pembangunan perisian pembelajaran berbantukan … · 2008-04-30 · malaysia pada abad ke-21 kini...

24
PEMBANGUNAN PERISIAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN KOMPUTER (PBK) BAGI KURSUS BAHASA PENGATURCARAAN II (VISUAL BASIC) NURUL SHIMAA BINTI OTHAMAN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Upload: others

Post on 09-Mar-2020

8 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: PEMBANGUNAN PERISIAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN … · 2008-04-30 · Malaysia pada abad ke-21 kini sedang berdepan dengan era teknologi maklumat. Teknologi maklumat menjadi salah satu

PEMBANGUNAN PERISIAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN

KOMPUTER (PBK) BAGI KURSUS BAHASA PENGATURCARAAN II

(VISUAL BASIC)

NURUL SHIMAA BINTI OTHAMAN

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Page 2: PEMBANGUNAN PERISIAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN … · 2008-04-30 · Malaysia pada abad ke-21 kini sedang berdepan dengan era teknologi maklumat. Teknologi maklumat menjadi salah satu
Page 3: PEMBANGUNAN PERISIAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN … · 2008-04-30 · Malaysia pada abad ke-21 kini sedang berdepan dengan era teknologi maklumat. Teknologi maklumat menjadi salah satu
Page 4: PEMBANGUNAN PERISIAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN … · 2008-04-30 · Malaysia pada abad ke-21 kini sedang berdepan dengan era teknologi maklumat. Teknologi maklumat menjadi salah satu

PEMBANGUNAN PERISIAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN KOMPUTER

(PBK) BAGI KURSUS BAHASA PENGATURCARAAN II (VISUAL BASIC)

NURUL SHIMAA BINTI OTHAMAN

Tesis ini dikemukakan sebagai memenuhi syarat penganugerahan ijazah Sarjana

Muda Sains dan Komputer serta Pendidikan (Matematik)

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

MEI 2008

Page 5: PEMBANGUNAN PERISIAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN … · 2008-04-30 · Malaysia pada abad ke-21 kini sedang berdepan dengan era teknologi maklumat. Teknologi maklumat menjadi salah satu
Page 6: PEMBANGUNAN PERISIAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN … · 2008-04-30 · Malaysia pada abad ke-21 kini sedang berdepan dengan era teknologi maklumat. Teknologi maklumat menjadi salah satu

iii

Teristimewa...

Buat ayahanda dan bonda, kakak, dan adik-adik tercinta;

Buat sahabat-sahabat yang sentiasa memberi sokongan;

Nur Farhana binti Mohd Hama

Ayuni Farhana binti Ab Kadir

Noor Liza binti Ismail

Wan Nor Syahida binti Wan Hussin

NurulSyahida binti Amdam

Juga sahabat-sahabat lain yang dikasihi fillah..

Pengorbanan, sokongan dan dorongan kalian amat ku hargai...

Page 7: PEMBANGUNAN PERISIAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN … · 2008-04-30 · Malaysia pada abad ke-21 kini sedang berdepan dengan era teknologi maklumat. Teknologi maklumat menjadi salah satu

iv

PENGHARGAAN

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Alhamdulillah, bersyukur saya kehadrat Ilahi kerana dengan izin dan limpah

kurnia-Nya, dapatlah saya menyempurnakan Projek Sarjana Muda ini. Juga selawat

dan salam buat Rasul junjungan, Muhammad s.a.w, para sahabat, tabi’ tabi’in,

mujahid dan mujahidah yang tetap teguh memperjuangkan agama Islam yang

tercinta.

Di kesempatan ini, saya ingin merakamkan setinggi penghargaan kepada

Puan Norasykin binti Mohd Zaid selaku penyelia PSM saya, yang meluangkan masa

untuk berbincang terhadap projek PSM yang saya jalankan sekaligus memberi tunjuk

ajar dalam menyiapkan laporan sepanjang semester ini.

Akhir sekali, sekalung penghargaan ditujukan kepada kedua ibubapa,

keluarga dan rakan seperjuangan yang banyak memberi bantuan, sokongan,

dorongan, kasih sayang dan doa serta kepada semua pihak yang terlibat secara

langsung atau tidak langsung dalam memberikan bantuan dan idea-idea dalam

menyiapkan Projek Sarjana Muda ini.

