan kaedah abjad dan kaedah seluruh perkataanKelemahannya ialah kaedah ini masih memerlukan murid-murid menghafalkan bunyi huruf yang kurang bermakna pada permulaan.Lazimnya masa agak panjang diambil untuk mereka mengenal bunyi semua huruf dan suku kata sebelum mereka membaca perkataan- perkataan dan ayat-ayat yang bermakna.

2.2.2.3Kaedah Pandang dan SebutKaedah Pandang dan Sebut ( Kaedah seluruh perkataan ) ini boleh dianggap sebagai reaksi kepada kelemahan-kelemahan yang terdapat pada kaedah abjad. Kaedah seluruh perkataan ini lebih bermakna dari nama tiap-tiap huruf itu. Misalnya batu, rumah,sekolah, budak, pokok, meja, pensel dan sebagainya. Perkataan- perkataan yang ditulis penuh adalah difikirkan lebih bermakna dari pecahan tiap-tiap hurufnya. Kaedah seluruh perkataan ( atau pandang dan sebut) ini dijadikan asas untuk mengajar murid-murid mula membaca.Kerap kali ditunjukkan seluruh perkataan-perkataan seiring dengan gambar-gambar yang dilambangnya. Perkataan rumah ditulis di tepi atau di bawah gambar rumah, perkataan pensel di tepi gambar pensel dan sebagainya. Kadangkala digunakan kad-kad imbasan yang menunjukkan gambar dan perkataan.Dalam kaedah Pandang dan Sebut ini murid-murid cubamengenal keseluruhan lambang-lambang itu untuk boleh membaca. Mereka harus mengenal beberapa puluh lambang perkataan sebelum boleh membaca ayat-ayat. Kemudian baru diajar mengeja tiap-tiap perkataan, dan mengenal nama huruf-huruf. Oleh kerana sistem ejaan Bahasa Melayu adalah lebih bersifat fonemik daripada sistem ejaan Bahasa Inggeris ( satu huruf boleh melambangkan satu bunyi maka didapati kaedah Pandang dan Sebut ini tidak begitu praktikal digunakan di peringkat permulaan mengajar membaca. Kaedah ini akan menyukarkan dan melambatkan lagi proses memperoleh kemahiran membaca pada peringkat awal.2.2.2.4Kaedah Campuran ( Eklektik )

Kaedah ini adalah kaedah campuran, campuran kaedah pandang sebut dan kaedah suku kata. Mengikut kesesuaian murid, situasi bilik darjah dan bahan bacaan yang digunakan. Ada yang berpendapat kaedah eklektik amat praktikal untuk mengajar membaca bagi kanak-kanak. Jika dikaji secara terperinci, agak ramai guru yang mengajar secara kurang sistematik. Oleh itu kaedah ini menjadi kaedah cacamurba , kerana asas-asas gabungan itu kurang jelas diperhatikan.Apa yang harus difikirkan bersama adalah mencipta satu kaedah mengajar eklektif yang sesuai untuk mengajar membaca Bahasa Melayu yang mengambil kira dari segi sifat-sifat sistem ejaan Bahasa Melayu, struktur suku katanya dan tatabahasanya dan dari segi situasi pembelajaran murid-murid. Kaedah ini juga haruslah sistematik. Masalah pertama yang dihadapi oleh guru-guru dan murid-murid dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu khususnya di dalam kemahiran membaca ialah berhubung dengan ejaan yang tidak sama dengan sebutan. Hal ini bertambah serius apabila murid-murid berhadapan dengan ejaan-ejaan yang diperoleh daripada buku-buku teks, akhbar-akhbar, majalah-majalah, papan tanda, dan iklan-iklan di luar sekolah.Kebanyakan daripada ejaan tersebut masih lagi menggunakan ejaan lama

2.3.Strategi Pengajaran BahasaMenurut Kamus Dewan (1998), strategi merupakan rancangan yang teratur untuk mencapai matlamat atau kejayaan. Strategi juga boleh diibaratkan sebagai suatu susunan pendekatan pendekatan dan kaedah-kaedah untuk mencapai sesuatu matlamat dengan menggunakan tenaga, masa serta kemudahan secara optimum.Sebenarnya strategi meliputi kempat-empat aspek seperti kaedah, pendekatan, teknik dan aktiviti.Namun begitu, terdapat empat jenis strategi dalam pengajaran dan pembelajaran seperti yang dinyatakan oleh Mok Song Sang (2002):

i) Pemusatan Guruii) Pemusatan Muridiii) Berasaskan Bahaniv) Berasaskan Tugasan/aktiviti

Kepentingan Strategi:Berdasarkan kepada jenis strategi pengajaran dan pembelajaran maka kepentingan strategi dapat dikenalpasti iaitu ia membantu guru dalam merancang kaedah dan teknik dalam pengajaran dan pembelajaran berdasarkan obejektif-objektif pelajaran yang telah ditentukan. Rancangan pengajaran itu sangat penting bagi seorang guru kerana ia akan menentukan pencapaian optimum seorang murid di dalam kelas iaitu dengan melihat respon yang diberikan semasa sesi pengajaran. Selain itu, strategi juga penting dalam menyusun kaedah dan teknik mengajar secara sistematik dengan mengikut prinsip dan teori pembelajaran. Apabila ada strategi, seorang guru itu dapat melaksanakan sesi pengajaran dan pembelajaran dengan lancar tanpa ada sebarang masalah kerana dia sudah membuat persediaan awal dengan mengatur langkah-langkah pengajaran dengan sebaiknya.

2.4.Teknik Pengajaran Bahasa

2.4.1 Kemahiran Mendengar dan BertuturSeseorang guru boleh menggabungkan beberapa teknik pengajaran sesuai sebagai strategi pengajaran kemahiran bahasa yang dipercayainya paling berkesan.

