pembangunan majalah web: “sejarah dalam · pdf fileseterusnya, saya ingin merakamkan...

27
PEMBANGUNAN MAJALAH WEB: “SEJARAH DALAM MATEMATIK” DAN “STATISTIK” NORMI ROSIDAR BINTI ABDUL HADI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Upload: phamnguyet

Post on 03-Feb-2018

243 views

Category:

Documents


4 download

TRANSCRIPT

Page 1: PEMBANGUNAN MAJALAH WEB: “SEJARAH DALAM · PDF fileSeterusnya, saya ingin merakamkan ucapan penghargaan yang tidak ... pelajaran matematik di sekolah. Dalam menghasilkan majalah

PEMBANGUNAN MAJALAH WEB: “SEJARAH DALAM MATEMATIK” DAN

“STATISTIK”

NORMI ROSIDAR BINTI ABDUL HADI

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Page 2: PEMBANGUNAN MAJALAH WEB: “SEJARAH DALAM · PDF fileSeterusnya, saya ingin merakamkan ucapan penghargaan yang tidak ... pelajaran matematik di sekolah. Dalam menghasilkan majalah
Page 3: PEMBANGUNAN MAJALAH WEB: “SEJARAH DALAM · PDF fileSeterusnya, saya ingin merakamkan ucapan penghargaan yang tidak ... pelajaran matematik di sekolah. Dalam menghasilkan majalah
Page 4: PEMBANGUNAN MAJALAH WEB: “SEJARAH DALAM · PDF fileSeterusnya, saya ingin merakamkan ucapan penghargaan yang tidak ... pelajaran matematik di sekolah. Dalam menghasilkan majalah
Page 5: PEMBANGUNAN MAJALAH WEB: “SEJARAH DALAM · PDF fileSeterusnya, saya ingin merakamkan ucapan penghargaan yang tidak ... pelajaran matematik di sekolah. Dalam menghasilkan majalah

PEMBANGUNAN MAJALAH WEB: “SEJARAH DALAM MATEMATIK” DAN

“STATISTIK”

NORMI ROSIDAR BINTI ABDUL HADI

Tesis ini telah dikemukakan sebagai memenuhi

syarat penganugerahan Ijazah Sarjana

Muda Sains Serta Pendidikan (Matematik)

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

APRIL, 2008

Page 6: PEMBANGUNAN MAJALAH WEB: “SEJARAH DALAM · PDF fileSeterusnya, saya ingin merakamkan ucapan penghargaan yang tidak ... pelajaran matematik di sekolah. Dalam menghasilkan majalah

ii

Page 7: PEMBANGUNAN MAJALAH WEB: “SEJARAH DALAM · PDF fileSeterusnya, saya ingin merakamkan ucapan penghargaan yang tidak ... pelajaran matematik di sekolah. Dalam menghasilkan majalah

iii

DEDIKASI

Teristimewa buat...............

Abah (Abdul Hadi bin Mohd Amin) dan ibuku (Fatimah Binti Ismail) serta

keluargaku yang tercinta (Abang So, Angah dan Abang Ngah, Abang Chik dan Kak

Tie, Kak Ayu, Najwa serta anak buah tersayang Mohd Aiman Najmee)

Doa dan harapan menjadi pemangkin dan iktizam.. Kegigihan dan kesabaran menjadi

tunggak kejayaan. Tanpa kalian pincanglah semangat terkuburlah harapan. Tidak

dilupai teman-teman seperjuangan yang bersama-sama berjuang membanting tulang.

Terima kasih untuk segalanya.......

Page 8: PEMBANGUNAN MAJALAH WEB: “SEJARAH DALAM · PDF fileSeterusnya, saya ingin merakamkan ucapan penghargaan yang tidak ... pelajaran matematik di sekolah. Dalam menghasilkan majalah

iv

PENGHARGAAN

Bersyukur ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan limpah kurnia serta hidayah-

Nya, saya dapat menyiapkan penulisan ini dengan jayanya.

Di kesempatan ini, setinggi-tinggi penghargaan saya ucapkan kepada penyelia,

PM Dr Zaleha binti Ismail dan En Mohd Khalid bin Kasmin di atas jasa dan tunjuk ajar

beliau bagi memastikan Projek Sarjana Muda ini dapat disiapkan dengan jayanya.

Segala idea yang telah dicurahkan bagi membangunkan majalah web “Dunia

Matematik” ini didahului dengan jutaan terima kasih. Semoga Allah memberikan

limpah kurnia kepada beliau atas segala ilmu yang dikongsikan.

Tidak lupa juga kepada ibu bapa serta seluruh ahli keluarga yang tercinta, terima

kasih yang tidak terhingga saya ucapkan. Sokongan, harapan serta iringan doa yang

tidak terhingga menjadi pemangkin serta iktizam dalam menyiapkan projek ini. Kasih

sayang yang diberikan amat bererti buat saya. Tanpa kalian, adalah mustahil untuk saya

berpeluang belajar di UTM serta menyiapkan projek ini

Jutaan terima kasih kepada rakan-rakan yang banyak membantu dan memberi

tunjuk ajar kepada saya. Tanpa kalian tidak mampu rasanya untuk menyempurnakan

projek ini. Seterusnya, saya ingin merakamkan ucapan penghargaan yang tidak

terhingga kepada semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam

menyiapkan penulisan serta pembangunan majalah web “Dunia Matematik” ini. Terima

kasih atas segala tunjuk ajar, dorongan, nasihat, juga kritikan-kritikan membina yang

menjadikan penulisan dan pembangunan saya berjalan dengan lancar dan memenuhi

kehendak banyak pihak.

