pembangunan laman web program sains sukan … · menjadikan suatu perubahan paradigma kepada...

29
PEMBANGUNAN LAMAN WEB PROGRAM SAINS SUKAN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA, SKUDAI, JOHOR. WONG MOON HOOI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Upload: trankhanh

Post on 07-Mar-2019

228 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: PEMBANGUNAN LAMAN WEB PROGRAM SAINS SUKAN … · menjadikan suatu perubahan paradigma kepada komunikasi antara guru dengan pelajar ... mata pelajaran Pendidikan Jasmani yang menerapkan

PEMBANGUNAN LAMAN WEB PROGRAM SAINS SUKAN UNIVERSITI

TEKNOLOGI MALAYSIA, SKUDAI, JOHOR.

WONG MOON HOOI

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Page 2: PEMBANGUNAN LAMAN WEB PROGRAM SAINS SUKAN … · menjadikan suatu perubahan paradigma kepada komunikasi antara guru dengan pelajar ... mata pelajaran Pendidikan Jasmani yang menerapkan

PSZ 19:16 (Pind. 1/97)

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

JUDUL: PEMBANGUNAN LAMAN WEB PROGRAM SAINSSUKAN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA,SKUDAI JOHOR.

SESI PENGAJIAN: 2005/2006

Saya WONG MOON HOOI(HURUF BESAR)

Mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan diPerpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut;

1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia.2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan

pengajian sahaja.3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara

institusi pengajian tinggi.4. ** Sila tandakan (√)

SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan ataukepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalamAKTA RAHSIA RASMI 1972)

TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukanoleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan)

√ TIDAK TERHADDisahkan oleh

(TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA)

Alamat Tetap:30-A, JINJANG UTARA TAMBAHAN PN. HALIJAH BINTI IBRAHIM52000 KUALA LUMPUR, Nama PenyeliaWILAYAH PERSEKUTUAN.

Tarikh: 19 APRIL 2006 Tarikh: 19 APRIL 2006

CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan.** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak

berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perludikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD.

Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secarapenyelidikan, atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, atauLaporan Projek Sarjana Muda (PSM).

Page 3: PEMBANGUNAN LAMAN WEB PROGRAM SAINS SUKAN … · menjadikan suatu perubahan paradigma kepada komunikasi antara guru dengan pelajar ... mata pelajaran Pendidikan Jasmani yang menerapkan

“Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini

adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan Ijazah

Sarjana Muda Sains serta Pendidikan (Sains Sukan)”.

Tandatangan : ...............................................

Nama Penyelia : Puan Halijah binti Ibrahim

Tarikh : 19 April 2006

Page 4: PEMBANGUNAN LAMAN WEB PROGRAM SAINS SUKAN … · menjadikan suatu perubahan paradigma kepada komunikasi antara guru dengan pelajar ... mata pelajaran Pendidikan Jasmani yang menerapkan

PEMBANGUNAN LAMAN WEB PROGRAM SAINS SUKAN UNIVERSITI

TEKNOLOGI MALAYSIA, SKUDAI, JOHOR.

WONG MOON HOOI

Laporan projek ini dikemukakan

sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat

penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains serta Pendidikan (Sains Sukan)

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

APRIL, 2006

Page 5: PEMBANGUNAN LAMAN WEB PROGRAM SAINS SUKAN … · menjadikan suatu perubahan paradigma kepada komunikasi antara guru dengan pelajar ... mata pelajaran Pendidikan Jasmani yang menerapkan

ii

“Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan

yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya”.

Tandatangan : ..............................

Nama Penulis : Wong Moon Hooi

Tarikh : 19 April 2006

Page 6: PEMBANGUNAN LAMAN WEB PROGRAM SAINS SUKAN … · menjadikan suatu perubahan paradigma kepada komunikasi antara guru dengan pelajar ... mata pelajaran Pendidikan Jasmani yang menerapkan

iii

Dedikasi

Ayah dan Ibu yang disayangi dan diingati selalu

Segala jasa dan pengorbananmu selama ini tidak pernah dilupakan

Anakmu ini sentiasa mendoakan kesihatan dan kebahagiaanmu di dunia dan Akhirat

Page 7: PEMBANGUNAN LAMAN WEB PROGRAM SAINS SUKAN … · menjadikan suatu perubahan paradigma kepada komunikasi antara guru dengan pelajar ... mata pelajaran Pendidikan Jasmani yang menerapkan

iv

PENGHARGAAN

Salam sejahtera. Saya bersyukur terhadap limpah dan kurnia Tuhan dapat

saya menyempurnakan Projek Sarjana Muda (PSM) dalam tempoh masa yang telah

ditetapkan meskipun terdapat pelbagai rintangan dan kesulitan di sepanjang masa

saya menjayakan kajian ini.

