pendahuluan 2

30
1.0 PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan Kemahiran Hidup Sekolah Rendah (KHSR) adalah satu mata pelajaran dalam Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah. Mata pelajaran ini bercorak amali dan diajar dalam tahap dua di sekolah-sekolah rendah di seluruh Malaysia. Mata pelajaran ini juga digubal untuk menanam kesedaran celik teknologi melalui penguasaan kemahiran praktis dan pengetahuan serta pemupukan sikap yang positif berasaskan teknologi dan keusahawanan. Pembentukan sebuah masyarakat yang berorientasikan teknologi dan keusahawanan ini adalah selaras dengan hasrat negara dan bersesuaian dengan perkembangan teknologi dan keusahawanan yang pesat pada masa ini. Oleh itu usaha yang dibuat melalui pendidikan adalah untuk membolehkan masyarakat peka terhadap perkembangan teknologi dan berupaya menangani cabaran. Sebagai langkah awal bagi melahirkan masyarakat yang cenderung ke arah ini, kemahiran praktis berasaskan reka bentuk dan teknologi serta keusahawanan didedahkan kepada murid melalui mata pelajaran ini. Dalam mata pelajaran ini tumpuan utama adalah kepada penguasaan kemahiran dalam Bidang Reka Bentuk dan Teknologi serta Perniagaan dan Keusahawanan. Kemahiran dalam Bidang Reka Bentuk dan Teknologi membolehkan murid mengeluarkan idea yang kreatif, inovatif dan inventif. Melalui mata pelajaran ini juga sikap yang positif di kalangan murid dapat dipupuk. Dalam sesuatu aktiviti yang dijalankan murid berpeluang mengamalkan budaya kerja yang baik seperti mengutamakan keselamatan, bekerja secara bersistematik, bekerjasama, bertanggungjawab dan berdisiplin. Selain itu, KHSR juga dapat memberikan murid ruang untuk mengembangkan imaginasi dan daya kreativiti di samping mendedahkan dan menggalakkan mereka ke arah keusahawanan. Mata pelajaran ini juga memberi murid kesedaran tentang perlunya menjaga alam sekitar dan penghargaan terhadap kerja dalam bidang kejuruteraan, reka bentuk dan perniagaan. Kesemua ini akan menyumbang kepada hasrat untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis seperti yang termaktub dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan. 1

Upload: azrafasri

Post on 24-Nov-2015

48 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

bn

TRANSCRIPT

1.0 PENDAHULUAN1.1 PengenalanKemahiran Hidup Sekolah Rendah (KHSR) adalah satu mata pelajaran dalam Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah. Mata pelajaran ini bercorak amali dan diajar dalam tahap dua di sekolah-sekolah rendah di seluruh Malaysia. Mata pelajaran ini juga digubal untuk menanam kesedaran celik teknologi melalui penguasaan kemahiran praktis dan pengetahuan serta pemupukan sikap yang positif berasaskan teknologi dan keusahawanan. Pembentukan sebuah masyarakat yang berorientasikan teknologi dan keusahawanan ini adalah selaras dengan hasrat negara dan bersesuaian dengan perkembangan teknologi dan keusahawanan yang pesat pada masa ini. Oleh itu usaha yang dibuat melalui pendidikan adalah untuk membolehkan masyarakat peka terhadap perkembangan teknologi dan berupaya menangani cabaran. Sebagai langkah awal bagi melahirkan masyarakat yang cenderung ke arah ini, kemahiran praktis berasaskan reka bentuk dan teknologi serta keusahawanan didedahkan kepada murid melalui mata pelajaran ini.Dalam mata pelajaran ini tumpuan utama adalah kepada penguasaan kemahiran dalam Bidang Reka Bentuk dan Teknologi serta Perniagaan dan Keusahawanan. Kemahiran dalam Bidang Reka Bentuk dan Teknologi membolehkan murid mengeluarkan idea yang kreatif, inovatif dan inventif. Melalui mata pelajaran ini juga sikap yang positif di kalangan murid dapat dipupuk. Dalam sesuatu aktiviti yang dijalankan murid berpeluang mengamalkan budaya kerja yang baik seperti mengutamakan keselamatan, bekerja secara bersistematik, bekerjasama, bertanggungjawab dan berdisiplin. Selain itu, KHSR juga dapat memberikan murid ruang untuk mengembangkan imaginasi dan daya kreativiti di samping mendedahkan dan menggalakkan mereka ke arah keusahawanan. Mata pelajaran ini juga memberi murid kesedaran tentang perlunya menjaga alam sekitar dan penghargaan terhadap kerja dalam bidang kejuruteraan, reka bentuk dan perniagaan. Kesemua ini akan menyumbang kepada hasrat untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis seperti yang termaktub dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan.Pendekatan pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran ini dirancang untuk mempertingkatkan kemampuan murid dalam kemahiran proses dan kemahiran manipulatif bersesuaian dengan pengalaman seharian mereka. Seberapa yang boleh, kaedah penemuan, kajian kes, permainan pendidikan dan latihan semulasi digunakan dalam pengajaran. Pembelajaran diaturkan sebegitu rupa untuk memberikan suatu pengalaman yang seronok, berilmu dan mencabar tahap kognitif murid.Menurut Mok Soon Sang (2000), hampir setiap sesi pengajaran dan pembelajaran yang dilakukan sama ada di dalam kelas ataupun di bengkel untuk setiap tajuk matapelajaran Kemahiran Hidup memerlukan murid melakukan kerja-kerja amali atau projek. Guru yang mempunyai kebolehan melakukan kerja-kerja praktikal biasanya lebih bermotivasi untuk menjalankan sesi pengajaran dan pembelajaran berbanding dengan guru yang kurang menguasai kemahiran praktikal. Seperti yang diketahui umum bahawa proses pengajaran dan pembelajaran ( P&P ) yang berkesan merupakan sesuatu perkara yang penting. Hal ini dapat diukur dari segi tindakbalas pelajar contohnya melalui peperiksaan ataupun ujian yang diadakan oleh guru bagi sesuatu matapelajaran tersebut. Kepelbagaian dalam kaedah pengajaran yang berkesan seharusnya ada dalam diri setiap warga pendidik. Hal ini dimana, setiap guru haruslah menguasai kaedah pengajaran yang berkesan bagi memastikan proses pengajaran dan pembelajaran berlaku dengan lancar serta memberi impak positif kepada para pelajar. Terdapat pelbagai kaedah pengajaran yang dilaksanakan oleh seseorang guru semasa proses P&P iaitu kaedah perbincangan, simulasi, projek, modul, main peranan, kuliah, dan tunjuk ajar.Menurut mcintosh (1996) menyatakan bahawa proses pengajaran dan pembelajaran yang dilaksanakan secara satu hala kurang berkesan jika dibandingkan dengan proses pembelajaran yang dilaksanakan dalam bentuk diskusi, soalan ataupun latihan. Hal ini kerana, dengan adanya penglibatan pelajar dalam proses pengajaran dan pembelajaran, ia dapat meningkatkan kefahaman mereka tentang sesuatu subjek yang dipelajari.

