majalah asuh julai 2009

6
muka bumi ini dengan memandang hina kekurangan orang lain. Ber- jalanlah dengan penuh rendah diri dan memandang orang yang susah dengan kasih sesama insan. Bahkan kita juga tidak boleh sombong terhadap kedua ibu bapa dengan merasakan kita selalu betul. Kita kenalah mendengar nasihat mak ayah kerana mereka berpesan untuk kebaikan diri kita. Sentiasa bercakap dengan lemah- lembut terhadap mereka. Tanpa mereka siapa kita. Mereka tanpa mengenal penat-lelah, tanpa keluh- kesah, sentiasa berkorban untuk membesarkan kita. Pengorbanan mereka tiada tandingannya. Justeru itu, segala ilmu yang kita perolehi perlu disyukuri dengan berkongsi bersama kawan-kawan, menceritakan kepada adik-adik dan memberi manfaat kepada masyarakat di sekeliling. Jangan sesekali kita kedekut untuk berkongsi segala ilmu dan kelebihan yang kita miliki. Ingatlah adik-adik, jangan sombong, pasti kita akan mendapat ramai kawan. Jika kita menghadapi pelbagai halangan dalam hidup, jadikanlah nama Allah “al-Mutakabbir” ini sebagai wirid, insya-Allah akan di- perkenankan segala hajat dengan mengetepikan segala halangan tersebut. walaupun itu adalah perintah Allah SWT. Akhirnya Iblis dilaknat oleh Allah kerana menderhaka. Begitu juga kita, jika kita angkuh, sombong dan berbangga diri, kawan-kawan akan menjauhkan diri. Hidup kita akan kesunyian, apabila susah tiada siapa yang sudi membantu, tinggallah kita seorang diri. Sesungguhnya sikap sombong, angkuh dan besar diri semuanya orang benci. Inilah sifat yang mesti dihindarkan untuk menjaga hubungan sesama manusia dan hubungan dengan Allah. Kita mesti ingat, Allah yang mencipta segala bentuk alam ini, makhluk dan kita. Jadi layaklah Allah untuk meng-Agungkan diri dan kita sebagai ciptaan-Nya mesti taat akan suruhan-Nya. Kita tidak boleh bermegah-megah berjalan di atas Adik-adik mesti pernah dipuji kerana kecantikan, kecerdikan di dalam kelas, kebaikan menolong orang lain dan sebagainya. Rasa bangga, angkuh, sombong terus masuk dalam diri dengan kelebihan tersebut. Kita merasakan diri hebat daripada orang lain, berasa takbur (besar diri) sehinggakan orang lain tidak dapat menandingi diri kita. Itulah sifat yang tidak patut ada pada diri kita. Ini kerana sifat-sifat ini hanya layak ada pada Allah SWT yang bersifat al-Mutakabbir iaitu Yang Memiliki Segala Keagungan. Meskipun kita seorang yang hebat dalam bersukan, berpidato, sering mendapat nombor satu, itu hanyalah pemberian dari Allah SWT. Kita hamba yang lemah tidak layak untuk mengagungkan diri, menyombongkan diri bahkan membesarkan diri. Adik-adik tentu ingat kisah Iblis yang ingkar akan perintah Allah, merasakan diri hebat sehinggakan tidak mahu sujud hormat kepada Nabi Adam 5 BIL. 144 • JULAI 2009 BIL. 144 • JULAI 2009 Al-Mutakabbir Al-Mutakabbir Al-Mutakabbir Al-Mutakabbir OLEH:AMIRA SHAZWANI CHE ABD GHANI Pelatih Jabatan Dakwah & Pembangunan Insan, UM

Upload: galeri-ilmu-dot-com

Post on 22-Mar-2016

471 views

Category:

Documents


149 download

DESCRIPTION

Preview Majalah Asuh Julai 2009

TRANSCRIPT

Page 1: Majalah Asuh Julai 2009

muka bumi ini dengan memandang hina kekurangan orang lain. Ber-jalanlah dengan penuh rendah diri dan memandang orang yang susah dengan kasih sesama insan.

Bahkan kita juga tidak boleh sombong terhadap ke dua ibu bapa dengan merasakan kita selalu betul. Kita kenalah mendengar nasihat mak ayah kerana mereka berpesan untuk kebaikan diri kita. Sentiasa bercakap dengan lemah-lembut terhadap mereka. Tanpa mereka siapa kita. Mereka tanpa mengenal penat-lelah, tanpa keluh-kesah, sentiasa berkorban untuk membesarkan kita. Pengorbanan mereka tiada tandingannya.

