pendekatan dalam kemahiran menulis (nota)

Upload: mohd-amir-monir

Post on 02-Apr-2018

358 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

  • 7/27/2019 Pendekatan Dalam Kemahiran Menulis (NOTA)

    1/6

  • 7/27/2019 Pendekatan Dalam Kemahiran Menulis (NOTA)

    2/6

    2

    1.2 PENDEKATAN KOMUNIKATIFI) Pendekatan berasaskan prinsip bahawa bahasa ialah alat komunikasi yang penting. Justeru penulisan

    perlu diajarkan dalam bentuk fungsinya untuk berkomunikasi.

    II) Dalam hal ini, tajuk-tajuk atau persoalan yang ada kaitannya dengan situasi komunikasi boleh

    dieksploitasi untuk memotivasi pelajar.III)Pendekatan ini mencadangkan pengajaran kemahiran menulis dalam konteks situasi komunikasi

    sebenar.

    IV)Dalam pendekatan ini, bahan-bahan berbentuk autentik seperti dialog, perbahasan, ceramah dan

    sebagainya sangat sesuai digunakan sebagai bahan pengajaran & pembelajaran.

    V) Bahan autentik ini membolehkan pelajar menulis dalam keadaan bebas dan tidak terikat dengan

    sebarang unsur bahasa berbentuk formal. Hal ini kerana pendekatan ini beranggapan bahawa

    penulisan ialah proses menukarkan bentuk pertuturan kepada tulisan.

    VI)Oleh itu, pendekatan ini mencadangkan agar guru bertolak ansur dengan kesalahan dan kesilapan

    pelajar, khususnya dalam aspek bahasa. Hal ini kerana, kesalahan bahasa dalam komunikasi ialah

    perkara biasa. Itu menunjukkan bahawa berlakunya perkembangan dalam penguasaan bahasa

    tersebut.

    Pelaksanaan.

    (i) Penulisan karangan berdasarkan fungsi bahasa sebagai alat perhubungan .

    (ii) Penekanan diberikan kepada penggunaan bahasa yang berkesan dalam mengungkapkan isi cerita

    dan kurang kepada aspek penstrukturan karangan

    (iii) Murid-murid diberikan latihan mengemukakan pendapat mereka tentang sesuatu idea.

    (iv) Murid-murid diminta bercerita tentang sesuatu dalam konteks perbincangan yang autentik

    (v) Bentuk penulisan murid-murid lebih mirip kepada melaporkan sesuatu kejadian dalam konteks

    dan suasana kejadian sebenar.

    (vi) Penggunaan bahan rangsangan seperti bahan multi media dapat membantu murid-murid dalam

    mengemukakan penceritaan.

    1.3 PENDEKATAN PENGALAMAN BAHASA (LEA)I) Pendekatan pengalaman berbahasa (LEA) berasaskan prinsip bahawa kemahiran berbahasa tidak

    boleh dipecah-pecahkan dalam bentuk yang berasingan, seperti kemahiran mendengar, bertutur,

    membaca, dan menulis.

    II) Sehubungan dengan itu pendekatan ini menekankan konsep dan penggunaan struktur bahasa yang

    bermakna, yang boleh dituturkan dan dituliskan.

  • 7/27/2019 Pendekatan Dalam Kemahiran Menulis (NOTA)

    3/6

    3

    III)Pendekatan ini juga mengeksploitasi pengalaman bahasa yang bermakna dalam kalangan pelajar

    untuk dijadikan bahan perbincangan dalam proses penulisan karangan.

    Langkah pelaksanaan

    (i) Guru meransang perbincangan berkaitan dengan tajuk yang dipilih

    (ii) Murid-murid digalakkan memberi sumbangan untuk membina cerita

    (iii) Perkataan-perkataan tertentu yang akan digunakan dalam petikan disebut dalam perbincangan oleh

    guru

    (iv) Murid-murid diminta membina ayat berdasarkan idea yang mereka berikan

    (v) Setelah selesai, guru membimbing murid memberi tajuk cerita

    (vi) Guru menulis ayat-ayat untuk membina cerita bertulis

    (vii) Setelah cerita selesai, Guru membaca secara nyaring, murid mendengar

    (viii) Murid menyalin teks yang telah ditulis oleh guru

    (ix) Murid menggariskan perkataan yang mereka tahu

    (x) Guru meminta murid-murid menggunakan perkataan yang mereka tahu dalam situasi.

    2.0 JENIS PENULISAN KARANGAN1) Terdapat pelbagai jenis penulisan yang boleh dieksploitasi untuk tujuan pengajaran & pembelajaran

    kemahiran ini.

    2) Penjenisan ini dibuat berdasarkan bentuk dan cara penulisan itu dibuat. Dalam konteks pengajaran &

    pembelajaran kemahiran menulis, penentuan dan pemilihan jenis-jenis penulisan ini perlu disesuaikan

    dengan tahap pencapaian pelajar itu sendiri.

    3) Antara jenis penulisan yang boleh digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran ialah penulisan

    terkawal, separa terkawal, penulisan berpandu, separa berpandu, penulisan bebas dan penulisan

    kreatif. Jenis penulisan tersebut dijelaskan seperti

    berikut.

    2.1 PENULISAN TERKAWAL

    I) Penulisan terkawal ialah penulisan yang dikawal sepenuhnya oleh oleh guru, sama ada dalam aspek

    format, pilihan kata dan tatabahasa.

    II) Dalam penulisan terkawal, pelajar banyak menulis berdasarkan model-model yang diberikan guru.

    III)Pelajar didedahkan dengan bentuk penulisan yang baik dengan cara meniru atau menulis semula

    petikan, ayat-ayat, atau karangan yang dianggap baik.

