piawaian pelaksanaan prodesur download

76
PUSAT ANAK PERMATA NEGARA-PIAWAIAN PELAKSANAAN PRODESUR | 1 PENGENALAN Prosedur ini disediakan sebagai panduan kepada Penyelia, Pendidik/ Pengasuh/ Pembantu Pengurusan Murid (PPM) dan Pengusaha TASKA bagi melaksanakan program dengan sistematik, teratur dan lebih lancar. Ia juga bertujuan bagi memastikan terdapat keselarasan dan keseragaman dalam pelaksanaan atau perjalanan program di semua Pusat Anak PERMATA Negara (PAPN) dan TASKA PERMATA. Prosedur ini meliputi aspek-aspek berikut :- Rutin Pengendalian aktiviti Kesihatan dan pemakanan dan Keselamatan. Prosedur ini juga dibina bertujuan untuk membantu pelaksanaan dan perjalanan program sentiasa berada di tahap kualiti yang ditetapkan. Penyediaan prosedur atau langkah-langkah adalah supaya dapat membantu membimbing kanak-kanak melaksanakan rutin hariannya secara independent. Walaubagaimanapun Pendidik/ Pengasuh /Pembantu Pengurusan Murid masih perlu membantu dan membimbing kanak-kanak yang masih kecil dan belum mahir sehingga mereka mahir melakukan tugas tersebut. Ia memerlukan bimbingan dan ulangansecara konsisten. Sekiranya kanak-kanak telah mahir, berikan mereka galakan dan pujian supaya mereka dapat terus berdikari. Yang demikian kelak kanak-kanak akan mahir urus diri tanpa disuruh dan mereka akan melakukan sebagai satu kebiasaan.

Upload: lekhanh

Post on 18-Dec-2016

297 views

Category:

Documents


11 download

TRANSCRIPT

Page 1: Piawaian Pelaksanaan Prodesur Download

PUSAT ANAK PERMATA NEGARA-PIAWAIAN PELAKSANAAN PRODESUR |

1

PENGENALAN

Prosedur ini disediakan sebagai panduan kepada Penyelia, Pendidik/ Pengasuh/ Pembantu Pengurusan Murid (PPM) dan Pengusaha TASKA bagi melaksanakan program dengan sistematik, teratur dan lebih lancar. Ia juga bertujuan bagi memastikan terdapat keselarasan dan keseragaman dalam pelaksanaan atau perjalanan program di semua Pusat Anak PERMATA Negara (PAPN) dan TASKA PERMATA. Prosedur ini meliputi aspek-aspek berikut :-

Rutin Pengendalian aktiviti Kesihatan dan pemakanan dan Keselamatan.

Prosedur ini juga dibina bertujuan untuk membantu pelaksanaan dan perjalanan program sentiasa berada di tahap kualiti yang ditetapkan. Penyediaan prosedur atau langkah-langkah adalah supaya dapat membantu membimbing kanak-kanak melaksanakan rutin hariannya secara independent. Walaubagaimanapun Pendidik/ Pengasuh /Pembantu Pengurusan Murid masih perlu membantu dan membimbing kanak-kanak yang masih kecil dan belum mahir sehingga mereka mahir melakukan tugas tersebut. Ia memerlukan bimbingan dan ulangansecara konsisten. Sekiranya kanak-kanak telah mahir, berikan mereka galakan dan pujian supaya mereka dapat terus berdikari. Yang demikian kelak kanak-kanak akan mahir urus diri tanpa disuruh dan mereka akan melakukan sebagai satu kebiasaan.

Page 2: Piawaian Pelaksanaan Prodesur Download

PUSAT ANAK PERMATA NEGARA-PIAWAIAN PELAKSANAAN PRODESUR |

2

A. RUTIN

1. WAKTU KETIBAAN DAN PULANG KANAK-KANAK

KETIBAAN PULANG

Pendidik/Pengasuh/PPM :

menyambut ketibaan kanak-kanak di pintu masuk dengan senyuman mesra.

memberi salam atau ucapkan “selamat pagi” dan

bersalaman dan bertanya khabar kanak-kanak .

kanak-kanak menyusun selipar/kasut di rak kasut.

ibu bapa/penjaga merekod kedatangan kanak-kanak dalam buku rekod kehadiran.

memeriksa keadaan fizikal kanak-kanak. sekiranya ada kecederaan atau tanda-tanda

Pendidik/Pengasuh/PPM :

1. memastikan barangan kanak-kanak yang perlu dibawa pulang terdapat dalam beg kanak-kanak.

2. minta kanak-kanak membawa beg keluar dan menyusun ke tempat yang disediakan bagi memudahkan ibu bapa untuk mengambilnya.

3. kanak-kanak membuat aktiviti bebas (blok, puzzle, buku cerita dan sebagainya) / aktiviti luar (berbasikal, main bola dan sebagainya) sementara menunggu kedatangan ibu bapa/penjaga.

Page 3: Piawaian Pelaksanaan Prodesur Download

PUSAT ANAK PERMATA NEGARA-PIAWAIAN PELAKSANAAN PRODESUR |

3

KETIBAAN PULANG

kanak –kanak tidak sihat, catatkan dalam buku log anak permata negara.

mencatat maklumat (ubat atau barang baru) yang diberikan oleh ibu bapa/penjaga ke dalam buku log anak permata negara.

kanak-kanak bersalaman dengan ibu bapa/penjaga dan mengucapkan selamat tinggal.

4. mengucapkan salam kepada ibu bapa/penjaga yang datang.

5. menyerahkan buku log harian permata kanak-kanak dan menyampaikan maklumat (spt: kesihatan, aktiviti, kecederaan kanak-kanak) kepada ibu bapa/penjaga.

6. ibu bapa/penjaga menandatangani buku rekod keluar kanak-kanak.

7. kanak-kanak mengambil beg.

8. kanak-kanak bersalam dengan pendidik/pengasuh/ppm.

9. memastikan pintu pagar ditutup selepas setiap ibu bapa/penjaga mengambil kanak-kanak.

Page 4: Piawaian Pelaksanaan Prodesur Download

PUSAT ANAK PERMATA NEGARA-PIAWAIAN PELAKSANAAN PRODESUR |

4

2. MANDI DAN BERSIHKAN DIRI

MEMANDIKAN BAYI

Sebelum Pendidik/Pengasuh/PPM:

1. membasuh tangan terlebih dahulu sebelum mula memandikan.

2. menyediakan semua keperluan untuk memandikan bayi dan keperluan pakaian bayi

3. guna air suam untuk memandikan bayi, Jika tiada shower, tuangkan air sejuk ke dalam besen besar, pastikan jika air tersebut panas, tambahkan air sehingga ia menjadi air suam.

4. rasa kepanasan air dengan siku atau belakang tapak tangan.

5. tanggalkan pakaian dan lampin bayi.

6. balut bayi dengan tuala.

Page 5: Piawaian Pelaksanaan Prodesur Download

PUSAT ANAK PERMATA NEGARA-PIAWAIAN PELAKSANAAN PRODESUR |

5

MEMANDIKAN BAYI

Semasa Pendidik/Pengasuh/PPM:

1. lembapkan kapas, bersihkan matanya dari arah hidung membawa ke hujung mata kiri/kanan

2. bersihkan telinga, cuping telinga dan rongga hidung dengan kapas lembap yang lain.

3. bersihkan muka dengan tuala kecil yang lembap

dan lap hingga kering. 4. pegang kepala bayi dan syampu rambut bayi dan

gosok perlahan-lahan (nota: jangan guna kuku atau menggaru)

5. bilas rambut dengan air hingga hilang kesan syampu

6. lap rambut hingga kering dengan menggunakan

sebahagian tuala yang diguna untuk membalut bayi. (ambil perhatian ubun-ubun bayi semasa mandi)

7. basahkan kaki bayi sebelum masukkan bayi ke

dalam besen yang beralas. 8. masukkan bayi perlahan-lahan ke dalam besen 9. basahkan badan, sapukan sabun dan bersihkan

pelipat ketiak, seluruh badan dan kaki

Page 6: Piawaian Pelaksanaan Prodesur Download

PUSAT ANAK PERMATA NEGARA-PIAWAIAN PELAKSANAAN PRODESUR |

6

MEMANDIKAN BAYI

10. bilas sehingga bersih. 11. untuk memandikan bahagian belakang dan

punggung, sokong di bahagian hadapan, pusingkan bayi dengan meletakkan bayi di atas tangan kiri pendidik dan pegang kuat dibawah ketiak kanan bayi.

12. setelah selesai, balut bayi dengan tuala dalam

keadaan terlangkup. 13. keluarkan bayi dari besen ke tempat persalinan

bayi.

Selepas mandi Pendidik/Pengasuh/PPM:

1. lap badan terutama di bahagian pelipat dari

tangan dan peha bayi. 2. gunakan sedikit losyen atau minyak bayi dan

lakukan urutan ringan 2-3 minit (muka, dada, tangan, kaki dan bahagian belakang)

3. pakaikan lampin, seluar dan baju.

Page 7: Piawaian Pelaksanaan Prodesur Download

PUSAT ANAK PERMATA NEGARA-PIAWAIAN PELAKSANAAN PRODESUR |

7

KANAK-KANAK MANDI DAN BERSIHKAN DIRI

Sebelum mandi Kanak-kanak

1. mandi mengikut kumpulan umur dan jantina

2. mengeluarkan pakaian ganti daribeg atau locker. Pendidik/Pengasuh/PPM membantu kanak-kanak yang masih perlukan bantuan.

3. menanggalkan pakaian dan memakai kain basahan/seluar dalam semasa mandi (tidak digalakkan berbogel semasa mandi)

4. melipat dan memasukkan pakaian kotor ke dalam beg/plastik/bekas pakaian kotor masing-masing;

5. menunggu giliran ditempat yang sesuai bersama dengan pendidik;

6. bersedia untuk mandi dalam kumpulan kecil (2 -3 orang).