Terlebih dahulu, saya ingin merakamkan penghargaan ikhlas kepada penyelia

projek, iaitu Puan Halijah binti Ibrahim atas segala tunjuk ajar, bimbingan dan

bantuan yang membina telah diberi sepanjang tempoh penyelidikan kajian ini.

Penghargaan juga ditujukan kepada pelajar-pelajar Ijazah Sarjana Muda Sains

serta Pendidikan (Sains Sukan) yang terlibat sebagai responden untuk kajian tersebut.

Tidak lupa juga kepada pensyarah Sains Sukan, Hajah Hafizah binti Harun dan Dr.

Mohd Anizu bin Mohd Nor selaku penilai atas nasihat dan cadangan yang telah

diberikan.

Terima kasih atas segala-galanya. Sekian...

Page 8: PEMBANGUNAN LAMAN WEB PROGRAM SAINS SUKAN … · menjadikan suatu perubahan paradigma kepada komunikasi antara guru dengan pelajar ... mata pelajaran Pendidikan Jasmani yang menerapkan

v

ABSTRAK

Kajian ini merupakan satu projek pembangunan Laman Web Program Sains

Sukan Universiti Teknologi Malaysia. Laman web dibina menggunakan perisian

Microsoft Office FrontPage 2003 yang bertemakan sentiasa bersukan dalam kehidupan

anda (Sport Up Your Life). Isi kandungan laman web ini meliputi maklumat mengenai

sinopsis mata pelajaran, syarat kemasukan, pensyarah, makmal kecergasan dan abstrak

projek sarjana muda sains sukan. Objektif utama kajian ini adalah untuk melihat

keberkesanan laman web tersebut dalam menyampaikan maklumat yang berkaitan

dengan Program Sains Sukan. Untuk melihat keberkesanannya, laman web tersebut

diedar dalam bentuk cakera padat kepada 50 responden bersama dengan borang soal

selidik. Dapatan kajian menunjukkan bahawa laman web yang dibina oleh penyelidik

dapat menyampaikan maklumat dengan berkesan dan mendapat sambutan yang baik

daripada pelajar-pelajar Sains Sukan, Universiti Teknologi Malaysia, Skudai, Johor.

Masalah dan cadangan penyelidik untuk memperbaiki dan memantapkan lagi mutu hasil

penyelidikan juga dibincangkan.

Page 9: PEMBANGUNAN LAMAN WEB PROGRAM SAINS SUKAN … · menjadikan suatu perubahan paradigma kepada komunikasi antara guru dengan pelajar ... mata pelajaran Pendidikan Jasmani yang menerapkan

vi

ABSTRACT

This research was one of the website project developed for Sports Science

Programme in University Technology Malaysia. This website was developed using

Microsoft Office Front Page 2003 with the theme Sport Up Your Life. The content for

this website include subject synopsis, entry requirements, lecturers, physical education

lab and abstract of the Sports Science undergraduate project. The main objective of this

research was to look at the effectiveness of the website in conveying information related

to Sports Science Programme. To look at its effectiveness, this website was distributed

in the form of compact disc to fifty respondents together with the questionnaire. The

finding of these research showed that the website developed by the researcher was able

to convey information effectively and received full support among the Sports Science

students in University Technology Malaysia, Skudai, Johore. The problems and

recommendations from the researcher to improve and strengthen the quality of the

research were also discussed.

Page 10: PEMBANGUNAN LAMAN WEB PROGRAM SAINS SUKAN … · menjadikan suatu perubahan paradigma kepada komunikasi antara guru dengan pelajar ... mata pelajaran Pendidikan Jasmani yang menerapkan

vii

KANDUNGAN

BAB PERKARA MUKA SURAT

BORANG PENGESAHAN

BORANG KELULUSAN

HALAMAN JUDUL i

HALAMAN PENGAKUAN ii

HALAMAN DEDIKASI iii

HALAMAN PENGHARGAAN iv

ABSTRAK v

ABSTRACT vi

KANDUNGAN vii

SENARAI JADUAL xi

SENARAI RAJAH xii

SENARAI LAMPIRAN xiv

BAB I PENDAHULUAN 1

1.1 Pengenalan 1

1.2 Latar Belakang Masalah 3

1.3 Penyataan Masalah 6

1.4 Objektif Kajian 7

1.5 Persoalan Kajian 8

1.6 Kepentingan Kajian 8

Page 11: PEMBANGUNAN LAMAN WEB PROGRAM SAINS SUKAN … · menjadikan suatu perubahan paradigma kepada komunikasi antara guru dengan pelajar ... mata pelajaran Pendidikan Jasmani yang menerapkan

