pembangunan kemahiran kerja berpasukan …eprints.uthm.edu.my/6928/1/6._mdp-54.pdf · pengurusan...

13
PEMBANGUNAN KEMAHIRAN KERJA BERPASUKAN MENERUSI AKTIVITI PERKHEMAHAN DALAM KALANGAN AHLI KUMPULAN LATIHAN KELANASISWA MALAYSIA (KLKM), UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA (UTHM) Siti Aminah Binti Kusin dan Ahmad Bin Esa Universiti Tun Hussien Onn Malaysia Fakulti Pendidikan Teknikal dan Vokasional, Universiti Tun Hussien Onn Malaysia Abstrak Kemahiran kerja berpasukan merupakan salah satu elemen dalam Kemahiran Insaniah (KI) yang wajib diterapkan di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS). Kemahiran kerja berpasukan bukan sahaja diterapkan di dalam kelas tetapi boleh diterapkan dalam aktiviti kokurikulum. Tujuan penerapan kemahiran ini adalah untuk melahirkan modal insan yang mampu melakukan kerja secara berpasukan sebagai persediaan untuk menempuh alam pekerjaan dan hidup bermasyarakat. Penyelidik telah memilih pembangunan kemahiran kerja berpasukan menerusi aktiviti perkhemahan dalam kalangan ahli Kumpulan Latihan Kelanasiswa Malaysia (KLKM), Universiti Tun Hussien Onn Malaysia (UTHM) sebagai tajuk kajian. Responden terdiri daripada pelajar yang menyertai unit beruniform KLKM,UTHM . Aktiviti perkhemahan dipilih kerana dalam aktiviti ini menuntut ahli KLKM melakukan kerja secara berpasukan. Dapatan kajian kelak diharap dapat menunjukkan pembangunan kemahiran kerja berpasukan dapat diwujudkan menerusi aktiviti perkhemahan. Penyelidik menggunakan empat instrumen iaitu analisis dokumen, pemerhatian, temu bual dan soal selidik untuk memperolehi dapatan kajian. Semua data akan dianalisis mengikut garis panduan yang ditetapkan dan segala data soal selidik yang diperolehi akan dianalisis menggunakan perisian Statistical Package For the Social Science (SPSS) for Window Version 20.0. 1.0 Pengenalan Kertas kerja ini merupakan ringkasan bagi kajian yangakan dijalankan. Kemahiran kerja berpasukan merupakan budaya kerja yang perlu diterapkan di dalam sesebuah organisasi. Menurut Adam & Kasim (2008) kerja berpasukan boleh dikenali sebagai

Upload: nguyenphuc

Post on 11-Feb-2018

231 views

Category:

Documents


4 download

TRANSCRIPT

Page 1: PEMBANGUNAN KEMAHIRAN KERJA BERPASUKAN …eprints.uthm.edu.my/6928/1/6._MDP-54.pdf · pengurusan berfungsi. Tambahan lagi, Bourn (2005), menyatakan kebanyakan pekerjaan ... perkhemahan

PEMBANGUNAN KEMAHIRAN KERJA

BERPASUKAN MENERUSI AKTIVITI

PERKHEMAHAN DALAM KALANGAN AHLI

KUMPULAN LATIHAN KELANASISWA MALAYSIA

(KLKM), UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN

MALAYSIA (UTHM)

Siti Aminah Binti Kusin dan Ahmad Bin Esa

Universiti Tun Hussien Onn Malaysia

Fakulti Pendidikan Teknikal dan Vokasional, Universiti Tun Hussien

Onn Malaysia

Abstrak

Kemahiran kerja berpasukan merupakan salah satu elemen dalam Kemahiran Insaniah

(KI) yang wajib diterapkan di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan Institusi

Pengajian Tinggi Swasta (IPTS). Kemahiran kerja berpasukan bukan sahaja

diterapkan di dalam kelas tetapi boleh diterapkan dalam aktiviti kokurikulum. Tujuan

penerapan kemahiran ini adalah untuk melahirkan modal insan yang mampu

melakukan kerja secara berpasukan sebagai persediaan untuk menempuh alam

pekerjaan dan hidup bermasyarakat. Penyelidik telah memilih pembangunan

kemahiran kerja berpasukan menerusi aktiviti perkhemahan dalam kalangan ahli

Kumpulan Latihan Kelanasiswa Malaysia (KLKM), Universiti Tun Hussien Onn

Malaysia (UTHM) sebagai tajuk kajian. Responden terdiri daripada pelajar yang

menyertai unit beruniform KLKM,UTHM . Aktiviti perkhemahan dipilih kerana

dalam aktiviti ini menuntut ahli KLKM melakukan kerja secara berpasukan.

Dapatan kajian kelak diharap dapat menunjukkan pembangunan kemahiran kerja

berpasukan dapat diwujudkan menerusi aktiviti perkhemahan. Penyelidik

menggunakan empat instrumen iaitu analisis dokumen, pemerhatian, temu bual dan

soal selidik untuk memperolehi dapatan kajian. Semua data akan dianalisis mengikut

garis panduan yang ditetapkan dan segala data soal selidik yang diperolehi akan

dianalisis menggunakan perisian Statistical Package For the Social Science (SPSS)

for Window Version 20.0.

