022-032/1 · membina rangka karangan, pengajaran bertema, pendekatan proses membina karangan...

38

Upload: tranlien

Post on 08-Aug-2019

269 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: 022-032/1 · membina rangka karangan, pengajaran bertema, pendekatan proses membina karangan merupakan satu teknik yang mampu membantu murid meningkatkan mutu penulisan karangan yang
Page 2: 022-032/1 · membina rangka karangan, pengajaran bertema, pendekatan proses membina karangan merupakan satu teknik yang mampu membantu murid meningkatkan mutu penulisan karangan yang

022-032/1 BAHASA MELAYU SJK

Bahasa Melayu SJK 1 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2013

INSTRUMEN PENTAKSIRAN Kod Mata Pelajaran : 012 (SK), 022 (SJKC), 032 (SJKT) Bentuk Ujian : Ujian Subjektif Markah Penuh : 60 Masa : 1 jam 15 minit

REKA BENTUK INSTRUMEN PENTAKSIRAN Kertas Bahasa Melayu Penulisan UPSR ini mengandungi tiga bahagian, iaitu Bahagian A, Bahagian B dan Bahagian C. Bahagian A terdiri daripada satu (1) soalan respons terhad yang mesti dijawab. Markah

yang diperuntukan ialah 10. Bahagian B terdiri daripada tiga (3) soalan pilihan soalan berbentuk respons terbuka dan

perlu dijawab satu (1). Markah yang diperuntukan ialah 30. Bahagian C terdiri daripada satu (1) soalan respons terhad yang mesti dijawab Markah

yang diperuntukan ialah 20. Konstruk yang diukur ialah: a) Keupayaan membina ayat b) Keupayaan menggunakan kata c) Keupayaan menggunakan kosa kata d) Keupayaan melahirkan dan menyampaikan idea e) Keupayaan menggunakan ejaan dan tanda baca PRESTASI CALON SECARA KESELURUHAN Secara keseluruhannya prestasi calon pada tahun ini baik. Calon dapat menulis jawapan mengikut kehendak soalan dan memberikan idea yang bernas serta menyampaikannya dengan ayat yang gramatis. Calon menguasai penggunaan imbuhan, kata ganda dan kata majmuk. Penggunaan kosa kata oleh calon dalam jawapan sangat meluas. Kesalahan ejaan dan tanda baca yang dilakukan oleh calon sangat sedikit. PRESTASI MENGIKUT KUMPULAN CALON Kumpulan Tinggi Calon dalam kumpulan ini menguasai kemahiran menulis dengan baik. Calon dapat menjawab dan menepati kehendak soalan. Pengolahan isi sangat jelas, tepat, tersusun dan menarik. Kesalahan bahasa seperti ejaan dan tanda baca amat sedikit dan tidak menjejaskan jawapan calon.

Page 3: 022-032/1 · membina rangka karangan, pengajaran bertema, pendekatan proses membina karangan merupakan satu teknik yang mampu membantu murid meningkatkan mutu penulisan karangan yang

Bahasa Melayu SJK 2 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2013

Kumpulan Sederhana Calon dalam kumpulan ini memahami arahan dan kehendak soalan. Isi yang dikemukakan mudah dan ringkas. Calon menggunakan ayat tunggal dalam jawapan. Kata dan kosa kata yang digunakan terhad dan kurang sesuai dengan soalan. Terdapat kesalahan dalam struktur ayat, imbuhan, ejaan dan tanda baca tetapi tidak menjejaskan ayat. Penyampaian dan pengolahan idea yang mudah dan ringkas dengan penyampaian yang kurang menarik. Jawapan juga tidak disertai dengan huraian dan contoh. Kumpulan Rendah Calon dalam kumpulan ini tidak memahami kehendak soalan. Pengolahan idea tidak jelas dan tidak tepat. Calon melakukan banyak kesalahan struktur ayat, kata, kosa kata, ejaan dan tanda baca.

Page 4: 022-032/1 · membina rangka karangan, pengajaran bertema, pendekatan proses membina karangan merupakan satu teknik yang mampu membantu murid meningkatkan mutu penulisan karangan yang

Bahasa Melayu SJK 3 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2013

PRESTASI TERPERINCI Bahagian A

Calon dikehendaki menulis lima ayat yang lengkap tentang lima suasana ketika membeli-belah di pasar raya. Contoh: berjalan pulang, menjinjing, mencuba, bermain, memegang belon, berbaris

Page 5: 022-032/1 · membina rangka karangan, pengajaran bertema, pendekatan proses membina karangan merupakan satu teknik yang mampu membantu murid meningkatkan mutu penulisan karangan yang

Bahasa Melayu SJK 4 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2013

Kekuatan Calon

Calon dapat menulis ayat yang lengkap dan menepati gambar yang diberi. Ayat yang ditulis juga menepati kehendak soalan. Mereka menggunakan perbendaharaan kata yang meluas seperti menjinjing, pelanggan, memimpin tangan, menunggang, kuda-kudaan, juruwang dan kaunter bayaran.