Page 8: PEMBANGUNAN PERISIAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN … · 2008-04-30 · Malaysia pada abad ke-21 kini sedang berdepan dengan era teknologi maklumat. Teknologi maklumat menjadi salah satu

v

ABSTRAK

Projek ini dilaksanakan untuk membangunkan sebuah perisian Pembelajaran

Berbantukan Komputer (PBK) bagi kursus Bahasa Pengaturcaraan II (Visual Basic)

meliputi tajuk Struktur Kawalan Pilihan dengan menggunakan pendekatan

Pembelajaran Berasaskan Masalah (PBM). Sehubungan itu, projek ini juga adalah

untuk membangunkan sebuah perisian pembelajaran yang interaktif dan

menggunakan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantara bagi meningkatkan sumber

rujukan berbahasa Melayu. Aplikasi multimedia ini bercirikan lapan ciri PBM

sepertimana yang dicadangkan oleh Albion (2000a). Proses pembangunan perisian

PBK ini menggunakan model Rekabentuk Instruksi Bersistem iaitu model Hannafin

dan Peck sebagai panduan. Perisian PBK ini dibangunkan dengan menggunakan

perisian Macromedia Authorware 7.0 sebagai perisian utama dan disokong oleh

perisian-perisian lain seperti Macromedia Flash 8, Adobe Photoshop CS2, Sony

Sound Forge 7.0 dan Camtasia Studio 5. Justeru itu, adalah diharapkan perisian ini

dapat menyediakan suasana pengajaran dan pembelajaran topik Struktur Kawalan

Pilihan Visual Basic yang lebih aktif, interaktif dan realistik.

Page 9: PEMBANGUNAN PERISIAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN … · 2008-04-30 · Malaysia pada abad ke-21 kini sedang berdepan dengan era teknologi maklumat. Teknologi maklumat menjadi salah satu

vi

ABSTRACT

This project was carried out to develop a Computer Based Learning (CBL)

software for the course Programming Language II (Visual Basic) in learning about

Selection Control Structure using Problem Based Learning (PBL) approach.

Futhermore, the aim of the project was also to develop an interactive software and

use Malay Language as the language of medium in order to increase the source of

reference in Malay Language. Eight characteristics of PBL were applied in this

multimedia application as suggested by Albion (2000a). Hannafin and Peck

Instructional Design Model was used as a guide to develop this software. This CBL

was developed by using Macromedia Authorware 7.0 as the main software and

supported by other software such as Macromedia Flash 8, Adobe Photoshop CS2,

Sony Sound Forge 7.0 and Camtasia Studio 5. Hopefully, the software could help

the process of teaching and learning of Visual Basic Selection Control Structure to be

more active, interactive and realistic.

Page 10: PEMBANGUNAN PERISIAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN … · 2008-04-30 · Malaysia pada abad ke-21 kini sedang berdepan dengan era teknologi maklumat. Teknologi maklumat menjadi salah satu

vii

KANDUNGAN

BAB PERKARA HALAMAN

1

PENGESAHAN STATUS TESIS

PENGAKUAN PENSYARAH

HALAMAN JUDUL

PENGAKUAN PENULIS

DEDIKASI

PENGHARGAAN

ABSTRAK

ABSTRACT

KANDUNGAN

SENARAI RAJAH

SENARAI SINGKATAN

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

1.2 Latar Belakang Masalah

1.3 Pernyataan Masalah

1.4 Objektif Projek

1.5 Skop Projek

1.6 Kepentingan Projek

1.6.1 Pelajar

1.6.2 Pensyarah

1.6.3 Fakulti

1.6.4 Universiti

ii

iii

iv

v

vi

vii

xiv

xvi

1

3

5

6

6

7

7

7

8

8

Page 11: PEMBANGUNAN PERISIAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN … · 2008-04-30 · Malaysia pada abad ke-21 kini sedang berdepan dengan era teknologi maklumat. Teknologi maklumat menjadi salah satu

viii

2

1.7 Definisi dan Istilah

1.7.1 Pendekatan

1.7.2 Pembelajaran

1.7.3 Pembelajaran Berbantukan

Komputer (PBK)

1.7.4 Pembelajaran Berasaskan

Masalah (PBM)

