contohi polisi

23
Media_Selangor MediaSelangor tv.selangorkini.my www.selangorkini.my #SmartSelangor PERCUMA 16 - 23 September 2016, 14 - 21 Zulhijjah 1437H Pelantikan DYMM Tengku Permaisuri Selangor BERITA PENUH MUKA � 5 3 MB cabar keputusan Ketua Audit Negara 19 CONTOHI POLISI RUMAH SELANGORKU KDEBWM ambil alih Klang

Upload: trankhanh

Post on 11-Jan-2017

300 views

Category:

Documents


4 download

TRANSCRIPT

Page 1: CONTOHI POLISI

Media_SelangorMediaSelangor

tv.selangorkini.my

www.selangorkini.my

#SmartSelangorPERCUMA 16 - 23 September 2016, 14 - 21 Zulhijjah 1437H

Pelantikan DYMM Tengku PermaisuriSelangor

BERITA PENUH MUKA �

5

3

MB cabar keputusan Ketua Audit Negara

19

CONTOHI POLISIRUMAH SELANGORKU

KDEBWMambil alih Klang

Page 2: CONTOHI POLISI

Utama2 SelangorKini 16 - 23 September 2016

Fokus perbincangan satu lawan satu

KEADILAN persiap jentera parti

SHAH ALAM - Orang ramai yang tidak mendaftar sebagai pengundi sebelum akhir Sep-tember ini dibimbangi bakal terlepas peluang menunaikan tanggungjawab sebagai pemi-lih jika Pilihan Raya Umum ke-14 diadakan sebelum perte-ngahan 2017.

Timbalan Pesuruhjaya PAS Selangor, Dato’ Dr Ahmad Yu-nus Hairi berkata, hal itu beriku-tan beliau dimaklumkan Suru-hanjaya Pilihan Raya (SPR) bakal menggunakan senarai daftar pemilih dikemas kini sehingga September ini jika pilihan raya diadakan pada setengah tahun pertama 2017.

“Saya nasihatkan mereka yang sudah cukup umur supa-ya mendaftar sebelum Oktober ini bagi membolehkan nama

mereka tersenarai dalam daftar pengundi jika pilihan raya dia-dakan, pada Mac 2017.

“Kalau mereka lambat, ke-mungkinan tidak dapat me-ngundi melainkan pilihan raya diadakan lebih lewat lagi,” ka-tanya ketika dihubungi Sela-ngorKini, di sini, pada 11 Sep-tember lalu.

Katanya, kegagalan orang ramai mengundi dalam pilihan raya hanya merugikan beriku-tan rakyat mempunyai hak un-tuk menentukan pilihan seperti yang termaktub dalam perlem-bagaan negara.

Katanya, undian rakyat dalam pilihan raya menjadi lebih pen-ting dalam menentukan hala tuju negara ketika berhadapan dengan pelbagai kemelut getir yang melibatkan nasib rakyat.

Daftar pengundi sebelum Oktober

SHAH ALAM - Peguam dari Amerika Syarikat, Kimberley Motley menawarkan diri untuk membantu Datuk Seri Anwar Ibrahim secara percuma ekoran keyakinan beliau terdapat ba-nyak bukti menunjukkan Ketua Umum KEADILAN itu tidak ber-salah.

Naib Presiden KEADILAN, Nurul Izzah Anwar berkata, ke-adaan itu menjadikan Kimber-

ley melihat Anwar wajib diberi-kan pembelaan sewajarnya.

“Peguam antarabangsa Kim-berley Motley sebelum ini su-dah bertapak di Afghanistan dan menawarkan diri untuk membantu Datuk Seri Anwar yang wajib dibela.

“Beliau menawarkan diri se-cara percuma,” katanya kepada SelangorKini, di sini, pada 14 September lalu.

Katanya, sebelum ini Kim-berley mempunyai pengala-man luas dalam mengendalikan kes pembelaan terhadap gadis dizalimi dan tahanan politik di Afghanistan.

Nurul Izzah berkata, beliau dimaklumkan Kimberley juga sedia mendapatkan kerjasama dengan beberapa peguam tem-patan untuk mendapatkan fail dan fakta kes.

Peguam antarabangsa tawar bela Anwar secara percuma

SHAH ALAM - Keputusan Ra-pid Rail Sdn Bhd menawarkan perkhidmatan percuma Transit Aliran Ringan (LRT) Kelana Jaya-Gombak bukan jawapan kepada penyelesaian sistem pengang-kutan awam negara.

Sebaliknya, Naib Presiden KE-ADILAN, Nurul Izzah Anwar berka-ta, Prasarana dan Kerajaan Perse-kutuan perlu mengemukakan laporan penuh punca masalah itu yang kerap berlaku.

“Laporan ini wajib dibawa ke Parlimen untuk dibahas menerusi Jawatankuasa Parlimen berkait integrasi sistem pengangkutan awam terutama dari Kuala Lum-pur dan Selangor yang amat ter-kesan.

“Jaringan sistem sedia ada serta projek MRT wajib dipantau menerusi Jawatankuasa Parlimen ini yang juga menuntut keber-tanggungjawaban daripada SPAD kepada badan legislatif tertinggi negara,” katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata, laporan berke-naannya boleh mengenal pasti pe-nyelesaian terbaik bagi mengelak-

Tambang percuma LRT tak selesai masalah

kan sebarang insiden berulang.“Kita wajib berusaha mengelak-

kan kemelut permasalahan ope-rasi serta kenaikan kos daripada dibebankan kepada pengguna,” katanya.

Pada 7 dan 9 September lalu, perkhidmatan LRT aliran Kelana Jaya tergendala selepas bekalan elektrik terputus hingga menye-babkan pengguna terkandas di

tengah laluan.Lebih malang, pengguna ter-

paksa berjalan di atas landasan dalam keadaan hujan dan bahaya sebelum sampai ke stesen beri-kutnya.

Insiden itu sekali gus meng-undang kemarahan masyarakat awam berkenaan status pengu-rusan dan keselamatan perkhid-matan awam negara ini.

OLEH ERMIZI MUHAMAD

GOMBAK - KEADILAN sedia mempersiapkan se-luruh kekuatan jentera parti bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14), kata Timba-lan Presidennya, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali.

Beliau berkata, tumpuan dan fokus jentera parti untuk memastikan Umno-Barisan Nasio-nal ditumbangkan, sekali gus mandat peme-rintahan beralih kepada komponen pembang-kang.

Bagaimanapun, katanya, fokus berkenaan turut tertumpu kepada perbincangan rapat bersama rakan pembangkang ke arah per-muafakatan menjelang PRU-14.

“Kami bersedia dengan gerak kerja di pe-ringkat akar umbi, cabang dan negeri terha-dap sebarang kemungkinan PRU dalam masa terdekat ini.

“Untuk tempoh ini saja kita terus mengada-kan perbincangan bersama rakan pembang-

kang, Parti Bersatu dan hubungan bersama PAS.“Namun, pilihan itu tetap ada untuk pas-

tikan pertembungan satu lawan satu kerana saya sentiasa optimis ke arah itu,” katanya.

Beliau mengulas laporan media antara-bangsa, Bloomberg yang memetik kenyataan Ketua Bahagian Umno yang tidak dinamakan bahawa PRU akan diadakan awal tahun depan.

Namun, sehingga kini, tiada sebarang mak-lumat lanjut atau mana-mana pimpinan ter-tinggi Umno tampil mengulas dakwaan ter-babit.

Mohamed Azmin yang juga Dato’ Menteri Besar berkata, pemuafakatan dalam gabu-ngan pembangkang boleh dicapai demi man-faat rakyat.

“Saya kira (pemuafakatan) boleh dicapai menerusi perbincangan dan muafakat atas kepentingan serta kerangka lebih besar bagi melakukan perubahan di peringkat negara,” katanya.

Page 3: CONTOHI POLISI

Utama3SelangorKini 16 - 23 September 2016

KEADILAN persiap jentera partiLaporan 1MDB

MB cabar keputusan Ketua Audit NegaraSHAH ALAM - Permohonan ke-benaran semakan kehakiman difailkan Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali bagi mencabar kepu-tusan Ketua Audit Negara yang mengklasifikasikan laporan ter-hadap 1Malaysia Development Berhad (1MDB) sebagai rahsia rasmi, akan didengar pada 26 Ok-tober ini.

Memetik BERNAMA, Timba-lan Pendaftar Mahkamah Tinggi, Norazlin Othman menetapkan tarikh itu semasa prosiding di dalam kamar dengan dihadiri peguam Michelle Kummar yang mewakili Mohamed Azmin.

Michelle ketika ditemui pem-berita berkata, permohonan anak guamnya itu akan didengar di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi (Bahagian Rayuan dan Kuasa-kuasa Khas), Datuk Ha-nipah Farikullah.

Mohamed Azmin yang juga Dato’ Menteri Besar memfailkan permohonan itu, pada 15 Ogos lalu dengan menamakan Per-dana Menteri, Datuk Seri Najib Razak; Ketua Audit Negara, Tan Sri Ambrin Buang dan Kerajaan Malaysia sebagai responden per-tama hingga ketiga.

Dalam permohonannya, Mo-hamed Azmin menuntut satu deklarasi bahawa tindakan res-ponden pertama iaitu perdana menteri untuk mengklasifikasi-kan laporan 1MDB sebagai rah-sia rasmi adalah tindakan dalam konflik kepentingan.

Beliau juga menuntut satu deklarasi bahawa klasifikasi lapo-ran 1MDB sebagai rahsia rasmi oleh responden kedua (Ambrin) adalah menyalahi undang-un-dang dan ultra vires Perlem-bagaan Persekutuan, Akta Rahsia

Rasmi (OSA) dan/atau Akta Audit 1957.

Selain itu, Mohamed Azmin menuntut perintah mandamus bagi memaksa semua respon-den, pekerja, pegawai, ejen atau dengan apa jua cara serta-merta untuk mengklasifikasikan semula laporan 1MDB menurut Seksyen 2C OSA 1972 dan menyiarkannya kepada orang ramai.

Mohamed Azmin mengemu-kakan tuntutan berkenaan de-ngan alasan bahawa keputusan untuk mengklasifikasikan lapo-ran 1MDB sebagai rahsia rasmi adalah tidak berpelembagaan kerana dibuat dengan melang-gar Perkara 107 Perlembagaan Persekutuan.

Selain itu, katanya, keengga-nan responden untuk mengkla-sifikasikan semula laporan berke-naan adalah tidak munasabah.

UIAM: Institusi Pengajian Islam terunggulSHAH ALAM - Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) mampu memainkan peranan-nya sebagai institusi pendidikan tinggi Islam terunggul di ran-tau ini, kata Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali.

Beliau berkata, keberhasil-an dan kejayaan program ke-agamaan dilaksanakan di uni-versiti itu mampu mengukuhkan peranannya sebagai pusat pe-ngajian terkemuka di peringkat nasional juga antarabangsa.

“Kerjasama pelbagai pihak dan dukungan berterusan dari-pada Kerajaan Negeri juga pe-ranan besar UIAM mendorong kita untuk menjayakan matla-mat ini,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media Program #QuranHour bersama Rektor

UIAM, Profesor Datuk Seri Dr Za-leha Kamaruddin, di sini, baru-baru ini.

UIAM diwujudkan menerusi pelan Konfenderasi Pendidikan Muslim Sedunia yang mefokus-kan kepada peringkat pengajian berteraskan Islamik dan pro-fesional selaras tuntutan aka-demik semasa.

Sehingga kini, UIAM terus melahirkan graduan berdaya saing dan berkemahiran tinggi di pelbagai peringkat pengajian pra universiti, diploma, ijazah, sarjana dan PHD.

Bermula dengan kampus utamanya di Gombak, UIAM kini mempunyai dua kampus cawangan di Kuantan dan Kuala Lumpur serta Pusat Asasi UIAM di Petaling Jaya juga Nilai, Ne-geri Sembilan.

Hab Halal Selangor bukan lagi bidang kuasa negeriSHAH ALAM - Hab Halal Selangor bukan lagi di-kawal selia di bawah projek pembangunan Kera-jaan Negeri, kata Exco Pelaburan, Perindustrian, Perdagangan, Industri Kecil Sederhana dan Pe-ngangkutan, Dato’ Teng Chang Khim.

Sebaliknya, beliau berkata, pusat industri ha-lal itu kini tertakluk di bawah seliaan agensi Ke-rajaan Persekutuan dan syarikat swasta.

“Tapak itu dahulunya diusahakan sebuah syarikat milik Kerajaan Negeri, tetapi kini ia su-dah dijual kepada pelabur tempatan dan luar negara.

“Jadi terserah kepada syarikat berkenaan un-tuk merancang sebarang bentuk penggunaan tapak dibeli oleh mereka.

“Untuk makluman juga, sebahagian daripada

tanah itu dibeli agensi Kerajaan Persekutuan seperti Felda yang masih belum ada ranca-ngan pembangunan di atas tapak dibeli mereka,” kat-anya kepada SelangorKini.

Beliau mengulas laporan media kononnya, Hab Halal Selangor yang dilancarkan Kerajaan Negeri sejak lebih sedekad lalu kini tersisih dari-pada pembangunan.

Menurut laporan itu lagi, Kerajaan Negeri se-olah-olah mengambil pendirian lepas tangan, walaupun perkara mengenainya dibincangkan menerusi pembentangan Belanjawan Negeri 2016.

Membidas dakwaan berkenaan, Chang Khim berkata, laporan terbabit sengaja dibuat untuk memburukkan imej pentadbiran Kerajaan Ne-geri.

“Media itu tidak memahami dan membuat tuduhan melulu. Sedangkan di pihak Kerajaan Negeri, kita sudah menyiapkan fasiliti terbaik menjadikan tapak industri itu laris dan habis di-jual.

“Sehingga kini, sudah ada beberapa kilang dibangunkan syarikat swasta di atas tapak itu dan pengeluaran hasil juga dibuat,” katanya.

Halal Hab Selangor dibangunkan pada era pemerintahan Barisan Nasional, pada 2003 lalu di bawah cetusan bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Sehingga kini, 28 syarikat pelabur memban-gunkan operasi perkilangan di sana dengan sa-saran pelaburan sekitar RM15 bilion.

SHAH ALAM -Timbalan Presiden KEADILAN, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali mengalu-alukan pen-ganjuran BERSIH 5 yang bakal diadakan pada 19 No-vember ini.

Beliau berkata, ketetapan itu dibuat bagi memastikan prinsip perjuangan menuntut sistem pili-han raya yang bersih dan adil dilaksanakan secara telus di negara ini.

“Saya mengalu-alukan pengumu-man BERSIH untuk ber-himpun pada 19 November itu bagi meneruskan perjuangan untuk menuntut pilihan raya yang bersih dan adil.

“Ayuh, berikan sokongan penuh anda kepada himpunan ini yang bertemakan, Satukan Tenaga, Ma-laysia Baru!” katanya di Facebook.

Bersih dalam sidang medianya mengumumkan 19 November ini sebagai himpunan menuntut pen-tadbiran negara yang lebih telus, berintergriti dan bebas rasuah.

Pengerusi BERSIH 2.0, Maria Chin Abdullah berkata, beberapa acara konvoi seluruh negara bakal dianjurkan menjelang himpunan itu, bermula 1 Oktober ini.

“BERSIH 2.0 percaya tidak me-

KEADILAN sokong BERSIH �

ngadakan protes bukan satu pili-han,” katanya.

Sementara itu, Pengarah Ko-munikasi KEADILAN, Fahmi Fadzil, berkata, parti itu juga bakal menggerakkan seluruh pimpinan negeri menyokong gerakan konvoi BERSIH.

“KEADILAN mempunyai wakil rakyat di setiap negeri terdi-ri daripada Ahli Parlimen atau Adun.

“Jadi salah satu kemungkinan, kita mengarahkan pimpinan kita menerusi Majlis Pimpinan Ne-geri menggerakkan anggota tu-run beramai-ramai,” katanya ke-pada SelangorKini.

Saya mengalu-alukan pengumuman BERSIH untuk

berhimpun pada 19 Novem-ber depan bagi meneruskan perjuangan untuk menun-tut pilihan raya yang bersih dan adil

MOHAMED AZMINTimbalan Presiden KEADILAN

Page 4: CONTOHI POLISI

Utama4 SelangorKini 16 - 23 September 2016

Separuh daripadanya Rumah Selangorku

��,��� kediaman bakal dibina di Puncak AlamOLEH LIZAWATI MADFA

KUALA SELANGOR - Sebanyak 10,900 unit kediaman lagi bakal dibina di Puncak Alam selain pemulihan projek terbengkalai Alam Perdana.

Ketua Pegawai Eksekutif Kum-pulan Pemerbadanan Menteri Besar (MBI), Raja Shahreen Raja Othman berkata, separuh dari-padanya adalah Rumah Sela-ngorku iaitu 5,450 unit.

“Pemulihan Alam Perdana adalah serampang dua mata MBI

dan kita turut menyediakan se-bilangan besar rumah mampu milik ketika kemelut kekurangan penawaran dalam negara.

“Usaha ini bagi melestarikan konsep demokrasi pemilikan rumah dalam kalangan rakyat yang berpendapatan rendah dan sederhana,” katanya pada Maj-lis Menandatangani Perjanjian MBI dengan LBS Bina Group dan Worldwide Property di Puncak Alam, di sini, pada 10 September lalu.