viii

1.7 Batasan Kajian 10

1.8 Definisi Terminologi 11

1.9 Penutup 12

BAB II SOROTAN KAJIAN 13

2.1 Pengenalan 13

2.2 Spesifikasi Kajian 14

2.3 Kajian Berkaitan 16

2.4 Kaedah Analisis dan Pengubahsuaian 18

2.5 Penutup 19

BAB III METODOLOGI 20

3.1 Pengenalan 20

3.2 Rekabentuk Kajian 20

3.3 Responden 22

3.4 Instrumen Kajian 22

3.5 Prosedur Pembangunan 24

3.6 Prosedur Ujian 26

3.7 Pengumpulan Data 27

3.8 Kaedah Penganalisaan Data 27

3.9 Penutup 28

Page 12: PEMBANGUNAN LAMAN WEB PROGRAM SAINS SUKAN … · menjadikan suatu perubahan paradigma kepada komunikasi antara guru dengan pelajar ... mata pelajaran Pendidikan Jasmani yang menerapkan

ix

BAB IV HASIL LAMAN WEB 29

4.1 Pengenalan 29

4.2 Rekabentuk Persembahan Skrin 29

4.2.1 Halaman Depan Laman Web 30

4.2.2 Menu Utama Laman Web 31

4.3 Penutup 39

BAB V PERBINCANGAN, KESIMPULAN DAN 40

CADANGAN

5.1 Pengenalan 40

5.2 Ringkasan Kajian 41

5.3 Perbincangan 41

5.4 Masalah-masalah Yang Dihadapi 42

5.4.1 Kekurangan Kepakaran 42

5.4.2 Kekurangan Masa 43

5.5 Kelebihan Laman Web 43

5.6 Kelemahan Laman Web 44

5.7 Cadangan 44

5.8 Kesimpulan 46

Page 13: PEMBANGUNAN LAMAN WEB PROGRAM SAINS SUKAN … · menjadikan suatu perubahan paradigma kepada komunikasi antara guru dengan pelajar ... mata pelajaran Pendidikan Jasmani yang menerapkan

x

BAB VI ANALISIS DATA 47

6.1 Pengenalan 47

6.2 Penganalisis Data Deskritif 47

6.2.1 Demografi Responden 48

6.2.2 Keberkesanan Laman Web Program 49

Sains Sukan Dalam Menyampaikan

Maklumat

6.3 Penutup 56

SENARAI DOKUMEN RUJUKAN 57

LAMPIRAN 59

Page 14: PEMBANGUNAN LAMAN WEB PROGRAM SAINS SUKAN … · menjadikan suatu perubahan paradigma kepada komunikasi antara guru dengan pelajar ... mata pelajaran Pendidikan Jasmani yang menerapkan

xi

SENARAI JADUAL

NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT

6.1 Demografi Responden 48

Page 15: PEMBANGUNAN LAMAN WEB PROGRAM SAINS SUKAN … · menjadikan suatu perubahan paradigma kepada komunikasi antara guru dengan pelajar ... mata pelajaran Pendidikan Jasmani yang menerapkan

xii

SENARAI RAJAH

NO. RAJAH TAJUK MUKA SURAT

4.1 Halaman Depan Laman Web 30

4.2 Halaman Menu Pengenalan 31

4.3 Halaman Sub-menu Visi, Misi dan Objektif 33

4.4 Halaman Sub-menu Syarat Kemasukan 33

4.5 Halaman Sub-menu Mata Pelajaran 34

4.6 Halaman Menu Pensyarah 34

4.7 Halaman Menu Makmal Kecergasan 35

4.8 Halaman Sub-menu Waktu Operasi 36

4.9 Halaman Sub-menu Galeri 37

4.10 Halaman Menu Projek Sarjana Muda 38

4.11 Halaman Abstrak Projek Sarjana Muda 39

6.1 Graf tahap persetujuan responden terhadap kelengkapan 49

dan ketepatan maklumat dalam laman web

6.2 Graf tahap persetujuan responden terhadap maklumat laman 50

web adalah berfaedah untuk semua pelajar sains sukan

6.3 Graf tahap persetujuan responden terhadap maklumat laman 51

web adalah berfaedah untuk pelajar yang bukan sains sukan

6.4 Graf tahap persetujuan responden terhadap pengguna boleh 52

mendapat sinopsis setiap mata pelajaran sains sukan dalam

laman web

Page 16: PEMBANGUNAN LAMAN WEB PROGRAM SAINS SUKAN … · menjadikan suatu perubahan paradigma kepada komunikasi antara guru dengan pelajar ... mata pelajaran Pendidikan Jasmani yang menerapkan

