integriti itu penting - · pdf fileetika yang paling penting yang kita mungkin hadapi, ......

Download Integriti itu Penting - · PDF fileetika yang paling penting yang kita mungkin hadapi, ... memahami piawaian Kod kita, polisi dan undang-undang yang diguna pakai untuk jawatan atau

If you can't read please download the document

Upload: duongkhanh

Post on 06-Feb-2018

235 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

  • Integriti itu PentingMicron Tatakelakuan & Etika Perniagaan

  • Sanjay MehrotraChief Executive Officer

    Ahli Pasukan yang Dihormati,

    Di Micron, kita semua komited kepada kejayaan Syarikat kita.Bagaimanapun kejayaan bukan sekadar mencapai objektif perniagaan kitacara kita menjalankan perniagaan juga perlu diambil kira.Yang paling penting, kita bertindak secara berintegriti sepanjang masa.

    Kod Amalan Perniagaan dan Etika Tatakelakuan & Etika Perniagaan kita menyediakan panduan untuk bertindak secara berintegriti dan membuat keputusan yang betul. Kita semuapegawai, pekerja dan pengarahbertanggungjawab untuk mengambil tahu dan menggunakan panduan-panduan ini.Tidak kira di bahagian mana kita bekerja atau apa pekerjaan kita di Micron, integriti sentiasa penting.

    Kita faham Kod ini tidak akan dapat menyediakan panduan untuk bertindak dalam setiap keadaanbegitu juga mana-mana dokumen lain pun. Salam Dalam keadaan tertentu, mungkin sukar untuk menentukan tindakan yang sewajarnya. Dalam keadaan begini, anda boleh berbincang dengan pengurus anda, Jabatan Perundangan; atau mana-mana sumber lain yang disenaraikan di dalam bahagian Tempat Mendapatkan Bantuan di dalam Kod kita. Anda juga boleh menghubungi sumber-sumber ini jika anda fikir anda telah menyaksikan pelanggaran Kod kita. Micron mengalu-alukan soalan atau laporan, dan kita tidak akan membalas dendam bertindak balas terhadap sesiapa jua yang melaporkan kebimbangan dengan niat baik.

    Kita semua memainkan peranan penting ke arah kejayaan Micron, dan Syarikat kita bergantung kepada setiap orang daripada kita untuk menunjukkan integriti dalam semua urusan perniagaan kita.Dengan bantuan anda, kita boleh membina reputasi Micron untuk produk berkualiti dan tingkah laku beretika, setiap hari.

    Yang benar,

    Pengenalan daripada CEO

    IIntegriti itu Penting: Tatakelakuan & Etika Perniagaan Microni

  • Ahli Pasukan yang Dihormati,

    Selamat datang ke Kod Tingkah Laku Micron. Di dalam dokumen ini, anda akan diberi panduan untuk membuat keputusan yang betul setiap hari. Kod kita memberikan jawapan terhadap beberapa soalan etika yang paling penting yang kita mungkin hadapi, serta petua untuk membantu kita dalam keadaan yang sukar. Kod ini juga mengandungi senarai polisi-polisi Syarikat, tempat mendapatkan maklumat lanjut apabila anda memerlukannya.

    Jika anda tidak pasti bagaimana panduan Kod digunakan, jangan meneka secara rambang. Tanya pengurus anda, kakitangan Jabatan Perundangan atau mana-mana sumber yang disenaraikan di penghujung Kod kita. Anda juga boleh menghubungi Hotline Pematuhan kita bila-bila masa, jika anda lebih selesa begitu.

    Tidak kira cara mana yang anda pilih untuk menyuarakan kebimbangan anda, yakinlah ia akan ditangani dengan sewajarnya. Kita semua cuba menegakkan budaya bersuara kita, yang semua orang rasa selesa bertanya soalan dan membuat laporan.

    Apabila kita berniaga bersama-sama secara beretika, kita akan dapat mengurangkan risiko perniagaan dan meningkatkan kelebihan saingan kita dalam pasaran.

