pendekatan formalistik

Download Pendekatan Formalistik

If you can't read please download the document

Upload: eizzat-zack

Post on 30-Dec-2014

252 views

Category:

Documents


29 download

DESCRIPTION

bmm

TRANSCRIPT

Pendekatan FormalistikShamsudin bin Abu Bakar

Pengenalan PF memberi tumpuan kepada bentuk karya sastera Bagi cerpen dan novel, PF memberi tumpuan terhadap perwatakan, plot, gaya bahasa, nada, latar dan seumpamanya Puisi, aspek-aspek bunyi, rentak, gaya bahasa dan sebagainya diberi perhatian Pengkritik tidak memerlukan ilmu seperti sejarah, sosiologi, psikologi dan sebagainya Tidak memerlukan latar belakang pengarang, kerana yang dibicarakan hanyalah karya sahaja bukannya pengarang

Pendapat Tokoh Pendekatan formalistik menitiberatkan aspek-aspek intrinsik karya saja Panuti Sudjiman (1984:6), menamakan pendekatan ini sebagai ancangan intrinsik, Pendekatan karya sastera menerapkan teori dan kaedah sastera; penelahannya bertolak dari karya sastera itu sendiri. Menurut Yahya Ismail (1967:28), pendekatan ini disebut juga ontological criticism. Hashim Awang (1984:87), tidak menyebutnya pendekatan formalistik , tetapi menyebutnya pendekatan struktur. Menurutnya pendekatan struktur ialah:Menilai aspek-apek formal yang terdapat dalam sesebuah karya sastera. Ini termasuklah umpamanya aspek-aspek tema, plot, watak, latar, sudut pandangan, dan gaya bahasa untuk karya daripada cereka.

Perbandingan Pendekatan Struktural dan Formalistik Persamaan makna antara PF dengan PS dari kaca mata Hashim Awang adalah jelas apabila ia menganggap tulisan Sahlan Mohd. Saman tentang novel Rumah Itu Dunia Aku sebagai kritikan formal sedangkan tajuk Rumah Itu Dunia Aku: Suatu Tinjauan Struktural. Perkembangan kemudian memperlihatkan ada perbezaan antara PS dengan PF Strukturalisme dalam kritikan adalah perkembangan baru iaitu selepas formalisme

Sambungan Menurut Terry Eagleton (1983:96), Literary structuralism flourished in the 1960s as an attempt to apply to literature the method and insights of the founder of modern structural linguistics, Ferdenand de Saussure. Saussures linguistic views influenced the Russian formalists, although formalism is not itself exactly a structuralism. Hashim Awang menyenaraikan pendekatan-pendekatan kritikan selepas ASAS 50, iaitu pendekatan formalistik, struktur dan psikologi, secara tidak langsung ia telah membezakan pendekatan formalistik dengan pendekatan struktur tetapi tidak dinyatakan akan perbezaan antara keduanya

Sambungan Baharuddin Zainal (1973:129-233), membuat tanggapan bahawa Yahaya Ismail adalah pendukung New Criticism dan ia cenderung menggalakkan pendekatan itu dalam kesusasteraan Melayu New Critism maksudnya kritikan melihat karya sastera benar-benar sebagai karya sastera dan kemudiannya berkembang sehingga menimbulkan kritikan struktural Menurut M.H. Abrams (1984:189), ..runs counter to the attempt by the New Criticism to analyze each work as an independent verbal construction endowed with fixed, public meaning.

Sambungan Menurut Wilbur S. Scott, perkembangan pendekatan formalistik ini disebabkan oleh reaksi penentangan terhadap the Victorian dan neo-humanist yang menekankan aspek moral dalam kesuasteraan, menekankan minat akademik terhadap tradisi sejarah dan tradisi sastera, dan juga menekankan biografi penulis Yahya Ismail menulis kritikan dengan memerhatikan aspek-aspek yang membangunkan sesuatu karya sastera. Ini dilakukan juga oleh Kassim Ahmad yang muncul terdahulu daripada Yahya Ismail, Cuma Kassim Ahmad lebih memberatkan fungsi sosial dalam kesusasteraan sedangkan Yahya Ismail lebih memberatkan unsur yang membangunkan sastera itu sendiri berbanding dengan aspek-aspek ekstrinsiknya.

Penerapan Formalistik dalam Karya Kupasan Yahya Ismail, terhadap novel Rentung (Shahnon Ahmad), Sisa Laut (Wijaya Mala), Lingkaran (Arena Wati) Retak (M.Balfas) tidak sepenuhnya menyentuh aspek-aspek teknikal karya tetapi menyentuh aspek-aspek luarannya Ketika mengulas Rentung, Yahaya Ismail menyebut Kampung Banggul Derdap, latar dalam novel tersebut, adalah tempat kelahiran penulis sendiri Ulasannya terhadap novel Lambak karya Zaid Ahmad, disebutkan tentang pertemuannya dengan Zaid Ahmad di Machang, dan tentang kisah yang disampaikan Zaid, iaitu beberapa penerbit tidak sanggup menerbitkan Lambak. Yahaya juga menyentuh soal simbolisme, suatu aspek yang agak penting dalam pendekatan kritikan formalistik

Sambungan Menurut Yahaya Ismail, di Malaysia hanya Umar Junus sahaja yang menekankan cara New Criticism secara bersungguh-sungguh, iaitu apabila Umar Junus menghuraikan tentang perkembangan sastera secara struktural Pengkritik lain yang membabitkan diri dalam kritikan praktis formalistik bersama-sama Yahaya Ismail, ialah Hashim Awang, Mohd Affandi Hassan, Ramli Isin, Mohd. Yusof Hassan, Baharuddin Zainal, Sahlan Mohd. Saman dan lain-lain Hashim Awang membicarakan novel Keluarga Gerilya karya Pramoedya Ananta Teor dengan menekankan aspek plot dalam novel tersebut. Hashima Awang membahagikan plot novel tersebut kepada tujuh peringkat iaitu permulaaan, pertikaian, perumitan, perkembangan, tegangan, puncak, tegangan akhir dan peleraian.