Justeru itu, segala ilmu yang kita perolehi perlu disyukuri dengan berkongsi bersama kawan-kawan, menceritakan kepada adik-adik dan memberi manfaat kepada masyarakat di sekeliling. Jangan sesekali kita kedekut untuk berkongsi segala ilmu dan kelebihan yang kita miliki. Ingatlah adik-adik, jangan sombong, pasti kita akan mendapat ramai kawan.

Jika kita menghadapi pelbagai halangan dalam hidup, jadikanlah nama Allah “al-Mutakabbir” ini sebagai wirid, insya-Allah akan di -perkenankan segala hajat dengan mengetepikan segala halangan tersebut.

walaupun itu adalah perintah Allah SWT. Akhirnya Iblis dilaknat oleh Allah kerana menderhaka.

Begitu juga kita, jika kita angkuh, sombong dan berbangga diri, kawan-kawan akan menjauhkan diri. Hidup kita akan kesunyian, apabila susah tiada siapa yang sudi membantu, tinggallah kita seorang diri. Sesungguhnya sikap sombong, angkuh dan besar diri semuanya orang benci. Inilah sifat yang mesti dihindarkan untuk menjaga hubungan sesama manusia dan hubungan dengan Allah.

Kita mesti ingat, Allah yang mencipta segala bentuk alam ini, makhluk dan kita. Jadi layaklah Allah untuk meng-Agungkan diri dan kita sebagai ciptaan-Nya mesti taat akan suruhan-Nya. Kita tidak boleh bermegah-megah berjalan di atas

Adik-adik mesti pernah dipuji kerana kecantikan, kecerdikan di dalam kelas, kebaikan menolong orang lain dan sebagainya. Rasa bangga, angkuh, sombong terus masuk dalam diri dengan kelebihan tersebut. Kita merasakan diri hebat daripada orang lain, berasa takbur (besar diri) sehinggakan orang lain tidak dapat menandingi diri kita. Itulah sifat yang tidak patut ada pada diri kita. Ini kerana sifat-sifat ini hanya layak ada pada Allah SWT yang bersifat al-Mutakabbir iaitu Yang Memiliki Segala Keagungan.

Meskipun kita seorang yang hebat dalam bersukan, berpidato, sering mendapat nombor satu, itu hanyalah pemberian dari Allah SWT. Kita hamba yang lemah tidak layak untuk mengagungkan diri, menyombongkan diri bahkan membesarkan diri. Adik-adik tentu ingat kisah Iblis yang ingkar akan perintah Allah, merasakan diri hebat sehinggakan tidak mahu sujud hormat kepada Nabi Adam

A

M

5BIL. 144 • JULAI 2009BIL. 144 • JULAI 2009

Al-MutakabbirAl-MutakabbirAl-MutakabbirAl-Mutakabbir

OLEH:AMIRA SHAZWANI CHE ABD GHANI Pelatih Jabatan

Dakwah & Pembangunan Insan, UM

Page 2: Majalah Asuh Julai 2009

Adik-adik, kali ini kita akan berkenalan dengan salah seorang tokoh ilmuan Islam iaitu al-Biruni. Al-Biruni hidup sezaman dengan Ibnu Sina. Namun al-Biruni amat terserlah keilmuannya dalam bidang astronomi, sejarah dan bahasa.

Nama penuhnya ialah Abu Raihan Muhammad bin Ahmad al-Biruni. Beliau lahir pada 3 Zulhijjah 362 H bersamaan 4 September 973 Masihi di Parsi. Ada juga riwayat menyatakan dia dilahirkan di Khawarizm. Ada juga mengatakan dia dilahirkan di Birun, sebuah bandar di luar Kath.

Bandar Khawarizm terletak kira-kira 60 km dari Kath. Ia muncul sebagai pusat pemerintahan putera Ma’muniyah ketika itu. Oleh itu, penduduk Kath yang berhijrah ke bandar itu digelar Biruni. Oleh kerana Abu Raihan orang yang lebih terkenal di antara mereka, gelaran itu diberi kepadanya.

Suka MenjelajahSatu tabiatnya semasa kecil, dia suka memerhati kejadian alam. Hati kecilnya sering terpesona dan kagum melihat kejadian alam. Matahari, bulan, lautan, sungai dan gunung-ganang yang tersergam indah di hadapan mata semuanya menjadi tanda tanya pada dirinya siapakah Penciptanya.