Selain itu, penglibatan secara aktif oleh para pelajar akan menyebabkan mereka lebih tertarik ataupun lebih berminat dengan topik yang ingin mereka pelajari pada hari tersebut. Justeru itu, guru seharusnya memainkan peranan yang penting dalam menentukan kaedah yang terbaik supaya pelajar sentiasa berminat tentang apa yang dipelajari serta dapat meningkatkan kefahaman dan juga memberi pengukuhan terhadap maklumat ataupun isi pelajaran yang telah dipelajari.Bagi pelajar yang lemah dalam matapelajaran yang melibatkan kemahiran, mereka akan kurang berminat terhadap apa yang dipelajari apabila mereka tidak memahami sesuatu kemahiran. Dalam kajian Mohamad Sobri (2000), guru-guru yang mengajar dengan hanya menggunakan buku teks sebagai bahan pengajaran menjadikan murid lebih mudah menjadi bosan. Hal ini kerana, pengajaran guru tersebut tidak kreatif dan guru tersebut tidak cuba untuk mengubah kaedah pengajarannya. Disamping itu, kuranganya kecindan dalam pengajaran akan menjadikan emosi murid menjadi tertekan dan boleh mendatangkan stress. Terdapat juga guru-guru yang seringkali hanya menggunakan kaedah yang sama dalam proses pengajaran dan pembelajaran, ini menyebabkan tahap kognitif murid tidak dapat berkembang dan hanya berada pada tahap yang sama.Penggunaan kaedah permainan bagi aktiviti amali akan dapat meningkatkan penglibatan murid dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Menurut Huraian Kurikulum Prasekolah Kebangsaan (2003) belajar melalui bermain adalah pendekatan yang terancang dan berstruktur bagi memberi peluang kepada murid belajar dalam suasana yang menggembirakan dan bermakna. Pendekatan belajar melalui bermain diberi penekanan khusus dalam proses pengajaran dan pembelajaran kerana bermain adalah fitrah kanak-kanak. Melalui bermain mereka gembira dan senang hati membuat penerokaan, penemuan pembinaan melalui pengalaman langsung secara semula jadi. Hal ini menujukkan penggunaan kaedah permainan sangat sesuai dilaksanakan pada usia perkembangan murid-murid. Tahap kognitif kanak-kanak yang sedang berkembang perlu ditingkatkan dengan aktiviti yang menyeronokkan dan mencabar supaya murid sentiasa ingin berusaha mencuba untuk menyelesaikan aktiviti tersebut. Penglibatan murid akan menjadi aktif dan seterusnya ilmu yang disampaikan oleh guru dapat diterap dalam minda dan jiwa murid. 1.1Refleksi Pengajaran dan Pembelajaran Lalu

Tajuk Sains Rumah Tangga merupakan salah satu subtopik dalam bidang Reka Bentuk dan Teknologi. Dalam tajuk ini, terdapat beberapa pecahan unit yang perlu diajar kepada murid Tahun 4 mengikut minggu pembelajaran. Pada pengalaman yang lalu, saya telah mengajar murid Tahun 4 Cemerlang dalam tajuk kecil iaitu Mari Belajar Menjahit. Dalam tajuk ini terdapat satu bahagian yang memerlukan murid mempelajari jenis dan kegunaan mata jahitan yang digunakan sebelum menjahit artikel. Memandangkan kelas 4 Cemerlang ialah kelas yang terbelakang, saya perlu mengajar mereka satu persatu supaya mereka tidak terburu-buru untuk melakukan aktiviti menjahit artikel.

Murid-murid perlu mengetahui cara menjahit mata jahitan asas terlebih dahulu sebelum menghasilkan artikel. Masalah ini timbul setelah murid-murid yang diajar tidak memberikan tumpuan sepenuhnya semasa mempelajari tajuk ini. Tajuk jahitan bagi mata pelajaran Rekabentuk dan Teknologi ini merupakan satu tajuk yang agak sukar untuk diberikan penjelasan kepada murid-murid dan guru perlu menggunakan masa yang berlebihan untuk menjelaskan kepada murid-murid bagaimana untuk menjahit satu persatu mata jahitan.