Sekian, terima kasih.

Page 9: PEMBANGUNAN MAJALAH WEB: “SEJARAH DALAM · PDF fileSeterusnya, saya ingin merakamkan ucapan penghargaan yang tidak ... pelajaran matematik di sekolah. Dalam menghasilkan majalah

v

ABSTRAK

Majalah web matematik merupakan salah satu bahan e-pembelajaran yang dilihat

berpotensi sebagai alternatif yang berkesan dalam pembelajaran. Projek majalah web ini

menekankan pembelajaran secara terbuka yang menjangkaui batasan silibus mata

pelajaran matematik di sekolah. Dalam menghasilkan majalah web yang dinamik,

perisian terbuka Joomla! dipilih sebagai medium penyampaian kerana perisian ini

mudah digunakan dan percuma. Seterusnya, model ADDIE dipilih sebagai model

rekabentuk kerana ia bertepatan dengan ciri-ciri majalah web yang menekankan proses

pengajaran dan pembelajaran. Sistem ini dianggap sesuai memandangkan rekabentuknya

menyokong prinsip sosial konstruktivisme yang menekankan pengetahuan yang terbina

semasa aktiviti sosial seperti pebincangan dan pertukaran pendapat antara ahli kumpulan

serta interaksi antara rakan. Berteraskan sistem Joomla! dan model ADDIE, sebanyak

lima keluaran majalah “Dunia Matematik” telah dihasilkan. “Dunia Matematik”

dikeluarkan pada setiap bulan dan ia memuatkan beberapa ruangan yang memberikan

pendedahan tentang kepelbagaian cabang matematik termasuklah Fokus, Kerjaya,

Tokoh, Sejarah, Aplikasi, Kesenian, Statistik, Isu Semasa, Permaianan, Kuiz dan

Pelajari matematik. Namun penulisan ini hanya tertumpu pada dua ruangan utama

Dunia Matematik, iaitu “Sejarah dalam Matematik” dan “Statistk”. Sejarah matematik

merupakan satu bidang yang perlu diberikan keutamaan di mana di dalam“Dunia

Matematik”, pembangun cuba membawa pelajar meneroka sendiri tentang sejarah

perkembangan matematik dunia. Manakala ruangan statistik pula akan membawa

pembaca mengenali rahsia aplikasi statistik dalam kehidupan. Selain kepelbagaian

artikel, “Dunia Matematik” turut menyediakan ruang komen dan chat sebagai ruang

interaksi sesama pembaca. Diharapkan“Dunia Matematik” ini dapat dijadikan bahan

pembacaan untuk meningkatkan kefahaman dalam matematik kepada pembaca.

Page 10: PEMBANGUNAN MAJALAH WEB: “SEJARAH DALAM · PDF fileSeterusnya, saya ingin merakamkan ucapan penghargaan yang tidak ... pelajaran matematik di sekolah. Dalam menghasilkan majalah

vi

ABSTRACT

The mathematics web magazine is considered as a type of e-learning material

that has potential as an effective alternative in learning. The web magazine project

emphasizes on open learning that goes beyond the mathematics course syllabus in

schools. In creating this dynamic web magazine, an open source system called Joomla!

was chosen as its medium of presentation because it is easy to be used and it is free. The

ADDIE model is chosen as its design model because it is suitable with the features of

the web magazine that lay emphasize on teaching and learning. This system is fitting

because its design supports the principles of social constructivism which is that

knowledge is constructed during social activities such as discussions, exchange of

opinions between group members as well as interaction with friends. With the basis of

Joomla! and ADDIE, five issues of ‘Dunia Matematik’ have been produced, one for

each month and it contains sections that expose readers to the many branches of

mathematics. But, this work is focused on two main sections of Dunia Matematik, which

are ‘Sejarah dalam Matematik’ and ‘Statistik’. The history of mathematics is a field that

needs to be highlighted where in ‘Dunia Matematik’, the writer tries to encourage

students to explore for themselves the history of the development of mathematics in the

world. The ‘Statistik’ section has brought the many secrets of the application of statistics

in life. Dunia Matematik also provides a section for comments or chat as an interaction

section between readers. It is hoped that ‘Dunia Matematik’ will be a major source to

enhance the understanding of mathematics to readers.

