pencinta alam

9
RANCANGAN AKTIVITI TAHUNAN KELAB PECINTA ALAM (KPA) 2006 Pengenalan : Kurikulum sekolah biasanya merangkumi hanya aktiviti pembelajaran yang dilakukan dalam bilik darjah. Pelajar sekolah jarang berpeluang belajar di luar bilik darjah dan berkecimpung dengan alam sekitar, pada hal pembelajaran akan menjadi lebih berkesan dan bermakna sekiranya pelajar mendapat pengalaman menerusi penglibatan dirinya secara langsung. Di samping itu aktiviti yang dirancang oleh KPA dapat menarik minat dan mengukuhkan usaha pelajar untuk memperolehi maklumat penemuan. Pengalaman begini memberikan perasaan seronok dan kepuasan dan akan tersemat dalam ingatannya. Objektif : Perancangan aktiviti ini berhasrat dapat membolehkan para pelajar memperolehi pengetahuan, kemahiran dan sikap yang akan merangsang dan menggalakkan mereka berkecimpung dalam aktiviti yang bertanggungjawab serta sepadan dengan keseimbangan alam.Justeru membolehkan para pelajar: i) Membuat kajian tentang alam sekitar semulajadi yang indah ii) Memperhati dan menemui beberapa fauna dan flora hutan iii) Memupuk kesedaran bahawa hutan hujan tropika penting kepada kewujudan semua hidupan iv) Membina sikap yang positif dan bertanggungjawab terhadap pemuliharaan alam semula jadi dan sumber aslinya.

Upload: bingping1976

Post on 03-Oct-2015

18 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

KONGSI MAKLUMAT

TRANSCRIPT

RANCANGAN AKTIVITI TAHUNAN

RANCANGAN AKTIVITI TAHUNAN

KELAB PECINTA ALAM (KPA)2006

Pengenalan:Kurikulum sekolah biasanya merangkumi hanya aktiviti pembelajaran yang dilakukan dalam bilik darjah. Pelajar sekolah jarang berpeluang belajar di luar bilik darjah dan berkecimpung dengan alam sekitar, pada hal pembelajaran akan menjadi lebih berkesan dan bermakna sekiranya pelajar mendapat pengalaman menerusi penglibatan dirinya secara langsung. Di samping itu aktiviti yang dirancang oleh KPA dapat menarik minat dan mengukuhkan usaha pelajar untuk memperolehi maklumat penemuan. Pengalaman begini memberikan perasaan seronok dan kepuasan dan akan tersemat dalam ingatannya.Objektif:

Perancangan aktiviti ini berhasrat dapat membolehkan para pelajar memperolehi pengetahuan, kemahiran dan sikap yang akan merangsang dan menggalakkan mereka berkecimpung dalam aktiviti yang bertanggungjawab serta sepadan dengan keseimbangan alam.Justeru membolehkan para pelajar:i) Membuat kajian tentang alam sekitar semulajadi yang indah

ii) Memperhati dan menemui beberapa fauna dan flora hutan

iii) Memupuk kesedaran bahawa hutan hujan tropika penting kepada kewujudan semua hidupan

iv) Membina sikap yang positif dan bertanggungjawab terhadap pemuliharaan alam semula jadi dan sumber aslinya.

v) Mengembangkan pemikiran kritikal dan kemahiran asas untuk menjalankan penyiasatan dalam kajian luar.

vi) Memperoleh pengetahuan dan kemahiran melalui pengalaman kajian yang seronok serta merangsangkan.

vii) Mempunyai semangat bekerjasama dan keakraban melalui aktiviti kajian luar secara berkumpulan.

viii) Berdikari dan menguruskan diri melalui kajian luar yang bermalam di tempat lain.

ix) Mengukuhkan kepercayaan bahawa manusia perlu dan boleh hidup berharmoni dengan alam semula jadi.

Tingkatan

Sesuai untuk semua tingkatan

TingkatanProgramAktivitiPenilaianCatatan

1-5

Minggu1

Pengurusan Kelab

Mesyuarat perlantikan AJK induk kelab seperti :

i) Pengerusi

ii) Naib Pengerusi

iii) S/usaha

iv) Bendahari

v) AJK kecil

vi) Wakil tingkatan

Ahli KPA perlu didaftarkan dengan MNS

(Malaysia Nature Society) beserta bayaran mengikut jumlah ahli untuk pengesahan penubuhan.

Minggu 2Aktiviti Wira AlamPelajar perlu

melengkapkan aktiviti yang terdapat di dalam buku Wira Alam

(Tahap 1)

Penilaian dilakukan oleh pihak Kementerian Alam Sekitar dan sijil akan dikeluarkan.Buku Wira Alam boleh diperolehi daripada pihak Kementerian Sains dan Alam Sekitar melalui permohonan mengikut jumlah ahli.

Minggu 3Aktiviti Wira AlamPelajar perlu

melengkapkan aktiviti yang terdapat di dalam buku Wira Alam

(Tahap 1)Sama seperti di atasAktiviti Wira Alam tahap 1 perlu dilengkapkan dalam tempoh dua minggu.

Minggu 4

Lawatan sehari

Menyertai program sehari bersama MNS

sempena Minggu pemerhatian Helang di Tanjung Tuan, Melaka

Pihak MNS menyediakan kuiz bertulis. tentang:

i) Ekologi Hutan

Hujan Tropika

ii) Ekologi Pinggir

Pantai

iii) Membuat

pemerhatian

Penghijrahan

burung helang

dari kutub

utara ke kutub

selatanPenglibatan pelajar peringkat zon selatan

Minggu 5Gotong Royong

Membersihkan taman-taman sekolah mengikut kumpulan

Melahirkan perasaan menyayangi

alam sekelilingMemberi penghargaan kepada kumpulan yang berjaya membersihkan kawasan sebaik mungkin.

