kmahiran menulis

Upload: shahida-sabri

Post on 05-Apr-2018

236 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 7/31/2019 kmahiran menulis

    1/54

    KONSEP KEMAHIRAN MENULIS

    Don Bryne (1979) menyatakan bahawa simbol grafiksemasa menulis ialah penggunaan huruf-huruf ataugabungan huruf-huruf yang berkaitan dengan lambangbunyi yang kita buat semasa kita bercakap.

    Hal ini meliputi beberapa aspek, iaitu;

    i. menggunakan pelbagai jenis ayat

    ii. mencatat dan menyusun maklumat

    iii.menghasilkan penulisan kreatif dan bukan kreatifiv.membuat ulasan tentang bahan yang didengar,

    ditonton dan dibaca.

  • 7/31/2019 kmahiran menulis

    2/54

    KONSEP KEMAHIRAN MENULIS

    Kemahiran menulis merujuk kepada keupayaanmurid menulis perkataan dan ayat, danmengeluarkan idea melalui pelbagai jenis

    penulisan yang berkaitan dengan ilmupengetahuan dan pengalaman peribadi yangdilalui.

    Penekanan dalam kemahiran menulis ialah

    terhadap penggunaan ayat yang gramatis, tandabaca dan ejaan yang betul, di samping tulisanyang jelas, cantik dan kemas.

  • 7/31/2019 kmahiran menulis

    3/54

    KONSEP KEMAHIRAN MENULIS

    Menulis melibatkan murid-murid supaya

    berfikir, menaakul, menyusun dan mengolah

    idea sebelum dilahirkan dalam bentuk wacana

    yang lengkap.

    Murid-murid juga perlu menguasai struktur

    karangan seperti tahu menulis panduan,pemerengganan dan menulis kesimpulan.

  • 7/31/2019 kmahiran menulis

    4/54

    RUMUSAN KEMAHIRAN MENULIS

    Merupakan keupayaan murid menulis perkataandan ayat dan mengeluarkan idea melalui pelbagai

    jenis penulisan yang berkaitan dengan ilmupengetahuan dan pengalaman peribadi yangtelah dilalui dengan menggunakan ayat yanggramatis, tanda baca dan ejaan yang betul, sertatulisan yang jelas, cantik dan kemas.

    Murid juga digalakkan menggunakan kreativitimereka untuk menghasilkan penulisan bahanberunsur pengetahuan dan penulisan imaginatif.

  • 7/31/2019 kmahiran menulis

    5/54

    MATLAMAT KEMAHIRAN MENULIS

    Supaya sesuatu idea, maklumat, pendapat dan

    ilmu pengetahuan dapat disampaikan dengan

    tepat, jelas dan berkesan.

    Meluaskan pengetahuan, pengalaman dan

    perhubungan.

    Memberikan kepuasan jiwa dalam pemikiran,

    pengalaman dan perasaan.

  • 7/31/2019 kmahiran menulis

    6/54

    TUJUAN MENULIS

    Tujuan mengarang bagi peringkat sekolah rendah secara

    amnya adalah untuk melahirkan murid-murid yang dapat

    mengolah idea atau pendapat berdasarkan situasi atau tajuk

    tentang sesuatu ke dalam sesuatu bentuk karangan tertentu.

    Melatih murid-murid melahirkan idea.

    Melatih murid menghujah dan mengembangkan idea

    Melatih murid-murid mengembangkan karangan dalam

    bentuk pemerengganan yang betul

    Melatih murid menggunakan bentuk penggunaan bahasa

    yang betul berdasarkan jenis karangan tertentu.

  • 7/31/2019 kmahiran menulis

    7/54

    TUJUAN MENULIS

    Melatih murid-murid menggunakan format

    karangan yang betul

    Menggunakan pengalaman menulis karangan

    ke dalam situasi sebenar sehari-hari

    Menyiapkan murid menghadapi peperiksaan.