Oleh itu, dia cukup suka menjelajah hutan, mendaki bukit dan berlari-lari di padang pasir. Kembalinya ke rumah ada saja ole-ole dibawa pulang. Ole-ole berupa kayu-kayu wangi yang diletakkan di dalam cawan. Itulah teman anak kecil yang suka meneroka ini.

Bagaimanapun kegembiraan Abu

Raihan tidak berpanjangan. Tidak lama kemudian ayahnya yang berniaga kecil-kecilan meninggal dunia. Tiada siapa yang diharapkan untuk menyara keluarganya lagi. Oleh itu, Abu Raihan membantu ibunya bekerja mencari rezeki dengan mengumpul kayu api untuk dijual di pasar Birun.

Suatu hari Abu Raihan bertemu de -ngan seorang ahli botani (tumbuhan-tumbuhan) dari Yunani. Ahli botani itu sedang mengumpul bunga-bunga dan mencantas pokok-pokok yang jarang ditemui. Abu Raihan membantah perbuatannya, “Kenapa tuan memotong bunga dan pokok ini? Tuan hanya perlu melukis bunga-bunga dan pokok-pokok tersebut. Buat seperti yang saya buat, tanpa perlu memotongnya dan mengambil nyawanya!”

Ahli botani itu tertawa lalu me -nerangkan tujuan dia mengumpulnya adalah untuk ilmiah.

“Daripada bahan-bahan ini kita akan memperoleh ramuan ubat-ubat untuk mengubati penyakit yang dihidapi manusia.”

Abu Raihan terperanjat. Melihat anak muda yang begitu cintakan alam ini, ahli botani itu menawarkan diri sebagai guru.

“Apakan daya saya tuan kerana saya terpaksa menolong ibu saya

OLEH:ALI ADLI

Rujukan: Buku Siri Tokoh Cendekiawan Islam, DBP (Sulaiman Fayyad)Rujukan: Buku Siri Tokoh Cendekiawan Islam, DBP (Sulaiman Fayyad)http://en.wikipedia.org • http://www.muslim.philosophy.comhttp://en.wikipedia.org • http://www.muslim.philosophy.com

http://members.tripod.com • http://pkukmweb.ukm.myhttp://members.tripod.com • http://pkukmweb.ukm.my

Suka MenjelajahSuka Menjelajah

Berguru dengan Ahli BotaniBerguru dengan Ahli Botani

mencari rezeki dan mengumpul kayu api sebelum datangnya musim sejuk,” ujar Abu Raihan.

Sambil mengusap kepala anak kecil itu, ahli botani itu berkata, “Jangan risau. Kamu akan menolong saya me -ngumpul bunga dan herba. Saya juga akan mengajarmu rahsia ilmu yang saya miliki. Selain itu, saya akan beri kamu upah yang cukup untuk saraan hidup kamu dan ibu kamu.”

Abu Raihan menangis kerana terlalu gembira. Bukan saja dia dapat meringankan beban ibunya, dia juga dapat belajar dan duduk bersama ahli botani itu yang kaya ilmunya tentang dunia tumbuh-tumbuhan.

Begitulah secebis kisah Abu Raihan ketika kecil. Adik-adik juga harus mencontohi sifat tokoh ini yang tidak mudah berputus asa dengan kehidupan. Untuk mencapai kejayaan bukan mudah. Di mana-mana saja ada halangan dan rintangan. Jangan jadikan ia sebagai alasan untuk kita mengejar impian menjadi insan yang berilmu.

Akan datang:Berguru dengan pakar Matematik

dan Astronomi.

(Siri 1)(Siri 1)

AL-BIRUNIAL-BIRUNI Anak Yatim Anak Yatim Pakar Pakar AstronomiAstronomi

AL-BIRUNIAL-BIRUNI Anak Yatim Anak Yatim Pakar Pakar AstronomiAstronomi

11BIL. 144 • JULAI 2009BIL. 144 • JULAI 2009

Page 3: Majalah Asuh Julai 2009

Eksplorasi Eksplorasi Alam SemestaAlam Semesta

Gerhana Gerhana MatahariMatahari

Lagi?Lagi?Oleh: SHAHRIN AHMAD www.falakonline.netOleh: SHAHRIN AHMAD www.falakonline.net

