pembelajaran berasaskan masalah

16
pembelajaran Berasaskan Masalah (PBL) Modul PBL - pembelajaran berasaskan masalah adalah merupakan satu pendekatan pembelajaran yang digunakan bersandarkan kepada penyelesaian masalah yang akan diberikan oleh pensuarah kepada pelajar. Permasalahan yang akan diberi kepada pelajar akan dirangka dan dirancang terlebih dahulu agar setiap strategi yang diambil oleh pelajar untuk menyelesaikan masalah tersebut akan dapat meliputi keseluruhan kurikulum yang ada. Pembelajaran berasaskan masalah adalah disokong oleh konsep pembelajaran secara kendiri bagi memudahkan para pensyarah dan pelajar melalui proses pembelajaran yang lebih berkesan dan efaktif. Pembelajaran berasaskan masalah adalah merangkumi cabaran kepada keadaan penyelesaian masalah sebenar berkaitan topik yang dibincangkan, melibatkan peggunaan akal dan fikiran yang kritikal dan sepenuhnya, kemahiran meyelesaikan pemasalahan yang berkaitan, memenuhi keperluan dan disiplin kerja atau tugasan, pembelajaran yang kendiri, gerak kerja berpasukan dan menguasai kemahiran komunikasi, serta bertanggungjawab dan gigih dalam menyelesaikan sebarang masalah yang berkaitan. Pembelajaran Berasaskan Masalah (PBL) Seperti yang diketahui umum, sistem pendidikan di Malaysia adalah berorentasikan peperiksaan iaitu pelajar wajib menduduki

Upload: chenta-kyra-kirana

Post on 11-Jan-2016

20 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

baik

TRANSCRIPT

Page 1: Pembelajaran Berasaskan Masalah

pembelajaran Berasaskan Masalah (PBL)

Modul PBL - pembelajaran berasaskan masalah adalah merupakan satu pendekatan

pembelajaran yang digunakan bersandarkan kepada penyelesaian masalah yang akan

diberikan oleh pensuarah kepada pelajar. Permasalahan yang akan diberi kepada

pelajar akan dirangka dan dirancang terlebih dahulu agar setiap strategi yang diambil

oleh pelajar untuk menyelesaikan masalah tersebut akan dapat meliputi keseluruhan

kurikulum yang ada. Pembelajaran berasaskan masalah adalah disokong oleh konsep

pembelajaran secara kendiri bagi memudahkan para pensyarah dan pelajar melalui

proses pembelajaran yang lebih berkesan dan efaktif. Pembelajaran berasaskan

masalah adalah merangkumi cabaran kepada keadaan penyelesaian masalah sebenar

berkaitan topik yang dibincangkan, melibatkan peggunaan akal dan fikiran yang kritikal

dan sepenuhnya, kemahiran meyelesaikan pemasalahan yang berkaitan, memenuhi

keperluan dan disiplin kerja atau tugasan, pembelajaran yang kendiri, gerak kerja

berpasukan dan menguasai kemahiran komunikasi, serta bertanggungjawab dan gigih

dalam menyelesaikan sebarang masalah yang berkaitan.

Pembelajaran Berasaskan Masalah (PBL)

Seperti yang diketahui umum, sistem pendidikan di Malaysia adalah berorentasikan

peperiksaan iaitu pelajar wajib menduduki peperiksaan awam seperti UPSR, PMR,

SPM dan STPM. Kaedah pengajaran dan pembelajaran yang lazimnya digunakan ialah

kaedah kuliah iaitu pembelajaran berpusatkan guru. Hasil dari pembelajaran kaedah

pengajaran secara kuliah didapati masih terdapat kelemahan dalam melahirkan

graduan yang menguasai kemahiran generik walaupun pencapaian akademik yang

terbaik (Hasyamudin dan Rahifa, 2005).

Menurut Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Mustapa Mohamed dalam kenyataan akhbar,

menyatakan bahawa beliau mahu melihat perubahan dalam corak pendidikan agar

melahirkan pelajar yang berani, mempunyai kemahiran dan berpengetahuan

Page 2: Pembelajaran Berasaskan Masalah

(Hasyamudin dan Rahifa, 2005).