    Menyuburkan minat Meluaskan kosa kata

    Memberikan kepuasan jiwa.

  • 7/31/2019 kmahiran menulis

    8/54

    PERINGKAT KEMAHIRAN MENULIS

    Kemahiran menulis merupakan keupayaan muridmenulis perkataan dan ayat dan mengeluarkan ideamelalui pelbagai jenis penulisan yang berkaitan denganilmu pengetahuan dan pengalaman peribadi yang telah

    dilalui dengan menggunakan ayat yang gramatis, tandabaca dan ejaan yang betul, serta tulisan yang jelas,cantik dan kemas.

    Murid juga digalakkan menggunakan kreativiti mereka

    untuk menghasilkan penulisan imaginatif. Peringkat- peringkat kemahiran menulis terdiri

    daripada :

  • 7/31/2019 kmahiran menulis

    9/54

    PERINGKAT KEMAHIRAN MENULIS

    Peringkat Pramenulis

    Peringkat Mekanis

    Peringkat Pelahiran

  • 7/31/2019 kmahiran menulis

    10/54

    PERINGKAT MENULIS

    1. Peringkat Pramenulis Murid disediakan dengan aktiviti menulis

    sebelum mereka dapat menulis huruf dengankemas dan betul.

    Latihan otot tangan dan jari serta kordinasitangan dan mata diberikan kepada murid.

    Berikut ialah contoh aktiviti pramenulis:

    Menulis dari kiri ke kanan Latihan mewarnakan dari kiri ke kanan.

    Latihan membentuk bulatan di udara, di atas meja,pasir, lantai tanpa menggunakan alat tulis.

  • 7/31/2019 kmahiran menulis

    11/54

    PERINGKAT MENULIS

    1.PERINGKAT PRAMENULIS

    Menyambung titik

    Latihan membentuk corak campuran bulatan dan

    garisan lurus yang dilakukan secara bebas. Latihan membentuk garisan lurus

    Latihan melukis gambar yang mengandungi garis

    lurus dan bulat.

    Membuat pelbagai jenis garisan atau bentuk

    Melukis gambar

  • 7/31/2019 kmahiran menulis

    12/54

    PERINGKAT MENULIS

    1. Peringkat Pramenulis

    Strategi Pengajaran Pratulisan

    a. Latihan pergerakan tanganb. Latihan pergerakan mata

    c. Latihan kordinasi tangan dan mata

  • 7/31/2019 kmahiran menulis

    13/54

    PERINGKAT MENULIS2. Peringkat Mekanis

    Selepas murid-murid melalui peringkat pramenulis, mereka

    akan melangkah ke peringkat mekanis.

    Pada peringkat ini, murid diajar menguasai kemahiran

    membentuk huruf besar dan kecil dalam abjad. Seterusnya

    menguasai kemahiran menulis huruf, suku kata, perkataandan ayat.

    Untuk membolehkan murid-murid menguasai kemahiran ini,

    anda boleh menjalankan aktiviti-aktiviti yang berikut:

    Latihan menulis bentuk-bentuk yang mirip kepada huruf mengikutteknik menulis.

    Latihan menulis huruf berdasarkan gambar-gambar yang mirip

    kepada bentuk-bentuk huruf tertentu.

  • 7/31/2019 kmahiran menulis

    14/54

    PERINGKAT MENULIS

    2. PERINGKAT MEKANIS

    Latihan menekap huruf mengikut acuan huruf yangdiperbuat daripada kad yang berlubang.

    Latihan menekap huruf atau perkataan yang ditulis

    dalam bentuk garis putus-putus. Latihan menulis huruf dalam suku kata.

    Latihan melengkapkan huruf pada perkataanbergambar.

    Latihan menamakan gambar-gambar. Latihan menyalin frasa atau ayat.

