kertas kerja perkhemahan

21
1.0 PENGENALAN Perkhemahan unif beruniform ini merupakan antara saluran pendidikan luar bilik darjah yang sangat berkesan. Usaha ini adalah bertujuan menangani masalah gejala sosial. Perkhemahan ini diharap akan dapat mendidik murid-murid percaya kepada diri sendiri dan sedar akan kemampuan diri. Melalui aktiviti- aktiviti yang disediakan, mereka ini akan didedahkan dengan pengalaman-pengalaman pembelajaran yang sukar diperolehi ketika di dalam bilik darjah. Ia menanam sifat keberanian dan kepercayaan interpersonal dan intrapersonal. Diharapkan program ini akan dapat memberi peluang kepada murid-murid menonjolkan kemampuan diri mere disamping mengeratkan hubungan siratulrrahim dikalangan murid dan guru-guru. 2.0 NAMA PROGRAM PERKHEMAHAN UNIT UNIFORM SK TAN SRI GHAZALI JAWI 3.0 MATLAMAT Perkhemahan Unit Uniforn ini diharap dapat membina keyakinan diri murid apabila berhadapan dengan situasi kehidupan yang mencabar, disamping menerapkan sikap hormat-menghormati di antara satu sama lain. Ia juga merupakan satu aktiviti pengukuhan ilmu pendidikan luar serta perkongsian ilmu dan pengalaman antara unit persatuan Pengakap, Puteri Islam dan Bulan Sabit Merah. Perkhemahan Unit Beruniform SKTSGJ/Sept.2012 –Bina Insan Guru/Jun. PPG 2011ndhprab 1

Upload: siti-nooryahmilawatimah-yahaya

Post on 14-Dec-2014

3.835 views

Category:

Documents


12 download

DESCRIPTION

 

TRANSCRIPT

Page 1: Kertas kerja perkhemahan

1.0 PENGENALAN

Perkhemahan unif beruniform ini merupakan antara saluran pendidikan luar bilik

darjah yang sangat berkesan. Usaha ini adalah bertujuan menangani masalah gejala

sosial. Perkhemahan ini diharap akan dapat mendidik murid-murid percaya kepada diri

sendiri dan sedar akan kemampuan diri. Melalui aktiviti-aktiviti yang disediakan,

mereka ini akan didedahkan dengan pengalaman-pengalaman pembelajaran yang

sukar diperolehi ketika di dalam bilik darjah. Ia menanam sifat keberanian dan

kepercayaan interpersonal dan intrapersonal. Diharapkan program ini akan dapat

memberi peluang kepada murid-murid menonjolkan kemampuan diri mere disamping

mengeratkan hubungan siratulrrahim dikalangan murid dan guru-guru.

2.0 NAMA PROGRAM

PERKHEMAHAN UNIT UNIFORM SK TAN SRI GHAZALI JAWI

3.0 MATLAMAT

Perkhemahan Unit Uniforn ini diharap dapat membina keyakinan diri murid

apabila berhadapan dengan situasi kehidupan yang mencabar, disamping menerapkan

sikap hormat-menghormati di antara satu sama lain. Ia juga merupakan satu aktiviti

pengukuhan ilmu pendidikan luar serta perkongsian ilmu dan pengalaman antara unit

persatuan Pengakap, Puteri Islam dan Bulan Sabit Merah.

4.0 OBJEKTIF

Pada akhir program ini, para peserta akan dapat :

4.1 Memperolehi pengalaman yang berguna dalam kehidupan seharian.

4.2 Menyemai semangat bekerja dalam kumpulan.

4.3 Mengukuhkan semangat jati diri.

4.4 Membina keyakinan dan ketrampilan diri.

Perkhemahan Unit Beruniform SKTSGJ/Sept.2012 –Bina Insan Guru/Jun. PPG 2011ndhprab 1