7. diminta menyangkut tuala ditempat yang disediakan. Elakan dari meletak tuala di alatas lantai atau di depan pintu bilik air.

Page 8: Piawaian Pelaksanaan Prodesur Download

PUSAT ANAK PERMATA NEGARA-PIAWAIAN PELAKSANAAN PRODESUR |

8

KANAK-KANAK MANDI DAN BERSIHKAN DIRI

Semasa Mandi Pendidik/Pengasuh/PPM;

1. Menggalakkan kanak-kanak membuang air di tandas dan mencuci bahagian sulit sebelum mandi

2. pastikan kanak-kanak membasahkan seluruh anggota badan.

3. memastikan kanak-kanak meratakan sabun / jel mandian ke seluruh anggota badan termasuk pelipat dan bahagian sulit.

4. pastikan penggunaan syampu dalam kuantiti yang sesuai (sebesar wang 20sen), sekiranya kanak-kanak mencuci rambut

5. memastikan kanak-kanak membilas seluruh anggota badan dengan sempurna.

6. pastikan kanak-kanak menutup pili air selepas mandi tetapi sekiranya terdapat pili air yang terlalu tinggi Pendidik/Pengasuh/PPM boleh membantu menutup pili air tersebut.

7. minta kanak-kanak menanggalkan kain basahan/seluar dalam dan memerah sebelum disidai. Bagi yang memakai seluar

Page 9: Piawaian Pelaksanaan Prodesur Download

PUSAT ANAK PERMATA NEGARA-PIAWAIAN PELAKSANAAN PRODESUR |

9

KANAK-KANAK MANDI DAN BERSIHKAN DIRI

dalam selepas memerah perlu memasukkan ke dalam plastik untuk di bawa pulang.

8. membantu kanak-kanak mengelap badan dari bahagian kepala hingga ke kaki sebelum keluar bilik mandi bagi mengelakan basah di luar bilik mandi..

9. memastikan kanak-kanak memakai tuala ketika keluar dari bilik mandi

Selepas mandi Pendidik/Pengasuh/PPM;

1. bantu mereka mengeringkan rambut dan badan termasuk bahagian pelipat dan bahagian sulit sehingga kering sebelum mereka memakai baju.

2. menggalakkan kanak-kanak memakai baju dan mengemas diri (sikat rambut, menyapu losyen) sendiri dan bantu sekiranya perlu.

Kanak-kanak;

3. perlu menyidai tuala di tempat yang disediakan. Pastikan mereka tidak menyimpan tuala lembap yang sudah diguna di dalam locker atau beg.

4. memasukan baju yang telah dipakai dalam

Page 10: Piawaian Pelaksanaan Prodesur Download

PUSAT ANAK PERMATA NEGARA-PIAWAIAN PELAKSANAAN PRODESUR |

10

KANAK-KANAK MANDI DAN BERSIHKAN DIRI

beg atau beg khas untuk di bawa pulang.

MENGGOSOK GIGI

Pendidik / Pengasuh PPM

1. memastikan kanak-kanak memberus gigi sekuran-kugang 2 kali sehari selepas sarapan pagi dan makan tengahari.

2. Kanak-kanak mengambil berus gigi, ubat gigi dan cawan masing-masing dan pergi ke sinki secara bergilir-gilir

3. Kanak-kanak digalakkan meletakkan ubat gigi sebesar kacang soya/pea di berus gigi (bantu sekiranya perlu).

4. Memastikan kanak-kanak menggosok gigi dengan cara yang betul (depan, belakang, atas dan bawah termasuk lidah).

5. Selepas menggosok gigi memastikan kanak-kanak berkumur-kumur dengan air menggunakan cawan dan mencuci mulut.

6. Memastikan kanak-kanak mencuci berus gigi dan menyimpan semula berus gigi, ubat gigi dan cawan di tempat yang disediakan.

Page 11: Piawaian Pelaksanaan Prodesur Download

PUSAT ANAK PERMATA NEGARA-PIAWAIAN PELAKSANAAN PRODESUR |

11

7. Memastikan kanak-kanak mengelap mulut dan tangan dengan tuala kecil masing-masing atau kertas tisu.

MENUKAR LAMPIN

Pendidik/Pengasuh/PPM/PPM

1. perlu peka dengan ketidakselesaan kanak-kanak dan menukar lampin pakai buang mengikut keperluan.

2. sediakan barang-barang seperti lampin pakai buang dan losyen.

3. bawa kanak-kanak ke bilik air.

4. kanak-kanak digalakkan membuka seluar dan lampin pakai buang sendiri serta membuang ke dalam tong sampah

Page 12: Piawaian Pelaksanaan Prodesur Download

PUSAT ANAK PERMATA NEGARA-PIAWAIAN PELAKSANAAN PRODESUR |

12

MENUKAR LAMPIN

dengan bantuan pendidik/pengasuh/ppm.

5. membantu kanak-kanak mencuci bahagian sulit sehingga bersih.

6. memastikan mereka membasuh tangan dengan bersih selepas mencuci.

7. membantu kanak-kanak mengelap bahagian sulit sehingga kering.

8. dipakaikan lampin yang bersih.

9. menggalakkan kanak-kanak memakai seluar sendiri.

10. mencuci tangan setiap kali selepas menukar lampin kanak-kanak.

Page 13: Piawaian Pelaksanaan Prodesur Download

PUSAT ANAK PERMATA NEGARA-PIAWAIAN PELAKSANAAN PRODESUR |

13

3. MAKAN

MAKAN

Sebelum Kanak-kanak:

1. kanak-kanak beratur mengikut kumpulan umur.

2. mencuci tangan mengikut prosedur tujuh langkah.

3. digalakkan mengambil makanan sendiri yang telah disediakan.

4. duduk dengan sempurna, kaki rapat.

5. membaca doa sebelum makan.

Semasa Makan Pendidik/Pengasuh/PPM:

1. memastikan kanak-kanak makan dengan sopan dan tertib. Bantu kanak-kanak yang belum mahir makan sendiri sekiranya perlu;

2. dikehendaki duduk bersama dan berinteraksi semasa kanak-kanak makan;

3. mengajar adap makan supaya mengambil makanan yang dekat dengannya, dan dalam

Page 14: Piawaian Pelaksanaan Prodesur Download

PUSAT ANAK PERMATA NEGARA-PIAWAIAN PELAKSANAAN PRODESUR |

14

kuantiti yang dikehendaki supaya tidak berlaku pembaziran;

4. menggalakkan kanak-kanak mengambil satu makanan/buah yang disediakan dalam satu bekas dan dihabiskan dahulu sebelum menambah makanan/buah yang seterusnya;

5. galakkan kanak-kanak untuk mencuba makanan sekiranya kanak-kanak enggan makan atau mencuba makanan baru ;

6. menggalakkan kanak-kanak menghabiskan makanan yang dihidangkan bagi mengelakan pembaziran;

Selepas makan Pendidik/Pengasuh/PPM

1. galakkan kanak-kanak membersihkan sisa makanan di atas meja dan memasukkan ke dalam pinggan, , membuang sisa makanan ke dalam bekas yang telah disediakan dan membawa pinggan kedalam bekas pinggan kotor;

2. minta kanak-kanak mengasingkan pinggan, sudu, dan cawan yang telah digunakan ke dalam bekas yang telah disediakan

Page 15: Piawaian Pelaksanaan Prodesur Download

PUSAT ANAK PERMATA NEGARA-PIAWAIAN PELAKSANAAN PRODESUR |

15

3. memastikan kanak-kanak mencuci tangan dan mulut selepas makan.

4. kanak –kanak duduk semula sementara menunggu kanak-kanak lain selesai makan.

5. meminta semua kanak-kanak yang telah selesai makan dikehendaki membaca doa selepas makan samaada secara individu/kumpulan.

6. memastikan kanak-kanak menggosok gigi selepas makan dan mengelap tangan dan mulut dengan tisu atau tuala masing-masing

7. menggalakkan kanak-kanak berehat sebentar selepas makan.

PEMAKANAN SIHAT UNTUK KANAK-KANAK

Pendidik/Pengasuh/PPM

1. memantau dan memastikan makanan yang diberikan kepada kanak-kanak seimbang dan berkhasiat;

2. pastikan makanan yang disediakan mengikut menu yang telah

Page 16: Piawaian Pelaksanaan Prodesur Download

PUSAT ANAK PERMATA NEGARA-PIAWAIAN PELAKSANAAN PRODESUR |

16

ditetapkan;

3. pastikan makanan tidak dibiarkan terdedah terlalu lama;

4. pastikan makanan yang telah dimasak dimakan dalam masa dua jam selepas dimasak;

5. pastikan penyediaan makanan mengikut peraturan kebersihan yang telah ditetapkan;

6. memastikan makanan/menu yang dirancang tidak menganggu kanak-kanak yang mempunyai alahan;

7. pastikan lebihan makanan tidak disimpan untuk diberi semula kepada anak-kanak;

8. elakkan penggunaan garam dan gula yang berlebihan semasa menyediakan makanan; dan

9. dilarang makanan ringan/junk food di PAPN.

Page 17: Piawaian Pelaksanaan Prodesur Download

PUSAT ANAK PERMATA NEGARA-PIAWAIAN PELAKSANAAN PRODESUR |

17

PENYEDIAN SUSU

Pembersihan botol/cawan

Pendidik/Pengasuh/PPM

1. mencuci dan mengelap tangan dengan tuala bersih.

2. memastikan perkara berikut:-

asingkan komponen-komponen botol seperti putting, penutup dan botol.

cuci botol/cawan sejurus selepas minum dengan berus yang sesuai dan bilas dengan air sehingga bersih.

masak air dalam periuk yang sesuai sehingga mendidih dan matikan api.

segera masukkan botol/cawan dalam periuk dan rendam dalam beberapa saat. angkat botol/cawan menggunakan penyepit.

keluarkan botol/cawan dan simpan di dalam bekas kedap udara yang bersih/peti sejuk.