1.7.5 Pengaturcaraan

1.7.6 Bahasa Pengaturcaraan

1.7.7 Perisian

1.7.8 Multimedia

1.8 Penutup

SOROTAN KAJIAN

2.1 Pengenalan

2.2 Penggunaan PBK dalam Pengajaran dan

Pembelajaran

2.3 Kajian Mengenai Keberkesanan

Penggunaan PBK dalam Pengajaran dan

Pembelajaran

2.4 Teori Pembelajaran

2.4.1 Teori Konstruktivisme

2.4.2 Teori Kognitivisme

2.5 Pendekatan Pembelajaran Berasaskan

Masalah (PBM)

2.5.1 Ciri-ciri PBM

2.5.1.1 Bermula dengan Masalah

Sebenar

2.5.1.2 Memasukkan Kes-kes yang

Relevan

9

9

10

10

11

11

11

12

12

14

15

16

18

19

20

21

22

23

23

Page 12: PEMBANGUNAN PERISIAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN … · 2008-04-30 · Malaysia pada abad ke-21 kini sedang berdepan dengan era teknologi maklumat. Teknologi maklumat menjadi salah satu

ix

3

2.5.1.3 Menyertakan Beberapa

Pandangan atau Hujah

2.5.1.4 Mengaktifkan Pengetahuan

Sedia Ada dan Menyokong

Pembangunan Pengetahuan.

2.5.1.5 Membantu (Scaffold)

Pencapaian Pelajar.

2.5.1.6 Menyediakan Jalan Cerita

yang Mantap.

2.5.1.7 Menyediakan Capaian kepada

Maklumat yang Relevan.

2.5.1.8 Menggalakkan Penilaian

Kendiri

2.5.2 Keberkesanan Pendekatan

Pembelajaran Berasaskan Masalah

(PBM) dalam Pengajaran dan

Pembelajaran

2.6 Bahasa Pengaturcaraan

2.6.1 Bahasa Pengaturcaraan BASIC

2.6.2 Bahasa Pengaturcaraan Visual Basic

2.6.2.1 Sejarah Visual Basic

2.6.2.2 Kelebihan Visual Basic

2.7 Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa

Pengaturcaraan Visual Basic Berbantukan

Komputer

2.8 Penutup

REKABENTUK PERISIAN

3.1 Pengenalan

3.2 Model Rekabentuk Pengajaran yang

24

24

25

25

26

26

26

27

28

29

30

31

32

34

35

Page 13: PEMBANGUNAN PERISIAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN … · 2008-04-30 · Malaysia pada abad ke-21 kini sedang berdepan dengan era teknologi maklumat. Teknologi maklumat menjadi salah satu

x

4

Digunakan

3.2.1 Fasa Analisa Keperluan

3.2.1.1 Pengguna Sasaran

3.2.1.2 Pemilihan Tajuk dan Skop

Tajuk

3.2.1.3 Penentuan Matlamat

Pembangunan Perisian

3.2.1.4 Pengumpulan Sumber

Bahan

3.2.2 Fasa Rekabentuk

3.2.2.1 Pembentukan Objektif

3.2.2.2 Teori Pembelajaran

3.2.2.3 Pendekatan Pembelajaran

3.2.2.4 Pembinaan Carta Alir

3.2.3 Fasa Pembangunan dan

Perlaksanaan

3.2.3.1 Perisian yang Digunakan

3.2.3.2 Spesifikasi Perkakasan

yang Digunakan

3.2.4 Fasa Penilaian dan Pengulangan

3.3 Penutup

PEMBANGUNAN PERISIAN

4.1 Pengenalan

4.2 Perbincangan Persembahan Perisian

4.2.1 Permulaan Perisian

4.2.2 Menu Utama Perisian

4.2.2.1 Pengenalan

4.2.2.2 Pembelajaran Berasaskan

Masalah

36

37

37

37

38

38

39

39

40

40

41

43

44

46

47

48

49

49

50

53

54

55

Page 14: PEMBANGUNAN PERISIAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN … · 2008-04-30 · Malaysia pada abad ke-21 kini sedang berdepan dengan era teknologi maklumat. Teknologi maklumat menjadi salah satu