Page 2: Kertas kerja perkhemahan

5.0 BUTIRAN PERKHEMAHAN

5.1 Tarikh : 28hb. Dan 29hb. September 2012 (Jumaat/Sabtu)

5.2 Tempat : Sekitar Kawasan / Padang SKTSGJ

5.3 Masa : 2.40 petang

5.4 Jurulatih/Fasilitator : Guru-guru SK Tan Sri Ghazali Jawi

6.0 SASARAN PENYERTAAN :

110 orang murid-murid tahap dua SKTSGJ

40 ahli pengakap

40 ahli Bulan Sabit Merah

30 Puteri Islam

7.0 BAYARAN PENYERTAAN :

Setiap peserta dikenakan bayaran sebanyak RM 10.00 (Sepuluh Ringgit Sahaja) Bayaran ini adalah untuk menampung perbelanjaan seperti: i. Aktiviti ii. Makan dan minuman peserta

8.0 JAWATANKUASA INDUK

PENAUNG : Tn. Hj. Mohd Arif b. Abd Jabbar

PENASIHAT I : Pn. Hjh. Nigar Begum bt. A.B. Khan

PENASIHAT II : En. Wan Ghani b. Wan Jamel

PENGERUSI : En. Mohd Shafarun b. Abdullah

NAIB PENGERUSI : En. Sobri b. Hassan

SETIAUSAHA : Pn. Noorul Dalilah bt. Harun

PEN. SETIAUSAHA : En. Ramli b. Sidik Amat

BENDAHARI : Pn. Hjh. Nooranis bt. Abd Wahab

PEN. SETIAUSAHA : Pn. Zainatul Ashikin bt. Mohd Mohaidin

AHLI JAWATAN KUASA : Pn. Norizan bt. Abd Aziz En. Awang b. Ismail

Pn. Fauziah bt. Othman En. Rezal b. Shamsudin

Pn. Robaayah bt. Abd Manan

En. Fakhrurrazy b. Abu Yazid

Perkhemahan Unit Beruniform SKTSGJ/Sept.2012 –Bina Insan Guru/Jun. PPG 2011ndhprab 2

Page 3: Kertas kerja perkhemahan

9.0 JAWATAN KUASA PELAKSANA :

KEM KOMANDAN : En. Sobri b. HassanPEN. KEM KOMANDAN : Pn. Jamilah bt. Jamal

PENYELARAS AKTIVITI

KEMBARA ILMU Pn. Kalsom b. Darus

PENGHAYATAN MALAM (LDK) Pn.Noorul Dalilah Harun

PERTANDINGAN MEMASAK Pn. Hjh. Robaayah b. Abd Manan

PERSEMBAHAN KEBUDAYAAN Pn. Noorqudwati bt. Ahmad Damanhuri

KHEMAH TERBAIK / GAJET En. Fakhrurrazy b. Abu Yazid / En. Umaar Fuad

KULIAH SUBUH En. Rezal b. Shamsudin

JEJAK KOMANDO En. Muhammad Uda b. Ateh / En. Awang b. Ismail

SENAMROBIK En. Fakhrurrazy b. Abu Yazid

JAWATANKUASA KECIL PELAKSANA

PENDAFTARAN & PEMBAHAGIAN KUMPULAN

Pn. Rosdiana bt. Abd Majid Pn. Suziy bt. Harun

PERSIAPAN TEMPAT & SIARAYA En. Azhar b. Kadir, En. Rezal b. Samsudin

MAKANAN DAN MINUMAN KantinPn. Rosnawati bt. HussinPn. Zainatul Ashikin bt. Mohd Mohaidin

HADIAH / CENDERA HATI Pn. Rosmawati bt. Abd Yazid Pn. Kamariah bt. Malek

KAWALAN KESELAMATAN (MALAM) & KECEMASAN

En. Azhar b. KadirEn. Awang b. Ismail En. Umar Fuaad b. HussinEn. Ramli b. Sidik AmatEn. Fakhrurrazy b. Abu YazidPn. Rahiza bt. Mohd YusoffPn. Jamilah bt. Jamal Pn. Kalsom b. Darus Pn. Noorul Dalilah bt. Harun