Di samping itu, apabila saya mengarahkan mereka untuk memulakan aktiviti menjahit, mereka tidak dapat melaksanakan aktiviti tersebut dengan baik dan masih terpinga-pinga bagaimana untuk menjahit mata jahitan asas.

Proses pengajaran saya pada waktu itu saya menunjukkan gambar mata jahitan asas melalui pancaran LCD dan menerangkan nama mata jahitan asas tersebut. Kajian daripada Gladwin, R.P. Margerison, D & Walker, S.M. (1990) mendapati bahawa pembelajaran berbantukan komputer dalam proses pengajaran dan pembelajaran membawa banyak kebaikan berbanding cara tradisional. Antara kebaikan tersebut ialah murid-murid dapat memberi tumpuan yang sepenuhnya kepada pengajaran. Hal ini disebabkan terdapat paparan grafik berwarna-warni yang dapat menarik perhatian murid.

Setelah itu saya telah mengedarkan satu lembaran kerja yang mengandungi gambar mata jahitan asas. Murid dikehendaki menulis nama mata jahitan tersebut di tempat kosong yang telah disediakan. Hasil tinjauan awal menunjukkan enam puluh peratus orang murid tidak dapat menjawab soalan kuiz yang diberi dengan betul. Saya beranggapan bahawa murid tidak dapat menguasai subtopik Sains Rumah Tangga ini dengan baik. Bagi murid yang lemah daya ingatan, mereka langsung tidak dapat membezakan antara satu mata jahitan dengan mata jahitan yang lain. Mereka juga tidak dapat mengingati cara dan kaedah untuk menjahit mata jahitan asas ini dengan betul.

Kemudian, saya pula melaksanakan aktiviti demostrasi dengan menunjuk cara bagaimana untuk menjahit tiga mata jahitan asas ini. Pada mulanya, mereka seperti memahami bagaimana untuk menjahit mata jahitan ini. Setelah saya mengarahkan mereka memulakan aktiviti menjahit mata jahitan asas ini, mereka mula bertanya soalan dan bebas bergerak untuk melihat rakan-rakan yang lain.

Selain itu, saya juga menyemak buku latihan murid untuk melihat sejauh mana perkembangan murid dalam menyiapkan kerja rumah yang diberi oleh guru. Terdapat beberapa orang murid yang bukunya tidak lengkap dengan jawapan dan soalan. Saya juga menemu bual guru yang mengajar subjek Rekabentuk sebelum ini untuk mengetahui sikap dan tingkah laku murid ketika sesi pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas.

