pembangunan polisi maklumat di malaysia ......prosedur. polisi merupakan perkara utama organisasi...

12
29 SEKITAR PERPUSTAKAAN PEMBANGUNAN POLISI MAKLUMAT DI MALAYSIA: PERANAN PERPUSTAKAAN Zawiyah M. Yusof, Mokmin Basri dan Nor Azan M. Zin Jabatan Sains Maklumat, Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat, Universiti Kebangsaan Malaysia 43600 Bangi, Selangor, MALAYSIA. Abstrak Kertas ini membincangkan peranan perpustakaan dalam proses pembangunan polisi maklumat di Malaysia. Peranan perpustakaan terutamanya perpustakaan negara pada peringkat awal pembentukan polisi maklumat kebangsaan, iaitu sekitar tahun 1960-an dan 1970-an adalah ketara. Tren ini turut berlaku pada peringkat global. Perpustakaan menjadi teras dalam pembangunan polisi maklumat kebangsaan kerana fungsinya sebagai penyedia maklumat kritikal. Tren polisi Maklumat di Malaysia kemudiannya berubah dari didominasi oleh perpustakaan dan sains maklumat kepada teknologi maklumat dan komunikasi pada tahun 1994. Perubahan tersebut meminggir peranan perpustakaan sebaliknya memberi keutamaan kepada teknologi maklumat dan komunikasi. Kertas ini adalah suatu sorotan susastera dalam bidang polisi maklumat. Analisis mendapati asas pembangunan kepada polis maklumat ialah perpustakaan kerana organisasi ini mewujud, menyimpan, menyelenggara dan mengawal maklumat yang diperlu untuk pembangunan negara. Kata kunci: Perpustakaan, sains maklumat, polisi maklumat, penyedia maklumat, teknologi maklumat dan komunikasi Pengenalan Perkembangan polisi maklumat kebangsaan bermula dengan perancangan penubuhan Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) pada tahun 1956. Proses dimulai dengan penyediaan memorandum perkhidmatan perpustakaan awam bagi Persekutuan Tanah Melayu dan cadangan penubuhan satu Lembaga Perpustakaan Negara. Lembaga ini mempunyai kuasa eksekutif untuk menyediakan perkhidmatan perpustakaan awam pada peringkat kebangsaan oleh Malayan Library Group (MLG) yang menjadi asas kepada kewujudan Perkhidmatan Perpustakaan Negara (PNM) pada pada tahun 1971 (Perpustakaan Negara Malaysia, 2008). PNM ditubuhkan hasil daripada desakan keperluan dalaman negara bagi mendapatkan maklumat. Pada ketika yang sama, Malaysia turut responsif terhadap gagasan yang kemukakan oleh Unesco seperti program Sistem Maklumat Sains Dunia (UNISIST- United Nations National Technical Information System) yang dilancar pada tahun 1972 dan National Information System (NATIS) pada tahun 1974. NATIS adalah satu konsep dan gagasan yang menggesa semua negara ahli membangunkan sistem maklumat kebangsaan yang berupaya Perpustakaan Negara.indd 29 1/14/11 4:51 PM Hakcipta Terpelihara © 2010 - Perpustakaan Negara Malaysia Hakcipta Terpelihara © 2010 - Perpustakaan Negara Malaysia

Upload: others

Post on 15-Nov-2020

10 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: PEMBANGUNAN POLISI MAKLUMAT DI MALAYSIA ......prosedur. Polisi merupakan perkara utama organisasi yang menentukan perubahan kepada perundangan, untuk menentukan piawaian, kod amalan

29

SEKITARPERPUSTAKAAN

SEKITARPERPUSTAKAAN

PEMBANGUNAN POLISI MAKLUMAT DI MALAYSIA: PERANAN PERPUSTAKAAN

Zawiyah M. Yusof, Mokmin Basri dan Nor Azan M. ZinJabatan Sains Maklumat,

Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat,Universiti Kebangsaan Malaysia

43600 Bangi, Selangor,MALAYSIA.

Abstrak

Kertas ini membincangkan peranan perpustakaan dalam proses pembangunan polisi maklumat di Malaysia. Peranan perpustakaan terutamanya perpustakaan negara pada peringkat awal pembentukan polisi maklumat kebangsaan, iaitu sekitar tahun 1960-an dan 1970-an adalah ketara. Tren ini turut berlaku pada peringkat global. Perpustakaan menjadi teras dalam pembangunan polisi maklumat kebangsaan kerana fungsinya sebagai penyedia maklumat kritikal. Tren polisi Maklumat di Malaysia kemudiannya berubah dari didominasi oleh perpustakaan dan sains maklumat kepada teknologi maklumat dan komunikasi pada tahun 1994. Perubahan tersebut meminggir peranan perpustakaan sebaliknya memberi keutamaan kepada teknologi maklumat dan komunikasi. Kertas ini adalah suatu sorotan susastera dalam bidang polisi maklumat. Analisis mendapati asas pembangunan kepada polis maklumat ialah perpustakaan kerana organisasi ini mewujud, menyimpan, menyelenggara dan mengawal maklumat yang diperlu untuk pembangunan negara.

Kata kunci: Perpustakaan, sains maklumat, polisi maklumat, penyedia maklumat, teknologi maklumat dan komunikasi

Pengenalan

Perkembangan polisi maklumat kebangsaan bermula dengan perancangan penubuhan Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) pada tahun 1956. Proses dimulai dengan penyediaan memorandum perkhidmatan perpustakaan awam bagi Persekutuan Tanah Melayu dan cadangan penubuhan satu Lembaga Perpustakaan Negara. Lembaga ini mempunyai kuasa eksekutif untuk menyediakan perkhidmatan perpustakaan awam pada peringkat kebangsaan oleh Malayan

Library Group (MLG) yang menjadi asas kepada kewujudan Perkhidmatan Perpustakaan Negara (PNM) pada pada tahun 1971 (Perpustakaan Negara Malaysia, 2008).