xiii

6.5 Graf tahap persetujuan responden terhadap laman web 53

menyediakan maklumat untuk memudahkan pelajar

menghubungi pensyarah-pensyarah sains sukan.Sukan

6.6 Graf tahap persetujuan responden terhadap pengguna boleh 54

mendapat maklumat dan gambaran mengenai makmal

kecergasan sains sukan dalam laman web

6.7 Graf tahap persetujuan responden terhadap pengguna boleh 55

mendapatkan abstrak projek sarjana muda daripada kajian

lepas pelajar sains sukan laman web

6.8 Graf tahap persetujuan responden terhadap maklumat dalam 56

laman web masih boleh diperbaiki dan ditolok tambah

Page 17: PEMBANGUNAN LAMAN WEB PROGRAM SAINS SUKAN … · menjadikan suatu perubahan paradigma kepada komunikasi antara guru dengan pelajar ... mata pelajaran Pendidikan Jasmani yang menerapkan

xiv

SENARAI LAMPIRAN

NO. RAJAH TAJUK MUKA SURAT

A Borang Soal Selidik 59

Page 18: PEMBANGUNAN LAMAN WEB PROGRAM SAINS SUKAN … · menjadikan suatu perubahan paradigma kepada komunikasi antara guru dengan pelajar ... mata pelajaran Pendidikan Jasmani yang menerapkan

BAB I

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Dalam sejarah perkembangan komputer, penggunaan komputer telah lama

diaplikasikan dalam bidang pendidikan. Ini dapat dilihat dalam perkembangan teknologi

maklumat dan telekomunikasi yang membawa perubahan terhadap kehidupan manusia

terutamanya dalam dunia pendidikan. Kemudahan- kemudahan telekomunikasi yang

telah disediakan dan amat popular dewasa ini ialah pencarian maklumat berasaskan web,

perbincangan dalam kumpulan (Newsgroup), mel elektronik (E-mail), perbualan

berasaskan teks (Chatting), sistem telesidang (Video, Audio, Teks) dan sebagainya.

Setiap satunya mempunyai kelebihan dan keistimewaan yang tersendiri dan dapat

menghasilkan satu proses pengajaran dan pembelajaran yang menarik, berkesan serta

menghiburkan.

Kini, penggunaan halaman web dalam bidang pendidikan telah memberi banyak

kemudahan kepada golongan pendidik. Internet berfungsi sebagai pembekal maklumat

seolah-olah pusat sumber yang ada di sekolah. Pendidikan boleh mendapatkan sumber

maklumat dalam penggunaan web tanpa sempadan. Menurut Crossman (1997), internet

Page 19: PEMBANGUNAN LAMAN WEB PROGRAM SAINS SUKAN … · menjadikan suatu perubahan paradigma kepada komunikasi antara guru dengan pelajar ... mata pelajaran Pendidikan Jasmani yang menerapkan

2

mempunyai ciri-ciri yang pelbagai dan unik. Menurut beliau, sumber maklumat yang

terdapat dalam internet mempunyai kapasiti yang lebih tinggi jika dibandingkan dengan

sebuah perpustakaan yang besar.

Peranan internet bukan hanya sebagai penyampaian maklumat tetapi juga

merupakan alat pengajaran dan pembelajaran. Romiszowski (1997) menyenaraikan

beberapa ciri istimewa yang terdapat dalam internet sebagai alat pengajaran dan

pembelajaran. Antaranya ialah bersifat tearah kendiri dan pembelajaran boleh dijalankan

pada bila-bila masa tanpa terikat pada faktor masa. Selain itu, internet juga boleh

mewujudkan kemahiran kognitif dalam memproses maklumat serta kemahiran

penyelesaian masalah secara kreatif. Ini boleh dilakukan dengan penggunaan teknologi

internet seperti multimedia, hipermedia dan web serta penggunaan komputer sebagai

pengantar komunikasi.

Menurut Hill (1997) pula, pembelajaran melalui web dapat memberikan kawalan

pengguna yang tinggi melalui penggunaan hiperteks dan hipermedia, sumber maklumat

yang tidak terhingga serta menghasilkan persekitaran yang bercirikan dunia sebenar.

Internet juga dapat memberikan kemudahan mengakses maklumat dengan cepat, pada

bila-bila masa dan mewujudkan proses penjelajahan melalui sistem hipermedia. Di

samping itu, ia juga dapat menyumbangkan interaktiviti yang tinggi dan kawalan

pengguna yang baik.