Page 11: PEMBANGUNAN MAJALAH WEB: “SEJARAH DALAM · PDF fileSeterusnya, saya ingin merakamkan ucapan penghargaan yang tidak ... pelajaran matematik di sekolah. Dalam menghasilkan majalah

vii

KANDUNGAN

BAB PERKARA HALAMAN

PENGESAHAN STATUS TESIS

PENGESAHAN PENYELIA

JUDUL

PENGAKUAN PELAJAR ii

DEDIKASI iii

PENGHARGAAN iv

ABSTRAK v

ABSTRACT vi

KANDUNGAN vii

SENARAI RAJAH xi

SENARAI LAMPIRAN xiii

1 PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan 1

1.2 Latar Belakang Masalah 3

1.3 Penyataan Masalah 8

1.4 Objektif Projek 8

1.5 Kepentingan Projek 9

1.5.1 Pelajar 9

1.5.2 Guru 10

1.5.3 Sekolah 10

1.5.4 Ibu Bapa Dan Masyarakat 10

1.6 Skop Dan Batasan Projek 11

Page 12: PEMBANGUNAN MAJALAH WEB: “SEJARAH DALAM · PDF fileSeterusnya, saya ingin merakamkan ucapan penghargaan yang tidak ... pelajaran matematik di sekolah. Dalam menghasilkan majalah

viii

1.7 Kerangka Teori Projek 12

1.8 Definisi Istilah 14

1.8.1 Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) 14

1.8.2 Pelajar 14

1.8.3 Pengajaran 14

1.9 Penutup 14

2 SOROTAN PENULISAN

2.1 Pengenalan 15

2.2 Penerapan Unsur Sejarah dalam Matematik 17

2.2.1 Kepentingan Penerapan Elemen Sejarah dalam

Pengajaran dan Pembelajaran Matematik 18

2.3 Penerapan Unsur Statistik 20

2.4 E-pembelajaran 21

2.4.1 Kebaikan E-Pembelajaran 22

2.4.2 E-Buku 25

2.4.2.1 Kebaikan e-buku 26

2.5 Sosial Konstruktivisme 28

2.5.1 Sosial Konstruktivisme

dalam Pembelajaran Matematik 29

2.5.2 Sosial Konstruktivisme dalam E-Pembelajaran 30

2.6 Perisian Sumber Terbuka 30

2.5.1 Perisian Sumber Terbuka di Malaysia 31

2.5.2 Kelebihan Perisian Sumber Terbuka 32

2.7 Ciri-Ciri Sistem Pengurusan Kursus – JOOMLA 34

2.8 Penutup 37

3 PROSEDUR PEMBANGUNAN

3.1 Pengenalan 38

3.2 Kaedah Pelaksanaan 38

Page 13: PEMBANGUNAN MAJALAH WEB: “SEJARAH DALAM · PDF fileSeterusnya, saya ingin merakamkan ucapan penghargaan yang tidak ... pelajaran matematik di sekolah. Dalam menghasilkan majalah

ix

3.2.1 Analisis 39

3.2.2 Rekabentuk 42

3.2.3 Pembangunan 43

3.2.4 Pelaksanaan 49

3.2.5 Penilaian 50

3.3 Penutup 50

4 HASIL PEMBANGUNAN

4.1 Pengenalan 51

4.2 Penghasilan Bahan-bahan Pembelajaran 52

4.2.1 Bahan Pembelajaran 52

4.2.2 Artikel Majalah 54

4.3 Carta Alir Pembangunan 55

4.4 Paparan hasil Pembangunan Majalah Web 55

4.4.1 Paparan Muka Depan ‘MenuUtama’ 56

4.4.2 Paparan Daftar Masuk ‘Login’ 58

4.4.3 Paparan ‘Artikel’ 60

4.4.3.1 Elemen Multimedia 67

4.4.3.2 Artikel berserta Hyperlink 68

4.4.4 Paparan Keluaran Lepas 70

4.4.5 Paparan Komen atau ‘Chat’ 71 4.5 Penutup 72

5 PERBINCANGAN, CADANGAN DAN KESIMPULAN

5.1 Pengenalan 73

5.2 Perbincangan 73

5.2.1 Membangunkan majalah web menggunakan

Sistem Pengurusan Kursus topik ‘Sejarah dalam

Page 14: PEMBANGUNAN MAJALAH WEB: “SEJARAH DALAM · PDF fileSeterusnya, saya ingin merakamkan ucapan penghargaan yang tidak ... pelajaran matematik di sekolah. Dalam menghasilkan majalah

x

Matematik’ 73

5.2.2 Membangunkan majalah web menggunakan

Sistem Pengurusan Kursus topik ‘Statistik’ 74

5.3 Majalah Web ‘Dunia Matematik’ 74

5.3.1 Keistimewaan Majalah Web 75

5.3.2 Kelebihan Majalah Web 76

5.3.3 Kekurangan Majalah Web 78

5.4 Masalah Dihadapi Semasa Penghasilan Projek 78

5.4.1 Kepakaran Yang Terhad 79

5.4.1.1 Kepakaran Dalam Perisian JOOMLA 79

5.4.1.2 Kepakaran Dalam Bidang Penulisan 79

5.4.2 Capaian Internet 80

5.4.3 Kekurangan Sumber 80

5.4.4 Kekangan Masa 80

5.5 Cadangan Penyelesaian 81

5.6 Penutup 83 RUJUKAN 84

LAMPIRAN A- K 88-121

Page 15: PEMBANGUNAN MAJALAH WEB: “SEJARAH DALAM · PDF fileSeterusnya, saya ingin merakamkan ucapan penghargaan yang tidak ... pelajaran matematik di sekolah. Dalam menghasilkan majalah