Latih Tubi Bercerita Bersoal jawab Perbualan / Dialog / Wawancara Perbincangan Berbahas / debat Main Peranan dan Simulasi Sumbang Saran Drama atau lakonan Melapor Berita Permainan Bahasa Pengajaran Puisi Penyelesaian Masalah Tunjuk Cara

2.4.2Kemahiran Membaca Teknik bacaan merupakan salah satu perkara yang penting yang perlu diketahui oleh guru bagi mencapaiobjektif pembelajaran. Teknik-teknik ini dapat membantu guru bagi merancang aktiviti supaya dapat merangsang proses pembelajaran murid-murid disamping menguji sejauh mana tahap pengetahuan dan pemahaman mereka dengan pemerolehan yang mereka dapat.Berikut adalah beberapa teknik bacaan yang boleh diaplikasikan sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran. Berikut adalah beberapa teknik bacaan yang boleh diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas.2.4.2.1Teknik SQ3RTeknik SQ3R merupakan salah satu teknik yang diambil daripada perkataan Bahasa Inggeris iaitu; S= survey (imbas, tinjau), Q=question (bertanyakan soalan-soalan untuk melengkapkan maklumat), R=read (baca semula teks), R=recite (sebut semula bertujuan untuk ingat kembali), dan R=review (semak semula). Tujuan teknik ini adalah untuk menyaring maklumat secara lebih berkesan daripada sekadar membaca dan memahami,memberikan kesedaran untuk membuat rujukan serta menggalakkan murid membuat rujukan dengan betul. Antara aktiviti yang boleh dijalankan dengan menggunakan teknik ini adalah penerangan, perbincangan dan perbengkelan.

2.4.2.2Teknik KWLHKWLH adalah singkatan bagi yang berikut;K (know) Apa yang telah diketahui (sebelum membaca)W (want) Apa yang hendak diketahui (sebelum membaca)L (learned) Apa yang telah diketahui (selepas membaca)H (how) Bagaimana untuk mendapat maklumat tambahan yang berkaitan (untuk membaca seterusnya)Apa yang jelas dari penerangan tersebut ialah suatu teknik membaca kritis di mana pembaca;mengingat dahulu apa yang telah diketahuimembayang atau menentukan apa yang ingin diketahuimelakukan pembacaan (bahan yang telah dipilih)mengetahui apa yang telah diperoleh dari pembacaan yang baru dilakukanmenentukan apa lagi yang perlu diperoleh (sekiranya perlu membuat pembacaan seterusnya)Teknik pembacaan akan membolehkan pelajarmengaitkan pengetahuan yang sedia ada dengan apa yang dibaca menentukan apa yang telah diperoleh dari pembacaannya, dan menentukan apakah lagi bahan yang perlu dibaca sekiranya ingin mendapat maklumat tambahanDalam konteks pengajaran, pelajar dibiasakan menggunakan borang seperti yang di bawah sekiranya dikehendaki menggunakan teknik KWLH.Know (K) Apa yang sudah diketahui?Want (W)Apa yang hendak diketahui?Learned (L) Apa yang telah dipelajari/diperoleh?How (H) Apa lagi maklumat tambahan diperlukan?

2.4.2.3Teknik 5W1HTujuan teknik ini digunakan adalah untuk menyediakan soalan kefahaman yang mudah difahami, melatih murid-muris menjawab soalan dengan tepat, dan memberi motivasi kepada murid-murid yang lemah. Teknik ini merupakan salah satu teknik yang diambil daripada perkataan Bahasa Inggeris iaitu; W= what (apa), W= when (bila), W= who (siapa), W= where(mana), W= why (kenapa), H= how (bila).

2.4.2.4Teknik DRTADRTA ( Direct Reading Think Activity ) bermaksud mempelbagaikan aktiviti dalam kemahiran membaca. Tujuan dalam DRTA adalah untuk memperkembangkan aktiviti membaca. Selain itu, DRTA merupakan salah satu cara untuk memotivasi dan mempengaruhi murid-murid agar lebih tertarik untuk membaca sekaligus memahami apa yang dibaca dengan baik. Antara aktiviti yang boleh dilakukan dalam menggunakan teknik ini ialah seperti teater pembaca, teater bercerita, bersajak dan sebagainya.

2.4.2.5Teknik QARTeknik QAR (Question-Answer Relationships) merupakan cara untuk membantu pelajar mencari jawapan berkaitan dengan jenis soalan yang diminta, serta mendorong mereka untuk menjadi kreatif dan bijak dalam mencari dan memahami jawapan berdasarkan soalan yang diberi.Pengajaran QAR dapat membantu mereka memahami idea teras: dimana apabila diberi sebuah pertanyaan, mereka dapat menjawab dengan tepat berdasar teks atau petikan yang telah diberi.

2.4.2.6Teknik Bacaan PantasMembaca pantas adalah satu bentuk kegiatan membaca yang dilakukan dengan kadar kelajuan tertentu dan tujuaannya menjimatkan masa.Membaca pantas ini terbahagi kepada dua jenis iaitu skimming dan scanning. Berdasarkan penyataan di atas, kita perlu mengetahui bahawa2.4.2.6.1skimmingadalah membaca secara pantas sesuatu bahan dengan tujuan memahami idea utama atau tema bahan bacaan berkenaan. Dalam kata lain,membaca bertujuan mendapatkan gambaran keseluruhan tentang sesuatubahan yang dibaca. Manakala,

2.4.2.6.2scanningPembacaan cepat untuk mendapatkan maklumat yang khusus dan bukan untk mendapat gambaran keseluruhan sesuatu bahan bacaan itu. Pembacaan ini boleh melangkau bahagian-bahagian yang kurang penting. Oleh yang demikian,pembacaan cara ini lebih pantas daripada skimming.