Selain daripada itu, peranan web bukan hanya menyampaikan maklumat tetapi

berperanan sebagai agen motivasi kepada pelajar (Cornell & Martin, 1997). Ini adalah

kerana rekabentuk kursus yang ingin disampaikan melalui web boleh mempengaruhi

motivasi pelajar. Rekabentuk kursus yang disampaikan seharusnya mempunyai

kepelbagaian, berkaitan dengan maklumat, mencabar dan memberikan hasil yang positif

kepada pelajar. Sherry dan Wilson (1997) berpendapat pembelajaran melalui web akan

menjadikan suatu perubahan paradigma kepada komunikasi antara guru dengan pelajar

dan pelajar dengan pelajar. Persekitaran pembelajaran melalui web juga harus

mengandungi sumber maklumat yang pelbagai, menyokong kerjasama antara pelajar dan

Page 20: PEMBANGUNAN LAMAN WEB PROGRAM SAINS SUKAN … · menjadikan suatu perubahan paradigma kepada komunikasi antara guru dengan pelajar ... mata pelajaran Pendidikan Jasmani yang menerapkan

3

menjalankan aktiviti web sebagai salah satu daripada proses pembelajaran (Sherry &

wilson, 1997). Sesi pembelajaran yang disampaikan secara talian terus (online)

menghasilkan peluang kepada pelajar untuk berinteraksi dengan guru, mengawal

maklumat yang diproses oleh guru, dan dapat memberi dan menerima maklumbalas

tentang pengetahuan yang disampaikan.

1.2 Latar Belakang Masalah

Sejarah perkembangan sains sukan di Malaysia secara khususnya adalah tidak

nyata dan tersurat. Namun demikian perkembangan sains sukan adalah bermula dengan

mata pelajaran Pendidikan Jasmani yang menerapkan unsur-unsur sains dalam

pengajaran dan pembelajaran. Tujuan kecemerlangan sukan telah memusatkan sains

sukan sebagai satu disiplin ilmu.

Pada tahun 1968, Majlis Sukan Sekolah-sekolah Malaysia telah ditubuhkan

untuk menganjur dan melaksanakan program pembangunan sukan sekolah-sekolah di

Malaysia. Dasar Pelajaran Kebangsaan telah dibentuk dan ia menekankan domain

psikomotor, kognitif dan afektif. Pada tahun 1972, kemudahan infrastuktur dan tenaga

pengajar telah dimajukan bersama.

Di peringkat institusi pengajian tinggi, Universiti Malaya telah memasukkan

pendidikan jasmani dalam kursus diploma pendidikan pada tahun 1977. Universiti Putra

Malaysia, Serdang telah memulakan pengambilan siswazah untuk program Ijazah

Sarjana Muda (Pendidikan Jasmani). Pengambilan pertama dimulakan dengan guru-guru

terlatih seramai 20 orang dan program sarjana sains sukan ditawarkan pada tahun 1996.

Page 21: PEMBANGUNAN LAMAN WEB PROGRAM SAINS SUKAN … · menjadikan suatu perubahan paradigma kepada komunikasi antara guru dengan pelajar ... mata pelajaran Pendidikan Jasmani yang menerapkan

4

Universiti Malaya memulakan Ijazah Sarjana Muda Sains Sukan pada tahun

1995 dan diikuti Institut Teknologi MARA yang kini dikenali sebagai Universiti

Teknologi MARA yang menawarkan diploma sains sukan. Institut Sukan Negara (ISN)

yang mula beroperasi di Stadium Jalan Raja Muda, Kampong Baru dikenali sebagai

Klinik Sukan Negara sebelum berpindah ke bangunan baru di Kompleks Sukan Negara.

Penyelidikan-penyelidikan dalam bidang sains sukan dikendalikan bagi tujuan

persediaan atlit negara.

Persatuan Pendidikan Jasmani Malaysia (PPJM) ialah sebuah badan sukarela

yang mempunyai ahli terdiri daripada guru-guru, pensyarah-pensyarah atau tenaga

pengajar mata pelajaran pendidikan jasmani, jurulatih dan individu yang berminat dalam

pembangunan dan pendidikan sukan. Badan ini telah menganjurkan seminar-seminar

sains sukan pada peringkat kebangsaan dan antarabangsa. Pada tahun 1997, namanya

ditukarkan kepada Persatuan Pendidikan Jasmani, Sains Sukan dan Kecergasan

Malaysia (PPJSKM) untuk mencerminkan satu badan yang lebih luas bidangnya. Selain

badan ini, terdapat bahagian-bahagian bukan kerajaan yang aktif mempromosikan

pelbabai aspek sains sukan.

Program Sarjana Muda Sains serta Pendidikan (Sains Sukan) pula dilaksanakan

di Universiti Teknologi Malaysia pada tahun 1997. Kumpulan pertama pelajar daripada

lulusan Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM) telah mendaftar program ini. Ketika itu,

program Sarjana Muda Sains serta Pendidikan (Sains Sukan) menawarkan bidang sains

sukan sebagai subjek major dan rampaian sains sebagai subjek minor. Selaras dengan

perkembangan keperluan kurikulum negara, kini program ini telah menawarkan bidang

sains sukan sebagai subjek major dan bidang teknologi maklumat serta multimedia

pendidikan sebagai subjek minor.

