garis panduan dan piawaian permit mengajar

21

Upload: inoranain

Post on 08-Dec-2015

1.701 views

Category:

Documents


139 download

DESCRIPTION

permit mengajar diperlukan individu yang tidak mempunyai ikhtisis pendidikan untuk mengajar di sekolah swasta & institusi pendidikan tinggi swasta di Malaysia

TRANSCRIPT

Page 1: Garis Panduan Dan Piawaian Permit Mengajar
Page 2: Garis Panduan Dan Piawaian Permit Mengajar

KANDUNGAN

Prakata iPengenalan 1Latar Belakang 1Tujuan 1Skop 2Tafsiran 2Pematuhan Akta 555 Dan Peraturan-Peraturan Di Bawahnya 6Piawaian Permit Mengajar 7Prosedur Permohonan Permit Mengajar 9Senarai Semak Permohonan Permit Mengajar 11Carta Alir Permohonan Permit Mengajar 15Tempoh Pemprosesan 16Tarikh Kuat Kuasa 16Penutup 16Pertanyaan 17Rujukan 17

Page 3: Garis Panduan Dan Piawaian Permit Mengajar
Page 4: Garis Panduan Dan Piawaian Permit Mengajar

iJabatan Pengajian Tinggi

PRAKATA

TIMBALAN KETUA PENGARAH PENGURUSAN PENGAJIAN TINGGI SWASTAJABATAN PENGAJIAN TINGGI KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera,

Pembangunan garis panduan dan piawaian merupakan satu usaha berterusan ke arah mempertingkatkan pengurusan institusi pendidikan tinggi swasta (IPTS) melalui pengamalan terbaik sejajar dengan aspirasi menjadikan Malaysia sebagai hab pendidikan tinggi serantau dan antarabangsa.

Bagi menghadapi persaingan dan pasaran global garis panduan yang dibangunkan ini bakal menjadi panduan bagi meningkatkan keyakinan pengurusan berkualiti, imej dan daya saing dalam penawaran pengajian tinggi swasta.

Garis panduan ini digarap berdasarkan kepada kepentingan semua pihak yang terlibat dalam sektor pengajian tinggi swasta. Justeru, bagi mewujudkan amalan terbaik di kalangan IPTS, kesedaran dan usaha perlu digembleng secara berkesan dan menyeluruh untuk memacu pelaksanaan garis panduan dan piawaian ini. Panduan ini memerlukan komitmen yang tinggi daripada kesemua pihak khususnya IPTS dan pemegang taruh yang lain.

Menjadi harapan Pengurusan Pengajian Tinggi Swasta agar semua IPTS mengamalkan panduan ini serta memantapkan kualiti pengurusan IPTS ke arah meningkatkan kecemerlangan IPTS.

Sekalung penghargaan kepada semua pihak yang terlibat sama ada secara langsung atau tidak langsung dalam membangunkan dan menjayakan penerbitan garis panduan dan piawaian ini.

Sekian.

DATUK PROF. DR. ROZIAH BINTI OMAR

Page 5: Garis Panduan Dan Piawaian Permit Mengajar

1 Jabatan Pengajian Tinggi

1. PENGENALAN

Garis panduan dan piawaian ini merupakan dokumen rujukan yang perlu diguna pakai oleh

individu untuk mendapatkan permit mengajar bagi tujuan mengajar di institusi pendidikan tinggi

swasta (IPTS).

2. LATAR BELAKANG

Perkhidmatan pengajian tinggi swasta yang berkualiti dan berkesan merupakan tulang belakang

kepada pembangunan modal insan bagi memenuhi keperluan tenaga kerja ke arah melahirkan

tenaga kerja negara yang kompeten.

Tenaga pengajar yang berkelayakan dan mempunyai kemahiran yang tinggi dapat memastikan

proses pembelajaran dan pengajaran dapat dilaksanakan secara efektif. Oleh itu, tenaga

pengajar yang berkhidmat di IPTS perlu mencukupi dan berkualiti. Keadaan ini dapat dicapai

dengan memastikan IPTS mempunyai tenaga pengajar yang berkelayakan untuk berkhidmat

mengikut kepakaran masing-masing. Selain itu, penglibatan pihak industri sebagai tenaga

pengajar di IPTS dapat menyumbang kepada penawaran tenaga kerja pakar dalam bidang-

bidang tertentu.