xi

SENARAI RAJAH

NO. RAJAH TAJUK HALAMAN

1.1 Kerangka Teori Projek 12

2.1 Laman Utama JOOMLA 35

2.2 Lesen GNU/GPL 37

3.1 Aliran fasa berdasarkan Model ADDIE 39

3.2 Carta Alir Penghasilan Artikel 45

3.3 Skrin ‘Control Panel’ 46

3.4 Skrin ‘Article Manager’ 46

3.5 Skrin ‘Menu Artikel’ 47

3.6 Skrin ‘Media Manager’ 47

3.7 Skrin ‘file normi’ dalam ‘Media Manager’ 48

3.8 Skrin ‘Import Gambar’ 48

4.1 Skrin ‘Control Panel’ 53

4.2 Skrin ‘Bahagian Control Panel’ 53

4.3 Carta Alir Majalah Web 55

4.4 Skrin ‘Front Page’ 56

4.5 Skrin ‘Front Page’ 57

4.6 Skrin ‘Front Page’ 57

4.7 Skrin ‘login’ 59

4.8 Skrin ‘Pendaftaran Akaun Baru’ 59

4.9 Skrin ‘Artikel’ 63

(Sejarah dalam Matemataik: keluaran Januari)

4.10 Skrin ‘Artikel’ 63

(Statistik : keluaran Januari)

4.11 Skrin ‘Artikel’ 64

Page 16: PEMBANGUNAN MAJALAH WEB: “SEJARAH DALAM · PDF fileSeterusnya, saya ingin merakamkan ucapan penghargaan yang tidak ... pelajaran matematik di sekolah. Dalam menghasilkan majalah

xii

(Sejarah dalam Matematik: keluaran Februari)

4.12 Skrin ‘Artikel’ 64

(Statistik : keluaran Februari)

4.13 Skrin ‘Artikel’ 65

(Sejarah dalam Matematik: keluaran Mac)

4.14 Skrin Artikel 65

(Statistik: keluaran Mac)

4.15 Skrin ‘Artikel’ 66

(Sejarah dalam Matematik: keluaran April)

4.16 Skrin Artikel 66

(Statistik: keluaran April)

4.17 Skrin Artikel 67

(Aplikasi Teks)

4.18 Skrin Artikel 68

(Aplikasi Grafik)

4.19 Skrin Artikel (hyperlink) 69

4.20 Skrin ‘Keluaran Lepas’ 70

4.21 Skrin ‘Komen atau Chat’ 71

Page 17: PEMBANGUNAN MAJALAH WEB: “SEJARAH DALAM · PDF fileSeterusnya, saya ingin merakamkan ucapan penghargaan yang tidak ... pelajaran matematik di sekolah. Dalam menghasilkan majalah

xiii

SENARAI LAMPIRAN

NO. LAMPIRAN TAJUK HALAMAN

A Artikel Keluaran Januari:

Bilakah Matematik Bermula? 87

B Artikel Keluaran Januari

Statistik: Aplikasi dalam Kehidupan 90

C Artikel Keluaran Februari

Sistem nombor Mesir Kuno:

Suatu Keunikan 94

D Artikel Keluaran Februari

Statistik Kemalangan jalan Raya terus

Mengganas 97

E Artikel Keluaran Mac

Sejarah Kesenian Golden Section 100

F Artikel Keluaran Mac

Statistik: Aplikasi dalam Insuran 104

G Artikel Keluaran April

Al-Khwarizmi: Personaliti Ahli

Matematik Islam Terkemuka 107

H Artikel Keluaran April

Statistik Pilihan Raya 110

I Tahap Pandangan Pelajar Sekolah

Tentang Penggunaan E-Majalah Matematik

Dalam Aspek Emosi 1 114

Page 18: PEMBANGUNAN MAJALAH WEB: “SEJARAH DALAM · PDF fileSeterusnya, saya ingin merakamkan ucapan penghargaan yang tidak ... pelajaran matematik di sekolah. Dalam menghasilkan majalah

xiv

J Tahap Pandangan Pelajar Sekolah

Tentang Penggunaan E-Majalah Matematik

Dalam Aspek Sosial 117

K Tahap Pandangan Responden

Tentang Penggunaan E-MajalahMatematik

Dalam Aspek Pembelajaran 120

Page 19: PEMBANGUNAN MAJALAH WEB: “SEJARAH DALAM · PDF fileSeterusnya, saya ingin merakamkan ucapan penghargaan yang tidak ... pelajaran matematik di sekolah. Dalam menghasilkan majalah

BAB 1

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Matematik seringkali dianggap sukar oleh kebanyakan pelajar. Jika dilihat dari

segi prestasi pelajar di sekolah menengah dan sekolah rendah, rata-rata pelajar sering

memperolehi keputusan yang kurang memberangsangkan. Justeru itu, mereka

mengambil jalan mudah dengan mengabaikan matapelajaran matematik sejak awal lagi.