Pada tahun 2000, Kementerian Pendidikan Malaysia memperkenalkan mata

pelajaran sains sukan sebagai satu mata pelajaran elektif wajib untuk pelajar-pelajar

Tingkatan 4 di Sekolah Sukan Bukit Jalil, Kuala Lumpur dan Sekolah Sukan Bandar

Page 22: PEMBANGUNAN LAMAN WEB PROGRAM SAINS SUKAN … · menjadikan suatu perubahan paradigma kepada komunikasi antara guru dengan pelajar ... mata pelajaran Pendidikan Jasmani yang menerapkan

5

Penawar, Johor Bahru. Mata pelajaran ini telah dijadikan satu mata pelajaran

peperiksaan SPM pada tahun 2001.

Menurut Sukatan Pelajaran Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah, kurikulum

persekolahan kebangsaan mendukung hasrat negara bagi menyediakan pendidikan

bertaraf dunia kepada generasi masa kini dan akan datang. Pembinaan kurikulum baru

seperti sains sukan bertujuan memantapkan Akta Pendidikan, memenuhi semangat

Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan menyediakan warga Malaysia menghadapi

cabaran pendidikan pada abad ke-21.

Sains Sukan ialah mata pelajaran elektif bagi Tingkatan 4 dan 5 yang bertujuan

memberi pengetahuan, kemahiran dan pengalaman asas sains sukan kepada pelajar agar

amalan dalam bidang sukan dapat membantu mereka dalam persediaan di bidang kerjaya.

Sains Sukan bertujuan untuk melahirkan murid yang menguasai pengetahuan, kemahiran

dan pengalaman asas sains sukan melalui amalan teori dan praktis dalam bidang sukan

serta memupuk dan meningkatkan penghayatan nilai sebagai persediaan di bidang

kerjaya.

Menyedari kepentingan ini, kurikulum Sains Sukan telah diwujudkan di sekolah.

Selain itu, adalah wajar mengaplikasikan teknologi maklumat dan telekomunikasi dalam

bidang sains sukan. Pembelajaran melalui web merupakan suatu medium penghantaran

maklumat yang terdiri daripada pelbagai jenis maklumat dan tajuk. Melalui teknologi

tersebut, bidang sains sukan akan berkembang pesat dan dikenali oleh orang ramai.

Page 23: PEMBANGUNAN LAMAN WEB PROGRAM SAINS SUKAN … · menjadikan suatu perubahan paradigma kepada komunikasi antara guru dengan pelajar ... mata pelajaran Pendidikan Jasmani yang menerapkan

6

1.3 Penyataan Masalah

Perkembangan teknologi komputer berlaku dengan amat pantas sekali. Fungsi

internet juga semakin berkembang pesat serta meluas yang mana ia meliputi pelbagai

bidang utama kehidupan seperti perniagaan, perdagangan, pendidikan dan sebagainya.

Perkembangan ini memungkinkan terbinanya lebih banyak lagi halaman-halaman web

yang akan menyalurkan informasi berkaitan dengan bidang tersebut. Multimedia mula

diintegrasikan di dalam dunia internet sebagai salah satu medium penghantaran

maklumat memandangkan penyampaian maklumat dapat dilaksanakan dengan lebih

berkesan kepada para pengguna.

Pada peringkat awal kemunculan teknologi internet, kebanyakan halaman web

sekadar dipenuhi dengan imej atau teks yang statik sifatnya. Kini ianya telah berubah

dan menjadi semakin interaktif serta hidup dengan pelbagai teknologi terbaru seperti

animasi yang memukau serta audio dan video yang menghiburkan. Selain daripada itu,

ia juga boleh berinteraksi dengan para penggunanya secara masa nyata. Semua ini dapat

dilaksanakan dengan bantuan serta sokongan dari teknologi multimedia yang semakin

berkembang tanpa sempadan.

Memandangkan keupayaan halaman web yang begitu luas, beberapa universiti

tempatan telah membangunkan halaman web masing-masing. Universiti Teknologi Mara

telah mempunyai satu halaman web yang memaparkan maklumat mengenai Fakulti

Sains Sukan dan Rekreasi. Antara maklumat yang dipaparkan adalah seperti program

yang ditawarkan, syarat kemasukan untuk pelajar baru dan panduan untuk memohon

kursus-kursus yang ditawarkan.