Terdahulu, beliau mengu-

mumkan 203 unit rumah teres dua tingkat di Alam Perdana yang terbengkalai, sejak 2005 bakal dipulihkan.

Raja Shahreen berkata, usaha ‘revitalization’ itu mampu men-jadi pemangkin kepada pemba-ngunan di daerah Kuala Selangor khususnya di Ijok.

“Dipacu misi Dato’ Menteri Be-sar yang ‘forward thinking’, kami yakin usaha sedemikian akan berjaya termasuk agenda ‘Smart Selangor’ yang kini rancak diba-ngunkan,” katanya.

RM�� juta baik pulih projekKUALA SELANGOR - Pelan pembangu-nan Projek Taman Alam Perdana fasa Arca-dia kini dimulakan semula Pemerbadanan Menteri Besar (MBI) berjumlah RM70 juta.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan MBI, Raja Shahreen Raja Othman berkata, pihaknya bekerjasama dengan LBS Bina Group Berhad (LBS) dan Worldwide Pro-perty (Worldwide) untuk menyiapkan pro-jek terbengkalai lebih sedekad itu.

“Ini antara langkah menyahut saranan Kerajaan Negeri mewujudkan 'Smart Part-nership' bersama pihak swasta.

“Oleh itu, MBI selaku pemangkin eko-sistem ekonomi negeri mengambil inisi-atif merangka penyelesaian isu yang ber-larutan, sejak 1999,” katanya.

MBI diwakili Raja Shahreen, manakala LBS diwakili Pengarah Urusannya, Tan Sri Lim Hock Sana, sementara Worldwide di-wakili Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datin Paduka Norazlina Zakaria.

Majlis disaksikan Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Mohd Amin Ahmad Ahya dan Pegawai Kewangan Negeri, Dato’ Noordin Sulaiman.

Raja Shahreen berkata, pemulihan Ar-cadia melibatkan 203 unit rumah teres dua tingkat.

“Diharap pembeli dapat bersabar kera-na projek ini tidak lagi terbengkalai tetapi diteruskan untuk diduduki. Kita jangka ia akan siap dalam tempoh dua tahun selepas perancangannya lulus,” katanya.

Lebih ��� pembeli tarik nafas lega

KUALA SELANGOR - Lebih 200 pembeli kini mampu menarik na-fas lega selepas projek terbeng-kalai Alam Perdana kini dipulih-kan Kerajaan Negeri.

Penjawat awam, Zawawi Za-karia, 46, mengakui selama ini beliau terbeban dengan projek yang terbiar sepi sejak pentadbir-an terdahulu.

“Lebih 14 tahun saya mende-rita terpaksa bayar rumah tidak siap dan menanggung sewa rumah yang didiami di Shah Alam.

“Terima kasih tidak terhingga kepada Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali yang prihatin dengan nasib pembeli seperti kami,” katanya kepada Se-langorKini, di sini, baru-baru ini.

Turut berkongsi derita, ejen hartanah, Faiza Ismail, 40, apa-bila hampir saban bulan beliau mengikuti perkembangan projek berkenaan dengan pihak berke-naan.

“Ia bukan perjalanan mudah, keluh kesah juga seakan tidak berguna dan kami terpaksa bayar pinjaman bank.

“Dengan komitmen Kera-jaan Negeri, saya yakin rumah kami boleh siap dalam tempoh ditetapkan,” katanya.

Sementara itu, peniaga, Arizal Abu Hassan Masri, 46, berharap usaha Kerajaan Negeri dapat di-jadikan contoh pihak lain.

Faiza Ismail

“Saya yakin jika sesebuah ke-rajaan berfungsi dengan telus, perkara sebegini dapat dielak-kan.

“Kami juga tidak perlu men-derita dan teraniaya. Terima kasih Kerajaan Negeri,” katanya.

Arizal Abu Hassan

Lebih 14 tahun saya menderita terpaksa bayar rumah yang tak siap dan menanggung sewa rumah yang didiami di Shah Alam

ZAWAWI ZAKARIAPenjawat awam

Page 5: CONTOHI POLISI

Utama5SelangorKini 16 - 23 September 2016

PENASIHAT: Lembaga Editorial CCSBKETUA PENGARANG: Cecelia Alphonsus

PENGARANG : Nurul Farina NazlanPENOLONG PENGARANG Mohd Ezli Mashut, Naeem Raffi, Afeeqa Afeera

WARTAWAN: Hafizan Taib: [email protected],

Nazli Ibrahim: [email protected], Afix Redzuan: [email protected],

Lizawati Madfa: [email protected], Norhayati Umor: [email protected],

Syasya Sufian : [email protected] Ermizi Muhamad : [email protected]

PENGURUS PEMASARAN & PENGIKLANAN:Budi Setyawan : [email protected] | 013 399 2848JURUGAMBAR: Asri Sapfie, Raheemie Arifin & Shuaib Ayob

GRAFIK & REKA LETAK: Unit Grafik CCSBAras 2, Carlton Holiday Hotel & Suites, No 1, Persiaran, Akuatik 13/43,

Seksyen 13, 40100, Shah Alam, Selangor Tel : 03-5523 4856 Faks : 03-5523 5856 Emel: [email protected]

SIDANG PENGARANG

Solat Aidiladha bersama rakyatOLEH AFIX REDZUAN

SHAH ALAM - DYMM Sultan Sela-ngor, Sultan Sharafuddin Idris Shah bersama DYMM Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Nora-shikin menunaikan solat sunat Ai-diladha bersama 2,500 umat Islam di Masjid Diraja Tengku Ampuan Je-maah, Bukit Jelutong, pada 12 Sep-tember lalu.

Baginda tiba di perkarangan mas-jid sekitar jam 8.20 pagi diiringi Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali dan isteri, Datin Seri Sham-shida Taharin; Dato’ Seri Utama Di-raja Mufti Selangor, Dato’ Setia Mohd Tamyes Abd Wahid serta Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Mohd Amin Ahmad Ahya.

Solat sunat diimamkan Imam Mas-jid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (MSSAAS), Sheikh Abdul Karim Omar.

Sebanyak 22 ekor lembu dikor-bankan pada perayaan Aidiladha di masjid berkenaan tahun ini.

Pelantikan Tengku Permaisuri SelangorSHAH ALAM - DYMM Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan melantik Konsort (Isteri), Yang Amat Ber-bahagia Puan Norashikin Abd Rahman sebagai Tengku Per-maisuri Selangor berkuatkuasa pada 8 September lalu dengan gelaran DYMM Tengku Permai-suri Selangor.

Baginda juga berkenan me-

ngurniakan Darjah Kebesaran Seri Paduka Mahkota Selangor yang membawa gelaran ‘Datin Paduka Seri’ kepada Konsort (Is-teri) baginda, Yang Amat Berba-hagia Puan Norashikin Abd Rah-man.

Perkara itu dimaklumkan Setiausaha Dewan di-Raja Se-langor, Hanafisah Jais dalam kenyataan rasmi Istana Alam

Shah, pada 9 September lalu.Pengurniaan itu diberikan

setelah baginda berunding dengan Dewan di-Raja Sela-ngor yang bersidang, pada 8 September lalu.

Pada 31 Ogos lalu, baginda selamat diijabkabulkan dengan pasangannya, Norashikin Abdul Rahman di Masjid Istana Diraja, Istana Alam Shah, Klang.

World #QuranHour, membudayakan Al-Quran GOMBAK - Penganjuran World #QuranHour mampu menghim-punkan kesedaran dalam ka-langan masyarakat untuk mem-budayakan Al-Quran dalam kehidupan seharian.

Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali berkata, kitab suci umat Islam itu menjadi prinsip dan asas teguh kepada masyarakat mendepani cabaran semasa.

“Program ini dilihat sebagai

gerakan menimbulkan keseda-ran kepada umat Islam bahwa pengisiannya bukan hanya untuk membaca Al-Quran.

“Tetapi tumpuannya juga untuk menghayati dan melak-sanakan perintah Allah SWT se-perti terkandung di dalamnya.

“Permulaan baik supaya umat Islam di Selangor, negara dan rantau ini menghayati (pengi-sian) Al-Quran untuk menjana kekuatan menghadapi cabaran

semasa,” katanya.Beliau bercakap selepas ha-

dir pada Program World #Quran-Hour di Masjid Sultan Haji Ahmad Shah Universiti Islam Antara-bangsa Malaysia (UIAM), pada 11 September lalu.

World #QuranHour turut di-sambut secara serentak melibat-kan penyertaan 50 negara di se-luruh dunia.

Selain itu, pelaksanannya juga diwujudkan bagi meraikan per-jumpaan terbesar umat Islam di Hari Arafah, pada 9 Zulhijah.

World #QuranHour adalah program cetusan Yayasan Wari-san Ummah Ikhlas (WUI) sebagai usaha menggerakkan gelom-bang kesedaran umat mejadikan Al-Quran sebagai landasan ke-hidupan.

Seramai 3,000 peserta turut hadir menyokong usaha berke-naan, di samping penglibatan empat ‘hotspot’ utama di Padang Arafah, lokasi luar negara, alumni UIAM luar negara dan NGO mus-lim antarabangsa.

DYMM Sultan Selangor, Tengku Permaisuri

Page 6: CONTOHI POLISI

Utama6 SelangorKini 16 - 23 September 2016

Kes Denggi-Zika

Operasi Mega seluruh Selangor OLEH NORHAYATI UMOR

KLANG - Operasi Mega Denggi-Zika secara bersepadu bakal di-laksanakan di seluruh Selangor, bermula 13 September hingga 12 Oktober ini.

Setiausaha Majlis Perbanda-ran Klang (MPK), Adi Faizal Ah-mad Tarmizi berkata, operasi itu membabitkan semua kawasan pihak berkuasa tempatan (PBT) masing-masing.

Katanya, arahan dikeluarkan Kerajaan Negeri selama sebulan bagi mengekang gejala denggi dan Zika secara berkesan.

“Kerajaan Negeri mengarah-

kan PBT termasuk MPK untuk melaksanakan operasi ini selama sebulan membabitkan semua kawasan perumahan atau perin-dustrian.

“Kes ini memberikan implikasi besar dan memerlukan peman-tauan, pencegahan serta kawa-lan secara menyeluruh,” katanya dalam sidang media, di Hotel Pre-miere, di sini, baru-baru ini.

Adi berkata, 365 kes denggi dilaporkan di seluruh kawasan Klang, pada Ogos lalu dan Kota Pendamar adalah kawasan hotspot dengan mencatatkan 23 kes, bulan yang sama.

“Selain ‘fogging’, MPK me-

masang alat perangkap untuk mengesan jumlah nyamuk,” ka-tanya.

Sementara itu, Pengarah Ja-batan Kesihatan MPK, Azmi Muji berkata, MPK mempertingkatkan kekerapan ‘fogging’ di rumah pe-sakit dan kawasan sekitar sejauh 200 meter.

“MPK turut memantau dan membuat pemeriksaan kawasan bawah pentadbiran setiap hari dengan kerjasama Pejabat Kesi-hatan Daerah.

“Kita mempunyai lapan kum-pulan dan 16 anggota menjalan-kan kerja pemeriksaan, pencegah-an dan kawalan,” katanya.

Zika adalah virus disebarkan oleh nyamuk Aedes (Aegypti)

Tiada ubat atau vaksin rawatan wabak (setakat ini)

Wabak bermula di Brazil sebelum merebak ke 26 negara

Jangkitan ini dikaitan dengan kecacatan otak bayi dalam kandungan dan sindrom saraf

Gejala termasuk demam ringan, ruam kulit, sakit sendi, konjunktivis (2- 7 hari)

Cegah virus dengan mengelakkan daripada gigitan nyamuk, guna repelen dan lindungi kulit dengan memakai pakaian lengan panjang

BRAZILRE

PELL

AN

Batal rombongan ke Singapura dan FilipinaSHAH ALAM - Jabatan Pendidi-kan Negeri Selangor mengarah-kan semua rombongan sekolah ke Singapura dan Filipina dibatal-kan berikutan penularan virus Zika.

Pengarahnya, Mohd Salleh Mohd Kassim berkata, arahan berkenaan dikeluarkan kepada semua ketua pejabat pendidikan daerah.

“Arahan pembatalan ini adalah untuk rombongan yang akan ke sana ketika tempoh cuti sekolah ini dan dalam masa terdekat.

“Bagi rombongan yang akan ke dua negara berkenaan pada hujung atau awal tahun ini di-nasihatkan menangguhkan pro-gram berkenaan sehingga virus itu dapat dikawal atau dibasmi,” katanya dipetik BERNAMA, di sini, pada 10 September lalu.

Beliau berkata demikian ketika

diminta mengulas langkah yang diambil Jabatan Pendidikan Ne-geri bagi mengekang penularan virus Zika di sekolah.

Salleh berkata, pihaknya juga mengarahkan sekolah di-cuci sepenuhnya sebelum sesi persekolahan bermula, pada 19 September ini.

Katanya, cuti sekolah seming-gu yang bermula 12 September ini memberi masa yang cukup untuk nyamuk membiak.

Sehingga hari ini, terdapat tiga kes jangkitan virus Zika direkod-kan di seluruh negara.

Kes pertama yang dilaporkan adalah kes import dari Singa-pura melibatkan seorang wanita berumur 58 tahun dari Klang, manakala kes kedua ialah jang-kitan tempatan di Sabah dan kes ketiga pula adalah wanita me-ngandung di Johor Bahru.

Ibu hamil jangan panikKAPAR - Wanita hamil digesa mengambil langkah berjaga-ja-ga dengan penularan virus Zika ketika ini, kata Exco Kesihatan, Kebajikan, Hal Ehwal Wanita dan Keluarga, Dr Daroyah Alwi.

Beliau berkata, enam kes dikesan dan dua daripadanya membabitkan wanita mengan-dung baru-baru ini cukup mem-bimbangkan.

“Ibu hamil adalah golongan paling berisiko dengan penu-laran virus Zika di negara ini. Malah, kes Zika dikesan dalam negara cukup untuk mewujud-kan kebimbangan dalam kala- ngan mereka terutama terha-dap bayi dalam kandungan,” ka-tanya kepada SelangorKini, di sini, baru-baru ini.

Dr Daroyah mahu semua ibu hamil mengurangkan aktiviti di luar rumah dan memakai pa-kaian sesuai bagi mengelakkan

Penduduk digesa bersih kediamanSHAH ALAM - Penduduk sekitar Petaling Jaya dinasihatkan untuk membersihkan kawasan rumah masing-masing bagi mengelak-kan pembiakan nyamuk Aedes, sekali gus membendung virus Zika.

Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) menerusi laman Facebook berkata, pihak berkua-sa tempatan itu mahu penduduk lebih prihatin terhadap kebersi-han di kediaman sendiri bagi memastikan perkara terbabit dapat ditangani.

“Luangkan masa 10 minit. Bersihkan persekitaran dalam dan luar rumah anda. Kita mahu kerjasama ini diteruskan pen-duduk Petaling Jaya,” katanya.

Pada masa sama, Unit Kawalan Vektor, Jabatan Kesihatan MBPJ akan melakukan pemeriksaan dari rumah ke rumah sekitar pen-tadbirannya dari masa ke masa.

Jika terdapat tempat pem-biakan nyamuk, orang ramai bo-leh menghubungi bilik gerakan Unit Kawalan Vektor MBPJ di talian 03-79555473.

Pada 7 September lalu, kes tempatan pertama Zika membabitkan wanita mengan-dung berusia 27 tahun dikesan di Taman Desa Harmoni, Johor Bahru.

Manakala, sebelum ini, seorang wanita dari Bandar Botanik, Klang, disahkan positif Zika.

diri daripada gigitan nyamuk.Beliau berharap ibu hamil ti-

dak panik dalam berhadapan masalah melibatkan jangkitan virus terbabit.

“Berjaga-jaga dan berhati-hati tetapi jangan panik. Kalau mereka tertekan atau panik, ia akan beri kesan kepada kan-

dungan,” katanya.Baru-baru ini, Kementerian

Kesihatan mengesahkan satu lagi kes baru jangkitan virus Zika melibatkan seorang wanita mengandung di Johor Bahru.

Ia menjadikan jumlah kes jangkitan virus Zika dalam ne-gara setakat ini enam kes.

Berjaga-jaga dan berhati-hati tetapi jangan panik. Kalau mereka tertekan atau panik, ia akan beri kesan kepada kandungan

DR DAROYAHExco Kesihatan

Page 7: CONTOHI POLISI

Utama7SelangorKini 16 - 23 September 2016

Menteri perlu idea bernas selesai isu perumahan

Jangan campur aduk peranan pemajuSHAH ALAM - Kerajaan Persekutuan tidak sepatutnya mencampur aduk pe-ranan pemaju apabila mencadangkan memberi pinjaman kepada pembeli.

Exco Perumahan, Pengurusan Ban-dar Dan Kehidupan Bandar, Dato’ Is-kandar Abdul Samad berkata, pemaju seharusnya memberi tumpuan kepada peranan membina rumah, manakala bank memberi tumpuan menyediakan pembiayaan.