PNM ditubuhkan hasil daripada desakan keperluan dalaman negara bagi mendapatkan maklumat. Pada ketika yang sama, Malaysia turut responsif terhadap gagasan yang kemukakan oleh Unesco seperti program Sistem Maklumat Sains Dunia (UNISIST- United Nations National Technical Information System) yang dilancar pada tahun 1972 dan National Information System (NATIS) pada tahun 1974. NATIS adalah satu konsep dan gagasan yang menggesa semua negara ahli membangunkan sistem maklumat kebangsaan yang berupaya

Perpustakaan Negara.indd 29 1/14/11 4:51 PM

Hakcipta Terpelihara © 2010 - Perpustakaan Negara Malaysia

Hakcipta Terpelihara © 2010 - Perpustakaan Negara Malaysia

Page 2: PEMBANGUNAN POLISI MAKLUMAT DI MALAYSIA ......prosedur. Polisi merupakan perkara utama organisasi yang menentukan perubahan kepada perundangan, untuk menentukan piawaian, kod amalan

30

SEKITARPERPUSTAKAAN

SEKITARPERPUSTAKAAN

memenuhi keperluan maklumat bagi semua sektor dan kategori pengguna dalam negara. Sebagai tindak balas, Malaysia menubuhkan jawatankuasa bagi mengkaji kebolehlaksanaan sistem maklumat kebangsaan.

Usaha membangunkan polisi maklumat kebangsaan bermula sejak negara mencapai kemerdekaan pada tahun 1957. Pada peringkat awal perkembangannya, Malaysia cenderung untuk mengikuti saranan dari Unesco melalui kedua-dua UNISIST dan NATIS selain daripada program PGI (General Information Program) yang dilancar pada tahun 1979. Sebagai natijahnya, negara membangunkan Malaysian Information System (MANIS) sebagai tindak balas terhadap program NATIS pada tahun 1975 (Wijasuriya 1979) dan polisi kebangsaan bagi perpustakaan dan perkhidmatan maklumat pula merupakan tindak balas terhadap program PGI.

Apakah itu Polisi Maklumat?

Polisi adalah satu perancangan atau ‘course of action’ yang direka untuk membantu dan membuat keputusan, tindakan dan perkara lain iaitu sebagai panduan prosedur. Polisi merupakan perkara utama organisasi yang menentukan perubahan kepada perundangan, untuk menentukan piawaian, kod amalan dan sebagainya (Roper et a., 1999). Lazimya polisi dibangunkan berdasarkan keperluan dan misi organisasi atau negara (Hofferbert (1974).

Polisi hendaklah ditulis dengan jelas dan mudah. Lerchey dan Paras (2000) mencadangkan supaya polisi merangkumi aspek SMARTE iaitu Spesifik (Specific), boleh diukur (Measurable), boleh dicapai (Achievable), realistik (Realistic), boleh dikesan (Traceable) dan boleh dikuatkuasa (Enforceable). Menurut Wood

(1997) “jika polisi tidak dapat dikuatkuasa maka ia hanyalah perhiasan semata-mata” (Wood, 1997). Tanpa pelaksanaan yang betul, polisi dan strategi yang baik tidak membawa sebarang makna kepada organisasi atau negara (O’Shea, 1997).

Istilah polisi maklumat kebangsaan tidak banyak diguna di Malaysia sama ada dalam kalangan ahli parlimen, dalam dokumen rasmi kerajaan mahupun agensi yang berkaitan dengan maklumat. Sebaliknya, penggunaan istilah ini adalah sinonim dengan perkembangan kontemporari iaitu masyarakat bermaklumat (Rowlands et al., 2002). Gejala sedemikian turut berlaku di negara lain seperti Greece (Priftis & Oppenheim, 1999). Fenomena ini berlaku kerana bidang polisi maklumat sebagai satu bidang akademik adalah secara relatifnya masih baru (Duff, 2004). Justeru, sesetengah pengkaji memberi definisi yang umum dan luas seperti Montviloff (1990), Oladele (2001), Pajaro & Betancourt (2007). Polisi maklumat secara umumnya didefinisi sebagai satu garis panduan dan hala tuju tindakan terancang bagi menjamin capaian maklumat sejagat untuk menjalankan semua aktiviti (sosial, ekonomi dan politik), bagi membantu mencapai matlamat pembangunan negara. Definisi yang khusus pula dinyatakan oleh sarjana seperti Jaeger (2007) yang memfokus kepada isu tertentu seperti kitar maklumat. Jaeger mendefinisi polisi maklumat sebagai “kombinasi perundangan, peraturan, dan garis panduan yang mengawal penghasilan, pengurusan, dan penggunaan maklumat - yang mencorak peranan maklumat dalam masyarakat”.

Polisi Maklumat Kebangsaan

Setelah membuat tinjauan dalam kalangan anggota International Federation

Perpustakaan Negara.indd 30 1/14/11 4:51 PM

Hakcipta Terpelihara © 2010 - Perpustakaan Negara Malaysia

Hakcipta Terpelihara © 2010 - Perpustakaan Negara Malaysia

Page 3: PEMBANGUNAN POLISI MAKLUMAT DI MALAYSIA ......prosedur. Polisi merupakan perkara utama organisasi yang menentukan perubahan kepada perundangan, untuk menentukan piawaian, kod amalan

31

SEKITARPERPUSTAKAAN

SEKITARPERPUSTAKAAN

of Library Association, Niegaard (1999) mendakwa Malaysia tidak mempunyai polisi maklumat kebangsaan. Manakala menurut Arnold (2002) yang menganalisis polisi maklumat di beberapa buah negara, mendapati Malaysia hanya mempunyai satu isu sahaja daripada 17 isu yang lazim dicakupi dalam polisi maklumat iaitu isu capaian maklumat. Ini bermakna, Malaysia belum mempunyai polisi maklumat yang menyeluruh.

Sebelum polisi maklumat sesebuah negara digubal, Gray (1988) menyarankan supaya negara hendaklah terlebih dahulu memberi pengiktirafan kepada kepentingan maklumat dalam pembangunan negara terutamanya dari aspek ekonomi dan sosial. Setelah itu, infrastrukturnya pula perlu disediakan.

Namun menurut Xue (2005), Malaysia mempunyai polisi berkaitan dengan telekomunikasi termasuk Internet malah merangka polisi tersebut lebih awal berbanding dengan negara membangun yang lain. Pembangunan polisi tersebut yang akhirnya dianggap sebagai polisi maklumat dipengaruhi oleh beberapa strategi dan dokumen terutamanya Wawasan 2020 yang dirangka pada 1991. Wawasan 2020 dianggap sebagai matlamat polisi maklumat negara Ruzaini (1996) dan Xue (2005). Sebenarnya Ruzaini dan Xue membincangkan tentang strategi dan perancangan maklumat kebangsaan dan bukannya polisi maklumat Kebangsaan (Stone, 1996).

