pemikiran albert bandura dalam pendidikan

2
Baca artikel 1, rumuskan pemikiran moral Albert Bandura dalam bidang pendidikan. Teori pembelajaran Albert bandura digunakan dalam pembelajaran terutamanya dalam kalangan kanak-kanak kerana ia sangat berperanan penting dalam menekankan proses pembelajaran tentang norma-norma masyarakat. Menurut Albert Bandura, individu berpotensi untuk melakukan pembelajaran dengan meniru perbuatan atau tingkah laku orang yang berada di sekelilingnya. Apabila seseorang individu mengadaptasi atau meniru tingkah laku individu lain, maka secara tidak langsung ia akan diiktiraf sebagai tingkah laku dirinya sendiri. Peniruan tingkah laku boleh berlaku sama ada daripada pemerhatian atau pendengaran. Sebelum bertindak untuk meniru tingkah laku model, kanak-kanak atau seseorang individu akan membuat pemerhatian dan pertimbangan terlebih dahulu. Dalam teori pembelajaran Albert Bandura terdapat beberapa tahap yang diketengahkan. Antaranya adalah tahap perhatian. Pada tahap ini, pelajar akan membuat pemerhatian ke atas objek atau model dan fokus kepada perkara-perkara yang menarik perhatian. Hal ini demikian kerana faktor-faktor yang lebih menyerlah akan lebih mudah menjadi ikutan kanak- kanak atau seseorang individu. Lazimnya, setiap tingkah laku yang diadaptasi oleh kanak- kanak daripada model terpilih adalah merupakan tingkah laku pertama yang dapat mereka kesan. Seterusnya adalah tahap penyimpanan dalam ingatan. Setelah membuat pemerhatian, kanak-kanak akan mula memahami dan menyerap tingkah laku yang dipilih sebagai amalan setip hari. Apabila terlalu kerap dilakukan, maka ia akan membantu kanak-kanak dalam proses mengingat. Hal ini kerana semakin kerap kanak-kanak melakukan tingkah lau tersebut, maka semakin tinggi daya ingatan kanak-kanak tersebut. Apabila kanak-kanak sudah mula menunjukkan bahawa mereka telah memahami, mengingat dan mengaplikasikan tingkah laku tersebut ini bermakna proses pembelajaran menerusi peniruan terhadap model adalah berkesan dan berjaya. Tahap reproduksi adalah merupakan di mana pelajar atau kanak-kanak sudah mampu untuk meluahkan atau mempraktikkan segala apa ilmu yang telah dipelajari menerusi proses peniruan. Proses mempraktikkan ini perlulah mendapat sokongan padu daripada guru-guru. Pemantapan akan berlaku dengan lebih berkesan sekiranya guru bertindak untuk menyokong segala tingkah laku yang ditunjukkan oleh kanak-kanak atau pelajar. Pada tahap ini, guru bolehlah membuat penilaian untuk memastikan sama ada peniruan yang dilakukan oleh kanak- kanak itu adalah bersifat positif atau negatif. Tahap yang seterusnya adalah merupakan tahap motivasi. Motivasi di sini adalah bermaksud dorongan yang diterima daripada individu di sekeliling kanak-kanak seperti ibu bapa, guru, masyarakat dan rakan-rakan. Dorongan yang diberikan bukanlah hanya didapati dalam bentuk kata-kata namun ia juga boleh bersifat tingkah laku. Hal ini kerana proses peniruan akan berlaku pada setiap masa dan setiap perkara yang dilakukan oleh orang di sekeliling akan menjadi ikutan kanak-kanak. Motivasi yang diberikan ini juga akan menentukan sama ada peniruan tersebut berkekalan ataupun tidak dalam diri kanak-kanak. Pada masa yang sama motivasi positif yang diberikan kepada kanak-kanak akan menyebabkan murid menjadi lebih bersemangat untuk meneruskan tingkah lau yang baik. Motivasi yang diberikan juga

Upload: temie20

Post on 22-Jan-2018

47 views

Category:

Education


2 download

TRANSCRIPT

Page 1: Pemikiran Albert Bandura dalam pendidikan

Baca artikel 1, rumuskan pemikiran moral Albert Bandura dalam bidang pendidikan.