2.4.2.7Teknik Bacaan Intensif Bacaan jenis ini dilakukan untuk bacaan yang dilakukan secara teliti. Ia melibatkan pembacaan yang menelaah isi dan bahasa. Telaah isi melibatkan membaca untuk memahami, membaca kritis dan membaca idea. Manakala telaah bahasa pula menumpukan kepada aspek yang menyangkut tentang bahasa. Konsep pengajaran yang digunakan biasanya dilakukan dengan cara membaca dengan pimpinan guru, mendapat penerangan daripada guru dan berbagai lagi konsep pengajaran yang boleh digunakan. Antara tujuan bacaan jenis ini adalah agar membolehkan pelajar membaca dengan baik,betul dari segi sebutan, intonasi, lancar dan tahu meggunakan tanda bacaan dengan baik.2.4.2.8 Teknik Bacaan Ekstensif Bacaan ekstensif kebiasaannya digunakan untuk membaca secara luas dengan membaca teks dalam waktu yang singkat serta dapat memahami isi secara tepat. Selain itu, teknik ini melibatkan membaca tinjauan untuk meneliti indeks, bacaan secara sekilas untuk mendapatkan maklumat umum,menemukan hal-hal dan sebagainya. Kebiasaannya cara ini dilakukan oleh pelajar secara sendiri di luar waktu kelas dan tanpa bimbingan guru. Antara tujuan bacaan ini adalah agar pelajar dapat membaca secara sendiri dan agar pelajar dapat membaca dengan fasih. Guru perlu memberi galakan kepada pelajar agar dapat membaca sebanyak mungkin bahan yang diminati

2.4.3Kemahiran Menulis

Dalam konteks pengajaran & pembelajaran, pendekatan & teknik ialah strategi yang digunakan oleh guru untuk mencapai matlamat dan tujuan yang dirancangan dalam objektif pengajaran. Dalam hal ini,guru seharusnya menyedari apakah pendekatan yang sesuai, dan dapat pula memilih teknik yang terbaik, yang sesuai dengan objektif pengajaran dan pelajar sasaran.Dalam pengajaran kemahiran penulisan, teknik-teknik yang dihuraikan berikut sesuai digunakan di sekolah. Peta Minda, Penyoalan, dan Pendekatan Proses Peta Minda, dan Penyoalan ialah teknik yang boleh digunakan untuk mempertingkat kemahiran menulis.Kedua-dua teknik ini boleh dipasangkan dengan pendekatan proses; iaitu suatu pendekatan yang berasaskan proses penulisan itu sendiri.

Teknik Peta MindaDigunakan untuk memandu pelajar kearah penghasilan isi yang bernas dan tersusun dalam penulisan.Dalam teknikini,guru akan menyenaraikan isi-isi serta huraian yang dihasilkan melalui perbincangan dengan pelajar,dalam bentuk Peta Minda di papan tulis. Penggunaan Peta Minda ini akan memudahkan pelajar melihat kesinambungan isi-isi, dan perkara-perkara yang berkaitan dengan sesuatu tajuk.

(b)PenyoalanTeknik penyoalan boleh digunakan untuk mencungkil idea dalam penulisan karangan. Dalam teknik ini guru akan menyediakan soalan-soalan yang berkaitan dengan isu atau perkara yang akan ditulis. Penyoalan yang melibatkan apa, bila mengapa dan bagaimana boleh digunakan untuk menggalakkan pelajar befikir kearah isi-isi penulisan.

(c) Pendekatan ProsesPendekatan proses berasaskan andaian bahawa sesuatu penulisan yang baik itu bermula daripada proses bagaimana tulisan itu dihasilkan. Oleh itu pendekatan ini menekankan ketepatan bahasa dan format tulisan dengan cara menulis dalam bentuk draf terlebih dahulu. Draf ini akan disemak, dikritik, dan diulas, yang kemudiannya akan ditulis semula. Semakan terhadap tulisan atau draf akan berlaku secara berterusan sekiranya masih terdapat kesalahan tatabahasa, format,atau maklumat dalam draf tersebut.Pendekatan ini memang memakan masa yang panjang untuk seseorang itu menyiapkan sesuatu penulisan,dan ini memberikan peluang yang banyak kepada pelajar runtuk mempelajari setiap aspek penulisan tersebut.

3Aktiviti-aktiviti Pengajaran Kemahiran Bahasa

3.1Aktiviti Pengajaran Kemahiran Mendengar dan BertuturPengajaran dan pembelajaran kemahiran bertutur membolehkan pelajar menguasai kemahiran bercakap dengan tenang,dalam gaya (nada, intonasi dan tekanan) yang betul, lancar danfasih mengikut situasi dan keperluan.ii.Jenis Pertuturan

a.Pertuturan SehalaTahukah anda apa yang dimaksudkan dengan pertuturan sehala?Pertuturan sehala bolehlah ditakrifkan sebagai penyampaian mesej yang tidak menerima sebarang maklum balas secara spontan.Pengirim menyampaikan mesej manakala penerima tidak memberi sebarang maklum balas sesuai secara spontan. Ciri-ciriPenyampai aktifPenerima pasif- Tiada maklum balas spontanBahasa jelas dan sesuaiKeberkesanan komunikasi bergantung kepada penyampaiKhalayak besarJenis-jenis AktivitiTaklimatPengumumanPengucapan AwamMemberi arahan/panduanPengacaraan Majlis

b.Pertuturan Dua Hala Pertuturan dua hala pula boleh berlaku dalam pelbagai situasi. Apa yang terjadi ialah satu pihak menyampaikan maklumat dan satu pihak lagi menerima dan memberi respons kepada pihak penyampai tadi. Komunikasi ini berlaku secara spontan dalam satu masa dan di tempat yang serupa. Ciri-cirinya ialah penyampai dan penerima saling berinteraksi, penyampai dan penerima saling bersemuka, dan ada maklum balas spontan. Jenis-jenis aktiviti dua hala ialah;DialogForumWawancara / temu bual PerbincanganPerbahasanMesyuarat

iii.Peringkat Peringkat Kemahiran BertuturUntuk mencapai objektif pengajaran bertutur iaitu bertutur dengan fasih dan dapat mengeluarkan buah fikiran dengan menggunakan bahasa yang tepat dan sesuai dalam pelbagai situasi perhubungan di sekolah dan dalam masyarakat, maka sudah tentulah kemahiran bertutur itu perlu dikuasai secara berperingkat-peringkat. Dengan itu, mari kita lihat peringkat-peringkat kemahiran bertutur iaitu peringkat pertuturan rendah dan peringkat pertuturan tinggi.

