kajian taman alam

12
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TEMENGGONG IBRAHIM JOHOR SCE- 3107 EKOSISTEM DAN BIODEVERSITI (KAJIAN LAPANGAN DI TAMAN ALAM KUALA SELANGOR) PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU/PPG AMBILAN JUN 2011 DISEDIAKAN OLEH : ASRUL HISHAM B JASIMAN 800826-01-5811 ZAHARIN B NORDIN 760920-04-5407 SHAHRIL AFFANDI B MAT YUSOF 770301-03-5393

Upload: asrul-hisham-jasiman

Post on 16-Feb-2015

155 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Kajian Taman Alam

INSTITUT PENDIDIKAN GURUKAMPUS TEMENGGONG IBRAHIM

JOHOR

SCE- 3107EKOSISTEM DAN BIODEVERSITI

(KAJIAN LAPANGAN DI TAMAN ALAM KUALA SELANGOR)

PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU/PPG AMBILAN JUN 2011

DISEDIAKAN OLEH :

ASRUL HISHAM B JASIMAN800826-01-5811

ZAHARIN B NORDIN760920-04-5407

SHAHRIL AFFANDI B MAT YUSOF770301-03-5393

INSTITUT PERGURUAN MALAYSIA

Page 2: Kajian Taman Alam

KAMPUS TEMENGGUNG IBRAHIM, JOHOR BAHRU JOHOR

SENARAI KANDUNGAN

MUKA SURAT

PENGAKUAN

PENGHARGAAN

SENARAI KANDUNGAN

1.0 Pendahuluan 4

2.0 Teori Pembelajaran Konstruktivisme 5 - 6

3.0 Pengurusan Grafik 7 - 13

3.1. Model pengajaran 5 Fasa Needham

3.2. Model Kitar Pembelajaran 5E

3.3 Model Pengajaran Inkuiri ( Dededuktif dan Induktif)

3.4 Model Pengajaran Berasaskan Masalah

4.0. Rancangan pelajaran harian berasaskan 5 Fasa Needham 14

5.0 REFLEKSI

6.0 LAMPIRAN

7.0 RUJUKAN

PENGAKUAN

Page 3: Kajian Taman Alam

“Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan

sumbernya”.

Tandatangan : …………………………………………….

Nama Penulis : Asrul Hisham Bin Jasiman

Tarikh : …………………………………………….

Tandatangan : …………………………………………….

Nama Penulis : Shahril Affandi B Mat Yusof

Tarikh : …………………………………………….

Tandatangan : …………………………………………….

Nama Penulis : Zaharin B Nordin

Tarikh : …………………………………………….

Tandatangan : …………………………………………….

Nama Penulis : Rosli B Kasmodin

Tarikh : …………………………………………….

Tandatangan : …………………………………………….

Nama Penulis : Ahmad Faizal B Fauzi

Tarikh : …………………………………………….

PENGHARGAAN

Page 4: Kajian Taman Alam

Alhamdulliah bersyukur saya ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan izin dan

limpah kurnia-Nya maka dapatlah kami sekumpulan menyempurnakan Kerja Kursus

Berasaskan Ilmu ini dengan jayanya. Di kesemapan ini juga saya ingin mengucapkan

jutaan terima kasih kepada Pn Prema Nambiar A/P Krishnan, Pensyarah kami yang

dedikasi dan yang telah banyak mengorbankan masa dan membimbing saya

sehinggalah terhasilnya tugasan ini. Sesunguhnya tanpa bantuan dan baklti beliau

adalah agak sukar bagi saya menyempurnakan tugasan ini dengan jayanya. Semoga

segala sumbangan dan pengorbanan ini diberkati oleh Allah S.W.T.

Jutaan terima kasih juga saya ucapkan khas buat , rakan-rakan di sekolah kami

kerana banayak membantu dan berkongsi maklumat, Semoga segala maklumat dan

kerjasama yang diberikan dapat dimanfaatkan dan diaplikasikan. Penghargaan ini juga

ditujukan khas buat rakan-rakan sekumpulan dan rakan seperjuangan di atas bantuan

dan sokongan moral yang diberikan. Tidak lupa juga kepada semua individu dan

pihak yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung di dalam saya

menghasilkan tugasan ini.

Sekian

Page 5: Kajian Taman Alam

1.0 KAJIAN LAPANGAN TAMAN ALAM DAN KAMPUNG KUANTAN, KUALA SELANGOR.

TAJUK : KAJIAN LAPANGAN BIODEVERSITI TAMAN ALAM DAN KAMPUNG KUANTAN, KUALA SELANGOR

TARIKH : 23 dan 24 Februari 2013

TEMPAT : Taman Alam dan Kampung Kuantan, Kuala Selangor

MATLAMAT : Memberi pendedahan dan pengetahuan kepada guru-guru pelatih PPG mengendalikan dan

menguruskan aktivti luar.