Begitu juga, Universiti Pendidikan Sultan Idris telah menyediakan satu laman

web yang agak lengkap dengan maklumat mengenai Fakulti Sains Sukan. Antara

maklumat yang dipaparkan adalah seperti jenis-jenis program pengajian sarjana muda

Page 24: PEMBANGUNAN LAMAN WEB PROGRAM SAINS SUKAN … · menjadikan suatu perubahan paradigma kepada komunikasi antara guru dengan pelajar ... mata pelajaran Pendidikan Jasmani yang menerapkan

7

dan program pengajian sarjana dengan PHD, maklumat tenaga pengajar, misi dan visi,

maklumat, sejarah, logo dan sebagainya.

Universiti Teknologi Malaysia turut membangunkan halaman web yang

berinteraksi dan menyediakan pelbagai maklumat kepada pengguna. Tetapi halaman

web tersebut yang sedia ada tidak menyediakan maklumat yang lanjut mengenai

Program Sains Sukan Universiti Teknologi Malaysia. Maka, adalah wajar untuk

membina satu laman web memaparkan maklumat yang lengkap mengenai Program

Sains Sukan, Universiti Teknologi Malaysia.

1.4 Objektif Kajian

Objektif kajian ini adalah seperti berikut:

1.4.1 Membangunkan satu Laman Web Program Sains Sukan dalam menyampaikan

maklumat mengenai Program Sains Sukan, Universiti Teknologi Malaysia.

1.4.2 Mengkaji keberkesanan Laman Web Program Sains Sukan dalam menyampaikan

maklumat mengenai Program Sains Sukan, Universiti Teknologi Malaysia.

1.4.3 Mendapatkan maklum balas pengguna terhadap Laman Web Program Sains

Sukan yang terdiri daripada pelajar-pelajar Sains Sukan Universiti Teknologi

Malaysia.

Page 25: PEMBANGUNAN LAMAN WEB PROGRAM SAINS SUKAN … · menjadikan suatu perubahan paradigma kepada komunikasi antara guru dengan pelajar ... mata pelajaran Pendidikan Jasmani yang menerapkan

8

1.5 Persoalan Kajian

Pembangunan Laman Web tersebut telah menimbulkan beberapa persoalan.

Antaranya:

1.5.1 Adakah Laman Web Program Sains Sukan yang dibangunkan oleh penyelidik

dapat menyampaikan maklumat mengenai Program Sains Sukan dengan

berkesan?

1.5.2 Sejauh manakah keberkesanan Laman Web Program Sains Sukan dalam

menyampaikan maklumat mengenai Program Sains Sukan, Universiti Teknologi

Malaysia?

1.5.3 Adakah Laman Web Program Sains Sukan yang telah dibangunkan ini sesuai dan

memenuhi keperluan serta kehendak pengguna terutamanya pelajar-pelajar Sains

Sukan, Universiti Teknologi Malaysia.

1.6 Kepentingan Kajian

Tujuan pembangunan Laman Web Program Sains Sukan adalah untuk

menyampaikan maklumat kepada pengguna. Kajian ini diharapkan dapat membawa

manfaat kepada beberapa golongan. Golongan utama adalah pelajar sains sukan, laman

web tersebut memudahkan mereka berhubung dengan pensyarah-pensyarah. Di samping

itu, mereka turut boleh merujuk kajian-kajian Projek Sarjana Muda yang disediakan oleh

pelajar-pelajar lepasan sains sukan melalui laman web tersebut.

Page 26: PEMBANGUNAN LAMAN WEB PROGRAM SAINS SUKAN … · menjadikan suatu perubahan paradigma kepada komunikasi antara guru dengan pelajar ... mata pelajaran Pendidikan Jasmani yang menerapkan

9

Golongan kedua adalah untuk individu yang ingin memohon lanjutan pengajian

untuk Program Sains Sukan. Mereka boleh mendapat maklumat mengenai syarat-syarat

kelulusan, tenaga pengajar, fasiliti dan kemudahan yang disediakan serta mata pelajaran

yang ditawarkan. Manakala golongan ketiga merupakan orang awam, mereka boleh

mengetahui dan mendapat gambaran yang lebih jelas mengenai Program Sains Sukan,

Universiti Teknologi Malaysia.

Secara keseluruhannya, Laman Web Program Sains Sukan ini adalah memenuhi

ciri-ciri berikut:

1.6.1 Reka Bentuk Yang Menarik

Laman web ini dihasilkan daripada gabungan teks, grafik dan animasi. Teks

merupakan tulang belakang dalam penyampaian maklumat dalam sesebuah

laman web. Grafik mampu menyampaikan maklumat berbentuk gambar, foto dan

jadual. Animasi pula adalah gabungan beberapa grafik yang berupaya untuk

mengabstrak satu visual kepada persembahan yang lebih menarik.