1.0 Pengenalan

Kertas kerja ini merupakan ringkasan bagi kajian yangakan dijalankan. Kemahiran

kerja berpasukan merupakan budaya kerja yang perlu diterapkan di dalam sesebuah

organisasi. Menurut Adam & Kasim (2008) kerja berpasukan boleh dikenali sebagai

Page 2: PEMBANGUNAN KEMAHIRAN KERJA BERPASUKAN …eprints.uthm.edu.my/6928/1/6._MDP-54.pdf · pengurusan berfungsi. Tambahan lagi, Bourn (2005), menyatakan kebanyakan pekerjaan ... perkhemahan

“ Team Work” atau “ Kerja Berjemaah” dimana selari dengan tuntutan agama dan

juga tuntutan sosial. Dengan berjemaah atau berpasukan sesuatu kerja dapat dilakukan

secara bersama-sama bagi mencapai matlamat yang sama. Di peringkat institusi

pengajian tinggi (IPT) pelajar merupakan modal insan, IPT bukan hanya ditugaskan

menghasilkan modal insan yang berpengetahuan, tetapi perlu menghasilkan modal

insan yang mempunyai kemahiran kerja berpasukan bagi memenuhi kehendak kerjaya

dan hidup dalam masyarakat. Tidak kira institusi pengajian tinggi dalam negara atau

luar negara, graduan merupakan aset negara yang utama dan kebolehpasaran mereka

dianggap pengukur usaha sesebuah universiti dalam pembangunan sumber manusia.

Dalam konteks ini, graduan boleh dikatakan sebagai modal insan hasil daripada usaha

peningkatan nilai tenaga manusia oleh universiti tersebut (Ibrahim, 2011)

Kemahiran kerja berpasukan merupakan kemahiran yang perlu ada pada

setiap graduan untuk membantu mereka bersaing mendapatkan pekerjaan sama ada

dalam pasaran tempatan dan juga antarabangsa (Yulpisman, 2006 & Noor, 2010).

Elemen-elemen kemahiran insaniah yang perlu ada pada graduan ialah kemahiran

kerja berpasukan, kemahiran memimpin, kemahiran berkomunikasi sama ada secara

lisan dan penulisan, kemahiran berfikir secara kritis dalam menyelesaikan masalah,

keyakinan tinggi dalam memberikan pendapat dan mempunyai kesedaran terhadap

penjagaan alam sekitar (Zain, Suja’& Basri, 2007)

Dapatan kajian Schena (2011), elemen kemahiran insaniah terutama

kemahiran kerja berpasukan yang dimasukkan dalam kurikulum kursus perhubungan

awam telah dapat diaplikasikan oleh pelajar di alam pekerjaan mereka. Tambahan

lagi, pelajar bukan sahaja belajar bertingkahlaku yang berkesan dan menghasilkan

kerja yang berkualiti, tetapi mereka sebenarnya menikmati pengalaman kerja

berpasukan yang baik. Selain daripada medium kurikulum, Mustafa et al. (2008)

dalam satu kajian mereka secara keseluruhannya menyimpulkan bahawa para pelajar

universiti bersetuju dengan kepentingan menyertai gerak kerja kokurikulum untuk

meningkatkan tahap penguasaan kemahiran berpasukan. Selain daripada itu melalui

gerak kerja kokurikulum juga dapat meningkatkan perkembangan personal dan sosial

individu dan mewujudkan kesepaduan di antara pelajar dan mampu

memperkembangkan perhatian, berani menghadapi risiko serta mewujudkan

persefahaman, kerjasama dan semangat berkumpulan (Yasim, 2005). Dapat

disimpulkan disini bahawa, penerapan kemahiran kerja berpasukan dapat dikuasai

oleh pelajar apabila pelajar sudah biasa melakukan kerja dalam pasukan dan mereka

juga mudah mengaplikasikan kemahiran ini dialam pekerjaan kelak.

1.2 Latar belakang masalah

Islam sering menyeru supaya kita hidup dalam berjemaah. Ini jelas dibuktikan dalam

hadis Rasulullah sallallah hualaihi wasallam yang bermaksud “ Seseorang yang solat

jemaah lebih baik daripada solat berseorangan”. Imbasan daripada sejarah-sejarah

Islam membuktikan bahawa kerja berpasukan amat penting (Adam & Kasim, 2008).

Melalui petikan ini menunjukkan agama Islam sendiri menyokong kerja berpasukan

dalam aktiviti seharian kita kerana kerja berpasukan lebih bermakna dan bermanfaat

bagi seseorang individu itu.

Sementara itu, DiFonzo (2010) medapati sesebuah organisasi bukan sahaja

mencari pekerja berpengalaman, tetapi mereka juga mencari para pekerja yang boleh

Page 3: PEMBANGUNAN KEMAHIRAN KERJA BERPASUKAN …eprints.uthm.edu.my/6928/1/6._MDP-54.pdf · pengurusan berfungsi. Tambahan lagi, Bourn (2005), menyatakan kebanyakan pekerjaan ... perkhemahan

bekerja dengan berkesan dalam pasukan serta memahami bagaimana proses

pengurusan berfungsi. Tambahan lagi, Bourn (2005), menyatakan kebanyakan

pekerjaan-pekerjaan baru di United Kingdom memerlukan kecekapan bekerja secara

pasukan mengatasi pekerjaan-pekerjaan yang konvensional pada masa lalu. Menurut

beliau bekerja dalam pasukan boleh meminimumkan kos dan dalam masa yang sama

dapat meningkatkan produktiviti, menyumbangkan lebih banyak idea dan

meningkatkan rasa tanggungjawab. Untuk menananam semangat kerja berpasukan

perlu melibatkan semua pihak iaitu pihak atasan dan juga pekerja bawahan. Sifat

hormat menghormati dikalangan ahli pasukan dan juga dengan pihak pengurusan

atasan perlu wujud di dalam organisasi. Apabila situasi ini wujud, maka kerjasama

dan semangat berpasukan akan dapat diamalkan (Bahrin, 2004).