Selain itu, masalah pendidikan matematik yang terlalu berorientasikan peperiksaan

mengakibatkan pelajar tidak mampu untuk meneroka bidang-bidang matematik dengan

lebih mendalam dan sukar untuk mengaplikasikannya dalam kehidupan seharian.

Terdapat pelbagai masalah yang dikenalpasti dalam pendidikan matematik di Malaysia

antaranya ialah pendekatan latih tubi tanpa pendedahan konsep yang mencukupi, kaedah

pembelajaran yang membosankan dan kekurangan kemudahan pembelajaran yang

terkini. (Mohamad Khatim Hasan 2001)

Pengaruh perkembangan dunia teknologi digital dalam senario pendidikan

Malaysia telah banyak merubah sistem pendidikan yang konvensional kepada

pendidikan berasaskan teknologi maklumat dan komunikasi (Faisal Mohammad 2002).

Konsep e-pembelajaran merupakan satu contoh aplikasi teknologi yang telah mendapat

tempat dalam bidang pendidikan. Berkonsepkan teknologi elektronik digital dan

rangkaian komputer, e-pembelajaran merupakan satu strategi pembelajaran yang inovatif

(innovatif learning starategies) yang melibatkan pendekatan pembelajaran seperti

pembelajaran kolaboratif, pembelajaran berasaskan masalah, pembelajaran berasaskan

Page 20: PEMBANGUNAN MAJALAH WEB: “SEJARAH DALAM · PDF fileSeterusnya, saya ingin merakamkan ucapan penghargaan yang tidak ... pelajaran matematik di sekolah. Dalam menghasilkan majalah

2

sumber (resourse based learning) dan pembelajaran tindakan (action based learning)

(Faisal Mohammad 2002). Aplikasi penggunaan teknologi dalam pendidikan dapat

memberikan banyak manfaat kepada dunia pendidikan. Oleh itu, bidang pendidikan

perlu mengambil peluang bijak terhadap perkembangan teknologi ini.

Aplikasi penggunaan komputer dan teknologi maklumat dalam pendidikan

matematik merupakan satu inisiatif pengajaran dan pembelajaran (P&P) yang semakin

diberikan penekanan. NCTM (National Council of Teachers' of Mathematics, 1980)

mencadangkan supaya pengajaran matematik mengambil peluang luas yang ditawarkan

oleh komputer. Sehubungan itu, pelajar perlu diberikan lebih pendedahan terhadap

penggunaan komputer dan teknologi maklumat bagi memastikan kemahiran dan

kefahaman dapat disampaikan dengan lebih efektif dan efisyen. Selain itu, pendidikan

matematik yang berteraskan komputer ini juga dapat meningkatkan kemahiran berfikir

serta dapat memperkayakan lagi kemahiran generik pada diri setiap pelajar. Di samping

pelajar berpeluang dapat belajar secara individu, pelajar juga mampu mengukur kadar

pembelajaran dan kebolehan diri sendiri. Menurut kajian IDRUS R. Z. (2003):

“The combination of the communicative features and access to resources leads

to unique learning experiences where by students have the luxury of

comprehensive learning experiences ,from synchronous learning to threaded

discussions then to self-paced study, all involving a combination of various

strategies…”

Internet merupakan salah satu aplikasi komputer yang mampu meningkatkan

mutu pembelajaran matematik pada masa kini. Internet atau 'International Network of

Networks' ialah sebuah rangkaian komputer diperingkat antarabangsa. Ia mengandungi

lebih daripada 50 ribu rangkaian komputer di seluruh dunia, lebih daripada 6.6 juta

komputer hos dan lebih daripada 50 juta pengguna dari lebih daripada 160 buah negara (

Zoraini, 1995). Laman web merupakan satu elemen yang penting dalam idea

memperolehi pelbagai variasi maklumat. Melalui laman web, pengakses boleh

Page 21: PEMBANGUNAN MAJALAH WEB: “SEJARAH DALAM · PDF fileSeterusnya, saya ingin merakamkan ucapan penghargaan yang tidak ... pelajaran matematik di sekolah. Dalam menghasilkan majalah

3

memperolehi pelbagai jenis sumber yang berjuta-juta bilangannya. Sumber ini

termasuklah kertas persidangan, artikel majalah, perisian komputer, gambar, video dan

sebagainya. Internet telah menjadikan seluruh dunia ini sebagai satu perkampungan

maya yang menjimatkan masa, tenaga dan kos dalam pencarian maklumat (Khatim

Hassan 2003).

Menyedari potensi dan keupayaan internet sebagai wadah komunikasi dan

interaksi eletronik yang berkesan serta sumber memperolehi kepelbagaian maklumat,

maka majalah web matematik merupakan satu bentuk item maklumat yang perlu di

terbitkan dengan lebih meluas bagi memastikan pendidikan matematik terus

berkembang. Pelbagai maklumat yang berguna dapat diperolehi disamping variasi

aktiviti yang dapat melatih pemikiran pelajar agar lebih bijak berfikir secara kreatif dan

kritis serta memantapkan kemahiran generik dalam diri pelajar . Pelajar perlu meneroka

sendiri untuk memperolehi pelbagai bentuk maklumat yang diperlukan. Menurut kajian

yang dilaksanakan IDRUS R. (2003), pembelajaran berasaskan web bukan sahaja

mewujudkan suasana yang berinformasi tapi ia juga mampu memberi peluang kepada

pelajar untuk meneroka sendiri semua maklumat yang dicari. Pembelajaran

menggunakan web ini juga memberi kebebasan kepada pelajar bagaimana cara yang

lebih sesuai dan lebih berkesan digunakan oleh individu pelajar itu sendiri.