Page 6: 022-032/1 · membina rangka karangan, pengajaran bertema, pendekatan proses membina karangan merupakan satu teknik yang mampu membantu murid meningkatkan mutu penulisan karangan yang

Bahasa Melayu SJK 5 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2013

Kelemahan Calon

Calon menggunakan ayat tunggal dan tidak gramatis. Perbendaharaan kata yang digunakan oleh calon amat terhad. Terdapat banyak kesalahan struktur ayat dan tidak menguasai tanda baca serta ejaan.

Page 7: 022-032/1 · membina rangka karangan, pengajaran bertema, pendekatan proses membina karangan merupakan satu teknik yang mampu membantu murid meningkatkan mutu penulisan karangan yang

Bahasa Melayu SJK 6 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2013

Kesilapan Calon

Calon melakukan kesilapan daripada aspek penggunaan kata dan kosa kata. Contoh hous sepatutnya kuda-kudaan market sepatutnya pasar raya yuran sepatutnya harga mainan kuda sepatutnya kuda mainan bola sepatutnya belon

Page 8: 022-032/1 · membina rangka karangan, pengajaran bertema, pendekatan proses membina karangan merupakan satu teknik yang mampu membantu murid meningkatkan mutu penulisan karangan yang

Bahasa Melayu SJK 7 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2013

Bahagian B Soalan 1 Kamu telah mengalami satu peristiwa yang sangat menggembirakan. Tulis peristiwa tersebut. Calon dikehendaki menulis satu peristiwa yang menggembirakan seperti berkelah, membantu mangsa kemalangan, sambutan hari guru, memperoleh keputusan cemerlang dalam ujian dan sebagainya. Kekuatan Calon

Contoh 1:

Page 9: 022-032/1 · membina rangka karangan, pengajaran bertema, pendekatan proses membina karangan merupakan satu teknik yang mampu membantu murid meningkatkan mutu penulisan karangan yang

Bahasa Melayu SJK 8 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2013

Page 10: 022-032/1 · membina rangka karangan, pengajaran bertema, pendekatan proses membina karangan merupakan satu teknik yang mampu membantu murid meningkatkan mutu penulisan karangan yang

Bahasa Melayu SJK 9 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2013

Page 11: 022-032/1 · membina rangka karangan, pengajaran bertema, pendekatan proses membina karangan merupakan satu teknik yang mampu membantu murid meningkatkan mutu penulisan karangan yang

Bahasa Melayu SJK 10 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2013

Contoh 2:

Page 12: 022-032/1 · membina rangka karangan, pengajaran bertema, pendekatan proses membina karangan merupakan satu teknik yang mampu membantu murid meningkatkan mutu penulisan karangan yang

Bahasa Melayu SJK 11 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2013

Page 13: 022-032/1 · membina rangka karangan, pengajaran bertema, pendekatan proses membina karangan merupakan satu teknik yang mampu membantu murid meningkatkan mutu penulisan karangan yang

Bahasa Melayu SJK 12 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2013

Page 14: 022-032/1 · membina rangka karangan, pengajaran bertema, pendekatan proses membina karangan merupakan satu teknik yang mampu membantu murid meningkatkan mutu penulisan karangan yang

Bahasa Melayu SJK 13 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2013

Contoh 3:

Page 15: 022-032/1 · membina rangka karangan, pengajaran bertema, pendekatan proses membina karangan merupakan satu teknik yang mampu membantu murid meningkatkan mutu penulisan karangan yang

Bahasa Melayu SJK 14 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2013

Calon memahami kehendak soalan yang diberi iaitu menulis satu peristiwa yang menggembirakan berdasarkan pengalaman calon. Karangan dapat ditulis dengan baik kerana tajuk ini tidak membataskan idea calon. Penggunaan pelbagai ayat yang gramatis dan menepati kehendak soalan. Pengolahan idea sangat baik, penyampaian yang jelas, tersusun dan menarik.