Page 18: Piawaian Pelaksanaan Prodesur Download

PUSAT ANAK PERMATA NEGARA-PIAWAIAN PELAKSANAAN PRODESUR |

18

Nota: Digalakkan penggunaan larutan air garam untuk membersihkan puting.

Cara Menyimpan Botol Susu

1. Selepas dibersihkan, botol dan cawan dimasukkan ke dalam peti sejuk/bekas bertutup untuk mengelakkan jangkitan bakteria.

2. Botol dan cawan boleh terus digunakan selepas dikeluarkan dari peti sejuk/bekas bertutup.

Penyedian susu Pendidik/Pengasuh/PPM:

mencuci dan mengelap tangan dengan tuala bersih sebelum menyediakan susu.;

sediakan air suam. Memasukkan air suam ke dalam botol/cawan mengikut sukatan.

Masukkan susu mengikut sukatan.

Goncang botol susu secara perlahan-lahan kiri dan ke kanan tanpa memegang puting susu sebaiknya guna penutup botol supaya susu tidak meleleh atau memancut keluar.

Page 19: Piawaian Pelaksanaan Prodesur Download

PUSAT ANAK PERMATA NEGARA-PIAWAIAN PELAKSANAAN PRODESUR |

19

Goncang/kacau susu sehingga sebati..

Nota: Susu yang telah dibancuh dan diletakkan dam suhu bilik lebih daripada satu jam adalah tidak digalakkan untuk diminum kerana ia boleh merangsang pertumbuhan bakteria. Oleh itu, jangka masa penyediaan susu adalah 30 minit sebelum waktu minum susu.

Minum susu Pendidik/Pengasuh/PPM perlu:

1. membawa kanak-kanak ke tempat makan/tempat minum susu yang sesuai;

2. menggalakkan kanak-kanak minum sehingga habis dan meletakkan botol/cawan ke dalam bekas yang disediakan; dan

Page 20: Piawaian Pelaksanaan Prodesur Download

PUSAT ANAK PERMATA NEGARA-PIAWAIAN PELAKSANAAN PRODESUR |

20

KEBERSIHAN DIRI

Kebersihan Diri Kanak-kanak

Pendidik/Pembantu Pusat /PPM

1. memastikan kanak-kanak mempunyai peralatan kebersihan diri seperti sikat, sabun mandi, syampu, tuala, ubat gigi dan berus gigi.

2. Pendidik/Pembantu Pusat perlu memastikan kebersihan kuku, rambut, telinga, gigi dan hidung kanak-kanak.

3. Pendidik/Pembantu Pusat menukar pakaian kanak-kanak sekurang-kurangnya tiga kali sehari iaitu:

selepas main luar/

selepas makan

Selepas mandi petang

4. perlu menukar lampin kanak-kanak sekurang-kurangya tiga kali atau lebih mengikut keperluan.

5. memastikan kanak-kanak memakai apron ketika membuat aktiviti seni dan bermain air.

6. memastikan kanak-kanak mandi sekurang-kurangnya dua kali sehari.

Page 21: Piawaian Pelaksanaan Prodesur Download

PUSAT ANAK PERMATA NEGARA-PIAWAIAN PELAKSANAAN PRODESUR |

21

7. memastikan kanak-kanak memberus gigi dua kali sehari iaitu selepas sarapan dan makan tengahari.

8. memastikan kanak-kanak berkumur-kumur setiap kali selepas minum susu, makan buah dan minum petang

Latihan Ke Tandas

Tanda-Tanda Kesediaan Kanak-Kanak Untuk Latihan Ke Tandas

1. Dapat memberitahu atau menunjukkan tanda-tanda tertentu (bahasa badan) bila terasa hendak membuang air kecil atau air besar. Contohnya merengek, memegang bahagian sulit, melompat/menjengket seperti menahan sesuatu, muka menjadi merah atau seperti hendak meneran.

2. Lampin pakai buang kekal kering selepas beberapa jam atau masih kering selepas kanak-kanak terjaga daripada tidur.

3. Kanak-kanak akan mula membuang air kecil dalam kuantiti yang banyak.

4. Pembuangan air besar yang teratur. Misalnya, membuang air besar pada waktu pagi atau setiap kali selepas makan.

Latihan Awal ke Tandas

Pendidik/Pembantu Pusat hendaklah:

1. Membaca buku atau bercerita kepada kanak-kanak tersebut kenapa mereka perlu ke tandas.

2. Memberi contoh atau melihat kanak-kanak lain yang seusia dengannya

Page 22: Piawaian Pelaksanaan Prodesur Download

PUSAT ANAK PERMATA NEGARA-PIAWAIAN PELAKSANAAN PRODESUR |

22

membuang air besar dan air kecil di tandas.

3. Menyediakan tandas atau potty yang bersesuaian dengan usia kanak-kanak.

4. Menentukan “bahasa” yang akan digunakan oleh kanak-kanak untuk ke tandas dan kekalkan penggunaan bahasa ini.

5. Memastikan kanak-kanak tersebut dapat membezakan antara keinginan membuang air besar atau membuang air kecil.

6. Sentiasa memberi galakan dan pujian kepada kanak-kanak setelah mereka berjaya melakukan latihan ke tandas.

7. Tidak menghukum atau mengkritik kanak-kanak tersebut apabila mereka melakukan kesalahan semasa latihan ke tandas.

8. Memberitahu kanak-kanak tersebut tentang kepentingan menjaga kebersihan semasa dan selepas latihan ke tandas seperti membasuh anggota sulit dan membasuh tangan.

9. Memberi pujian kepada kanak-kanak tersebut kerana tingkahlaku positif yang telah ditunjukkannya.

Latihan Menggunakan Tandas Sebelum Kanak-Kanak Menunjukkan Isyarat Bersedia

1. Kanak-kanak boleh mengikut arahan-arahan mudah yang diberikan.

2. Kanak-kanak sudah boleh berjalan dengan baik dan stabil, supaya mereka berjalan ke tandas apabila mereka ingin membuang air besar atau air kecil.

3. Kanak-kanak boleh menanggalkan pakaian/seluar sendiri. Seeloknya kanak-kanak pada tahap ini diberi pakaian yang mudah untuk ditanggal dan dipakai semula.

Page 23: Piawaian Pelaksanaan Prodesur Download

PUSAT ANAK PERMATA NEGARA-PIAWAIAN PELAKSANAAN PRODESUR |

23

4. Melatih kanak-kanak bahawa setiap kali setelah membuang air kecil dan besar, mereka mesti membersihkan bahagian tersebut.

5. Bagi menggalakkan kanak-kanak membuang air kecil atau air besar, Pendidik/Pembantu Pusat boleh mendudukkan kanak-kanak seketika di tandas.

6. Tidak memaksa kanak-kanak jika mereka enggan mengunakan tandas atau membuang air. Biarkan sehingga mereka bersedia untuk mencuba lagi.

7. Jika seminggu berlalu tanpa sebarang kejayaan, tangguhkannya dan cuba lagi beberapa minggu kemudian. Ingat bahawa ia bukan satu pertandingan atau satu ujian.

8. Boleh memberi hadiah dan pujian sebagai ganjaran sepanjang masa sehingga mereka boleh melakukannya sendiri.

9. Elakkan melakukan latihan ke tandas pada masa yang tidak sesuai, seperti waktu aktiviti sedang dijalankan

Memulakan Latihan ke Tandas Apabila Kanak-kanak Telah Menunjukkan Isyarat Bersedia

1. Hentikan penggunaan lampin dan memakaikan kanak-kanak seluar dalam. Gunakan lampin hanya semasa tidur.

2. Pakaikan kanak-kanak dengan baju yang sesuai. Sebagai contoh seluar trek tanpa butang dan zip. Minta kerjasama ibu bapa untuk membekalkan pakaian yang sesuai.

3. Ingatkan/tanyakan kanak-kanak dari masa ke semasa dan pada waktu-waktu yang tetap sepanjang hari samaada mereka mahu pergi ke tandas.

4. Pastikan kanak-kanak tidak berada terlalu lama di dalam tandas.

Page 24: Piawaian Pelaksanaan Prodesur Download

PUSAT ANAK PERMATA NEGARA-PIAWAIAN PELAKSANAAN PRODESUR |

24

5. Apabila latihan ke tandas telah dilakukan, Pendidik/Pengasuh/PPM perlu membersihkan kanak-kanak selepas mereka ke tandas.

6. Galakkan mereka mencuci tangan setiap kali selepas mereka pergi ke tandas dan gunakan sabun yang sesuai.

4. REHAT DAN TIDUR

REHAT DAN TIDUR

Sebelum Tidur Pendidik/Pengasuh/PPM ;

1. asingkan kanak-kanak mengikut jantina dan umur;

2. memastikan kanak-kanak berpakaian yang bersih dan selesa;

3. kanak-kanak digalakkan untuk membantu menyiapkan sendiri tempat tidur mereka dengan bimbingan pendidik/pengasuh/ppm;

4. kanak-kanak membaca doa tidur sambil dibimbing oleh pendidik/pengasuh/ppm bagi kanak-kanak muslim;

5. boleh memperdengarkan alunan zikir/muzik yang menenangkan atau membacakan buku cerita (bedtime story) ;

Page 25: Piawaian Pelaksanaan Prodesur Download

PUSAT ANAK PERMATA NEGARA-PIAWAIAN PELAKSANAAN PRODESUR |

25

REHAT DAN TIDUR

6. pastikan kanak-kanak berbaring di kot/tilam masing-masing

7. gunakan selimut, jika perlu. (bergantung kepada suhu bilik TASKA);

Semasa Tidur Pendidik/Pengasuh/PPM ;

1. padamkan lampu dan tutupkan langsir supaya suasana bilik tidak terlalu terang;

2. mengawasi kanak-kanak yang sedang tidur;

3. bagi kanak-kanak yang belum tertidur, pastikan mereka berbaring dan berehat di tempatnya;

4. sekiranya mereka masih enggan tidur selepas setengah jam, asingkan mereka, berikan aktiviti yang senyap dan tidak mengganggu rakan lain yang sedang tidur;

Bangun Tidur 1. Kanak-kanak membaca doa selepas bangun tidur.

