pendekatan bertema

18
FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA HBEF1403 SENI DALAM PENDIDIKAN TUGASAN 1

Upload: wbf8264

Post on 25-Dec-2015

56 views

Category:

Documents


38 download

DESCRIPTION

seni dalam pendidikan

TRANSCRIPT

Page 1: PENDEKATAN BERTEMA

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

HBEF1403

SENI DALAM PENDIDIKAN

TUGASAN

1

Page 2: PENDEKATAN BERTEMA

PENDEKATAN BERTEMA

Pengenalan

Proses Pengajaran dan Pembelajaran di dalam bilik darjah sentiasa berkembang

seiring dengan peredaran zaman dan perkembangan dunia dan teknologi.Sepertimana

umur manusia sentiasa meningkat,begitu juga dengan pengetahuan yang perlu bergerak

seiring.Sekiranya tidak sesuatu kaum atau bangsa itu akan ketinggalan dalam dunia

pendidikan.

Pendekatam bertema bermaksud menggunakan pelbagai kaedah pengajaran dan

pembelajaran,pelbagai mata pelajaran,budaya dan kepakaran digunapakai serentak dan

digabungjalinkan bersama dalam sesuatu masa.Ia juga merangkumi pelbagai koleksi

bahan,susunan konsep,juga aktiviti atau teknik yang digunapakai.Menurut Kostelnik

(1989),” Theme teaching involves offering children an array of activities built around a

central idea.”

Machedo (1989) juga sependapat iaitu tema merupakan koleksi aktiviti mengenai

sesuatu subjek atau idea yang tertentu.Subjek atau idea ini merangkumi banyak bidang

kurikulum dan menyeluruh.Pendekatan bertema menyediakan kandungan dan kerangka

kerja untuk susunan aktiviti pembelajarandan merentasi pelbagai bidang. Pengajaran

yang disampaikan adalah secara berperingkat-peringkat berdasarkan tahap umur dan

pengetahuan sedia ada kanak-kanak.Tema boleh dianggap sebagai rangsangan ke arah

pembelajaran

JENIS-JENIS TEMA

2

Page 3: PENDEKATAN BERTEMA

Terdapat tiga jenis tema yang mendasari keperluan pendidikan asas dalam perkembangan

kanak-kanak.

Tema Persekitaran

Tiga elemen persekitaran yang mempunyai kaitan dengan organisma hidup ialah

alam semulajadi,buatan manusia dan teknologi.Keseimbangan ekosistem akan

membentuk kehidupan dengan harmoni.Namun begitu dengan perubahan sains dan

teknologi serta keperluan untuk menampung pertambahan jumjah bilangan pemduduk

dunia,penerokaan hutan berleluasa.Ini menyebabkan kawasan hutan yang membekalkan

oksigen serta makanan semakin berkurangan.Teknologi yang tidak terkawal ini

memberikan kesan yang besar pada suhu dunia. Oleh itu Seni Dalam Pendidikan

membuka ruang untuk memperkenalkan matlamat-matlamat artistic,melahirkan

cendikiawan dlam penghasilan dan persembahan dengan gabungan pelbagai tema dalam

Pengajaran dan Pembelajaran.Teknologi yang menarik ini diharap dapat menarik minat

dan menjadi motivasi pada murid-murid untuk melibatkan diri dalam bidang kesenian.

Terdapat tiga elemen persekitaran yang telah dikenalpasti mempunyai kaitan

dengan Seni Dalam Pendidikan.Iaitu persekitaran alam semulajadi.persekitaran buatan

manusia dan persekitaran teknologi.

Persekitaran alam semulajadi

Alam semulajadi merupakan sumber kelangsungan kehidupam

manusia.Makanan,pakaian,tempat kediaman adalah sumber asas untuk manusia

meneruskan hidup.Apabila alam semulajadi terlalu banyak dieksploitasi untuk

kepentingan manusia demi pembangunan dan perindustrian seiring dengan

perkembangan dan perubahan dunia.Dalam elemen Seni Dalam Pendidikan,kanak-kanak

akan didedahkan dengan lebih jelas tentang peranan dan pengetahuan mereka mengenai

alam semulajadi.

