tajuk 6 rbt

15
Tajuk 6: Strategi, Kaedah dan Teknik Pengajaran KHSR / RBT Strategi Pengajaran dan Pembelajaran Disediakan Oleh: Ooi Sheau Yee(M3) Pensyarah : Puan Siti Khamariah Binti Binti Rizuwan

Upload: ooi-sheau-yee

Post on 18-Nov-2015

105 views

Category:

Documents


4 download

DESCRIPTION

bentangan KH

TRANSCRIPT

Tajuk 6: Strategi, Kaedah dan Teknik Pengajaran KHSR / RBT

Tajuk 6: Strategi, Kaedah dan Teknik Pengajaran KHSR / RBTStrategi Pengajaran dan Pembelajaran

Disediakan Oleh: Ooi Sheau Yee(M3) Pensyarah : Puan Siti Khamariah Binti Binti Rizuwan

PengenalanKemahiran Hidup berkonsepkan amali iaitu pelbagai kaedah dan teknik pengajaran dan pembelajaran (P&P) boleh digunakan.Pengajaran yang baik dapat menghasilkan pembelajaran yang efektif.Guru haruslah mahir dalam menentukan teknik dan kaedah pengajaran.

TujuanSebagai panduan kepada bakal guru yang hendak mengajar mata pelajaran Kemahiran Hidup(KH).Guru mahir dalam menentukan kaedah dan teknik P&P berdasarkan tajuk yang diajar dalam mata pelajaran KH Sekolah Rendah.

Definisi i) Strategi :Merupakan teknik dan kaedah yang dirancangkan dan digunakan dalam satu-satu pengajaran.Merangkumi semua kaedah dan teknik yang digunakan oleh guru dalam P&P.

Definisiii) Kaedah :Satu siri tindakan guru yang bersistematik, berurutan dan bertujuan untuk mencapai objektif yang spesifik.

iii) Teknik :Merujuk kepada unit-unit kecil yang terkandung dalam sesuatu kaedah.Merangkumi aktiviti, perlakuan dan kemahiran guru yang digunakan dalam pengajaran.

Strategi Pengajaran dan PembelajaranSebagai seorang guru perlu melaksanakan P&P dengan berkesan dengan mempelbagaikan strategi.Mata pelajaran KH merangkumi aspek teori dan amali yang tidak boleh diabaikan.Dengan ini, boleh melahirkan insan yang seimbang dari segi JERI dan penerapan nilai murni.Guru perlu menyediakan satu persekitaran pembelajaran atau iklim pembelajaran yang dapat menyalurkan ilmu secara optimum.

Kriteria-kriteria Strategi P&PFaktor kesediaan dan gaya pembelajaran murid-murid.Strategi yang menggalakkan pemindahan pembelajaran.Strategi yang mewujudkan motivasi.Strategi yang mengekalkan ingatan.Strategi yang meningkatkan pengamatan dan penanggapan.Strategi yang berdaya fikir.Strategi yang memupuk nilai dan sikap.

Klasifikasi Strategi P&PStrategi P&P boleh merujuk kepada tiga pendekatan atau kaedah iaitu:

Berpusatkan guruBerpusatkan muridBerpusatkan bahan / aktiviti

Berpusatkan GuruMerupakan amalan konvensional yang biasa digunakan oleh guru sejak dahulu.Menekankan kepada penyampaian guru dan tidak melibatkan penyertaan murid.Guru menguasai dan mengawal segala aktiviti pembelajaran dan murid hanya duduk mendengar.

Contoh-contohSyarahan / kuliahDemonstrasi / tunjuk caraBercerita

Berpusatkan MuridKaedah yang sangat ditekankan pada masa ini.Menggalakkan murid melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti pembelajaran.Memberi peluang kepada murid untuk meneroka, menimbulkan persoalan dan menemui jawapan sendiri melalui rujukan.Guru sebagai fasilitator yang membimbing murid-murid menjalankan aktiviti sama ada secara kumpulan atau individu.Murid membuat rumusan dan kesimpulan terhadap apa yang telah dipelajari.

Contoh-contohSimulasiLawatanProjekPermainanPembelajaran aktif / perbincanganPembelajaran secara kooperatifPembelajaran masteri

Berpusatkan Bahan/AktivitiMemberi peluang kepada murid sendiri untuk memilih bahan yang berkaitan dan ingin digunakan dalam sesi P&P.Memberi peluang kepada murid merasai pengalaman membina ilmu dan kemahiran diri.Merangsang minat murid untuk mengikuti pembelajaran dengan lebih aktif, tekun dan menyeronokkan.

Contoh-contohModulCartaSlaidPita rakamanPerisian kursus pembelajaran (courseware)Laman web / internetPeralatan / bahan

Terima Kasih