2.0FOKUS KAJIAN

Kajian ini berfokus untuk melihat keberkesanan penggunaan BBM dalam aktiviti amali melalui aspek minat, kemahiran dan masa yang diambil oleh murid untuk menyiapkannya. Thomas, R.Murray, Swartout, Sherwin G (1963) hanya alat bantu mengajar yang mempunyai komunikatif tinggi yang mampu membantu pelajar memperolehi pengalaman belajar yang berfaedah bagi mengembangkan sikap ilmiahdan sikap sosial, kemantapan emosi dan daya penghargaan. Menurut Ngui Kuen Sang (1981: 35) mengenai BBM, kita tidak dapat memberi takrif yang tetap walaupun pada keseluruhannya ramai pendidik menyetujui bahawa penggunaan BBM dalam situasi pengajaran pembelajaran adalah pengalaman yang melibatkan penggunaan penglihatan dan pandangan seseorang. Atan Long (1982: 174 ) BBM terdiri daripada pelbagai bahan dan sesuatu bahan boleh disampaikan dengan pelbagai cara, misalnya dalam bentuk buku, carta, atau dibubuh pada slaid dan dipancarkanpada skrin. Alat-alat penyampaiannya dinamakan BBM. Penggunaan bahan bantu mengajar memberi sumbangan yang amat besar dalam mempertingkatkan mutu pengajaran dan pembelajaran di kalangan guru dan pelajar. Bahan bantu mengajar ini juga dapat menyelesaikan pelbagai masalah dalam kaedah pengajaran guru yang sentiasa berubah mengikut peredaran zaman (OmardinAshaari, 1999).Berdasarkan pengalaman saya, penggunaan BBM yang biasa menimbulkan beberapa masalah kepada murid. Antara masalahnya yang timbul adalah murid tidak dapat menyiapkan aktiviti jahitan yang diberikan dan murid tidak menunjukkan minat terhadap pengajaran dan pembelajaran guru. Selain itu, kemahiran murid dalam menjahit tidak meningkat.Respon negatif ini berpunca daripada BBM guru yang terlalu biasa dan tidak menarik perhatian murid. Selain itu, aktiviti BBM yang biasa menyebabkan guru tidak mempunyai masa untuk memberi perhatian terhadap keseluruhan murid. Hal ini menyebabkan murid dalam keadaan terumbang-ambing dan seterusnya mereka memberi tanggapan negatif bahawa tajuk tersebut sukar difahami dan dikuasai. BBM yang biasa akan menyebabkan mereka hilang rasa fokus untuk belajar. Kesan daripada kurang fokus terhadap pembelajaran akan menyebabkan murid mula untuk menggangu rakan lain, membuat kerja sendiri atau membuat bising di dalam kelas. Tingkahlaku disruktif ini akan menyebabkan murid akhirnya tidak menyiapkan kerja yang diberi oleh guru. Oleh itu, guru perlu memainkan peranan dengan menggunakan kaedah yang sesuai semasa proses pengajaran dan pembelajaran seperti kaedah bermain.Berkaitan dengan permainan Pellegrini dan Saracho, 1991 (dalam Wood, 1996:3) permainan memiliki sifat sebagai berikut: Pertama, permainan dimotivasi secara personal, kerana memberi rasa kepuasan. Kedua, pemain lebih asyik dengan akviti permainan (sifatnya spontan) seimbang pada tujuannya. Ketiga, aktiviti permainan dapat bersifat non lateral. Keempat, permainan bersifat bebas dari aturan-aturan yang dipaksakan dari luar, dan aturan-aturan yang ada dapat di motivasi oleh para pemainnya. Kelima, permainan memerlukan keterlibatan aktif dari pihak pemainnya.Menurut Framberg (dalam Berky, 1995) permainan merupakan aktiviti yang bersifat simbolik, yang menghadirkan kembali realiti dalam bentuk mengandaikan misalnya, bagaimana jika, atau apakah jika yang penuh dengan makna. Dalam hal ini, permainan dapat menghubungkan pengalaman-pengalaman menyenangkan atau mengasyikkan, bahkan ketika pelajar terlibat dalam permainan secara serius dan mengekalkan sifat sukarela dan motivasi datang dari dalam diri pelajar sendiri secara spontan.Menurut Hidayat (1980:5) permainan memiliki ciri-ciri berikut : Pertama, adanya angkatan peraturan yang eksplisit yang mesti diindahkan oleh para pemain. Kedua, adanya tujuan yang harus dicapai pemain atau tugas yang mesti dilaksanakan.Menurut Hafizuddin Fareis Fisal (2009:23) untuk memilih dan menentukan jenis permainan dalam pembelajaran, guru perlu mempertimbangkan tujuan pembelajaran, bahan pembelajaran dan keadaan atau suasana mahupun sekolah. Dalam tujuan pembelajaran, guru dapat mengembangkan salah satu aspek kognitif, psikomotor atau sosial atau mencampurkan berbagai aspek tersebut. Guru juga perlu mempertimbangkan bahan pembelajaran, kerana bentuk permainan tertentu sesuai untuk bahan tertentu.Permainan tersebut dijalankan secara berperingkat. Murid-murid perlu menjahit jahitan mata jahitan asas dengan kemas pada lubang-lubang yang telah disediakan. Jika murid tersebut memasuki lubang yang salah akan berlaku letupan kecil. Oleh itu, murid tersebut perlu mengulangi jahitan tersebut dari lubang permulaan sehingga menghasilkan mata jahitan asas yang kemas. Jenis mata jahitan yang akan diuji pada kad jahitan tersebut jahitan kia, jelujur halus dan jelujur kasar.Di samping itu, kurangnya minat murid terhadap amali jahitan merupakan masalah dan persoalan kajian ini. Masalah minat dalam pengajaran dan pembelajaran ini perlu dibaiki kerana ia untuk mengelakkan murid daripada kurangnya ilmu kemahiran yang sangat diperlukan dalam kehidupan seharian. Ilmu kemahiran asas menjahit perlu dikuasai oleh setiap individu kerana ia merupakan ilmu yang akan kita gunakan dalam masa yang panjang. Hal ini kerana, menjahit membolehkan kita mencantum kain untuk dijadikan sebagai pelindung kepada persekitaran. Oleh sebab demikian, saya terdetik untuk mengkaji satu kaedah yang dapat meningkatkan minat murid terhadap jahitan. Kaedah permainan berasaskan bahan bantu mengajar merupakan kaedah yang akan digunakan oleh saya terhadap murid. Pengkaji sangat berminat untuk mengkaji masalah ini kerana pengkaji berpendapat bahawa minat murid terhadap sesuatu aspek boleh ditingkatkan dengan menggunakan kaedah tertentu.Selain itu, saya menggunakan kaedah permainan kerana kaedah ini sangat sinonim dengan diri saya. Sifat saya yang pandai memvariasikan permainan supaya menjadikan permainan tersebut lebih menarik menjadi sebab kenapa saya menggunakan kaedah ini. Hasil kajian ini dijangka akan menyumbang kepada matlamat kerjaya kerana apabila murid tersebut minat terhadap aktiviti amali jahitan, mereka akan mendalami kemahiran jahitan dan seterusnya dapat menggunakan kemahiran tersebut untuk membuat pakaian dan seterusnya dapat menjana pendapatan.