Satu kajian yang dijalankan oleh Richard et al, (2010) mendapati kerumitan

sesuatu projek yang berlaku di tapak projek adalah bukan kerana kerumitan projek,

tetapi masalah utamanya adalah orang yang menjalankan projek itu sendiri

kekurangan kemahiran untuk bekerja dalam pasukan. Oleh yang demikian dalam

usaha untuk menyediakan pelajar supaya bersedia bekerja dalam pasukan, ahli

akademik perlu menggunakan pengalaman mereka dan mencari cara-cara inovatif

untuk menyediakan pelajar mempunyai kemahiran berpasukan walaupun jumlah

pelajar dalam sesebuah kelas itu ramai. Aktiviti perkhemahan merupakan salah satu

bidang dalam Mata Pelajaran Pendidikan Luar yang diajar kepada bakal guru di

Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) bertujuan untuk memberi pengalaman dan

pengetahuan kepada mereka dalam mengendalikan perkhemahan disekolah kelak

(Jasim, 2005). Walau bagaimanapun menurut Cole (2014) menyatakan aktiviti

perkhemahan boleh memberi impak ekologi kerana menganggu tumbuhan dan

perekitaran hutan, di mana melalui aktiviti perkhemahan terdapat pokok ditebang,

rumput-rumput dicabut dan tanah digali. Manakala Keyateas et al (2004) menyatakan

seorang pesakit berusia 37 tahun disahkan menghidap sejenis penyakit Epidemica

Nephropathia Akut (NE), setelah mengikuti perkhemahan di bahagian Mediterranean

Perancis. Penyakit tersebut telah mengganggu sistem paru-paru dan buah pinggang

sehingga melumpuhkan imunisasi badan. Walaupun terdapat risiko dalam aktiviti

perkhemahan tetapi melalaui aktiviti ini dapat mewujudkan hubungan yang erat

antara guru dan pelajar, mewujudan interaksi antara kedua-dua pihak, melatih pelajar

berdikari dan mendidik pelajar bertanggungjawab terhadap diri sendiri (Marzuki,

2005). Selain daripada itu, pelajar harus menyedari bahawa melalui aktiviti

perkhemahan dapat menerapkan kemahiran kerja berpasukan yang sangat penting

untuk dihayati bagi persediaan untuk hidup dalam masyarakat dan menembusi

pasaran kerja. Sesetengah pelajar juga mempunyai sikap negatif terhadap kerja

berpasukan dan menolak untuk bekerja dalam pasukan kerana mereka menganggap

kerja berpasukan sebagai ketidaksamaan di tempat kerja yang menimbulkan

ketegangan, konflik dan tidak bermotivasi serta emosi pelajar akan beransur menjadi

negatif pada akhir projek (Peslak, 2005 & Sundrum & Kanasan, 2014). Menurut

Mahbar et al (2008) menyatakan ramai graduan menganggur sekarang disebabkan

mereka tidak dapat memenuhi permintaan majikan dalam memikul tanggungjawab

yang diamanahkan, kurang berdaya tahan, kurang berdisiplin dan kurang memikul

tanggungjawab yang diamanahkan, kurang berdaya tahan, kurang berdisiplin dan

menghormati hak orang lain. Kesemua ciri yang diperlukan oleh majikan adalah

berkaitan penguasaan kemahiran kerja berpasukan.

Page 4: PEMBANGUNAN KEMAHIRAN KERJA BERPASUKAN …eprints.uthm.edu.my/6928/1/6._MDP-54.pdf · pengurusan berfungsi. Tambahan lagi, Bourn (2005), menyatakan kebanyakan pekerjaan ... perkhemahan

1.3 Pernyataan masalah

Berdasarkan latar belakang masalah yang telah dibincangkan di atas, kelemahan

graduan dalam menguasai kemahiran kerja berpasukan menyebabkan mereka sukar

untuk mendapat pekerjaan kerana kurang berdaya saing di peringkat global. Salah

satu aktiviti yang sesuai dalam penerapan kerja berpasukan adalah aktiviti

perkhemahan. Walaupun jelas bahawa pelaksanaan program pendidikan luar seperti

perkhemahan mampu mewujudkan pelbagai kesan positif berbanding isu yang

menghimpitnya terdapat juga insiden dalam aktiviti perkhemahan. Namun begitu

program pendidikan luar perlu dijalankan untuk membangunkan semangat kerja

berpasukan antara pelajar. Justeru itu, pengkaji akan mengkaji pembangunan kerja

berpasukan di kalangan ahli Kumpulan Latihan Kelanasiswa Malaysia (KLKM) di

UTHM menerusi aktiviti perkhemahan.

1.4 Objektif kajian

Objektif kajian ini adalah seperti berikut:

i. Mengenal pasti tahap penerapan elemen kemahiran kerja berpasukan

Kumpulan Latihan Kelanasiswa Malaysia (KLKM) menerusi aktiviti

perkhemahan di UTHM.

ii. Mengenal pasti elemen kemahiran kerja berpasukan yang disedari oleh ahli

Kumpulan Latihan Kelanasiswa Malaysia (KLKM) menerusi aktiviti

perkhemahan.

iii. Mengenalpasti elemen kemahiran kerja berpasukan yang dikuasi oleh ahli

Kumpulan Latihan Kelanasiswa Malaysia (KLKM) menerusi aktiviti

perkhemahan.

1.5 Persoalan kajian

Antara persoalan yang wujud dalam kajian ini ialah:

i. Adakah terdapat penerapan kemahiran kerja berpasukan Kumpulan Latihan

Kelanasiswa Malaysia (KLKM) menerusi aktiviti perkhemahan?

ii. Sejauhmana kesedaran ahli KLKM terhadap penerapan elemen kemahiran

kerja berpasukan menerusi aktiviti perkhemahan?

iii. Sejauhmana penguasaan elemen kemahiran kerja berpasukan pelajar ahli

KLKM menerusi aktiviti perkhemahan?

1.6 Skop kajian

Kajian ini akan melibatkan responden dalam kalangan ahli KLKM di Universiti Tun

Hussien Onn Malaysia (UTHM). Penyelidik memfokuskan kepada lima elemen

kemahiran kerja berpasukan iaitu:

i. Kebolehan membina hubungan yang baik, berinteraksi dan bekerja secara

efektif bersama kumpulan untuk mencapai objektif yang sama.

ii. Kebolehan memahami dan mengambil peranan bersilih ganti antara ketua

kumpulan dan ahli kumpulan.