1.2 Latar Belakang Masalah

Matematik sering didefinisikan sebagai satu matapelajaran yang sukar untuk

dikuasai oleh kebanyakan pelajar sekolah. Kebanyakan pelajar tidak tertarik kepada

matematik kerana mereka sering mendapat keputusan yang tidak memuaskan.

Pembelajaran yang hanya berorientasikan peperiksaan semata-mata mengakibatkan

pelajar kurang berminat dan seterusnya membantutkan perkembangan kognitif pelajar

dalam matematik. Pembelajaran secara menghafal dan latih tubi perlu diubah kepada

bentuk pembelajaran yang merangsang pemikiran, berunsur kreatif, memenuhi

Page 22: PEMBANGUNAN MAJALAH WEB: “SEJARAH DALAM · PDF fileSeterusnya, saya ingin merakamkan ucapan penghargaan yang tidak ... pelajaran matematik di sekolah. Dalam menghasilkan majalah

4

keperluan pelajar, mengambil perbezaan kebolehan dan gaya pembelajaran setiap

individu pelajar berdasarkan kesamarataan pembelajaran (Mohamad Khatim Hasan

2003). Pengajaran secara tradisional yang banyak diamalkan oleh kebanyakan guru-

guru matematik di Malaysia tidak mampu melahirkan pelajar yang berkemahiran serta

bijak berfikir secara kreatif dan kritis. Razali Ismail (2002) berpendapat bahawa

pengajaran secara tradisional memberi penekanan kepada mengingati konsep-konsep

dan istilah-istilah saintifik atau matematik secara terasing yang mana akhirnya akan

dilupai. Oleh itu pelajar perlu didedahkan dengan teknik yang lebih menarik dan lebih

efektif bagi menghadapi dunia teknologi yang kian pesat membangun.

Perkembangan teknologi pengkomputeran dunia sedikit sebanyak mempengaruhi

perkembangan pendidikan Malaysia. Pengintegrasian penggunaan internet dalam

pendidikan merupakan satu cetusan idea yang mampu meningkatkan elemen e-

pembelajaran sejajar dengan perkembangan teknologi ini. Persediaan yang rapi oleh

guru-guru perlu dilaksanakan bagi menghadapi cabaran dunia teknologi maklumat dan

komunikasi pada hari ini. Bidang pendidikan perlu mengambil peluang atas

perkembangan teknologi maklumat bagi menampung keperluan pendidikan negara pada

masa kini. Pelbagai kepentingan boleh diperolehi dengan aplikasi internet dan

komunikasi dalam pendidikan. Menurut Boukottaya A., Geoffoy F. & Vanoirbeek C.

(2003):

“The advantage in using the World-Wide-Web (WWW) as a platform for

learning does not need to be proved. A large number of Web based learning

environments have emerged with the goal of replacing old-fashioned time, place

and content predefined learning with just in time, place independent, customized,

dynamic and up-to-date content learning process.

Page 23: PEMBANGUNAN MAJALAH WEB: “SEJARAH DALAM · PDF fileSeterusnya, saya ingin merakamkan ucapan penghargaan yang tidak ... pelajaran matematik di sekolah. Dalam menghasilkan majalah

5

Justeru itu, menyedari pemasalahan yang melanda bidang pendidikan matematik

serta kepentingan teknologi dalam bidang pendidikan, kerajaan telah banyak mengambil

langkah bagi memperbaiki mutu pendidikan matematik pada masa kini. Pengintegrasian

teknologi terkini dalam proses pengajaran dan pembelajaran akan berupaya

meningkatkan dan memperkembangkan pemikiran pelajar berasaskan kepelbagaian

sumber maklumat yang melampaui batasan bilik darjah (Mohamad Khatim Hasan 2003).

Antara langkah yang diambil ialah membudayakan e-pembelajaran dalam pendidikan

matematik. Menurut Jaya Koran C. Kumar (2001), e-pembelajaran membolehkan

pembelajaran kendiri dilaksanakan dengan lebih berkesan. Melalaui e-pembelajaran,

pelajar mampu membuat perancangan mereka sendiri dan mencari bahan dengan daya

usaha dan inisiatif mereka sendiri. Dengan ini pelajar mampu mewujudkan

pembelajaran secara aktif (active learning) dan meningkatkan kemahiran generik pada

diri mereka. Pembelajaran yang berasaskan pengalaman sendiri seperti e-pembelajaran

merupakan satu kaedah yang sangat berkesan..