Kajian tentang polisi maklumat di Malaysia bermula pada tahun 1950 dilakukan oleh Kate Ferguson atas inisiatif British Council. (Wijasuriya et al., 1975). Sehingga ke hari ini jumlah kajian dalam bidang berkaitan polisi maklumat masih tidak banyak dijalankan. Sorotan susastera menunjukkan pengkaji yang menjadikan

Malaysia sebagai kajian kes cenderung menjalankan kajian yang bersifat khusus iaitu sistem maklumat kebangsaan (Wijasuriya, 1979; Oli, 1982; Ruzaini, 1996), polisi perpustakaan kebangsaan dan perkhidmatan maklumat (Wijasuriya, 1981; Oli, 1991; Abdus Sattar, 1993), capaian maklumat (Abdul Rahman, 1996), maklumat untuk pembangunan sosio-ekonomi (Katni, 1986), teknologi maklumat dan Internet (Ramli, 2001; Mashkuri et al., 2002; ITU, 2002; Xue, 2005), dan pengawalaturan kandungan (Ida Madieha, 2004). Manakala kajian oleh Sajjad (1996) dan Moore (2005) berdasarkan skop yang luas.

Peranan Perpustakaan dalam Penyediaan Maklumat dan Pembentukan Polisi Maklumat Kebangsaan

Kargbo (2007) menegaskan bahawa hal ehwal berkaitan dengan polisi maklumat adalah berada di bawah tanggungjawab perpustakaan kerana institusi ini berperanan sebagai penyedia maklumat yang kritikal. Perpustakaan perlu mempunyai polisi maklumat bagi memilih, mengorganisasi dan menyebar maklumat di samping menangani isu keberkesanan yang berkaitan dengannya. Ini kerana menurut Gill (2001) dan Kargbo (2007) selain sebagai penyedia maklumat, perpustakaan juga perlu menjadi pembangun dan memain peranan penting dalam pembentukan polisi maklumat terutamanya polisi maklumat kebangsaan.Malah sarjana dalam polisi maklumat mendapati pendekatan yang lazim diguna dalam pembentukan polisi maklumat boleh dibahagi kepada dua. Pertama, pendekatan perpustakaan dan maklumat dan kedua pendekatan yang umum dan khusus yang menjurus kepada bidang seperti ekonomi, sosial dan aktiviti budaya (Gray, 1988). Pendekatan perpustakaan dan maklumat jelas terdapat dalam

Perpustakaan Negara.indd 31 1/14/11 4:51 PM

Hakcipta Terpelihara © 2010 - Perpustakaan Negara Malaysia

Hakcipta Terpelihara © 2010 - Perpustakaan Negara Malaysia

Page 4: PEMBANGUNAN POLISI MAKLUMAT DI MALAYSIA ......prosedur. Polisi merupakan perkara utama organisasi yang menentukan perubahan kepada perundangan, untuk menentukan piawaian, kod amalan

32

SEKITARPERPUSTAKAAN

SEKITARPERPUSTAKAAN

pengkelasan polisi maklumat seperti yang diutarakan oleh Bustamante (2007). Menurut beliau, polisi maklumat boleh dikelas kepada enam bahagian iaitu polisi capaian perpustakaan awam, galakan membaca dan undang-undang berkaitan buku, polisi maklumat sains dan teknologi, polisi maklumat pemetaan dan statistik, polisi capaian maklumat awam dalam pengurusan kerajaan, polisi melindungi maklumat tradisional, polisi berkaitan teknologi maklumat dan komunikasi dan masyarakat bermaklumat.

Rowlands (1999) setelah mengkaji 771 artikel berkaitan dengan polisi maklumat mendapati 540 daripada artikel tersebut diterbitkan dalam jurnal kajian maklumat dan perpustakaan, 92 artikel dalam jurnal perundangan, 32 dalam bidang pentadbiran awam, 32 dan bidang sains politik, 26 dalam bidang kajian komunikasi, sains sosial 24 dalam bidang sains sosial manakala 15 dalam pengurusan dan perniagaan 15. Analisis Rowlands membuktikan polisi maklumat adalah berkait rapat dengan bidang sains maklumat dan perpustakaan. Terdahulu, Lamberton (1974) mendapati bahawa isu ke-4 yang kerap dinyatakan oleh sarjana dalam bidang polisi maklumat adalah polisi berkaitan dengan perpustakaan terutamanya perpustakaan awam selain daripada arkib. Demikian juga dakwaan Soler (2007). Polisi maklumat Kebangsaan adalah berdasarkan kepada sistem maklumat yang pada asalnya terdiri daripada perpustakaan, arkib dan dokumen. Namun kemudiannya berkembang kepada teknologi media melalui pembangunan pusat capaian maklumat dalam konteks sosial pada peringkat awam dan swasta.

Meskipun kemudiannya ICT mendominasi bidang polisi maklumat tetapi sarjana dalam bidang ini masih bertegas bahawa polisi maklumat masih tidak boleh dibebaskan

daripada pengaruh perpustakaan dan sains maklumat. Arnold (2007) misalnya mendapati banyak penerbitan berkaitan polisi maklumat sebelum tahun 1980-an menerangkan bahawa polisi maklumat kebangsaan sebagai polisi yang bertujuan untuk mengawal selia “… penciptaan, pengedaran, dan penggunaan maklumat”. Manakala Gray (1988) pula menerangkan wujud dua alternatif terhadap pendekatan pembuatan dasar maklumat iaitu, polisi maklumat berdasarkan pendekatan “perpustakaan” dan pendekatan polisi maklumat berasaskan “maklumat”. Menurutnya, program NATIS yang dilancarkan oleh Unesco pada tahun 1974 adalah contoh pembangunan polisi maklumat menggunakan pendekatan perpustakaan. Pendekatan ini melihat pembangunan polisi maklumat dari sudut dan skop perkhidmatan maklumat yang disediakan oleh perpustakaan. Pendekatan “maklumat” menurut Gray pula dibangunkan oleh pakar maklumat yang menganggap perpustakaan hanya salah satu komponen bagi rangkaian maklumat serta melihat rangkaian yang lebih menyeluruh.