Oleh hal yang demikian, para pendidik perlu mengorak langkah bagi membaiki dan

meningkatkan proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) supaya ianya seiring

dengan teknologi terkini dan perkembangan semasa. Menjadi tanggungjawab pendidik

untuk menggunakan dan mempelbagaikan kaedah P&P bagi melahirkan pelajar yang

berkualiti. Antara kaedah P&P yang digunapakai ialah Pembelajaran Berasaskan

Masalah (PBL) yang merupakan salah satu contoh yang baik untuk proses

pembelajaran secara pengalaman dan pendekatan berpusatkan pelajar. Di mana dalam

kaedah PBL, pelajar akan berusaha untuk mencari maklumat dan menyelesaikan

masalah dengan usaha sendiri. Proses tersebut akan menggalakan pelajar berfikir

secara kritis dan kreatif (KUiTTHO, 2005).

Diperkukuhkan lagi apabila Lynda Wee (2004) menyatakan bahawa PBL adalah satu

pendekatan pemusatan pelajar yang merupakan pendekatan yang efektif dalam

meningkatkan kualiti pembelajaran, menggalakan penglibatan aktif, bekerjasama,

maklum balas yang cepat terhadap proses pembelajaran, pemahaman yang mendalam

terhadap subjek dan merujuk kesesuaian pembelajaran pelajar melalui pembelajaran

kendiri.

Sejarah PBL

Pembelajaran Berasaskan Masalah (PBL) mula diperkenalkan dalam pembelajaran

tradisional sekitar tahun 1960-an di McMaster University, Canada (Barrow & Tamblyn,

1980). Merujuk kepada buletin KUiTTHO (2005), kaedah ini diperkenalkan oleh

Professor Howard Barrow. Pada mulanya, kaedah ini ditolak oleh semua orang. Namun

begitu, beliau menggunakan kaedah ini kepada pelajar perubatan di bawah seliaannya

dan mendapat reaksi yang positif di kalangan pelajar tersebut. Pendekatan ini telah

membuka mata dan menarik minat para pendidik yang lain untuk menggunakannya.

Kesannya, pendekatan ini telah digunapakai dalam pelbagai bidang terutamanya dalam

Page 3: Pembelajaran Berasaskan Masalah

bilang kejuruteraan. Kini, Professor Barrow menjadi role model bagi PBL dan Universiti

McMaster menjadi perintis kepada PBL. Selain itu, Don Wood merupakan bapa kepada

PBL dalam bidang kimia. Beliau juga dari Universiti McMaster.

Objektif PBL

Menurut Barrow & Tamblyn (1980), antara objekif pendidikan kaedah ini diperkenalkan

ialah:

a) Mengukuhkan kemahiran pelajar untuk mempelajari sesuatu prinsip, konsep dan

belajar menggunakan maklumat dalam pelbagai situasi.

b) Memperkembangkan kemahiran pelajar memberi hujah dan pendapat, berfikiran

kritis, serta kemahiran membuat keputusan.

c) Memperkembangkan kemahiran pelajar mengintegrasikan pengetahuan dalam

pelbagai disiplin ilmu dan kefahaman yang baik tentang peranan sikap kemanusian

terhadap kemajuan profesionalisme.

d) Menyediakan pelajar kepada konsep pembelajaran sepanjang hayat.

e) Menggalakkan pembelajaran kumpulan kecil, keperluan kepada keberkesanan kerja

berpasukan dan pembelajaran secara kolaboratif

(Barrow & Tamblyn dipetik daripada Suhaimi Makminin, 2005)

Ciri-ciri PBL

Definisi awal PBL memperkenalkan Model Klasik oleh Barrow dan Tamblyn, 1980 yang

dinyatakan dalam penulisan Baden dan Mojor (2004) yang mempunyai ciri-ciri seperti:

a) Situasi masalah sebenar yang kompleks iaitu tidak mempunyai jawapan yang betul

atau salah,

b) Pelajar bekerja dalam kumpulan untuk menangani masalah, mengenalpasti jurang

pembelajaran dan mengembangkan pelbagai penyelesaian,

c) Pelajar memperolehi informasi baru melalui pembelajaran kendiri,

Page 4: Pembelajaran Berasaskan Masalah

d) Pensyarah sebagai pembimbing,

e) Masalah akan memandu ke arah perkembangan keupayaan penyelesaian masalah

ilmu perubatan.