“Saya bersetuju dengan pandangan pemaju yang menolak cadangan Men-teri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan supaya pema-ju dibenarkan memberi pinjaman ke-pada mereka membeli rumah daripada pemaju.

“Kerajaan Persekutuan perlu memas-tikan setiap pihak melaksanakan tang-gungjawab dan tidak mencampur aduk peranan masing-masing bagi mencapai matlamat mereka,” katanya dalam ke-nyataan, di sini, baru-baru ini.

Katanya, Kerajaan Persekutuan sepatutnya menubuhkan tabung atau badan menyediakan pinjaman untuk rakyat yang gagal memperoleh pinjam-an bank.

“Saya yakin rakyat berasa lega jika

satu tabung khusus dengan modal per-mulaan RM300 juta dapat ditubuhkan. Jumlah ini hanya sekadar separuh dari-pada kos projek Taman Tugu dan man-faatnya dapat dirasai lebih ramai rak-yat,” katanya.

Kerajaan Selangor menawarkan be-berapa skim untuk mereka yang gagal memperoleh pinjaman bank antaran-ya Skim Dana Selangor (Danasel) iaitu skim sewa beli.

Fasa pertama skim itu membabitkan 118 pembeli pangsapuri kos rendah Rimba Jaya, Shah Alam dan seramai 32 keluarga sudah berpindah masuk.

Katanya, Kerajaan Persekutuan perlu mencontohi Kerajaan Negeri dengan mewujudkan skim sama untuk semua pembeli dan tidak hanya kepada me-reka yang hendak membeli Projek Pe-rumahan Rakyat (PPR).

“Tetapi kemampuan Kerajaan Negeri terhad. Hanya RM20 juta dapat dise-diakan untuk tahun ini.

“Saya berharap Menteri terlibat mencetuskan idea dengan mencari ini-siatif baru menyelesaikan masalah pe-rumahan rakyat dan bukan menyerah-kan tanggungjawab mereka kepada pihak lain,” katanya.

Polisi Rumah Selangorku berkesanOLEH ERMIZI MUHAMAD

SHAH ALAM - Kerajaan Persekutuan disarankan mencontohi polisi pembi-naan Rumah Selangorku yang giat di-laksanakan demi rakyat.

Exco Perumahan, Pengurusan Ba-ngunan dan Kehidupan Bandar, Dato’ Iskandar Abdul Samad berkata, polisi perumahan di Selangor berkesan me-nyelesaikan masalah harga rumah mengikut pasaran semasa.

“Polisi Rumah Selangorku yang berkuatkuasa sejak Januari 2013 mewa-jibkan pemaju membina rumah mam-pu milik atau Rumah Selangorku.

“Contohnya, pemaju yang memba-

ngunkan projek perumahan lebih 10 ekar wajib membina 30 hingga 40 pera-tus rumah mampu milik.

“Terdapat beberapa kompo-nen (rumah) berharga RM42,000, RM100,000, RM150,000, RM180,000, RM220,000 dan RM250,000,” katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Menteri Kese-jahteraan Bandar, Perumahan dan Kera-jaan Tempatan, Tan Sri Noh Omar yang menyerang pentadbiran negeri berke-naan isu harga perumahan di Selangor.

Noh dalam kenyataan terbarunya mendakwa kononnya Kerajaan Perse-kutuan lebih komited memantau pro-jek perumahan milik mereka berban-ding pentadbiran Selangor.

"Walaupun Kerajaan Negeri tidak menga-

wal harga rumah secara langsung, na-mun kita berusaha untuk memastikan terdapat stok perumahan di pasaran bagi golongan berpendapatan rendah juga sederhana.

“Sejak usaha ini dipergiatkan pada 2015, lebih 20,000 unit rumah dilulus-kan untuk dibina pemaju, selain Kera-jaan Negeri juga turut mengawal jualan rumah mampu milik,” kata Iskandar.

Beliau berkata, pemaju perumah-an Selangor juga diwajibkan menjual Rumah Selangorku kepada pembeli berdaftar dengan Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS) berpan-dukan kepada pendapatan isi rumah bulanan.

“Saya yakin polisi Rumah Selangorku ini sedikit sebanyak menyelesaikan ma-salah harga rumah yang semakin tidak terkawal.

“Kerajaan Persekutuan perlu memi-liki 'political will' untuk memastikan rakyat berpendapatan rendah juga

sederhana mendapat pembelaan sewajarnya,” katanya.

Festival rakyat perkenal program MESSHAH ALAM - Festival rakyat Selangor Feast 2016 dianjurkan ke seluruh negeri membabit-kan enam pihak berkuasa tempatan (PBT) bakal diadakan, bermula September hingga Disem-ber ini.

Program di bawah gerak kerja, Exco Kemiski-nan, Kerajaan Prihatin dan Pekerja Ladang, V Ganabatirau itu dilaksanakan sebagai inisiatif memperkenalkan program Merakyat Ekonomi Selangor (MES) kepada rakyat seluruh negeri.

“Ia bertujuan memupuk semangat muhibah masyarakat setempat dengan PBT serta mem-perkenalkan produk Kerajaan Negeri kepada rakyat.

“Kita juga mahu mewujudkan peluang eko-nomi masyarakat setempat serta membantu golongan muda dan masyarakat kurang ber-nasib baik menerusi bantuan juga sumbangan,” katanya.

Festival bermula di Pantai Bagan Lalang (Majlis Perbandaran Sepang) pada 16 hingga 18 September, Stadium Kajang (Majlis Per-bandaran Kajang), 27 hingga 30 Oktober dan Stadium Pandaramaran (Majlis Perbandaran Klang), 24 hingga 27 November ini.

Seterusnya, festival itu diadakan di Padang Awam Batu Caves (Majlis Perbandaran Sela-yang), 24 hingga 27 November ini sebelum ke-muncak program di Stadium Shah Alam (Majlis Bandaraya Shah Alam) pada 26 Disember hing-ga 1 Januari 2017.

Page 8: CONTOHI POLISI

Nasional8 SelangorKini 16 - 23 September 2016

Abai kebajikan dan kepentingan

Amanah pesara tentera dikhianatiOLEH ERMIZI MUHAMAD

KUALA LUMUR - Amanah wang persaraan pesara tentera dikhia-nati pentadbiran Umno Barisan Nasional, kata Ketua Angkatan Muda KEADILAN, Nik Nazmi Nik Ahmad.

Beliau berkata, akta yang di-wujudkan bagi menjaga kepen-tingan kebajikan pesara dinafi-kan ekoran skandal kewangan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

“Wang persaraan ini ama-nahnya sangat besar dan diper-tanggungjawabkan untuk men-jaga kebajikan pesara tentera.

“Atas kepentingan itu, pada 1973 dibentuk Akta Tabung Ang- katan Tentera untuk menjaga ru-ang ekonomi pesara tentera dan kebajikan mereka.

“Namun, amanah itu dikhia-nati pemimpin negara kerana kerakusan mereka membabit-kan skandal kewangan 1MDB,” katanya pada Majlis Dialog Pra-jurit, Wangsa Keramat di sini, pada 7 September lalu.

Sebelum ini, satu dokumen rahsia didedahkan KEADILAN berkenaan dana RM288 juta di-seleweng bagi tujuan pemindah-

an wang kepada syarikat 1MDB untuk membayar faedah hutang pinjaman syarikat cetusan Per-dana Menteri, Datuk Seri Najib Razak itu.

Bagaimanapun, peminda-han wang berkenaan didapa-ti tidak melalui proses tepat atas dasar kegagalan 1MDB mendapat kelulusan Lembaga Pengarah untuk memindahkan wang terbabit.

1MDB juga kononnya mem-buat penafian atas dakwaan terbabit dan meminta senarai nama dikeluarkan terhadap in-dividu yang didakwa menerima kelewatan pembayaran wang persaraan.

Sehingga kini, seramai 110 penama disenaraikan KEADIL-AN susulan kelewatan bayaran kenaikan pencen perkhidmatan yang dilaporkan, sejak 2013.

Pesara tuntut penyelarasan pencenKUALA LUMPUR - Penyelarasan pencen dan elaun pesara ten-tera veteran perlu dilaksanakan demi kepentingan dan kebajikan golongan berkenaan.

Bekas Pegawai Armada Ten-tera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Laksamana Pertama (B) Imran

Abd Hamil berkata, wujudnya ketidakadilan pembayaran skim pencen dan elaun membabitkan golongan itu.

Lebih mengecewakan, kata-nya, ada kalangan tentera mene-rima pembayaran rendah pada kadar RM16 sehari walaupun

bertugas di luar ka-wasan.

“Menteri ber-t a n g g u n g j a w a b didesak mengam-bil inisiatif untuk mewujudkan penye-larasan seimbang supaya elaun lebih tinggi sekurang-kurangnya RM100 sehari diberikan ke-pada mereka.

“Adakah berbaloi bagi tentera bertu-gas mempertaruh-kan nyawa tetapi hanya mendapat im-buhan RM16 sehari walaupun bertugas di kawasan berbaha-ya yang jauhnya 100 hingga 200 batu dari

tanah besar?” katanya pada Maj-lis Dialog Perajurit, di sini, pada 7 September lalu yang turut dihadi-ri Exco Kerajaan Negeri, Nik Nazmi Nik Ahmad.

Terdahulu, wujudnya rungutan daripada pesara dan kakitangan tentera yang terpaksa menerima pembayaran elaun rendah, di samping masalah kelewatan pem-bayaran wang persaraan.

Masalah terbabit dipercayai berpunca daripada penyelewe-ngan dana RM288 juta bagi tu-juan pemindahan wang kepada 1MDB untuk membayar faedah hutang pinjaman syarikat cetusan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak itu.

Mengulas perkara berkenaan, Imran yang juga Ahli Parlimen Lumut berkata, perkara itu mem-buktikan ketidaksungguhan Kera-jaan Persekutuan terhadap isu ke-bajikan tentera.

“Kementerian Pertahanan perlu mengambil langkah berke-san supaya penyelarasan boleh dilakukan demi manfaat dan ke-bajikan kakitangan tentera serta pesara,” katanya.

Projek tangkap muat Putrajaya bebankan pendudukSHAH ALAM - Tindakan sam-bil lewa Kerajaan Persekutuan dalam projek pembangunan tempat letak kereta di Peruma-han Awam Desa Rejang me-nimbulkan masalah kepada pen-duduk setempat.

Pengarah Komunikasi KEADIL- AN, Fahmi Fadzil berkata, projek menelan kos RM30 juta itu tidak menyediakan parkir sementara sebelum pembinaan baru selesai sepenuhnya.

“Saya terima pelbagai ru- ngutan daripada penduduk Desa Rejang termasuk tempat letak kereta sementara yang masih be-lum selesai walaupun projek su-dah bermula.

“Ini sangat mengecewakan memandangkan pengumuman awal projek dibuat Ahli Parli-men Setiawangsa, Datuk Ahmad Fauzi Zahari, lebih sembilan bu-lan lalu.

“Mengapa selepas sembilan bulan perancangan asas seperti tempat letak kereta sementara yang dianggarkan membabit-kan lebih 100 tempat letak kere-

ta masih tidak selesai?” katanya, di sini, baru-baru ini.

Sebelumnya, cadangan pem-binaan parkir itu adalah sebaha-gian daripada projek RM480 juta untuk membina tempat letak kereta bertingkat di 13 PA/PPR di Wilayah Persekutuan Kuala Lum-pur seperti diumumkan, pada 7 Mac lalu.

Projek itu dijangka menam-bah sekitar 600 tempat letak kereta baharu bagi setiap PPR di perbandaran Kuala Lumpur.

Bagaimanapun, difahamkan kegagalan penyediaan tem-pat letak kenderaan sementara dilihat memberi kesan kepada penduduk sekitarnya termasuk di PPR Kampung Baru Air Panas dan Seri Semarak.

“Semua isu yang saya bangkit-kan di atas memberi gambaran tiada pelan utama (masterplan) menyeluruh bagi pembangunan ini. Malah, penyelesaian sering dibuat (Kerajaan Persekutuan) se-cara tangkap muat yang akhirnya mengundang pelbagai masalah lain,” kata Fahmi.

BERSIH �.� bantah kepincangan sistem pilihan rayaSHAH ALAM - Perhimpunan Bersih 5.0 pada 19 November ini boleh dijadikan penanda aras bantahan rakyat terhadap kepincangan sistem pilihan raya di Malaysia.

Ahli Dewan Negeri (ADN) Sekinchan, Ng Suee Lim ber-kata, rakyat perlu mengguna-kan kesempatan itu terutama negara kini berdepan pelbagai kemelut juga skandal.

“Saya menyokong Bersih 5.0 diadakan demi memberi ke- sedaran kepada rakyat berke-naan kepincangan sistem pilihan raya yang sepatutnya bersih dan adil tetapi dinodai pelbagai penyelewengan.

“Ia termasuk memindah

pengundi secara haram, sekali gus bercanggah dengan prin-sip Perlembagaan Negara,” ka-tanya kepada SelangorKini, di sini, baru-baru ini.

Pada masa sama, Suee Lim berkata, perhimpunan itu turut dijadikan medium bagi rakyat terus menyatakan bantahan terhadap kepincangan skandal 1Malaysia Development Ber-had (1MDB).

Terdahulu, Pengerusi Ber-sih, Maria Chin Abdullah me-ngumumkan Bersih 5.0 kali ini bertemakan “Satukan Tenaga, Malaysia Baru!”.

Beberapa acara konvoi selu-ruh negara juga bakal dianjur-kan, bermula 1 Oktober.

Page 9: CONTOHI POLISI

Nasional9SelangorKini 16 - 23 September 2016

Kemajuan terhalang kerana 1MDB

Pendidikan, kesihatan mangsa ‘rakus’ pentadbiran NajibOLEH ERMIZI MUHAMAD

KUALA LUMPUR - Kemajuan sistem pendidikan dan kesi-hatan negara terhalang susulan skandal kewangan serta tang-gungan liabiliti membabitkan syarikat 1Malaysia Develop-ment Berhad (1MDB).

Ketua Angkatan Muda KE-ADILAN, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, peruntukan pemba-ngunan pendidikan dan ke-sihatan dipotong hanya untuk

membayar hutang 1MDB.“Dalam keadaan ekonomi

menyedihkan hari ini, bagaima-na peruntukan bidang pendidi-kan dan kesihatan yang cukup penting untuk rakyat dimang-sakan.

“Ini membuktikan skandal 1MDB memberi kesan kepada seluruh rakyat Malaysia, tan-pa kecuali tetapi yang ‘enjoy’ berbilion cuma Najib dan Ros-mah. Sementara, rakyat Malay-sia pula terpaksa menanggung

dan membayar semua hutang itu,” katanya.

Beliau berkata demikian ke-tika berucap pada Majlis Dia-log Prajurit, Wangsa Keramat, di sini, yang turut dihadiri Laksa-mana (B) Imran Abd Hamid dan Naib Presiden KEADILAN, Rafizi Ramli, pada 7 September lalu.

Sebelum ini, wujud-nya pendedahan berkaitan tanggungan hutang 1MDB mencecah RM50 bilion hasil daripada pelaburan meragukan

syarikat cetusan Perdana Men-teri, Datuk Seri Najib Razak itu.

Terdesak untuk membayar faedah hutang 1MDB, pentadbi-ran Putrajaya dikatakan memo-tong pelbagai peruntukan dan pengambilalihan kewangan agensi kerajaan seluruh negara.

Antara terkesan, Lembaga Tabung Haji (LTH), Kumpu-lan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Kumpulan Wang Ama-nah Pencen (KWAP), Lemba-ga Tabung Angkatan Tentera

(LTAT) dan Perbadanan Perwira Harta Malaysia (PPHM).

Mengulas lanjut, Nik Nazmi yang juga Exco Pendidikan Se-langor berkata, Putrajaya disi-fatkan gagal memacu pertum-buhan ekonomi negara susulan pelbagai dakwaan integriti Per-dana Menteri.

“Kepimpinan Najib gagal apabila kepentingan pendidi-kan dan kesihatan rakyat diga-dai pentadbiran Umno-Barisan Nasional,” katanya.

Projek Taman Tugu pembaziran nyataSHAH ALAM - Semua lapisan masyarakat di negara ini menyedari bahawa Projek Taman Tugu yang dilancarkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, baru-baru ini adalah pembaziran nyata.

Ahli Parlimen Batu, Tian Chua berkata, lebih membimbangkan apabila projek itu dicadangkan ketika negara berhadapan sua-sana ekonomi lembab dan hutang negara bertambah sehingga Kerajaan Persekutuan memotong peruntukan sektor pendidikan serta kesihatan.

“Jika untuk mengenang jasa anggota ke-selamatan, lebih baik kerajaan beri tumpuan menyalurkannya untuk kebajikan anggota keselamatan yang masih bertugas dan su-dah bersara. Itu lebih bermanfaat,” katanya ketika dihubungi SelangorKini, di sini, pada 8

September lalu.Ketika menyentuh kebimbangan sesete-

ngah pihak mengaitkan projek itu sebagai landasan Barisan Nasional (BN) untuk menya-lurkan dana untuk digunakan dalam kempen pilihan raya, Tian Chia berkata, beliau tidak mempunyai bukti ke atas dakwaan itu.