3

Page 4: PENDEKATAN BERTEMA

Mereka juga dididik agar peka dan menghargai serta sama-sama

bertanggungjawab untuk menjaga dan menangani alam yang seimbang.Secara tidak

langsung mereka akan membesar dan menjadi warganegara yang mesra alam.

Persekitaran buatan manusia

Manusia meneroka alam demi keperluan untuk meneruskan kehidupan.Ini

merangkumi rumah sebagai tempat untuk berteduh dari panas dan hujan,keperluan untuk

mendapatkan pendidikan dengan terdirinya bangunan seperti sekolan dan pusat

pengajian,bangunan untuk tempat bekerja seperti pembinaan kilang-kilang,meneroka

hutan untuk membina jalan-jalan untuk pengangkutan dan lain-lain lagi.

Seni dalam pendidikan memberi pendedahan kepada kanak-kanak untuk

menggunakan elemen-elemen alam untuk mengatasi atau mengurangkan kesan-kesan

buruk yang mungkin timbul akibat buatan manusia ini.Contohnya untuk mengurangkan

kos kehidupan dan membantu menyelamatkan alam,bahan-bahan yang sudah digunakan

boleh dikitar semula.Secata tidak langsung kaedah ini boleh menjimatkan wang,tenaga

dan pengunaan tempat pelupusan.

Penggabungan tema-tema juga boleh diaplikasikan.Contohnya bunyi-bunyi yang

timbul kesan daripada persekitaran buatan manusia ini boleh mewujudkan elemen muzik

yang terhasil dari penggunaan alat-alat tertentu.Bunyi yang kuat dan perlahan akan

terhasil secara harmoni dan memberi impak yang besar kepada kanak-kanak.Begitu juga

dalam seni visual murid akan membuat demonstrasi dengan sapuan berus menikut bunyi

yang mereka dengar disekeliling mereka.Dalam Pendidikan Jasmani murid boleh

mengguna bahan kitar semula bagi mendemonstrasikan pergerakan manipulatif.

Persekitaran Teknologi

4

Page 5: PENDEKATAN BERTEMA

Tema dalam persekitaran digunapakai dalam hamper keseluruhan mata

pelajaran.Diperingkat sekolah rendah,antara mata pelajaran yang terlibat adalah Bahasa

Melayu,Sains,Matematik,Pendidikan Jasmani dan Kesihatan,Muzik dan lain-lain lagi.Ini

termasuklah teknologi yang bercorak globalisasi,penggunaan internet dan pelbagai jenis

pengangkutan.

Seni Dalam Pendidikan menggabungkan pelbagai jenis pendekatan ini dengan

penggunaan tema yang tertentu untukmmemudahkan Pengajaran dan Pembelajaran

diaplikasikan dalam kelas bagi merangsang murid untuk lebih memahami isi kandungan

sesuatu tajuk atau kemahiran yang hendak diperkenalkan.

Tema dan Masyarakat

Kewujudan manusia sejak berzaman memperlihatkan proses perkaitan dan

perkongsian keperluan asas yang sama.Keperluan untuk memiliki dan

dimiliki,menyayangi dan disayangi,rasa selamat untuk melakukan iktiviti

harian,mendapat kejayaan dalam apa jua bidang yang diceburi adalah naluri normal

semua manusia.Kehidupan untuk bersosial dan menerapkan budaya serta cara hidup

masing-masing tidak dapat dipisahkan.

Tema Komunikasi.

Komunikasi atau perhubungan antara manusia secara Verbal atau Bukan Verbal

adalah merujuk kepada perlakuan dan tindak balas seseorang untuk memberi dan

menerima berita.