xi

5

i. Fasa 1

ii. Fasa 2

iii. Fasa 3

a. Perisian Visual

Basic

b. Email

c. Internet

d. Pakar Aturcara

e. Buku Rujukan

f. Nota Kuliah

iv. Fasa 4

v. Fasa 5

4.2.2.3 Kredit

4.2.2.4 Keluar

4.2.3 Kemudahan Lain dalam Perisian

4.3 Ciri-ciri Multimedia dalam Perisian

4.3.1 Teks

4.3.2 Grafik

4.3.3 Video

4.3.4 Animasi

4.3.5 Audio

4.4 Pempakejan, Pengurusan Fail dan

Penyebaran Perisian

4.5 Penutup

RUMUSAN DAN CADANGAN

5.1. Pengenalan

5.2. Perbincangan

5.3. Kelebihan Perisian

5.4. Kekurangan Perisian

60

61

62

64

65

65

66

67

68

69

70

71

72

73

74

74

75

75

76

76

76

77

78

79

80

81

Page 15: PEMBANGUNAN PERISIAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN … · 2008-04-30 · Malaysia pada abad ke-21 kini sedang berdepan dengan era teknologi maklumat. Teknologi maklumat menjadi salah satu

xii

5.5. Masalah-masalah yang Dihadapi semasa

Pembangunan Perisian.

5.5.1. Masalah Kekangan Masa

5.5.2. Masalah Kepakaran dan

Kemahiran

5.5.3. Masalah Kekurangan Sumber

5.6. Cadangan Kajian Susulan

5.7. Penutup

RUJUKAN

82

82

83

84

84

85

86

Page 16: PEMBANGUNAN PERISIAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN … · 2008-04-30 · Malaysia pada abad ke-21 kini sedang berdepan dengan era teknologi maklumat. Teknologi maklumat menjadi salah satu

xiii

SENARAI RAJAH

NO. RAJAH TAJUK HALAMAN

3.1 Model Rekabentuk Hannafin dan Peck 36

3.2 Carta Alir Perisian PBK Bagi Kursus Bahasa

Pengaturcaraan II (Visual Basic) 41

3.3 Carta Alir Fasa Aturcara 42

3.4 Carta Alir Sumber Maklumat 42

4.1 Paparan Montaj 51

4.2 Paparan Tajuk Perisian 52

4.3 Paparan Pendaftaran Pengguna 52

4.4 Paparan Nama Pengguna 53

4.5 Paparan Menu Utama 54

4.6 Paparan Pengenalan 55

4.7 Paparan Senario / Situasi 56

4.8 Paparan Poster Pertandingan 57

4.9 Paparan Projek 1 58

4.10 Paparan Projek 2 58

4.11 Paparan Projek 3 59

4.12 Paparan Fasa-fasa Aturcara 60

4.13 Paparan Fasa 1 61

4.14 Paparan Pembentukan Algoritma dan Logik Aturcara 62

4.15 Paparan Proses Mengekod Aturcara 64

4.16 Paparan Perisian Visual Basic 65

4.17 Paparan Email 66

4.18 Paparan Internet 67

Page 17: PEMBANGUNAN PERISIAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN … · 2008-04-30 · Malaysia pada abad ke-21 kini sedang berdepan dengan era teknologi maklumat. Teknologi maklumat menjadi salah satu

xiv

4.19 Paparan Pakar Aturcara 68

4.20 Paparan Buku Rujukan 69

4.21 Paparan Nota Kuliah 70

4.22 Paparan Fasa Pengujian 71

4.23 Paparan Fasa Penyelenggaraan / Dokumentasi 72

4.24 Paparan Kredit 73

4.25 Paparan Keluar 74

4.26 Paparan Bantuan 75

Page 18: PEMBANGUNAN PERISIAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN … · 2008-04-30 · Malaysia pada abad ke-21 kini sedang berdepan dengan era teknologi maklumat. Teknologi maklumat menjadi salah satu

xv

SENARAI SINGKATAN

ABBM - Alat Bahan Bantu Mengajar

BASIC - Beginner's All-purpose Symbolic Instruction Code

CD-ROM - Compact Disk-Read Only Memory

CPU - Central Processing Unit

GUI - Graphic User Interface

IPTA - Institut Pengajian Tinggi Awam

IPTS - Institut Pengajian Tinggi Swasta

IT - Information Technology

MSC - Multimedia Super Corridor

PBK - Pembelajaran Berbantukan Komputer

PBM - Pembelajaran Berasaskan Masalah

PC - Personal Computer

PPD - Program Pengajian Diploma

RAD - Rapid Application Development

UTM - Universiti Teknologi Malaysia

VB - Visual Basic

Page 19: PEMBANGUNAN PERISIAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN … · 2008-04-30 · Malaysia pada abad ke-21 kini sedang berdepan dengan era teknologi maklumat. Teknologi maklumat menjadi salah satu