  • 7/27/2019 Pendekatan Dalam Kemahiran Menulis (NOTA)

    4/6

    4

    IV)Penulisan terkawal ialah tahap pertama ke arah penulisan bebas, kerana latihan-latihan penulisan

    terkawal akan membantu pelajar menguasai bentuk bahasa yang tepat, pengolahan isi, dan gaya

    penulisan yang baik.

    V) Bentuk-bentuk penulisan terkawal ialah:

    Menulis semula cerita yang dibaca atau didengar

    Menulis surat:isi disediakan

    Menuliskan isi perbincangan/dialog yang didengar

    Mengisi tempat kosong dengan perkataan yang sesuai dalam karangan yang disediakan.

    Menyusun ayat-ayat yang disediakan mengikut urutan supaya menjadi sebuah karangan

    lengkap.

    2.2 PENULISAN SEPARA TERKAWAL

    (i) Penulisan separa terkawal ialah jenis penulisan yang tidak dikawal sepenuhnya oleh guru.

    (ii) Pelajar diberi peluang menggunakan daya pemikiran sendiri untuk memilih perkataan yang sesuai

    dengan tajuk yang diberi.

    (iii) Latihan-latihan seperti menyalin semula petikan yang diberikan dan pelajar dibenarkan menukarkan

    beberapa perkataan yang sesuai dalam petikan tersebut, ialah satu contoh bagaimana pelajar

    diberikan kebebasan dalam penulisan ini.

    (iv) Bentuk-bentuk penulis separa terkawal yang lain ialah:

    Mengisi tempat kosong dalam petikan

    Menuliskan cerita daripada gambar

    Membuat ayat daripada perkataan

    Menjawab soalan berdasarkan tajuk

    2.3 PENULISAN BERPANDU

    (i) Penulisan berpandu ialah jenis penulisan yang bahan asasnya dikawal oleh guru, tetapi pelajar diberi

    kebebasan menyambung, melengkap atau menukarkan perkataan-perkataan yang terdapat dalam

    bahan yang dikawal itu.

    (ii) Penulisan jenis ini akan memotivasi pelajar untuk terus menulis.

    (iii) Aktiviti-aktiviti atau latihan yang digunakan dalam penulisan jenis ini ialah;

    Menukarkan dialog kepada bentuk naratif.

    Menukarkan bentuk puisi kepada prosa

  • 7/27/2019 Pendekatan Dalam Kemahiran Menulis (NOTA)

    5/6

    5

    2.4 PENULISAN SEPARA BERPANDU

    (i) Penulisan separa berpandu ialah jenis penulisan yang memberikan kebebasan kepada pelajar untuk

    menulis berdasarkan sedikit panduan daripada guru.

    (ii) Penulisan jenis ini merupakan suatu kaedah untuk membiasakan pelajar terhadap struktur penulisan

    dan pemerengganan.

    (iii) Dalam penulisan jenis ini pelajar akan diberikan asas atau klu yang menjurus kepada tajuk atau

    perkara yang akan ditulis.

    (iv) Aktiviti penulisan yang boleh dikaitkan dengan penulisan separa berpandu ialah:

    Menyudahkan cerita

    Menulis karangan yang isinya disediakan guru

    Menulis semula cerita yang diperdengarkan.

    Menulis karangan berdasarkan gambar bersiri atau tunggal.

    Menulis karangan daripada perenggan atau isi-isi yang disediakan.

    Menulis karangan berdasarkan ayat atau frasa yang diberikan.

    2.5 PENULISAN BEBAS

    (i) Penulisan bebas dijalankan setelah pelajar menguasai aspek mekanikal, dan tatabasa yang baik.

    (ii) Penulisan jenis ini tidak lagi menitikberatkan persoalan proses untuk menulis, tetapi sebaliknya

    pelajar diminta memberikan tumpuan kepada apa yang akan ditulis.

    (iii) Tegasnya, pelajar sepatutnya boleh mengeksploitasi kemahiran sedia ada untuk menghasilkan

    suatu tulisan yang baik dan bermakna.

    (iv) Dalam penulisan jenis ini, penglibatan guru adalah di peringkat minimum. Guru hanya akan

    campur tangan jika terdapat kesalahan-kesalahan atau kesilapan dalam penulisan sahaja.

    (v) Secara umumnya terdapat beberapa bentuk penulisan yang boleh dilakukan dalam penulisan bebas;

    iaitu:

    Naratif: cerita, berita, laporan, rencana, ulasan.

    Argumentatif: bahas, perbincangan, kritikan.

    Deskriptif: gambaran, peristiwa, benda, perwatakan

    Imaginatif: pengalaman.

    Kreatif: puisi, cerpen, drama

  • 7/27/2019 Pendekatan Dalam Kemahiran Menulis (NOTA)

    6/6

    6

    2.6 PENULISAN KREATIF

    (i) Penulisan kreatif adalah salah satu bentuk penulisan yang terdapat dalam penulisan bebas.

    (ii) Dalam penulisan ini, pelajar bukan sahaja telah mahir dalam pengolahan idea, tetapi juga telah

    boleh mengeksploitasi pengalaman atau imaginasi untuk dijadikan bahan tulisan.

    (iii) Penulisan kreatif mempunyai keistimewaan dan kelebihan berbanding dengan bentuk penulisan

    bebas yang lain kerana penulisan jenis ini bukan hanya memfokuskan terhadap isi yang akan

    ditulis, tetapi memerlukan kemahiran estetika untuk mengolah dan mempersembahkan isi tersebut

    dengan cara yang berkesan dan menarik.

    (iv) Bentuk-bentuk penulisan yang terdapat dalam penulisan kreatif ialah:

    Cerpen

    Puisi

    Drama

    Novel