a.Peringkat Rendah Pertuturan tentang hal-hal yang berlaku di sekitar diri dan pengalaman murid seperti;Berbual tentang perkara yang berkaitan dengan kehidupan harian dengan menggunakan kata, sebutan dan intonasi, serta nada yang sesuai.Bersoal jawab secara bertatasusila tentang sesuatu perkara dengan menggunakan pelbagai soalan.Menyatakan perasaan secara terus terang dan beradab tentang sesuatu perkara.

b.Peringkat TinggiPertuturan untuk membuat analisis atau inferens, ramalan, pandangan, dan justifikasi seperti;Mengemukakan pendapat/cadangan yang bernas dalam perbincangan.Berunding secara santun untuk mendapatkan persetujuan dan kata sepakat.Membuat pertimbangan untuk mencapai keputusan.Menyampaikan maklumat untuk tujuan tertentuMemberi respons peribadi tentang karya sasteraMemberi respons peribadi tentang karya sastera

3.2Aktiviti Pengajaran Kemahiran Membaca

3.3Aktiviti Pengajaran Kemahiran MenulisKemahiran menulis merupakan keupayaan murid menulis perkataan dan ayat dan mengeluarkan idea melalui pelbagai jenis penulisan yang berkaitan dengan ilmu pengetahuan dan pengalaman peribadi yang telah dilalui dengan menggunakan ayat yang gramatis, tanda baca dan ejaan yang betul, serta tulisan yang jelas, cantik dan kemas. Murid juga digalakkan menggunakan kreativiti mereka untuk menghasilkan penulisan imaginatif. Peringkat-peringkat kemahiran menulis terdiri daripada:

3.3.1Peringkat PramenulisMurid disediakan dengan aktiviti menulis sebelum mereka dapat menulis huruf dengan kemas dan betul. Latihan otot tangan dan jari serta koordinasi tangan dan mata diberikan kepada murid. Berikut ialah contoh aktiviti pramenulis:

(i) Menulis dari kiri ke kanan.(ii) Latihan mewarnakan dari kiri ke kanan.(iii) Latihan membentuk bulatan di udara, di atas meja, pasir, lantai tanpa menggunakan alat tulis.(iv) Menyambung titik.(v) Latihan membentuk corak campuran bulatan dan garisan lurus yang dilakukan secara bebas.(vi) Latihan membentuk garisan lurus.(vii) Latihan melukis gambar yang mengandungi garis lurus dan bulat.(viii) Membuat pelbagai jenis garisan atau bentuk.(ix) Melukis gambar.

3.3.2Peringkat MekanisSelepas murid-murid melalui peringkat pramenulis, mereka akan melangkah ke peringkat mekanis. Pada peringkat ini, murid-murid diajar menguasai kemahiran membentuk huruf-huruf besar dan kecil dalam abjad. Seterusnya menguasai kemahiran menulis huruf, suku kata, perkataan dan ayat.Untuk membolehkan murid-murid menguasai kemahiran ini, anda boleh menjalankan aktiviti-aktiviti yang berikut:

(i) Latihan menulis bentuk-bentuk yang mirip kepada huruf mengikut teknik menulis.(ii) Latihan menulis huruf berdasarkan gambar-gambar yang mirip kepada bentuk-bentuk huruf tertentu.(iii) Latihan menekap huruf mengikut acuan huruf yang diperbuat daripada kad yang berlubang.(iv) Latihan menekap huruf atau perkataan yang ditulis dalam bentuk garis putus-putus.(v) Latihan menulis huruf dalam suku kata.(vi)Latihan melengkapkan huruf pada perkataan bergambar.(vii) Latihan menamakan gambar-gambar.(viii) Latihan menyalin frasa atau ayat.(ix) Latihan menyalin ayat daripada buku. 3.3.3Peringkat PelahiranPada peringkat ini murid-murid sudah menguasai pelbagai kemahiran seperti kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan mengeja. Mereka sudah boleh menulis pelbagai jenis karangan. Anda boleh memulakan pengajaran menulis pada peringkat ini dengan jenis-jenis penulisan terkawal, berpandu, separa terkawal, dan separa berpandu. Kemudian mereka boleh didedahkan dengan penulisan bebas dan kreatif.Pada peringkat ini, murid-murid dapat melahirkan idea dan pendapat tentang pengetahuan serta pengalaman yang telah dilalui. Dalam masa yang sama mereka akan menggunakan kemahiran tatabahasa dan ejaan yang telah mereka kuasai. Mereka juga akan merancang penulisan mereka dengan menggunakan bentuk-bentuk grafik yang sudah dipelajari. Contoh aktiviti:

Menulis jawapan pemahaman Menulis karangan Menulis ayat berdasarkan gambar Membina ayat Memanjangkan ayat Menulis rencana Mengisi silang kata Melengkapkan ayat.

4.Rancangan Pelajaran Harian4.1Pengajaran Kemahiran Mendengar dan Bertutur

Rancangan Pengajaran HarianMata Pelajaran : Bahasa MelayuTahun :1 BestariMasa : 60 minitBilangan murid : 22 orangTajuk : Permainan RakyatObjektif : Pada akhir pelajaran murid dapat :-a) menyatakan maklumat tentang gambar yang dilihat dengan betul .b) menceritakan cara bermain permainan rakyat dengan betul.c) membina frasa dan ayat tunggal dengan betul.Fokus utama :3.1Menyampaikan maklumat dalam pengucapan yang mudah , betul , menarik dan berkesan .Aras : 1 (i)Menyampaikan maklumat tentang sesuatu perkara atau tajuk menggunakan kata , istilah ,frasa , struktur ayat yang betul dan laras bahasa yang sesuai .Fokus sampingan :2.1Bercerita dan melaporkan sesuatu perkara yang didengar , ditonton ,dibaca atau dialami .Aras : 3 (i)Bercerita menggunakan kata , frasa , ayat serta sebutan dan intonansi yang baik dan jelas .