Perlaksanaan Pembelajaran Berasaskan Masalah (PBL)

Menurut Lynda Wee (2004), terdapat tujuh langkah dalam menerangkan proses PBL.

Langkah-langkah tersebut ialah seperti berikut:

a) Pembahagian Kumpulan

Pada peringkat ini, pelajar akan mengenali di antara satu sama lain dan pelajar akan

membentuk kumpulan masing-masing. Seterusnya, ketua kumpulan dan pencatat akan

dilantik dan peraturan-peraturan kumpulan akan dibentuk.

b) Mengenalpasti Masalah

Pelajar akan dikemukakan dengan masalah untuk diselesaikan. Pelajar perlu

mengenalpasti dan mengesahkan masalah tersebut dan menyatakan masalah tersebut

berdasarkan fakta-fakta yang diperolehi. Proses mengenalpasti masalah melibatkan

elemen-elemen pencetus idea terhadap masalah yang ingin dikaji, juga dikenali sebagai

trigger. Trigger boleh didapati dalam bentuk gambar, petikan surat khabar, klip video,

petikan jurnal dan juga kejadian sebenar yang berlaku. Trigger ini akan menyebabkan

sesuatu isu dipersoalkan, diperdebatkan dan memberi petunjuk kepada penyelesaian

masalah tersebut.

c) Menjana Idea

Pada peringkat ini, pelajar akan mengeluarkan idea-idea yang dapat membantu dalam

proses penyelesaian masalah tersebut.

Page 5: Pembelajaran Berasaskan Masalah

d) Isu Pelajaran

Pelajar perlu mengenalpasti apakah yang perlu dipelajari dan mencari isu-isu yang

dapat membantu mereka untuk menyelesaikan masalah serta mengetahui apakah

langkah-langkah yang perlu diambil bagi menyelesaikan masalah tersebut. Seterusnya,

pelajar akan mengenalpasti tindakan yang sesuai untuk menyelesaikan masalah yang

diberikan.

e) Pembelajaran Kendiri

Pada peringkat ini, pelajar akan mencari dan merumuskan informasi-informasi yang

relevan dan logik dengan masalah yang diberikan.

f) Sintesis dan Aplikasi

Punca-punca informasi perlu disahkan kesahihannya terutamanya daripada Internet.

Pelajar akan mula berkongsi maklumat dengan pelajar yang lain dan mengaplikasikan

maklumat yang diperolehi untuk menyelesaikan masalah tersebut. Seterusnya, pelajar

akan berbincang, membangunkan penyelesaian dan membuat penerangan terhadap

penyelesaian yang diambil.

g) Refleksi dan Tindak Balas

Pada peringkat ini, pelajar akan memberi tindak balas terhadap kerja kumpulan, kerja

individu, penjanaan pengetahuan, penyelesaian masalah dan juga peranan fasilitator.

Seterusnya, perbincangan akan dilakukan dalam kumpulan masing-masing.

Ini jelas menunjukkan bahawa kemahiran yang paling diperlukan ialah kemahiran

menyelesaikan masalah. Diperkukuhkan lagi apabila Nor Ratna Masrom (2006) telah

membuat kajian yang bertajuk "Problem Solving Skill in ICT and Multimedia Application”

mendapati bahawa tanpa pengetahuan dan kemahiran penyelesaian masalah, pelajar

Page 6: Pembelajaran Berasaskan Masalah

tidak mampu untuk melaksanakan dan mengaplikasikan kaedah PBL dengan sempurna

dan cekap.

Proses Menyelesaikan Masalah

Menurut George Polya (1957), sesuatu masalah boleh diselesaikan melalui empat

langkah penyelesaian iaitu:

a) Memahami masalah iaitu menentukan apa yang hendak diselesaikan dan maklumat

yang berkaitan dengannya;

b) Menyediakan rancangan penyelesaian iaitu mencari perkaitan antara maklumat yang

diberi dengan penyelesaian;

c) Melaksanakan rancangan iaitu melaksanakan apa yang dirancang dengan teliti,

langkah demi langkah; dan

d) Menyemak jawapan iaitu menyemak ketepatan dan kesesuian hasil penyelesaian

dengan apa yang hendak diselesaikan.