“Saya tidak ada bukti untuk berkata be-gitu tetapi memang wujud persepsi dalam kalangan masyarakat umum bahawa bila ada projek besar begini tentu ada dana besar tertentu disalurkan kepada kontraktor, sekali gus ini menjadi kembimbangan rakyat,” ka-tanya.

Terdahulu, Najib mengumumkan projek Taman Tugu di Kuala Lumpur melibatkan kos RM650 juta di kawasan seluas 66 ekar sekitar Tugu Negara.

SPRM perlu adil, siasat kes profil tinggiSHAH ALAM - Suruhanjaya Pencegah-an Rasuah Malaysia (SPRM) digesa ber-tindak adil dengan tidak menumpukan siasatan terhadap rasuah yang berlaku dalam kalangan pegawai tinggi kerajaan sahaja.

Ahli Parlimen Batu, Tian Chua berkata, SPRM juga perlu menjalankan siasatan adil tanpa pilih kasih terhadap kes ber-profil tinggi termasuk skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) membabit-kan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

“Mereka perlu adil, jangan kes membabitkan pegawai kerajaan mereka berani siasat dan dakwa tetapi yang ber-profil tinggi seperti skandal 1MDB juga perlu disiasat secara telus juga adil.

“Jangan buat rakyat muak bila hanya ada tuduhan terhadap kes membabitkan pegawai bawahan sahaja,” katanya kepa-da SelangorKini, pada 8 September lalu.

Katanya, ketegasan SPRM dalam men-jalankan siasatat sahaja boleh mengem-balikan kepercayaan rakyat terhadap agensi pencegahan rasuah itu.

KEADILAN pastikan ahli hadir BERSIH �.�SHAH ALAM - Parti Keadilan Rakyat (KE-ADILAN) menggerakkan jentera bagi memastikan ahlinya hadir ke perhimpu-nan Bersih 5.0.

Naib Presiden KEADILAN, Tian Chua berkata, perhimpunan diadakan, pada 19 November ini merupakan rapat umum penting bagi menyatakan ban-tahan rakyat terhadap penyelewengan dalam isu 1MDB.

“KEADILAN gerakkan ahli bagi me-mastikan perhimpunan itu dapat mem-beri isyarat jelas kepada Perdana Menteri meletak jawatan,” kata Tian Chua ketika dihubungi SelangorKini, di sini, pada 8 September lalu.

Sementara itu, seorang lagi Naib Pres-iden KEADILAN, Nurul Izzah Anwar, me-nyifatkan sokongan terhadap Bersih 5.0 sebagai tanggungjawab menyelamat-kan negara daripada pemimpin korup yang berterusan merosakkan ekonomi.

“Saya mendokong penuh usaha Ber-sih kerana menjadi tanggungjawab so-sial kita untuk menolak pemimpin yang merosakkan negara,” katanya.

Sebelum itu, Bersih 2.0 mengumum-kan Perhimpunan Bersih 5.0 akan dia-dakan di Kuala Lumpur sebagai usaha memberi tekanan kepada Datuk Seri Najib Razak meletakkan jawatan selepas terlibat dengan skandal 1MDB.

Page 10: CONTOHI POLISI

10Ekonomi

SelangorKini 16 - 23 September 2016

OLEH ERMIZI MUHAMAD

SHAH ALAM - Delegasi Unit Penyampaian Smart Selangor (SSDU) di bawah Pemerbadan-an Menteri Besar Selangor (MBI) mengadakan lawatan ke Singa-pura meninjau prospek pem-bangunan Smart State.

Lawatan kerja bermula 31 Ogos hingga 2 September lalu diketuai Pengarah Pro-gram Smart Selangor, YM Raja Shahreen Raja Othman, diada-kan sempena penganjuran IOT Show Asia Conference-persi-dangan Internet Of Things (IOT), di sana.

Delegasi #SmartSelangor ke Singapura

SHAH ALAM - Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI) akan mengadakan perbincangan ber-sama Kedutaan Denmark dalam usaha mewujudkan kerjasama ke arah menjayakan program bandar mampan di Selangor.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, YM Raja Shahreen Raja Othman ber-kata, bersesuaian dengan misi MBI menjayakan agenda #SmartSe-langor digariskan Kerajaan Ne- geri, kesediaan Kedutaan Denmark berkongsi idea menerusi konsep bandar mampan dilaksanakan di Copenhagen boleh dicontohi mengikut kesesuaian.

“Kita akan mengadakan perbin-cangan susulan bersama mereka tidak lama lagi. Bulan depan akan ada satu lagi perbincangan sebe-lum persidangan Dewan Negeri Selangor (DNS),” katanya.

Kedutaan Denmark dengan kerjasama Kerajaan Negeri menga-

dakan Seminar Copenhagen Solu-tions For Sustainable Cities, di sini, pada 7 September lalu.

Sehubungan itu, Raja Shahreen berkata, perbincangan ringkas su-dah dijalankan antara kedua pihak selepas seminar itu dengan MBI berminat terhadap ‘blue print’ pro-gram berhubung perkara dijalan-kan pihak berkenaan.

Katanya, sistem dipraktikkan di Copenhagen mencerminkan ke-sungguhan pihak berkuasa tem-patan di sana memelihara alam sekitar dan menangani masalah pemanasan global.

“Mereka merancang sistem pengangkutan awam, membina laluan bagi penunggang basikal, memelihara kawasan sungai dan menyediakan kawasan pembua-ngan sampah di tempat tertentu.

“Keadaan itu memang bagus dan kita sendiri sedang melihat perkara sebegitu,” katanya.

Kedutaan Denmark jayakan bandar mampan

SHAH ALAM - Perkongsian idea dan inspirasi antara Denmark dan Selangor juga pihak berkai-tan boleh dijalin bagi menja-yakan pelan tindakan teknologi hijau dan bandar mampan.

Duta Denmark ke Malaysia, Nicolai Ruge berkata, pihaknya bersedia dalam usaha itu seperti dizahirkan dengan penganjuran Seminar Copenhagen Solutions For Sustainable Cities melalui ker-jasama Kerajaan Negeri di sini, pada 7 September lalu.

“Objektif kita dalam mengan-jurkan seminar ini adalah berke-naan pembelajaran, perkong-sian dan inspirasi.

“Maka dengan ini, marilah kita terus berkongsi penge-tahuan dan idea mengenai bagaimana untuk mewujudkan bandar mampan juga sejahtera,” katanya.

Beliau berkata, lebih separuh daripada penduduk dunia ting-

gal di kawasan bandar dan war-ga Copenhagen juga semakin meningkat serta menghadapi cabaran seperti pelepasan kar-bon, kesesakan lalu lintas juga pengumpulan sisa.

Katanya, di Copenhagen, pi-hak berkuasa tempatan berha-dapan cabaran itu dengan ini-siatif menangani pencemaran udara, meningkatkan kesedar-an untuk kesihatan lebih baik dan kitar semula dioptimumkan dalam merealisasikan wawasan: Bandar Sifar Sisa Pepejal.

“Mengurangkan pelepasan karbon hanya sebahagian kecil daripada usaha ke arah bandar mampan.

“Fokus seminar ini adalah un-tuk berkongsi pengalaman di Copenhagen dengan harapan ia memberi inspirasi kepada anda menjalankan projek baru ke arah bandar raya lestari pada masa hadapan,” katanya.

Denmark sedia bantu

Perkasa Smart State Turut serta, pegawai kanan

dari Jabatan Perancangan Ban-dar dan Desa (JPBD) dan Baha-gian Teknologi Maklumat Kera-jaan Negeri mefokuskan usaha ke arah kajian pemerkasaan Se-langor sebagai Smart State ran-tau ini.

Antara gerak kerja, delega-si turut mengunjungi Build-ing and Construction Author-ity (BCA) yang mempamerkan penggunaan Zero Energy Buil-ding (ZEB) sebagai kaedah pen-jimatan tenaga mencakupi selu-ruh pembinaan bangunan.

Pada masa sama, delegasi turut melawat Centre For Con-

struction Information Technol-ogy bagi meninjau kaedah in-dustri pembinaan yang lebih moden dengan menggunakan teknologi Building Information Modelling (BIM).

Perbincangan bersama Ur-ban Redevelopment Author-ity (URA) turut diadakan untuk meneliti sebarang bentuk per-ancangan dan pembangunan bersepadu (Intergrated Devel-opment) melibatkan beberapa agensi dan pihak berkuasa di Singapura.

Dalam perkembangan itu, delegasi turut didedahkan pe-ngalaman Singapura memba-ngunakan negara itu sebagai Smart Garden City, merangkumi perancangan penggunaan ta-nah sejak 40 tahun lalu.

Kemuncaknya, delegasi tu-rut diberi pendedahan dan pe-ngalaman melawat URA Smart Lounge merasai persekitaran Singapura dalam kapasiti 2D dan 3D.

Diharapkan, gerak kerja ini mampu memberi perspektif yang lebih bernas dan relevan kepada Kerajaan Negeri dalam usaha Selangor untuk memba-ngunkan Smart Selangor mam-pan demi manfaat rakyat.

Page 11: CONTOHI POLISI

11SelangorKini 16 - 23 September 2016

Tempatan

OLEH ERMIZI MUHAMAD

SHAH ALAM - Kisah pengor-banan keluarga Nabi Allah, Nabi Ibrahim AS perlu menjadi iktibar sebenar buat seluruh masyarakat Islam memahami pengertian Aidiladha.

Exco Infrastruktur, Kemudah-an Awam, Pemodenan Pertani-an dan Industri Asas Tani, Zaidy Abdul Talib berkata, pengor-banan dilalui itu perlu berpan-dukan kepada nilai keikhlasan demi manfaat Allah SWT.

“Ambillah ibrah daripada pengorbanan keluarga Nabi Ibrahim AS yang mengorban-kan sesuatu yang sangat berni-lai bagi diri.

“Merasai benar erti pengorban-an itu dan semuanya dilakukan kerana Allah SWT,” katanya dalam perutusan sempena Aidiladha.

Masyarakat Islam seluruh du-

nia meraikan sambutan Aidilad-ha, pada 10 hingga 12 Zulhijjah lalu.

Sambutan itu sebagai me-ngenang peristiwa pengorban-an dilakukan Nabi Ibrahim yang diperintahkan untuk menyem-belih puteranya, Nabi Ismail.

Patuh kepada perintah itu, Nabi Ibrahim mengorbankan Nabi Ismail menggunakan se-bilah parang tajam, namun pa-rang berkenaan tidak berfungsi seperti diharapkan.

Kejadian berkenaan adalah mukjizat Allah SWT yang me-negaskan bahawa perintah pengorbanan Ismail itu diang-gap sebagai ujian kesetiaan nabiNya.

Lantas Nabi Ismail digantikan dengan seekor kambing untuk dikorbankan, sekali gus men-jadi permulaan kepada sambu-tan Aidiladha di seluruh dunia.

Ibrah’ qurban

Singkap makna pengorbanan sebenar

BATU TIGA - Tradisi korban DUN Batu Tiga dilaksanakan sebagai inisiatif menyingkap pengorbanan kisah Nabi Ibrahim dan anaknya, Nabi Ismail.

Bukan sekadar itu, Ahli Dewan Negeri (ADN), Rodziah Ismail ber-kata, masyarakat khususnya golo-

ngan muda perlu diberi pemaha-man meliputi aspek ibadat korban dalam Islam.

“Isu berkaitan ibadah biasanya melibatkan golongan atau warga emas sahaja. Atas sebab itu pengli-batan golongan muda amat diper-lukan menerusi program sebegini.

“Pemahaman sejak daripada kecil perlu didedahkan seawal mungkin agar generasi muda dapat menyambung tradisi yang kita laksanakan sejak dulu.

“Keutamaanya generasi baru perlu dididik daripada awal supaya proses ini menjadi tauladan terbaik kepada mereka pada masa depan,” katanya kepada SelangorKini.

Beliau berkata demikian pada Majlis Qurban DUN Batu Tiga di ka-

wasan letak kereta Apartment Fasa II Seksyen 17, di sini, pada 12 Sep-tember lalu.

Pada majlis itu, enam lembu dikorbankan dengan empat dari-padanya hasil sumbangan pusat khidmat DUN Batu Tiga.

“Ini tahun kelima sepanjang hampir sembilan tahun saya men-jadi wakil rakyat di sini, kalau kita li-hat sekarang sambutannya cukup baik. Program tradisi diteruskan di

kawasan perumahan ini, di sam-ping diadakan juga di masjid selu-ruh DUN Batu Tiga.

“Pendekatan ini diambil sebagai galakan kepada masyarakat su-paya mengambil bahagian secara meluas demi manfaat kita bersa-ma,” katanya.

Sementara itu, hasil korban di-agihkan mengikut beberapa baha-gian kepada golongan fakir, asnaf juga anak yatim di sekitar DUN itu.

Dedah makna ‘qurban’ golongan muda

ADN bantu sekolah Pulau KetamSHAH ALAM - Sebanyak RM10,000 disumbangkan Ahli Dewan Negeri (ADN) Se-lat Klang, Dr Halimah Ali bagi meringankan beban SMK Pu-lau Ketam dalam menaik taraf prasarana sekolah.

Dr Halimah kesal dengan sikap kementerian yang lepas tangan dalam menjalankan tanggungjawab membaik pu-lih dataran gelanggang kokuri-kulum yang roboh, tandas dan kantin yang rosak teruk.

“SMK Pulau Ketam me- ngadakan majlis untuk kutipan derma melengkapkan prasa-rana yang gagal dipenuhi Ke-menterian Pendidikan selama

lebih kurang empat tahun.“SMK Pulau Ketam mensa-

sarkan RM1 juta untuk mem-baik pulih prasana di sekolah itu,” katanya.

Halimah berkata, Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) ter-paksa berhempas pulas men-cari dana mencukupi daripada orang kampung, alumni seko-lah dan dermawan merata tempat kerana Kerajaan Ma-laysia hanya sanggup me-nyumbangkan RM300,000.

Majlis Malam Kutipan Der-ma SMK Pulau Ketam diada-kan di dataran SJKC Hwa Lien Pulau Ketam, pada 11 Septem-ber lalu.

Page 12: CONTOHI POLISI

Album12 SelangorKini 16 - 23 September 2016

Album13SelangorKini 16 - 23 September 2016

ADN Batu Tiga, Rodziah Ismail menyertai gotong-royong masakan sempena Aidil-adha di DUN berkenaan

ADN Ijok, Dr Idris Ahmad

mencuba tarian tradisional

bersama pelajar universiti

tempatan dan luar negara

dalam program ilmiah di

kawasan itu

ADN Meru, Dr Abdul Rani Osman

meneliti kerosakan rumah penduduk akibat kebakaran

di Taman Meru

ADN Permatang, Sulaiman Razak menyampaikan hadiah kepada

pemenang sempena program

sukaneka di DUN itu

ADN Seri Serdang, Noor Hanim Ismail menyantuni ibu tunggal dalam program Ziarah Komuniti di DUN itu

ADN Seri Setia, Nik

Nazmi Nik Ahmad

meluangkan masa dalam

program sempena

Aidiladha di kawasan

setempat

ADN Sg Pelek, Lai Nyuk Lan turut serta dalam program membuat kuih bersama penduduk di kawasan berkenaan

ADN Sungai Pinang, Dato' Teng Chang Khim sedia

melakukan lontaran simbolik perasmian

kejohanan bola keranjang di

DUN itu

Ahli Parlimen Kota Raja, Dr

Siti Mariah Mahmud

menyerahkan sumbangan

kepada mangsa ribut

di Kampung Bukit Naga

Page 13: CONTOHI POLISI

14Rencana

SelangorKini 16 - 23 September 2016

Keganasan rumah tangga

Tingkah laku komunikatif memaksa

OLEH NORAZIRAWATI AHMAD

Memanggil isteri dengan gelar-an ‘gemuk’ merupakan salah satu daripada penderaan mental dan psikologi, apatah

lagi penderaan yang membawa kepada kecederaan serta kematian. Laporan beri-ta mengenai kes penderaan isteri sentiasa mendapat perhatian masyarakat pemba-ca. Kes pasangan yang sering bertengkar, bertindak ganas dan berakhir dengan ke-matian merupakan satu tindakan pence-maran terhadap objektif sebenar institusi keluarga. Carian menggunakan enjin cari-an akhbar dalam talian menunjukkan ba- nyak kes penderaan dilaporkan. Pende-raan fizikal yang paling tinggi adalah di-tampar, dipukul dan ditendang. Manaka-la, penderaan mental yang paling tinggi adalah dimaki, dicemuh dan diherdik dan penderaan seksual yang utama adalah dipaksa melakukan hubungan seks.

Faktor keganasan domestik

Sarjana akademik menggunakan model keganasan domestik untuk menerangkan kejadian ‘di sebalik pintu yang tertutup’ ini.

Model psikologikal mencadangkan tin-dakan ganas ini merupakan refleksi ke-pada sifat agresif, obsesi atau neurotik seseorang. Peranan gambaran sifat lelaki sebagai seorang yang gagah, tidak mudah terpengaruh dengan emosi, pantang di-cabar, suka sesuatu yang ganas dan berke-inginan untuk selalu berada di tahap yang tinggi turut mempengaruhi penguasaan lelaki terhadap wanita. Ini kerana, wanita disifatkan subordinasi kepada lelaki, tidak suka kepada keganasan, lebih beremosi dan lebih mudah mengalah. Gambaran-gambaran ini sedikit sebanyak mempe-ngaruhi tindakan keganasan lelaki terha-dap wanita.