Fenomena tuntutan terhadap maklumat saintifik dan teknikal adalah hasil dorongan masyarakat untuk mendapatkan maklumat bagi memenuhi keperluan pada zaman revolusi industri (Soler, 2007). Sebagai contoh, peningkatan permintaan terhadap buku dan surat khabar mencetuskan revolusi industri cetakan dan seterusnya fenomena ini membantu penubuhan perpustakaan awam pertama dibuka khususnya di England dan Amerika Syarikat. Penubuhan perpustakaan juga adalah satu tanda terhadap tuntutan dari golongan pekerja terhadap pembacaan dan pembelajaran juga akibat kekhuatiran mereka tertinggal dari sudut perniagaan. Soler (2007) mengatakan bahawa perpustakaan awam pertama yang dibuka di Boston Amerika Syarikat pada tahun

Perpustakaan Negara.indd 32 1/14/11 4:51 PM

Hakcipta Terpelihara © 2010 - Perpustakaan Negara Malaysia

Hakcipta Terpelihara © 2010 - Perpustakaan Negara Malaysia

Page 5: PEMBANGUNAN POLISI MAKLUMAT DI MALAYSIA ......prosedur. Polisi merupakan perkara utama organisasi yang menentukan perubahan kepada perundangan, untuk menentukan piawaian, kod amalan

33

SEKITARPERPUSTAKAAN

SEKITARPERPUSTAKAAN

1854 adalah tanda kepentingan sumber maklumat kepada masyarakat. Peranan perpustakaan sebagai sumber kepada saintis dan teknokrat adalah ketara sekali di England dengan kewujudan perpustakaan khas yang berfungsi untuk menyedia pinjaman dan salinan maklumat kepada golongan tersebut pada tahun 1957 (Gray, 1979).

Motivasi pembangunan polisi maklumat kebangsaan pada tahun 1970-an tertumpu kepada peranan perpustakaan negara dan penyediaan capaian kepada maklumat yang dihasilkan dari dalam negara (Arnold, 2007). Unesco menerajui usaha peringkat antarabangsa yang bermatlamat untuk memastikan capaian kepada sumber maklumat. Ini dimulakan dengan program UNISIST yang dilancarkan pada tahun 1972 dengan fokus kepada maklumat teknikal dan saintifik. Arnold (2007) yang merujuk dokumen bertajuk Information Policy Objectives: UNISIST Proposals yang diterbitkan oleh Unesco pada tahun 1974 sebagai bukti bahawa polisi maklumat dibangunkan bagi mengangkat maklumat sebagai sumber yang digunakan bagi pembangunan sosial dan ekonomi. Pada tahun yang sama Unesco melancarkan satu lagi program iaitu NATIS yang fokus kepada dokumentasi bibliografi, perpustakaan dan arkib. Namun kedua program tersebut tidak sesuai bagi keadaan di negara membangun kerana ia tidak menangani secara khusus isu di kebanyakan negara membangun (Arnold 2007).

Penggabungan program UNISIST dan NATIS pada tahun 1976 menjadi General Information Program (GIP) bertujuan bagi memperkemas peranan dan skopnya. Garis panduan yang dikemukakan oleh GIP meluaskan lagi skop polisi maklumat kebangsaan dari maklumat teknologi dan saintifik serta maklumat bibliografi kepada bidang pengetahuan dan jenis maklumat

yang lain (Wesley-Tanaskovic 1985). Persidangan UNISIST antara negara yang kedua pada tahun 1979 menyokong perluasan konsep maklumat dan keperluan kepada semakan semula fungsi “national focal points” dan memperbaiki kordinasi semua sistem Kebangsaan.

UNISIST menggariskan dasar yang ingin dicapai oleh program tersebut iaitu: membangun infrastruktur pusat dokumentasi dan perpustakaan, pengeluaran perkakasan bagi komunikasi di antara sistem, pengiktirafan terhadap peranan institusi sedia ada, penggunaan optimum maklumat teknologi dan saintifik bagi pembangunan ekonomi dan sosial terutama di kalangan negara sedang membangun. Pada 11-13 Disember 1974, Unesco menganjurkan persidangan pakar di Paris bagi memperinci peranan yang perlu dimainkan oleh Unesco bagi membantu negara yang menjadi ahli khususnya negara membangun untuk merancang dan membangun sistem maklumat kebangsaan yang dikenali sebagai NATIS (National Information System) (International Federation of Library Associations and Institutions, 1975). Hasil persidangan pakar tersebut beberapa cadangan dikemukakan antaranya adalah kajian bagi menghasilkan garis panduan pembangunan polisi maklumat kebangsaan dan metod bagi menganalisis kehendak pengguna dan inventori sumber sedia ada. Arnold (2007) menamakan pendekatan yang diambil oleh Unesco ini sebagai pendekatan “maklumat” terhadap polisi maklumat kebangsaan.

Pada ketika itu, penyediaan maklumat di Malaysia tidak hanya dipertanggungjawabkan kepada perpustakaan, pusat dokumentasi atau arkib saja sebaliknya turut melibatkan agensi yang lain. Kementerian Maklumat sebagai contoh bertanggungjawab menjalankan operasi dan koordinasi semua

Perpustakaan Negara.indd 33 1/14/11 4:51 PM

Hakcipta Terpelihara © 2010 - Perpustakaan Negara Malaysia

Hakcipta Terpelihara © 2010 - Perpustakaan Negara Malaysia

Page 6: PEMBANGUNAN POLISI MAKLUMAT DI MALAYSIA ......prosedur. Polisi merupakan perkara utama organisasi yang menentukan perubahan kepada perundangan, untuk menentukan piawaian, kod amalan

34

SEKITARPERPUSTAKAAN

SEKITARPERPUSTAKAAN

aktiviti media masa kerajaan melalui tiga jabatan iaitu, Jabatan Maklumat, Jabatan penyiaran dan Filem Negara Malaysia. Melalui Perkhidmatan Media Pendidikan dan program radio dan TV pendidikan, Kementerian Pendidikan juga terbabit dalam aspek penyediaan maklumat dan menyebarkannya. Bagi menyebarkan maklumat tentang warisan kebudayaan negara, jabatan yang bertanggungjawab adalah jabatan Muzium Negara (Wijasuriya 1979). Selain itu, kementerian lain yang terlibat menurut Wijasuriya adalah Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan, Kementerian Hal Ehwal Luar, Kementerian Perdagangan dan Industri, Unit Perancang Ekonomi, Percetakan Negara Malaysia, Lembaga Galakan Pelancongan dan agensi lain walaupun tidak secara khusus terlibat dengan maklumat.