BAB 1

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Malaysia pada abad ke-21 kini sedang berdepan dengan era teknologi

maklumat. Teknologi maklumat menjadi salah satu pemangkin ke arah kemajuan

negara. Seiring dengan kemajuan sains dan teknologi yang mengubah cara dan

kehidupan manusia pada zaman ini, bidang pendidikan negara kita juga tidak

terkecuali dari menerima arus perubahan tersebut. Cabaran era maklumat terhadap

sistem pendidikan dengan kewujudan arus perdana Koridor Raya Multimedia (MSC)

dalam sistem pentadbiran negara menuntut konsep pendidikan bercorak ke arah

bercirikan teknologi.

Sejajar dengan perubahan dunia pendidikan masa kini, Murad dalam

Konvensyen Pendidikan Guru Kebangsaan (2003) berkata, teori dan Falsafah

Pendidikan negara telah berubah, justeru praktik dan amali telah dipinda dan

diubahsuai dengan keadaan zaman IT di mana konsep pendidikan guru di millenium

ke-2 ini perlu menitikberatkan elemen-elemen baru seperti IT dan sebagainya.

Berdasarkan kepada konsep tersebut, pengaplikasian bahan bantu mengajar

berbentuk komputer telah mula ditekankan di sekolah-sekolah. Pelbagai kursus,

Page 20: PEMBANGUNAN PERISIAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN … · 2008-04-30 · Malaysia pada abad ke-21 kini sedang berdepan dengan era teknologi maklumat. Teknologi maklumat menjadi salah satu

2

bengkel, latihan dan seminar diadakan bagi melatih para guru supaya mereka dapat

menggunakan teknologi komputer untuk mengoptimumkan pengajaran dan

pembelajaran pelajar.

Menurut Abd. Ghani et al. (2005), pada tahun 1996, Kementerian Pendidikan

Malaysia telah menggubal Konsep Sekolah Bestari bertujuan menyediakan

pendidikan yang lebih berkualiti untuk meningkatkan pencapaian Falsafah

Pendidikan Negara ke tahap maksimum di mana teknologi maklumat menjadi

komponen utama dalam perlaksanaan projek ini. Salah satu usaha untuk menjayakan

Program Pembestarian Sekolah, adalah dengan penggunaan multimedia dalam proses

pengajaran dan pembelajaran.

Penggunaan multimedia dalam proses pengajaran dan pembelajaran menuntut

guru-guru menjadi seorang technology competent (cekap teknologi). Technology

competent bermaksud berkebolehan menggunakan semaksimum mungkin kebaikan

komputer dan pelbagai teknologi untuk mengembangkan dan meningkatkan peluang

pembelajaran dan kaedah mengajar dalam kehidupan seharian (Vicki Sharp, 1999).

Keperluan menjadi seorang technology competent dalam era teknologi maklumat dan

komunikasi ini adalah selaras dengan hasrat kerajaan dalam profesion perguruan

untuk meningkatkan lagi kualiti pendidikan. Menurut Dato’ Hj Rashdi bin Ramlan,

Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia, dalam Konvensyen Pendidikan

Guru Kebangsaan (2003), para guru, pensyarah dan setiap kita perlu mempunyai

keupayaan dari segi ilmu, pengetahuan dan kemahiran selari dengan perkembangan

teknologi maklumat yang menguasai era global masa kini untuk terus menjamin

kualiti pendidikan.

