alam semesta

5
ALAM SEMESTA MENU PENERANGAN PEMBENTUKAN PLANET JANGKA HAYAT SEBUAH PLANET VIDEO

Upload: ava-boyle

Post on 03-Jan-2016

72 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

MENU. PENERANGAN. ALAM SEMESTA. PEMBENTUKAN PLANET. JANGKA HAYAT SEBUAH PLANET. VIDEO. Penerangan. - PowerPoint PPT Presentation

TRANSCRIPT

Page 1: ALAM SEMESTA

ALAM SEMESTA

MENU

PENERANGAN

PEMBENTUKAN PLANET

JANGKA HAYAT SEBUAH PLANET

VIDEO

Page 2: ALAM SEMESTA

Penerangan.. Pengkaji astronomi yakin bahawa alam semesta atau cakerawala terbentuk sekitar

13.7 bilion tahun yang lalu. Bermula dari satu titik sebesar sebiji zarah neutron dan melalui satu letupan besar yang digelar Big Bang maka terbinalah sebuah alam semesta yang amat luas seperti yang kita ketahui kini.

Semasa letupan Big Bang salah satu aktiviti atau proses letupan itu ialah wujudnya gelombang cahaya yang terus berkembang. Semakin lama sehingga lebih dari 300,000 tahun gelombang cahaya itu bertukar menjadi gelombang radio.

Gelombang cahaya itu dikenali sebagai radiasi latar belakang kosmik atau CMB (Cosmic Background Radiation) atau dalam bahasa yang mudah ia merupakan saki-baki gema daripada Big Bang.

Radiasi itu terbentuk saat cakerawala mula mendingin. Saat terjadi Big Bang radiasi dan bahan lain daripada cakerawala adalah bersatu. Ketika itu suhu alam semesta amat panas.

Manusia mengkaji alam semesta berdasarkan kaitan peninggalan gelombang cahaya ini dengan kejadian Big Bang.

Pada tahun 1965 dua orang saintis, Arno Penzias dan Robert Wilson telah menemui bahan CMB ini. Mereka mendapat Hadiah Nobel bagi penemuan mereka dalam bidang fizik bagi tahun 1978.

Namun penemuan CMB itu harus dibuktikan. SETERUSNYA

KEMBALI KE MENU

Page 3: ALAM SEMESTA

Kewujudan CMB membolehkan para ilmuwan memperhitungkan perkembangan alam semesta. Alam semesta kini dipercayai terus berkembang dan melebar pada kadar yang cepat.

Mather dan Smoot ialah pemimpin bagi lebih daripada 1,000 saintis, jurutera dan juruteknik yang membina CBM sehingga satelit itu dilancarkan pada tahun 1989. Smoot dan Mather telah dipilih untuk meraih Hadiah Nobel bernilai 10 juta kronor Sweden atau RM5 juta.

Dalam ucapan penghargaan Akademi Sains Diraja Sweden kepada kedua-dua saintis itu menyatakan bahawa “Hasil kajian COBE meningkatkan dukungan penjelasan saintifik terhadap senario Big Bang yang memerihalkan asal usul cakerawala. Senario itu saja yang meramalkan radiasi latar belakang kosmik. COBE telah mengukur gelombang radiasi itu.”

Seorang ilmuwan astronomi, Michael Turner, dari University Chicago, mengatakan bahawa pengukuran-pengukuran yang dibuat oleh COBE akan mengiringi dunia kosmologi ke era ketetapan kosmologi. Pemberian Hadiah Nobel kepada Mather dam Smoot dalam bidang fizik/astronomi merupakan yang pertama dan banyak lagi akan digondol kerana penemuan-penemuan baru dalam bidang kosmologi

KEMBALI

Page 4: ALAM SEMESTA

Okay. Yang atas tuh, gambar imaginasi pelukis. Sebab tu korang tengok macam cantik nyer. Nan ado... Teknologi manusia belum lagi secanggih itu untuk capture gambar planet yang 450 tahun cahaya daripada Bumi dengan cantik. Untuk gambar sebenar, korang bole scroll ke bawah.

Sedikit info tentang planet yang sedang terbentuk ini. Menurut Adam Kraus daripada Universiti of Hawaii's Institute for Astronomy, planet itu sedang terbentuk daripada debu dan gas yang bergerak mengelilingi sebuah bintang tua berusia kira-kira 2 juta tahun.

"We are catching this object at the perfect time. We see this young star, it has a disc around it that planets are probably forming out of and we see something right in the middle of a gap in the disc," kata Kraus.

Pembentukksn sesebuah planet

Page 5: ALAM SEMESTA

SEBUAH planet dalam Galaksi Bima Sakti bakal musnah dalam tempoh 10 juta tahunKETIKA pelbagai pandangan dikeluarkan para saintis di seluruh dunia mengenai ketibaan kiamat, sebuah planet dalam Galaksi Bima Sakti dipercayai bakal musnah dalam masa 10 juta tahun lagi.

Sekeping imej konsep yang dikeluarkan artis Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA) menunjukkan planet terpanas berkenaan mungkin menjadi planet yang mempunyai jangka hayat terpendek.

Keadaan itu disebabkan ia dimusnahkan planet induknya(matahari) sendiri berdasarkan pengamatan yang dibuat menggunakan instrumen baru di teleskop NASA iaitu Cosmic Origins Spectrograph (COS).

Jangka hayat planet