pembentukan kata - pengakroniman

3
1 http://dermagabmk1.blogspot.com PROSES PEMBENTUKAN KATA : PENGAKRONIMAN 1. KONSEP Pengakroniman ialah proses membentuk perkataan dengan mencantumkan bahagian-bahagian daripada beberapa perkataan yang menghasilkan perkataan baharu. Bahagian yang dicantumkan terdiri daripada huruf, suku kata, atau bahagian lain daripada perkataan yang terlibat. Perkataan yang terhasil dipanggil kata akronim. Akronim bersifat satu perkataan dan termasuk dalam bentuk kata tunggal. 2. CIRI-CIRI KATA AKRONIM (a) Akronim ditulis dan disebut sebagai satu perkataan yang utuh. IPTAR Perhilitan debunga Oleh itu, bentuk yang berikut, yang disebutkan hurufnya satu persatu, tidak dianggap sebagai akronim, tetapi dipanggil singkatan. KDN SPRM UKM (b) Akronim mengekalkan makna pada rangkai kata asalnya. panggung wayang gambar = pawagam jentera tolak = jentolak Petroleum Nasional Berhad = Petronas (c) Akronim memendekkan sebutan. tadika : taman didikan kanak-kanak Perkim : Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia hakis : habis kikis (d) Akronim membentuk kata tunggal. Walaupun terdapat kata akronim kelihatan seperti kata terbitan, imbuhan yang ada sudah tidak berfungsi. berdikari Perhilitan Bernama

Upload: sa-ya

Post on 26-Oct-2015

465 views

Category:

Documents


5 download

TRANSCRIPT

Page 1: Pembentukan Kata - Pengakroniman

1

h

ttp

://d

er

ma

ga

bm

k1.b

log

sp

ot.

co

m

PROSES PEMBENTUKAN KATA : PENGAKRONIMAN

1. KONSEP

Pengakroniman ialah proses membentuk perkataan dengan mencantumkan bahagian-bahagian daripada beberapa perkataan yang menghasilkan perkataan baharu.

Bahagian yang dicantumkan terdiri daripada huruf, suku kata, atau bahagian lain daripada perkataan yang terlibat.

Perkataan yang terhasil dipanggil kata akronim.

Akronim bersifat satu perkataan dan termasuk dalam bentuk kata tunggal.

2. CIRI-CIRI KATA AKRONIM (a) Akronim ditulis dan disebut sebagai satu perkataan yang utuh.

IPTAR

Perhilitan

debunga

Oleh itu, bentuk yang berikut, yang disebutkan hurufnya satu persatu, tidak dianggap sebagai akronim, tetapi dipanggil singkatan.

KDN

SPRM

UKM

(b) Akronim mengekalkan makna pada rangkai kata asalnya.

panggung wayang gambar = pawagam

jentera tolak = jentolak

Petroleum Nasional Berhad = Petronas

(c) Akronim memendekkan sebutan.

tadika : taman didikan kanak-kanak

Perkim : Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia

hakis : habis kikis

(d) Akronim membentuk kata tunggal. Walaupun terdapat kata akronim kelihatan

seperti kata terbitan, imbuhan yang ada sudah tidak berfungsi.

berdikari

Perhilitan

Bernama

Page 2: Pembentukan Kata - Pengakroniman

2

h

ttp

://d

er

ma

ga

bm

k1.b

log

sp

ot.

co

m

3. JENIS PENGAKRONIMAN

(a) Berdasarkan cara penulisan, terdapat tiga jenis akronim:1

(i) Gabungan beberapa huruf awal rangkai kata = terdiri daripada kata nama khas,

dan ditulis dengan huruf besar keseluruhannya.

ABIM = Angkatan Belia Islam Malaysia

IKIM = Institut Kefahaman Islam Malaysia

ADUN = Ahli Dewan Undangan Negeri (ii) Gabungan suku kata dengan huruf awal atau gabungan suku kata dengan

suku kata = terdiri daripada kata nama khas, huruf pertamanya sahaja dieja dengan huruf besar.

Perkeso = Pertubuhan Keselamatan Sosial

Bernama = Berita Nasional Malaysia

Mabbim = Majlis Bahasa Brunei Darussslam, Indonesia, Malaysia

Perhilitan = Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara

(iii) Gabungan suku kata dengan suku kata = daripada kata nama am, ditulis dengan huruf kecil keseluruhannya.

kugiran = kumpulan gitar rancak

cerpen = cerita pendek

asbut = asap dan kabut

pulihara = pulih dan pelihara

(b) Berdasarkan cara percantuman bahagian-bahagian perkataan, kata akronim

dibahagikan kepada sekurang-kurangnya empat jenis:2 (i) Cantuman huruf awal perkataan

IPTAR = Institut Penyiaran Tun Abdul Razak

JAIS = Jabatan Agama Islam Selangor

pati = pendatang asing tanpa izin

(ii) Cantuman huruf dan suku kata perkataan

Proton = Perusahaan Otomobil Nasional

Intan = Institut Tadbiran Awam Negara

Mara = Majlis Amanah Rakyat

(iii) Cantuman suku kata awal perkataan

tadika = taman didikan kanak-kanak

pawagam = panggung wayang gambar

Gapena = Gabungan Persatuan Penulis Nasional

1 Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga (2008): hlm. 66-67; Tatabahasa Asas (2012): hlm. 38-39 2 Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga (2008): 105-106

Page 3: Pembentukan Kata - Pengakroniman

3

h

ttp

://d

er

ma

ga

bm

k1.b

log

sp

ot.

co

m

(iv) Cantuman bahagian awal perkatan pertama dengan bahagian lain

perkataan yang mengikutinya

jenama = jenis nama

purata = pukul rata

berdikari = berdiri di atas kaki sendiri