Terdapat pelbagai bentuk komunikasi antara kita.Percakapan atau perbualan,gaya

kita berinteraksi,fizikal yang memberi respons ketika bercakap malah kesenyapan juga

adalah satu bentuk komunikasi.Seni Dalam Pendidikan mendidik murid untuk

menyampaikan atau berkomunikasi melalui pelbagai eleman.Antaranya teknik

menggambar,kolaj,mencipta sesuatu objek dari bahan terbuang dan lain-lain lagi.

5

Page 6: PENDEKATAN BERTEMA

PENGGABUNGJALINAN PENDEKATAN BERTEMA

KELEBIHAN PENDEKATAN BERTEMA

Pendidikan Jasmani-permainan ayam

dan musang-meniru cara haiwan

bergerak

Pendidikan Jasmani-permainan ayam

dan musang-meniru cara haiwan

bergerak

Muzik-menyanyikan lagu

Bunyi binatang-melakukan gerakan

mengikut muzik

Muzik-menyanyikan lagu

Bunyi binatang-melakukan gerakan

mengikut muzik

Pendidikan Seni-melukis gambar

haiwan-meneka bunyi

haiwan

Pendidikan Seni-melukis gambar

haiwan-meneka bunyi

haiwan

Bahasa Melayu-bercerita tentang

haiwan-mengeja nama-

nama haiwan

Bahasa Melayu-bercerita tentang

haiwan-mengeja nama-

nama haiwan

Matematik-mengira bilangan

haiwan yang terdapat dalam gambar

-mengira jumlah anggota badan

haiwan

Matematik-mengira bilangan

haiwan yang terdapat dalam gambar

-mengira jumlah anggota badan

haiwan

TEMAHAIWAN

TEMAHAIWAN

6

Page 7: PENDEKATAN BERTEMA

Pendekatan Bertema mampu mewujudkan suasana yang

menyeronokan dan kondusif dalam proses Pengajaran dan

Pembelajaran.

Gabungan pelbagai kaedah dan mata pelajaran ketika guru menyampaikan P&P

memberikan suasana yang menarik perhatian murid untuk menumpukan perhatian

sepenuhnya di dalam kelas.Pendekatan lama yang menggunakan ‘ chalk and talk ‘ sudah

tidak relevan dengan proses pengajaran pada masa kini.Bagi sesebuah kelas yang

mempunyai kapadatan murid,kemungkinan untuk merasa jemu dan bosan serta

merasakan diri mereka dipinggirkan amat tinggi.Kesannya murid akan melakukan kerja-

kerja yang menganggu rakan-rakan atau menyukarkan tugas guru untuk terus

mengajar.Pendekatan bertema memberi pilihan kepada guru untuk mencuri perhatian

murid dengan menggunakan peralatan terkini yang telah disediakan.

Pendekatan Bertema menyemai daya imaginasi melalui

penerokaan.

Kanak-kanak sememangnya gemar berimaginasi.Apa saja yang dipandang ekan

memberikan mereka idea untuk bertindak dan mencipta sesuatu mengikut sudut

pandangan mereka.Contohnya jika dalam subjek Bahasa Melayu mereka diajar tentang

tema pengangkutan iaitu kereta,mereka boleh meneroka dengan mencipta sebuah kereta

dari bahan-bahan terbuang dalam mata pelajaran Seni.Dalam subjek muzik pula mereka

boleh menyanyikan lagu dan bermain permainan lalu lintas dalam Pendidikan Jasmani.

Medium untuk meluahkan perasaan melalui pelbagai

aktiviti berlandaskan pengetahuan dan pengalaman lalu.

7

Page 8: PENDEKATAN BERTEMA

Apabila seharian dihadapkan dengan terlalu banyak informasi yang memerlukan

penggunaan minda,kanak-kanak akan mengalami exhausted iaitu sindrom kelelahan

dan keletihan untuk aktiviti seterusnya.Tetapi dengan pendekatan bertema yang

diamalkan,murid boleh menggunakannya sebagai medium perluahan perasaan,dengan

pelbagai aktiviti yang disediakan oleh guru.Aktiviti ini selalunya akan berlandaskan

pengetahuan sedia ada murid dan juga pengalaman yang telah mereka pernah hadapi dan

rasai.Ekspresi perasaan ini boleh dizahirkan dalam Seni Visual,Muzik,dan juga

Pendidikan Jasmani.Manakala aktiviti yang bersifat ‘exam oriented’ seperti dalam

Matematik,Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu..