3. TUJUAN

Memberi panduan kepada mana-mana individu untuk mengemukakan permohonan permit

mengajar supaya dapat memenuhi kriteria seperti mana yang diperuntukkan di bawah Akta

Institusi Pendidikan Tinggi Swasta 1996 [Akta 555] dan Peraturan-Peraturan di bawahnya.

Page 6: Garis Panduan Dan Piawaian Permit Mengajar

2Jabatan Pengajian Tinggi

4. SKOP

Garis panduan ini meliputi kriteria, piawaian dan tatacara permohonan permit mengajar bagi

tenaga pengajar tempatan mahupun antarabangsa.

5. TAFSIRAN

Bagi maksud garis panduan dan piawaian ini, tafsiran istilah adalah seperti yang diperuntukkan

di bawah Akta 555 dan Peraturan-Peraturan di bawahnya.

5.1 “fi yang ditetapkan”

Fi yang dikehendaki supaya ditetapkan di bawah Akta 555.

5.2 “guru”

Seseorang yang diambil kerja oleh institusi pendidikan tinggi swasta untuk menjadi

guru dan termasuklah profesor kanan, profesor, penolong profesor, pensyarah kanan,

pensyarah, penolong pensyarah dan tutor.

5.3 “institusi pendidikan tinggi swasta”

Organisasi atau institusi pendidikan, termasuklah Universiti atau Kolej Universiti atau

kampus cawangan yang diluluskan dan didaftarkan di bawah Akta 555, yang tidak

ditubuhkan atau disenggarakan oleh Kerajaan-

(a) yang menyediakan pendidikan tinggi;

(b) yang menyediakan pendidikan jarak jauh; atau

(c) yang menyediakan pendidikan tinggi atau pendidikan jarak jauh secara

Page 7: Garis Panduan Dan Piawaian Permit Mengajar

3 Jabatan Pengajian Tinggi

bergabung, bersekutu atau bekerjasama dengan–

(i) institusi pendidikan tinggi swasta yang diluluskan dan didaftarkan di

bawah Akta 555;

(ii) institusi pendidikan tinggi lain–

(aa) sama ada atau tidak ditubuhkan di bawah undang-undang

bertulis lain; atau

(bb) sama ada di dalam atau di luar Malaysia;

(iii) Universiti atau Kolej Universiti yang ditubuhkan di bawah Akta 555;

(iv) Universiti atau Kolej Universiti yang ditubuhkan di bawah Akta

Universiti dan Kolej Universiti 1971;

(v) Universiti atau Kolej Universiti lain–

(aa) sama ada atau tidak ditubuhkan di bawah undang-undang

bertulis lain; atau

(bb) sama ada di dalam atau di luar Malaysia;

(vi) kampus cawangan; atau

(vii) badan profesional sama ada di dalam atau di luar Malaysia yang

membawa kepada penganugerahan keanggotaan profesional

badan profesional itu.

5.4 “kelulusan”

Kelulusan secara bertulis.

5.5 “ketua eksekutif’

Ketua eksekutif institusi pendidikan tinggi swasta.

Page 8: Garis Panduan Dan Piawaian Permit Mengajar

4Jabatan Pengajian Tinggi

5.6 “kursus pengajian”

Satu kursus atau suatu set kursus yang berkaitan yang membawa kepada penganugerahan

sijil, diploma atau ijazah sesudah tamat mengikuti dengan jayanya kursus pengajian itu.

5.7 “kelayakan akademik”

Apa-apa sijil, diploma atau ijazah yang dianugerahkan kepada seseorang setelah orang

itu mengikuti dengan jayanya sesuatu kursus pengajian yang dirancangkan supaya

membawa kepada penganugerahan sijil, diploma atau ijazah.