    Latihan menyalin ayat daripada buku

  • 7/31/2019 kmahiran menulis

    15/54

    PERINGKAT MENULIS

    2. Peringkat Mekanis

    Strategi Pengajaran

    a. Mengajar tulisan tanganb. Mengajar ejaan

  • 7/31/2019 kmahiran menulis

    16/54

    PERINGKAT MENULIS

    3. Peringkat Pelahiran (Mengarang) Pada peringkat ini murid-murid sudah

    menguasai pelbagai kemahiran sepertikemahiran mendengar, bertutur membaca dan

    mengeja. Mereka sudah boleh menulis pelbagai jenis

    karangan.

    Anda boleh memulakan pengajaran menulis

    pada peringkat ini dengan jenis-jenis penulisanterkawal, berpandu, separa terkawal,dansepara berpandu.

    Kemudian mereka boleh didedahkan dengan

    penulisan bebas dan kreatif.

  • 7/31/2019 kmahiran menulis

    17/54

    PERINGKAT MENULIS

    3. Peringkat Pelahiran (Mengarang)

    Pada peringkat ini, murid-murid dapatmelahirkan idea dan pendapat tentangpengetahuan serta pengalaman yang telahdilalui.

    Dalam masa yang sama mereka akanmenggunakan kemahiran tatabahasa danejaan yang telah mereka kuasai.

    Mereka juga akan merancang penulisanmereka dengan menggunakan bentuk-bentukgrafik yang sudah dipelajari.

  • 7/31/2019 kmahiran menulis

    18/54

    CONTOH AKTIVITI MENULIS

    Ejaan

    Imlak / Rencana

    Menulis jawapan pemahaman

    Menulis karangan Menulis ayat berdasarkan gambar

    Membina ayat

    Memanjangkan ayat

    Menulis rencana Mengisi silang kata

    Melengkapkan ayat

  • 7/31/2019 kmahiran menulis

    19/54

    EJAAN

    Melibatkan proses perkembangan mental dan

    pembinaan konsep

    Tujuan ejaan untuk melatih murid mendengar

    dan menulis dengan tepat, meningkatkanpemahaman makna perkataan dan

    perbendaharaan kata murid

    Aktiviti ejaan; menulis perkataan, rangkai kata,ayat dari sebutan, gambar, pita rakaman;

    membetulkan kesalahan ejaan dan kenal pasti

    ejaan yang salah dari petikan

  • 7/31/2019 kmahiran menulis

    20/54

    CARA PENGAJARAN EJAAN

    Pilih perkataan yang sesuai dengan

    kemampuan murid

    Perkataan itu pernah dipelajari

    Jumlah ejaan tidak terlalu banyak

    Dijalankan selepas aktiviti bacaan

    Guru menyebut murid mengeja Disemak bersama

  • 7/31/2019 kmahiran menulis

    21/54

    IMLAK

    Aktiviti menulis semula sesuatu petikan yangdibaca atau diperdengarkan

    Murid perlu kuasai kemahiran membentuk

    huruf, mengeja, menggunakan tanda bacaandan perbendaharaan kata

    Petikan perlu sesuai dari segi panjang petikan,

    bahasa, kandungan, dan kosa kata Pastikan tempat hentian bacaan

    Petikan perlu dibaca dengan jelas

  • 7/31/2019 kmahiran menulis

    22/54

    CARA PENGAJARAN IMLAK

    Berikan petikan teks dan minta murid baca

    Guru memilih bahagian dalam teks untukdiimlakkan

    Guru menyebut perkataan secara lisan ataurakaman dan murid menulis

    Aspek yang dinilai seperti ketepatan ejaan,penggunaan perkataan, bentuk huruf dan tanda

    baca

    Dilaksanakan selepas aktiviti lisan atau membaca

  • 7/31/2019 kmahiran menulis

    23/54

    JENIS-JENIS PENULISAN

    Penulisan boleh dibahagi kepada limakategori, iaitu

    a. karangan,b. penulisan ringkas,

    c. penulisan untuk majlis rasmi,

    d. surat dane. penulisan untuk papan kenyataan.