Hantar soalan adik-adik kepada:Hantar soalan adik-adik kepada:Eksplorasi Alam SemestaEksplorasi Alam Semesta

Galeri Ilmu Sdn. Bhd.Galeri Ilmu Sdn. Bhd.No. 44, Jalan Pekaka 8/3, Seksyen 8,No. 44, Jalan Pekaka 8/3, Seksyen 8,

Kota Damansara,Kota Damansara,47810 Petaling Jaya, Selangor47810 Petaling Jaya, Selangor

Atau e-mel kepada [email protected] e-mel kepada [email protected]

Sekali lagi, sebahagian daripada cahaya matahari yang jatuh ke

bumi akan dil indungi oleh bulan, apabila berlakunya gerhana matahari pada 22 Julai nanti.

Kebetulan pula, tahun ini, kita di Malaysia berpeluang menyaksikan dua kali gerhana matahari, yang mana kali terakhir ia berlaku ialah pada bulan Januari lepas.

Sebagai ulang kaji, fenomena gerhana yang berlaku pada bulan Januari lepas ialah Gerhana Mata-hari Cincin, iaitu, ketika itu saiz bulan agak kecil sedikit berbanding matahari, menyebabkan ia tidak dapat menutupi keseluruhan cahaya matahari. Fenomena cincin ter sebut juga tidak dapat dilihat di Malaysia kerana laluannya merentasi negara Indonesia. Bagi kita di tanah air, hanya berpeluang menyaksikan sebahagian sahaja daripada matahari ditutupi.

Pada bulan Julai ini, gerhana yang berlaku ialah Gerhana Mata-hari Penuh. Namun sekali lagi kita di Malaysia, tidak dapat melihatnya secara penuh kerana laluannya merentasi India, Bangladesh, China dan Jepun. Tetapi kita masih juga berpeluang menyaksikan Gerhana Separa pada pagi 22 Julai itu nanti.

Berdasarkan kiraan falak, bulan akan menutupi tidak sampai suku daripada matahari. Oleh itu, kesan-nya terhadap persekitaran tidak begitu jelas. Di Kuala Lumpur, bulan akan mula bergerak masuk ke dalam kawasan matahari pada jam 8.28 pagi. Gerhana akan memuncak pada jam 9.06 pagi, di mana ketika itu hanya 17 peratus matahari sahaja

Rajah menunjukkan keadaan gerhana matahari yang akan dapat dilihat dari Kuala Lumpur pada 22 Julai nanti.

Nabi bersabda:

“Sesungguhnya matahari dan bulan adalah dua tanda dari sekian tanda kebesaran Allah. Keduanya tidak meng gerhana kerana kematian sese-orang mahupun kerana kelahirannya. Sehingga jika kalian melihat hal itu (gerhana), maka ber zikirlah kepada Allah, bertakbirlah, solatlah dan ber-sedekahlah.” (Riwayat Imam al-Bukhari)

akan ditutupi. Gerhana akan tamat pada jam 9.48 pagi.

Walaupun ia tidak sehebat seperti bulan Januari lepas, fenomena ini tetap boleh dicerap dan tidak patut dilepaskan begitu sahaja.

Apa KataApa KataRasulullahRasulullah

SAW?SAW?

Foto menunjukkan solat gerhana yang dilaku-kan ketika fenomena Gerhana Matahari Cincin yang berlaku di Anyer, Indonesia pada bulan Januari lepas.12 BIL. 144 • JULAI 2009BIL. 144 • JULAI 2009

Page 4: Majalah Asuh Julai 2009

Oleh: SHAHRIN AHMAD www.falakonline.netHantar soalan adik-adik kepada:

Eksplorasi Alam SemestaGaleri Ilmu Sdn. Bhd.

No. 44, Jalan Pekaka 8/3, Seksyen 8,Kota Damansara,

47810 Petaling Jaya, Selangor

Atau e-mel kepada [email protected]

Pada tahun 2009, kita di Malaysia telah dapat menyaksikan dua kali Gerhana Matahari Separa,

iaitu pada bulan Januari yang lepas dan pada pertengahan bulan ini (Julai).

Kali terakhir rakyat Malaysia ber peluang menyaksikan Gerhana Matahari Penuh ialah pada tahun 1995 di Sabah. Manakala pada tahun 1998, Gerhana Matahari Cincin telah dapat dilihat merentasi Semenanjung Malaysia.