IBADAH / KEROHANIAN En. Rezal b. Samsudin En. Mohd Thakapi b. Mat ArifPn. Hjh. Nooranis bt. Abd WahabPn. Rahiza bt. Mohd Yusoff

Perkhemahan Unit Beruniform SKTSGJ/Sept.2012 –Bina Insan Guru/Jun. PPG 2011ndhprab 3

Page 4: Kertas kerja perkhemahan

JAWATAN KECIL AKTIVITI

KEMBARA ILMU

Ppenyelaras : Pn. Kalsom b. Darus

Pn. Hamidah bt. Sulaiman Pn. Shamsiah bt. Mohd Yusof Pn. Suziy bt. Harun Pn. Haslina bt. Md Nor

PENGHAYATAN MALAM (LDK)

Penyelaras : Pn. Noorul Dalilah bt. Harun

En. Ramli b. Sidik Amat En. Muhammad Uda b. Ateh Pn. Jamilah bt. Jamal Pn. Zainatul Ashikin bt. Mohd Mohaidin

PERTANDINGAN MEMASAKPenyelaras : Pn. Hjh Robaayah bt. Abd.

Manan

Pn. Norizan bt. Abd Aziz Pn. Khamariah bt. Malek Pn. Saniah bt. Bili Pn. Rosnawati bt. Hussin

PERSEMBAHAN KEBUDAYAANPenyelaras : Pn. Noorqudwati bt. Ahmad

Damanhuri

Pn. Hjh. Nooranis bt. Abd Wahab Pn. Rahiza bt. Mohd Yusoff Pn. Hjh. Rosmawati bt. Abd Yazid Pn. Zarina bt. Hussin

GAJET & KAWAD KAKIPenyelaras : En. Fakrukkazy b. Abu Yazid

En. Azhar b. Kadir En. Sobri b. Hassan Pn. Saniah bt. Bili

JEJAK KOMANDOPenyelaras : En. Muhammad Uda b. Ateh

En. Awang b. Ismail En. Umar Fuaad b. Hussin En. Mohd Thakapi b. Mohd Arif Pn. Noorul Dalilah bt. Harun Pn. Shamsiah bt. Mohd Yusof Pn. Rosdiana bt. Abd Majid

SENAMROBIKPenyelaras : En. Fakhrurarry b. Abu Yazid En. Umar Fuaad b. Hussin

Pn. Fauziah bt. Othman

Perkhemahan Unit Beruniform SKTSGJ/Sept.2012 –Bina Insan Guru/Jun. PPG 2011ndhprab 4

Page 5: Kertas kerja perkhemahan

10. SENARAI TUGAS

10.1 PENGERUSI / KETUA PROJEK

a. Membentuk jawatankuasa

b. Mempengerusikan mesyuarat

c. Merujuk kepada penasihat

10.2 SETIAUSAHA

a. Menjalankan tugas-tugas kesetiausahaan

b. Urusan surat menyurat dan borang.

10.3 BENDAHARI

a. Mengutip, menyelaras dan menyediakan penyata kewangan berkaitan

program.

b. Memastikan segala perbelanjaan berjalan dengan lancar seperti yang

sepatutnya.

10.4 KETUA DAN PENOLONG KOMANDO PERKHEMAHAN

a. Merancang segala pengisian aktiviti.

b. Memastikan segala aktiviti berjalan dengan lancar dan selamat.

10.5 PERALATAN / SIARAYA

a. Merancang dan menentukan peralatan yang diperlukan untuk program.

b. Memastikan segala peralatan dibawa ke tapak perkhemahan dan dibawa

pulang ke sekolah dengan keadaan baik seperti asal.