Kemahiran Bahasa :mendengar dan bertutur, membaca , menulisTatabahasa :Frasa , kata nama amKosa kata :Gasing , congkak , sepak raga , batu seremban , ketingting , galah panjang , konda kondi , tarik upih , bulu ayamIlmu :Pendidikan Jasmani dan kesihatanNilai Murni :Menghargai , bersyukur , bekerjasamaKemahiran berfikir :Mencari maklumat dan menjana ideaKecerdasan pelbagai :verbal linguistik dan kinestatikKajian masa depan :Menjangka akibatICT : TutorialStrategi :konstektual, direktif, metakognatifPengetahuan sedia ada :: murid pernah mendengar mengenai permainan rakyat.: murid mengetahui beberapa jenis permainan rakyat.: murid mengetahui cara bermain permainan rakyat.

Bahan Bantu Belajar :: Lagu permainan rakyat.: Pengurusan Grafik: Gambar Permainan Rakyat: Internet: Komputer

Isi Pelajaran /LangkahAktiviti Pembelajaran dan pengajaranCatatan

Set Induksi( 5 Minit )

Isi Pelajaran : Soalan - soalan

1) Pernahkah kamu mendengar mengenai lagu permainan rakyat tersebut ?

2) Pernahkah kamu bermain permainan rakyat tersebut?

3) Senaraikan permainan rakyat lain yang kamu ketahui.

- Guru memasang sebuah lagu permainan rakyat dan meminta murid- murid menyanyi bersamasama guru .

- Guru meminta pendapat murid- murid mengenai lagu permainan rakyat tersebut .

- Guru mengaitkan dengan tajuk pelajaran pada hari tersebut.

Bahan Bantu MengajarLagu Permainan RakyatNilai : MenghargaiKesopananKasih SayangKerjasama

Langkah 1( 20 Minit )Isi Pelajaran : Permainan Rakyat

- Guru meminta murid murid membuka buku teks pada halaman 55 yang mengandungi sebuah gambar .

- Guru meminta murid-murid memerhatikan gambar yang terdapat di dalam buku teks tersebut .

- Guru meminta murid-murid menyenaraikan nama-nama permainan yang terdapat dalam gambar tersebut .

- Guru meminta murid murid menyatakan permainan rakyat yang paling mereka gemari .

- Guru menunjukkan sebuah pengurusan grafik yang mengandungi gambar-gambar permainan rakyat dan meminta murid-murid untuk mengeja dan menyebut nama permainan rakyat tersebut dengan betul .

- Guru membetulkan kesilapan murid jika ada.

Bahan Bantu Mengajar : Gambar Permainan RakyatPengurusan Grafik Permainan RakyatKecerdasan Pelbagai : Verbal LinguistikStrategi : DirektifKonstektualNilai BekerjasamaBerani

Langkah 2( 20 Minit )

Isi Pelajaran : Enjin Pencari ( Yahoo dan Google )

- Guru membahagikan murid- Murid kepada 9 kumpulan .

- Setiap kumpulan mengandungi 4 orang murid .

- Guru memberikan satu permainan rakyat kepada setiap kumpulan dengan menggunakan kaedah mencabut undi .

- Guru meminta setiap kumpulan untuk mencari maklumat mengenai permainan rakyat tersebut dengan menggunakan enjin pencari .

- Guru mencadangkan beberapa enjin pencari yang boleh digunakan oleh murid-murid untuk mencari maklumat dan cara penggunaannya

.- Setiap kumpulan Membentangkan hasil carian di hadapan kelas.

- Guru meminta murid Memikirkan akibat sekiranya Permainan tradisional tidak lagi dimainkan pada masa hadapan.

Bahan Bantu Mengajar : Papan Tulis

Internet

Komputer

Kecerdasan Pelbagai : Kinestatik

Strategi : Metakognitif

Nilai : BekerjasamaBantu - membantuGigih BerusahaRajin

Langkah 3( 10 Minit )

Isi Pelajaran : Pengurusan Grafik

- Guru menayangkan latihan dalam bentuk persembahan grafik di hadapan kelas .

- Murid-murid diminta untuk mengisi tempat kosong bagi nama-nama permainan rakyat yang terdapat di dalam pengurusan grafik tersebut berdasarkan gambar yang telah diberi .- Guru dan murid bersama-sama menjawab soalan tersebut .- Guru membetulkan kesilapan murid jika ada .

Bahan Batu Mengajar : Persembahan grafik latihan

Nilai : Bekerjasama Bantu - membantuRajinKasih sayangBijaksana

Penutup ( 5 minit )Isi Pelajaran : Penutup kognatif :

Apakah yang telah kamu pelajari sebentar tadi ?

Penutup Sosial :

Apakah perasaan kamu setelah mempelajari tajuk hari ini ?

- Murid-murid menyebut secara beramai-ramai nama permainan rakyat yang telah dipelajari pada hari tersebut .

- Guru membuat penutup kognatif dan sosial .

Nilai : MenghargaiBijaksanaKerja rumah : Mengumpul gambar-gambar permainan rakyat dalam bentuk buku skrap.

4.2Pengajaran Kemahiran MembacaRancangan Pengajaran Harian

Mata Pelajaran : Bahasa MelayuTahun : 2 ArifMasa: 60 minit Bilangan Murid : 22 orangTajuk : Kebersihan Dan Kesihatan Diri

Objektif : Pada akhir pelajaran, murid akan dapat :I. Membaca petikan pantun bertajuk Membersihkan Diri dengan sebutan, intonasi, rima, dan irama yang sesuai.II. Bersoal jawab untuk menyatakan isi yang berkaitan dengan tajuk petikan Makanan Yang Berkhasiat.III. Membina soalan menggunakan pelbagai kata tanya berdasarkan gambar yang diberiFokus Utama :5.1 Menyanyi dan melakonkan puisi dengan betul mengikut sebutan, intonasi, rima, dan irama yang sesuai serta memahami perkara yang dibacaAras : 3 (i) membaca petikan dengan nada yang betul dan menarik.