Kesedaran tentang peri pentingnya teknologi komputer dalam era globalisasi

kini dan sebagai menyahut seruan kerajaan supaya para guru menjadi technology

competent dalam profesion perguruan, beberapa Institusi Pengajian Tinggi Awam

(IPTA) dan Institusi Pengajian Tingggi Swasta (IPTS) telah mengorak langkah

Page 21: PEMBANGUNAN PERISIAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN … · 2008-04-30 · Malaysia pada abad ke-21 kini sedang berdepan dengan era teknologi maklumat. Teknologi maklumat menjadi salah satu

3

menawarkan beberapa kursus berkaitan teknologi maklumat supaya graduan yang

bakal lahir dapat menguasai ilmu dan kemahiran dalam teknologi maklumat serta

menyumbang ke arah perkembangan teknologi.

Menurut Harun et al. (dalam Maslin et al., 2002), dalam bidang pendidikan

sekolah, penekanan tentang pembelajaran pengaturcaraan diberikan kepada guru-

guru untuk menjayakan program celik komputer di sekolah-sekolah seperti

kurikulum berteraskan multimedia dan teknologi maklumat yang diselit di dalam

Program Khas Pensiswazahan Guru, Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi

Malaysia. Di antara kursus yang ditawarkan adalah Bahasa Pengarangan

(Authorware), Bahasa Pengaturcaraan C++, Bahasa Pengaturcaraan II (Visual Basic)

dan sebagainya.

1.2 Latar Belakang Masalah

Memandangkan kita sedang berada di alaf ke-21 dan bagi mencapai usaha

kerajaan untuk mewujudkan sekolah bestari, adalah wajar bagi semua golongan

pendidik untuk mendalami ilmu IT. Pembinaan perisian untuk tujuan pengajaran dan

pembelajaran amat digalakkan oleh pihak Kementerian Pelajaran Malaysia dan pihak

sekolah. Oleh itu, sebagai memenuhi seruan kerajaan untuk menjadikan para

graduan dari aliran pendidikan sebagai technology competent, UTM telah

memperkenalkan beberapa subjek berkaitan teknologi maklumat agar mereka

mampu menyumbang ke arah perkembangan teknologi dalam pendidikan. Salah satu

kursus yang ditawarkan adalah kursus Bahasa Pengaturcaraan II (Visual Basic).

Pembelajaran pengaturcaraan komputer berguna kepada guru-guru dan

mereka yang berhasrat untuk menghasilkan dan membangunkan pelbagai perisian

termasuk perisian untuk tujuan pengajaran dan pembelajaran. Pembelajaran

Page 22: PEMBANGUNAN PERISIAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN … · 2008-04-30 · Malaysia pada abad ke-21 kini sedang berdepan dengan era teknologi maklumat. Teknologi maklumat menjadi salah satu

4

pengaturcaraan komputer melibatkan penguasaan pelajar dalam membentuk

algoritma, sintaks bahasa pengaturcaraan, reka bentuk aturcara dan teknik

penyelesaian masalah (Maslin et al., 2002).

Pendekatan yang sering digunakan oleh pensyarah untuk mengajar pelajar di

universiti bagi kursus bahasa pengaturcaraan adalah dengan kaedah kuliah dan

tutorial. Memandangkan bilangan pelajar yang ramai dalam satu bilik kuliah

berkemungkinan ia akan mewujudkan suasana pengajaran dan pembelajaran yang

tidak selesa dan efisien.

Tambahan pula, ramai pelajar menganggap bahasa pengaturcaraan adalah

suatu subjek yang sukar dipelajari. Ini terbukti dengan kajian yang dilakukan oleh

Maslin et al. (2002), ke atas pelajar-pelajar yang mempelajari pengaturcaraan

komputer dalam multimedia. Kajian mendapati, pelajar menganggap pengaturcaraan

adalah suatu aktiviti yang kompleks dan membosankan. Di antara sebab-sebabnya

adalah kerana struktur bahasa pengaturcaraan itu sendiri adalah terlalu kompleks dan

memerlukan penelitian, sukar untuk menyelesaikan masalah, perlu banyak berfikir,

terdapat pelbagai cara penyelesaian, memerlukan pemikiran yang kompleks, dan

memerlukan pemahaman yang mendalam kerana melibatkan banyak sintaks.