(Widad Othman, et al, 2003)

Menurut Razihan Abdul Jalil (2001) kaedah penyelesaian masalah merupakan salah

satu kaedah yang dapat melibatkan aktiviti pelajar mencari maklumat untuk

menyelesaikan masalah yang diberikan kepada mereka di samping memberi peluang

kepada pelajar untuk merasai pengalaman dan kemahiran (Mohd Khairuddin Abdul

Karim, 2005). Berdasarkan Smith (1997) dan Edward dan Monika (1995) terdapat lima

proses untuk menyelesaikan masalah. Proses-proses tersebut ialah:

a) Mengenalpasti Masalah

Pada peringkat ini, pelajar akan diberikan masalah untuk diselesaikan. Tugas pelajar

adalah untuk mengenalpasti masalah yang diberi dan menjadikan masalah tersebut

sebagai persoalan yang perlu diselesaikan. Kemudian, pelajar perlu membuat rumusan

berdasarkan objektif masalah dan mengenalpasti sumber-sumber yang perlu digunakan

Page 7: Pembelajaran Berasaskan Masalah

untuk memperolehi maklumat yang benar, relevan dan penting untuk menyelesaikan

masalah tersebut. Selain itu, pelajar perlu merancangan kaedah penyelesaian dari

peringkat awal sehingga permasalahan tersebut dapat diselesaikan dengan sempurna.

Menurut Mohd Azhar Abdul Hamid (2003) menyatakan, pada mulanya masalah

dikenalpasti daripada segi struktur masalah dan dibuat definisi. Definisi yang tepat

membantu pemahaman bagi menyelesaikan masalah yang dihadapi dan memilih

alternatif penyelesaian masalah yang tepat.

b) Menganalisis Masalah dan Mengumpulkan data

Pelajar perlu mengumpul data dan membuat penganalisian terhadap maklumat yang

diperolehi. Azhar Abdul Hamid (2003) menyatakan terdapat pelbagai teknik

pengumpulan data. Contohnya, gambar rajah tulang (analysis: couse dan effect), carta

pareto, carta pai, carta aliran dan lain-lain.

Proses menganalisis masalah ini diperlukan bagi mengembangkan pemikiran dan

mempertimbangkan semua kemungkinan. Objektif bagi peringkat ini adalah mencari

punca masalah tersebut berlaku. Menurut Kirby, Gary R, dan Goodpaster, Jeffery. R

(2002), sesuatu masalah itu tidak dapat diselesaikan sehinggalah punca masalah

tersebut ditemui. Beberapa persoalan perlu ditanya sama ada apa, di mana, bila, siapa

dan bagaimana masalah itu berlaku. Masalah dianalisis daripada pelbagai sudut seperti

ataupun kepentingan masalah, pengalaman diri, tindak balas pihak lain, kos masalah,

lokasi berlaku masalah, perbandingan dengan masalah lain dan sebagainya ( Mohd

Azhar Abdul Hamid, 2003).

Pada peringkat ini, pelajar boleh mengsahkan kesahihan maklumat yang diperolehi dan

mampu mengenalpasti penyarah yang boleh dirujuk untuk menyelesaikan masalah

tersebut. Selain itu, pelajar mampu mencari punca utama masalah tersebut. Pelajar

juga perlu berbincang dan berkongsi maklumat dangan ahli kumpulan yang lain serta

perlu mamastikan sama ada maklumat yang dikumpulkan mencukupi ataupun tidak.

Page 8: Pembelajaran Berasaskan Masalah

c) Membuat Keputusan

Pelajar perlu membuat pemilihan penyelesaian masalah dengan tepat dan pastikan

penyelesaian yang dibuat merupakan penyelesaian yang terbaik. Disamping itu, pelajar

perlu mempunyai alasan yang kukuh untuk menyokong penyelesaian yang diambil.

Pemilihan penyelesaian ini dijana dengan menggunakan pelbagai kaedah bagi

memastikan idea yang diperolehi berkualiti. Menurut Mohd Azhar Abdul Hamid (2003)

menyatakan bahawa salah satu kaedah mencari penyelesaian adalah brainstorming.