Menyemai nila empati,harmoni dan pemahaman sesame insane

yang pelbagai budaya.

Bagi sesebuah Negara yang bernilang kaum,bangsa dan agama seperti

Malaysia,hasrat untuk membentuk masyarakat yang bersatu padu dan hidup dalam

harmoni boleh dicapai dengan mempunyai kesepakatan melalui system pendidikan.Nilai-

nilai murni perlu disemai agar masyarakat berbilang budaya ini boleh menerima

perbezaan yang wujud antara mereka.Walau berbeza fahaman tetapi mampu untuk hidup

dengan harmoni dan saling bantu membentu.Murid juga berpeluang untuk belajar dalam

satu kumpulam untuk menyiapkan projek.

KEKUATAN PENDEKATAN BERTEMA

8

Page 9: PENDEKATAN BERTEMA

Dalam pendekatan bertema murid berpeluang untuk

meluahkan perasaan berdasarkan pengalaman verbal dan non

verbal sama ada berbentuk pergerakan,imej visual,prop,bunyi

dan muzik beralaskan tema yang diberi.

Mereka tidak terikat dan static yang mamungkinkan murid bosan untuk terus

memberi perhatian.Mereka bebas untuk menyatakan perasaan melalui aktiviti yang

diadakan.Mereka melahirkan ekspresi perasaan melalui gerak laku seperti mengikut

arahan guru,ceria ketika dominta melakukan sesuatu,boleh menjawab soalan guru dan

tidak mempunyai masalah untuk berinterasi dengan rakan-rakan lain.

Persembahan akan menjadi lebih menarik melalui pelbagai

aktiviti dan kreativiti yang tinggi.

Guru yang menggunakan pendekatan bertema ketika P&P akan berjaya membuat

muridnya menumpukan perhatian dan di akhir P&P,objektif P&P nya akan dapat

docapai.Murid akan berjaya menguasai kemahiran-kemahiran yang ingin guru

ajarkan.Penilaian berbentuk sumatif dan formatif akan dapat dicapai.Guru juga tidak

menghadapi masalah untuk terus mengajar kemahiran baru atau sukatan baru.

Murid lebih berkeyakinan dan pembelajaran akan lebih menyeronokkan.Ini adalah kerana

murid berpeluang untuk menyemai dan mengaitkan idea-idea dan imaginasi baru yang

dapat menilai kefahaman konsep melaluiaktiviti-aktiviti yang dapat dijalankan

9

Page 10: PENDEKATAN BERTEMA

CABARAN PENDEKATAN BERTEMA

Walaupun pendekatan bertema mempunyai kelebihan dan

kekuatan,tetapi tidak dapat dinafikan ia juga sebenarnya

memberi cabaran yang besar terutamanya ketika

pelaksanaannya.

Cabaran yang besar ini sudah tentu kepada guru-guru yang kurang cekap atau

mahir dalam pengendalian peralatan ICT dan juga pelbagai mata pelajaran.Orientasi dan

sukatan latihan perguruan di IPGM hanya memfokuskan kepada satu bidang (major)

untuk seseorang guru pelatih.Namun mereka juga akan memilih minor dalam subjek

lain.Tetapi apabila pendekatan bertema ini hendak diaplikasikan dalam proses P&P,guru

yang terlibat harus juga mempunyai kepakaran dalam subjek-subjek lain yang ingin

dimasukkan bersama.Ini ditambah pula dengan penggunaan peralatan ICT seperti laptop

dan LCD serta perisian yang banyak.Guru akan menghadapi masalah untuk

mengendalikan jika tanpa latihan yang disediakan.

Sukar untuk menilai skop pemahaman yang luas.