  • 7/31/2019 kmahiran menulis

    24/54

    JENIS PENULISAN KARANGAN

    TERKAWAL Karangan yang disediakan oleh guru. Penggunaan

    bahasa dan isi yang terdapat dalam Karangan Terkawalditentukan oleh guru, bertujuan untuk mengurangkan

    kesilapan dalam penulisan. Karangan ini dapat membantu murid mengeluarkan

    idea tanpa diganggu oleh kesilapan penggunaanbahasa.

    Contoh :i. Mengisi tempat kosong dengan perkataan yang sesuai

    dalam karangan yang disediakan.

    ii. Menyusun ayat-ayat yang disediakan mengikut urutansupaya menjadi sebuah karangan lengkap.

  • 7/31/2019 kmahiran menulis

    25/54

    JENIS PENULISAN KARANGAN

    SEPARA TERKAWAL

    Karangan Separa Terkawal ialah karangan yang

    disediakan oleh guru, tetapi murid diberi peluang

    untuk menggunakan daya pemikiran mereka bagimembuat pemilihan perkataan sesuai dengan

    tajuk yang disediakan.

    Contoh :

    i. Menggantikan beberapa perkataan yang telah

    dipadamkan dengan perkataanperkataan lain yang

    telah disediakan.

  • 7/31/2019 kmahiran menulis

    26/54

    JENIS PENULISAN KARANGAN

    1. BERPANDU

    Karangan berpandu ialah satu penulisankarangan berdasarkan panduan guru.

    Contoh:i. Menulis semula cerita/petikan yang dibaca.

    ii. Menulis karanagn berdasarkan soalan-soalanberurutan mengenai sesuatu tajuk.

    iii. Menulis karangan dengan memindahkan bentukdaripada dialog kepada karangan penceritaan atausebaliknya.

  • 7/31/2019 kmahiran menulis

    27/54

    JENIS PENULISAN KARANGAN

    2. SEPARA BERPANDU Karangan ini merupakan satu penulisan karangan yang

    mendapat sedikit maklumat atau panduan guru.

    Contoh :

    i. Menulis semula cerita yang diperdengarkan.ii. Menyudahkan cerita.

    iii. Menulis karangan berdasarkan gambar bersiri atautunggal.

    iv. Menulis karangan daripada perenggan atau isi-isi yangdisediakan.

    v. Menulis karangan berdasarkan ayat atau frasa yangdiberikan.

  • 7/31/2019 kmahiran menulis

    28/54

    JENIS PENULISAN KARANGAN

    3. BEBAS

    Jenis karangan ini memberi kebebasan kepadamurid untuk melahirkan idea tentang sesuatu

    tajuk yang disediakan dengan menggunakanperkataan sendiri. Bentuk karangan bebas sepertiberikut :

    Naratif: cerita, berita, laporan, rencana, ulasan.

    Argumentatif: bahas, perbincangan, kritikan.

    Deskriptif: gambaran, peristiwa, benda, perwatakan.

    Kreatif: puisi, cerpen, drama

    Imaginatif: pengalaman.

  • 7/31/2019 kmahiran menulis

    29/54

    PERANCANGAN PENGAJARAN

    MENGARANG

    Pengajaran mengarang memerlukan perancangan

    berdasarkan objektif yang ditentukanoleh guru.

    Selain itu, pengajaran mengarang juga mengambil

    kira aspek aktiviti peringkat pra mengarang,

    semasa mengarang dan pasca mengarang.

    Murid perlu diberikan pendedahan yangsecukupnya sebelum mereka benar-benar terlibat

    dalam aktiviti mengarang yang serius.

  • 7/31/2019 kmahiran menulis

    30/54

    OBJEKTIF MENGARANG

    Objektif mengarang bagi sekolah rendah adalah seperti yangterdapat di dalam Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah

    Rendah.