Model sosiologi menyalahkan struk-tur keluarga patriarki yang melazimkan kuasa lelaki terhadap wanita. Lelaki pen-dera memukul kerana merasakan mereka mempunyai hak dan berkuasa terhadap wanita. Selain itu, mereka bertindak secara ‘logik’ dengan cara menghukum menggu-

Keganasan terhadap wanita merupakan mekanisme sosial yang memaksa wanita untuk berada di tahap yang rendah berbanding lelaki

NORAZIRAWATI AHMADPensyarah Jabatan Bahasa Inggeris dan Komunikasi KUIS

na fizikal untuk ‘mengajar’ yang betul dari-pada salah, menjadi alasan untuk ‘menga-jar’ isteri yang melawan dan bertikam lidah untuk membela diri. Mereka tidak memu-kul orang yang lebih kuat tetapi memilih

seseorang yang dianggap lemah dan tidak dilindungi oleh sesiapa. Keganasan terha-dap wanita merupakan mekanisme sosial yang memaksa wanita untuk berada di tahap yang rendah berbanding lelaki.Ter-dapat juga yang mendakwa sistem keper-cayaan yang menggalakkan keganasan ini dengan melabelnya ‘demonstrasi sayang’ sebagaimana ibu bapa memukul anaknya kerana sayang.

Wanita terus kekal dalam penderaan

Jika membaca isu-isu Mahkamah Syari-ah yang berkaitan dengan kes keganasan rumah tangga, kita akan menemui ber-bagai ragam penderaan. Selepas berta-hun melalui episod penderitaan, barulah sesetengah wanita bertindak untuk ke-luar daripada hubungan atas alasan pen-deraan. Kenapa kejadian penderaan ini berterusan dan bagaimana wanita sebagai mangsa penderaan kekal dalam keadaan penderaan boleh dilihat dari sudut Teori Pusingan atau 'Cycle Theory' oleh Walker.

Setiap pusingan penderaan ada tiga fasa. Fasa pertama iaitu tekanan terbentuk disebabkan berlakunya beberapa siri pen-deraan kecil. Si pendera tidak bertindak ganas yang melampau. Mangsa pula beru-paya menghadapi dan mengatasi tekanan. Bagaimanapun, dari semasa ke semasa, tekanan tersebut meningkat sehingga di satu tahap mangsa mengawal keadaan.

Pada fasa kedua ini menggambarkan, mangsa tidak berupaya untuk mengawal dan membuang tekanan yang terhasil di peringkat fasa pertama. Pelaku keganasan mula melakukan keganasan fizikal yang

boleh mencederakan mangsa dengan te-ruk sekali. Sebaik sahaja keganasan reda, perasaan terkejut, menyesal dan tidak percaya oleh kedua-dua pihak pelaku dan mangsa akan menyusur bersama penu-runan tekanan yang dialami mangsa.

Manakala, fasa terakhir bermula apa-bila wujudnya tempoh tenang antara kedua pihak. Pelaku menyesal di atas tin-dakannya dan bertukar menjadi seorang penyayang, pengampun dan pengasih, manakala mangsa percaya bahawa pelaku tidak akan mengulangi keganasan dan telah berubah. Disebabkan keadaan men-jadi normal semula, mangsa meras akan sukar untuk menamatkan hubungan. Na-mun kemudiannya, fasa pertama akan kembali semula yang menandakan pusi-ngan keganasan kedua akan berlaku. Be-gitulah seterusnya hingga mengakibatkan keganasan ini berterusan.

Menangani konflik

Konflik adalah sebahagian daripada per-hubungan manusia. Konflik juga mempu-nyai kepentingan. Ia merupakan tingkah laku seseorang untuk mendapatkan ke-pentingan bagi dirinya dan bagaimana se-seorang itu bertingkah laku untuk menye-lesaikan sesuatu konflik. Budaya Asia amat kurang menginginkan orang luar men-campuri urusan rumah tangga mereka. Malah, dikatakan sebagai suatu keaiban kalau orang luar mengetahui konflik sua-mi isteri. Dengan itu, berbagai teknik yang tiada berkesudahan yang digunakan oleh suami dan isteri dalam menangani konflik.

Kita boleh melihat tingkah laku ko-munikatif pasangan suami isteri ketika menangani konflik lazim dalam hubungan mereka melalui pendekatan teori Taktik Konflik Straus. Pertama, pemberian alasan atau intelektualisasi seperti perbincangan rasional, perbahasan dan pendekatan ala-san. Kedua, penyerangan lisan iaitu peng-gunaan perlakuan lisan dan tanpa lisan se-cara simbolik atau penggunaan ancaman

untuk menyakiti pasangan. Manakala ketiga, keganasan dengan cara

penggunaan desakan fizikal terhadap pasangan sebagai

suatu kaedah menangani konflik.

Budaya masyarakat Ma-laysia sederhana dalam

mencurah perasaan (ex-pressive). Kajian pernah dilakukan mendapati taktik konflik pembe-rian alasan amat kerap digunakan, diikuti pe-nyerangan lisan. Ke-

ganasan amat kurang digunakan. Namun begitu, pasangan Malaysia lebih ke-rap menggunakan taktik keganasan

Page 14: CONTOHI POLISI

15SelangorKini 16 - 23 September 2016

Rencana

KERAJAAN NEGERI SELANGORKENYATAAN TENDER

1. Tender adalah dipelawa daripada kontraktor-kontraktor di Malaysia yang berkelayakan seperti di dalam jadual di bawah dan yang masih dibenarkan membuat tawaran buat masa ini bagi kerja-kerja berkaitan untuk Projek Pembangunan Loji Rawatan Air Labohan Dagang, Daerah Kuala Langat seperti berikut :-

PROJEK PEMBANGUNAN LOJI RAWATAN AIR LABOHAN DAGANG, DAERAH KUALA LANGAT

Pakej C1Membekal, Memasang, Menguji Dan Mentauliah Paip M.S. Bergarispusat 1800 mm Serta Kerja-Kerja Berkaitan Dari Loji Rawatan Air Labohan Dagang ke Jalan Sukun, Kanchong Darat, Kuala Langat, Selangor

2081/15/4 TERBUKA/T2

1. Berdaftar dengan CIDB di bawah SPKK Gred G7 Kategori Pengkhususan CE20 dan CE21

2. Berdaftar dengan Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) di bawah Permit C1 (Bekalan Air)

3. Berdaftar dengan Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) Selangor (seperti perkara 5 di bawah)

RM1,000.00/satu set

(tidak akan dikembalikan)

Tarikh:20 September

2016(Selasa)

Masa: 9.30 pagi

Tempat:Tingkat 15,

UPEN

(WAJIB)

2. Petender adalah diwajibkan untuk menghadiri taklimat yang akan diadakan pada hari Selasa, 20 September 2016 jam 9.30 pagi bertempat di Bilik Mesyuarat, Tingkat 15, UPEN, Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah serta menghadiri lawatan tapak selepas taklimat diberikan. Petender-petender yang tidak menghadiri taklimat dan lawatan tapak tidak layak untuk membeli Dokumen Tender. Sesi taklimat dan lawatan tapak adalah diwajibkan kepada PENAMA di dalam Sijil Perolehan Kerja Kerajaan (SPKK), PUKONSA, UPKJ atau Sijil Akuan Pendaftaran Syarikat, Kementerian Kewangan. Syarikat tidak boleh mewakilkan pegawai selain daripada PENAMA dalam sijil yang telah dinyatakan di atas.

3. Dokumen Meja Tender boleh disemak bermula pada hari Selasa, 20 September 2016 bermula pada jam 2.30 petang di alamat :-

PEJABAT SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI SELANGORSeksyen Makro & Penswastaan, Unit Perancang Ekonomi Negeri,

Tingkat 16, Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah,40000 Shah Alam,

SELANGOR DARUL EHSAN

4. Dokumen Tender akan mula dijual bermula pada hari Rabu, 21 September 2016 pada waktu pejabat di alamat tersebut di atas.

5. Petender dikehendaki terlebih dahulu berdaftar dengan Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) Selangor. Petender boleh berbuat demikian di Seksyen Pihak Berkuasa Tempatan, UPEN, Tingkat 4 sebelum membeli Dokumen Tender. Petender dikehendaki untuk mengemukakan Resit Pengesahan Pendaftaran sebagai bukti kontraktor telah berdaftar dengan UPEN semasa membuat urusan pembelian Dokumen Tender.

6. Tarikh akhir penjualan Dokumen Tender adalah pada hari Jumaat, 30 September 2016. Dokumen Tender tidak akan dikeluarkan selepas dari tarikh tersebut.

7. Dokumen Tender akan dikeluarkan kepada wakil-wakil dari syarikat kontraktor yang sah sahaja. Untuk maksud ini, petender hendaklah membawa Perakuan Pendaftaran Asal atau Kad Perakuan Permohonan Pendaftaran Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB), Sijil Asal Pendaftaran Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negera (SPAN) dan Resit Pengesahan Bayaran Pendaftaran dengan Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) Selangor semasa membeli Dokumen Tender. Salinan Sijil Pendaftaran boleh diterima jika disahkan oleh Agensi berkaitan.

8. Bayaran untuk Dokumen Tender hendaklah dibuat dalam bentuk Draft Bank atau Kiriman Wang di atas nama Bendahari Negeri Selangor.

9. Petender perlu mematuhi syarat-syarat yang terkandung di dalam Arahan Kepada Petender dan Syarat-Syarat Membuat Tender di dalam Dokumen Tender sebelum mengemukakan tender. Jika Dokumen Tender yang dikemukakan didapati tidak mematuhi syarat-syarat tersebut, dokumen itu akan ditolak tanpa pertimbangan seterusnya.

10. Dokumen Tender yang telah lengkap diisi hendaklah dihantar dalam sampul surat berlakri dengan mencatatkan tajuk dan nombor tender pada sebelah atas kiri sampul dan dimasukkan ke dalam Peti Tender sebelum atau pada pukul 12.00 tengahari, 21 Oktober 2016 (Jumaat) di alamat :-

PEJABAT SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI SELANGORSeksyen Makro & Penswastaan, Unit Perancang Ekonomi Negeri,

Tingkat 16, Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah,40000 Shah Alam,

SELANGOR DARUL EHSAN

11. Dokumen Tender yang lewat diterima dari tarikh dan masa yang ditetapkan, berbangkit dengan apa jua sebab yang mungkin boleh dikemukakan, akan ditolak dan tidak akan dipertimbangkan.

12. Kerajaan tidak terikat untuk menerima tender yang termurah/terendah atau mana-mana tender atau memberi apa-apa sebab di atas penolakan tender. Kerajaan juga mengikut budi bicaranya tidak terikat untuk memberi maklum balas kepada sebarang bantahan yang mungkin diterima berkenaan tender. Kerajaan juga berhak menerima keseluruhan atau sebahagian daripada tender dan segala keputusan Kerajaan adalah muktamad.

# Tawaran Terbuka kepada: T2 : (i) Syarikat 100% milik warganegara; atau (ii) Syarikat tempatan yang disenaraikan di Bursa Malaysia; atau (iii) Syarikat usaha sama yang diperbadankan di Malaysia (tidak kira sama ada disenaraikan di BSKL atau tidak) dengan syarat pegangan ekuiti asing tidak melebihi empat puluh sembilan (49%) dan majoriti ahli Lembaga Pengarah, pengurusan dan pekerja adalah warganegara.

Tajuk No.Tender

Taraf/JenisSyarikat

Syarat-syaratPendaftaran

HargaDokumen

Tarikh danMasa Taklimatdan Lawatan

Tapak

berbanding pasangan Jepun dan India. Ia mempamerkan kecenderungan yang paling tinggi menggunakan kegana-san sebagai taktik penyelesaian konflik. Jika dilihat daripada sudut gender, isteri lebih kerap menggunakan taktik pembe-rian alasan berbanding suami. Isteri juga lebih kerap menggunakan penyerangan lisan. Teori 'Catharsis' melihat bahawa pe-nyerangan lisan dilihat sebagai alternatif

kepada keganasan fizikal dalam mana-mana masyarakat.

Sekiranya suami intelektual, maka isteri akan cuba menjadi intelektual di dalam pengurusan konflik mereka. Sebaliknya, isteri mempunyai tendensi untuk lebih agresif sekiranya suami bertindak ganas. Situasi ini menunjukkan, tingkah laku sua-mi atau isteri ditentukan atau dipengaruhi pasangan di dalam keluarga tersebut.

Kesimpulan

Kemerosotan institusi keluarga mengun-dang pelbagai kesan yang menghalang dalam melahirkan masyarakat sejahtera dan penya-yang. Justeru, anak lelaki dan perempuan perlu dididik ibu bapa, guru dan pemimpin masyarakat bahawa keganasan rumah tangga tidak boleh diterima.Tambahan pula dalam konteks umat Islam, kerana Islam tidak meng-izinkan suami bertindak kejam terhadap isteri-nya, baik secara fizikal mahupun mental. Is-lam menekankan kasih sayang, kebaikan dan

keadilan dalam hubungan kekeluargaan dan melarang semua bentuk kezaliman.

Selain itu, kefahaman konsep kesamarata-an, perkongsian antara wanita dan lelaki serta menghormati kemuliaan insan perlu diserap-kan di setiap peringkat pergaulan. Sistem pen-didikan perlu mempromosi sikap saling meng-hormati dan bekerjasama di antara wanita dan lelaki.

Norazirawati Ahmad adalah Pensyarah Jabatan Bahasa Inggeris dan Komunikasi Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS)

Wanita India terus diberdayaSHAH ALAM - Seramai 60 wanita India menyertai kursus kecantikan dan dandanan rambut wanita kaum berkenaan di DUN Sementa.

Menerusi laman rasmi Exco Ke-sihatan, Kebajikan, Pembangunan Wanita dan Keluarga, Dr Daroyah Alwi berkata, kursus itu mendapat kerjasama Pertubuhan Kebajikan Anak Muda Malaysia bagi membantu wanita di Selangor khususnya bagi mendapat ilmu yang bermanfaat.

“Secara tidak langsung kursus

ini akan membantu wanita mencari pendapatan tambahan membuat rambut,” katanya dalam kenyataan.

Sebelum ini, Daroyah juga ha-dir merasmikan premis baru untuk Persatuan Pembangunan Ekonomi Wanita Kapar di Taman Sungai Kapar Indah, Sementa yang dihadiri pe-mimpin dan ahli persatuan.

“Semoga segala program pem-bedayaan wanita di Kapar dapat di-jalankan dengan lancar dengan ada-nya premis baru ini,” katanya.

DUN Batu Tiga lulus peruntukan ‘Wanita Anggun’BATU TIGA - DUN Batu Tiga melulus-kan sejumlah peruntukan bagi pem-biayaan dan tajaan ‘uniform’ baru Per-satuan Wanita Anggun, Apartment Fasa II, Seksyen 17, di sini.

Ahli Dewan Negerinya, Rodziah Ismail meluluskan peruntukan itu serta-merta selepas mendengar permohonan dibuat Pengerusi Per-satuan Penduduk, Mohd Yusof Mus-bah.

“Tak perlu banyak bincang, saya luluskan terus dan nanti kita sama-sama pergi kedai untuk borong kain.

“Keputusan ini dibuat selepas mengambil kira komitmen ahli per-satuan yang terus konsisten dan fokus kepada isu kebajikan pen-duduk, di sini,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Maj-lis Qurban Dun Batu Tiga di kawasan letak kereta kediaman berkenaan.

Persatuan Wanita Anggun di-

tubuhkan di bawah Jawatankuasa Tetap Kebajikan, Hal Ehwal Wanita se-bagai inisiatif memastikan isu wanita dan kebajikan penduduk terjamin.

Tak perlu banyak bincang, saya luluskan terus dan nanti kita sama-sama pergi kedai untuk borong kain.Keputusan ini dibuat selepas mengambil kira komitmen ahli persatuan yang terus konsisten dan fokus kepada isu kebajikan penduduk, di sini

RODZIAH ISMAILADN Batu Tiga

Page 15: CONTOHI POLISI

16Seni

SelangorKini 16 - 23 September 2016

Karnival Permainan Tradisonal dan Buah Tempatan

Mahasiswa Universiti Lancaster dalami tradisi MalaysiaOLEH SYASYA SUFIAN

SHAH ALAM - Seramai 24 pelajar Universiti Lan-caster, United Kingdom menyertai Karnival Per-mainan Tradisonal dan Buah Tempatan anjuran Universiti Selangor (UNISEL), baru-baru ini.

Menurut laman rasmi UNISEL, pelajar dari UK itu hadir sebagai sukarelawan sempena Kem Ta-hunan Bahasa Inggeris anjuran Ahli Dewan Ne-geri Selangor (ADN) Ijok, Dr Idris Ahmad bersama ‘The Reading Bus Club’ dan Universiti Sunway.

"Pelajar didedahkan dengan tradisi Malaysia antaranya aluan kompang Melayu dan alat muzik India serta disambut dengan tarian singa yang terkenal dalam komuniti Cina.