Fokus Sampingan :1.5 Menyampaikan semula isi yang terdapat dalam petikan yang dibacaAras : 2 (i) menerangkan semula maklumat yang terdapat dalam petikan

Kemahiran Bahasa : mendengar dan bertutur, membaca dan menulisSistem Bahasa : Tatabahasa: membina soalan menggunakan kata tanya yang sesuai .Pengisian Kurikulum :Ilmu :PJPK dan SainsNilai Murni : menjaga kebersihan dan kesihatan diriKemahiran Bernilai Tambah :KBKK (menghubungkait)Kecerdasan Pelbagai : verbal-linguistik dan kinestatikStrategi : kontekstual, direktif, metakognitifPengetahun Sedia Ada : Pernah dan tahu :-membina ayat-pengalaman harian membersih dan menjaga kesihatan diriBahan Bantu Belajar : Petikan Puisi Membersihkan DiriLembaran Pengurusan GrafikLembaran KerjaInstrumen Penilaian Kemahiran Membaca

Isi Pelajaran / LangkahAktiviti Pembelajaran dan PengajaranCatatan

Set Induksi(5 minit) Soalan :1. Apakah yang kamu gunakan untuk membersihkan gigi?2. Bagaimana kamu membersihkan badan?3. Kenapa kamu membersihkan diri?

Guru menunjukkan gambar mengenai kebersihan diri

Guru bersoal jawab mengenai gambar kebersihan diri Guru mengaitkan tajuk pelajaran

BBM :Gambar cara membersihkan diri

Nilai : menjaga kebersihan diri

Langkah 1.(20 minit)(Rujuk Lampiran A ) Petikan Puisi Membersihkan Diri Guru memperdengarkan petikan puisi Membersihkan Diri

Kelas dibahagikan kepada empat kumpulan, dan murid diminta membaca petikan puisi secara senyap

Setiap kumpulan diberikan satu rangkap puisi dan dibaca mengikut urutanKumpulan 1 : Rangkap pertamaKumpulan 2 : Rangkap keduaKumpulan 3 : Rangkap ketigaKumpulan 4 : Rangkap Keempat

Guru dan murid bersoal jawab tentang isi petikan puisi yang telah dibaca

BBM :Petikan Puisi

Borang Instrumen Penilaian

Strategi :Direktif Kontekstual

Langkah 2(20 minit)(Rujuk lampiran B dan lampiran C) Petikan Arifa CerdasPetikan Makanan Berkhasiat

Kumpulan 1 : Petikan Arifa CerdasKumpulan 2 : Petikan Makanan Berkhasiat

Kelas dibahagikan kepada 2 kumpulan Setiap kumpulan diberikan satu lembaran kerja yang berbeza

Setiap kumpulan diminta menyelesaikan tugas-tugas mengikut lembaran kerja masing-masing

Setiap kumpulan diminta membentangkan setiap tugasan yang diberiKB: Penyelesaian masalah

KP: Verbal linguistik

BBB: Petikan arifa Cerdas dan makanan Yang Berkhasiat

Strategi :Kontekstual Metakognitif

Nilai : menjaga kebersihan dan kesihatan diri

Langkah 3 (10 minit)

(Rujuk lampiran D) Tatabahasa Kata tanya

Guru membekalkan gambar berkaitan dengan kebersihan diri

Secara berpasangan murid diminta membina soalan berdasarkan setiap gambar menggunakan kata tanya yang sesuaiStrategi : Direktif

Nilai :Kerjasama

Penutup(5 minit) Penutup kognitif:Apakah yang telah kamu pelajari sebentar tadi?Apakah pengajaran yang boleh diambil daripada pelajaran hari ini?

Murid diminta menyatakan perkara-perkara yang telah dipelajari

Guru membuat penutup sosial

Murid membaca semula petikan puisi Membersihkan

Bahan Bantu Mengajar

1. Pantun

Nilai Murni: menjaga kebersihan diri

4.3Pengajaran Kemahiran Menulis

Rancangan Pengajaran Harian

Mata pelajaran : Bahasa MelayuTahun : 3 BestariBil. Murid : 30 orangTema : PatriotismeTajuk : Sumbangan tokoh-tokoh negaraMasa : (60 minit)

Objektif : Pada akhir pelajaran, murid dapat:i) Mendapatkan maklumat dan isi penting serta mencatat nota daripada artikel yang dibaca.ii)murid dapat membina ayat tunggal berdasarkan apayang telah dibaca.

Fokus Utama8.1 Membina dan menulis perkataan, ayat tunggal dan ayat majmuk.Aras 1i. Membina ayat tunggal daripada perkataan yang diberi dengan tulisan yang cantik

Fokus Sampingan9.2 Mengenalpasti maklumat dan nota daripada bahan yang didengar atau dibaca.Aras 2(i) Mengenalpasti maklumat dan mencatat nota peringatan2.2 Melaporkan sesuatu perkara dengan menggunakan bahasa yang sesuai dan tepatAras 2(i) memberi penerangan tentang sesuatu yang diperolehi dengan menggunakan ayat yang jelas.

Kemahiran Bahasa : Membaca,menulis, mendengar dan bertutur.Sistem Bahasa : Kosa kata: perpaduan, penjajah, modenSintaksis : Ayat majmukIlmu : Muzik dan Kajian TempatanNilai : Bekerjasama, Patriotisme , Kebebasan

Kemahiran Bernilai Tambah(KBT)Kemahiran Berfikir : Menjana idea,membuat keputusan menganalisisKemahiran Belajar : Mencatat nota dan melapor maklumatKecerdasan Pelbagai : Verbal-linguistik, interpersonal, muzikPengetahuan Sedia Ada:Murid pernah terlibat dengan sambutan kemerdekaan di sekolah.Murid pernah diajar mengenai ayat majmuk sebelum ini.

BBB : Lagu dan Lirik Lagu Tanggal 31 , powerpoint tokoh-tokohnegara, LCD,pembesar suara, Mikrofon, borang penilaian rakan sebaya.

Isi pelajaran / LangkahAktiviti Pengajaran dan PembelajaranCatatan

Set induksi (5 min)

Lagu Tanggal 31

Tajuk pelajaran padahari ini adalah

Sumbangan tokoh-tokoh Negara

Murid diminta untuk membuka persembahan Powerpoint yang disediakan oleh guru.