Pendekatan Bertema mempunyai skop dan bidang yang luas untuk diajar kepada

murid dalam masa yang singkat.Ini adalah kerana setiap murid mempunyai kebolehan

dan bakat yang berbeza.Pengetahuan sedia ada murid juga tidak sama.Maka hasilan atau

dapatan dari proses P&P juga akan berbeza.

Perbezaan yang wujud ini akan membentuk ruang dan jarak antara ahli dalam

kumpulan.Bagi murid yang cerdas akan memilih untuk berada dalam kumpulan yang

sama dengannya,manakala bagi murid yang lemah selalunya akan menyendiri dan kurang

mengambil bahagian.Mereka selalunya akan menjadi penomnton untuk setiap aktiviti

yang dijalankan dalam kumpulan.

10

Page 11: PENDEKATAN BERTEMA

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN

Mata pelajaran : Seni Visual

Kelas : 2 Ibnu Sina

Tarikh : 15.September 2009

Tajuk :Menggambar Haiwan Secara Gurisan

Bidang Pembelajaran : Menggambar

Aktiviti : Membuat Gambar Secara Surih

Hasil Pembelajaran : Di akhir pengajaran dan pembelajaran

Murid akan dapat:

i. Melukis dengan kaedah menyurih.

ii. menghasilkan lukisan secara surih

Masa : 8.45-9.45 pagi

Pengetahuan Sedia Ada : Murid sudah mempelajari mengenai haiwan dan

Teknik membuat gambar.

Penerapan Nilai : Bekerjasama,Tekun,Sabar

Bahan Bantu Mengajar : Kertas Lukisan,Crayon dan Lidi

Langkah-Langkah Pengajaran :

Langkah Kandungan Aktiviti P&P Elemen

Bestari

Set Induksi

10 minit

-Guru perkenalkan gambar-gambar

Haiwan dengan menggunakan

Ms word

-Guru dan murid menyanyikan

“Bunyi Binatang’ bersama-sama.

B.Melayu

Muzik

Langkah 1 -Guru bercerita tentang kepentingan B.Melayu

11

Page 12: PENDEKATAN BERTEMA

5 minit

Langkah 1

Haiwan kepada manusia.

-mengeja nama-nama haiwan dan mengira

bilangan anggota badan haiwan seperti kaki

Dan tangan.

-guru membimbing murid mewarnakan

Keseluruhan kertas lukisan dengan warna

Terang dan cerah seperti kuning.

Matematik

Seni Visual

Langkah 2

5 minit Langkah 2

-Guru membimbing murid untuk mewarna

Kan kertas lukisan tadi dengan lapisan

Kedua menggunakan warna yang

Berlainan yang lebih gelap.

Seni Visual

Langkah 3

30 minit Langkah 3

-Murid menyurih kertas lukisan mereka

Mengikut objek haiwan yang mereka

Ketahui dengan menggunakan lidi.

Penutup

10 minit

-Guru memberi teka teki.

-Permainan ayam dan musang

B.Melayu

Pen.Jasmani

Refleksi Guru: Di akhir pengajaran dan pembelajaran murid-murid dapat menguasai

kemahiran yang diajar dengan berjaya melukis gambar haiwan dengan kaedah

menyurih.Murid juga mampu untuk bercerita dan bersoaljawab dengan guru berkenaan

tajuk.Murid juga dapat bersama-sama belajar dalam kumpulan.

Rujukan

12

Page 13: PENDEKATAN BERTEMA

Raja Baharudin Raja Husain, (199). Kursus Amali Pendidikan Seni PMR. Selangor. Pan

Asian Publication Sdn. Bhd.

Raja Baharudin Raja Husain, Mat Aris Suradi, Syed Rukaidar Syed Isa Al-Idroes. (2001).

Panorama Teks Pendidikan Seni. Selangor. Pan Asia Publications Sd. Bhd.

Tee Seok Tin. (2002).Buku Panduan Guru, Huraian Sukatan Pelajaran Pendidikan Seni

Visual, Jabatan Pelajaran Negeri Selangor.

13