pembentangan tajuk 6

12
Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan Semester 2 Sidang Akademik 2014/15 HSK 203/3 Teori dan Kaedah Sejarah Ahli Kumpulan: Ang Siew Ling 118599 Lee Wai Keat 118628 Dayang Nurulhafizah Binti Ramlee 118415 Azie Harmiza binti Basharudin 118409 Khazimah Binti Khalib 118433 Pensyarah: Dato’ Dr. K. Anbalakan

Upload: lee-wai-keat

Post on 17-Feb-2016

34 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

presentation

TRANSCRIPT

Page 1: Pembentangan Tajuk 6

Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan Semester 2 Sidang Akademik 2014/15

HSK 203/3 Teori dan Kaedah Sejarah

Ahli Kumpulan: Ang Siew Ling 118599 Lee Wai Keat 118628 Dayang Nurulhafizah Binti Ramlee 118415 Azie Harmiza binti Basharudin 118409 Khazimah Binti Khalib 118433Pensyarah: Dato’ Dr. K. Anbalakan

Page 2: Pembentangan Tajuk 6

Nilaikan sejauh manakah benar dakwaan bahawa penulisan Tacitus mencerminkan kemarahan dan kekecewaan golongan bangsawan terhadap sistem raja.

Soalan 6

Page 3: Pembentangan Tajuk 6

Kumpulan kami bersetuju dengan dakwaan bahawa penulisan Tacitus mencerminkan kemarahan dan kekecewaan golongan bangsawan terhadap sistem raja namun terdapat juga tulisan lain yang tidak berkisar tentang kemarahan dan kekecewaan terhadap sistem raja.

Pendirian

Page 4: Pembentangan Tajuk 6

Pensejarahan Rom merupakan zaman yang masyhur disebabkan telah melahirkan banyak ahli-ahli sejarah yang ulung dan karya-karya sejarah yang bernilai.

Antaranya termasuklah Tacitus yang telah menghasilkan 3 buah karya yang memberikan impak yang besar dalam pensejarahan Rom.

Namun begitu, karya-karya yang dihasilkan oleh ahli-ahli sejarah Rom telah menimbulkan perdebatan yang hebat di antara sejarawan.

Mereka berpegang teguh kepada hujahan dan pendapat masing-masing untuk membuktikan bahawa pendirian mereka adalah betul.

Begitu jugalah dalam penulisan Tacitus.

Pengenalan

Page 5: Pembentangan Tajuk 6

Ahli Sejarah Rom (56-118 T.M) Bergiat dalam bidang politik dan pernah

menyandang jawatan tribune, consul, panglima dan gabenor wilayah.

Tiga buah buku yang dikarang oleh Tacitus :1. Agricola (98 T.M)2. Histories (109 T.M)3. Annals (117 T.M)

Latar belakang Tacitus

Page 6: Pembentangan Tajuk 6

Corak penulisan dan sudut pandangan Tacitus banyak dipengaruhi oleh pemikiran beliau.

Beliau menulis dari sudut pandangan kelas senator.

Perbezaan antara sistem Republik dan sistem Principate (sistem maharaja) menimbulkan rasa tidak puas hati Tacitus.

Sistem Principate menghalang kerjaya politik Tacitus dan mengongkong kebebasan bersuara.

Penulisan Tacitus

Page 7: Pembentangan Tajuk 6

Sistem Principate menyekat hak rakyat untuk bergerak bebas dalam lapangan politik dan menggugat kedudukan Senat sebagai Dewan Perundangan.

Tacitus meragui kemampuan seseorang maharaja untuk memikul sendiri tanggungjawab memerintah sebuah empayar yang luas.

Keraguan juga timbul tentang cara pemilihan pengganti raja.

Ketidakpuasan Hati terhadap Pemusatan Kuasa

Page 8: Pembentangan Tajuk 6

Dalam karya Annals, Tacitus menyebut tentang tindakan Maharaja Tiberius menangkap seorang sejarawan, Cremutius Cordus kerana tulisannya memarahkan baginda.

Cordus ditangkap atas Treason Law. Cordus telah membunuh diri manakala buku-

bukunya dibakar atas perintah Tiberius. Gambaran Tacitus tentang peristiwa ini

menunjukkan kemarahan dan ketidakpuasan hati beliau. Pengadilan moral juga dijatuhkan.

Ketidakpuasan Hati terhadap Penyekatan Kebebasan Bersuara

Page 9: Pembentangan Tajuk 6

Contoh: Maharaja Claudius Tidak mempunyai rasa simpati kerana

meraikan kematian isterinya, Messalina dengan mengadakan kenduri.

Sebenarnya kenduri itu diadakan secara kebetulan sahaja.

Tacitus menulis peristiwa ini dalam karya beliau untuk mengutuk Claudius.

Ketidakpuasan Hati terhadap Kelemahan dan Kekejaman Maharaja

Page 10: Pembentangan Tajuk 6

Karya Tacitus kerap memuatkan kejadian-kejadian seperti pembunuhan, perbicaraan orang-orang yang dituduh sebagai menderhaka kepada negara, pakatan-pakatan yang dilakukan oleh orang istana, ketua tentera dan ahli-ahli Senat yang bertujuan merampas kuasa, serta hubungan seks yang melibatkan orang-orang istana.

Penulisan Tacitus mempamerkan sikap kebencian dan kemarahan terhadap maharaja Rom.

Penulisan Tacitus

Page 11: Pembentangan Tajuk 6

Jelaslah bahawa kebanyakan penulisan Tacitus menunjukkan kemarahan dan kekecewaan golongan bangsawan terhadap sistem raja.

Namun terdapat juga tulisan lain yang tidak berkisar tentang kemarahan dan kekecewaan terhadap sistem raja.

Akan tetapi, penulisan ini telah memberikan impak yang besar kepada pensejarahan Rom.

Kesimpulan

Page 12: Pembentangan Tajuk 6

R. Suntharalingam, 1987, Pensejarahan Barat, Petaling Jaya: Fajar Bakti.

H. E. Barnes, 1963, A History of Historical Writing, New York: Dover Publications.

Stephen Usher, 1969, The Historians of Greece and Rome. London.

Bibliografi