Page 5: PEMBANGUNAN KEMAHIRAN KERJA BERPASUKAN …eprints.uthm.edu.my/6928/1/6._MDP-54.pdf · pengurusan berfungsi. Tambahan lagi, Bourn (2005), menyatakan kebanyakan pekerjaan ... perkhemahan

iii. Kebolehan mengenal dan menghormati sikap, kelakuan dan kepercayaan

orang lain.

iv. Kebolehan memberi sumbangan kepada perancangan dan menyelaraskan

hasil usaha kumpulan.

v. Bertanggungjawab terhadap keputusan kumpulan.

1.7 Batasan Kajian

Berdasarkan kajian yang akan dijalankan oleh penyelidik, batasan penyelidik tidak

mempunyai pegalaman dalam membuat kajian. Oleh itu, penyelidik membuat kajian

hanya dengan mengikut prosedur yang tertentu yang telah digariskan untuk dijadikan

panduan kepada penyelidikan. Kejujuran responden merupakan salah satu batasan

kajian yang dianggap penting. Hal ini adalah kerana kajian yang dijalankan

menggunakan soal selidik, temu bual, analisis data dan pemerhatian. Penyelidik juga

mengambil kira faktor masa sebagai batasan kajian. Penyelidik membuat

pemerhatian sebagai salah satu instrument utama yang dipilih oleh penyelidik.

1.8 Kepentingan kajian

Kajian ini akan memiliki beberapa kepentingan iaitu:

i. Kajian ini dapat memberi gambaran jelas kepada pihak UTHM mengenai

tahap penerapan elemen kerja berpasukan dikalangan ahli KLKM menerusi

aktiviti perkhemahan.

ii. Kajian ini sebagai panduan kepada ahli KLKM tentang kepentingan

kemahiran kerja berpasukan sebagai satu persediaan untuk menceburi bidang

kerjaya.

iii. Kajian ini dapat membantu pensyarah untuk mendapatkan informasi

berkaitan dengan aktiviti yang sesuai dalam perkhemahan sebagai

pendekatan terhadap penguasaan kemahiran kerja berpasukan dikalangan

ahli KLKM.

1.9 Kerangka teori kajian

Penyelidik akan menggunakan Teori Kolb yang telah diadaptasi untuk melaksanakan

kajian ini. Kolb menyatakan pembelajaran sebagai satu proses refleksi keatas

pengalaman yang telah dilalui, diterjemahkan kepada teori dan konsep lalu menjadi

satu panduan kepada pengalaman yang baru. Dalam Teori Kolb ini mengandungi

empat fasa dalam satu kitaran. Dalam setiap fasa menjurus kepada perlakuan yang

berbeza-beza yang bertujuan menggalakkan pelajar mempelajari cara untuk belajar,

penghargaan kepada ilmu, peningkatan kemahiran dan juga kreativiti. Teori Kolb ini

akan dijelaskan di dalam bentuk kitaran yang ditunjukkan dalam Rajah 1.1. Teori ini

menyatakan pelajar atau seorang individu itu kepada dua bentuk kecenderungan iaitu

pertama pengalaman konkrit, atau konseptualisasi abstrak iaitu bagaimana seseorang

pelajar mengaplikasikan informasi dan kedua pengkajian aktif atau pemerhatian

reflektif iaitu bagaimana seseorang pelajar memahami informasi. Penyelidik

mengaplikasikan teori ini berdasarkan kesesuaian objektif yang hendak dicapai dalam

Page 6: PEMBANGUNAN KEMAHIRAN KERJA BERPASUKAN …eprints.uthm.edu.my/6928/1/6._MDP-54.pdf · pengurusan berfungsi. Tambahan lagi, Bourn (2005), menyatakan kebanyakan pekerjaan ... perkhemahan

kajian ini untuk melihat pembangunan kemahiran kerja berpasukan menerusi aktiviti

perkhemahan berdasarkan lima elemen kemahiran kerja berpasukan.

2.0 Sorotan Kajian

Menurut Alhabshi (2009) melalui kerja berpasukan dapat meningkat rangasangan,

mengeratkan tali persaudaraan dan setiakawan antara pekerja, sentiasa suka

menghasilkan kerja yang baik, mampu mewujudkan suasana intim, mewujudkan

perasaan seronok bekerja dan meningkatkan perasaan bangga kepada pasukan dan

Pengalaman Konkrit

Pemerhatian Reflektif

Konseptual Abstrak

Eksperimentasi Aktif

1. Kebolehan untuk membina

hubungan yang baik, berinteraksi

dengan mencapai objektif yang sama.

2. Kebolehan untuk memahami dan

mengambil bahagian peranan bersilih

ganti antara ketua dan ahli kumpulan

3. Kebolehan untuk mengenal dan

menghormati sikap, kelakuan dan

kepercayaan orang lain.

4.Kebolehan untuk memberikan

sumbangan kepada perancangan dan

menyelaraskan hasil kumpulan

5.Bertanggungjawab terhadap

keputusan kumpulan

Rajah1.1: Kerangka teori

Diadaptasi dan diubahsuai daripada Model Kolb (1984)

Page 7: PEMBANGUNAN KEMAHIRAN KERJA BERPASUKAN …eprints.uthm.edu.my/6928/1/6._MDP-54.pdf · pengurusan berfungsi. Tambahan lagi, Bourn (2005), menyatakan kebanyakan pekerjaan ... perkhemahan

organisasi. Selain daripada itu, kerja berpasukan ini wujud dengan alasan dapat

menjimatkan masa dan tenaga kerana kerja dapat dilakukan secara berpasukan.