- Peraturan-peraturan Institusi Pendidikan Tinggi Swasta

(Permit Mengajar) 1997

5.8 “kelayakan profesional”

Sesuatu kelayakan yang diperolehi setelah mengikuti dengan jayanya sesuatu kursus

profesional.

- Peraturan-peraturan Institusi Pendidikan Tinggi Swasta

(Permit Mengajar) 1997

5.9 “permit mengajar”

Permit mengajar yang dikeluarkan di bawah seksyen 51 Akta.

- Peraturan-peraturan Institusi Pendidikan Tinggi Swasta

(Permit Mengajar) 1997

Page 9: Garis Panduan Dan Piawaian Permit Mengajar

5 Jabatan Pengajian Tinggi

Tambahan Tafsiran

Bagi maksud garis panduan dan piawaian ini, tambahan tafsiran istilah adalah penambahan

tafsiran selain daripada peruntukan Akta 555 dan Peraturan-Peraturan di bawahnya.

5.10 “bidang kritikal”

Bidang-bidang yang berada di dalam bidang ini ialah perubatan, pergigian, farmasi,

sains perubatan veterinar, kejuruteraan, sains dan teknologi dan sains sosial.

5.11 “permit bekerja bagi ekspatriat”

Kelulusan yang diberikan oleh Jabatan Imigresen Malaysia bagi membenarkan tenaga

pekerja ekspatriat bekerja di Malaysia.

Page 10: Garis Panduan Dan Piawaian Permit Mengajar

6Jabatan Pengajian Tinggi

6. PEMATUHAN AKTA 555 DAN PERATURAN-PERATURAN DI

BAWAHNYA

Dalam Akta 555 memperuntukkan tentang akta dan peraturan yang berkaitan dengan permit

mengajar. Dalam membuat permohonan permit mengajar, pemohon hendaklah merujuk dan

mematuhi kepada peruntukan berkaitan seperti mana terkandung dalam seksyen berikut:

6.1 Seksyen 51 - Pengeluaran permit mengajar.

6.2 Seksyen 52 - Kuasa Ketua Pendaftar untuk tidak mengeluarkan dan

membatalkan permit mengajar.

6.3 Seksyen 53 - Hak untuk membuat representasi hendaklah diberikan

dan alasan tambahan bagi pembatalan.

Page 11: Garis Panduan Dan Piawaian Permit Mengajar

7 Jabatan Pengajian Tinggi

7. PIAWAIAN PERMIT MENGAJAR

7.1 Pematuhan Undang-Undang dan Akta 555

Pemohon hendaklah bebas daripada disabitkan dengan sebarang kesalahan jenayah.

Jika disabitkan pelanggaran undang-undang dan akta, permit mengajar boleh ditarik

semula.

7.2 Warganegara Asing

Pemohon warganegara asing mestilah mempunyai permit bekerja yang masih dalam

tempoh sah laku sebelum memohon permit mengajar.

7.3 Kursus Pengajian atau Program

Pemohon hanya dibenarkan mengajar mata pelajaran yang telah diluluskan sahaja.

7.4 Sokongan Badan Profesional

Sokongan badan profesional perlu disertakan bersama permohonan bagi kursus

pengajian atau program yang berkaitan, dan ia bergantung kepada kehendak badan

profesional itu sendiri.

7.5 Kelayakan Akademik atau Tahap Kelulusan atau Kelayakan Lain

yang Berkaitan

7.5.1 Pemohon perlu mempunyai tahap kelulusan yang diiktiraf dengan pengkhususan

berkaitan dalam bidang yang diajar.

7.5.2 Pemohon perlu memiliki kelayakan akademik satu tahap lebih tinggi daripada

kursus pengajian atau program yang diajar.

Page 12: Garis Panduan Dan Piawaian Permit Mengajar

8Jabatan Pengajian Tinggi

Kursus Pengajian atau Program Kelayakan Minimum Tenaga Pengajar

PhD PhD

Sarjana PhD

Ijazah Sarjana Muda Sarjana

Diploma Sarjana Muda

Sijil Sarjana Muda atau Diploma

7.5.3 Jika kelayakan akademik tenaga pengajar adalah lebih rendah atau setara

dengan kursus pengajian atau program yang perlu diajar, pengalaman bekerja

akan diambil kira (hanya bagi bidang yang kritikal sahaja).