    Yang benar,

    Joel L. PoppenNaib Presiden, Hal-ehwal Perundangan, Ketua Penasihat Undang-undang dan Setiausaha Syarikat

    Pengenalan daripada Ketua Pegawai Pematuhan

    iiIIntegriti itu Penting: Tatakelakuan & Etika Perniagaan Micron

  • Tiada apa yang lebih penting daripada komitmen kita terhadap integriti. Kualiti reputasi kita adalah sama pentingnya dengan kualiti produk kita.

    Masa depan kita dibina atas inovasi yang berterusan, tetapi operasi hari demi hari tidak akan berjaya tanpa komitmen ahli-ahli pasukan kita dalam mengendalikan perniagaan secara integriti dan profesionalisme tanpa tolak ansur.

    Komitmen Kita

    IIntegriti itu Penting: Tatakelakuan & Etika Perniagaan Microniii

  • Mengikuti Kod KitaBertindak secara beretika bermakna kita hendaklah menegakkan tanggungjawab dalam mematuhi semua undang-undang dan peraturan kawal selia yang terpakai kepada kerja dan lokasi kita.Kita tidak boleh melanggar mana-mana jua undang-undangtidak kira sekecil mana.Bagaimanapun, piawaian yang kita tetapkan untuk diri sendiri lebih tinggi daripada sekadar mengikut undang-undang. Kita mahu membuat pilihan yang beretika dalam semua keadaan. Pertimbangan yang baik biasanya akan memandu ke arah tindakan yang baiktetapi sekiranya anda tidak pasti, jangan ragu-ragu untuk bertanya.

    Tatakelakuan & Etika Perniagaan (Kod) mewakili komitmen kita dalam melakukan perkara yang betul. Dengan menjadi ahli pasukan Micron, anda bersetuju untuk mendukung komitmen ini. Anda hendaklah memahami piawaian Kod kita, polisi dan undang-undang yang diguna pakai untuk jawatan atau fungsi andadan anda perlu sentiasa mematuhinya. Ahli-ahli pasukan yang tidak mematuhi piawaian ini akan meletakkan diri mereka, rakan sekerja mereka dan Micron dalam keadaan berisiko. Ahli pasukan yang melanggar Kod juga akan dikenakan tindakan disiplin, sehingga dan termasuk penamatan pekerjaan.

    Kod ini terpakai kepada semua orang yang bekerja bagi pihak Micron di seluruh dunia, termasuk ahli pasukan (pekerja, pegawai dan pengarah). pekerja sementara, vendor, pembekal dan kontrakto.Kita semua dijangka mematuhi piawaian yang terkandung di dalam Kod ini. Mana-mana pihak ketiga yang bekerja dengan kita juga perlu mengikut piawaian yang digariskan di dalam Kod ini atau kod tingkah laku dan polisi organisasi mereka sendiri, jika prinsip-prinsip mereka serupa dengan kita.Kita hendaklah merujuk Kod ini untuk mendapatkan panduan jika tindakan yang wajar tidak begitu jelas.

    Di Micron, kita telah membina budaya integriti. Mengekalkan budaya tersebut amat penting demi kejayaan kita.

    Tanggungjawab Pengurus dan PenyeliaKita semua memainkan peranan yang penting dalam mewujudkan budaya beretika kita, tetapi pengurus dan penyelia mempunyai tanggungjawab tambahan. Jika anda pengurus atau penyelia, anda hendaklah menjalankan tanggungjawab anda untuk mewujudkan budaya pematuhan.Ini boleh dilakukan dengan:

    Menetapkan contoh tingkah laku beretika

    Memastikan orang bawahan anda faham cara mengikuti Kod dan sumber-sumber yang tersedia kepada mereka

    Memantau orang bawahan anda untuk memastikan mereka mengikut Kod

    Menguatkuasakan piawaian-piawaian dalam Kod

    Menyokong ahli-ahli pasukan yang membangkitkan soalan atau kebimbangan mengenai pelanggaran Kod, pematuhan atau integriti.