10.6 KESELAMATAN

a. Menyediakan peti pertolongan cemas yang lengkap.

b. Memastikan keselamatan para peserta terjamin di sepanjang aktiviti.

c. Mengambil tindakan awal dengan pantas sekiranya berlaku kecemasan.

10.7 MAKANAN DAN MINUMAN

a. Merancang dan menentukan menu makanan

b. Merancang jadual makan dan minum peserta, guru dan jurulatih

c. Memastikan urusan semasa makan berjalan dengan lancar.

Perkhemahan Unit Beruniform SKTSGJ/Sept.2012 –Bina Insan Guru/Jun. PPG 2011ndhprab 5

Page 6: Kertas kerja perkhemahan

10.8 DOKUMENTASI

a. Mencatat segala aktiviti yang berjalan.

b. mengambil foto untuk setiap aktiviti.

c. Menyediakan laporan perkhemahan dan dokumentasikan.

d. Berhubung dengan setiausaha untuk mendapatkan bahan-bahan untuk

didokumentasikan.

10.9 IBADAH

a. Memimpin para peserta solat berjemaah.

b. Mengelolakan kuliah subuh dan maghrib.

c. Menyelaras dan menjalankan program untuk slot keagamaan/kerohanian.

10.10 HADIAH DAN CENDERAMATA

a. Menyediakan hadiah dan cenderamata program

10.11 DISIPLIN PESERTA

a. Mengawal disiplin para peserta sepanjang perkhemahan.

10.12 PENGESAHAN PENDAFTARAN

a. Memastikan para peserta sudah berada di tapak perhimpunan

b. Semak kehadiran murid berdasarkan nama yang akan diberikan oleh

setiausaha.

Perkhemahan Unit Beruniform SKTSGJ/Sept.2012 –Bina Insan Guru/Jun. PPG 2011ndhprab 6

Page 7: Kertas kerja perkhemahan

11.0 ANGGARAN PERBELANJAAN

11.1 DUIT KOKURIKULUM : RM 1029.0011.2 KUTIPAN MURID : RM 1100.00

JUMLAH : RM 2129.00

BIL. PERKARA KUANTITI RM

1 MAKANAN DAN MINUMAN PESERTA

Minum pagi RM 1.50 x 110 orang x 2 hari 330.00Makan Malam RM3.00 x 110 orang 330.00Jamuan penutup RM3.00 x 110 orang 330.00

JUMLAH 990.00

2. PERBELANJAAN HADIAH

Tempat pertama RM60.00 x 6 acara 360.00Tempat kedua RM50.00 x 6 acara 300.00Tempat ketiga RM40.00 x 6 acara 240.00

JUMLAH 900.00

3. PERBELANJAAN LAIN-LAIN

3.1 Belerang 5 kg x RM8.00 40.003.2 Tali Rafia 7.403.3 Ubat Nyamuk 6.803.4 Kertas A4 2 rim x RM9.90 19.803.5 Mentol bulat 9.003.6 Breket lampu 9.003.7 Biskut 4 segi 1 tin x RM18.00 18.003.8 Kain (bendera kump.) 21.003.9 Pen Maker 2 kotak x RM22.00 42.003.10 Kad manila 20 keping x RM0.80 16.003.11 Fotostat 50.00

JUMLAH 239.00

JUMLAH KESELURUHAN 2129.00

Perkhemahan Unit Beruniform SKTSGJ/Sept.2012 –Bina Insan Guru/Jun. PPG 2011ndhprab 7

Page 8: Kertas kerja perkhemahan

12.0 TENTATIF PROGRAM

TARIKH MASA PERKARA TINDAKAN

28 Sept 2012

(Jumaat)