Page 16: 022-032/1 · membina rangka karangan, pengajaran bertema, pendekatan proses membina karangan merupakan satu teknik yang mampu membantu murid meningkatkan mutu penulisan karangan yang

Bahasa Melayu SJK 15 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2013

Kelemahan Calon

Calon mempunyai idea tetapi pengolahan idea tidak jelas, tidak tepat dan tidak berkaitan dengan kehendak soalan. Perbendaharaan kata yang digunakan sangat terhad. Terdapat banyak kesalahan struktur ayat, ejaan dan tanda baca.

Page 17: 022-032/1 · membina rangka karangan, pengajaran bertema, pendekatan proses membina karangan merupakan satu teknik yang mampu membantu murid meningkatkan mutu penulisan karangan yang

Bahasa Melayu SJK 16 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2013

Kesilapan Calon

Idea yang disampaikan oleh calon tidak melibatkan diri calon sendiri.

Page 18: 022-032/1 · membina rangka karangan, pengajaran bertema, pendekatan proses membina karangan merupakan satu teknik yang mampu membantu murid meningkatkan mutu penulisan karangan yang

Bahasa Melayu SJK 17 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2013

Soalan 2 Bersukan memberi banyak kebaikan kepada kita. Tulis karangan tentang ‘Kebaikan Bersukan’. Calon dikehendaki menulis karangan tentang kebaikan atau faedah daripada aktiviti bersukan.

Kekuatan Calon

Page 19: 022-032/1 · membina rangka karangan, pengajaran bertema, pendekatan proses membina karangan merupakan satu teknik yang mampu membantu murid meningkatkan mutu penulisan karangan yang

Bahasa Melayu SJK 18 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2013

Page 20: 022-032/1 · membina rangka karangan, pengajaran bertema, pendekatan proses membina karangan merupakan satu teknik yang mampu membantu murid meningkatkan mutu penulisan karangan yang

Bahasa Melayu SJK 19 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2013

Calon memahami kehendak soalan yang diberi iaitu memberikan faedah atau kebaikan daripada aktiviti bersukan. Pelbagai ayat yang gramatis dan mengandungi kata serta kosa kata yang meluas digunakan. Pengolahan idea juga sangat baik, penyampaian yang jelas, tersusun dan menarik. Kelemahan Calon Contoh 1:

Page 21: 022-032/1 · membina rangka karangan, pengajaran bertema, pendekatan proses membina karangan merupakan satu teknik yang mampu membantu murid meningkatkan mutu penulisan karangan yang

Bahasa Melayu SJK 20 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2013

Contoh 2:

Calon tidak memahami kehendak soalan dan tidak menjawab tugasan. Idea yang diberi berkaitan cara-cara bersukan. Ayat yang ditulis tidak gramatis. Jawapan mengandungi pelbagai kesalahan struktur ayat, kata, imbuhan, ejaan dan tanda baca.

Page 22: 022-032/1 · membina rangka karangan, pengajaran bertema, pendekatan proses membina karangan merupakan satu teknik yang mampu membantu murid meningkatkan mutu penulisan karangan yang

Bahasa Melayu SJK 21 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2013

Kesilapan Calon

Calon tidak menulis tentang kebaikan bersukan. Sebaliknya calon menulis tentang jenis dan aktiviti sukan.

Page 23: 022-032/1 · membina rangka karangan, pengajaran bertema, pendekatan proses membina karangan merupakan satu teknik yang mampu membantu murid meningkatkan mutu penulisan karangan yang

Bahasa Melayu SJK 22 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2013

Soalan 3 Baru-baru ini, sekolah kamu telah mengadakan sambutan Hari Kemerdekaan. Tulis catatan kamu semasa sambutan Hari Kemerdekaan tersebut. Calon dikehendaki menulis catatan tentang sambutan Hari Kemerdekaan di sekolah. Kekuatan Calon

Page 24: 022-032/1 · membina rangka karangan, pengajaran bertema, pendekatan proses membina karangan merupakan satu teknik yang mampu membantu murid meningkatkan mutu penulisan karangan yang

Bahasa Melayu SJK 23 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2013

Page 25: 022-032/1 · membina rangka karangan, pengajaran bertema, pendekatan proses membina karangan merupakan satu teknik yang mampu membantu murid meningkatkan mutu penulisan karangan yang

Bahasa Melayu SJK 24 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2013

Calon dapat menulis karangan mengikut format catatan. Idea-idea yang diberi menepati kehendak soalan iaitu sambutan Hari Kemerdekaan yang diadakan di sekolah. Penggunaan pelbagai ayat yang gramatis mengandungi kata dan kosa kata yang meluas. Pengolahan idea sangat baik, penyampaian yang jelas, tersusun dan menarik.