De Janasz, et al (2002), kaedah ini mengundang banyak ideea untuk menyelesaikan

masalah kerana kaedah ini merupakan salah satu teknik di mana ramai orang dari satu

kumpulan berkongsi idea terhadap suatu perkara tanpa mengkritik. Ini adalah supaya

perbincangan terbuka di dalam kumpulan tersebut digalakkan bagi menghasilkan idea

kreatif. Kaedah ini sesuai digunakan bagi masalah kumpulan.

d) Mengenalpasti Penyelesaian yang Terbaik

Kini, pemusatan pemikiran diperlukan bagi menilai, membanding dan menjalankan

percubaan melaksanakan jalan penyelesaian (Mohd Azhar Abdul Hamid, 2003). Pada

peringkat ini, pelajar perlu merancang bagaimana untuk menyelesaikan masalah

tersebut dengan sewajarnya. Ini kerana, faktor paling penting dalam penilaian adalah

kesan kepada jalan penyelesaian. Kesan ini terdiri daripada kesan posivif dan negatif.

Oleh itu, pertimbangan yang teliti amat diperlukan bagi memastikan keputusan yang

dipilih mempunyai kelebihan dan memberi manfaat kepada ahli kumpulan yang lain.

Selain itu, pelajar seharusnya mampu untuk memastikan keputusan yang dipilih boleh

mengembangkan atau menghadkan penyelesaian masalah serta keputusan yang dipilih

merupakan alternatif yang terbaik.

e) Melaksanakan Keputusan

Mohd Azhar Abdul Hamid (2003) menyatakan bahawa keempat-empat peringkat di atas

hanya terkandung dalam peringkat perancangan. Selepas penentuan alternatif jalan

Page 9: Pembelajaran Berasaskan Masalah

penyelesaian, ianya perlu dilaksanakan dengan teknik yang betul dan tepat. Ini juga

membantu penyelesaian masalah bagi mengorganisasikan proses pelaksanaan dan

menguji sama ada hasil yang dijangka dapat dijana atau tidak.

Kelebihan PBL

Menurut Montgomery (2000), antara kelebihan utama PBL berbanding strategi

pembelajaran lain yang dicadangkan oleh teori konstruktivisme ialah rangsangan atau

stimulasi yang berjaya dihasilkan olehnya dalam membentuk kognitif pelajar agar lebih

bersifat ingin tahu. Ini seterusnya menurut mereka berjaya meningkatkan minat atau

motivasi pelajar untuk terus belajar. Masalah yang menyerupai masalah dunia sebenar

yang digunakan pula membolehkan pelajar mencuba pelbagai jalan penyelesaian

dalam persekitaran pembelajaran yang lebih selamat (Jamalludin Harun, et al, 2005).

Prof Madya Dr Khairiyah Mohd Yusof di dalam Berita Harian 25 Jan 2007, menyatakan

keinginan menyelesaikan masalah mendorong pelajar melaksanakan pembelajaran

kendiri dan pengajaran antara rakan sebaya (peer teaching) dalam kumpulan dan

antara kumpulan. Pelajar yang melalui PBL dapat membina kemahiran pemikiran kritis

dan kreatif, menganalisis dan menyelesaikan masalah. Tse dan Chan, (2003)

menyatakan bahawa kaedah PBL sangat berkesan dalam meningkatkan pemahaman

dan pengetahuan teknikal pelajar. Melalui kaedah ini, setiap pelajar diberi banyak

peluang untuk mempraktikan teknik pembelajaran kendiri yang merupakan elemen

penting dalam menentukan kerjaya masa depan mereka. Selain itu, kebolehupayaan

pembelajaran pelajar dapat ditingkatkan melalui kerjasama dalam kumpulan yang

diamalkan untuk subjek kejuruteraan.