Penyelidikan ini sangat penting kerana ia melibatkan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran yang dilaksanakan oleh guru. Proses pengajaran dan pembelajaran akan lebih berkesan sekiranya murid dapat memberikan minat sepenuhnya terhadap apa yang diajar oleh guru. Lahirnya minat terhadap sesuatu pengajaran akan membuatkan murid tersebut secara semulajadi memberikan tumpuan, perhatian dan penglibatan aktif terhadap pengajaran guru. Selain itu, dengan menggunakan alat permainan ini, ia dapat memudahkan guru untuk mengajar tajuk jahitan. Hal ini kerana, guru sudah tidak perlu memikirkan bagaimana cara untuk melakukan amali jahitan kepada murid. Penggunaan Sewing Bomb dapat mengukur setakat mana kemahiran murid-murid kita menjahit. Kita juga dapat mengenalpasti kelemahan murid kita dari segi menjahit. Disamping itu, Sewing Bomb merupakan alat terbaik bagi kita melihat sejauh mana keberkesanan pengajaran awal kita dengan melakukan amali.Objektif utama penggunaan Sewing Bomb adalah untuk meningkatkan minat murid terhadap pengajaran guru. Penggunaan alat ini dijangka dapat menarik minat murid terhadap pengajaran guru. Selain itu, apabila murid menggunakan alat tersebut, mereka akan cuba menyelesaikan permainan tersebut dengan kaedah jahitan. Jahitan yang mereka lakukan akan kemas jika mereka mengikut laluan yang betul iaitu lubang-lubang yang telah disediakan di atas kad jahitan. Hal ini dapat mengajar murid supaya bersifat sabar dan melakukan aktiviti dengan penuh tumpuan kerana mereka perlu memilih laluan yang betul. Penggunaan aktiviti permainan Sewing Bomb ini juga mempunyai secara berperingkat. Setelah mereka berjaya menamatkan satu mata jahitan asas tanpa berlaku sebarang masalah, mereka harus memulakan semula pada lubang permulaan tetapi dengan mata jahitan yang lain. Seterusnya, apabila mereka selesai menggunakan ketiga-tiga mata jahitan asas iaitu jahitan kia, jelujur halus dan jelujur kasar mereka perlu melaksanakan aktiviti mata jahitan asas ini di atas fabrik. Hal ini jelas menunjukkan permainan ini melibatkan psikomotor murid dari aspek jasmani. Aspek jasmani penting kepada perkembangan diri murid kerana ia dapat memberi kecerdasan kepada fizikal dan mental individu. Murid yang cergas fizikal dan mental akan sentiasa berfikiran positif dan memberi penglibatan aktif terhadap aktiviti yang guru berikan.2.1Tinjauan Analisis MasalahTajuk Sains Rumah Tangga mengandungi kemahiran-kemahiran menjahit pelbagai jenis mata jahitan seperti jahitan kia, jelujur kasar dan jelujur halus. Walaupun pada objektif pengajaran kita telah tercapai namun adakah aktiviti tersebut dapat menarik minat murid terutama sekali murid lelaki. Sebanyak mana perhatian dan tumpuan yang diberikan oleh murid lelaki terhadap pengajaran guru bagi tajuk jahitan. Mungkin ada sesetengah murid tekun melaksanakan aktiviti yang kita berikan namun adakah murid itu benar-benar minat terhadap pengajaran kita. Pengalaman yang ditimba oleh saya selama 3 bulan di Sekolah Kebangsaan Bukit Panau cukup meyakinkan saya bahawa sembilan puluh lima murid lelaki tidak memberi tumpuan sewaktu proses pengajaran dan pembelajaran bagi tajuk jahitan. Saya mendapati bahawa murid-murid terutama murid lelaki langsung tidak menunjukkan sebarang minat sewaktu proses pengajaran dan pembelajaran bagi tajuk jahitan. Walhal, saya sudah menjelaskan betapa pentingnya kemahiran menjahit dan kegunaan kemahiran kepada individu pada masa akan datang. Saya telah membuat persepsi bahawa masalah ini terjadi mungkin atas dua sebab utama iaitu masalah bahan bantu mengajar (BBM) dan juga masalah yang datang daripada murid itu sendiri. Saya telah menemu ramah 5 orang murid secara rawak. Hasil daripada temuramah tersebut mendapati majoriti murid mengatakan bahawa mereka tidak minat untuk menjahit. Alasan bagi mereka tidak minat menjahit adalah disebabkan pemerhatian dan tanggapan murid itu sendiri. Kehidupan persekitaran menjadikan punca utama masalah ini. Menurut Amran Schienfeld, persekitaran merujuk kepada luaran seseorang individu dan faktor bakanya yang bermula daripada peringkat persenyawaan. Apabila sesuatu masyarakat yang hidup didalam satu kawasan yang terpencil dan hanya menggunakan pemerhatian mereka sahaja untuk membuat sesuatu keputusan menjadikan fikiran dan ilmu mereka sempit. Menurut W. Edgar Vinacke (1969) menyatakan bahawa persekitaran adalah segala kuasa kompleks yang boleh mempengaruhi perkembangan kognitif kanak-kanak.

Menurut Khusairi Masukidar (2010) faktor-faktor persekitaran selepas lahir yang mempengaruhi perkembangan seseorang ialah rakan sebaya, guru dan sekolah, pemakanan, tempat tinggal, sumber teknologi, sosioekonomi keluarga, asuhan ibu bapa, masyarakat sekeliling, pusat ibadat, kebudayaan, dan kepercayaan masyarakat.