2. Kanak-kanak digalakkan mengemas tempat tidur masing-masing dan membantu rakan.

Page 26: Piawaian Pelaksanaan Prodesur Download

PUSAT ANAK PERMATA NEGARA-PIAWAIAN PELAKSANAAN PRODESUR |

26

REHAT DAN TIDUR

Pendidik/Pengasuh/PPM membimbing dan membantu mereka, jika perlu.

3. Kanak-kanak bersedia untuk mandi atau membersihkan diri.

Nota: Kanak-kanak tidak dibenarkan menghisap susu semasa tidur. Sekiranya mereka minum susu botol pastikan susu tersebut telah habis dan tidak terus dihisap semasa tidur.

Page 27: Piawaian Pelaksanaan Prodesur Download

PUSAT ANAK PERMATA NEGARA-PIAWAIAN PELAKSANAAN PRODESUR |

27

B. AKTIVITI KANAK-KANAK 1. CIRCLE TIME

Circle time boleh dilakukan dalam kumpulan besar atau kumpulan kecil mengikut umur kanak-kanak

Kumpulan Besar

(perhimpunan)

Pendidik/Pengasuh/PPM

1. Mengumpulkan kanak-kanak semua peringkat umur di ruang yang besar.

2. Memastikan kanak-kanak berada di dalam keadaan selesa dan bersedia.

3. Memberi salam dan bertanya khabar dengan ceria dan mesra.

4. Membaca doa diikuti nyanyian negaraku/lagu PERMATA dan ikrar. Boleh juga membuat pergerakan/ senaman ringkas bagi menarik minat kanak-kanak.

Kumpulan Kecil

1. Kanak-kanak dibahagikan kepada kumpulan umur atau bilik masing-masing.

2. Berbual dan bersoal jawab tentang

Page 28: Piawaian Pelaksanaan Prodesur Download

PUSAT ANAK PERMATA NEGARA-PIAWAIAN PELAKSANAAN PRODESUR |

28

keadaan cuaca, kalendar, kedatangan dan sebagainya.

3. Menggunakan kreativiti masing-masing ketika mengendalikan perbualan awal. Boleh juga mulakan dengan rhymes, pergerakan ringkas.

4. Kanak-kanak digalakkan bercakap, berbual dan bertanya soalan semasa sesi perbualan awal.

Page 29: Piawaian Pelaksanaan Prodesur Download

PUSAT ANAK PERMATA NEGARA-PIAWAIAN PELAKSANAAN PRODESUR |

29

2. NATURE WALK

Pendidik/Pengasuh/PPM

1. mempastikan bilangan kanak-kanak yang turut serta dalam aktiviti nature walk.

2. Memastikan kanak-kanak memakai kasut dan beratur mengikut kumpulan umur.

3. Kanak-kanak diberitahu apa yang hendak dilihat dan dilakukan semasa aktiviti.

4. menerangkan peraturan keselamatan kepada kanak-kanak. Contohnya memberitahu kanak-kanak supaya tidak menyentuh pokok yang berduri dan beracun serta tidak mendekati dan menyentuh haiwan yang berkeliaran di persekitaran seperti anjing, kambing dan sebagainya tanpa pengawasan.

5. Membawa plastik, kanta, bakul bagi kegunaan aktiviti dan bekas mengisi specimen yang dikutip oleh kanak-kanak.

6. Memastikan kanak-kanak bergerak dalam kumpulan, mereka digalakkan memegang tali.

7. Mengingatkan kanak-kanak supaya berjalan dilaluan tepi jalan dan bukannya di tengah jalan. Jika melintas jalan, minta kanak-kanak pandang ke kiri kemudian ke kanan dan ke kiri semula sebelum

Page 30: Piawaian Pelaksanaan Prodesur Download

PUSAT ANAK PERMATA NEGARA-PIAWAIAN PELAKSANAAN PRODESUR |

30

melintas

8. Memerhati kanak-kanak terutama ketika kanak-kanak mengambil, menyentuh dan memegang sesuatu objek.

9. Memberi peluang kepada kanak-kanak untuk meneroka sendiri tetapi di bawah pengawasan Pendidik/Pengasuh/PPM.

10. Memberi penerangan dan menjawab sebarang pertanyaan dari kanak-kanak sepanjang aktiviti tersebut.

11. Digalakkan merakam aksi dan peristiwa yang berlaku sepanjang aktiviti dijalankan dengan Kamera atau video camera.

12. Menggalakkan kanak-kanak mengambil bahan yang menarik minat mereka untuk dijadikan bahan perbincangan di TASKA.

13. Setelah selesai aktiviti, kumpulkan kanak-kanak dalam kumpulan dan pastikan bilangan mereka mencukupi.

14. Setelah tiba di PAPN/TASKA, pastikan kanak-kanak mencuci kaki dan tangan di pili luar dan kumpulkan bahan yang mereka ambil semasa nature walk

15. Minta kanak-kanak menyusun kasut di rak.

16. Berikan kanak-kanak masa untuk berehat dan minum air.

Page 31: Piawaian Pelaksanaan Prodesur Download

PUSAT ANAK PERMATA NEGARA-PIAWAIAN PELAKSANAAN PRODESUR |

31

3. SENI DAN KRAF

MENGECAT

Sebelum Pendidik/Pengasuh/PPM

1. Sediakan ruang yang sesuai dan pastikan ia berdekatan dengan sinki/paip bagi memudahkan pembersihan dan pencucian alatan selepas aktiviti.

2. Sediakan alatan untuk mengecat seperti berus lukisan, warna air, bekas membancuh warna dan kain lap.

Page 32: Piawaian Pelaksanaan Prodesur Download

PUSAT ANAK PERMATA NEGARA-PIAWAIAN PELAKSANAAN PRODESUR |

32

3. Ppastikan meja/lantai dilapik dengan kertas surat khabar/plastik.

4. Pastikan kanak-kanak memakai apron/baju lama/kemeja T terpakai supaya baju mereka tidak kotor.

5. Beri peluang kanak-kanak besar memakai apron sendiri atau membantu rakan mereka. Bantu kanak-kanak yang kecil untuk memakai apro atau baju lama.

Semasa Pendidik/Pengasuh/PPM:

1. Memperkenalkan alatan dan bahan yang akan digunakan.

2. Menerangkan teknik dan cara mengecat yang dipilih pada hari tersebut. Contoh: lukisan span, lukisan kanji, straw, ranting dan lukisan jari.

3. Memberi peluang kepada kanak-kanak untuk mencuba bahan-bahan yang disediakan.

4. Memastikan bahan mencukupi berdasarkan bilangan kanak-kanak.

5. Memastikan aktiviti dijalankan dalam kumpulan kecil (tidak melebihi 5 orang kanak-kanak).

6. Menggalakkan kanak-kanak untuk meneruskan

Page 33: Piawaian Pelaksanaan Prodesur Download

PUSAT ANAK PERMATA NEGARA-PIAWAIAN PELAKSANAAN PRODESUR |

33

aktiviti sekiranya kanak-kanak menamatkan aktiviti terlalu cepat dan tidak lengkap,

7. Berikan pujian kepada kanak-kanak yang berjaya menyiapkan kerja mereka.

8. Bersedia untuk menambah warna yang habis atau peralatan yang diperlukan.

9. Galakkan kanak-kanak bersama-sama membersihkan bahan yang tertumpah.

Selepas Pendidik/Pengasuh/PPM

1. Memastikan kanak-kanak membawa hasil kerja ke tempat pengeringan.

2. Bersama kanak-kanak mengemas peralatan yang digunakan. Kanak-kanak diminta menyimpan semula alatan mengecat seperti warna air manakala berus lukisan, bekas membancuh warna, kain lap yang telah digunakan diletakkan ke dalam sinki.

3. Mmemastikan semua peralatan yang telah diguna dibersihkan dengan sempurna.

4. Memastikan kanak-kanak mencuci tangan, membuka apron dan menjemur apron yang

Page 34: Piawaian Pelaksanaan Prodesur Download

PUSAT ANAK PERMATA NEGARA-PIAWAIAN PELAKSANAAN PRODESUR |

34

telah digunakan.

MENGGUNTING DAN MENAMPAL

Sebelum Pendidik/Pengasuh/PPM

1. menyediakan peralatan seperti gunting, gam, kertas dan tuala lembap (untuk mengelap tangan).

2. sediakan gunting khas untuk kanak-kanak yang kidal (jika ada).

Semasa Pendidik/Pengasuh/PPM

1. memperkenalkan alatan dan bahan yang akan

Page 35: Piawaian Pelaksanaan Prodesur Download

PUSAT ANAK PERMATA NEGARA-PIAWAIAN PELAKSANAAN PRODESUR |

35

digunakan.

2. menunjukkan cara memegang gunting yang betul. pastikan arah guntingan tidak ke arah badan kanak-kanak atau kawan.

3. memberi bimbingan kepada kanak-kanak yang belum mahir menggunakan gunting dan menggalakkan kanak-kanak yang tidak mahu mencuba/tidak berkeyakinan dalam aktiviti menggunting.

4. minta kanak-kanak mengelap tangan menggunakan tuala lembap dari semasa ke semasa apabila menggunakan gam. pastikan mereka tidak menglap pada pakaian mereka.

5. memberi galakan kepada kanak-kanak untuk mencuba semua alatan dan bahan yang disediakan.

Selepas Pendidik/Pengasuh/PPM

1. memastikan kanak-kanak membawa hasil kerja ke tempat pengeringan.

2. mengemas dan membersihkan meja /ruang yang digunakan. bersama kanak-kanak

3. bersama kanak-kanak mencuci alatan yang telah digunakan.