Secara amnya, jelas membuktikan bahawa Pembelajaran Berasaskan Masalah (PBL)

mampu untuk melahirkan dan mendidik pelajar menjadi seorang pemimpin yang

mempunyai kemahiran menyelesaikan masalah. Selain itu, pelajar dapat meningkatkan

minat dan motivasi untuk terus belajar, membina kemahiran pemikiran kritis dan kreatif,

Page 10: Pembelajaran Berasaskan Masalah

menganalisis dan menyelesaikan masalah. Oleh hal demikian, pelajar dapat

meningkatkan pemahaman dan pengetahuan isi pelajaran bagi sesuatu matapelajaran

dengan mudah dan mendalam. Secara tidak langsung dapat meningkatkan pencapaian

akademik pelajar tersebut. Penyataan ini disokong dengan kajian yang dilakukan oleh

Ward dan Lee (2004) menyatakan bahawa pelajar yang mengikuti kaedah PBL dapat

memahami isi pelajaran dengan lebih mendalam bagi matapelajaran Teknologi

Makanan dan Nutrisi.

Banyak kajian yang membuktikan bahawa kaedah PBL mampu meningkatkan

kemahiran generik para pelajar terutamanya dalam kemahiran menyelesaikan masalah.

Kenyataan ini disokong oleh Hasyamuddin dan Rahifa (2005) bertajuk “Kemahiran

Generik Dalam Kelas Bercirikan Pembelajaran Berasaskan Masalah (PBL) di Kalangan

Pelajar Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn (KUiTTHO) mendapati bahawa PBL

membantu pelajar dalam memperolehi kemahiran generik dan penglibatan aktif dalam

kelas berbanding pelajar yang menggunakan kaedah kuliah.

Kesimpulan

Kesimpulannya, kaedah PBL banyak menekankan dan menitikberatkan cara pelajar

menganalisis masalah dan menyelesaikannya. Kemahiran ini adalah penting bagi

melahirkan dan mendidik bakal-bakal pemimpin yang bertanggungjawab dan

berkeyakinan dalam menyelesaikan masalah dan mampu untuk membuat keputusan

yang tepat dan adil. Secara amnya, kaedah PBL boleh dijadikan salah satu pendekatan

dan latihan yang berkesan untuk melahirkan pemimpin-pemimpin yang mempunyai jati

diri yang kuat, berwawasan tinggi, mengamalkan cara komunikasi yang betul, dan

berkemahiran membuat keputusan dan menyelesaikan masalah dengan tepat. Ciri-ciri

tersebut merupakan ciri-ciri yang perlu ada dalam diri seseorang pemimpin yang

disenangi dan disukai oleh pengikut-pengikutnya. Oleh hal yang demikian, orang-orang

yang dipimpin akan lebih menghormati dan berasa selamat di bawah jagaannya.

Page 11: Pembelajaran Berasaskan Masalah

Rujukan

Ainon Mohd. (2003). ” Teori dan Teknik Kepimpinan Panduan Aplikasi di Tempat Kerja”.

PTS Publications & Distributors Sdn. Bhd: Pahang.

Baden, M.S & Major, C.H. (2004).”Foundation of Problem-Based Learning”. USA: Mc

Graw Hill Education.

Berita Harian 25 Jan 2007. “Pembelajaran Berpasukan Bentuk Kemahiran Insan”. Oleh

Muhammad Amir.

Borrows, H.S., (1996). “Problem Based Learning in Medician and Beyond: A Brief

Overview dalam Wilkerson, L.A and Gijselaers W.H. Bringing Problem Based Learning

to Higher Education: Theory and Practice”. San Francisco: Jossey Bass Publishers. 3-

12

De Janasz, Suzanne, C. et al (2002). “ Interpersonal Skill in Organization”. USA: Mc

Graw Hill.

Edward, L., Monika, L. (1995). “Creative Problem Solving: Thinking Skill for A

Changing Wold”. USA: Mc Graw Hill

Hasyamudin Othman dan Rahifa Mustafa. (2005). Kertas Kerja Perbentangan

“Kemahiran Generik dalam Kelas Bercirikan Pembelajaran Berasaskan-Masalah (PBL)

di Kalangan Pelajar Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein ONN (KUiTTHO)”.

Kirby, Gary, R. & Goodpaster, Jeffery, R. (2002). “Thinking”. USA: Prentice Hall.

Koonts dan O’Donnel. (1976).”Management: A system and Contigency Analysis of

Managerial Functions”. Mc Graw Hill: New York, Vol 6.

http://azmarieina80.blogspot.com/2013/02/pembelajaran-berasaskan-masalah-

pbl_11.html