    Objektif ini disesuaikan dengan kemahiran-kemahiran yang hendak

    dikuasai oleh murid-murid pada sesuatu tahap tertentu.

    Namun begitu, objektif mengarang pada umumnya adalah untuk: Melatih murid-murid melahirkan idea

    Melatih murid-murid menghujah dan mengembangkan idea

    Melatih murid-murid mengembangkan karangan dalam bentuk

    pemerengganan yang betul Melatih murid-murid menggunakan bentuk penggunaan bahasa

    yang betul berdasarkan sesuatu jenis karangan tertentu.

    Melatih murid-murid menggunakan format karangan yang betul

    Menggunakan pengalaman menulis karangan ke dalam situasisebenar sehari-hari.

  • 7/31/2019 kmahiran menulis

    31/54

    PERINGKAT PENGAJARAN MENGARANG

    Melibatkan aktivit-aktiviti pra mengarang, semasamengarang dan pasca mengarang.

    PRA MENGARANG

    i. Berbincang untuk menentukan formatii. Berbincang untuk menentukan isi

    iii.Mendapat bahan daripada sumber bahan bercetak,internet dan bahan elektronik yang lain

    iv.Membuat peta minda atau carta alaira cerita

    v. Menentukan watak

    vi.Menyaring bahan

    vii.Menulis draf

  • 7/31/2019 kmahiran menulis

    32/54

    PERINGKAT PENGAJARAN

    MENGARANG SEMASA MENGARANG

    i. Mentransformasikan perancangan kepada bentuk karangan

    ii. Menentukan format

    iii. Mengambil kira aspek penghuraian yang melibatkan kosa kata,sistem bahasa, gaya bahasa, tanda baca, ejaan (termasuk

    bentuk huruf) dan wacana.iv. Mengambil kira aspek kohesi dan koherens

    PASCA MENGARANG

    i. Menyemak karangan

    ii. Melakukan pembetulan

    iii. Membuat penambahan sekiranya perlu

    iv. Menghantar karangan

    MEMBINA BAHAN SUMBER

  • 7/31/2019 kmahiran menulis

    33/54

    MEMBINA BAHAN SUMBER

    PENGAJARAN MENULIS

    Bahan sumber daripada internet Guru memuat turun bahan-bahan yang berkaitan daripada internet.

    Bahan-bahan berkenaan disimpan dalam folder. Bahan-bahan

    berkenaan boleh dipancar tayang dengan menggunakan projektor LCD

    semasa di dalam bilik darjah. Murid-murid berbincang dan

    berinteraksi dengan bahan yang berkenaan sebagai persediaanmendapatkan idea untuk menulis karangan.

    Bahan sumber digital

    Guru menyediakan bahan yang disediakan sendiri, bahan yang diimbas

    dengan mesin pengimbas, atau bahan terpilih yang diturun muatdaripada cakra digital untuk dibakar. Cakra padat CD rom berinformasi

    itu kemudian boleh digunakan oleh guru dalam pengajaran karangan

    mereka.

  • 7/31/2019 kmahiran menulis

    34/54

    MEMBINA BAHAN SUMBER

    PENGAJARAN MENULIS

    Bahan audio dan audio visual

    Di ambil daripada sumber media elektronik. Dirakam dan diedit untuk

    digunakan olehmurid-murid sebagai bahan rangsangan.

    Gambar-gambar Dalam bentuk gambar tuggal, gambar bersiri, atau gambar foto yang

    diambil dengan menggunakan kamera.

    Filem

    - Filem jalur atau filem slaid.

  • 7/31/2019 kmahiran menulis

    35/54

    CIRI BAHAN SUMBER YANG BAIK

    Sesuai dengan bilangan murid-murid di dalamkelas dan cara pengelolaan kelas guru semasamengajar.