2.40 – 3.00 ptg Pendaftaran peserta di kantin AJK Pendaftaran3.00 – 3.30 ptg Taklimat perkhemahan Kem Komandan3.30 – 5.30 ptg Mendirikan khemah /minum

petangAJK Khemah / FasilitatorAJK Makanan & Minuman

5.30 – 6.30 ptg Kawad kaki Ketua Kumpulan6.30 - 7.00 mlm Makan Malam Kem Komandan7.00 – 9.00 mlm Pengurusan diri, solat Maghrib

berjemaah, tazkirah & solat Isyak

AJK Keagamaan /AJK Makanan

9.00 – 10.00 mlm Malam Kebudayaan AJK Malam Kebudayaan10.00 – 10.30 mlm Minum Malam AJK Makanan & Minuman 10.30 – 12.30 mlm Penghayatan Malam AJK Penghayatan Malam

& Fasilitator Kumpulan12.30 – 5.30 pagi Tidur AJK Keselamatan

29 Sept 2012

(Sabtu)

5.30 – 6.30 pg Pengurusan diri dan solat Subuh

AJK Keagamaan

6.30 – 8.00 pg Takzirah / Amali Solat AJK Keagamaan8.00 – 8.30 pg Senamrobik AJK Senamrobik8.30 –9.00 pg Sarapan pagi AJK Makanan & Minuman9.00 – 11.00 pg Jejak Komando AJK Komando11.00 – 12.30 tgh Pertandingan Memasak AJK Pertandingan

Memasak12.30 – 1.00 ptg Makan tengah hari AJK Makanan & Minuman1.00 – 2.00 ptg Solat Zohor AJK Keagamaan / Ketua

Kumpulan2.00 – 4.00 ptg Kembara Ilmu AJK Kembara Ilmu4.00 – 4.30 ptg Berkemas Ketua Komando/Ketua

Kumpulan4.30 – 5.30 ptg Penyampaian hadiah & sijil

Majlis penutupAJK Hadiah & Siaraya

5.30 ptg Minum Petang AJK Makanan & MinumanBersurai Ketua Komando/Semua

guru

Perkhemahan Unit Beruniform SKTSGJ/Sept.2012 –Bina Insan Guru/Jun. PPG 2011ndhprab 8

Page 9: Kertas kerja perkhemahan

13. PERINCIAN AKTIVITI

13.1 MENDIRIKAN KHEMAH ( 2 jam)

Objektif : Memberi pengetahuan dan pengalaman baru dalam pemasangan

khemah.

Langkah Perlaksanaan :

Taklimat dan demontrasi pemasangan khemah.

Peserta memasang khemah mengikut kumpulan dan dipantau

fasilitator kumpulan.

. 13.2 PERSEMBAHAN MURID : ( 1 jam )

Aktiviti : Malam Kebudayaan

Objektif : Membina sikap keyakinan diri dan dapat bekerja sebagai satu

pasukan.

Langkah Perlaksanaan :

Setiap kumpulan akan mempersembahkan satu persembahan

berkaitan dengan kebudayaan yang terdapat di Malaysia

Diadakan dalam bentuk pertandingan antara kumpulan

Perkhemahan Unit Beruniform SKTSGJ/Sept.2012 –Bina Insan Guru/Jun. PPG 2011ndhprab 9

Khemah yang digunakan adalah jenis berbentuk gelembung dan diperbuat daripada material yang kalis air. Ciri utama khemah jenis ini adalah ianya mudah dibawa, dan sesuai untuk perkhemahan di sekolah.

Page 10: Kertas kerja perkhemahan

13.3 LATIHAN DALAM KUMPULAN (PENGHAYATAN MALAM) : ( 2 jam )

Aktiviti 1 : Pembentukan Kumpulan – ( 1 jam )

Objektif :

Menanamkan sifat inginkan kawan dalam diri peserta

Menyatukan peserta menjadi satu kelompok yang bersatu

Membina semangat setiakawan dalam diri peserta

Langkah Perlaksanaan :

Fasilitator akan menerangkan tujuan aktiviti yang akan dilakukan.

Peserta berbaris dalam kumpulan mengikut tahun.