Hal ini dibuktikan oleh murid lelaki tahun 4 Sekolah Kebangsaan Bukit Panau, Tanah Merah yang hanya menganggap aktiviti menjahit hanya boleh dilakukan oleh golongan wanita sahaja. Atas alasan tersebut menjadikan mereka tidak mahu untuk melaksanakan aktiviti menjahit. Pemerhatian yang dibuat oleh murid tersebut adalah tepat kerana mereka hanya melihat golongan wanita sahaja yang menjahit baju di kawasan mereka. Kanak-kanak mempelajari sesuatu perkara berdasarkan apa yang mereka lihat Albert Bandura (1977). Selain itu, menurut murid perempuan pula, aktiviti yang dijalankan oleh guru terlalu formal dan biasa dilihat. Guru mengajar menggunakan kaedah tradisional iaitu dengan mengarahkan murid berkumpul di satu kumpulan dan membuat demonstrasi bagi menjahit mata jahitan asas yang betul. Terdapat murid yang menyukai kaedah tersebut kerana ia dapat menjadikan murid fokus untuk menjahit, namun kaedah tersebut menjadikan hampir keseluruhan murid di kelas menjadi pasif. Hal ini kerana, aktiviti amali yang dilakukan secara bersendirian akan menjadikan murid tidak mempunyai semangat dan bosan untuk melakukannya. Pada tahap kognitif murid yang sedang membesar, rangsangan perlu diberikan kepada mereka untuk meningkatkan tahap penglibatan mereka dalam sesuatu aktiviti. Pendapat ini disokong oleh Amir Hassan dalam Ab. Rahim Hamdan (2006), dalam sebuah bilik darjah, setiap individu mempunyai psikologi dan kebolehan intelek yang berbeza antara satu sama lain. Lantaran itu pengajaran yang dirancang perlu sesuai, disusun (mengikut tahap pelajar) dan disokong (dengan bahan bantu mengajar) bagi meransang perkembangan potensi individu ke tahap yang maksimum. Lantaran itu guru-guru teknikal haruslah bijak dan kreatif dalam pengajarannya dengan memperbanyakkan penggunaan BBM dalam pengajaran mereka. BBM adalah penting dalam pengajaran dan pendidikan kerana ianya dapat meransang minat yang tinggi kepada pelajar untuk belajar.Untuk mengatasi masalah kurangnya minat murid terhadap aktiviti amali guru, maka saya perlu mereka sebuah alat perangsang pembelajaran dalam bentuk bahan bantu mengajar. Bahan bantu mengajar tersebut haruslah berbentuk permainan dimana aktiviti bermain merangsang minat murid dengan cara bersaing dengan rakan dari kumpulan lain. Bahan bantu mengajar itu juga harus direka dengan teliti supaya ia boleh digunakan dalam aktiviti berkumpulan. Kerjasama dalam aktiviti berkumpulan penting kerana ia dapat membuatkan murid berbincangan dan bertukar idea sewaktu melaksanakan aktiviti. Oleh yang demikian, saya memperkenalkan Sewing Bomb iaitu satu alat permainan yang akan menjadi bahan kajian oleh saya untuk melihat sejauh mana keberkesanan alat ini sehingga dapat menarik minat murid terhadap subjek jahitan. Saya akan melaksanakan permainan ini sewaktu proses pengajaran dan pembelajaran, dan kemudian pengkaji akan membuat soal selidik terhadap keseluruhan murid untuk mendapatkan pandangan murid itu terhadap alat permainan yang dilaksanakan oleh guru. Borang soal selidik akan dianalisi untuk mengenal pasti tahap peningkatan minat murid dan untuk melihat kelemahan-kelemahan bahan tersebut dalam proses pembelajaran. Selain itu, permainan ini dijalankan dengan menggunakan kaedah permainan ini secara berperingkat. Saya akan membuat pemerhatian berstruktur untuk melihat sejauh mana peningkatan kemahiran murid apabila intervensi dijalankan.

3.0Objektif Kajian Penyelidikan3.1Objektif 1. Meningkatkan kemahiran menjahit mata jahitan asas dalam tajuk Mari Menjahit dengan menggunakan Sewing Bomb. 2. Meningkatkan kemahiran mengingat murid dalam langkah-langkah menjahit mata jahitan asas dengan menggunakan Sewing Bomb3. Membantu guru dalam meningkatkan minat murid dalam tajuk Mari Menjahit.3.2Persoalan Kajian1. Sejauhmanakah murid dapat menjahit mata jahitan asas dalam tajuk mari menjahit?2. Bagaimanakah penggunaan Sewing Bomb dapat meningkatkan kemahiran mengingat murid dalam langkah-langkah menjahit mata jahitan asas?3. Apakah guru dapat membantu murid dalam meningkatkan minat murid dalam tajuk Mari Menjahit?

4.0KUMPULAN SASARAN

Kajian ini adalah seramai 5 orang yang terdiri daripada murid Tahun 4 Cemerlang di Sekolah Kebangsaan Bukit Panau. Murid yang dipilih terdiri daripada 4 orang murid lelaki dan seorang murid perempuan. Murid-murid ini berbangsa Melayu dan beragama Islam serta mempunyai latar belakang yang berbeza. Kelas ini merupakan kelas yang ketiga di Sekolah Kebangsaan Bukit Panau. Walaupun bilangan sebenar murid tersebut ialah 18 orang, namun pemilihan dipilih berdasarkan mereka yang tidak berkemahiran di dalam jahitan.

Kesemua murid tersebut tinggal berhampiran kawasan sekolah. Dalam kalangan mereka, terdapat murid yang aktif dan pasif ketika sesi pengajaran dan pembelajaran berlangsung. Melalui pemerhatian yang telah dibuat, jelas menunjukkan tujuh puluh lima peratus murid 4 Cemerlang kurang berminat terhadap tajuk yang diajar secara paparan slaid, gambar dan kaedah demonstrasi. Mereka perlu dibimbing ketika menjalankan aktiviti menyiapkan lembaran kerja dan berkumpulan.