Rungutan daripada pihak majikan yang mengatakan bahawa kebanyakan

graduan yang dikeluarkan dari universiti gagal memenuhi keperluan seperti mana

yang diharapkan. Graduan tidak mampu bekerja secara pasukan, berfikir secara

kritikal, kurang kemahiran menyelesaikan masalah, kurang kemahiran komunikasi,

kurang kemahiran menggunakan ICT dan lemah berbahasa Inggeris merupakan antara

keluhan yang sering diutarakan oleh pihak majikan (Yusoff, 2006 & Saadan et al.,

2011). Melalui kerja berpasukan, semua pihak akan dilibatkan untuk menjayakan

sesuatu objektif. Sekiranya pasukan tersebut berjaya untuk mencapai objektif yang

disasarkan, maka kejayaan tersebut perlu dikongsi bersama. Semua pihak telah

memainkan peranan serta tanggungjawab masing-masing.

2.1 Kokurikulum

Menurut Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) kegiatan kokurikulum ertinya

apa-apa kegiatan yang dirancang daripada proses pengajaran dan pembelajaran di luar

bilik darjah (kurikulum) yang memberikan murid peluang untuk menambah,

mengukuh dan mengamalkan kemahiran dan nilai-nilai yang dipelajari di bilik darjah.

Dalam Warta Kerajaan bertarikh 31 Disember 1997, Jld. 41, No. 26, Tambahan No.

94, Perundangan A.P.U. (A) 531, Akta Pendidikan 1996, Peraturan-peraturan

(Kokurikulum Kebangsaan) telah memberi takrif Kokurikulum iaitu kegiatan

kokurikulum di sekolah kerajaan dan bantuan kerajaan akan mengandungi yang

berikut:

1. Penyertaan dalam sukan dan permainan

2. Penyertaan dalam persatuan dan kelab

3. Penyertaan dalam pasukan pakaian seragam

4. Lain-lain kegiatan sebagaimana ditentukan oleh Menteri Pendidikan

2.2 Kokurikulum di UTHM

Di UTHM penyertaan pelajar dalam kokurikulum dikendalikan oleh Pusat

Kokurikulum. Terdapat empat bidang kokurikulum yang dikenal pasti di UTHM.

Rajah 2.1: Pecahan Mata Pelajaran Kokurikulum di UTHM

Komponen

Sukan

Komponen

Persatuan

Komponen

Kesenian

Komponen Badan

Beruniform

Badminton

Bola Baling

Bola Keranjang

Bola Lisut

Bola Sepak (L)

Bola Tampar

Golf

Hoki

Kayak

Memanah

Keushawanan

Khidmat

Masyarakat

Fotografi

Koir

Silat Sunda

Taekwando

Videografi

Muzik Moden

Gamelan

Kompang

Silat Cekak Hanafi

Pertolongan

Cemas

Pertahanan Awam

KLKM

SUKSIS

PALAPES

Page 8: PEMBANGUNAN KEMAHIRAN KERJA BERPASUKAN …eprints.uthm.edu.my/6928/1/6._MDP-54.pdf · pengurusan berfungsi. Tambahan lagi, Bourn (2005), menyatakan kebanyakan pekerjaan ... perkhemahan

Sepak Takraw

Ping Pong

Tenis

Ragbi

Aktiviti kokurikulum UTHM bertujuan untuk melahirkan modal intelek yang

kompeten dan berdaya saing di arena global melalui penerapan Kemahiran Insaniah

berteraskan Kursus Kokurikulum Berkredit. Justeru pelajar dilatih bukan sahaja

mendalami bidang kokurikulum, malah semua pelajar berpeluang untuk

mengembangkan bakat dan minat serta potensi diri melalui kursus yang diceburi.

2.3 Kepentingan Kokurikulum

Kegiatan kokurikulum adalah kegiatan yang boleh dijalankan sama ada di dalam bilik

darjah atau di luar bilik darjah. Terdapat banyak faedah dalam kegiatan kokurikulum

kerana ia boleh memberi pengalaman yang baik dan bermanfaat kepada pelajar.

Menurut Norashikin (2010) perlaksanaan kokurikulum adalah untuk pembentukan

sahsiah dan kerjaya. Melalui kegiatan kokurikulum dapat melahirkan insan yang

seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek serta mempunyai daya

kepimpinan yang tinggi. Selain itu, melalui kegiatan kokurikulum memberi peluang

kepada para pelajar untuk menjadi lebih giat dan cerdas (Jamalis & Fauzee, 2010).

Justeru itu, semua pelajar digalakkan mengambil bahagian dalam aktiviti

kokurikulum supaya pelajar berdaya saing, berketrampilan, kreatif dan inovatif dapat

dihasilkan.

2.4 Perkhemahan

Perkhemahan adalah aktiviti asas bagi kebanyakan kegiatan luar. Pada zaman dahulu

berkhemah merupakan cara hidup bagi kaum-kaum Dayak Merah di Amerika

Syarikat. Tetapi kini aktiviti perkhemahan menjadi aktiviti riadah dan sukan yang

diminati ramai terutama golongan muda di serata dunia. Perkhemahan merupakan

cara hidup sementara seseorang di persekitaran luar rumah yang memerlukan

seseorang melakukan aktiviti kehidupan harian dengan menggunakan peralatan dan

bekalan makanan yang terhad.

Menurut Eng (2013) menyatakan istilah perkhemahan akan merujuk kepada

aktiviti day camp, camping out dan residential camp. Day camp atau perkhemahan

sehari merujuk kepada perkhemahan yang diadakan dalam tempoh sehari, iaitu pergi

pada sebelah pagi dan pulang pada hari yang sama. Camping out melibatkan aktiviti

perkhemahan yang memerlukan peserta bermalam ditempat perkhemahan untuk

semalam ataupun beberapa malam. Residential camp atau summer camp membawa

maksud perkhemahan untuk tempoh masa yang agak panjag yang mungkin boleh

mengambil masa berbulan-bulan.