    Sesuai dengan wang peruntukan yang adaterutama yang melibatkan pralatan ICT.

    Mengambil kira kebolehupayaan murid-muridmenggunakan bahan berkenaan terutamasekiranya melibatkan bahan-bahanberteknologi digital dan elektronik.

  • 7/31/2019 kmahiran menulis

    36/54

    CIRI BAHAN SUMBER YANG BAIK Mengambil kira kebolehupayaan guru untuk

    mengendalikan bahan yang disediakan sendiri.

    Sesuai dengan peringkat umur murid-murid dan perlujuga diambil faktor keselamatan murid-murid.

    Sesuai dengan latar belakang agama dan kepercayaanmurid-murid yang berbilang bangsa

    Sesuai dengan objektif pengajaran yang telahditetapkan terlebih dahulu oleh guru

    Hendaklah digunakan sekurang-kurangnya 70 peratusdalam langkah pengajaran, terutama sekiranya bahanberkenaan mengambil masa dan menggunakan kosyang tinggi dalam mengadakannya.

  • 7/31/2019 kmahiran menulis

    37/54

    PENDEKATAN PENGAJARAN

    MENGARANG

    Kemahiran mengarang boleh diajarkan secara berperingkat-peringkat.

    Untuk mencapai objektif kemahiran yang hendak dicapai,

    pengajaran karangan boleh diajarkan dengan menggunakanpendekatan tertentu seperti:

    1. Terkawal

    2. Berpandu

    3. Bebas

    4. Proses5. Komunikatif

    6. Pengalaman Bahasa

  • 7/31/2019 kmahiran menulis

    38/54

    PENDEKATAN PENGAJARAN MENGARANG

    1. PENDEKATAN TERKAWAL

    Pendekatan terkawal merupakan satu pendekatan yangdigunakan bagi membantu murid-murid menimba pengalamanmengarang supaya mereka biasa dengan struktur karangan.

    Selain itu, pendekatan ini dapat mengelakkan murid-muriddaripada melakukan kesalahan baik dari segi bahasa mahu pundari segi isi.

    Murid-murid menulis karangan dengan berpandukansepenuhnya kepada bahan yang disediakan oleh guru.

    Contoh aktiviti:

    1. mengisi tempat kosong dengan menggunakan perkataan-perkataan yang telah disediakan terlebih dahulu

    2. menulis karangan berdasarkan gambar bersiri, menyusunayat sehingga membentuk sebuah karangan yang lengkap

    3. menyusun bahagian pendahuluan, bahagian isi dan bahagianpenutup untuk membentuk sebuah karangan yang lengkapbersturuktur

  • 7/31/2019 kmahiran menulis

    39/54

    PENDEKATAN PENGAJARAN MENGARANG

    2. PENDEKATAN BERPANDU

    Isi karangan telah diberikan oleh guru

    Murid membina ayat berdasarkan perkataan atau rangkai kata yang

    telah diberikan oleh guru.

    Murid-murid mengisi tempat kosong dengan menggunakan perkataan

    mereka sendiri bagi melengkapkan perenggan.

    Kad imbasan dan kad perkataan digunakan bagi membantu murid-

    murid.

    Murid mengolah isi berdasarkan pendahuluan atau pengakhiran cerita

    yang telah diberikan oleh guru

    Kesalahan yang minima dapat dielakkan daripada dilakukan oleh murid Latihan memadankan ayat boleh diberikan terlebih dahulu kepada

    murid

    Murid-murid yang pandai diberikan aras latihan yang lebih mencabar.

    Penulisan karangan boleh dilakukan dalam bentuk grafik sebelum ditulis

    dalam bentuk wacana yang lengkap.

  • 7/31/2019 kmahiran menulis

    40/54

    PENDEKATAN PENGAJARAN MENGARANG

    3. PENDEKATAN BEBAS Sesuai untuk kumpulan murid yang sudah menguasai

    aspek penulisan dengan baik.