5.0TINDAKAN YANG DICADANGKANKajian ini menggunakan reka bentuk model Kurt Lewin. (Tam, 2004) Untuk masa depan yang jitu, Kurt Lewin menegaskan bahawa perlu memindahkan mereka dari satu keadaan atau situasi iaitu freeze dan usaha yang ketara mungkin diperlukan untuk unfreeze mereka dan membuatkan mereka bergerak. Peralihan adalah satu bahagian penting model Kurt Lewin adalah tanggapan bahawa perubahan, walaupun pada tahap psikologi adalah satu perjalanan bukannya langkah mudah. Kepimpinan adalah penting untuk perubahan keseluruhan organisasi. Gelungan langkah penyelidikan tindakan Lewin melibatkan lima langkah asas dalam satu gelungan. Langkah-langkah dalam satu gelungan itu adalah seperti berikut :

(Adaptasi dari Lewin, 1946 dan Laidlaw, 1992)Rajah 1 : Model Lewin6.0Perancangan Pelaksanaan Kajian Tindakan

6.1 Langkah langkah / Aktiviti Tindakan Saya telah memilih tajuk Sains Rumah Tangga iaitu subtopik Mari menjahit kerana berdasarkan analisis tinjauan awal melalui pemerhatian dan analisis dokumen, saya dapati tingkah laku murid negatif ketika pengajaran dan pembelajaran sedang berlangsung. Walaupun saya telah menggunakan slaid powerpoint sebagai bahan bantu mengajar bagi tajuk ini, murid tidak dapat memberikan tumpuan yang maksimum memandangkan kelas yang dipilih ini ialah kelas terakhir. Di samping, saya juga menggunakan kaedah demonstrasi untuk meningkatkan kemahiran murid dalam tajuk jahitan. Murid lebih gemar untuk mengganggu rakan dan berjalan di dalam kelas. Saya telah berbincang dengan guru Kemahiran Hidup di sekolah ini bagi membincangkan langkah yang perlu diambil bagi memastikan murid dapat memahami pengajaran saya.

Proses penyelidikan ini akan mengambil masa sepanjang tempoh selama 12 minggu di Sekolah Kebangsaan Bukit Panau. Tindakan bagi penyelidikan ini dijalankan selama 3 waktu pengajaran mata pelajaran Rekabentuk dan Teknologi setiap minggu iaitu bersamaan 60 minit bagi setiap perjumpaan. Pada peringkat permulaan, saya telah menetapkan jumlah murid yang akan digunakan dalam kajian iniSeterusnya, pada sesi pengajaran dan pembelajaran bagi minggu pertama, saya akan mengajar teori mengenai topik yang dipilih untuk kajian ini iaitu jahitan. Saya akan menggunakan masa 1 jam untuk menerangkan dengan terperinci mengenai jenis-jenis mata jahitan asas, fungsi mata jahitan asas dan tutorial ringkas mengenai cara menjahit mata jahitan asas. Murid hanya diberikan latihan ringkas dan kerja rumah sebagai latihan bagi sesi pembelajaran minggu pertama.

Kemudian, pada sesi pembelajaran minggu kedua, pengkaji akan menggunakan 1 jam tempoh pengajaran dan pembelajaran bagi aktiviti amali jahitan sebelum intervensi. Pada pengajaran sebelum intervensi, saya hanya menggunakan bahan bantu mengajar yang biasa dan formal dalam aktiviti amali jahitan. Saya akan memberikan bahan bantu mengajar kepada setiap murid. Murid diminta untuk menjahit mata jahitan asas di atas kertas tersebut. Sebelum melaksanakan aktiviti amali, saya akan memulakan rekod masa untuk melihat berapa ramai murid yang dapat menyiapkan tugasan amali tepat pada masa yang ditetapkan. Semasa melaksanakan amali, saya akan memantau setiap murid untuk menilai tahap kemahiran mereka. Borang penilaian yang mengandungi kriteria-kriteria pemarkahan berdasarkan kemahiran akan digunakan oleh saya untuk melihat tahap peningkatan kemahiran murid dalam menjahit. Apabila tamat tempoh masa yang ditetapkan, saya akan melihat berapa ramai murid yang berjaya menyiapkan aktiviti amali jahitan dengan kemas dan menggunakan cara serta langkah yang betul.

Selesai sahaja aktiviti amali dilaksanakan, saya akan memberikan borang soal selidik kepada murid untuk meninjau sejauh manakah keberkesanan kaedah yang digunakan terhadap murid dan adakah murid berminat terhadap bahan bantu mengajar yang saya gunakan. Berikut merupakan prosedur tindakan kajian sebelum intervensi.

Pada minggu ketiga, saya akan melaksanakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran menggunakan intervensi yang disediakan. Saya telah merancang untuk membina sebuah kad jahitan yang mengandungi lubang-lubang kecil yang dibuat mengikut jarak yang sama tetapi lubang yang dibuat memenuhi kad jahitan. Oleh itu, murid perlu memasuki jarum dan benang ke dalam laluan yang betul supaya murid dapat menghasilkan mata jahitan asas yang kemas dan mengikut langkah serta cara yang tepat. Jika murid lubang atau laluan yang salah satu letupan kecil akan berlaku.

Oleh itu, murid perlu mengulangi jahitan pada titik permulaan sehingga mengikut laluan yang betul.Saya hanya memilih beberapa orang murid yang tidak dapat menguasai kemahiran menjahit. Prosedur yang digunakan sama seperti sebelum intervensi. Pada permulaan proses pengajaran dan pembelajaran, saya akan menerangkan cara menggunakan bahan bantu mengajar yang direka oleh saya iaitu Sewing Bomb.