Page 26: 022-032/1 · membina rangka karangan, pengajaran bertema, pendekatan proses membina karangan merupakan satu teknik yang mampu membantu murid meningkatkan mutu penulisan karangan yang

Bahasa Melayu SJK 25 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2013

Kelemahan Calon Contoh 1:

Page 27: 022-032/1 · membina rangka karangan, pengajaran bertema, pendekatan proses membina karangan merupakan satu teknik yang mampu membantu murid meningkatkan mutu penulisan karangan yang

Bahasa Melayu SJK 26 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2013

Contoh 2:

Jawapan tidak mematuhi format yang betul walaupun idea yang dikemukakan menepati soalan. Pengolahan idea mudah dan ringkas serta penyampaian yang kurang menarik. Terdapat kesalahan ejaan dan tanda baca. Ayat yang ditulis pula tidak gramatis.

Page 28: 022-032/1 · membina rangka karangan, pengajaran bertema, pendekatan proses membina karangan merupakan satu teknik yang mampu membantu murid meningkatkan mutu penulisan karangan yang

Bahasa Melayu SJK 27 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2013

Kesilapan Calon Contoh 1:

Page 29: 022-032/1 · membina rangka karangan, pengajaran bertema, pendekatan proses membina karangan merupakan satu teknik yang mampu membantu murid meningkatkan mutu penulisan karangan yang

Bahasa Melayu SJK 28 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2013

Page 30: 022-032/1 · membina rangka karangan, pengajaran bertema, pendekatan proses membina karangan merupakan satu teknik yang mampu membantu murid meningkatkan mutu penulisan karangan yang

Bahasa Melayu SJK 29 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2013

Contoh 2:

Jawapan yang ditulis tidak melibatkan sambutan Hari Kemerdekaan di sekolah

Page 31: 022-032/1 · membina rangka karangan, pengajaran bertema, pendekatan proses membina karangan merupakan satu teknik yang mampu membantu murid meningkatkan mutu penulisan karangan yang

Bahasa Melayu SJK 30 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2013

Bahagian C

Calon dikehendaki menulis empat nilai yang tersirat beserta contoh yang sesuai berdasarkan petikan. Contoh: menghormati ibu, bertanggungjawab, menjaga keselamatan diri, bersopan santun, berdikari, berhati-hati, sedia memaafkan, menghargai masa, berbudi bahasa, baik hati dan prihatin.

Page 32: 022-032/1 · membina rangka karangan, pengajaran bertema, pendekatan proses membina karangan merupakan satu teknik yang mampu membantu murid meningkatkan mutu penulisan karangan yang

Bahasa Melayu SJK 31 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2013

Kekuatan Calon Contoh 1:

Page 33: 022-032/1 · membina rangka karangan, pengajaran bertema, pendekatan proses membina karangan merupakan satu teknik yang mampu membantu murid meningkatkan mutu penulisan karangan yang

Bahasa Melayu SJK 32 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2013

Contoh 2:

Jawapan mengandungi empat nilai yang betul beserta huraian lengkap berdasarkan petikan yang diberi. Ayat yang dikemukakan gramatis. Imbuhan, kosa kata, penanda wacana, ejaan dan tanda baca yang digunakan adalah betul.

Page 34: 022-032/1 · membina rangka karangan, pengajaran bertema, pendekatan proses membina karangan merupakan satu teknik yang mampu membantu murid meningkatkan mutu penulisan karangan yang

Bahasa Melayu SJK 33 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2013

Kelemahan Calon

Nilai yang dikemukakan dalam jawapan adalah salah. Namun terdapat juga nilai yang diberi betul tetapi huraian yang diberi tidak bertepatan dengan petikan. Calon tidak menguasai penggunaan imbuhan, ejaan dan tanda baca.

Page 35: 022-032/1 · membina rangka karangan, pengajaran bertema, pendekatan proses membina karangan merupakan satu teknik yang mampu membantu murid meningkatkan mutu penulisan karangan yang

Bahasa Melayu SJK 34 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2013

Kesilapan Calon Contoh 1:

Contoh 2:

Page 36: 022-032/1 · membina rangka karangan, pengajaran bertema, pendekatan proses membina karangan merupakan satu teknik yang mampu membantu murid meningkatkan mutu penulisan karangan yang

Bahasa Melayu SJK 35 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2013

Contoh 3:

Jawapan calon tiada penanda wacana dan terdapat jawapan yang menyalin ayat cakap ajuk daripada petikan.