Menurut Ibrahim et al. (2004), kebanyakan pensyarah biasanya

menyampaikan pengetahuan berasaskan isi kandungan dan berpusatkan pengajaran

itu sendiri di mana proses pembelajaran hanya berlaku secara dasar sahaja dan

adakalanya setiap konsep yang disampaikan tidak jelas dan berada jauh di luar

konteks sebenar. Justeru itu, perisian multimedia merupakan satu alternatif baru ke

arah mempelbagaikan media pengajaran (Ismail, 2002). Ini kerana, elemen-elemen

multimedia yang terdapat dalam perisian dapat menjadikan pengajaran dan

pembelajaran lebih menarik, berkesan, memberangsangkan serta bersesuaian dengan

keperluan individu pelajar.

Page 23: PEMBANGUNAN PERISIAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN … · 2008-04-30 · Malaysia pada abad ke-21 kini sedang berdepan dengan era teknologi maklumat. Teknologi maklumat menjadi salah satu

5

Selain itu, pengajaran dan pembelajaran yang bercorak interaktif juga perlu

dilaksanakan untuk menjadikan suasana pengajaran dan pembelajaran lebih baik

daripada pengajaran tradisional. Penggunaan teknologi komputer dalam pendidikan

akan dapat meningkatkan peluang pelajar untuk belajar. Justeru itu, perisian

Pembelajaran Berbantukan Komputer (PBK) merupakan satu pendekatan pengajaran

dan bahan bantu mengajar yang sesuai digunakan untuk menarik minat pelajar dalam

mempelajari kursus Bahasa Pengaturcaraan II (Visual Basic), seterusnya dapat

membantu para pelajar untuk menguasai kursus ini dengan baik.

1.3 Pernyataan Masalah

Terdapat kajian yang menunjukkan bahawa perisian tidak dibina dan direka

mengikut sukatan pelajaran yang sesuai untuk pelajar kerana kebanyakan pereka

perisian kursus tidak mempunyai latar belakang sebagai pendidik walaupun mereka

adalah pakar dalam membina perisian. Secanggih mana pun perisian yang dibina,

namun, jika pembangunan perisian pendidikan tidak dibina berasaskan teori

pembelajaran yang sesuai, tidak akan dapat menghasilkan pembelajaran yang efektif

lagi berkualiti. Didapati, kebanyakan perisian tutorial Visual Basic yang terdapat di

pasaran tidak selaras dengan silibus yang dipelajari oleh pelajar Fakulti Pendidikan

UTM yang mengambil kursus Bahasa Pengaturcaraan II (Visual Basic)

menyebabkan pelajar tidak mempunyai bahan rujukan yang sesuai dalam

mempelajari kursus ini.

Di samping itu juga, kaedah tutorial yang sering digunakan dalam

pembangunan perisian bagi mempelajari Visual Basic kadang kala membosankan

dan tidak dapat menarik minat pelajar untuk belajar kerana persekitaran

pembelajaran yang dibina tidak menarik dan interaktif.

Page 24: PEMBANGUNAN PERISIAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN … · 2008-04-30 · Malaysia pada abad ke-21 kini sedang berdepan dengan era teknologi maklumat. Teknologi maklumat menjadi salah satu

6

Tambahan pula, kebanyakan perisian Visual Basic yang terdapat di pasaran

adalah dalam versi Bahasa Inggeris. Ini akan menyukarkan pelajar memahami

arahan, isi kandungan dan pelajaran yang terkandung di dalam perisian terutama bagi

mereka yang lemah di dalam Bahasa Inggeris. Penggunaan Bahasa Inggeris sebagai

bahasa perantaraan juga merupakan punca mengapa perisian kursus tersebut kurang

digunakan sebagai sumber rujukan oleh pelajar.

1.4 Objektif Projek

Tujuan utama projek ini adalah untuk merekabentuk dan membangunkan satu

perisian Pembelajaran Berbantukan Komputer (PBK), bagi kursus Bahasa

Pengaturcaraan II (Visual Basic). Objektif projek ini adalah untuk:

i. Merekabentuk dan membangunkan satu perisian Pembelajaran

Berbantukan Komputer (PBK) berasaskan pendekatan Pembelajaran

Berasaskan Masalah (PBM).

ii. Membangunkan perisian PBK yang bersifat interaktif.

iii. Membangunkan perisian PBK dalam versi Bahasa Melayu.