Page 36: Piawaian Pelaksanaan Prodesur Download

PUSAT ANAK PERMATA NEGARA-PIAWAIAN PELAKSANAAN PRODESUR |

36

4. memastikan kanak-kanak mencuci tangan, membuka apron dan menjemur apron yang telah digunakan.`

Nota:

Pendidik/Pengasuh/PPM

mengingatkan kanak-kanak supaya menggunting di atas lantai/meja dan bukan di atas peha.

memastikan gunting tidak disalahgunakan seperti menggunting rambut, baju atau menjadi bahan mainan.

Ketika menyerahkan gunting kepada kanak-kanak, arahkan pemegang gunting kepada mereka.

mengingatkan kanak-kanak tidak bergurau apabila menggunakan gunting.

perlu menyediakan kuantiti gam yang mencukupi bagi aktiviti menampal.

memastikan kanak-kanak tidak menggunakan gam berlebihan.

memastikan kanak-kanak tidak memasukkan gam ke dalam mulut

.

Page 37: Piawaian Pelaksanaan Prodesur Download

PUSAT ANAK PERMATA NEGARA-PIAWAIAN PELAKSANAAN PRODESUR |

37

4. BERMAIN BEBAS (FREE PLAY)

Pendidik/Pengasuh/PPM

1. menyediakan beberapa jenis alat mainan pilihan di ruang yang ditetapkan.

2. mengasingkan kanak-kanak mengikut umur.

3. pastikan alat mainan mencukupi mengikuti bilangan kanak-kanak dan bersesuaian dengan umur mereka.

4. pastikan alat mainan lengkap (puzzle mencukupi bilangan), berada dalam keadaan yang baik (bersih, tidak pecah dan tidak rosak) .

5. galakkan kanak-kanak untuk memilih dan mencuba alat mainan yang digemari.

6. memastikan kanak-kanak besar belajar untuk berkongsi/bergilir-gilir.

7. bermain bersama dan berinteraksi bersama kanak-kanak.

8. beri pujian apabila mereka melakukan sesuatu yang baru dan berjaya mencuba.

9. bersama kanak-kanak mengemas semula dan meletakkan alat

Page 38: Piawaian Pelaksanaan Prodesur Download

PUSAT ANAK PERMATA NEGARA-PIAWAIAN PELAKSANAAN PRODESUR |

38

permainan ke tempat asal setelah selesai bermain

Page 39: Piawaian Pelaksanaan Prodesur Download

PUSAT ANAK PERMATA NEGARA-PIAWAIAN PELAKSANAAN PRODESUR |

39

C. PERMAINAN LUAR/PADANG

Pendidik/Pengasuh/PPM:

1. Menyediakan alat permainan yang diperlukan dan memastikan alatan mencukupi untuk aktiviti yang dirancangkan.

2. Memastikan kanak-kanak beratur dan bersedia sebelum keluar dari bangunan.

3. Kanak-kanak memakai kasut/selipar masing-masing setiap kali bermain di luar bangunan.

4. Menunjukkan cara bermain dan menggunakan peralatan permainan dengan betul.

5. Perlu terlibat dan bermain sama setiap kali kanak-kanak bermain. 6. Memerhati dan mengawasi kanak-kanak semasa bermain bagi

memastikan keselamatan mereka. 7. Mengawasi tindak tanduk kanak-kanak yang mungkin boleh

membahayakan diri dan rakan-rakan mereka. 8. Perlu bertindak segera jika berlaku kemalangan atau kecederaan. 9. Galakkan kanak-kanak mengemas/menyimpan alat permainan

dan membersihkan kawasan tempat bermain. 10. Kanak-kanak diminta mencuci tangan dan kaki selepas bermain. 11. Kanak-kanak diminta beratur untuk masuk ke dalam bangunan.

Page 40: Piawaian Pelaksanaan Prodesur Download

PUSAT ANAK PERMATA NEGARA-PIAWAIAN PELAKSANAAN PRODESUR |

40

1. MAIN AIR

Sebelum Bermain Pendidik/Pengasuh/PPM :

1. Sebelum bermain air, pastikan tempat bermain air bersih dan selamat daripada benda-benda merbahaya.

2. Sediakan pakaian ganti untuk digunakan selepas bermain air.

3. memastikan kanak-kanak memakai pakaian yang sesuai untuk bermain air.

4. Minta kanak-kanak membawa tuala masing-masing ke luar dan menyidaikannya di penyidai.

5. Menyediakan baldi/bekas untuk diisi pakaian kotor/basah kanak-kanak kecil (1-2 tahun) selepas bermain.

6. Memastikan peralatan permainan mencukupi dan jumlah kanak-kanak bersesuaian dengan ruang bermain air.

7. Galakkan kanak-kanak mengambil alatan permainan air (span, botol, kosong, bahan

Page 41: Piawaian Pelaksanaan Prodesur Download

PUSAT ANAK PERMATA NEGARA-PIAWAIAN PELAKSANAAN PRODESUR |

41

mainan tenggelam dan timbul) dari bekas yang disediakan.

Semasa Pendidik/Pengasuh/PPM :

1. bermain sama dengankanak-kanak sambil mengawasi keselamatan kanak-kanak;

2. membantu kanak-kanak memahami konsep pembelajaran bermain air;

3. sentiasa memberi rangsangan, cadangan dan soalan yang berkaitan dengan apa yang sedang dilakukan. Contoh: apa yang terjadi bila kita masukkan batu ke dalam air? Jika kanak-kanak jawab tenggelam, kita tanya kenapa?;

4. memastikan kanak-kanak tidak meminum air kolam atau air yang mereka main

5. memastikan dan menggalakkan kanak-kanak berkongsi alat mainan pasir.

6. memastikan kanak-kanak menggunakan `water features’ mengikut tertib dan peraturan yang

ditetapkan. contoh: gelongsor, water balancing, dacing dan sebagainya.

7. memastikan kanak-kanak tidak tolak-menolak

Page 42: Piawaian Pelaksanaan Prodesur Download

PUSAT ANAK PERMATA NEGARA-PIAWAIAN PELAKSANAAN PRODESUR |

42

sesama sendiri, memanjat tebing dan terjun ke dalam kolam. Mainan.

Selepas Bermain Pendidik/Pengasuh/PPM;

1. bersama kanak-kanak menyimpan alatan permainan water play di dalam bekas dan tempat yang disediakan;

2. kanak-kanak menanggalkan pakaian dan mandi yang telah basah;

3. galakkan kanak-kanak kecil (1-2 tahun) memasukkan pakaian basah ke dalam baldi/bekas yang disediakan;

4. kanak-kanak yang besar (3-4 tahun) galakkan untuk menyidai pakaian basah di penyidai yang telah disediakan;

Page 43: Piawaian Pelaksanaan Prodesur Download

PUSAT ANAK PERMATA NEGARA-PIAWAIAN PELAKSANAAN PRODESUR |

43

Nota: Permainan air yang menggunakan bekas seperti besin dan water tray, kanak-kanak hanya perlu memakai apron plastik.

Page 44: Piawaian Pelaksanaan Prodesur Download

PUSAT ANAK PERMATA NEGARA-PIAWAIAN PELAKSANAAN PRODESUR |

44

2. MAIN PASIR

Sebelum bermain Pendidik/Pengasuh/PPM:

1. sebelum bermain pasir pendidik/pembantu perlu memastikan tempat sand pit bersih dan selamat untuk digunakan;

2. kanak-kanak menyediakan pakaian ganti untuk digunakan selepas bermain pasir. bagi kanak-kanak kecil, pendidik/pengasuh/ppm menyediakan pakaian mereka;

3. pendidik/pengasuh/ppm memastikan kanak-kanak memakai pakaian yang sesuai untuk bermain pasir;

4. minta kanak-kanak membawa tuala dan plastik bagi mengisi pakaian kotor masing-masing ke luar dan menyidaikannya di penyidai;

5. menyediakan baldi/bekas air untuk kanak-kanak mencuci tangan dan kaki selepas bermain (sekiranya tiada paip air di luar atau berdekatan dengan tempat main pasir);

Page 45: Piawaian Pelaksanaan Prodesur Download

PUSAT ANAK PERMATA NEGARA-PIAWAIAN PELAKSANAAN PRODESUR |

45

6. Pendidik perlu pastikan alatan permainan sand play mencukupi untuk semua kanak-kanak;

7. Pendidik boleh menuang air ke dalam sand pit untuk mempelbagaikan aktiviti bermain pasir; dan

8. Minta kanak-kanak mengambil alatan permainan sand play di dalam bekas yang disediakan.

Semasa Bermain Pendidik/Pengasuh/PPM:

1. perlu bermain bersama kanak-kanak.

2. sentiasa memberi rangsangan, cadangan dan soalan yang berkaitan dengan apa yang sedang dilakukan. Contohnya: Bagaimana kita nak bina istana lebih tinggi.

3. memastikan kanak-kanak:

i. tidak membaling pasir ke arah kawan;

Page 46: Piawaian Pelaksanaan Prodesur Download

PUSAT ANAK PERMATA NEGARA-PIAWAIAN PELAKSANAAN PRODESUR |

46

ii. tidak membawa pasir keluar dari sand pit; dan

iii. tidak memasukkan pasir ke dalam rongga seperti mulut, hidung dan telinga

4. Menggalakkan kanak-kanak untuk berkongsi alat mainan.

Selepas Bermain Pendidik/Pengasuh/PPM :

1. galakkan kanak-kanak membersihkan alatan dan mencucinya.

2. minta kanak-kanak menyimpan semula alatan permainan pasir di dalam bekas yang telah disediakan.

3. galakkan kanak-kanak membasuh tangan dan kaki menggunakan sabun.

4. Minta kanak-kanak menanggalkan pakaian dan mandi jika perlu.

Page 47: Piawaian Pelaksanaan Prodesur Download

PUSAT ANAK PERMATA NEGARA-PIAWAIAN PELAKSANAAN PRODESUR |

47

5. memasukkan pakaian kotor kedalam plastik yang disediakan.

.

Nota:

Kanak-kanak yang berkudis, alahan, luka, demam tidak dibenarkan bermain pasir.

Bagi kanak-kanak yang agak kotor semasa bermain, mandikan mereka selepas bermain pasir.

