pembentukan falsafah pendidikan kebangsaan

13
PEMBENTUKAN FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN

Upload: ctasheela

Post on 19-Nov-2015

243 views

Category:

Documents


7 download

DESCRIPTION

m

TRANSCRIPT

PEMBENTUKAN FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN

PEMBENTUKAN FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN

Pengenalan

Menurut Akta Pendidikan tahun (1996), Falsafah Pendidikan Negara (FPN) tahun (1988), telah digantikan dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) pada tahun (1996) Falsafah Pendidikan Kebangsaan adalah digubal daripada usaha berfikir yang rasional dan kritis berdasarkan daripada ideologi negara sebagaimana yang telah dimanifestikan dalam Laporan dan Dasar Pendidikan, termasuklah Rukun Negara.FPK yang dahulunya dikenali sebagai Falsafah Pendidikan Negara (FPN) telah digubal sembilan tahun kemudiannya dicermin berdasarkan dokumen-dokumen dasar dan berlandaskan ketiga-tiga ideologi negara, iaitu; Rukun Negara, Dasar Ekonomi Baru (Rancangan MalaysiaKetiga pada 1976-1980) dan Dasar Pendidikan Kebangsaan (1999)

Konsep dan matlamat FPK

Falsafah Pendidikan Kebangsaan ini akan menjadi suluh yang memberi pedoman dan hala kepada segala usaha pendidikan sama ada di dalam institut pendidikan atau di luar institut pendidikan.Falsafah Pendidikan Kebangsaan adalah digubal secara rapi dan teliti oleh pakar-pakar pendidikan dengan mengambil kira seluruh aspek yang berkaitan dengan keperluan-keperluan indvidu, masyarakat dan negara.FPK menjadi rujukan para guru, para penggubal kurikulum dan ko-kurikulum di sekolah,lanjutan penghasilan falsafah baharu umpamanya Falsafah Pendidikan Guru(FPG) yang menghasratkan ciri-ciri guru yang dihasratkan dan sebagainya.

Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah lebih memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi aspek intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga masyarakat dan negara.

Faktor-faktor menyumbang kepada pembentukan Falsafah PendidikanKebangsaan (FPK)

Faktor pembentukan FPK terdiri daripada enam faktor; iaitu agama, sosial,politik, ekonomi, individu dan sejagat.

Faktor agamaPertama ialah faktor agama yang dianuti oleh para manusia di Malaysia.Agama Islam diklasifikasi sebagai agama rasmi di negara ini. Deretan kepercayaan lain dianuti secara bebas berdasarkan akta dan undang-undang negara. Agama Islam menjadi rujukan kepada pertimbangan asas dalam FPK.Unsur agama tersebut dapat dihayati di dalam pernyataan ...mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan

B. Faktor sosialKedua ialah faktor sosial yang meliputi struktur masyarakat setempat serta kebudayaannya. Keharmonian masyarakat sekeliling bergantung kepada variasi amalan mahmudah (mulia) umpamanya toleransi, bekerjasama,hormat menghormati dan sebagainya demi penghasilan keadaaan sosial yang stabil. Tujuan ini jelas terpancar di dalam pernyataan falsafah berkenaan, iaitu...memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara.C. Faktor politikKetiga, ialah faktor politik yang menentukan ideologi negara lantas mempengaruhi dasar pendidikan. Matlamat pencapaian perpaduan kaum menjadi asas pembentukan FPK yang berlandaskan Rukun Negara, Dasar Ekonomi Baru (DEB) dan Dasar Pendidikan Kebangsaan

D. Faktor ekonomiKeempat, ialah faktor ekonomi yang mempengaruhi pembangunan dan kemajuan negara. Rakyat Malaysia terlatih dalam variasi kemahiran yang dapat membantu negara memperkembang ekonomi menerusi peningkatan daya pengeluarannya. Maka, sekolah teknik dan vokasional turut diwujudkan demi penghasilan masyarakat yang beridentiti tinggi seiring pembangunan negara.Kenyataan ini dijelaskan secara luaran tetapi mendukung hasrat yang tinggi, iaitu...memberi sumbangan terhadap kemakmuran negara.

E. Faktor individuKelima, ialah faktor individu yang dikaitkan dengan keperluan-keperluan individual seperti keselamatan, perkembangan potensi dan penyempurnaan kendiri. Potensi individu diperkembang menerusi pendidikan yang meliputi aspek-aspek J-E-R-I (jasmani, emosi, rohani dan intelek). Pernyataan ini jelas terpampang di dalam ayat pertama FPK

F.Faktor sejagatKeenam, ialah faktor sejagat yang menitik berat pandangan dan visi sedunia, perkembangan pendidikan antarabangsa dan keupayaan warganegara memberi sumbangan ke arah yang dapat membawa persefahaman antarabangsa. Pengenalan idea-idea pendidikan antarabangsa turut mempengaruhi falsafah pendidikan di negara ini.

IMPLIKASI FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN (FPK) TERHADAP SISTEM PENDIDIKAN NEGARA.

Pertama, FPK menyumbang implikasi terhadap kurikulum sekolah selaras dengan cita dan tujuan FPN. Implikasi ini meliputi perubahan silibus berorientasi program bersepadu, perubahan input pelajaran yang mengutamakan penyerapan nilai murni, perubahan program pendidikan berorientasi pelahiran yang seimbang dan harmonis, reformasi pendidikan berorientasi pendidikan umum dan perubahan silibus yang sesuai untuk melatih kemahiran pelajar dalam bidang vokasional dan teknologi

Kedua, FPK menekankan perubahan sikap pendidik dan profesional ketika menjalankan tugas sejajar tujuan dan dasar FPK. Item ini melibatkan perubahan sikap peribadi pendidik dengan pandangan dan visi yang positif serta perubahan profesional menerusi pengubahan strategi dan teknik Pengajaran dan Pembelajaran (P&P) yang diterima audiens (para pelajar).

Ketiga, FPK menyumbang implikasi kepada institusi pendidikan.Perubahan struktur dan organisasi sekolah ke arah pewujudan situasi yang sesuai. Kenyataan ini meliputi perubahan infrastruktur supaya para pelajar berpeluang mengembangkan potensi secara menyeluruh dan bersepadu,perubahan aktiviti budaya sekolah yang kondusif demi pemupukan nilai-nilai murni dalam jiwa pelajar dan perubahan iklim sekolah yang kondusif demi melahiran pelajar yang cintakan ilmu lantas membentuk budaya membaca dalam kalangan mereka.

Peranan Falsafah Pendidikan Kebangsaan Sebagai suluh yang memberi panduan dan arah tuju kepada segala usaha mengembang dan memajukan pendidikan.

Memainkan peranan utama dalam memperkembangkan potensi individu.

Membentuk insan yang seimbang dan harmonis.

Melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan.

Melahirkan rakyat Malaysia yang berakhlak mulia.

Rakyat Malaysia yang dapat memberikan sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara

SEKIAN TERIMA KASIH