    Murid menulis karangan berdasarkan tajuk yang diberikan

    oleh guru Murid-murid mencari isi karangan sendiri

    Murid-murid menyusun isi dan membuat rangka karangan

    Guru memberikan beberapa perkataan ataua rangkai kata

    tertentu bagi membantu murid memantapkan lagipengolahan.

    Penggunaan peribahasa digalakkan.

  • 7/31/2019 kmahiran menulis

    41/54

    PENDEKATAN PENGAJARAN MENGARANG

    4. PENDEKATAN PROSES

    Tidak memberatkan hasil tetapi melibatkan proses yangdilalui oleh murid-murid.

    Murid-murid mengumpul bahan berdasarkan tajuk yangdiberikan oleh guru

    Boleh dilakukan secara berkumpulan atau individu Bahan-bahan yang telah dikumpul disimpan di dalam folio

    Bahan daripada folio disaring untuk menentukankesesuaian dengan tajuk karangan yang diberikan

    Penggunaan sumber bahan berasaskan ICT adalah sangatdigalakkan.

    Bahan yang tidak digunakan disimpan semula ke dalamfolio untuk digunakan kepada tajuk karangan yang lain.

  • 7/31/2019 kmahiran menulis

    42/54

    PENDEKATAN PENGAJARAN MENGARANG

    Aktiviti Pengajaran PENDEKATAN PROSES:

    Murid-murid menyusun isi

    Dalam peringkat menyusun isi, murid berbincangdengan guru.

    Isi yang telah disusun, ditulis dalam bentuk rangkakarangan

    Rangka karangan yang telah mantap, ditulis dalambentuk penulisan yang lengkap.

    Murid-murid mengedit karangan yang telah disiapkandan melakukan pembetulan.

    Setelah siap dan lengkap, karangan dihantar kepadaguru untuk dinilai.

  • 7/31/2019 kmahiran menulis

    43/54

    PENDEKATAN PENGAJARAN

    MENGARANG

    Peringkat Pengajaran PENDEKATAN PROSES

    i. Penentuan tajuk dan pengumpulanmaklumat

    ii. Penulisan drafiii. Penyemakan pertama

    iv. Penyemakan kedua

    v. Penulisan draf akhirvi. Persembahan

  • 7/31/2019 kmahiran menulis

    44/54

    PENDEKATAN PENGAJARAN

    MENGARANG

    5. PENDEKATAN KOMUNIKATIF Penulisan karangan berdasarkan fungsi bahasa sebagai alat

    perhubungan

    Penekanan diberikan kepada penggunaan bahasa yang berkesandalam mengungkapkan isi cerita dan kurang kepada aspek

    penstrukturan karangan Murid-murid diberikan latihan mengemukakan pendapat mereka

    tentang sesuatu idea.

    Murid-murid diminta bercerita tentang sesuatu dalam konteksperbincangan yang autentik

    Bentuk penulisan murid-murid lebih mirip kepada melaporkansesuatu kejadian dalam konteks dan suasana kejadian sebenar.

    Penggunaan bahan rangsangan seperti bahan multi media dapatmembantu murid-murid dalam mengemukakan penceritaan.

  • 7/31/2019 kmahiran menulis

    45/54

    PENDEKATAN PENGAJARAN

    MENGARANG

    6. PENDEKATAN PENGALAMAN BAHASA

    Guru meransang perbincangan berkaitan dengan tajukyang dipilih

    Murid-murid digalakkan memberi sumbangan untukmembina cerita

    Perkataan-perkataan tertentu yang akan digunakandalam petikan disebut dalam perbincangan oleh guru