Page 48: Piawaian Pelaksanaan Prodesur Download

PUSAT ANAK PERMATA NEGARA-PIAWAIAN PELAKSANAAN PRODESUR |

48

Buaian

Pendidik/Pengasuh/PPM:

1. perlu memastikan keadaan fizikal alat permainan tersebut adalah selamat untuk digunakan

2. satu buaian hanya diperuntukkan untuk seorang kanak-kanak.

3. memastikan kanak-kanak tidak menghayun buaian terlalu laju.

4. kanak-kanak tidak dibenarkan berada di depan atau di belakang buaian ketika kanak-kanak lain sedang bermain buaian.

5. memastikan kanak-kanak memegang tali/besi pemegang semasa menghayun buaian.

6. sentiasa mengawasi kanak-kanak ketika mereka sedang bermain.

7. galakkan memberi peluang bermain kepada semua kanak-kanak dengan cara membuat giliran.

Jongkang-Jongkit

Pendidik/Pengasuh/PPM:

1. perlu memastikan keadaan fizikal alat permainan

Page 49: Piawaian Pelaksanaan Prodesur Download

PUSAT ANAK PERMATA NEGARA-PIAWAIAN PELAKSANAAN PRODESUR |

49

tersebut adalah bersih dan selamat untuk digunakan;

2. bilangan kanak-kanak seimbang atau sama di kedua-dua belah;

3. kanak-kanak memegang besi pemegang dengan kuat;

4. kanak-kanak tidak turun dengan serta merta, bagi mengelakkan rakan mereka yang berada di hujung jatuh; dan

5. kanak-kanak tidak memanjat atau duduk di tengah jongkang jongkit.

Gelongsor

Pendidik/Pengasuh/PPM:

1. perlu memastikan keadaan fizikal alat permainan tersebut adalah bersih dan selamat untuk digunakan;

2. kanak-kanak naik ikut tangga dan turun ikut papan gelongsor. Jangan sekali-kali membenarkan mereka naik mengikut bahagian hadapan gelongsor;

3. kanak-kanak tidak berada di hadapan papan gelongsor sebelum kanak-kanak menggelongsor turun bagi mengelakkan kemalangan;

4. dalam satu-satu masa tidak lebih daripada tiga orang bermain dan berdiri di atas papan gelongsor bagi mengelakkan kanak-kanak tolak menolak; dan

Page 50: Piawaian Pelaksanaan Prodesur Download

PUSAT ANAK PERMATA NEGARA-PIAWAIAN PELAKSANAAN PRODESUR |

50

5. sentiasa mengawasi dan memberi bimbingan sekiranya kanak-kanak tidak mematuhi peraturan.

Pondok

Pendidik/Pengasuh/ PPM

1. memastikan keadaan pondok adalah selamat, bersih dan baik untuk digunakan;

2. memastikan kanak-kanak menanggalkan kasut sebelum masuk ke dalam pondok;

3. perlu memastikan keselamatan kanak-kanak iaitu tidak menolak satu sama lain semasa menaiki tangga pondok;

4. Pastikan bilangan kanak-kanak yang berada di dalam pondok adalah sesuai dengan keluasan pondok tersebut;

5. menggalakkan kanak-kanak membuka tingkap pondok semasa bermain untuk mendapat pengaliran udara yang baik dan sihat;

6. perlu mengawasi kanak-kanak ketika mereka bermain di dalam pondok tersebut;

7. perlu terlibat sama setiap kali kanak-kanak bermain;

8. Selepas bermain, galakkan kanak-kanak mengemas

Page 51: Piawaian Pelaksanaan Prodesur Download

PUSAT ANAK PERMATA NEGARA-PIAWAIAN PELAKSANAAN PRODESUR |

51

semula permainan yang telah digunakan dan membersihkan pondok permainan tersebut;

9. perlu memastikan pintu dan tingkap pondok ditutup rapat setelah selesai bermain bersama kanak-kanak.

Terowong

Pendidik/ Penagsuh/PPM:

1. memastikan keadaan terowong adalah selamat, bersih dan baik untuk digunakan;

2. menunjukkan cara-cara untuk bermain kepada kanak-kanak sebelum membenarkan mereka bermain;

3. memberi peluang kepada setiap kanak-kanak bermain di dalam terowong secara bergilir-gilir;

4. perlu pastikan keluar dan masuk terowong satu hala bagi mengelakkan sebarang pelanggaran kanak-kanak semasa bermain;

5. perlu mengawasi kanak-kanak dan memberi bimbingan sekiranya kanak-kanak tidak mematuhi peraturan ketika sedang bermain; dan

6. sekiranya terowong tersebut kecil, minta kanak-kanak membongkokkan badan atau merangkak semasa bermain dalam terowong tersebut.

Page 52: Piawaian Pelaksanaan Prodesur Download

PUSAT ANAK PERMATA NEGARA-PIAWAIAN PELAKSANAAN PRODESUR |

52

Jambatan Gantung

Pendidik/ Penagsuh/PPM:

1. memastikan keadaan terowong adalah selamat dan baik untuk digunakan;

2. menggalakkan kanak-kanak beratur semasa hendak berjalan di atas jambatan tersebut;

3. pastikan dalam satu-satu masa tidak lebih daripada tiga orang bermain dan berdiri di atas jambatan bagi mengelakkan kanak-kanak tolak menolak ;

4. sentiasa mengawasi dan memberikan bimbingan sekiranya kanak-kanak tidak mematuhi peraturan;

5. memastikan kanak-kanak memegang tali pemegang semasa berjalan di atas jambatan.

6. memastikan kanak-kanak tidak berhayun semasa berada di atas jambatan; dan

7. pimpin kanak-kanak kecil (1-2 tahun) untuk mengelakkan kaki kanak-kanak tidak tersangkut di antara celahan papan.

Page 53: Piawaian Pelaksanaan Prodesur Download

PUSAT ANAK PERMATA NEGARA-PIAWAIAN PELAKSANAAN PRODESUR |

53

Tayar

1. Tayar perlulah ditanam separuh atau diisi dengan pasir untuk mengelakkan penakungan air dan pembiakan nyamuk aedes di dalam tayar;

2. pendidik / ppm perlu memastikan tayar berada dalam keadaan yang bersih dan selamat untuk digunakan;

3. pendidik / ppm menggalakkan kanak-kanak berbaris dan menunggu giliran masing-masing semasa hendak bermain untuk mengelakkan kanak-kanak bertolakkan atau terjatuh.; dan

4. sentiasa mengawasi dan memberi bimbingan sekiranya kanak-kanak tidak mematuhi peraturan.

Maze

Pendidik/ Penagsuh/PPM:

1. perlu memeriksa kawasan Maze selamat untuk digunakan sebelum membawa kanak-kanak ke kawasan tersebut;

2. kanak-kanak digalakkan untuk berbaris semasa hendak bermain di dalam “maze” tersebut;

3. pendidik / ppm boleh mengetuai barisan kanak-kanak

Page 54: Piawaian Pelaksanaan Prodesur Download

PUSAT ANAK PERMATA NEGARA-PIAWAIAN PELAKSANAAN PRODESUR |

54

semasa bermain di dalam “maze” tersebut;

4. sentiasa mengawasi kanak-kanak ketika mereka sedang bermain;

5. pastikan pokok-pokok yang membentuk “maze”

tersebut sentiasa rendah mengikut paras ketinggian kanak-kanak.;

Climbing Wall

Pendidik / Pengasuh/PPM

1. memastikan bilangan kanak-kanak yang memanjat dinding adalah bersesuaian dengan keluasan dinding tersebut;

2. bimbing kanak-kanak untuk memegang dan memijak batu dengan betul dan tegap supaya tidak terlepas;

3. sentiasa memerhati dan mengawasi kanak-kanak semasa bermain bagi memastikan keselamatan mereka.

Basikal

Pendidik / Pengasuh/PPM

1. memastikan basikal tersebut adalah selamat untuk

Page 55: Piawaian Pelaksanaan Prodesur Download

PUSAT ANAK PERMATA NEGARA-PIAWAIAN PELAKSANAAN PRODESUR |

55

digunakan oleh kanak-kanak;

2. perlu memastikan basikal adalah bersesuaian dengan saiz kanak-kanak;

3. menggalakkan kanak-kanak menunggu giliran dan memberi peluang kepada setiap kanak-kanak bermain basikal;

4. perlu sentiasa mengawasi dan memberi bimbingan kepada kanak-kanak ketika bermain; dan

5. Selepas bermain, pastikan basikal disimpan semula di stor penyimpanan.

Page 56: Piawaian Pelaksanaan Prodesur Download

PUSAT ANAK PERMATA NEGARA-PIAWAIAN PELAKSANAAN PRODESUR |

56

D. TRANSISI

Transisi adalah waktu peralihan di antara satu aktiviti dengan aktiviti yang lain. Transisi perlu diurus dengan baik bagi mengelakkan berlakunya keadaan kelam kabut seperti kesesakan ruang, membuat kanak-kanak kebingungan dan menyebabkan kanak-kanak menunggu terlalu lama tanpa aktiviti pada waktu peralihan. Waktu peralihan juga digunakan oleh sebahagian kanak-kanak untuk mengemas dan menamatkan aktiviti lukisan atau kraf sementara kanak-kanak yang lain bersedia untuk menjalankan aktiviti seterusnya.

TRANSISI

Waktu Transisi

1. Antara waktu ketibaan dan sarapan.

2. Antara waktu sarapan dengan waktu bermain permainan luar.

3. Antara waktu bermain permainan luar dengan waktu makan buah.

4. Antara waktu makan buah dengan aktiviti PERMATA.

5. Antara waktu makan tengahari dengan waktu tidur.

6. Antara waktu mandi dengan minum petang.

Page 57: Piawaian Pelaksanaan Prodesur Download

PUSAT ANAK PERMATA NEGARA-PIAWAIAN PELAKSANAAN PRODESUR |

57

TRANSISI

7. Antara waktu minum petang dengan bercerita.

8. Antara waktu bercerita dengan waktu balik

Cadangan Mengurus Transisi

1. Untuk menarik perhatian kanak-kanak, Pendidik/Pembantu Pusat boleh menggunakan kombinasi cadangan berikut:

Pendidik/Pembantu Pusat menggunakan alatan yang berbunyi seperti triangle, kastenet dan drum.