Gerhana matahari seterusnya akan berlaku pada 26 Disember 2019, dan ia merupakan Gerhana Matahari Cincin. Ia akan merentasi sebahagian kecil sahaja daripada selatan Semenanjung Malaysia serta kawasan sempadan selatan Sarawak.

Seterusnya ialah pada 21 Mei 2031. Ini juga ialah Gerhana Matahari Cincin dan kali ini ia akan merentasi sebahagian besar utara Semenanjung Malaysia dan Sarawak.

Pada tahun 2042, Malaysia agak bertuah kerana dapat menyaksikan dua kali gerhana. Yang pertama berlaku pada 20 April 2042, dan ini ialah Gerhana Matahari Penuh! Ia akan merentasi Sabah dan Sarawak. Yang kedua berlaku pada 14 Oktober 2042, dan ini ialah Gerhana Matahari Cincin. Ini dapat dilihat dari utara Semenanjung sehinggalah ia

merentasi Sarawak.Oleh itu, adik-adik boleh lihat

fenomena gerhana ini yang amat jarang berlaku di Malaysia. Ini disebabkan faktor geografi, iaitu keluasan negara Malaysia amat kecil berbanding negara-negara lain di dunia. Maka, kebarangkalian untuk gerhana lalu di kawasan negara kita amat kecil.

Gerhana Matahari Penuh merupakan suatu keajaiban dunia yang begitu menakjubkan. Suasana ketika mata-hari yang terang-benderang, dan dalam sekelip mata menjadi gelap, hanya dapat dirasai keajaibannya jika kita berada di lokasi gerhana tersebut.

Selain itu, mungkin adik-adik ada tertanya-tanya, apakah lagi suasana menarik yang dapat dilihat ketika fenomena tersebut berlaku? Antara yang boleh dilihat ialah: 1. Atmosfera matahari bernama

Corona, akan kelihatan seperti satu cahaya putih mengelilingi bulatan hitam matahari/bulan. Corona hanya dapat dilihat ketika Gerhana Matahari Penuh sahaja.

2. Julangan api yang berwarna kemerah-merahan, yang dipanggil prominence dapat dilihat dengan jelas menerusi teleskop. Julangan api ini sebenarnya terletak pada matahari dan bersaiz puluhan kali ganda lebih besar daripada bumi!

3. Ufuk langit berwarna kemerah-merahan, seperti waktu senja, padahal gerhana itu mungkin berlaku pada waktu pagi atau tengah hari.

4. Langit berwarna biru pekat, seperti setengah jam selepas matahari terbenam pada waktu Maghrib.

5. Planet Zuhrah mudah kelihatan seperti sebiji bintang yang cerah. Jika kita bernasib baik, beberapa buah bintang yang cerah turut dapat dilihat dengan mata kasar.

6. Suhu akan turun secara men-dadak semasa suasana gelap. Angin akan mula bertiup agak kuat berbanding sebelum ger-hana.

7. Burung-burung akan kelihatan terbang balik ke sarang. Bunyi kicauan burung amat jelas dan bertambah apabila menjelangnya Gerhana Penuh.

Apa KataRasulullah

SAW?

-n n

Bila lagi akan berlaku Bila lagi akan berlaku gerhana di Malaysia?gerhana di Malaysia?

Foto julangan api di matahari yang dapat dilihat daripada belakang bulan. Saiz julangan api itu sungguh besar se hingga boleh menelan bumi kita!

Foto menunjukkan beberapa saat sebelum mata-hari keseluruhannya ditutupi bulan. Fenomena ini dikenali sebagai Kesan Cincin Berlian.

Apa yang boleh Apa yang boleh dilihat ketika dilihat ketika

gerhana penuh?gerhana penuh?

Foto ketika Gerhana Matahari Penuh yang diambil oleh penjejak gerhana tersohor di dunia, Fred Espanak, ketika mencerapnya di Libya pada tahun 2006. 13BIL. 144 • JULAI 2009BIL. 144 • JULAI 2009

Page 5: Majalah Asuh Julai 2009

mahmudahmahmudah mazmumahmazmumahvsvsOLEH: SHAMSIAH WARNA:BAKAFRO AH! AKU SUDAH

LAMBAT NI. NANTI IBU MESTI

KEMASKAN.

TEMPAT AKU TIDUR MESTI AKU

YANG KEMAS SENDIRI.