Pada sekitar tahun 1980-an, bidang kajian polisi maklumat kebangsaan masih tertumpu kepada sains perpustakaan dan perkhidmatan maklumat khususnya pembangunan sistem maklumat kebangsaan. Wijasuriya (1981) walaupun mula membincangkan isu capaian maklumat, namun ia masih dalam wewenang bidang perpustakaan. Menyedari kepentingan maklumat kepada pembangunan negara, Wijasuriya menegaskan perlunya penyediaan maklumat yang di koordinasi dan bersepadu, tidak bersifat ad hoc dan piece meal.

Dalam pada itu, istilah polisi maklumat kebangsaan mula digunakan oleh Oli (1982) namun masih dalam skop yang sama iaitu berkaitan sistem maklumat kebangsaan. Oli berpandangan pembentukan polisi maklumat kebangsaan dan penubuhan struktur organisasi bagi sistem maklumat kebangsaan sebagai komponen penting kepada pembangunan sistem maklumat kebangsaan selari dengan perkembangan

di peringkat antarabangsa iaitu General Information Program (PGI) adalah penggabungan antara program sedia ada iaitu UNISIST dan NATIS (Wesley-Tanaskovic 1985).

Melalui mekanisme seperti Seminar on National Policy for Libraries and Information Services di Petaling Jaya pada 29-31 Oktober 1984, keperluan negara terhadap maklumat, masalah dan elemen yang perlu dalam polisi kebangsaan mula dikenalpasti (Oli, 1991). Hasil ketara dari seminar ialah pembentukan satu badan bertindak pada 16 November 1984, dan pada awal tahun 1987, bagi menyempurnakan draf polisi kebangsaan Malaysia. Polisi tersebut diperakui oleh kerajaan pada Jun 1989 dengan nama “Polisi Kebangsaan untuk Perpustakaan dan Perkhidmatan Maklumat”. Bagaimanapun prinsip yang mendasari polisi tersebut masih berkaitan dengan skop yang terhad kepada perkhidmatan maklumat dan perpustakaan (Oli, 1991). Ia bertentangan dengan garis panduan yang dikeluarkan oleh Unesco (Wesley-Tanaskovic, 1985) serta pandangan oleh Baark (1985) yang mencadangkan pembentukan polisi maklumat kebangsaan perlu dilihat dalam konteks yang luas melangkaui sosio budaya dan ekonomi.

Pada awal tahun penubuhan PNM, isu yang sering diberikan perhatian adalah berkaitan dengan pembangunan infrastruktur maklumat fizikal iaitu pembinaan perpustakaan dan bahan bacaan yang diberikan peruntukan khusus dalam Rancangan Malaysia ke-3 (1971-1980), Rancangan Malaysia ke-4 (1981-1985) dan Rancangan Malaysia ke-5 (1986-1990). Mulai Rancangan Malaysia ke-6 (1991-1995), kerajaan mula melihat prospek teknologi maklumat dalam pengertian yang luas iaitu merujuk kepada semua elemen teknologi yang membolehkan perolehan, penyimpanan,

Perpustakaan Negara.indd 34 1/14/11 4:51 PM

Hakcipta Terpelihara © 2010 - Perpustakaan Negara Malaysia

Hakcipta Terpelihara © 2010 - Perpustakaan Negara Malaysia

Page 7: PEMBANGUNAN POLISI MAKLUMAT DI MALAYSIA ......prosedur. Polisi merupakan perkara utama organisasi yang menentukan perubahan kepada perundangan, untuk menentukan piawaian, kod amalan

35

SEKITARPERPUSTAKAAN

SEKITARPERPUSTAKAAN

pemprosesan, penghantaran dan penyampaian maklumat (Malaysia 1991). Di samping itu, kerajaan mula memberikan perhatian kepada aspek paten dengan mewujudkan Dasar Hak Intelektual bagi tujuan komersil. Dasar ini bertujuan untuk mewujud persekitaran yang menggalakkan perdagangan teknologi yang berpotensi dan mewujudkan aktiviti ekonomi dan peluang pekerjaan yang baru melalui penggubalan dan pembentukan dasar dan garis panduan hak intelektual untuk universiti dan institusi penyelidikan. Ini adalah sebahagian daripada proses untuk mewujudkan suasana yang mendorong perkembangan inovasi dan ciptaan (Malaysia 1991).

Abdus Sattar (1993) menyatakan Malaysia adalah terkehadapan berbanding dengan Arab Saudi apabila menganalisis polisi maklumat di kedua-dua negara tersebut kerana mempunyai kerangka polisi yang baik dan peruntukan perundangan yang mencukupi sehingga mempunyai sistem perpustakaan awam yang baik bukan sahaja di peringkat negeri malah di kawasan luar bandar. Menurut Abdus Sattar, polisi tersebut juga berjaya memaksimumkan penggunaan sumber maklumat dalam negara melalui sistem pinjaman antara perpustakaan. Polisi tersebut juga menurut Abdus Sattar boleh menjadi platform kepada forum, mekanisme dan rangkaian antara perpustakaan dalam negara.

Kajian polisi disambung oleh Rehman (1996) yang mengemukakan polisi maklumat bagi negara membangun dengan mengambil Malaysia sebagai kajian kes. Rehman menegaskan bahawa sektor maklumat adalah satu disiplin yang cepat dan semakin berkembang, justeru Rehman berpandangan perpustakaan adalah subset kecil bagi sektor maklumat yang dinamik. Rehman membangunkan profil kajian yang melangkaui disiplin perpustakaan dan kajian maklumat. Profil

tersebut mengandungi sebelas kategori iaitu: persekitaran maklumat, keperluan maklumat, sistem maklumat, isu polisi maklumat (capaian, literasi, penapisan, hakcipta, keperluan kumpulan khusus, maklumat rasmi dan lain-lain), penyediaan tenaga kerja, peranan dan sumbangan agensi maklumat, perundangan, teknologi dan kesannya, penerbitan dan pengagihan maklumat, proses pembangunan dan pelaksanaan polisi, dan dimensi antarabangsa.