Walaupun aplikasi teknologi dalam kaedah pengajaran dan pembelajaran mampu

menarik minat pelajar untuk meneroka sendiri apa itu matematik, namun penerapan

nilai-nilai sejarah juga perlu diterapkan. Melalui penerapan nilai sejarah dalam

pendidikan matematik, mampu memberi kesedaran kepada pelajar agar lebih

menghargai matematik. Kerajaan sendiri menitik beratkan elemen sejarah dalam

pendidikan matematik kerana menyedari kepentingannya dalam pendidikan matematik

hari ini. Penerapan nilai sejarah dalam pendidikan matematik hanya diselitkan sebagai

set induksi dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Ini sebenarnya mengakibatkan

pelajar merasakan sejarah matematik itu tidak penting. Oleh itu, sejarah dalam

matematik merupakan satu topik yang perlu diberi penekanan dalam pendidikan

matematik KBSM kerana ia merupakan elemen yang mampu memberikan pengetahuan

yang mendalam tentang bidang-bidang matematik. Menurut Shu Chin Yang (Icool

2003) elemen-elemen sejarah dapat memperkayakan pemikiran yang kritikal (critical

thinking), meningkatkan kemahiran komunikasi (communication), makumat

(information) dan kemahiran berfikir (thinking skills). Penerapan unsur-unsur sejarah

Page 24: PEMBANGUNAN MAJALAH WEB: “SEJARAH DALAM · PDF fileSeterusnya, saya ingin merakamkan ucapan penghargaan yang tidak ... pelajaran matematik di sekolah. Dalam menghasilkan majalah

6

dalam sistem pendidikan matematik merupakan tapak asas dalam usaha memupuk minat

pelajar terhadap matematik. Pelajar akan memahami konsep sebenar penggunaan

simbol-simbol serta istilah-istilah tertentu dalam matematik tanpa perlu menghafal

secara menyeluruh. Ini sebenarnya dapat memberi peluang kepada pelajar meneliti

tentang keunikan matematik serta dapat memupuk sikap cintakan matematik.

Mempelajari sejarah juga mampu melatih kemahiran berfikir dengan lebih kompleks.

Menurut Shu Ching Yang Icool 2003; Brophy, 1992:

“The study of history provides an ideal opportunity to develop and

practice the kind of complex thinking skills needed for a rapidly changing world.

History learning shares the spirit of critical thinking...”

Selain penerapan nilai-nilai sejarah dalam pendidikan matematik, pelajar hari ini

kurang didedahkan tentang aplikasi statistik dalam kehidupan mereka. Tanpa disedari

penggunaan statistik di sekeliling kita merupakan satu bidang dalam matematik yang

sangat meluas serta banyak diapliksikan dalam kehidupan seharian. Statistik merupakan

satu alat yang mampu memperkenalkan matematik. Untuk berfungsi dengan lebih baik,

masyarakat hari ini memerlukan statistik sebagai keperluan dalam kehidupan seharian

mereka. Oleh itu, penerapan aplikasi statistik dalam matematik merupakan salah satu

fokus yang harus diberikan penekanan. Ini juga sebenarnya memberi peluang kepada

pelajar mengenal apakah kepentingan statistik dalam kehidupan seharian mereka.

Sebagai contoh, melalui statistik, kita boleh mengetahui kadar kemalangan jalan raya di

negara kita. Dan sekali gus ini, ia dapat menarik minat pelajar untuk mempelajari

matematik kerana statistik adalah salah satu perkara yang berada di sekeliling mereka.

Menyedari kepentingan penerapan elemen sejarah dalam matematik serta

aplikasi statistik, pelbagai bahan-bahan diterbitkan di pasaran. Namun, serigkali kita

mendengar rungutan dari sesetengah pelajar yang tidak gemar terhadap sejarah

Page 25: PEMBANGUNAN MAJALAH WEB: “SEJARAH DALAM · PDF fileSeterusnya, saya ingin merakamkan ucapan penghargaan yang tidak ... pelajaran matematik di sekolah. Dalam menghasilkan majalah

7

matematik serta kurangnya pendedahan tentang statistik dalam matematik. Ini

sebenarnya disebabkan bahan-bahan rujukan serta aktiviti yang tidak dapat menarik

minat pelajar. Pembelajaran secara tradisional langsung tidak mampu menarik minat

pelajar disebabkan hanya guru bertindak sebagai penyampai maklumat tanpa melibatkan

pelajar secara aktif (active learning). Sumber rujukan bercetak yang terdapat di pasaran

tidak dapat menarik minat pelajar untuk membaca atau dijadikan sebagai rujukan. Ini

kerana bahan-bahan yang bercetak ini tidak dilengkapi elemen multimedia yang

interaktif yang dapat menarik minat pelajar. Di samping itu bahan cetakan ini juga tidak

mampu memberikan maklumbalas dengan segera. Ini sebenarnya tidak memberi peluang

kepada pelajar untuk menilai kemampauan serta tahap pencapaian mereka sendiri.

Menurut Chan Yuen Fook (1998) pengajaran dan pembelajaran secara bersua muka atau

membaca bahan terbitan tradisional dalam bentuk buku atau makalah sahaja tidak

mencukupi demi kejayaan seseorng pelajar pada masa hadapan. Jadi, sebagai

penyelesaian, ‘Dunia Matematik’ dipilih sebagai item yang dapat menarik minat serta

mampu memberikan pengalaman yang bermakna pada diri pelajar. Elemen-elemen

multimedia yang terkandung di dalam majalah web ini mampu menarik minat pelajar.