7.6 Had Tempoh Sah Laku

7.6.1 Permit mengajar yang telah dikeluarkan boleh digunakan di mana-mana IPTS

yang berdaftar dan ia mempunyai had tempoh sah laku iaitu selama lima (5)

tahun bagi tenaga pengajar tempatan.

7.6.2 Tempoh sah laku permit mengajar adalah berdasarkan tempoh sah laku permit

bekerja bagi tenaga pengajar warga asing.

7.7 Hak Milik dan Penyimpanan

7.7.1 Penjagaan dan penyimpanan permit mengajar adalah tanggungjawab pemilik

yang memohon dan ia tidak boleh dipindah milik. Hanya salinan permit mengajar

sahaja disimpan oleh pihak institusi.

Page 13: Garis Panduan Dan Piawaian Permit Mengajar

9 Jabatan Pengajian Tinggi

8. PROSEDUR PERMOHONAN PERMIT MENGAJAR

8.1 Permohonan Permit Mengajar

8.1.1 Permohonan perlu dibuat oleh individu kepada Ketua Pendaftar dengan mengisi

borang permohonan bagi permit mengajar dalam Jadual Pertama (Borang

A – Permohonan Bagi Permit Mengajar) bersama dokumen-dokumen yang

berkaitan.

8.1.2 Fi pemprosesan yang dikenakan bagi permohonan permit mengajar adalah

RM20.00 atas nama Ketua Akauntan Kementerian Pendidikan Malaysia.

8.2 Permohonan Pelanjutan Tempoh Permit Mengajar

8.2.1 Permohonan pelanjutan tempoh permit mengajar perlu dihantar enam (6) bulan

sebelum tamat tempoh pada permit mengajar.

8.2.2 Permohonan perlu dibuat oleh individu kepada Ketua Pendaftar dengan mengisi

borang permohonan bagi pelanjutan permit mengajar dalam Jadual Pertama

(Borang B – Permohonan Bagi Pelanjutan Tempoh Permit Mengajar) bersama

dokumen-dokumen yang berkaitan.

8.2.3 Fi pemprosesan yang dikenakan bagi permohonan pelanjutan tempoh permit

mengajar adalah RM10.00 atas nama Ketua Akauntan Kementerian Pendidikan

Malaysia.

Page 14: Garis Panduan Dan Piawaian Permit Mengajar

10Jabatan Pengajian Tinggi

8.3 Permohonan Penggantian Permit Mengajar

8.3.1 Sekiranya terdapat sebarang kehilangan atau kerosakan pada permit mengajar,

permohonan perlu dibuat oleh individu kepada Ketua Pendaftar dengan mengisi

borang permohonan bagi penggantian permit mengajar dalam Jadual Pertama

(Borang C – Permohonan Penggantian Permit Mengajar) bersama dokumen-

dokumen yang berkaitan.

8.3.2 Pemohon juga perlu mengemukakan akuan berkanun atau laporan polis

sebagai sokongan permohonan.

8.3.3 Fi pemprosesan yang dikenakan bagi permohonan penggantian permit

mengajar adalah RM10.00 atas nama Ketua Akauntan Kementerian Pendidikan

Malaysia.

8.4 Permohonan Mengubah Butiran dalam Permit Mengajar

8.4.1 Sekiranya terdapat sebarang perubahan maklumat pada permit mengajar,

permohonan perlu dibuat oleh individu kepada Ketua Pendaftar dengan mengisi

borang permohonan mengubah butiran permit mengajar dalam Jadual Ketiga

(Permohonan Untuk Mengubah Butir-Butir dalam Permit Mengajar) bersama

dokumen-dokumen yang berkaitan.

8.4.2 Pemohon perlu mengembalikan permit mengajar asal bagi membolehkan

Kementerian mengeluarkan permit mengajar baharu.