Peringkat sekolah

Minggu 6

Mengenali spesis tumbuhan dan haiwan di sekolah

Pelajar perlu:

Menamakan tumbuh-tumbuhan dan haiwan yang terdapat di persekitaran sekolah.

Mengenalpasti ciri-ciri tumbuhan dan haiwan tersebut.Kuiz bertulisPeringkat sekolah.

Minggu 7

Melabel nama saintifik tumbuhan dan haiwan Pelajar perlu:

Melabelkan tumbuh-tumbuhan dan haiwan

Membersihkan

kawasan yang dipilih

Penilaian oleh guru penasihat dan guru sainsPeringkat sekolahMelahirkan pelajar yang bertanggung jawab, kepemimpinan

dan mencintai alam.

Minggu 8

Pertandingan menulis esei bertemakan alam sekitarPertandingan diadakan secara individu dan kumpulanHasil tulisan pelajar diadili oleh Guru-guru Bahasa Melayu

Peringkat sekolah dan peringkat kebangsaan

Minggu 9

Pelancaran Program Kitar Semula peringkat sekolahPara pelajar perlu mengumpul tin minuman yang diperolehi di sekitar tempat tinggal pelajar. Dianjur dan dinilai oleh KPA sekolah.

Semua pelajar sekolahProgram ini berjalan sepanjang tahun

Minggu 10Ceramah dan tayangan tentang kesedaran menjaga alam sekitarMenjemput penceramah daripada agensi pemuliharaan alam sekitar kebangsaan.kuiz

Semua ahli KPA

Minggu 11Program Wira Alam 2Pelajar perlu

melengkapkan aktiviti yang terdapat di dalam buku Wira Alam

(Tahap 2)

Dinilai oleh Kementerian Sains dan Alam SekitarPeringkat Kebangsaan.

Minggu 12Program Wira Alam 2Pelajar perlu

melengkapkan aktiviti yang terdapat di dalam buku Wira Alam

(Tahap 2)

Dinilai oleh Kementerian Sains dan Alam SekitarPeringkat Kebangsaan.

Minggu 13Pertandingan mengambil gambar pemandangan bertemakan alam semula jadi di sekeliling sekolah dengan menggunakan kamera digital

Pelajar mengambil gambar mengikut kumpulan masing-masing.Guru penasihat dibantu oleh guru kelab fotografi menilai hasil pelajarPeringkat sekolah dan hasil pelajar yang berjaya di- masukkan di dalam majalah sekolah.

Minggu 14Pertandingan melukis gambar bertemakan alam sekitar.Pelajar melukis gambar secara individu dan berkumpulanGuru penasihat dibantu oleh guru kelab seni visualPeringkat sekolah dan hasil kerja pelajar dipamerkan di sudut yang bersesuaian.

Minggu 15Pembinaan laman web bersama Kelab Komputer sekolah.Ahli-ahlli KPA bersama ahli Kelab Komputer sekolah membina laman web.Guru Kelab KomputerPeringkat sekolah dan sekiranya menarik akan di pertandingkan di peringkat kebangsaan

Minggu 16Persembahan hasil laman webDipersembahkan sempena Hari Terbuka SekolahPeringkat sekolah

Minggu 17Membina buku skrap bertemakan alam sekitarPelajar mencari bahan surat khabar dan majalah.Dinilai oleh guru penasihatPeringkat sekolah

Minggu 18Membina buku skrap bertemakan alam sekitarPelajar mencari bahan daripada surat khabar dan majalah.Dinilai oleh guru penasihatPeringkat sekolah

Minggu 19Mengadakan projek berikut:i) mengikitar

semula kertas

(Paper

recycling)

Pelajar membawa kertas suratkhabar terpakai dan menjalankan projek kitar semula dengan menghasilkan kertas baru yang boleh digunakan semula.Mengumumkan pemenang pertandingan mengumpul tin minuman terpakai

yang telah dimulakan pada minggu ke-9

Penilaian kualiti kertas yang dihasilkan dilakukan oleh guru penasihatKumpulan yang berjaya mengumpul bilangan tin terbanyak dikira sebagai pemenangPeringkat sekolah

Minggu 20Mengadakan permainan Kawasan Tadahan Air ( Water catchment Game)

Pelajar menjalankan simulasi fungsi kawasan tadahan air dan kepentingan kawasan tadahan air.Soalan kepentingan kawasan tadahan air secara lisanPeringkat sekolahRujuk

buku aktiviti: Fun Environmental Activity for KPA

Minggu 21Mengadakan permainan kesan pencemaran minyak ke atas

haiwan laut.

Pelajar menjalankan permainan kesan pencemaran minyak ke atas haiwan lautSoal jawab secara lisanPeringkat sekolah

Rujuk:

Buku activity Fun Environmental Activity for KPA

Minggu 22Majlis penyampaian sijil Pelajar yang berjaya menyertai aktiviti kelab sekurang-kurang 80 % layak menerima sijil

Sijil disediakan oleh pihak Malaysia Nature Society (MNS)Peringkat sekolah

Disediakan Oleh:

En Jaafar b Hj Abdullah SMK Puteri Seremban

Pn Norfazila bt Hanafi - SMK Pasoh 2, Jelebu