Menurut Aziz Kulop Saad (2000 ) multimedia pada dasarnya merangkumi intipati-

intipati teks dan animasi di mana pengguna boleh berinteraksi dengannya.

Alternatif bagi menarik minat pelajar serta memperkayakan bahan-bahan sejarah

dalam matematik, ialah mewujudkan suasana pembelajaran yang interaktif dan

menyeronokkan. E- pembelajaran merupakan jalan penyelesaian yang terbaik bagi

menangani masalah ini. Aplikasi majalah web matematik yang mempunyai unsur-unsur

multimedia yang interaktif dapat menarik minat pelajar untuk terus mempelajari sejarah

serta kepentingan statistik dalam kehidupan. Melalui ‘Dunia Matematik’ ini, bercirikan

pembelajaran secara sosial konstruktivisme, pelajar mampu meneroka sendiri

pengetahuan yang mereka kehendaki. Melaui forum dan perbincangan pelajar akan

lebih mudah untuk memahami konsep dengan berkongsi idea serta pendapat daripada

pengakses yang lain. Menurut Shu Ching Yang (2003), interaksi melalui ruangan

Page 26: PEMBANGUNAN MAJALAH WEB: “SEJARAH DALAM · PDF fileSeterusnya, saya ingin merakamkan ucapan penghargaan yang tidak ... pelajaran matematik di sekolah. Dalam menghasilkan majalah

8

perbincangan dapat memberi peluang kepada pelajar untuk bertanya soalan, berfikir

tentang soalan tersebut dan membuat kesimpulan.

1.3 Penyataan Masalah

Matematik masih dianggap matapelajaran yang sukar dikuasai oleh kebanyakan

pelajar. Walaupun pelbagai perubahan telah dilaksanakan dalam sistem pendidikan

matematik negara namun perkembangan pendidikan matematik masih berada ditahap

yang sederhana. Pelajar sering menganggap pembelajaran matematik amat

membosankan kerana ia hanya lebih memfokuskan kepada pengiraan, penggunaan

rumus-rumus yang komplek. Bidang-bidang matematik sebenarnya sangat meluas dan

bukan hanya berorientasikan pengiraan semata-mata namun ia turut meliputi keindahan

sejarah matematik dan aplikasi statistik dalam kehidupan serta pelbagai disiplin yang

perlu dipatuhi. Seiring dengan perkembangan teknologi yang menongkah arus

pemodenan, maka pembelajaran berlandaskan teknologi maklumat dan komunikasi

merupakan satu inisiatif bagi menangani masalah tersebut. Perkembanagan e-

pembelajaran dalam dunia pendidikan merupakan satu cabang teknologi maklumat yang

mampu memperbaiki lubang-lubang dalam sistem pendidikan matematik negara pada

hari ini. Oleh itu ‘Dunia Matematik’ merupakan satu projek majalah web matematik

dilaksanakan supaya dapat menyediakan bahan dan aktiviti yang berkualiti serta dapat

mewujudkan pembelajaran yang berpusatkan pelajar.

1.4 Objektif Projek

Objektif projek pembangunan majalah web matematik ialah:

Page 27: PEMBANGUNAN MAJALAH WEB: “SEJARAH DALAM · PDF fileSeterusnya, saya ingin merakamkan ucapan penghargaan yang tidak ... pelajaran matematik di sekolah. Dalam menghasilkan majalah

9

i. Membangunkan majalah web menggunakan Sistem Pengurusan

Kandungan topik ‘Sejarah dalam Matematik’.

ii. Membangunkan majalah web menggunakan Sistem Pengurusan

Kandungan topik ‘Statistik’.

1.5 Kepentingan Projek

1.5.1 Pelajar

Para pelajar dapat menggunakan majalah web matematik yang disediakan bagi

memperolehi pelbagai variasi maklumat tentang matematik dan pelajar juga boleh

membuat aktiviti-aktiviti menarik yang terkandung dalam majalah ini. Melalui bahan-

bahan bercetak, pelajar tidak mampu untuk menerima maklum balas dengan segera.

Dan ini tidak mampu menarik minat pelajar untuk membaca atau membuat aktiviti

melalui bahan-bahan bercetak. Pelajar dapat belajar secara aktif dan dapat

meningkatkan kemahiran secara kreatif dan kritis serta memperkayakan ilmu

pengetahuan yang baru tanpa mengira tempat dan masa.

Pelajar juga boleh berinteraksi sesama mereka serta dengan guru di dalam

ruangan forum dan chat yang disediakan bagi membincangkan masalah yang dihadapi

dalam matematik. Pelajar juga boleh melakukan semua aktiviti serta latihan yang

disediakan dan seterusnya mendapat maklumbalas dengan serta merta. Melalui ini,

pelajar dapat menilai tahap penguasaan mereka serta seterusnya berusaha memperbaiki

kelemahan diri mereka.