Guru memainkan lagu Tanggal 31 daripada komputer guru dan menyambungkannya ke pembesar suara.Kemudiannya menyanyikan lagu tersebut bersama-sama murid berdasarkan lirik lagu yang terdapat pada powerpoint.

Guru bersoal jawab dengan Murid berkenaan lagu tersebut Dan perkaitannya dengan peristiwa penting bagi negara.

Guru mengaitkan lagu tersebut dengan tajuk pelajaran pada hari ini.

ABMkomputer,alatpembesarsuara.

KP-Muzik

Kumpulan :1. Cemerlang2. Gemilang3. Terbilang4. Berdaulat

Kosa kata:KemerdekaanPenjajahanPerpaduan

Langkah 1(10 minit)

Murid dibahagikan kepada 4 kumpulan. Setiap kumpulan perlu mengelik pada pautan yang terdapat di dalam powerpoint yang disediakan mengikut kumpulan masing-masing. Setiap pautan mengandungi artikel berkenaan empat bekas Perdana Menteri Malaysia. Guru kemudianya meminta untuk murid-murid membaca artikel berkenaan dan merakam pembacaan mereka dengan menggunakan movie maker. Setiap pembacaan murid akan didengar oleh guru dan rakan rakan yang lain. Guru kemudianya akan menegur dan membetulkan kesalahan sebutan dalam pembacaan murid.sekiranya ada

BBBkomputer,mikrofon, danpembesarsuara:Nilai Patriotisme.sekiranya ada kesalahansebutan dalam pembacaanmurid.Sumbangan-sumbangantokoh-tokoh negara.Bapa KemerdekaanBapa PembangunanBapa PerpaduanBapa Permodenan.

Langkah 2 (15 min)

Guru kemudianya meminta setiap kumpulan membaca kembali setiap petikan masing masing sekali lagi. Guru meminta untuk setiap kumpulan mendapatkan isi penting berkenaan artikel yang dibaca. Setiap isi penting perlu dicatat dalam bentuk notepad ataupun word.

Murid membentangkan hasil perbincangan.

ABMkomputer.KB:mengkategoriBCB:mengumpuldanmenganalisismaklumat.Nilai:kerjasamaKumpulan:1. Cemerlang(Tunku AbdRahman)2. Gemilang (TunAbd Razak)3. Terbilang (TunHussien Onn)4. Berdaulat (TunMahathirMohamad)

Langkah 3 (15 minit)

Guru kemudiannya mengarahkan setiap kumpulan untuk membentangkan hasil kerja mereka. Pembentangan perlu dibuat dalam bentuk powerpoint. Guru mengedarkan borang penilaian rakan sebaya kepada setiap kumpulan untuk menilai pembentangan yang akan dilakukan oleh rakan mereka daripada kumpulan Wakil daripada setiap kumpulan akan mempersembahkan hasil kerja mereka. Kumpulan yang lain harus mendengar hasil perbentangan dan menilai kumpulan yang membentangBBB LCD,borangpenilaian grafikKB- Membuatkeputusan,MenganalisisBCB:memprosesmaklumat,melapor, menilai(Tunku Abd Rahman:- bapa kemerdekaan- membawa negara kepada pembebasanpenjajah- membentuk Malaysia(Tun Abd Razak:-bapa pembangunan-Dasar ekonomi baru-Pembangunan luarbandar-FELDA(Tun Hussien Onn)bapa perpaduan-menyatupadukan rakyat-Rukun negara(Tun MahathirMohamad)-bapa permodenan-wawasan 2020-kereta nasional-KLCCKP InterpersonalNilai:bekerjasamaRasionalPembentangan yang baik:- Suara yang jelas

Langkah 4 (10 min)

Guru kemudianya membuat soal jawab daripada hasil perbentangan setiap kumpulan tentang sumbangan sumbangan tokoh-tokoh tadi. Kemudiannya, guru meminta wakil daripada setiap kumpulan untuk memberi komen dan markah perbentangan kumpulan kumpulan yang lain berdasarkan borang penilaian yang diedarkan tadi. Guru kemudianya meminta setiap pelajar untuk mencari ayat majmuk yang tedapat dalam teks. Pelajar diminta untuk menulis lima ayat majmuk yang terdapat dalam teks. perbincangan Kognitif: Murid mengimbas kembali apa yang dipelajari. Sosial : Murid dapat Mengemukakan pandangan dengan jelas dan keyakinan diri

KB-MenjanaIdeaBCB:tepat- intonasi- Idea bernas- Tepat- Paparanpersembahanyang menarikKata hubung:DanTetapiYangNamunSertabahawa

Penutup (5 min)

Murid diminta menyatakan Perkara - perkara yang telah dipelajari. Guru membuat rumusan Tentang tajuk yang dipelajari. Guru kemudianya menyentuh serba sedikit tentang teknik perbentangan yang baik dan memuji kepada kumpulan yang telah membuat perbentangan dengan baik. Guru mengucapkan terima Kasih kerana murid memberikan perhatian.

Nilai:Bekerjasama,Rasional,Patriotisme

REFLEKSIREFLEKSI BMM 3104

Alhamdulillah, bersyukur saya ke hadrat Ilahi kerana dengan limpahnya dapat saya menyiapkan tugasan mengenai Pengajaran Kemahiran Bahasa Melayu( BMM 3104). Semasa menyiapkan tugasan mengenai pelbagai pengajaran kemahiran berbahasa meliputi kemahiran mendengar, bertutur, membaca, dan menulis. Kemahiran Bahasa ini merupakan teras kepada penguasaan bahasa Melayu baku.

Disamping sesi pengajaran dan pembelajaran, saya telah melakukan pengumpulan maklumat bagi meyediakan projek ini, penjelasan konsep kemahiran berbahasa, membina rancangan pengajaran harian, dan refleksi, Saya dapat banyak pengalaman dari pensyarah-pensyarah Jabatan Bahasa Melayu mengenai cara membuat kerja khusus dan mencari bahan bahan untuk dijadikan nota tambahan dari pelbagai sumber dan membina gambar rajah grafik berdasarkan kemahiran mendengar, bertutur, membaca, dan menulis.