Beberapa penyelidik seperti Bustamante (2007) dan Soler (2007) mengaitkan pembangunan polisi maklumat pada dekad ini dengan keperluan menyediakan maklumat saintifik dan teknikal serta penubuhan perpustakaan awam oleh kerajaan. Walau bagaimanapun Bustamante (2007) tidak mengaitkan keperluan maklumat saintifik dan teknikal secara langsung dengan penubuhan perpustakaan negara.

Anjakan Paradigma dalam Bidang Polisi Maklumat

Polisi maklumat di Malaysia berubah arah daripada berpaksikan kepada sains maklumat dan perpustakaan kepada berpandukan sains dan teknologi. Perkembangan sains dan teknologi memberi impak yang signifikan kepada masyarakat berbanding dengan sains maklumat dan perpustakaan yang mula dilihat sebagai kurang relevan untuk pembangunan negara secara progresif. Walhal sebelumnya peranan perpustakaan dan sains maklumat begitu ketara seperti yang dibuktikan oleh penerbitan literatur pada akhir 1970-an oleh sarjana seperti Wijasyuria, Rehman, Oli dan Abdus Sattar.

Penubuhan MIMOS pada tahun 1985 menjadi titik tolak kepada anjakan paradigma dalam bidang polisi maklumat

Perpustakaan Negara.indd 35 1/14/11 4:51 PM

Hakcipta Terpelihara © 2010 - Perpustakaan Negara Malaysia

Hakcipta Terpelihara © 2010 - Perpustakaan Negara Malaysia

Page 8: PEMBANGUNAN POLISI MAKLUMAT DI MALAYSIA ......prosedur. Polisi merupakan perkara utama organisasi yang menentukan perubahan kepada perundangan, untuk menentukan piawaian, kod amalan

36

SEKITARPERPUSTAKAAN

SEKITARPERPUSTAKAAN

di Malaysia daripada didominasi oleh sains maklumat dan perpustakaan kepada sains dan teknologi. Dominasi ini terus memuncak dengan penubuhan Majlis Teknologi Maklumat Kebangsaan (NITC) yang memulakan agenda MSC (Multimedia Super Corridor) dan Agenda Teknologi Maklumat Kebangsaan (NITA). Ketiadaan wakil dari disiplin sains maklumat dalam NITC menyebabkan peranan perpustakaan semakin terpinggir dari arus perdana dalam pembentukan polisi maklumat negara. Isu yang membentuk polisi maklumat, termasuk masyarakat bermaklumat terus diterajui oleh ahli sains dan teknologi dan berkembang dengan pesat sehingga tahun 2004.

Teknologi Maklumat (IT) dilihat sebagai pemangkin pembangunan nasional dibuktikan dengan pembinaan Koridor Raya Multimedia yang merentangi dari Kuala Lumpur ke Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) di Sepang mulai 7 Disember 2006. Koridor Raya Multimedia ini disokong oleh infrastruktur fizikal dan maklumat yang bertaraf antarabangsa (Malaysia 1996). Selain itu, pusat pentadbiran baru Kerajaan Persekutuan di Putrajaya yang dilengkapi dengan teknologi komunikasi dan infrastruktur IT yang canggih dan terkini (Malaysia 1996).

Selain pembangunan infrastruktur IT, kerajaan juga menyedari peranan sokongan sektor perkhidmatan yang perlu diperkukuh melalui usaha pembangunan sektor perkhidmatan untuk menjadi sektor yang moden, cekap dan berdaya saing. Usaha tersebut sangat bergantung kepada kepesatan modenisasi dan integrasi IT bagi aktiviti sektor tersebut. Bagi sektor awam, program pembangunan IT termasuk penyediaan Pelan Sistem Maklumat terperinci untuk mewujudkan pangkalan data bagi tujuan strategik dan membuat keputusan serta memudahkan sektor swasta mendapat maklumat

(Malaysia 1996).

Kerajaan juga menyedari keperluan kepada mekanisme perundangan yang kukuh bagi pelaksanaan MSC yang berjaya kerana pembangunan dalam teknologi komputer, komunikasi dan teknologi multimedia bukan sahaja menyebabkan pengaliran maklumat tidak terhad serta perubahan struktur organisasi dan operasi tetapi ia juga melibatkan perubahan kawalan hakmilik, pentadbiran dan peraturan yang sedia ada. Justeru kajian semula adalah perlu bagi memastikan hak dan keselamatan negara, organisasi dan individu dilindungi. Pada masa yang sama, undang-undang dan peraturan semasa yang menghalang pertumbuhan IT dikaji semula (Malaysia 1996).

Bagi memastikan kejayaan pelaksanaan program IT dalam berbagai sektor ekonomi, pembangunan sumber manusia tidak ditinggalkan kerana kerajaan yakin ia merupakan satu keperluan bagi memenuhi permintaan yang meningkat terhadap tenaga kerja yang berkemampuan dan berpengetahuan komputer. Bagi tujuan ini, program pendidikan dan latihan dikaji semula untuk merangkumi kajian dan latihan dalam bidang IT di berbagai peringkat pendidikan dan latihan.

Namun dasar yang disebut di atas tidak dapat dilaksana dengan sempurna akibat karenah birokrasi. Perpindahan sekretariat NITC dari MIMOS ke MOSTI, penstrukturan komponen teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) dan dasar dari penstrukturan semula Kementerian Tenaga, Komunikasi dan Multimedia (KTKM) kepada Kementerian Tenaga, Air dan Komunikasi (KTAK), NITC, iaitu badan penyelaras dasar IT kebangsaan dilihat sebagai tidak dapat berperanan dengan berkesan (Marlia & Supyan, 2007).