BAGUS, ANAK IBU. LEPAS

BELAJAR KEMAS SEMUA BARANG-

BARANG.

AAHH! AKU MENGANTUK

SANGAT NI. ESOK PAGI SAJA AKU

KEMAS.

SAYA MINTA MAAF, LAIN KALI

SAYA TIDAK AKAN BUAT LAGI.

SELAGI DIA TIDAK MINTA MAAF DENGAN

AKU, AKU TIDAK AKAN BERKAWAN

DENGAN DIA.

16 BIL. 144 • JULAI 2009BIL. 144 • JULAI 2009

Page 6: Majalah Asuh Julai 2009

Sekolah Integrasi Masjid Darul Ehsan (SIMDE) yang terletak di Subang Jaya, Selangor telah mengadakan Karnival Rakan Asuh pada penghujung Mei lalu. Ini adalah kali pertama SIMDE berkerjasama dengan majalah Asuh.

Karnival sehari ini me -rupakan program tahunan sekolah yang bertujuan untuk mengerat dan mengukuhkan silaturahim di antara pihak seko lah , gu ru-guru , i bu bapa serta masyarakat se -tempat. Pada masa yang sama, untuk mengumpu l dana pembangunan sekolah khususnya dalam menyedia kan infrastruktur dan kemudahan yang lebih baik serta selesa untuk proses pengajaran dan pem belajaran para pelajar dan guru-guru.

Dengan ter laksananya karnival in i , secara tidak langsung telah membuktikan

bahawa semangat bersatu padu dan kerjasama yang erat telah ditonjolkan oleh semua warga SIMDE.

“Sesungguhnya semangat perpaduan penting dalam melahirkan insan yang bukan sahaja cemerlang dari aspek akademik malah cemerlang dari aspek kerohanian dan sahsiah diri,” kata Cik Nor Saadah bt. Yusof, Pengarah Program Karnival Rakan Asuh-SIMDE 2009.

Pelbagai program dan aktiviti telah diadakan sepanjang berlangsungnya karnival ini seperti pertandingan mewarna bersama majalah Asuh, pertandingan nasyid, hafazan, tilawah al-Quran,

pameran dan d e m o n s t r a s i daripada Polis, B o m b a d a n Agensi Dadah Ke bangsaan.

Sela in i tu , para pengunjung

Karnival Rakan AsuhKarnival Rakan Asuh Eratkan UkhuwahEratkan Ukhuwah

YB Dr. Ahmad Yunos YB Dr. Ahmad Yunos Haji Hairi.Haji Hairi.

Dr. Tengku Shahrom Dr. Tengku Shahrom Tengku Shahdan, Tengku Shahdan, Pengerusi Yayasan Pengerusi Yayasan Sekolah Agama Masjid Sekolah Agama Masjid Darul Ehsan.Darul Ehsan.

juga berpeluang untuk membuat pemeriksaan kesihatan secara percuma dan mengunjungi pel-bagai gerai jualan. Pada sebelah malamnya, pengunjung telah di -hiburkan dengan alunan nasyid oleh Kumpulan Far East dan ceramah motivasi keluarga oleh Ustaz Wan Akashah Wan Abdul

YB Dr. Ahmad Yunos Haji Hairi melawat gerai jualan GISB.

Perbarisan hormat daripada pasukan Perbarisan hormat daripada pasukan badan berunifom SIMDE.badan berunifom SIMDE.

Kumpulan Insyirah, Johan Pertandingan Nasyid.Kumpulan Insyirah, Johan Pertandingan Nasyid.

Editor Asuh menurunkan tandatangan Editor Asuh menurunkan tandatangan untuk para peminat majalah Asuh.untuk para peminat majalah Asuh.

Peserta pertandingan mewarna.Peserta pertandingan mewarna.

Gerai jualan.Gerai jualan.

Antara aktiviti di gerai Antara aktiviti di gerai Rakan Asuh.Rakan Asuh.

48 BIL. 144 • JULAI 2009BIL. 144 • JULAI 2009

Hamid dan Dato’ Ustazah Siti Nor Bahyah Mahamood.

Program ini telah dirasmikan oleh YB Dr. Ahmad Yunos Haji Hairi, Pembantu Exco Belia dan Pembantu Exco Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Insan, Exco Kerajaan Negeri Selangor.

Tuan Hj. Abu Hassan Morad, Tuan Hj. Abu Hassan Morad, Pengarah Urusan GISB.Pengarah Urusan GISB.