Page 15: Garis Panduan Dan Piawaian Permit Mengajar

11 Jabatan Pengajian Tinggi

9. SENARAI SEMAK PERMOHONAN PERMIT MENGAJAR

9.1 Permohonan Permit Mengajar

9.1.1 Jadual Pertama (Borang A – Permohonan Bagi Permit Mengajar) 9.1.2 Salinan kad pengenalan atau pasport (yang disahkan)

9.1.3 Salinan diperakui permit bekerja atau pas pekerja yang dikeluarkan oleh Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) dan yang masih sah laku sekurang-kurangnya enam (6) bulan sebelum tamat tempoh (jika pemohon bukan warganegara Malaysia)

9.1.4 Salinan sijil kelayakan akademik atau profesional yang disahkan (perlu diterjemahkan ke dalam Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris sekiranya bukan dalam bahasa tersebut)

9.1.5 Perakuan perubatan (tidak melebihi satu (1) tahun dari mana-mana pusat perubatan kerajaan atau swasta yang berdaftar)

9.1.6 Tiga (3) keping gambar berwarna ukuran pasport - Dua (2) keping gambar berwarna berukuran pasport iaitu perlu dilekat

pada setiap borang dan satu (1) keping akan dilekatkan pada permit mengajar

9.1.7 Surat sokongan atau rujukan dua (2) orang pengadil atau referi yang mengenali pemohon tidak kurang dari lima (5) tahun.

9.1.8 Fi pemprosesan berjumlah RM20.00 atas nama Ketua Akauntan Kementerian Pendidikan Malaysia

Page 16: Garis Panduan Dan Piawaian Permit Mengajar

12Jabatan Pengajian Tinggi

9.2 Permohonan Pelanjutan Tempoh Permit Mengajar

9.2.1 Jadual Pertama (Borang B – Permohonan Bagi Pelanjutan Tempoh Permit Mengajar)

9.2.2 Permit mengajar asal

9.2.3 Salinan kad pengenalan atau pasport (yang disahkan) 9.2.4 Salinan diperakui permit bekerja atau pas pekerja yang dikeluarkan

oleh JIM dan yang masih sah laku sekurang-kurangnya enam (6) bulan sebelum tamat tempoh (jika pemohon bukan warganegara Malaysia)

9.2.5 Salinan sijil kelayakan akademik atau profesional yang disahkan (perlu diterjemahkan ke dalam bahasa Melayu atau bahasa Inggeris sekiranya bukan dalam bahasa tersebut)

9.2.6 Tiga (3) keping gambar berwarna ukuran pasport - Dua (2) keping gambar berwarna berukuran pasport iaitu perlu dilekat

pada setiap borang 9.2.7 Fi pemprosesan berjumlah RM10.00 atas nama Ketua Akauntan

Kementerian Pendidikan Malaysia

Page 17: Garis Panduan Dan Piawaian Permit Mengajar

13 Jabatan Pengajian Tinggi

9.3 Permohonan Penggantian Permit Mengajar

9.3.1 Jadual Pertama (Borang C – Permohonan Penggantian Permit Mengajar)

9.3.2 Permit mengajar yang rosak (jika berkenaan) 9.3.3 Laporan polis atau akuan berkanun (sekiranya permit mengajar hilang)

9.3.4 Akuan berkanun (sekiranya permit mengajar rosak)

9.3.5 Salinan kad pengenalan atau pasport (yang disahkan) 9.3.6 Salinan diperakui permit bekerja atau pas pekerja yang dikeluarkan

oleh JIM dan yang masih sah laku sekurang-kurangnya enam (6) bulan sebelum tamat tempoh (jika pemohon bukan warganegara Malaysia)

9.3.7 Salinan sijil kelayakan akademik atau profesional yang disahkan (perlu diterjemahkan ke dalam bahasa Melayu atau bahasa Inggeris sekiranya bukan dalam bahasa tersebut)