"Mereka juga diperkenalkan dengan permain-an tradisi termasuk tarik upih, batu seremban, congkak, ketingting, lastik getah, lompat tikus dan jalan atas tempurung kelapa," katanya dalam kenyataan.

Karnival dijayakan 42 pelajar Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) Pendidikan Awal Kanak-Kanak UNISEL itu adalah kesinambungan program Kar-nival Permainan Tradisional (KAPETRA) yang ber-langsung di UNISEL Bestari Jaya, awal tahun ini.

Idris berkata, karnival itu dapat memperkenal-kan budaya Malaysia kepada orang luar di sam-ping memberi ruang buat pelajar UNISEL dan ko-muniti Ijok berinteraksi dengan warga asing dalam bahasa Inggeris.

Demi mencari kesahihanSHAH ALAM - Demi mencari ke-sahihan sebenar sejarah penubu-han Malaysia, Pengarah Muzium Warisan Akademik UKM, Dr Mohd Shamsudin merantau ke merata tempat mendapatkan hasil penye-lidikan bagi penghasilan naskah ‘Persekutuan Malaysia 1961-1966 : Penubuhan dan Cabaran’.

Katanya, beliau mengambil masa 10 tahun membuat pe-nyelidikan mendalam bermula dengan perbincangan dalam kalangan pegawai British terha-dap rancangan penyatuan Tanah

Melayu dengan wilayah British di Asia Tenggara selepas Perang Du-nia Kedua.

“Selain arkib Malaysia, saya turut ke Nasional Arkib di Lon-don, Australia dan Amerika bagi mendapatkan bahan sahih serta bertemu beberapa tokoh seja-rah yang pernah terlibat ketika penubuhan Malaysia.

“Penulisan ini mendedahkan kepada dua perkara penting iaitu usaha penubuhan serta cabaran yang dihadapi oleh Persekutuan Tanah Melayu ketika dipimpin

Tunku Abdul Rahman,” katanya.Beliau berkata demikian ke-

tika sidang media selepas Pro-gram Memori Kemerdekaan PPAS di Auditorim PPAS, pada 9 September lalu.

Kesungguhan penulisan buku itu bermula apabila menyedari tidak ramai penulis tanah air menulis mengenai penubuhan Malaysia, sebaliknya ia ditulis oleh penulis luar yang sering memberikan tafsiran tidak tepat mengenai tokoh dan peristiwa sebenar.

Shamsudin berharap dengan penerbitan buku itu masyara-kat akan dapat mempelajari dan menghargai tokoh terdahulu.

“Dengan penghasilan buku ini saya berharap rakat Malay-sia khususnya akan lebih ber-bangga dengan negara kita kerana sewaktu penubuhannya ia tidak mudah dalam meng-hadapi pelbagai cabaran serta unik dengan kesepakatan juga persetujuan bersama terhadap perlembagaan pada ketika itu,” katanya.

Page 16: CONTOHI POLISI

17SelangorKini 16 - 23 September 2016

Pertanian

Teknik baru jana pertanian moden

'Plan Factory' bantu tingkat hasil taniOLEH ERMIZI MUHAMAD

SHAH ALAM - Industri perta-nian negeri diperhebatkan lagi menerusi penggunaan teknologi moden bagi membantu golo-ngan petani.

Exco Infrastruktur, Kemudah-an Awam, Pemodenan Pertanian dan Industri Asas Tani, Zaidy Ab-dul Talib berkata, penggunaan teknik ‘plant factory’ digunakan secara terus membabitkan tana-man pertanian dalam bangunan.

“Penggunaan teknologi moden dan kaedah ‘plant factory’ menjurus kepada penanaman tanaman dalam bangunan yang tidak memerlukan pencahayaan secara terus daripada matahari.

“Keberkesanannya, kita gu-nakan teknik pencahayaan lam-pu di dalam bangunan yang bo-leh menggantikan penggunaan cahaya matahari di luar,” katanya kepada SelangorKini, di sini, pada 8 September lalu.

Kaedah itu sekali gus diyakini mampu membantu petani negeri memastikan perolehan hasil tani berterusan walaupun ketidakten-

tuan faktor cuaca ketika ini.Dalam perkembangan lain,

Zaidy berkata, Kerajaan Negeri optimis memastikan fokus per-tanian negeri berada di landasan terbaik.

Katanya, ia termasuk pe-rancangan jangka panjang dan persediaan lanjutan Belanjawan

2017 yang bakal diumumkan, Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali.

“Hala tuju itu pastinya tertum-pu kepada bidang kajian supaya sasaran kita dalam bidang per-tanian mendatangkan hasil dan menepati hala tuju yang ditetap-kan,” katanya.

Tabung khas hadapi musim tengkujuhTANJUNG KARANG - Kerajaan Negeri bercadang mewujudkan tabung bantuan bencana bagi membantu petani yang ditimpa musibah ketika musim tengkujuh yang dijangka berlaku akhir tahun ini.

Bagaimanapun, Exco Infra-struktur, Kemudahan Awam, Pemodenan Pertanian dan Indus-tri Asas Tani, Zaidy Abdul Talib ber-kata, perkara itu masih di pering-kat kajian dan akan dilaksanakan jika bencana terbabit berlaku.

“Kerajaan Negeri sedang merangka tabung bencana untuk perkara ini tetapi ia masih di pe-ringkat awal dan kita akan melihat ruang membantu mereka yang

terkena musibah.“Apabila terkena musibah se-

perti ini, kerosakan dialami bia-sanya besar, malahan menyebab-kan tanaman dan ladang rosak juga mati,” katanya selepas Pro-gram Hari Ladang dan Bertemu Pelanggan Jabatan Pertanian Kuala Selangor, di sini, pada 9 Sep-tember lalu.

Beliau berkata, golongan pe-tani yang ditimpa musibah pada musim tengkujuh biasanya akan mengalami kerugian besar dan memberi kesan untuk bangkit semula.

“Kita akan fikirkan satu dana untuk petani yang ditimpa musibah,” katanya.

Tampung keperluan semasaTANJUNG KARANG - Kerajaan Negeri menjalankan kajian dan perancangan bagi peningkatan hasil pertanian bagi menampung keperluan semasa yang semakin meningkat ketika ini.

Exco Infrastruktur, Kemuda-han Awam dan Industri Asas Tani, Zaidy Abdul Talib berkata, perancangan ke arah itu sedang dilakukan dengan usaha juga pemantauan dijalankan bagi mengekalkan kawasan pertanian sedia ada.

“Hanya enam peratus sahaja di Selangor diklasifikasikan sebagai kawasan pertanian dan ia makin mengecil, sedangkan penduduk negeri semakin meningkat de-ngan kadar 3.2 peratus.

“Ketika ini, jumlah penduduk kira-kira 5.8 juta dan dijangka pada 2035 mencecah hingga sembilan juta,” katanya selepas Program Hari Ladang dan Ber-temu Pelanggan Jabatan Perta-nian Kuala Selangor, di sini, pada

9 September lalu.Beliau berkata, usaha me-

ngenal pasti kawasan pertanian dapat dijalankan serta kajian berhubung kaedah yang ingin dipraktikkan dapat dilaksanakan bagi peningkatan hasil melalui pelan induk terbabit.

Katanya, keseluruhan kawasan pertanian di Selangor seluas 10,856 hektar dan Kuala Selangor adalah yang kedua terbesar bagi penanaman padi selepas Sabak Bernam.

“Kita berharap kawasan di Kuala Selangor dapat dikekalkan walaupun dihimpit pembangu-nan lain kerana daripada sudut penghasilan, Selangor mengatasi negeri lain iaitu 6.15 metrik yang tertinggi di negara ini.

“Sumbangan Selangor untuk Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) daripada sumber perta-nian hanya 1.7 peratus dan kita menyasarkan peningkatan hing-ga dua peratus,” katanya.

Pengelasan tanaman galak produktivitiSHAH ALAM - Inisiatif pengela-san jenis tanaman pertanian dilaksanakan secara efektif bagi menghasilkan hasil tani berproduktiviti tinggi.

Exco Infrastruktur, Kemudah-an Awam, Pemodenan Pertani-an dan Industri Asas Tani, Zaidy Abdul Talib berkata, prosedur tersebut digerakkan bagi me-ngatasi masalah kekurangan tanah pertanian negeri.

“Kekangan guna tanah per-tanian kini dalam rekod saya adalah 36.9 peratus yang me-liputi 80 peratus hasil tanaman

getah dan kelapa sawit.“Kita akui pertambahan pen-

duduk, mendorong kepada pe-nyusutan tiga peratus tanah negeri yang akan dibangunkan untuk tujuan pembangunan.

“Jadi, inisiatif pengelasan tanaman menerusi penggu-naan teknologi moden mam-pu menjana kepada hasil lebih positif,” katanya kepada Sela-ngorKini, di sini, baru-baru ini.

Ketika ini, Selangor tidak memiliki tanah pertanian ber-sesuaian untuk dibangunkan seperti Kedah, Perlis, Johor dan

Sarawak.Mengakui perkara itu, Zaidy

berkata, Kerajaan Negeri meng-hadapi cabaran terbesar bagi mencari ruang tanah pertanian baru ke arah menjana pertum-buhan industri berkenaan.

“Bakinya terlalu kecil dan sedikit. Keadaan itu menjadi kekangan kita kerana tanah di-kategorikan sebagai zon perta-nian kini dihimpit pembangu-nan.

“Namun, diharap inisiatif di-gerakkan ini mampu memban-tu petani mengeluarkan hasil pertanian mereka,” katanya.

Kekangan guna tanah pertanian kini dalam rekod saya adalah 36.9 peratus yang meliputi 80 peratus hasil tanaman getah dan kelapa sawit

ZAIDY ABDUL TALIBExco Pertanian

Page 17: CONTOHI POLISI

18PBT

SelangorKini 16 - 23 September 2016

OLEH LIZAWATI MADFA

SHAH ALAM - Tujuh Pusat Kitar Semula disediakan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) untuk kemudahan orang ramai menghantar barangan yang boleh diki-tar semula.

Ketua Bahagian Korporat dan Per-hubungan Awam MBSA, Shahrin Ahmad berkata, lima daripadanya turut meneri-ma minyak masak terpakai.

Katanya, ia termasuk Pusat Kitar Semu-la Seksyen 6, Pusat Kitar Semula Seksyen 11, Pusat Kitar Semula Seksyen 17, Pusat Kitar Semula Seksyen 25 dan Pusat Kitar Semula Seksyen U8.

“Orang ramai yang ingin melupuskan barang kitar semula seperti kertas botol tin aluminum juga boleh berkunjung ke pusat kitar semula ini.

“Diharapkan inisiatif ini dapat mendi-dik masyarakat supaya menjadikan ama-lan kitar semula sebagai gaya hidup, di samping menjayakan misi Shah Alam sebagai bandar raya rendah karbon, menjelang 2030,” katanya kepada Sela-ngorKini, di sini, baru-baru ini.

MBSA juga menyediakan perkhid-matan menghantar dan mengambil tong bagi pengumpulan minyak masak untuk

KLANG - Konsep ‘Reka Bentuk Bandar Selamat’ yang diterapkan Majlis Per-bandaran Klang (MPK) dalam peran-cangan pembangunan diharap mam-pu mengurangkan statistik jenayah di daerah itu.

Setiausaha Politik kepada Menteri Besar, Shuhaimi Shafiei berkata, pene-rapan elemen bandar selamat boleh dilakukan melalui pencegahan awal se-perti pelaksanaan buku garis panduan yang dikeluarkan.

Katanya, selain Polis Diraja Malaysia (PDRM), perunding dan pemaju turut bertanggungjawab memasukkan aspek pencegahan jenayah di pe-ringkat reka bentuk perbandaran juga lokasi yang akan dibangunkan kelak.

“Program Bandar Selamat su-

dah bermula dari 2004, namun faktor pelaksanaan kurang berkesan dan ke-bimbangan orang ramai masih tinggi menyebabkan MPK mengorak lang-kah menyemak juga melaksanakannya dengan lebih berkesan.

“Kita berharap, statistik jenayah di Klang akan dapat dikurangkan melalui pencegahan awam yang juga elemen utama dalam konsep dilaksanakan ini,” katanya pada Majlis Perasmian Sesi ‘Teach In’ Senario Bandar Selamat di Hotel Premiere, di sini, pada 7 Septem-ber lalu.

Pada masa sama, Shuhaimi berka-ta, komponen pembangunan mam-pan yang dibangunkan bagi me-mastikan kemajuan masa kini boleh dinikmati generasi akan datang serta menjadi asas kepada hasrat Kerajaan

Negeri, sejak 2008.“Lazimnya, konsep ini dikaitkan

dengan pembangunan seimbang. Eko-nomi tumbuh segar bagi membina kejayaan, kekayaan digunakan untuk membangunkan jati diri masyarakat serta alam sekitar yang masih segar perlu dijaga,” katanya.

SHAH ALAM - Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) mengeluarkan lebih 200 saman setiap hari kepada pengunjung taman rekreasi Ta-man Jaya, di sini, kerana melanggar peraturan lalu lintas semata-mata bermain aplikasi per-mainan telefon pintar Pokemon Go.

Datuk Bandar Petaling Jaya, Mohd Azizi Mohd Zain berkata, kebanyakan saman membabitkan kesalahan meletak kenderaan di bahu jalan dan menyebabkan halangan kepada lalu lintas.

Katanya, pengunjung perlu lebih peka dan tidak bersikap pentingkan diri kerana tinda-kan sebegitu boleh menyusahkan orang lain.

“Kita tidak menghalang orang ramai un-tuk bermain permainan berkenaan di taman itu, namun pengunjung perlu mematuhi per-aturan dan tidak mengganggu ketenteraman awam.

“Justeru, pengunjung dinasihat meletak-kan kenderaan di tempat yang dikhaskan serta tidak menghalang laluan di kawasan perumahan atau jalan utama,” katanya dipe-tik Harian Metro, pada 7 September lalu.

Mudahkan urusan penduduk

MBSA sedia � pusat kitar semula

MBPJ keluar ��� notis ganggu ketenteraman

Elemen bandar selamat kurangkan jenayah

Shuhaimi Shafiei

restoran, kantin, kilang makanan dan ho-tel.

Shahrin berkata, kapasiti tong adalah berbeza iaitu 60, 200 dan 1,000 liter, manakala sebarang permohonan dan maklumat lanjut, orang ramai boleh hubungi Bahagian Pembersihan Awam dan Alam Sekitar di talian 03-55105133 sambungan 1238 atau 1570.

Diharapkan inisiatif ini dapat mendidik masyarakat supaya menjadikan amalan kitar semula sebagai gaya hidup, di samping menjaya-kan misi Shah Alam sebagai bandar raya rendah karbon, menjelang 2030SHAHRIN AHMADKetua Bahagian Korporat dan Perhubungan Awam MBSA

Page 18: CONTOHI POLISI

19SelangorKini 16 - 23 September 2016

PBT

SHAH ALAM - Masyarakat sekitar Petaling Jaya disaran mengemaskini rekod pemi-likan cukai taksiran harta sebelum seba-rang tindakan perundangan diambil kepa-da mereka yang gagal.

Proses tersebut boleh dibuat dengan mengisi Borang I yang dimuat turun di la-man sesawang Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) iaitu www.mbpj.gov.my.

“Kegagalan berbuat demikian boleh mengakibatkan orang awam dikenakan denda tidak melebihi RM2,000 atau penjara tidak lebih enam bulan atau kedua-duanya,” kata MBPJ menerusi Facebook rasminya.

Sebelum ini, penukaran status hak mi-lik boleh dibuat dalam tempoh tiga bulan selepas proses pindah milik berjaya.

Bagaimanapun, proses tersebut perlu dimaklumkan bagi urusan kemas kini dan simpanan rekod Jabatan Penilaian dan Pengurusan Hartanah MBPJ.

Orang awam boleh menghubungi Ja-batan Penilaian dan Pengurusan Hartanah di talian 03-79545984/86/87/89/90 untuk sebarang maklumat lanjut.

Dalam perkembangan lain, MBPJ kini membuka saluran aduan kepada masyara-kat menerusi medium yang lebih mudah dan diyakini berkesan.

Orang awam boleh menyalurkan seba-rang aduan kepada MBPJ menerusi Pega-wai Perhubungan Pengaduan Awamnya, Ahmad Hafiz Ahmad Razif dan Afanizam Badarudin.

Sebarang aduan boleh dikemukakan di talian ‘hotline’ 03-79542020 atau menerusi aplikasi Whatsapp 017-6128848 dan e-mel [email protected].

Selain itu, surat aduan juga boleh dihan-tar menerusi Seksyen Aduan Awam MPBJ, Jalan Yong Shook Lin, 46675 Petaling Jaya atau datang terus ke kaunter aduan MBPJ.

SUBANG JAYA - Maksimum penalti RM1,000 kepada pesalah sampah ha-ram perlu dikaji semula, kata Ahli Dewan Negeri (ADN) Kinrara, Ng Sze Han.

Beliau berkata, kadar baru lebih tinggi perlu dipertimbang bagi membendung masalah berulang membabitkan tapak pembuangan sam-pah haram.