Page 37: 022-032/1 · membina rangka karangan, pengajaran bertema, pendekatan proses membina karangan merupakan satu teknik yang mampu membantu murid meningkatkan mutu penulisan karangan yang

Bahasa Melayu SJK 36 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2013

SARANAN KEPADA CALON Bahagian A 1. Calon mestilah membaca arahan dengan teliti sebelum menjawab soalan.

Mereka perlu mengenal pasti kehendak soalan iaitu suasana yang terdapat dalam gambar sebelum menulis ayat.

2. Bulatkan aktiviti atau suasana yang dilakukan oleh pelaku (watak). Seterusnya, menulis dan mencatat kata kerja yang tepat berkaitan gambar yang telah dibulatkan. Kemudian, bina lima ayat yang lengkap. Setiap ayat mestilah ditulis dalam bentuk penomboran (1 hingga 5). Setiap nombor mempunyai satu ayat sahaja. Calon diingatkan hanya menulis lima ayat.

Bahagian B 1. Calon perlu membaca dan memahami arahan dan kehendak soalan. Baca

ketiga-tiga soalan yang diberi sebelum membuat pilihan. Garisi kehendak soalan yang dibaca tadi. Kemudian, pilih soalan yang boleh dikuasai dengan baik. Bagi karangan yang berformat, hendaklah menulis karangan dengan format yang betul.

2. Sebelum menulis, bina rangka karangan berdasarkan kehendak soalan. Karangan mestilah dimulakan dengan pendahuluan, pemerengganan isi dan diakhiri dengan penutup.

Bahagian C 1. Arahan dan kehendak soalan perlu difahami dengan jelas. 2. Garisi frasa yang mempunyai nilai dan senaraikan nilai-nilai yang diperoleh. 3. Pilih empat nilai yang tepat dan tulis jawapan dalam satu perenggan. 4. Pastikan huraian yang ditulis mesti berkaitan dengan petikan. 5. Bagi menghasilkan jawapan yang baik, calon perlu menggunakan penanda

wacana yang sesuai seperti di samping itu, selain itu, seterusnya dan sebagainya.

6. Semak semula setiap jawapan yang telah ditulis. Elakkan pengaruh bahasa ibunda dalam ayat. Bagi menghasilkan penulisan yang baik, calon perlu banyak membuat latihan penulisan serta membuat rujukan daripada pelbagai sumber.

Page 38: 022-032/1 · membina rangka karangan, pengajaran bertema, pendekatan proses membina karangan merupakan satu teknik yang mampu membantu murid meningkatkan mutu penulisan karangan yang

Bahasa Melayu SJK 37 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2013

SARANAN KEPADA GURU 1. Guru perlu menggunakan buku teks dalam pengajaran serta bahan rujukan lain

sebagai panduan. Penggunaan Buku Daftar Kata yang dibekalkan oleh Bahagian Perkembangan Kurikulum haruslah dititikberatkan bagi peluasan kosa kata murid.

2. Pelbagai strategi, pendekatan, kaedah dan teknik boleh digunakan oleh guru dalam proses pembelajaran dan pengajaran bagi menarik minat murid. Teknik membina rangka karangan, pengajaran bertema, pendekatan proses membina karangan merupakan satu teknik yang mampu membantu murid meningkatkan mutu penulisan karangan yang mantap dan menarik.

3. Bagi membantu murid mengatasi kelemahan dalam penulisan, guru perlulah memberi bimbingan secara terperinci berkaitan kekuatan dan kelemahan tugasan yang dihasilkan oleh murid. Hasil-hasil karangan yang cemerlang dipamerkan di sudut bacaan atau di ruangan bahasa sebagai satu rangsangan kepada murid lain untuk dijadikan contoh.

4. Dalam proses pembelajaran dan pengajaran, setiap kemahiran dengar tutur, membaca dan menulis perlu dilaksanakan bagi memastikan murid menguasai kemahiran asas bagi menghasilkan karangan yang baik. Guru perlu memberi perhatian kepada murid yang masih belum menguasai penulisan dengan memberikan pelbagai bentuk latihan seperti karangan berpandu, karangan separa berpandu, karangan terkawal, karangan separa terkawal serta karangan bebas mengikut tahap kemampuan murid.

5. Kepelbagaian jenis karangan wajar didedahkan kepada murid dengan memberi contoh-contoh sebagai bahan rangsangan. Guru mestilah memberi penerangan dan penekanan format karangan agar murid dapat menulis karangan yang lengkap dengan tepat.