    Sebagai pengurus atau penyelia, tingkah laku beretika bermula daripada diri anda. Ingatkepimpinan melalui teladan adalah cara terbaik untuk memberi inspirasi tingkah laku beretika kepada orang lain.

    Peranan Anda

    ivIIntegriti itu Penting: Tatakelakuan & Etika Perniagaan Micron

  • Jadual Kandungan

    Pengenalan oleh CEO . . . . . . . . . . . . . . . . . . iPengenalan Ketua Pegawai Pematuhan . . . . iiKomitmen Kita . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . iiiPeranan Anda . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . iv

    Mengikuti Kod KitaTanggungjawab Pengurus dan Penyelia

    Menjalankan Perniagaan dengan Integriti: Pengenalan kepada Kod Kita . . . . . . . . . . . .1

    Fungsi Kod KitaDi Mana Hendak Mendapatkan Bantuan

    Bertindak Dengan Integriti demi Ahli Pasukan Kita Sendiri . . . . . . . . . . .5

    Kepelbagaian Dalam Syarikat KitaLayanan BermaruahStandard Buruh yang WajarKeselamatan di Tempat Kerja KitaDadah dan Alkohol

    Bertindak Dengan Integriti demi Syarikat Kita . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . 12

    Aset MicronHarta Intelek dan Maklumat SulitSistem TeknologiPrivasiKonflik Kepentingan

    Bertindak Dengan Integriti untuk Pasaran Kita . . . . . . . . . . . . . . . . . . .22

    Kualiti ProdukJangkaan Terhadap Pembekal kitaKelakuan Adil Dalam PasaranMenghormati Pelanggan KitaHadiah dan KeraianRasuah dan KorupsiKontrak KerajaanMenjalankan Perniagaan di Seluruh Dunia

    Bertindak Dengan Integriti untuk Pelabur Kita . . . . . . . . . . . . . . . . . . .35

    Lejar dan RekodSiasatan dan AuditPerdagangan Orang DalamBercakap Bagi Pihak Syarikat Kita

    Bertindak Dengan Integriti untuk Komuniti Kita . . . . . . . . . . . . . . . . . . . 41

    Komitmen Alam SekitarAktiviti PolitikPenglibatan Kerja Amal

    Penepian . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . .44Kod Akujanji . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . .45Polisi-polisi Syarikat Tersedia di MERC . . . .46

    0102

    03

    04

    05

    IIntegriti itu Penting: Tatakelakuan & Etika Perniagaan Micronv

  • Menjalankan Perniagaan dengan Integriti: Pengenalan kepada Kod Kita

    1IIntegriti itu Penting: Tatakelakuan & Etika Perniagaan Micron

  • Fungsi Kod KitaDi Micron, kita komited untuk menjalankan perniagaan dengan integriti. Kod kita menetapkan piawaian tingkah laku yang kita mesti penuhi untuk menyokong komitmen tersebutapabila tindakan yang betul tidak jelas sepanjang masa. Kod kita akan membentangkan gambaran keseluruhan undang-undang dan prinsip-prinsip etika yang digunakan dalam kerja kita, termasuk piawaian-piawaian industri seperti Kod Etika Gabungan Warga Industri Elektronik (Electronic Industry Citizenship Coalition - EICC). Dalam sesetengah kes, piawaian ini mungkin lebih ketat daripada yang diperlukan oleh undang-undang. Kod ini juga menggariskan komitmen Syarikat kita terhadap integriti dalam semua yang kita lakukan dan standard etika yang tinggi yang kita jangka antara satu sama lain. Ia menerangkan piawaian yang kita tegakkan, dan juga sumber-sumber yang kita boleh bergantung jika kita memerlukan bantuan.Mengikuti Kod kita akan membantu Micron berjaya dan membantu kita membina kepercayaan antar