“Sudah tiba ma-sanya untuk Kerajaan Negeri dan agensi berkenaan mengkaji kadar RM1,000 ketika ini, sama ada ia mam-pu menggerunkan pesalah.

“Kadar RM1,000 nampaknya tidak menjadi masalah ke-pada pesalah, mala-han mereka berani mencari kawasan lain untuk dijadikan tapak pembuangan sampah haram selepas dikenakan tinda-kan,” katanya selepas menyertai lawatan

ke tapak pembuangan sampah haram di Taman Perindustrian Puchong, di sini, pada 8 September lalu.

Sebelum ini, Majlis Perbandaran Su-bang Jaya (MPSJ) mengenakan kompaun RM1,000 dan sitaan lori kepada pesalah

yang membuang sam-pah secara haram.

Sze Han berkata, kaedah pelupusan sisa pembinaan juga harus dikaji bagi mewujud-kan situasi menang-menang antara kontrak-tor dan pihak berkuasa tempatan.

“Mungkin kontrak-tor tidak tahu tempat untuk melupuskan sisa binaan atau kos-nya terlalu tinggi. Jadi, satu kaedah diperlukan

iaitu di mana dan bagaimana mereka dapat menghantar sisa binaan ke tem-pat yang ditetapkan dengan kos mam-pu tanggung,” katanya.

Ambil alih operasi pembersihan awam MPK

KDEBWM urus Klang Oktober ini

Kemas kini cukai harta sebelum didenda

Naikkan penalti RM�,��� buang sampah haram

Halangan konkrit kekang tapak sampah haram

OLEH NORHAYATI UMOR

SHAH ALAM - Kumpulan Darul Ehsan Berhad Waste Management (KDEBWM) mengambilalih operasi pembersihan sisa awam Majlis Perbandaran Klang (MPK), bermula Oktober ini.

Timbalan Pengarah Smart Selangor De-livery Unit (SSDU), Dr Fahmi Ngah berka-ta, beberapa penambahbaikan dilakukan KDEBWM bagi memberi kesan pelaksa-naan lebih menyeluruh.

“Sebelum ini, KDEBWM membuat kerja kutipan sampah sisa pepejal dan Oktober ini akan bermula operasi pembersihan awam.

“Ketika ini, proses melihat semula skop pembersihan awam yang sedia ada di MPK dan KDEBWM akan cuba mengadap-tasi skop baru,” katanya kepada Selangor-Kini, di sini, pada 8 September lalu.

Dr Fahmi berkata, pelbagai langkah akan diambil antaranya mengurang-kan kejadian banjir melalui pembersihan awam yang diambil alih itu.

“Longkang di sekitar Klang dibersihkan

dua kali sebulan masa kini. Itu yang me-nyebabkan berlaku banjir dan pembiakan aedes, maka kami lihat kekerapan itu per-lu dipertingkatkan seminggu sekali bagi memastikan kadar kebersihan lebih baik,” katanya.

Beliau berkata, pemetaan longkang sekitar Klang dilakukan bagi memastikan saluran tidak putus untuk memudahkan proses pembersihan dilakukan.

Dr Fahmi berkata, KDEBWM juga akan mengeluarkan 60 lori baru menggantikan lori sementara yang dijangka selepas Ai-diladha, manakala sudah mengambilalih pengurusan sisa pepejal di kawasan MPK, pada Julai lalu.

“Kita sudah menerima permit dari Su-ruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD), manakala kini beberapa urusan dari Puspakom sedang berlangsung dan dijangka selepas Aidiladha semua lori terbabit dapat menggantikan lori semen-tara ketika ini,” katanya.

Orang ramai boleh menghubungi I-Clean Command Centre di talian 019-3289765 atau e-mel di [email protected]

SUBANG JAYA - Majlis Perbandaran Su-bang Jaya (MPSJ) akan meletakkan peng-halang konkrit di laluan masuk ke tapak pembuangan sampah haram.

Pegawai Komu-nikasi Korporatnya, Muhammad Azli Miswan berkata, MPSJ juga mengorek longkang besar di ja-lan masuk sebelum diletakkan pengha-lang konkrit berke-naan.

“Kita lakukan perkara ini di semua tapak haram dan di-harap ia memban-tutkan usaha jahat pihak tidak bertang-gungjawab.

“Orang ramai juga digesa menyalur-kan maklumat supaya bersama memas-tikan tiada lagi tapak haram,” katanya dalam sidang media selepas lawatan tapak bersama Ahli Dewan Negeri (ADN)

Kinrara, Ng Sze Han, di tapak pembua-ngan sampah haram di Jalan TPP 5/1, di sini, pada 8 September lalu.

Sebelum ini, SelangorKini melapor-kan dua lori disita kera-na membuang sampah haram di tapak milik Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) itu.

Sementara itu, Sze Han berkata, kedudu-kan Puchong yang kaya dengan lombong dan berhampiran Su- ngai Klang menjadikan-nya pilihan pihak tidak b e r t a n g g u n g j a w a b membuang sampah haram.

“Seperti di kawasan ini, kita sudah menerima aduan sejak awal tahun ini, namun hanya berjaya dikesan baru-baru ini sahaja. Terima kasih kepada penduduk yang beri ker-jasama dan diharap ia diteruskan untuk mengekang aktiviti haram ini,” katanya.

SUBANG JAYA - Kos kerja pembersihan tapak pembuangan sampah haram di Taman Perindustrian Puchong mampu mencecah ratusan ribu.

Pegawai Komunikasi Korporat Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ), Mu-hammad Azli Miswan berkata, pihaknya terpaksa mengambil inisiatif lain bagi meminimakan kos berkenaan.

“Bagi mengurangkan beban MPSJ, kita membuat keputusan untuk mena-nam baki sampah, di sini.

“Jika tidak, kos yang kini berpuluh ribu ringgit akan semakin bertambah kerana

perlu membayar kontraktor mengurus-kan pengeluaran dan pelupusan sampah daripada kawasan ini,” katanya kepada SelangorKini, di sini, baru-baru ini.

Azli berkata, usaha MPSJ membersihkan kawasan agensi lain atas dasar tanggung-jawab sosial pihak berkuasa tempatan itu.

“Kebiasaannya, kawasan yang men-jadi pilihan tapak haram ini bukan milik MPSJ sebaliknya milik Jabatan Pengairan dan Saliran, tanah kerajaan atau persen-dirian. Namun, kita mengambil langkah membersihkan demi kesejahteraan ber-sama,” katanya.

Terpaksa tanggung kos ratusan ribu

Page 19: CONTOHI POLISI

20Pendidikan

SelangorKini 16 - 23 September 2016

OLEH ERMIZI MUHAMAD

SHAH ALAM - Universiti Sela-ngor (Unisel) menawarkan penga-jian percuma bagi semua program tahun asas di bawah Skim Derma-siswa untuk kemasukan, pada Ok-tober ini.

Inisiatif itu diwujudkan seba-gai jaminan memacu sistem pen-didikan negeri ke arah melahir-kan graduan berdaya saing dan diiktiraf, seiring komitmen men-jadikan Selangor sebagai hab pendidikan terbaik negara.

“Program itu merangkumi pengajian Tahun Asas Penguru-san, Tahun Asas Sains, Program Asas Teknologi Maklumat

Skim Dermasiswa

UNISEL tawar yuran percuma

SHAH ALAM - Sempena sambu-tan Hari Kemerdekaan ke-59, Per-badanan Perpustakaan Awam Selangor (PPAS) menganjurkan Program Memori Kemerdekaan bagi menyemai semangat pat- riotisme dan nasionalisme dalam kalangan masyarakat.

Ahli Lembaga Pengarah PPAS, Orang Besar Daerah Petaling, Dato’ Emran Kadir berkata, pro-gram kali ini mendapat kerjasa-ma Muzium Warisan Akademik, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dalam memberi suntikan baru dalam pengisian program.

Program itu wajib diadakan setiap tahun dengan mengan-jurkan pelbagai aktiviti antara-nya kempen mengibarkan Jalur

HULU SELANGOR - Seramai 177 pelajar tajaan Yayasan Se-langor menerima Anugerah Ke-cemerlangan Pendidikan bagi mengiktiraf sumbangan me-reka yang menjadi pemangkin dalam bidang akademik juga ko-kurikulum.

Majlis diadakan di Dewan Besar Kem Bina Semangat, Am-pang Pecah, pada 4 September lalu turut merangkumi kece-merlangan akademik di pe- ringkat sekolah rendah (UPSR), sekolah mene-ngah (PT3 & SPM) dan pengajian tinggi (ijazah).

Penganugerahan kali ini menyaksikan pelajar Maahad Integrasi Tahfiz Selangor (MITS) Klang, Muhammad Rujhan Mohd Su-bari dipilih sebagai pelajar ter-baik keseluruhannya.

Anugerah Pelajar Terbaik Ko-Kurikulum Menengah Rendah bagi kategori perempuan di-berikan kepada Liew Qi Yi dari SMK Seri Garing, sementara ka-tegori lelaki disandang Muham-mad Amin Saril (SMK Tinggi Klang).

Selain itu, pelajar terbaik di peringkat ijazah dianugerah-kan kepada Jasmin Munchar Elias yang memperoleh PNGK 4.0 dari Universiti Malaya dalam jurusan Ijazah Sarjana Muda Pe-rubatan dan Kedoktoran.

Sementara itu, Exco Pendidi-kan, Pembangunan Modal In-san, Sains, Teknologi dan Inovasi, Nik Nazmi Nik Ahmad dalam

ucapannya berkata, Yayasan Selangor sekali lagi ber-

jaya meneruskan kecemerlangannya melahirkan pelajar

berkualiti.“Segala ke-

jayaan dan ke-cemerlangan

ini diharapkan ti-dak ternoktah di sini sahaja

tetapi menjadi titik permulaan untuk perjuangan yang lebih mencabar.

“Semoga Yayasan Selangor terus giat melipat gandakan usaha meningkatkan penca-paian dalam pengurusan aset juga mengimbangi perjalanan operasi sama ada pengurusan aset atau pendidikan cemer-lang,” katanya.

KEPONG - Sekolah Menengah Ke-bangsaan (SMK) St Mary mencipta sejarah menjadi sekolah mene-ngah pertama menubuhkan Sale-ha Hospitality dan Culinary Arts Center di Malaysia.

Kejayaan itu cukup membang-gakan isteri mantan Perdana Men-teri, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali selaku ‘Mother Of St Mary’.

“Perasmian satu projek yang sangat mulia. Saya cukup bangga apabila ia digelarkan sebagai yang pertama di dalam negara kita, sya-bas,” katanya ketika merasmikan pusat itu, di sini, pada 8 September lalu yang disambut dengan tepu-kan gemuruh hadirin.

Menyingkap penubuhan ‘Sale-ha Hospitality dan Culinary Arts Center’, ia diinspirasikan daripada Allahyarhamah Tan Sri Datuk Padu-ka Dr Siti Saleha Mohd Ali.

Impian penubuhan dua pusat kemahiran untuk kelancaran sub-jek Ekonomi Rumah Tangga (ERT) dan diilhamkan Alumni SMK St Mary pada pertemuan ulang tahun ke-100, pada 2012.

Siti Hasmah dalam ucapannya berkata, industri kulinari dan hospi-taliti akan membuka lebih banyak peluang pekerjaan ditambah de-

PPAS semarak semangat patriotisme

Gemilang, bicara kemerdekaan, pameran filateli berasaskan ke-merdekaan, tayangan filem berunsur patriotik serta pamer-an bahan sejarah yang terdapat di perpustakaan.

Aktiviti ini melibatkan selu-ruh golongan pengguna per-pustakaan bermula daripada kanak-kanak sehingga ke pe-ringkat tertinggi, atasan serta warga emas, katanya ketika Program Memori Kemerdekaan PPAS dan Majlis Pelancaran Buku   Persekutuan Malaysia 1961-1966:Penubuhan dan Cabaran di Auditorim PPAS, di sini, pada 8 September lalu.

Katanya, penulisan buku tersebut menjalankan kajian se-

cara mendalam mengenai se-jarah penubuhan Malaysia de-ngan rekod dan dokumen yang berkaitan negara ini.

“Buku ini sangat penting un-tuk masyarakat khususnya anak muda untuk mengetahui seja-rah sebenar usaha dan cabaran ketika penubuhan Malaysia iaitu gagasan pembentukan negara bangsa.

“Tajuk ini juga sering diberi-kan gambaran tidak tepat oleh penulis luar terutama berke-naan tokoh dan peristiwa se-benar, jadi saya amat berbangga penulis buku ini sanggup berdiri memperbetulkan salah faham peristiwa penubuhan Malaysia,” katanya.

��� pelajar tajaan Yayasan Selangor dirai

SMK St Mary pertama tubuhkan Pusat Seni dan Kulinari

ngan kerancakan pembangunan.“Ambil peluang untuk mening-

katkan kemahiran. Saya nak ingat-kan, jangan fikir menjadi chef tidak ada potensi, jadi fikir sebaiknya kerana kitalah yang menyediakan-nya untuk masa hadapan,” katanya.

Siti Hasmah adalah antara tiga pelajar Melayu SMK St Mary yang pernah menerima pendidikan awal di sekolah itu bersama dua kakaknya, pada 1932 hingga 1941.

Pengetua SMK St MAry, Chee Poh Kiem berkata, beliau mewakili

sekolah berterima kasih kepada alumni dan badan korporat yang sudi menyumbang hampir RM1 juta.

Sunway Group menyumbang RM500,000 diwakili Ahli Exco, Puan Sri Dr Susan Cheah bagi pihak Tan Sri Dr Jeffry Cheah, manakala Lee Foundation States of Malaya pula menyerahkan sumbangan RM100,000 yang diwakili Datuk Lee Seng Chuan, sementara Alum-ni SMK St Mary menyumbang RM84,000.

03-5522 3400

www.unisel.edu.my

Permohonan

dan Program Asas Sarjana Muda Pendidikan,” kata Unisel menerusi Facebook rasminya.

Sebelum ini, UNISEL yang juga universiti hak milik penuh Kera-jaan Negeri terus konsisten me-nyediakan fasiliti dan pendidikan terbaik menerusi pelbagai pro-gram pendidikan.

Page 20: CONTOHI POLISI

21SelangorKini 16 - 23 September 2016

Agama

OLEH AFIX REDZUAN

BANGI - Kerajaan Negeri menyerahkan sumbangan RM4 juta untuk pembinaan Masjid Al-Umm, Seksyen 2, Bandar Baru Bangi, di sini, pada 9 September lalu.

Penyerahan disempurnakan Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Az-min Ali kepada Penasihat Pembinaan Masjid Al-Umm, Datuk Dr Haron Din di-iringi Pengerusi Pembinaan dan Pengi-marahan Masjid Al-Umm, Dr Shafie Abu Bakar di Masjid Al-Hasanah, Seksyen 9, di sini.

Bercakap kepada SelangorKini, Shafie berkata, masjid tiga tingkat di atas tanah seluas dua ekar itu hampir selesai pembinaannya sejak dimulakan, pada 10 Disember 2013.

“Dengan sumbangan diberikan, RM2.5 juta daripadanya akan diguna-

kan untuk menyelesaikan baki bayaran kontraktor.

“RM1 juta untuk bayar semula ke-pada individu yang sebelum ini ber-murah hati meminjamkannya kepada kami, manakala selebihnya akan digu-nakan untuk pembangunan masjid,” katanya.

Beliau berkata, masjid itu dibina de-ngan kos hampir RM20 juta dan RM15 juta daripadanya hasil sumbangan orang ramai.

Ia dibina dengan konsep Asia Tengah dan tempatan sementara kubah masjid diilhamkan seperti kubah Masjidil Ha-ram di Makkah.

“Kita mahu mengucapkan terima ka-sih kepada rakyat tempatan khususnya di Bangi kerana sudi menderma bagi menjayakan pembinaan masjid ini,” ka-tanya.

GOMBAK - Usaha murni menggalakkan pemba-caan Al-Quran dalam kalangan ummah disema-rakkan menerusi penganjuran World #QuranHour di Masjid Sultan Haji Ahmad Shah Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), di sini, pada 11 Sep-tember lalu.

Kempen #QuranHour diwujudkan sebagai peng-gerak kepada kesatuan ummah seluruh dunia untuk terus memartabatkan kesucian Al-Quran sebagai kitab suci umat Islam.

Disertai lebih 3,000 peserta, pro-gram itu diyakini mampu menyemai semangat cintakan Al-Quran selain

SHAH ALAM - Lembaga Zakat Selangor (LZS) menyampaikan sumbangan kepada lima keluarga yang menjadi mangsa ribut di Kampung Kuala Pajam Beranang, pada 9 September lalu.

LZS menerusi laman rasmi Facebook memaklumkan, lembaga itu bersama penghulu mukim Beranang dan ketua amil kariah menyampaikan sumbangan RM300 kepada setiap keluarga.

“Jumlah keseluruhan sumbangan yang diserahkan RM1500. Salah satu rumah mangsa yang terlibat adalah asnaf miskin,” katanya dalam kenyataan.