9.3.8 Tiga (3) keping gambar berwarna ukuran pasport - Dua (2) keping gambar berwarna ukuran pasport iaitu perlu dilekat

pada setiap borang dan satu (1) keping akan dilekatkan pada permit mengajar

9.3.9 Fi pemprosesan berjumlah RM10.00 atas nama Ketua Akauntan

Kementerian Pendidikan Malaysia

Page 18: Garis Panduan Dan Piawaian Permit Mengajar

14Jabatan Pengajian Tinggi

9.4 Permohonan Mengubah Butiran dalam Permit Mengajar

9.4.1 Jadual Ketiga (Borang Permohonan Untuk Mengubah Butir-Butir Dalam Permit Mengajar)

9.4.2 Permit mengajar asal

9.4.3 Salinan kad pengenalan atau pasport (yang disahkan) 9.4.4 Salinan diperakui permit kerja atau pas pekerja yang dikeluarkan

oleh JIM dan yang masih sah laku sekurang-kurangnya enam (6) bulan sebelum tamat tempoh (jika pemohon bukan warganegara Malaysia)

9.4.5 Salinan sijil kelayakan akademik atau profesional yang disahkan (perlu diterjemahkan ke dalam bahasa Melayu atau bahasa Inggeris sekiranya bukan dalam bahasa tersebut)

9.4.6 Tiga (3) keping gambar berwarna ukuran pasport - Dua (2) keping gambar berwarna ukuran pasport iaitu perlu dilekat

pada setiap borang dan satu (1) keping akan dilekatkan pada permit

mengajar

Page 19: Garis Panduan Dan Piawaian Permit Mengajar

15 Jabatan Pengajian Tinggi

10. CARTA ALIR PERMOHONAN PERMIT MENGAJAR

Menerima sijil permit mengajar

Lulus

Status permohonan

Kementerian Pendidikan Malaysia menerima dokumen permohonan dan proses

Menghantar permohonan kepada Kementerian Pendidikan Malaysia

Menyediakan dokumen permohonan yang lengkap mengikut senarai semak

Menerima surat tolak atau surat tidak lulus

Tidak Lulus

Page 20: Garis Panduan Dan Piawaian Permit Mengajar

16Jabatan Pengajian Tinggi

11. TEMPOH PEMPROSESAN

Permohonan akan diproses dan diselesaikan dalam tempoh lima (5) hari bekerja.

12. TARIKH KUAT KUASA

Garis panduan dan piawaian ini berkuat kuasa bermula 27 November 2013.

13. PENUTUP

Garis panduan dan piawaian ini diharap dapat memberi panduan kepada pemohon bagi

mendapatkan permit mengajar untuk menjadi tenaga pengajar yang berkelayakan serta

memenuhi kriteria yang ditetapkan Kementerian Pendidikan Malaysia. Melalui garis panduan

dan piawaian ini juga dapat memberi panduan kepada IPTS untuk menyediakan tenaga pengajar

yang berkualiti dalam melahirkan graduan-graduan yang dapat menepati keperluan pasaran

kerja. Selain itu, garis panduan dan kriteria ini juga dibangunkan selaras dengan peruntukan

Akta 555 dan Pelan Strategik Pendidikan Tinggi Negara (PSPTN).

Page 21: Garis Panduan Dan Piawaian Permit Mengajar

17 Jabatan Pengajian Tinggi

PERTANYAAN

Sebarang pertanyaan berkaitan dengan Garis Panduan dan Piawaian Permit Mengajar

hendaklah dirujuk kepada:

Bahagian Pendaftaran dan Piawaian

Pengurusan Pengajian Tinggi Swasta

Jabatan Pengajian Tinggi

Kementerian Pendidikan Malaysia

Aras 5, No. 2, Menara 2

Jalan P5/6, Presint 5

Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan

62200 Wilayah Persekutuan Putrajaya

Tel: 03-8870 6000

Faks: 03-8870 6856

RUJUKAN

Akta Institusi Pendidikan Tinggi Swasta 1996 [Akta 555] dan Peraturan-Peraturan.

Getting Started, Establishing and Operating Private Higher Education Institution (PHEI), Business

in Malaysia (2011)