Teori pembelajaran Albert bandura digunakan dalam pembelajaran terutamanya dalam

kalangan kanak-kanak kerana ia sangat berperanan penting dalam menekankan proses

pembelajaran tentang norma-norma masyarakat. Menurut Albert Bandura, individu berpotensi

untuk melakukan pembelajaran dengan meniru perbuatan atau tingkah laku orang yang berada

di sekelilingnya. Apabila seseorang individu mengadaptasi atau meniru tingkah laku individu

lain, maka secara tidak langsung ia akan diiktiraf sebagai tingkah laku dirinya sendiri. Peniruan

tingkah laku boleh berlaku sama ada daripada pemerhatian atau pendengaran. Sebelum

bertindak untuk meniru tingkah laku model, kanak-kanak atau seseorang individu akan

membuat pemerhatian dan pertimbangan terlebih dahulu. Dalam teori pembelajaran Albert

Bandura terdapat beberapa tahap yang diketengahkan.

Antaranya adalah tahap perhatian. Pada tahap ini, pelajar akan membuat pemerhatian

ke atas objek atau model dan fokus kepada perkara-perkara yang menarik perhatian. Hal ini

demikian kerana faktor-faktor yang lebih menyerlah akan lebih mudah menjadi ikutan kanak-

kanak atau seseorang individu. Lazimnya, setiap tingkah laku yang diadaptasi oleh kanak-

kanak daripada model terpilih adalah merupakan tingkah laku pertama yang dapat mereka

kesan.

Seterusnya adalah tahap penyimpanan dalam ingatan. Setelah membuat pemerhatian,

kanak-kanak akan mula memahami dan menyerap tingkah laku yang dipilih sebagai amalan

setip hari. Apabila terlalu kerap dilakukan, maka ia akan membantu kanak-kanak dalam proses

mengingat. Hal ini kerana semakin kerap kanak-kanak melakukan tingkah lau tersebut, maka

semakin tinggi daya ingatan kanak-kanak tersebut. Apabila kanak-kanak sudah mula

menunjukkan bahawa mereka telah memahami, mengingat dan mengaplikasikan tingkah laku

tersebut ini bermakna proses pembelajaran menerusi peniruan terhadap model adalah

berkesan dan berjaya.

Tahap reproduksi adalah merupakan di mana pelajar atau kanak-kanak sudah mampu

untuk meluahkan atau mempraktikkan segala apa ilmu yang telah dipelajari menerusi proses

peniruan. Proses mempraktikkan ini perlulah mendapat sokongan padu daripada guru-guru.

Pemantapan akan berlaku dengan lebih berkesan sekiranya guru bertindak untuk menyokong

segala tingkah laku yang ditunjukkan oleh kanak-kanak atau pelajar. Pada tahap ini, guru

bolehlah membuat penilaian untuk memastikan sama ada peniruan yang dilakukan oleh kanak-

kanak itu adalah bersifat positif atau negatif.

Tahap yang seterusnya adalah merupakan tahap motivasi. Motivasi di sini adalah

bermaksud dorongan yang diterima daripada individu di sekeliling kanak-kanak seperti ibu

bapa, guru, masyarakat dan rakan-rakan. Dorongan yang diberikan bukanlah hanya didapati

dalam bentuk kata-kata namun ia juga boleh bersifat tingkah laku. Hal ini kerana proses

peniruan akan berlaku pada setiap masa dan setiap perkara yang dilakukan oleh orang di

sekeliling akan menjadi ikutan kanak-kanak. Motivasi yang diberikan ini juga akan menentukan

sama ada peniruan tersebut berkekalan ataupun tidak dalam diri kanak-kanak. Pada masa yang

sama motivasi positif yang diberikan kepada kanak-kanak akan menyebabkan murid menjadi

lebih bersemangat untuk meneruskan tingkah lau yang baik. Motivasi yang diberikan juga

Page 2: Pemikiran Albert Bandura dalam pendidikan

mampu memberi keyakinan kepada kanak-kanak tentang pemilihan tingkah laku yang

dilakukan.