Buku panduan pendidikan luar Learning and Teaching Scotland (2010),

menyebut bahawa aktiviti perkhemahan memberi peluang untuk murid menjauhkan

diri daripada persekitaran sekolah dan membolehkan mereka membentuk ciri-ciri

personaliti seperti keyakinan hasil daripada usaha berdikari dan membuat keputusan

sendiri, ketabahan kerana individu dan kumpulan perlu berganding bahu dalam

Page 9: PEMBANGUNAN KEMAHIRAN KERJA BERPASUKAN …eprints.uthm.edu.my/6928/1/6._MDP-54.pdf · pengurusan berfungsi. Tambahan lagi, Bourn (2005), menyatakan kebanyakan pekerjaan ... perkhemahan

membuat keputusan, tinggal dan berkongsi masa lapang, semangat pengembaraan

kerana berpeluang meneroka tempat dan persekitaran baru, menghayati faedah

gayahidup sihat melalui pelbagai aktiviti fizikal dan kemampuan mengimbas kembali

pengalaman dan pembelajaran yang diperoleh.

2.5 Elemen Kerja Berpasukan Dalam Perkhemahan

Menurut Rahim (2004) menyatakan semasa perkhemahan dijalankan terdapat dua

jenis tingkah laku yang wujud iaitu tingkah laku terpuji dan tingkah laku yang buruk.

Tingkah laku terpuji adalah melatih peserta perkhemahan bangun awal, sentiasa riang,

tidak cepat merasa putus asa, semangat tolong menolong, pandai meyesuaikan diri

dan menjaga kebersihan dan keselamatan diri. Tingkah laku terpuji yang dinyatakan

adalah berkait dengan elemen kemahiran kerja berpasukan. Elemen yang pertama

iaitu kebolehan untuk membina hubungan yang baik, berinteraksi dengan mencapai

objektif yang sama adalah berkait dengan tingkah laku sentiasa riang. Elemen yang

kedua ialah memahami dan mengambil bahagian peranan bersilih ganti antara ketua

dan ahli kumpulan boleh dikaitkan dengan tingkah laku semangat tolong menolong.

Elemen yang ketiga ialah untuk mengenal dan menghormati sikap, kelakuan dan

kepercayaan orang lain dikaitkan dengan tidak cepat merasa putus asa. Elemen yang

keempat ialah memberikan sumbangan kepada perancangan dan menyelaraskan hasil

kumpulan boleh dikaitkan dengan tingkah laku boleh menjaga kebersihan dan

menjaga keselamtan bersama dan elemen yang kelima iaitu bertanggungjawab

terhadap keputusan kumpulan boleh dikaitkan dengan pandai menyesuaikan diri.

3.0 Metodologi Kajian

Metodologi penting bagi memastikan kajian dapat disempurnakan dengan lancar dan

sistematik.

3.1 Reka bentuk kajian

Reka bentuk kajian yang dipilih oleh penyelidik adalah berbentuk kajian kes.

Menurut Idris (2010) kajian kes merupakan merupakan penerangan dan penganalisaan

terperinci sesuatu fenomena atau unit sosial seperti serang individu, sebuah

kumpulan, sebuah institusi atau komuniti. Matlamat kajian kes adalah untuk

mendapatkan penerangan secara terperinci dan pemahaman yang mendalam tentang

apa yang hendak dikaji.

3.2 Populasi dan sampel kajian

Populasi kajian ini terdiri daripada ahli KLKM di UTHM. Bagi mendapatkan

populasi sebenar keseluruhan ahli, penyelidik mengambil data dari Pusat

Kokorikulum UTHM. Ahli KLKM di UTHM terdiri daripada 40 orang. Kesemua

ahli KLKM merupakan sampel kajian. Menurut Chua (2006), saiz sampel yang

terlibat dalam satu kajian adalah merupakan elemen yang penting, ini adalah kerana

dapatan kajian atau keputusan kajian adalah bergantung kepada sampel kajian yang

digunakan.

Page 10: PEMBANGUNAN KEMAHIRAN KERJA BERPASUKAN …eprints.uthm.edu.my/6928/1/6._MDP-54.pdf · pengurusan berfungsi. Tambahan lagi, Bourn (2005), menyatakan kebanyakan pekerjaan ... perkhemahan

3.3 Lokasi kajian

Kajian ini akan dijalankan di UTHM. Penyelidik akan mengemukakan permohonan

di Pusat Kokurikulum UTHM untuk menjalankan kajian tersebut. Seterusnya,

penyelidik akan mengemukakan permohonan kajian di Kementerian Pendidikan

Malaysia (KPM) sebagai salah satu prosedur untuk menjalankan penyelidikan.

UTHM di pilih sebagai lokasi kajian kerana terdapat ahli KLKM. Seterusnya

penyelidik akan dapat menjalankan kajian dengan lebih terperinci bagi menjawab

persoalan yang terdapat dalam persoalan kajian.

3.4 Instrumen kajian

Instrumen kajian yang akan digunakan dalam kajian ini ialah analisis dokumen,

pemerhatian, temu bual dan borang soal selidik. Penggunaan keempat-empat

instrumen menunjukkan bahawa data kualitatif dan kuantitatif dikumplkan serentak.

Kaedah ini disebut juga dengan nama triangulasi (Punch, 2009). Matlamatnya adalah

untuk mengabungkan kekuatan kedua-dua jenis kaedah itu bagi mendapatkan

maklumat yang mendalam dalam sesuatu kajian. Fraenkal, Wallen, & Hyun (2011)

menyatakan penggunaan instrumen temu bual dan soal selidik boleh membantu untuk

menjelaskan dan menerangkan hubungan antara pemboleh ubah, meneroka hubungan

antara pemboleh ubah penting dalam kawasan kepentingan. Pemboleh ubah ini

kemudian boleh dikenalpasti dalam instrumen (seperti menjawab soal selidik).

Borang soal selidik akan diedarkan kepada responden dalam kelompok

populasi kajian manakala temu bual pula dijalankan secara bersemuka dengan

responden yang terpilih bagi mengelakkan pencanggahan maklumat dan pendapat.