Pendidik/Pembantu Pusat menggunakan suara yang menarik yang berirama seperti lalalala…,

hehehehe… , bertepuk tangan dan

kanak-kanak meniru bunyi tersebut.

Pendidik/Pembantu Pusat membilang nombor satu….dua….tiga….dan

seterusnya.

2. Pendidik/Pembantu Pusat juga boleh menggunakan kombinasi aktiviti berikut:-

Pendidik/Pembantu Pusat membawa kanak-kanak ke sudut bacaan.

Page 58: Piawaian Pelaksanaan Prodesur Download

PUSAT ANAK PERMATA NEGARA-PIAWAIAN PELAKSANAAN PRODESUR |

58

TRANSISI

Pendidik/Pembantu Pusat membacakan buku cerita.

Pendidik/Pembantu Pusat menyediakan alat mainan seperti blok, puzzle atau mainan manipulatif.

Pendidik/Pembantu Pusat memasang vcd yang berunsur cerita kanak-kanak.

Page 59: Piawaian Pelaksanaan Prodesur Download

PUSAT ANAK PERMATA NEGARA-PIAWAIAN PELAKSANAAN PRODESUR |

59

E. KESELAMATAN

Keselamatan merupakan faktor penting yang perlu diberi perhatian oleh setiap pendidik di PAPN dan di TASKA. Kanak-kanak kecil mudah terdedah kepada pelbagai kemalangan dan kecederaan yang memerlukan pengawasan rapi. Pendidik perlu memahami dan mengenal pasti setiap keadaan yang mungkin menyebabkan bahaya atau menjadi punca kemalangan.

Keselamatan Kanak-kanak

Ketika di Pintu Utama/Pagar

Pendidik/Pengasuh/PPM perlu:

memastikan pintu pagar dan pintu utama sentiasa berkunci dan kunci diletakkan di tempat yang senang dicapai oleh Pendidik/Pembantu Pusat; dan

memastikan kanak-kanak tidak memanjat dan bermain berhampiran pintu pagar.

Ketika Bermain

Pendidik/Pengasuh/PPM perlu:

3. memastikan kanak-kanak memakai pakaian yang sesuai;

4. pastikan kanak-kanak sentiasa memakai selipar/kasut masing-masing semasa aktiviti luar;

5. memastikan alat-alat permainan yang

Page 60: Piawaian Pelaksanaan Prodesur Download

PUSAT ANAK PERMATA NEGARA-PIAWAIAN PELAKSANAAN PRODESUR |

60

Keselamatan Kanak-kanak disediakan sesuai dengan tahap umur kanak-kanak;

6. memastikan kanak-kanak tidak bermain di tempat atau dengan benda/bahan yang berbahaya (longkang, pokok berduri, kolam); dan sentiasa terlibat sama

7. memerhati kanak-kanak dalam setiap aktiviti yang dijalankan

Ketika di Bilik Air

Pendidik/Pengasuh/PPM perlu:

1. memastikan lantai bilik air sentiasa kering dan tiada air yang bertakung (lantai atau baldi);

2. memastikan mangkuk tandas bersih dan kering;

3. memastikan alat mandian kanak-kanak diletakkan pada paras ketinggian mereka;

4. memastikan bahan pencuci bilik air diletakkan di tempat yang selamat dan jauh dari kanak-kanak;

5. memastikan kanak-kanak tidak menggunakan hot shower tanpa

Page 61: Piawaian Pelaksanaan Prodesur Download

PUSAT ANAK PERMATA NEGARA-PIAWAIAN PELAKSANAAN PRODESUR |

61

Keselamatan Kanak-kanak pengawasan orang dewasa;

6. memastikan kanak-kanak tidak bermain atau berlari di dalam bilik air; dan

7. memastikan kanak-kanak tidak berada di bilik air tanpa pengawasan orang dewasa.

Persekitaran Dalaman PAPN

1. Kanak-kanak tidak dibenarkan masuk ke kawasan dapur, pejabat dan stor.

2. Pendidik/Pengasuh/PPM memastikan lantai di persekitaran sentiasa bersih dan kering;

3. memastikan lantai dilap segera sekiranya basah atau ada tumpahan air;

4. menyediakan tong sampah yang bertutup bagi melatih kanak-kanak membuang sampah; dan

5. memastikan sampah sentiasa dibuang (mengikut keperluan).

Page 62: Piawaian Pelaksanaan Prodesur Download

PUSAT ANAK PERMATA NEGARA-PIAWAIAN PELAKSANAAN PRODESUR |

62

Keselamatan Kanak-kanak

Persekitaran Luaran PAPN

Pendidik/Pengasuh/PPM

1. memastikan pintu pagar selalu ditutup;

2. memastikan permainan disimpan selepas bermain;

3. memastikan semua alat permainan berada dalam keadaan yang baik; dan

4. menyediakan tong sampah yang mencukupi bagi melatih kanak-kanak membuang sampah

Ketika Tidur Pendidik/Pengasuh/PPM

memastikan muka kanak-kanak tidak ditutupi selimut.

Pastikan botol susu tidak di hisap/ dalam mulut ketika kanak-kanak tidur.

Page 63: Piawaian Pelaksanaan Prodesur Download

PUSAT ANAK PERMATA NEGARA-PIAWAIAN PELAKSANAAN PRODESUR |

63

F. KESIHATAN DAN PENYAKIT

KESIHATAN

Pendidik/Pengasuh/PPM

1. perlu sentiasa peka kepada kesihatan kanak-kanak.

2. Pendidik/Pembantu Pusat memastikan kanak-kanak mempunyai rekod kesihatan yang sentiasa dikemas kini.

3. Pendidik/Pembantu Pusat perlu memerhati dan memeriksa kanak-kanak semasa ketibaan.

4. Jika kanak-kanak mempunyai tanda-tanda sakit biasa yang

5. tidak berjangkit, Pendidik/Pembantu Pusat boleh mencadangkan kepada ibu bapa/penjaga supaya membawa kanak-kanak ke klinik atau pulang.

6. Jika kanak-kanak sakit semasa di PAPN, kanak-kanak perlu diasingkan dan Pendidik/Pembantu Pusat perlu memaklumkan kepada ibu bapa/penjaga dengan segera

Page 64: Piawaian Pelaksanaan Prodesur Download

PUSAT ANAK PERMATA NEGARA-PIAWAIAN PELAKSANAAN PRODESUR |

64

PENYAKIT

Penyakit Berjangkit

Jika kanak-kanak mempunyai tanda-tanda penyakit berjangkit,

Pendidik/Pengasuh/PPM

1. perlu memaklumkan kepada ibu bapa/penjaga supaya membawa kanak-kanak ke klinik atau pulang.

2. Kanak-kanak hanya dibenarkan datang ke PAPN apabila telah mendapat surat pengesahan doktor yang bertauliah mengatakan bahawa kanak-kanak tersebut telah sembuh sepenuhnya.

3. Pendidik/Pembantu Pusat perlu menghubungi pejabat kesihatan berdekatan sekiranya terdapat wabak penyakit Tangan, Kaki dan Mulut, SARS, Denggi dan Chikungunya.

4. Jika terdapat pengesahan bahawa terdapat wabak penyakit di atas, Pendidik/Pembantu Pusat perlu mengambil langkah pembersihan segera ke keseluruhan PAPN terbabit.

5. Dapatkan khidmat nasihat daripada pejabat kesihatan supaya langkah pengawalan dan

Page 65: Piawaian Pelaksanaan Prodesur Download

PUSAT ANAK PERMATA NEGARA-PIAWAIAN PELAKSANAAN PRODESUR |

65

pencegahan boleh diambil.

6. PAPN terbabit boleh ditutup sekiranya mendapat arahan daripada Pejabat Kesihatan.

PENYAKIT ALAHAN

Pendidik/Pengasuh/PPM

1. perlu mengenal pasti alahan yang dihadapi oleh setiap kanak-kanak di bawah jagaannya seperti yang tercatat di dalam borang pendaftaran.

2. Jika alahan itu tidak dicatat atau dimaklumkan, Pendidik/Pembantu Pusat perlu menghubungi ibu bapa/penjaga kanak-kanak tersebut untuk mengetahui punca dan jenis alahan.

3. Pendidik/Pembantu Pusat mesti sentiasa peka kepada kesihatan dan alahan kanak-kanak.

4. Sekiranya berlaku alahan minor (ruam), Pendidik/Pembantu Pusat boleh meletakkan ubat yang diberikan oleh klinik atau yang disediakan dengan izin ibu bapa/penjaga.

5. Sekiranya tanda-tanda alahan berterusan, Pendidik/Pembantu Pusat segera menghubungi ibu bapa/penjaga untuk membawa kanak-kanak pulang atau ke klinik.

Page 66: Piawaian Pelaksanaan Prodesur Download

PUSAT ANAK PERMATA NEGARA-PIAWAIAN PELAKSANAAN PRODESUR |

66

6. Sekiranya ibu bapa/penjaga tidak dapat dihubungi, Pendidik/Pembantu Pusat boleh membawa kanak-kanak ke klinik berhampiran.

G. KECEDERAAN:

Kecederaan Ringan

i. Kecederaan Ringan

Pendidik/Pengasuh/PPM

1. Mengenalpasti kecederaan yang dialami dan memberi rawatan yang sesuai.

2. Kanak-kanak direhatkan sehingga pulih dan dipantau dari semasa ke semasa.

3. Mencatat di dalam buku rekod kecederaan kanak-kanak.

Page 67: Piawaian Pelaksanaan Prodesur Download

PUSAT ANAK PERMATA NEGARA-PIAWAIAN PELAKSANAAN PRODESUR |

67

4. Memaklumlan kepada ibu bapa/penjaga semasa pulang.

Kecederaan Berat

Pendidik/Pengasuh/PPM perlu;

1. mengenalpasti kecederaan yang dialami dan memberi rawatan kecemasan awal.