1.6.2 Kendalian Yang Mudah

Laman web tersebut sangat mudah digunakan oleh semua golongan pengguna. Ia

merupakan bentuk yang boleh dicapai pada bila-bila masa. Proses pencarian

maklumat juga menjadi mudah kerana pengguna menerima maklum balas serta-

merta. Pengguna boleh berinteraksi dengan laman web mengikut kehendak

mereka.

Page 27: PEMBANGUNAN LAMAN WEB PROGRAM SAINS SUKAN … · menjadikan suatu perubahan paradigma kepada komunikasi antara guru dengan pelajar ... mata pelajaran Pendidikan Jasmani yang menerapkan

10

1.6.3 Interaktif

Pengguna boleh berinteraksi dengan komputer dan laman web tersebut. Pelajar

boleh menghantar mesej kepada pensyarah melalui mel elektronik yang

disediakan.

1.6.4 Kos Yang Murah

Laman Web Program Sains Sukan tersebut dibangunkan oleh penyelidik. Maka

ia adalah jauh lebih murah berbanding dengan laman web yang dibangunkan

oleh pereka laman web yang profesional.

1.6.5 Hak Cipta Terpelihara

Sumber-sumber pembangunan Laman Web Program Sains Sukan adalah asli

atau telah dibenarkan oleh pihak yang berkenaan.

1.7 Batasan Kajian

Laman Web Program Sains Sukan ini akan disiap dan dihantar dalam bentuk

cakera padat dan tidak dipaparkan dalam internet. Laman Web Progrm Sains Sukan

yang siap perlu diuji terlebih dahulu untuk memastikan keberkesanannya dalam

memenuhi keperluan pengguna. Seramai 50 orang responden yang terdiri daripada

pelajar-pelajar Program Sarjana Muda Sains serta Pendidikan (Sains Sukan), Fakulti

Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia akan memberi maklum balas terhadap

keberkesanan Laman Web Sains Sukan tersebut. Kesemua responden adalah mempunyai

kemahiran dalam melayari internet. Responden diminta untuk menjawab soal selidik

Page 28: PEMBANGUNAN LAMAN WEB PROGRAM SAINS SUKAN … · menjadikan suatu perubahan paradigma kepada komunikasi antara guru dengan pelajar ... mata pelajaran Pendidikan Jasmani yang menerapkan

11

yang disediakan oleh penyelidik untuk mendapatkan pandangan mereka terhadap Laman

Web Program Sains Sukan tersebut. Responden yang mengisi borang selidik adalah

terdiri daripada mereka yang telah menggunakan Laman Web Program Sains Sukan

secara teliti.

1.8 Definisi Terminologi

1.8.1 Internet

Rangkaian komputer yang dibina dengan menggabungkan rangkaian-rangkaian

komputer yang lebih kecil.

1.8.2 Mel Elektronik (E-Mail)

Aplikasi yang membolehkan pengguna internet berkomunikasi di antara satu

sama lain secara langsung.

1.8.3 FTP (Protokol Pemindahan Fail)

Aplikasi internet yang membolehkan pengguna memasuki komputer jauh dan

menyalin fail yang terdapat di dalamnya.

1.8.4 Hos (Host)

Sebarang jenis komputer pengguna yang disambungkan kepada sesebuah

rangkaian.

Page 29: PEMBANGUNAN LAMAN WEB PROGRAM SAINS SUKAN … · menjadikan suatu perubahan paradigma kepada komunikasi antara guru dengan pelajar ... mata pelajaran Pendidikan Jasmani yang menerapkan

12

1.8.5 URL (Penunjuk Sumber Seragam/Uniform Resource Locator)

Satu format arahan yang digunakan untuk mengarahkan penyemak seimbas

menghubungi sesuatu pelayan aplikasi internet yang dikehendaki.

1.8.6 WWW (World Wide Web/Jaringan Sejagat)

Aplikasi internet yang berfungsi menggabungkan teks dengan grafik dalam satu

dokumen atau antaramuka pengguna yang sama.

1.8.7 Sains Sukan

Satu kajian yang sistematik yang membabitkan sains dalam sukan. Ia melibatkan

perubatan fisioterapi, pemakanan, biokimia, anatomi, fisiologi, psikologi sosio

dan biomekanik.

1.8.8 Keberkesanan

Kebolehan untuk melaksanakan sesuatu atau berfungsi dengan baik untuk

mencapai objektif yang dihendaki.

1.9 Penutup

Sepanjang Bab I telah membincangkan tentang latar belakang masalah, objektif

kajian, persoalan kajian, kepentingan kajian serta batasan kajian. Kesemua topik

perbincangan tersebut adalah menjurus kepada memperkenalkan pembangunan laman

web ini sebelum langkah-langkah diteruskan ke bahagian yang lain. Bab II akan

membincangkan tentang sorotan kajian.