Perpustakaan Negara.indd 36 1/14/11 4:51 PM

Hakcipta Terpelihara © 2010 - Perpustakaan Negara Malaysia

Hakcipta Terpelihara © 2010 - Perpustakaan Negara Malaysia

Page 9: PEMBANGUNAN POLISI MAKLUMAT DI MALAYSIA ......prosedur. Polisi merupakan perkara utama organisasi yang menentukan perubahan kepada perundangan, untuk menentukan piawaian, kod amalan

37

SEKITARPERPUSTAKAAN

SEKITARPERPUSTAKAAN

Kesimpulan

Polisi maklumat kebangsaan Malaysia pada awal pembentukannya menghadkan skop kepada disiplin perpustakaan dan perkhidmatan maklumat. Justeru, ia bertentang skop yang mencakupi sosio budaya dan ekonomi dalam PGI. Walapun skop kajian Moore (2005) menyeluruh berbanding Ruzaini, namun terdapat batasan ketara dalam kajian beliau terutama berkaitan data yang dikumpulkan. Dapatan Moore boleh diperbaiki kerana kajian tersebut mengambil dokumen berbahasa Inggeris dari sumber Internet sahaja, terdapat kemungkinan sebahagian dokumen tertinggal kerana kekangan bahasa dan teknologi. Justeru kajian lanjut bagi mengesahkan dan melengkapkan dapatan pengkaji lepas perlu dijalankan bagi menentukan status sebenar polisi maklumat Malaysia sedang dijalankan oleh penulis.

Polisi maklumat negara adalah satu bidang yang merentas disiplin. Meskipun negara memberi keutamaan kepada ICT untuk melonjak pembangunan negara, namun peranan perpustakaan dan sains maklumat tidak boleh dipandang sepi. Sebaliknya, seiring dengan perkembangan keperluan masyarakat bermaklumat peranan perpustakaan perlu berubah dari hanya menjadi penyedia dan penyimpan maklumat kepada pusat capaian maklumat (Ruenwai, 2006) kerana masyarakat bermaklumat lazimnya didasari oleh polisi maklumat yang mantap dan bersepadu.

Sektor maklumat yang didominasi oleh perpustakaan dan sains maklumat seperti yang dikemukakan oleh Porat (1977) masih relevan dalam pembangunan polisi maklumat dalam era ICT meskipun dibincangkan dari aspek ekonomi bagi disesuaikan dengan matlamat polisi maklumat moden yang mendokong dan mencetus ekonomi berasaskan pengetahuan.

Perpustakaan Negara.indd 37 1/14/11 4:51 PM

Hakcipta Terpelihara © 2010 - Perpustakaan Negara Malaysia

Hakcipta Terpelihara © 2010 - Perpustakaan Negara Malaysia

Page 10: PEMBANGUNAN POLISI MAKLUMAT DI MALAYSIA ......prosedur. Polisi merupakan perkara utama organisasi yang menentukan perubahan kepada perundangan, untuk menentukan piawaian, kod amalan

38

SEKITARPERPUSTAKAAN

SEKITARPERPUSTAKAAN

Rujukan

Abdus Sattar Chaudhry (1993) ‘Information Policies in Saudi Arabia and Malaysia’, Information Development 9(4): 228-233.Arnold, A.M. (2002) Difficulties faced by librarians in Africa – a comparative analysis. 68th IFLA Council and General Conference, pp. 1-17.Arnold, A.M. (2007) A Situational analysis of national information policy, with special reference to South Africa. Tesis Ph.D. University of South Africa. URL (consulted October 2007): http://etd.unisa. ac.za/ETD-db/theses/available/etd-09172007-142628/unrestricted/thesis.pdf Bustamante, J. (2007) Comparing the situation in Latin America and the Caribbean, in Aballi, I.F. (eds.). Building national information policies: Experiences in Latin America, pp. 35-65. Kingston: UNESCO. URL (consulted August 2007): http://infolac.ucol.mx/observatorio/ arte_libro.pdf.Duff, A.S. (2004). ‘The past, present, and future of information policy: toward a normative theory of the information society’. Information, Communication & Society 7(1): 69-87. Gill, P. (2001). The Public library service: IFLA/ UNESCO guidelines for development. The Hague: International Federation of Library Associations and Institutions.Gray, J. (1979). ‘National policies for scientific and technical information: The United Kingdom’. Journal of Information Science 1: 43-47. Gray, J. (1988). National information policies: problem and progress. London: Mansell Publishing Limited.Hofferbert, R.I. (1974). The Study of Public Policy. [s.l.]: Bobbs Meril.Ida Madieha Azmi (2004) ‘Content regulation in Malaysia: unleashing missiles on dangerous web sites’, The Journal of Information, Law and Technology (JILT) (3). URL (consulted January 2008): http://

www2.warwick.ac.uk/ fac/soc/law2/elj/jilt/ 2004_3/azmi/ .International Telecommunication Union (ITU) (2002) Multimedia Malaysia Internet case study. URL http://www.itu.int/asean2001/reports/material/MYS%20CS.pdf (consulted May 2008). Katni Kamsono Kibat (1986) Information needs for national socio-economic development. Paper presented at the Congress of Muslim Librarian and Information Scientist, organised by Universiti Utara Malaysia. Sintok, 20-22 Oktober. Jaeger, P.T. (2007) ’Information policy, information access, and democratic participation: The national and international implications of the Bush administration’s information politics’, Government Information Quarterly ,24(4): 840-859. Kargbo, J.A. (2007) ‘The need for a library and information policy in Sierra Leone’. Library Review, 56(4): 323-329.Lamberton, D.M. (1974) ‘National information policy’, American Academy of Political and Social Science, (412):145-151.Lerchey, J.L. & Paras, C.J. (2000) ‘Shaping a new generation of users you can show them the policies, but you can’t make them think’, Proceedings of the 28th Annual ACM SIGUCCS Conference. [s.l.]:[s.n.].Moore, N. (2005) Information policies in Asia a review of information and communication policies in the Asian region. Bangkok: UNESCO. Marlia Puteh & Supyan Hussin (2007) ‘The role of Malaysian Government’s IT policies and e-learning in the tertiary sector’, Paper presented at the National E-Community Seminar on Bridging the Digital Divide: Malaysia’s Initiative. Anjuran Pusat Pengajian E-Komuniti, Universiti Kebangsaan Malaysia, Kuala Lumpur, Malaysia, 10-11 Disember. URL (consulted June 2008): http://eprints.utm.my/4738/1/The_Role_of_Malaysian_Government_IT_Policies_&_Elearning_in_the_Tertiary_

Perpustakaan Negara.indd 38 1/14/11 4:51 PM

Hakcipta Terpelihara © 2010 - Perpustakaan Negara Malaysia

Hakcipta Terpelihara © 2010 - Perpustakaan Negara Malaysia

Page 11: PEMBANGUNAN POLISI MAKLUMAT DI MALAYSIA ......prosedur. Polisi merupakan perkara utama organisasi yang menentukan perubahan kepada perundangan, untuk menentukan piawaian, kod amalan