Dalam proses penyediaan Kerja kursus pendek pelbagai dugaan yang terpaksa ditempuhi oleh saya. Bermula dari titik penerimaan soalan sehingga akhir. Namun begitu ianya, merupakan satu asam garam bagi setiap pelajar yang mengikuti kursus Pendidikan Jarak jauh ini.

Tempoh masa yang singkat ,untuk menyiapkan tugasan yang diberikan ini merupakan satu bebanan utama dalam memberi kesempurnaan dalam Kerja Kursus Pendek ini .Tiga tugasan dalam tempoh 3 minggu dicampur dengan kerja-kerja sekolah ditambah dengan pemantauan daripada Putrajaya, Jabatan Pelajaran dan Pejabat Pelajaran yang tidak henti-henti sedikit sebanyak mempengaruhi keberkesanan yang baik dalam penyiapan kerja kursus pendek ini.

Namun begitu dengan sokongan keluarga dan rakan-rakan sekuliah dapat membantu sedikit sebanyak dalam mengurangkan tekanan yang dihadapi.

Dalam pada itu, saya masih memanjatkan kesyukuran ke hadrat Illahi, dengan penglibatan saya dalam kursus ini dapat menambahkan ilmu kepada diri saya. Di sini secara tidak langsung dengan panduan Pensyarah Pembimbing saya dapat memahami secara lebih mendalam dalam menentukan Pengajaran yang lebih berkesan terutama di bidang Kemahiran Berbahasa.

Panduan dan bimbingan sepanjang tempoh interaksi dengan pensyarah pembimbing walaupun dengan kekangan masa yang singkata dapat menjadikan satu landasan arah tujuan pengajian yang yang saya ikuti ini

Dalam tugasan ini saya menyediakan tiga Rancangan Pelajaran Harian berdasarkan kemahiran berbahasa dalam Pengajaran. Setiap , Rancangan Pelajaran Harian ini menjelaskan pendekatan, kaedah , startegi yang yang berhubung kait dalam menentukan kemurnian RPH tersebut.

Sebagai kesimpulan, tugasan ini dapat meningkatkan kepekaan saya terhadap masalah membaca dan menulis karangan pendek.. Kebolehan guru yang disokong dengan minat mengajar boleh menggerakkan hala tuju pengajaran dan pembelajaran khasnya Bahasa Melayu. Segala kekurangan dalam Kerja Kursus Pendek ini merupakan kelemahan saya. Saya berazam untuk menjadi guru yang berkualiti disamping dapat menyumbang bakti kepada agama, bangsa dan negara.

BIBLIOGRAFI

BukuAbd. Aziz Abd. Talib (2000), Pedagogi Bahasa Melayu: Prinsip, Kaedah dan Teknik, Kuala Lumpur: Utusan Publication & Distributors Sdn. Bhd.

Abdul Aziz Talib (1989),Pengajaran dan Pengujian Bahasa, Kuala Lumpur: Nurin Enterprise.

Abdullah Hassan (1987).Isu-isu pembelajaran dan pengajaran Bahasa Malaysia. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa danPustaka.Azaman Wan Chik (1986). Mengajar Bahasa Malaysia, Jilid 1 & 2.Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Institut Bahasa (1994).Strategi Pendidikan Bahasa Melayu.Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Juriah Long dan Noor Ein Mohd. Noor (1990).Alat dan Bahan Pengajaran Bahasa Malaysia. Kuala Lumpur: Persatuan Linguistik Malaysia.

Juriah Long, Raminah Hj Sabran dan Sofiah hamid, (1990).Perkaedahan Pengajaran Bahasa Malaysia,Petaling Jaya:Fajar Bakti Sdn. Bhd.

Kamaruddin Hj Husin (2001). Pedagogi Bahasa ( Perkaedahan).Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.

Kamaruddin Hj Husin, Siti Hajar Hj Abdul Aziz, Arbie Sujud( 1997).Pengajian Melayu 1: Ilmu Bahasa Dan Kecekapan Berbahasa. Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.

Kamarudin Hj Husin (1991). KBSM dan Model-Model Pengajaran Bahasa. Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.

LAMPIRAN

LAMPIRAN A

Pucuk paku daun selasih,Dibeli dari kedai Pak Hadi,Kalau mahu diri bersih,Bangun tidur terus mandi.

Pergi ke hulu dengan Pak Utih,Mencari kayu dengan kelapa,Kalau mahu gigi yang putih,Gosok selalu janganlah lupa.

Dari hulu pergi ke Bangi,Hendak membeli pisang embun,Kalau mahu berbadan wangi,Ketika mandi gunakan sabun.

Naik perahu ke Tanjung Pura,Makan laksa di tanjung Dahan,Kalau mahu hidup sejahtera,Setiap masa jaga kebersihan.

MEMBERSIHKAN DIRINyanyi dan lakonkanPucuk paku daun selasih,Dibeli dari kedai Pak Hadi,Kalau mahu diri bersih,Bangun tidur terus mandi.

Pergi ke hulu dengan Pak Utih,Mencari kayu dengan kelapa,Kalau mahu gigi yang putih,Gosok selalu janganlah lupa.

Dari hulu pergi ke Bangi,Hendak membeli pisang embun,Kalau mahu berbadan wangi,Ketika mandi gunakan sabun.

Naik perahu ke Tanjung Pura,Makan laksa di tanjung Dahan,Kalau mahu hidup sejahtera,Setiap masa jaga kebersihan.

LAMPIRAN B

2. Petikan Teksa) Arif Yang Rajin

Lihat dan soalSoal kawan kamu tentang gambar di bawah. Gunakan kata tanya apa, bila, siapa, mengapa, dan di mana.

LAMPIRAN C

b)Makanan yang BerkhasiatBaca dan bincangkanKita mesti makan makanan yang berzat dan berkhasiat. Ikan, daging, sayur, susu, telur, dan buah-buahan ialah makanan yang berzat dan berkhasiat. Makanan ini penting untuk mengelakkan penyakit dan membantu pembesaran tubuh. Makanan ini bukan hanya untuk mengalas perut, tetapi juga untuk menyihatkan dan menguatkan tubuh.

54