OBJEKTIF :

1. Memberikan maklumat kepada guru-guru pelatih tentang kemandirian spesis bagi kepelbagaian burung

2. Memberikan maklumat kepada guru-guru pelatih tentang kajian akuastik kepelbagaian burung

3. Memberikan maklumat kepada guru-guru pelatih dalam menguruskan dan mengendalikan aktiviti luar atau kajian lapangan.

SASARAN : 67 orang pelatih opsyen sains IPGKTI.JB 1 orang pensyarah

Page 6: Kajian Taman Alam

TENTATIF PROGRAM :

23 Februari 2013

6.00 am : Berkumpul di IPGKTI

6.15 am : Taklimat dari Penyelaras Program

6.45 am : Bertolak ke Kuala Selangor

12.30 pm : Tiba di Taman Alam, Kuala Selangor

1.00 pm : Makan tengah hari / Persiapan diri

3.00 pm : Menjalan Kajian Akuastik Burung dan Kemandirian

6.00 pm : Persiapan diri

8.00 pm : Bertolak Ke Kampung Kuantan

8.15 pm : Meneroka Sungai Selangor (menyaksikan Kelip-kelip)

10.00 pm : Rehat

24 Februari 2013

6.30 am : Menjalan Kajian Akuastik Burung dan Kemandirian

8.15 am : Sarapan pagi

9.30 am : Bertolak balik

12.30 pm : Tiba di Taman Alam, Kuala Selangor

6.00 pm : Tiba di IPGKTI

Page 7: Kajian Taman Alam

LAPORAN KAJIAN

Pada 23 Februari 2013 (Sabtu), jam 7.00 pagi kami bergerak ke destinasi,

Taman Alam, Kuala Selangor. Kami bergerak dengan menggunakan bas IPG. Jumlah

peserta yang terlibat adalah seramai 67 orang guru-guru pelatih PPG kohort 1, opsyen

Sains. Aktiviti ini juga melibatkan seorang pensyarah Sains iaiatu , Pn Faridah Bt

Suratman. Kami telah selamat sampai ke destinasi tepat jam 12.45 petang. Selepas

itu, kami terus menikmati makan tengah hari dan menguruskan diri.

Selepas berehat, lebih kurang jam 2.30 petang kami berkumpul semula di

dataran Taman Alam, dan mendengar taklimat daripada pegawai Taman Alam, iaitu

En Ashok Kumar.

En Ashok Kumar sedang menyampaikan taklimat

Page 8: Kajian Taman Alam

Peserta mendengar taklimat

Selepas kami diberikan taklimat itu, kami mula menjalankan kajian bagi

Kemandirian spesis bagi burung. Taman Alam Kuala Selangor telah dibuka pada tahun

1987. Berkeluasan 296 hektar yang terbahagi kepada 2 bahagian utama, iaitu seluas

201 hektar meliputi Hutan Hujan Tropika dan selebihnya merupakan Hutan Paya

Bakau. Taman ini dibawah pengurusan Persatuan Pencinta Alam Malaysia. Oleh sebab

itu keindahan alam semulajadinya terus kekal tanpa sebarang gangguan yang boleh

merosakkan habitat yang menjadi penghuni setia di sini.

Taman Alam berkonsepkan Taman Burung , dimana kami boleh melihat sendiri

pelbagai jenis spesis burung yang hidup liar. Habitat burung ini sering dijadikan bahan

kajian oleh para saintis dan para pelancong yang meminatinya. Terdapat 156 jenis

Page 9: Kajian Taman Alam

spesis burung antara lain 57 daripadanya adalah burung-burung dari luar negara

seperti Rusia dan siberia. Sesetengah burung yang menjadi penghuni di taman ini ialah

burung-burung dari kawasn sejuk di hemisfera utara untuk mencari makanan di

kawasan panas di hemisfera selatan.

Pada bulan September hingga April setiap tahun taman ini akan disinggahi oleh

burung-burung dari luar negara yang akan bersama-sama burung tempatan menjalani

penghidupan. Kami telah dihamkan bahawa terdapat dua jenis burung yang mendiami

kawsan Taman Alam ini, iaitu spesis burung tempatan dan spesis burung migrasi atau

burung hijrah. Diantara spesis burung tempatan yang menjadi penghuni tetap di taman

ini ialah , burung bakau, burung bangau, ketitir, pekaka, raja udang, pucong, serandau,

helang bahu hitam dan sebagainya. Manakala burung-burung yang berhijrah pula ialah,

purple herow, great eagle, tiger shrike, brown shrike, arctic shrike, warbler, purple

swamphen dan banyak lagi. Kehadiran burung-burung ini menjadikannya sebuah lokasi

yang paling menarik unutk dilawati sambil menikmati panorama fauna dan flora yang

begitu banyak disini. Kami juga berjaya memperolehi maklumat-maklumat mengenai

habitat, pemakanan dan cara kemandirian bagi burung-burung yang kami kenal pasti.

Page 10: Kajian Taman Alam

Kami juga telah mendapatkan gambar-gambar pelbagai spesis burung yang

banyak di situ. Kami telah menggunakan beberapa alat dan medium yang sesuai bagi

mendapatkan foto burung-burung ini. Antara alat dan medium yang kami gunakan ialah

seperti, Kamera DSLR, Zoom Lens dan GPS Tracker. Alat dan medium ini kami telah

membuat pinjaman dari Pusat Kegiatan Guru (PKG) daerah Kota Tinggi. Kami juga

telah mendapatkan bunyi-bunyi burung pelbagai spesis. Bunyi-bunyi ini kami rakamkan

dengan menggunakan Alat perakam yang kami pinjam juga melalui PKG.

Di taman Alam Kuala Selangor ini juga mempunyai hutan paya bakau yang

terbentang seluas 95 hektar. Hutan paya bakau di sini bukan sahaja berfungsi sebagai

pengekal ekosistem malah turut menjadi habitat semulajadi kepada berbagai jenis

haiwan liar di taman ini. Pokok-pokok kayu bakau yang hidup subur disini yang

mempunyai ciri-cirinya yang tersendiri disamping ketahanannya yang tidak perlu

dipersoalkan lagi. Oleh yang demikian hutan ini berbeza dari hutan hujan tropika.

 

Page 11: Kajian Taman Alam