pendekatan eklektik

6

Click here to load reader

Upload: xaviler

Post on 03-Oct-2015

427 views

Category:

Documents


5 download

DESCRIPTION

Pendekatan Ekletik

TRANSCRIPT

Pendekatan Eklektik

Pendekatan Eklektikmerupakan gabungan daripada dua pendekatan lain iaitu pendekatan deduktif dan induktif. bermaksud pengajaran disampaikan dengan menggabungkan semua atau sebahagian daripada ciri-ciri sesuatu kaedah ke dalam kaedah yang baru. 1Pengajaran eklektik amat penting dalam membantu meningkatkan kemahiran mengeja dan juga kemahiran membaca dalam kalangan kanak-kanak.

Pendekatan eklektik digunakan apabila sesuatu pengajaran memerlukan guru menggunakan berbagai-bagai pendekatan tidak hanya dengan penggunaan satu bidang pendekatan yang mirip kepada satu teori sahaja. 2Teori eklektik berpegang kepada satu fahaman bahawa kaedah yang baik diterap dari berbagai-bagai sistem dan pendekatan.

Pendekatan eklektik merupakan satu usaha bagi menyatukan cara hubungan yang rapat di antara berbagai-bagai pendekatan.

Usaha ini juga berkaitan dengan cara bagi merapatkan ke arah satu pertemuan yang baik dalam penggunaan pendekatan tersebut 3Cara yang demikian merupakan satu permulaan bagi menggabungkan kaedah yang pelbagai itu ke arah satu sistem yang munasabah untuk dilaksanakan ke dalam proses pengajaran.

Walau bagaimanapun penggabungan tidak boleh disamakan dengan teori eklektik, tetapi di antara satu kaedah dalam teori eklektik adalah penggabungan. 4KELEBIHANMemantapkan penguasaan pengajaran guru.Mengurangkan rasa bosan dan tertekan dalam kalangan pelajar.Peluang bagi guru mengenali pelajar dengan lebih baik.Menjadikan pembelajaran lebih seimbang dan bermakna.KELEMAHANMemerlukan penguasaan maklumat tentang pelajar oleh guru.Guru harus mahir dalam menggunakan pendekatan induktif dan deduktif terlebih dahulu.Tempoh yang agak panjang untuk membiasakan pelajar dengan pendekatan ini.