Sambungan Mohd Affandi Hassan menganggap novel Seroja Masih di Kolam karya Adibah Amin amat lemah kerana watakwataknya terdiri daripada golongan remaja Menurut Mohd Affandi Hassan, dalam novel Pertentangan karya S. Othman Kelantan, peristiwaperistiwa yang dikemukakan melompat-lompat, tidak ada perpaduan yang rapat antara satu sama lain Cerpen-cerpen yang dibicarakan oleh Baharuddin Zainal ialah Jambu Anak Sungai oleh Anwar Ridhwan dan Melencong oleh Azizi Haji Abdullah. Ia hanya menyentuh aspek watak, latar dan sudut pandangan cerpen Jambu Anak Sungai manakala cerpen Melencong dikatakan sebagai gagal dalam menemukan watak artistik kerana plot cerpen dibuat-buat, wataknya kaku dan persoalan di dalamnya mendatar dan ringan sahaja.

Sambungan

Ramli Isin lebih banyak mengaplikasikan PF dalam tulisannya. Setiap pembicaraan karya menyentuh aspek plot, perwatakan dan bahasanya. Ramli Isin mengatakan plot novel Lingkaran menarik kerana Arena Wati menampilkan teknik permainan catur untuk mengembangkan konflik batin watak-wataknya.

Sambungan Menurut Othman Puteh, Ramli Isin membuat penekanan kepada dua aspek, atu pendekatan struktur ini masih terus diyakini dan diterapkannya sewaktu meneliti karyakarya kreatif, cerpen dan novel Umar Junus gemar memerhatikan bentuk-bentuk visual pada sesebuah sajak. Ia banyak membicarakan sajaksajak Sutardji Calzoum Bachri, A.Latiff Mohidin dan sebagainya. Misalnya dalam membicarakan sajak Masa Berwang karya Nursahak dianggap berhubungan erat dengan puisi tradisional kerana pembahagian demikian. Ia menurunkan contoh berserta dengan pemenggalannya sekali: Masa/aku berwang Banyak/kawan datang Ke rumah aku/ bertandang Pagi/sampai petang

Sambungan Catatan Umur Junus tentang plot RSJ ringkas sekali. Menurut Umur Junus dalam Hamzah Hamdani (1982:180-200), plot novel RSJ ini boleh dikatakan sederhana sekali. Plotnya berjalan lurus begitu saja kerana semuanya berputar di sekitar keluarga Lahuma dan Jeha dengan tujuh anak perempuan mereka. Umur Junus membuat interpretasi ke atas simbol-simbol lintah, ketam, ular, burung tiak dan duri nibung. Menurutnya lintah itu hanya mewakili suatu golongan dalam masyarakat yang kerjanya sebagai lintah, yang biasanya kita kenal sebagai lintah darat, ketam bermaksud golongan menengah yang biasanya menyepit kehidupan golongan petani, seterusnya ia menyebutkan bahawa burung tiak adalah bermaksud pembeli (pekedai) yang membeli padi ketika padi itu masih hijau, yang menyebabkan bahagian yang tinggal dari sawah itu kecil sekali. Ular pula dilambangkan sebagai ancaman luar yang dapat dipatahkan. Akhir sekali, duri nibung merupakan bencana yang berasal dari kelalaian sendiri.

Kesimpulan Umar Junuslah pengkritik yang mengaplikasikan pendekatan struktur, dalam erti kata yang tidak sama dengan pendekatan formalistik. Menurutnya, pendekatan formalistik lebih mementingkan alat, manakala pendekatan struktur mementingkan akal. Dalam hal isi dan bentuk, Umar Junus mengatakan strukturalisme tidak pernah mempersoalkan isi dan bentuk kerana kedua-duanya merupakan hal yang sama. Tidak ada perbezaan antara isi dan bentuk sebagai yang ada pada formalistik Umur Junus yang membezakan PS dengan PF di Malaysia. Ianya sejajar dengan pandangan sarjana Barat seperti Terry Eagleton (1983:97), formalism is not itself exactly a structuralism.

BibliografiHamzah Hamdani, 1982. Novel-novel Malaysia dalam Kritikan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Hashim Awang, 1984. Teman Pelajar Kesusasteraan.Petaling Jaya: Penerbitan Fajar Bakti Sdn. Bhd. Panuti Sudjiman, 1984. Kamus Istilah Sastera. Jakarta: Penerbit P.T. Gramedia Terry Eagleton, 1983. Literary Theory: An Introduction. New York: Collier Books.

PenutupKesusasteraan Melayu menjana minda, Nilai dan akhlak amat dipentingkan; Menuntut ilmu seusia muda, Agar manfaat ketika diperlukan.