    Murid-murid diminta membina ayat berdasarkanberdasarkan idea yang mereka berikan

    Setelah selesai, guru membimbing murid memberitajuk cerita

  • 7/31/2019 kmahiran menulis

    46/54

    PENDEKATAN PENGAJARAN

    MENGARANG

    6. PENDEKATAN PENGALAMAN BAHASA

    Guru menulis ayat-ayat untuk membina ceritabertulis

    Setelah cerita selesai

    Guru membaca secara nyaring, murid mendengar

    Murid menyalin teks yang telah ditulis oleh guru

    Murid menggariskan perkataan yang mereka tahu Guru meminta murid-murid menggunakan perkataan

    yang mereka tahu dalam situasi

  • 7/31/2019 kmahiran menulis

    47/54

    MASALAH PENGAJARAN

    MENGARANG

    Terdapat banyak masalah yang berhubung kait

    dengan pengajaran menulis di sekolah di negara

    ini.

    Antaranya pengaruh kesebatian penggunaan

    bahasa dialek Bahasa Melayu Brunei (BMB),

    daerah /tempatan dan inilah faktor utama

    menyumbang kepada berlakunyakesalahanpenggunaan tatabahasa Bahasa Melayu

    Standard (BMS) dengan betul.

  • 7/31/2019 kmahiran menulis

    48/54

    PENILAIAN KEMAHIRAN MENGARANG

    1. PERINGKAT PRAMENULIS

    Penilaian secara tidak formal

    Melalui pemerhatian terhadap gerak balas

    murid dalam aktiviti pramenulis

    Contoh aktiviti; gerak tangan, kordinasi

    tangan dan mata sama atas kertas atau

    udara, pasir membentuk bulatan, garisan,

    awan larat, huruf.

  • 7/31/2019 kmahiran menulis

    49/54

    PENILAIAN KEMAHIRAN MENULIS

    2. PERINGKAT PENULISAN MEKANIS

    Teknik yang boleh digunakan ialah;

    Menekan dan menyambung garis

    Memadankan

    Menyalin

    Mengisi ruang atau petak kosong

    Melabel dan menamakan gambar

    Membetuk perkataan daripada suku kata

  • 7/31/2019 kmahiran menulis

    50/54

    PENILAIAN KEMAHIRAN MENULIS

    3. PERINGKAT MENGARANG (ASPEK TEKNIKAL)

    Teknik yang boleh dilakukan ialah;

    Menyalin

    Ujian Imlak

    Menulis semula petikan

  • 7/31/2019 kmahiran menulis

    51/54

    PENILAIAN KEMAHIRAN MENGARANG

    Menyambungkan beberapa ayat untuk

    membentuk satu ayat kompleks

    Meluaskan ayat dengan menambah

    keterangan

    Melengkapkan ayat

    Membina ayat daripada perkataan

    Menyusun semula perkataan untuk

    membentuk ayat

    Menulis cerita

  • 7/31/2019 kmahiran menulis

    52/54

    PENILAIAN UMUM KARANGAN

    Aspek yang dinilai: Isi

    Ejaan

    Bahasa Kosa kata

    Kelancaran

    Pengolahan isi

    Ketepatan dengan tajuk Format (sekiranya karangan berformat)

  • 7/31/2019 kmahiran menulis

    53/54

    PENILAIAN KARANGAN

    1. PENILAIAN SECARA HOLISTIK ATAU GLOBAL

    Karangan dibaca dengan menanda kesalahan-kesalahan ejaan, tanda baca, ayat, fakta,

    kelancaran dan kepesongan Berikan kedudukan markah berdasarkan gred

    secara keseluruhan

    Tolak sejumlah markah yang dibenarkan bagi

    kesalahan format Berikan markah akhir.

  • 7/31/2019 kmahiran menulis

    54/54

    PENILAIAN KARANGAN

    2. PENILAIAN SECARA ANALITIKAL

    Menilai mengikut aspek/ bidang yang ditetapkan

    dalam pemarkahan

    Contoh aspek ejaan, bahasa, isi, gayapenyampaian, tanda bacaan

    Markah keseluruhan berdasarkan campuran

    keseluruhan aspek yang dinilai