Kaedah pemerhatian dijalankan semasa ahli KLKM menjalankan perkhemahan.

3.5 Kajian Rintis

Dalam kajian ini, kebolehpercayaan item kajian dinilai melalui tahap konsisten,

ketepatan dan keseimbangan instrument soal selidik yang dihasilkan. Oleh yang

demikian, penyelidik akan menggunakan ukuran kebolehpercayaan Alpha-Croanbach

untuk menilai tahap kebolehpercayaan item-item yang dikemukakan dalam borang

soal selidik kerana menurut Glime et al (2003), prinsip Alpha-Croanbach boleh

digunakan untuk mengukur darjah konsistensi dalam instrumen kajian. Penyelidik

akan menjalankan kajian rintis terhadap 30 orang ahli KLKM untuk mendapatkan

kebolehpercayaan terhadap item yang dibina.

3.6 Kaedah Analisis Data

Terdapat pelbagai analisis data yang boleh digunakan penyelidik. Dalam pemilihan

istrumen penyelidik akan memilih empat instrumen iaitu analisis data, pemerhatian,

temu bual dan soal selidik. Terdapat dua jenis data yang diperoleh dalam kajian ini

iaitu data kualitatif dan kuantitatif. Kaedah analisis yang akan digunakan bagi

menjawab setiap persoalan kajian adalah seperti yang dinyatakan dalam Jadual 3.1.

Page 11: PEMBANGUNAN KEMAHIRAN KERJA BERPASUKAN …eprints.uthm.edu.my/6928/1/6._MDP-54.pdf · pengurusan berfungsi. Tambahan lagi, Bourn (2005), menyatakan kebanyakan pekerjaan ... perkhemahan

Jadual 3.1: Kaedah analisis yang digunakan mengikut persoalan kajian

No. Persoalan Kajian Analisi Data

Kualitatif Kuantitatif

1. Adakah terdapat

penerapan kemahiran

kerja berpasukan

Kumpulan Latihan

Kelanasiswa Malaysia

(KLKM) menerusi aktiviti

perkhemahan?

Analisis Dokumen

berdasarkan RPP kursus

yang diperoleh. Analisis

kandungan data,

kandungan data yang

akan diperoleh daripada

pemerhatian (Senarai

semak berdasarkan

kekerapan dan gambar

yang direkodkan) dan

temu bual (transkrip

temu bual)

Peratusan dan

kekerapan daripada

analisis soal

selidik.

2. Sejauhmana kesedaran

ahli KLKM terhadap

penerapan elemen

kemahiran kerja

berpasukan menerusi

aktiviti perkhemahan?

Analisis kandungan

daripada data yang

diperolehi dari temu bual

(transkrip temu bual)

- Ahli KLKM

Peratusan dan

kekerapan daripada

analisis soal selidik

3. Sejauhmana penguasaan

elemen kemahiran kerja

berpasukan pelajar ahli

KLKM menerusi aktiviti

perkhemahan?

Analisis kandungan

daripada data yang

diperolehi dari temu bual

(transkrip temu bual)

- Ahli KLKM

- Rakan ahli KLKM

- Penasihat KLKM

Peratusan dan

kekerapan daripada

analisis soal selidik

4.0 Penutup Dan Jangkaan Dapatan Kajian

Penyelidik mengandaikan bahawa kandungan soal selidik dan soal temu bual yang

dikemukakan difahami oleh responden dan maklumat yang diberi adalah maklumat

yang diperlukan oleh penyelidik. Seterusnya penyelidik mengandaikan bahawa

statistik deskriptif yang sesuai digunakan dalam menganalisis data adalah statistik

yang tepat dan sesuai untuk memberi jawapan kepada soalan kajian. Penyelidik

mengandaikan bahawa responden memberi maklum balas yang diminta secara jujur

dan benar melalui soal selidik dan temu bual. Justeru itu, penyelidik berharap semua

persoalan kajian dapat terjawab dengan sempurna dan objektif kajian dapat dicapai.

Rujukan

Adam, Z. & Kassim, F. (2008). Kemahiran Kerja Berpasukan: Etika Dalam

Pekerjaan Dari Perspektif Islam. Di capai pada November, 25, 2013 dari

Page 12: PEMBANGUNAN KEMAHIRAN KERJA BERPASUKAN …eprints.uthm.edu.my/6928/1/6._MDP-54.pdf · pengurusan berfungsi. Tambahan lagi, Bourn (2005), menyatakan kebanyakan pekerjaan ... perkhemahan

http://irep.iium.edu.my/7989/1/KEMAHIRAN_KERJA_BERPASUKAN.pd

f

Alhabshi, S. O. (2009). Mengamalkan Budaya Kerja Berpasukan yang Komited

dan Bermotivasi. Di capai pada November, 25, 2013 dari

http://uthmdehati.wordpress.com/2008/11/18/mengamalkan-budaya-kerja-

berpasukan-yang-komited-dan-bermotivasi/.

Bahrin, Z. Faktor Mempengaruhi Keberkesanan Kerja Berpasukan Di Kalangan

Pekerja Bukan Eksekutif Di Pelabuhan Rajang Sibu, Sarawak. Tesis Sarjana.

Universiti Malaysia Sarawak. 2004.

Bourn. (2005). Project Relationship Managment and The Steakholder Circle. Dicapai

pada Mac 14, 2014 dari http://www.mosaicprojects.com.au/PDF

_Papers/P021_L_Bourne_Thesis.pdf.

Chua, Y.P. (2006). Kaedah Penyelidikan: Kaedah dan Statistik Penyelidikan. Petaling

Jaya: Mc Graw Hill Sdn. Bhd.

Cole, D. (2014). Impacts of Hiking and Camping on Soils and Vegetation: A Review

Dicapai pada Mac 14, 2014 dari http://www.leopold.wilderness.

net/research/fprojects/docs12/ecotourism.pdf?origin=publication_detail.