Pembinaan Masjid Al-Umm Bangi

Kerajaan Negeri sumbang RM� juta

WAKTU SOLAT SELANGOR16 -23 September 201614 -21 Zulhijjah 1437H

Gombak, Hulu Selangor, Rawang, Hulu Langat, Sepang, Petaling, Shah Alam

Imsak Subuh Syuru' Zuhur Asar Maghrib Isyak

Sabak Bernam, Kuala Selangor, Klang, Kuala Langat

Imsak Subuh Syuru' Zuhur Asar Maghrib Isyak

16 Jumaat 5.39 5:49 7.03 1:11 4:13 7:14 8:2317 Sabtu 5.39 5:49 7.03 1:10 4:13 7:13 8:2218 Ahad 5.38 5:48 7.03 1:10 4:13 7:13 8:2219 Isnin 5.38 5:48 7.03 1:10 4:13 7:12 8:2120 Selasa 5.38 5:48 7.02 1:09 4:14 7:12 8:2121 Rabu 5.38 5:48 7.02 1:09 4:14 7:11 8:2022 Khamis 5.37 5:47 7.02 1:09 4:14 7:11 8:2023 Jumaat 5.37 5:47 7.01 1:08 4:14 7:10 8:19

16 Jumaat 5.41 5:51 7:07 1:13 4:15 7:16 8:2517 Sabtu 5.41 5:51 7:06 1:12 4:15 7:15 8:2418 Ahad 5.40 5:50 7:06 1:12 4:15 7:15 8:2419 Isnin 5.40 5:50 7:06 1:12 4:15 7:14 8:2320 Selasa 5.40 5:50 7:06 1:11 4:16 7:14 8:2321 Rabu 5.40 5:50 7:05 1:11 4:16 7:13 8:2222 Khamis 5.39 5:49 7:05 1:11 4:16 7:13 8:2223 Jumaat 5.39 5:49 7:05 1:10 4:17 7:12 8:21

Tambahnya, bantuan baik pulih rumah sedang diusahakan kepada asnaf tersebut.

Majlis penyampaian disempur-

nakan Pengurus Daerah Hulu Langat, Muhd Salahhuddin Azmi Muhd Ali bersama Penghulu Mukin Beranang, Mohd Samsudin Satar.

Mangsa ribut Kampung Kuala Pajam dibantu

World #QuranHour pupuk penyatuan Ummahgalakan kepada masyarakat untuk mengamalkan pembacaan kitab suci itu.

Inisiatif tersebut juga sebahagian daripada ga-lakan kepada masyarakat Islam seluruh dunia untuk mengamalkan pembacaan Al-Quran, selama satu jam sehari.

Dato ‘ Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali, dan isteri Datin Seri Shamshida Taharin turut ha-

dir menyokong usaha murni itu.Antara pimpinan tertinggi lain turut ha-

dir termasuk Presiden UIAM, Tan Sri Da-tuk Seri Utama Dr Rais Yatim dan Naib Presiden KEADILAN, Shamsul Iskandar Md Akin.

Istimewanya, program berkenaan turut disertai delegasi dari negara luar

membabitkan mahasiswa UIAM antara- nya dari Bangladesh, China, Indonesia,

Guinea, Yemen, Algeria dan Kenya.

Page 21: CONTOHI POLISI

22Wanita & Kebajikan

SelangorKini 16 - 23 September 2016

OLEH SYASYA SUFIAN

GOMBAK - Sebanyak 12 ke-luarga menerima bantuan ber-jumlah RM6,500 daripada ma-syarakat prihatin dalam Program Sumbangan dan Ziarah Rumah ke rumah fakir miskin.

Pengerusi Pertubuhan Keba-jikan dan Amal Wanita Selangor (PEKAWANIS), Datin Seri Sham-shida Taharin berkata, program itu adalah anjuran badan berkenaan bagi membantu golongan asnaf menyambut Hari Raya Aidiladha.

“Bantuan ini diberikan kena-lan rapat untuk saya sampaikan sendiri kepada golongan asnaf.

“Sebanyak tujuh rumah dihu-lurkan bantuan, manakala lima lagi dilaksanakan dalam masa ter-dekat,” katanya selepas Program Sumbangan di sekitar Gombak, di sini, baru-baru ini.

Hadir sama mengiringi beliau, isteri Ahli Dewan Negeri (ADN) Gombak Setia, Ruhaiza Mo-hamed dan pegawai Pejabat Ahli Parlimen Gombak.

Katanya, masyarakat sekeli-ling perlu turut sama membantu golongan tersebut dalam me-nyebarkan maklumat berkenaan bantuan dilaksanakan Kerajaan Negeri.

“Terdapat pelbagai program seperti bantuan Hijrah dan ‘Food-stamp’ yang masih tidak diketa-hui golongan ini serta di mana mereka perlu dapatkan bantuan tersebut.

“Menjadi tanggungjawab ber-sama untuk kita mencari dan menyampaikan maklumat berke-naan begitu banyak bantuan di-tawarkan Kerajaan Negeri dalam meringankan beban mereka,” ka-tanya.

GOMBAK - Hari Raya Aidiladha mem-bawa keceriaan kepada penerima sum-bangan yang disampaikan Pengerusi Pertubuhan Kebajikan dan Amal Wanita Selangor (Pekawanis), Datin Seri Sham-shida Taharin di sekitar Gombak, pada 7 September lalu.

Ibu tunggal, Norlaili Jamaluddin, 47, berkata beliau bersyukur dan teruja ber-temu isteri Dato’ Menteri Besar itu yang menyampaikan sendiri sumbangan berkenaan.

“Alhamdulillah, pemberian ini cukup besar maknanya kepada golongan asnaf seperti saya dalam meringankan beban menyambut hari raya nanti.

“Dapatlah saya beli barang keperluan dapur untuk memasak makanan yang

sedap berbanding hari biasa kerana ada-kala makan biskut sahaja,” katanya.

Sementara itu, Halim Saad, 47, turut bersyukur menerima sumbangan itu ke-rana dapat membantu beliau dan isteri membuat persiapan menyambut Aidil-adha.

“Setiap bulan kami turut menerima bantuan rumah sewa daripada Lembaga Zakat Selangor sebanyak RM600.

“Namun, kerana saya mempunyai tang-gungan 10 anak, maka kami memerlukan perbelanjaan yang lebih,” katanya.

Suri rumah, Nur Haslina Zulkiply, 33, pula berkata, beliau berterima kasih ke-pada penyumbang kerana pemberian berkenaan dapat meringankan beban ke-wangan golongan asnaf sepertinya.

SHAH ALAM - Seramai 20 aktivis wanita daripada beberapa negara termasuk Ma-laysia terpilih menyertai misi kemanu-siaan, ‘Women’s Boat to Gaza (WBG),’ di bawah inisiatif Freedom Flotilla Coalition (FFC), bulan ini.

Exco Kesihatan, Kebajikan, Pembangu-nan Wanita dan Keluarga, Dr Daroyah Alwi berkata, Kerajaan Negeri memberi soko-ngan moral kepada dua wanita yang akan turut serta dalam misi itu.

“Wirawati ini dijadualkan memulakan perjalanan pada 14 September dan bera-khir 10 Oktober ini.

“Pemergian mereka membawa misi ke-amanan dan kemanusiaan Asia Tenggara khasnya Malaysia dan Selangor ini sen-tiasa ditemani dengan doa supaya segala urusan dipermudahkan, sentiasa dalam pelindungan yang Maha Esa dan berjaya mencapai objektif digariskan,” katanya dalam kenyataan.

Turut sama memberi sokongan, isteri Dato’ Menteri Besar, Datin Seri Shamshida Taharin; Timbalan Ketua Wanita Keadilan Pusat, Haniza Talha dan ADN Batu Tiga, Rodziah Ismail dalam sebuah Majlis Sara-pan Pagi Bersama Peserta Misi di Danau Golf Club, Universiti Kebangsaan Malaysia.

Dua aktivis Malaysia yang terpilih me-nyertai misi itu adalah Ahli Lembaga Pe-megang Amanah MyCARE, Dr Fauziah Hasan dan Pemegang Amanah MyCARE, Norsham Abu Bakar.

Selain itu, aktivis lain dari luar negera yang turut serta antaranya pengarah dan penulis skrip Amerika Syarikat, Naomi Wallace; atlet dan ahli akademik dari Nor-way, Gerd Von Der Lippe serta jurulatih dan atlet Turki, Cigdem Topuoglo.

Difahamkan, pemilihan wanita dalam misi itu adalah sebagai tanda solidariti ke-pada wanita Palestin yang turut berjuang menentang kezaliman Israel.

PEKAWANIS agih sumbangan

�� keluarga terima RM6,��� sempena Aidiladha

Dua aktivis wanita Malaysia sertai ‘Women’s Boat to Gaza’

Teruja terima bantuan daripada PEKAWANIS

Page 22: CONTOHI POLISI

23SelangorKini 16 - 23 September 2016

Sukan

OLEH AFIX REDZUAN

PETALING JAYA - Stadium Hoki Petaling Jaya kembali beropera-si selepas kerja naik taraf selesai sepenuhnya, pada 28 Disember 2015.

Projek naik taraf bernilai RM2.9 juta melibatkan menam-bah baik kemudahan awam dan keselamatan serta penu-karan karpet padang beru-kuran 6.928 meter persegi dari jenis Xtreme Turf NFH13.

Datuk Bandar Petaling Jaya,

Mohd Azizi Mohd Zain berkata, pembukaan semula stadium di-harapkan dapat membuka ruang kepada penggiat sukan hoki me-manfaatkan kemudahan itu se-baik mungkin.

“Penggunaan rumput ‘turf’ mampu menjadikan permukaan padang lebih stabil dan tahan lama.

“Ia mempunyai sistem air yang baik bagi membolehkan rumput padang itu dapat menghasilkan geseran lebih rendah.

“Ini memudahkan pemain

hoki melakukan pergerakan dan kawalan bola yang tepat pada tahap kelajuan permainan yang tinggi,” katanya di sini, baru-baru ini.

Antara kerja pembaikan lain yang dijalankan, sejak 16 Jun 2015 adalah sistem pengairan, pendawaian elektrik, mengecat serta menggantikan 706 tempat duduk stadium.

Selain itu, tambahan ba-ngunan serta pam mekanikal baru yang semuanya mengikut piawaian antarabangsa dan di-

Kemudahan bertaraf antarabangsa

Stadium Hoki PJkembali beroperasi

pantau Persatuan Hoki Malaysia serta Majlis Sukan Negara (MSN).

“Kini, Stadium Hoki Petaling Jaya menjadi sebuah padang hoki berkualiti tinggi dan antara

terbaik di dunia sesuai untuk dia-dakan penganjuran kejohanan hoki antarabangsa yang diper-akui Persekutuan Hoki Antara-bangsa (FIH),” katanya.

SICG: Execration rangkul USD��,���SHAH ALAM - Pasukan Execra-tion dari Filipina mengungguli pertandingan Mineski Pro Ga-ming League (MPGL) Southeast Asia Championship di Selangor International Cyber Games (SICG) 2016, baru-baru ini.

Execration berjaya menewas-kan MVP.Phoenix dari Korea Se-latan dengan merangkul wang tunai USD30,000, manakala pa-sukan lawan membawa pulang USD10,000.

Timbalan Pengarah Majlis Sukan Negeri Selangor (MSN), Najwan Halimi berkata, tujuh permainan dipertandingkan anta-ranya Mineski Pro Gaming League Southeast Asia Championship (Dota 2), League Legends, Hearth-stone, Counter Strike, Street Figh-ter V, Fifa 16 dan Clash Royal.

“Permainan terbesar anjuran kali ini adalah MPGL Southest Asian Championship yang disertai peserta dari 10 negara antaranya Thailand, Filipina, Indonesia, Si-ngapura, Australia dan Amerika.

“Dalam pertandingan League Le- gend, pasukan Mineski-x menjadi juara keseluruhan dengan mem-bawa pulang hadiah wang tunai RM25,000 berserta piala,” katanya.

Pertandingan Counter Strike

dijuarai MVP.Karnal dengan membawa pulang wang tunai RM10,000, manakala pertanding-an Street Fighter V pula dijuarai Quah Ban Chuan (RM5,000).

Difahamkan, lebih 1,200 peser-ta berentap bagi merebut hadiah keseluruhan bernilai RM350,000 di SICG 2016 anjuran Kerajaan Negeri melalui MSN.

SICG berlangsung selama tiga hari bermula 9 hingga 11 Sep-tember lalu bertempat di One City Mall, Subang Jaya.

Page 23: CONTOHI POLISI

23

Malaysia lakar sejarah antarabangsa

� atlet ‘luar biasa’ hadiahkan emas di RioKUALA LUMPUR - Malaysia melakar sejarah dengan memenangi tiga pi-ngat emas pada temasya Paralimpik Rio, Brazil dan lebih manis lagi apa-bila dua daripada kemenangan itu mencipta rekod baharu dunia, pada 11 September lalu.

Pingat emas pertama dimenangi Mohamad Ridzuan Mohamad Puzi dalam acara 100 meter (m) T36 (cere-bral palsy) dan tidak lama kemudian, pingat emas kedua diraih Muham-mad Ziyad Zolkefli dengan rekod ba-haru dunia dalam acara lontar peluru F20 (masalah pembelajaran).

Malaysia pernah memenangi pingat pada paralimpik sebelum ini tetapi hanya perak dan gangsa.

Memetik BERNAMA, di Stadium Olimpik Rio, Mohamad Ridzuan memecut ke garisan penamat 100m T36 dengan catatan 12.07 saat men-dahului Yang Yifei dari China (12.20s) dan Rodrigo Parreira da Silva dari negara tuan rumah (12.54s).

Muhammad Ziyad melontar pe-luru sejauh 16.84m untuk mencipta rekod dunia dan memungut emas dalam cubaannya yang kelima dan

memadamkan rekod dunia yang di-catat Todd Hodgetts dari Australia sejauh 16.29m di Paralimpik London 2012.

Sementara itu, Dato’ Menteri Be-sar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali berkata, Kerajaan Negeri akan mem-beri ganjaran kepada Muhammad Ziyad sebagai pengiktirafan terha-dap anak jati Selangor itu yang su-dah mengharumkan nama negara.

“Saya merakamkan rasa gem-bira rakyat Selangor apabila salah seorang atlet kita meraih pingat emas dan kebetulan dia datang dari Gombak. Selepas Aidiladha ini kita akan membincangkan satu pengikti-rafan kepada atlet kita yang bejaya meraih pingat emas,” kata Mo-hamed Azmin.

Seorang lagi atlet para-limpik negara, Abdul Latif Romly, menghadiahkan pingat emas ketiga ne-gara di Sukan Paralimpik Rio apabila menewas-kan pesaingnya yang lain dalam acara lompat jauh kategori T20 (kurang upaya

SHAH ALAM - Pengendali Selangor, K Gu-nalan enggan memberikan sebarang alasan dan mengambil tanggungjawab sepenuh-nya susulan kekalahan 1-0 Selangor kepada Pahang, pada 10 September lalu.

Red Giants perlu fokus Piala Malaysia

Diterbitkan oleh Kerajaan Negeri Selangor Darul EhsanDicetak oleh NAJ Press Resources (M) Sdn. Bhd., Lot 19, Jalan Lada Hitam 16/12, 40200 Seksyen 16, Shah Alam, Selangor Darul Ehsan. Tel : 03-5519 6363 Faks : 03-5512 7985

akhir Piala Malaysia menentang PKNS FC, pada 17 September ini.

Kecederaan pemain utama seperti Mau-ro Olivi dan Patrick Ronaldinho Wleh diakui sedikit sebanyak menjejaskan rentak Sela-ngor, namun beliau terpaksa mengguna-kan pemain sedia ada bagi mengharungi baki perlawanan musim ini.

“Kita kena beraksi lebih baik kerana PKNS

juga menang dalam aksi Liga Perdana. Me-reka bersemangat tinggi dan saya perlu membuat rombakan pemain serta meng-harapkan Mauro dan Patrick kembali,” ka-tanya.

Dengan keputusan itu, Selangor kekal ditangga keempat dengan 28 mata, enam mata di belakang pasukan ketiga, Kedah yang mengumpul 34 mata.

Beliau berkata, pemainnya sudah be-raksi sebaik mungkin dengan mencipta lebih banyak peluang pada separuh masa kedua, namun nasib tidak berpihak kepa-da mereka.

“Saya berpuas hati dengan per-mainan. Walaupun kita ke-tinggalan 1-0 pada sepa-ruh masa pertama tetapi separuh masa kedua kita menyerang, namun ti-dak berjaya menjaring-kan gol.

“Berdasarkan pemain yang ada, saya sedaya upaya menyiapkan pasukan dengan menurunkan Adam (Nor Azlin) buat pertama kali bergandingan dengan Haz-wan Bakri.

“Keseluruhannya, kami tidak mengam-bil peluang pada separuh masa per-

tama,” katanya.Katanya, The Red Giants

perlu mengambil iktibar daripada pelawanan itu

dan kembali fokus ke-pada aksi suku

intelektual) dengan catatan 7.60m dalam lompatan kelima.

Atlet itu dalam lompatan ke-dua, ketiga dan keempatnya sa-haja berjaya memecahkan rekod dunia bagi acara terbabit dengan catatan 7.47m dan 7.54m walaupun lompatan pertamanya dibatalkan,

manakala lompatan ke-empat pula seka-

dar mencatatkan 6.79m.