2. boleh terus membawa kanak-kanak ke klinik/hospital dan menghubungi ibu bapa/penjaga semasa dalam perjalanan.

3. akan mencatat di dalam buku rekod kecederaan kanak-kanak

Page 68: Piawaian Pelaksanaan Prodesur Download

PUSAT ANAK PERMATA NEGARA-PIAWAIAN PELAKSANAAN PRODESUR |

68

H. BENCANA ALAM

Contoh bencana alam ialah jerebu yang mencatat tahap bahaya, banjir, pemanasan global dan hujan ribut.

1. memberi penerangan mengenai bencana alam dan ciri-ciri

keselamatan.

2. memastikan kanak-kanak tidak bermain di luar PAPN.

3. mengubahsuai aktiviti luar kepada aktiviti dalam bangunan.

4. memastikan kanak-kanak memakai pakaian yang sesuai

(contohnya: baju sejuk).

5. perlu menghubungi pasukan penyelamat untuk memindahkan

kanak-kanak ke pusat pemindahan sementara dengan segera

sekiranya berlaku banjir kilat.

6. perlu menghubungi ibu bapa/penjaga kanak-kanak dengan

segera.

7. memastikan semua kanak-kanak dalam senarai kehadiran yang

hadir pada hari tersebut telah berada di kawasan berkumpul.

8. mententeramkan dan sentiasa mengawasi kanak-kanak sehingga

ibu bapa/penjaga datang mengambil mereka.

Page 69: Piawaian Pelaksanaan Prodesur Download

PUSAT ANAK PERMATA NEGARA-PIAWAIAN PELAKSANAAN PRODESUR |

69

I. KEBAKARAN

Langkah-langkah Pencegahan Kebakaran

Pendidik/Pengasuh/PPM perlu;

1. menjalankan latihan kebakaran dengan kanak-kanak sekurang-kurangnya dua kali setahun.

2. jika terdapat tanda-tanda berlaku kebakaran, tiup wisel atau loceng sebagai tanda amaran dan menghubungi pihak bomba dengan segera.

3. kumpulkan kanak-kanak di kawasan lapang (assembly point) di luar bangunan dan di kawasan yang selamat serta memeriksa senarai kanak-kanak yang hadir pada hari tersebut.

4. memastikan semua kanak-kanak dalam senarai kehadiran yang hadir pada hari tersebut telah berada di kawasan berkumpul.

5. bertenang dan cuba mengawal keadaan serta mengawasi kanak-kanak.

6. tunggu arahan seterusnya daripada pihak Bomba dan Penyelamat.

Page 70: Piawaian Pelaksanaan Prodesur Download

PUSAT ANAK PERMATA NEGARA-PIAWAIAN PELAKSANAAN PRODESUR |

70

LATIHAN PENGOSONGAN BANGUNAN

Pendidik/Pengasuh/PPM :

perlu melakukan latihan kebakaran dengan kanak-kanak sekurang-kurangnya dua kali setahun.

mempamerkan pelan bangunan dan laluan kecemasan seperti kebakaran di tempat yang boleh dilihat oleh semua terutama ibu bapa/penjaga.

meniup wisel atau loceng sebagai tanda amaran dan menghubungi pihak Bomba dengan segera jika terdapat tanda-tanda berlaku kebakaran.

kumpulkan kanak-kanak di kawasan lapang (assembly point) di luar bangunan dan di kawasan yang selamat serta memeriksa senarai kanak-kanak yang hadir pada hari tersebut.

tempoh masa yang diambil untuk mengosongkan bangunan adalah kurang dari 10 minit. (Tempoh tersebut perlu dicatatkan dalam buku).

bertenang dan cuba mengawal keadaan serta mengawasi kanak-kanak.

memastikan semua kanak-kanak dalam rekod kehadiran yang hadir pada hari tersebut telah berada di kawasan berkumpul.

menunggu arahan seterusnya daripada pihak Bomba dan Penyelamat.

Page 71: Piawaian Pelaksanaan Prodesur Download

PUSAT ANAK PERMATA NEGARA-PIAWAIAN PELAKSANAAN PRODESUR |

71

J. PENGURUSAN TINGKAHLAKU KANAK-KANAK

Pendidik/Pengasuh/PPM perlu;

1. mendapat latihan mengurus tingkahlaku kanak-kanak.

2. memahami ciri-ciri tingkahlaku kanak-kanak.

3. apabila membuat sesuatu keputusan berkaitan masalah tingkahlaku mestilah berasaskan kepada beberapa pemerhatian yang telah dilakukan beserta rekod yang sistematik.

4. mengenal pasti faktor-faktor yang menjadi punca kepada sesuatu tingkahlaku yang dirasakan bermasalah.

5. membuat perbincangan bersama ibubapa/penjaga berkaitan tingkahlaku sebagai salah satu cara untuk mencari penyelesaian.

6. mencadangkan kepada ibubapa/penjaga untuk merujuk kepada pakar yang berkaitan dengan tingkahlaku tersebut sekiranya terdapat tingkah laku yang luar biasa pada kanak-kanak.

Page 72: Piawaian Pelaksanaan Prodesur Download

PUSAT ANAK PERMATA NEGARA-PIAWAIAN PELAKSANAAN PRODESUR |

72

K. Kesimpulan

DAFTAR ISTILAH

PPM- Pembantu Pengurusan Murid

PAPN- Pusat Anak PERMATA Negara

PENYUNTING

Puan Nani bt Menon Unit Latihan PERMATA UPM PENGHARGAAN

Setinggi–tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua Penyelia Perkembangan Anak PERMATA Negara dan pendidik-pendidik PAPN yang telah menyediakan input bagi menghasilkan Standard Operating Procedures (S.O.P) Pusat Anak PERMATA Negara (PAPN) ini. Penghargaan ini ditujukan khas kepada mentor-mentor di pusat-pusat anak PERMATA Negara:

Puan Nani Bt Menon Penyelia Perkembangan Anak PERMATA PAPN Pasir Mas Dan PAPN Putrajaya Prof. Madya Dr. Rohani Bt Abdullah Penyelia Perkembangan Anak PERMATA PAPN Kota Samarahan Puan Rosazizi Bt Abd Rahim Penyelia Perkembangan Anak PERMATA

Page 73: Piawaian Pelaksanaan Prodesur Download

PUSAT ANAK PERMATA NEGARA-PIAWAIAN PELAKSANAAN PRODESUR |

73

PAPN Dungun Datin Radziah Bt M. Daud Penyelia Perkembangan Anak PERMATA PAPN Tuaran Puan Hajah Mahanom Bt Haji Basri Penyelia Perkembangan Anak PERMATA PAPN Subang Jaya Puan Nor Aeshah Bt Haji Hamzah Penyelia Perkembangan Anak PERMATA PAPN Kepala Batas Dan PAPN Tambun Tulang Puan Nor Faizah Bt Abdullah Penyelia Perkembangan Anak PERMATA PAPN Mempaga Dan PAPN Chini Puan Audrey Lee Yoke Wah Penyelia Perkembangan Anak PERMATA PAPN Chembong dan PAPN Bukit Peringgit Puan Norhayati Bt. Daud Penyelia Perkembangan Anak PERMATA PAPN Batu Pahat Puan Norsheila Abdullah Penyelia Perkembangan Anak PERMATA PAPN Bercham Puan Argayah Saad

Page 74: Piawaian Pelaksanaan Prodesur Download

PUSAT ANAK PERMATA NEGARA-PIAWAIAN PELAKSANAAN PRODESUR |

74

Dr Mastura Badzis Semua Ketua Pendidik PAPN 2011

ISI KANDUNGAN M/S

PERKARA

FALSAFAH PERMATA 1 DAN KEISTIMEWAAN PROGRAM PERMATA PENGENALAN 2

A. RUTIN

1. Waktu Ketibaan dan Pulang Kanak-kanak 3-4

2. Mandi dan Bersihkan Diri

i) Mandikan Bayi 5-7 ii) Kanak-kanak Mandi dan Bersihkan Diri 8-10 iii) Menggosok Gigi 11 iv) Menukar Lampin 12-13

3. Makan

i) Makan 14-15 ii) Pemakanan Sihat Untuk Kanak-kanak 16-17 iii) Penyediaan Susu 18-20

Page 75: Piawaian Pelaksanaan Prodesur Download

PUSAT ANAK PERMATA NEGARA-PIAWAIAN PELAKSANAAN PRODESUR |

75

iv) Kebersihan Diri 21-24

4. Rehat dan Tidur 25-27

B. AKTIVITI KANAK-KANAK

1. Circle Time 28-29

2. Nature Walk 30-31

3. Seni Kraf 32-34 i) Menggunting dan Menampal 35-37

4. Bermain Bebas (Free Play) 38-39 C. PERMAINAN LUAR/PADANG 40

1. Main Air 41-44

2. Main Pasir 45-48 3. Buaian, Jongkang-jongkit, Gelongsor, Pondok 49-56

Terowong, Jambatan Gantung, Tayar, Maze, Climbing Wall dan Basikal

D. TRANSISI 57-59 E. KESELAMATAN 60-63

Page 76: Piawaian Pelaksanaan Prodesur Download

PUSAT ANAK PERMATA NEGARA-PIAWAIAN PELAKSANAAN PRODESUR |

76

F. KESIHATAN DAN PENYAKIT

i) Kesihatan 64 ii) Penyakit Berjangkit 65 iii) Penyakit Alahan 66

G. KECEDERAAN

i) Kecederaan Ringan 67 ii) Kecederaan Berat 68

H. BENCANA ALAM 69

I. KEBAKARAN 70-71

J. PENGURUSAN TINGKAHLAKU KANAK-KANAK 72 K. KESIMPULAN 73-74