Dickerson, A. & Green, F. The Growth and Evaluation of Generic Skills.

JEL Working Paper, 31(2). 2002. ms 1-49.

DiFonzo, F.L.(2010). Is Management Education Better Learned In Team? A Study of

Teamwork within the Bussiness Education Curricular. Capella University.

Thesis PHD.

Donna, M. M. (2005). Reasearch and Evaluation in Education and Psychology.

United Kingdom: Lisa Cuevaz Show.

Eng, J. A. J. (2013). Pengurusan Aktiviti Luar Sekolah. Kuala Lumpur. PTS

Akademia.

Gliem, J.A. et al. (2003), Calculating, Interpreting and Reporting Cronbach’s Alpha

Reliability Coefficient for Likert-type Scales. Proceedings of The Midwest

Research to Practice Conference in Adult. Ohio. Continuing, and Community

Education. ms 14-16.

Ibrahim, N. A. (2010 September 9). Gangguan Seksual. Berita Harian ms 25.

Idris, N. (2010). Penyelidikan dalam Pendidikan. Sentul.Mc Graw Hill Sdn. Bhd.

Jamalis,M.& Fauzee, M. S. (2010). Developing Human Value Through Extra

Curricular Activities. Dicapai pada Mac 14, 2014 dari http://www.hrljournal.

com/Page/6Marjohan%20Jamalis.pdf.

Keyaerts, E. at el. (2004). Plasma Exchange–Associated Immunoglobulin M–

Negative Hantavirus Disease after a Camping Holiday in Southern France.

Dicapai pada Mei 30, 2014, dari http://cid.oxfordjournals.org/

Kementerian Pendidikan Malaysia. (1997, Disember). Dasar Perlaksanaan Kegiatan

Kokurikulum. Akta Pendidikan 1996. Jld. 41, No. 26, Tambahan No. 94,

Perundangan A.P.U. (A) 531. Dicapai pada Mac 14, 2014 dari

file:///C:/Users/use/Downloads/1544%20(3).pdf

Kolb, D. A. Experiential Learning: Experinces As a Source Of Learning and

Development. New Jersey: Prentice Hall. 1984.

Mahbar, Z., Long, J., Ismail, Z. & Abdullah,K.(2008). Isu Pengangguran Siswazah

dan Kemahiran Berkomunikasi: Antara Kecekapan Berbahasa Melayu Dan

Inggeris,Mana Satu Keutamaan Majikan. Prosiding PERKEM III, JILID 1.

Page 13: PEMBANGUNAN KEMAHIRAN KERJA BERPASUKAN …eprints.uthm.edu.my/6928/1/6._MDP-54.pdf · pengurusan berfungsi. Tambahan lagi, Bourn (2005), menyatakan kebanyakan pekerjaan ... perkhemahan

Noor, M. S. & Nor, M. A. (2006). Penglibatan Mahasiswa Secara Aktif dalam

Bidang Sukan di Peringkat Universiti dan Kesannya Terhadap Pencapaian

Akademik. Di capai pada November, 25, 2013 dari http://eprints.utm.my/540/

Norashikin, S. (2010). Kepentingan Aktiviti Kokurikulum. Dicapai pada Mac 12,

2014, dari http://cikguikin70.blogspot.com/2010/01/pendidikan-2

kepentingan-aktiviti.html.

Peslak.(2005). A Twelve Step Multiple Course Approach To Teaching Enterprise

Resource Planing. Dicapai pada Mac 14, 2014 dari

http://jise.edsigbh.org/Volume16/16-2/Pdf/V16N2P147-Abs.pdf

Punch, K. F.(2009). Introduction to Research Methods in Education. London: Mixed

Souced.

Rahim, A. A. A. Panduan Perkhemahan, Simpulan dan Pioneering Untuk Pengakap

dan Pandu Puteri Serta Badan Beruniform Lain. Shah Alam. Oxford Fajar

Sdn. Bhd. 2004.

Richard et al. (2010). The importance of soft skills in complex projects. Dicapai pada

Mac 14, 2014 dari

http://www.emeraldinsight.com/journals.htm?articleid=1864452

Saadan,et al. Keberkesanan Kursus Kurikulum Berkredit Dalam Memperkasakan

Kemahiran Insaniah Dalam Kalangan Pelajar Institusi Pengajian Tinggi

Awam. ISSN:1983-7012,Melaka.Universiti Teknikal Melaka. 2011.

Schena, L. (2011). Teaching Teamwork to Public Relations Students: Does It

Matter?. University of La Verna. PhD Thesis.

Sundrum & Kanasan.(2014). Students’ Perception on the Effectiveness of Teamwork

Based Activities in Enhancing the Learning Process. Dicapai pada Mac 14,

2014 dari http://econpapers.repec.org/article/ejnejssjr/ v_3a1_3ay_3a2013

_3ai_3a2_3ap_3a52-60.htm

Yasim, M. (2005). Kesan Perkhemahan Pendidikan Luar Terhadap Kesepaduan

Kumpulan. Di capai pada November, 25, 2013 dari https://www.academia

.edu/2905329/Kesan_perkhemahan_pendidikan_luar_terhadap _kesepaduan

_kumpulan.

Yulpisman, A. (2006). Modul Pembangunan Kemahiran Insaniah (Soft Skills) untuk

Institusi Pengajian Tinggi Malaysia. Dicapai pada Mac 14, 2014 dari

http://www.utusan.com.my/utusan/content

Zain,S.M.,Suja’,F., Basri, N. E. A. & Basri, H. (2007). Penilaian Kemahiran Insaniah

Dalam Kursus Sistem Biorektaktor KW4113. Seminar Pendidikan

Kejuruteraan dan Alam Bina. Bangi. Universiti Kebangsaan Malaysia. ms 2-

14.