Apabila permainan Sewing Bomb bermula, saya akan memulakan rekod masa untuk melihat jumlah murid yang berjaya menyiapkan aktiviti amali dalam masa yang ditetapkan. Sewaktu murid menjahit menggunakan Sewing Bomb saya akan menilai tahap peningkatan setiap murid menggunakan borang penilaian markah satu persatu. Seterusnya, jika murid telah melakukan kesilapan dengan menggunakan laluan yang salah maka satu letupan kecil akan berlaku. Oleh itu, murid perlu memulakan mata jahitan pada titik permulaan.

Di samping itu, saya akan merekod jumlah murid yang berjaya menyiapkan aktiviti Sewing Bomb dengan kemas. Setelah murid dapat menguasai kemahiran menjahit mata jahitan asas ini dengan cara yang betul, mereka akan mengaplikasikan jahitan yang dibuat atas kad jahitan kepada fabrik. Saya berharap ia dapat membantu murid menguasai topik jahitan ini dengan lebih baik dan berkesan. Kemudian, satu borang soal selidik akan diberikan kepada murid untuk meninjau setakat mana keberkesananan Sewing Bomb berdasarkan minat murid. terhadap alat tersebut.

Proses Perlaksanaan PenyelidikanLangkah Prosedur Tindakan

Sebelum intervensi

Langkah 1( Minggu Pertama ) Pengajaran awal mengenai teori dalam topik jahitan seperti fungsi mata jahitan, jenis mata jahitan dan kaedah menjahit mata jahitan.

Langkah 2( Minggu Kedua )Saya menggunakan keseluruhan masa pengajaran untuk aktiviti amali jahitan menggunakan kaedah pengajaran secara demonstrasi. Semasa aktiviti amali berjalan, saya akan menilai tahap kemahiran murid menggunakan borang penilaian kemahiran.

Langkah 3( Minggu Kedua )Apabila tamat tempoh 40 minit, saya akan merekod jumlah murid yang berjaya menyiapkan aktiviti dan memberikan borang soal selidik kepada murid.

Semasa intervensi

Langkah 4( Minggu Ketiga )Saya menggunakan keselurahan masa untuk aktiviti amali jahitan menggunakan kaedah intervensi iaitu Sewing Bomb kepada murid. Semasa aktiviti amali berjalan, saya akan menilai tahap kemahiran murid menggunakan borang penilaian kemahiran.

Langkah 5( Minggu Ketiga )Apabila tamat tempoh 40 minit, saya akan merekod jumlah yang berjaya melaksanakan aktiviti dengan betul dan memberikan borang soal selidik kepada murid.

6.2 Jadual Pelaksanaan Kajian Tindakan BilAktivitiTarikh pelaksanaan

1.Melawat ke sekolah untuk menjalani praktikumJanuari

2.Mengenal pasti masalah dan mengumpul dataFebruari

3.Menulis proposal kajianMac

4.Membuat bahan intervensi untuk mengatasi masalah yang dikesanApril

5.Merancang tindakan Aktiviti 1Mei

6.Melaksanakan tindakan Aktiviti 1Julai

7.Ujian untuk mengesan pencapaian murid Julai

8.Membincangkan masalah yang timbul dalam aktiviti 1Julai

9.Merancang tindakan Aktiviti 2Julai

10.Ujian untuk mengesan pencapaian muridJulai

11.Refleksi kajian Julai

12.Menulis laporan kajianOgos

13.Pembentangan dapatan kajianSeptember

7.0RUJUKAN

Abdul Ghafar Mohammad. (2003). Prinsip dan Amalan Pengajaran. Kuala Lumpur:Utusan. Distributors Sdn Bhd.Afiq Hasbullah Abd Aziz. (2009). Keberkesanan Teknik Permainan Dalam Pengajaran Subjek Bahasa Melayu. Open University Malaysia.Andrew Wright. (1980). Games for Language Learning. England: Cambridge University Press.Awatef Mohammed Abo El-Kareim. (1988). The Effect of Using Games in Teaching English a Foreign Language on Secondary School Students Acheivement and Attitudes Towards the Subject. University of Zagazig, ArabBandura, A. (1973). Aggression: A Social Learning Analysis. Englewood Cliffs. Prentice Hall.Chua Yan Piaw. (2006). Kaedah Penyelidikan Buku 1. McGraw-Hill (Malaysia) Sdn. Bhd.Connell, W.F. (1981). Asas-Asas Pendidikan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.Hafizuddin Fareis Fisal. (2009). Keberkesanan Teknik Permainan Bahasa Dalam Pengajaran Kata Sendi Nama Bagi Murid Tahun 5. Open University Malaysia, Kuala Lumpur.

Hafizuddin Idrus. (2011). Konsep Maktab Perguruan Bistari. Kertas Kerja Dibentangkan Di Seminar Maktab Perguruan Bestari, Kuala Lumpur.

Hassan Langgulung. (1979).Pendidikan Islam, Pustaka Antara, Kuala Lumpur.

Ng Ying Shya (2004). Amalan Penggunaan Alat Bantu Mengajar (ABM) Di Kalangan Guru-guru Teknikal Sekolah Menengah Teknik, Negeri Kedah. Fakulti Pendidikan UTM, Kuala Lumpur.

Omardin Ashaari. (1999). Pengajaran Kreatif untuk Pembelajaran Aktif. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.Othman Lebar. (2011). Kajian Tindakan Dalam Pendidikan , Teori dan Amalan. Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjung Malim, Perak.Pasukan Penyelidik (2013). Penyelidikan Tindakan Panduan Penulisan Laporan. Kuala Lumpur: Freemind Horizons Sdn. Bhd.

Zol Azlan (2000). Strategi Pengajaran : Pendekatan Sains, Teknologi Masyarakat. Selangor: Prentice Hall.

22