39

SEKITARPERPUSTAKAAN

SEKITARPERPUSTAKAAN

Sector.pdf. Mashkuri Yaacob, A.N. Zainab, M.N.Edzan & Abrizah Abdulah (2002) ’Teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) pengupaya masyarakat Melayu berasaskan pengetahuan’, paper presented at Seminar Bahasa dan Pemikiran Melayu 2002. Anjuran Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya, 15-16 January.Montviloff, V. (1990) National information policy – a handbook on the formulation, approval, implementation and operation of a national policy on information. Paris: UNESCO. Niegaard, H. (1999) National information policy/ national IT strategies a survey. International Federation of Library Associations and Institutions. URL (consulted January 2009): http://www.ifla.org.Oladele, B.A. (2001) The imperative of challenges for Africa in the knowledge age: status and role of national information policy. 67th IFLA Council and General Conference 16-25. URL (consulted March 2007): http://www.ifla.org/ IV/ifla67/papers/144-143e.pdf. Oli Mohamed Abdul Hamid (1982) ‘NATIS: A conceptual framework for Malaysia’, Libri 32(2): 68-80.Oli Mohamed Abdul Hamid (1991) ‘Formulating a national policy on library and information services in Malaysia’. Libri 41: 133-143. O’Shea, G. (1994) ‘The medium is not the message: appraisal of electronic records by Australian archives’, Archives and Manuscripts: the Journal of the Australian Society of Archivists, 22(1)May:68-93.Pajaro, R. & Betancourt, V. (2007) What is a national information policy? Dlm. Aballi, I.F. (pnyt.). Building national information policies: Experiences in Latin America, pp.20-27. Kingston: UNESCO. URL (consulted August 2007): http://infolac.ucol.mx/observatorio/ arte_libro.pdf.Perpustakaan Negara Malaysia (2008)

Peristiwa Bersejarah Perpustakaan Negara Malaysia. URL (consulted January 2008): http://www.pnm.my/ pnmX/about/corporate_info.php?content_id =236 &sub_pg=47&pg=13 &session =1&bold=31. Porat, M.U. (1977) The information economy: definition and measurement. Washington: Office of Telecommunication. Priftis, A. & Oppenheim, C. (1999) ‘Development of a national information policy in Greece’, Information Development 15(1): 32-43. Ramli Abdul Samad (2001) ‘The double edged sword: a brief comparison on information technology and Internet development in Malaysia and some neighbouring countries’, IFLA Journal 27: 314-318. Rehman, Sajjad Ur (1996) ‘Information policies for developing nations: a framework for analysis applied to Malaysian and Indian information policies’, Libri 46: 184 – 195.Roper, M. (1977) This is records management, in Records Management Conference 21st October, vol. 1, [s.l.]:[s.n.]. Rowlands, I. (1996) ‘Understanding information policy: concepts, frameworks and research tools’, Journal of Information Science 22(1): 13-25.Rowlands, I. (1999) ‘Patterns of scholarly communication in information policy: a bibliometric study’, Libri 49(2): 59-70.Rowlands, I., Eisenschitz, T. & Bawden, D. (2002) ‘Frame analysis as a tool for understanding information policy’, Journal of Information Science 28(1): 31–38.Ruenwai, N. (2006) Science and technology information in Thailand: policies, strategies and provision. Tesis Ph.D. Loughborough University. URL (consulted October 2007): http://dspace.lboro.ac.uk/ dspace/bitstream/ 2134/2975/1/ruenwai_thesis. pdf.Ruzaini Abdullah Arshah (1996) The national information policy of Malaysia: Assessing its influence on the information

Perpustakaan Negara.indd 39 1/14/11 4:51 PM

Hakcipta Terpelihara © 2010 - Perpustakaan Negara Malaysia

Hakcipta Terpelihara © 2010 - Perpustakaan Negara Malaysia

Page 12: PEMBANGUNAN POLISI MAKLUMAT DI MALAYSIA ......prosedur. Polisi merupakan perkara utama organisasi yang menentukan perubahan kepada perundangan, untuk menentukan piawaian, kod amalan

40

SEKITARPERPUSTAKAAN

SEKITARPERPUSTAKAAN

system strategy at the University of Technology Malaysia. Disertasi Sarjana Pengurusan Maklumat. The University of Sheffield. Smith, K. (2004) ‘Federal information policy: putting it all together’, Information Services & Use, 24: 59-72. Sajjad Ur Rehman (1996) ‘Information policies for developing nations: a framework for analysis applied to Malaysian and Indian information policies’, Libri 46: 184 – 195.Soler, G. A. (2007) Evolution and current status of national information policies in Latin America and the Caribbean, in I. F. Aballi (eds.) Building national information policies: Experiences in Latin America, pp. 12-18. Kingston: UNESCO. URL (consulted August 2007): http://infolac.ucol.mx/observatorio/arte_libro.pdf.Stone, M.B. (1996) National information policies: are they possible to formulate? ADRC, Canada. URL (consulted March 2007): http://idrinfo.idrc.ca/ archive/corpdocs/104456/104456.pdf.

Wesley-Tanaskovic, I. (1985) Guidelines on national information policy: (scope, formulation and implementation). Paris: UNESCO. PGI-85/WS/14. URL (consulted November 2006): http://unesdoc.unesco.org /images/0006/ 000651/065104eo.pdf. Wijasuriya, D.E.K. (1979) ‘The development of national information system’, Journal of Information Science 1(27): 27-34.Wijasuriya, D.E.K. (1981) ‘Access to information: Consideration towards national policy for libraries’, Paper presented at Congress of Southeast Asian Librarians, Kuala Lumpur, 24-29 May.Wijasuriya, D.E.K. Lim, Huck Tee & Nadarajah, Radha (1975) The barefoot librarian – Library development in Southeast Asia with special reference to Malaysia. London: Clive Bingley. Wood,C.C. (1997) Information security policies made easy. Version 6. Sausalito: Baseline Software. Xue, S. (2005) ‘Internet policy and diffusion in China, Malaysia and Singapore’, Journal of Information Science 31(3): 238-250.

Perpustakaan Negara.indd 40 1/14/11 4:51 PM

Hakcipta Terpelihara © 2010 - Perpustakaan Negara Malaysia

Hakcipta Terpelihara © 2010 - Perpustakaan Negara Malaysia