Setiap peserta akan mengambil secebis kertas (gambar haiwan) dalam kotak yang disediakan. ( ada sebelas gambar haiwan – 11 kumpulan)

Peserta akan mencari kumpulan mengikut gambar haiwan yang diperolehi dengan hanya membunyikan bunyi atau pergerakan haiwan tersebut.

Apabila kumpulan sudah terbentuk. Aktiviti seterusnya mempersembahkan persembahan kumpulan dalam bahasa dan pergerakan haiwan yang diwakili.

Fasilitator menegaskan kepentingan dalam bekerja dalam kumpulan, saling menerima kelebihan dan kekurangan diri dan rakan dalam kumpulan.

Aktiviti 2 : Nur Kasih

Objektif ;:

Menilai sendiri kasih sayang kepada ibu bapa.

Menginsafi diri dan berazam menjadi anak yang taat.

Menyedarkan peserta bukan sesuatu yang mudah dalam membuat keputusan.

Langkah Pelaksanaan :

Peserta diberi secebis kertas, mereka diminta menulis satu nama atau

panggilan yang mereka sangat sayangi.

Minta peserta berkumpul mengikut seseorang yang disayangi, contohnya

Perkhemahan Unit Beruniform SKTSGJ/Sept.2012 –Bina Insan Guru/Jun. PPG 2011ndhprab 10

Page 11: Kertas kerja perkhemahan

ibu, ayah , datuk atau nenek.

Pilih beberapa peserta dari kumpulan, dan minta mereka memberi alasan

atas pemilihan mereka.

Aktiviti diteruskan dengan tayangan video berkaitan ‘ibu bapa’

Fasilitator membuat rumusan sambil bersoaljawab dengan peserta.

13.4 PERSEMBAHAN KUMPULAN ( 1 jam )

Aktiviti : Malam Kebudayaan

Objektif :

Memberi peluang kepada peserta untuk menunjukkan bakat masing-masing.

Membina keyakinan diri peserta.

Langkah Pelaksanaan :

Peserta diberi masa dalam 15 minit untuk membuat persediaan.

Peserta membuat persembahan dalam kumpulan mengikut giliran.

Fasilitator membuat refleksi keseluruhan persembahan.

13.5 TAZKIRAH DAN MORAL ( 1 jam )

Aktiviti : Solat Wajib, Kuliah Subuh dan Amali solat

Objektif :

Memberi santapan kerohanian kepada peserta menimba serta mempraktikkan ilmu dan ibadah untuk kebahgian dunia dan akhirat.

Langkah Pelaksanaan :

Peserta diwajibkan mengerjakan solat apabila masuk waktunya.

Mendengar kuliah subuh selepas solat subuh di surau sekolah.

Peserta dibimbing mempraktikkan amalan solat yang sempurna.

Perkhemahan Unit Beruniform SKTSGJ/Sept.2012 –Bina Insan Guru/Jun. PPG 2011ndhprab 11

Page 12: Kertas kerja perkhemahan

13.6 MALAYSIA CERGAS ( 1 jam )

Aktiviti : Senamrobik

Objektif :

Membina kecergasan tubuh badan untuk melakukan aktiviti-aktiviti fizikal.

Membina kecerdasan mental untuk melaksanakan aktiviti-aktiviti keilmuan.

Langkah Pelaksanaan :

Peserta berkumpulan di tapak perhimpunan.

Aktiviti senamrobik dikendalikan oleh seorang jurulatih.

13.7 KEMBARA 1 ( 2 jam )

Aktiviti : Kembara Ilmu

Objektif :

Menyemai semangat kerjasama dan setiakawan serta membentuk hubungan sosial di kalangan peserta.

Langkah Pelaksanaan :

Aktiviti dilaksanakan dalam kumpulan.

Kumpulan peserta akan membuat aktiviti di stesen-stesen yang disediakan secara bergilir.

Aktiviti yang dilakukan berdasarkan arahan bertulis.

13.8 KEMBARA 2 ( 1 jam )

Aktiviti : Jejak Komando

Objektif :

Memantapkan diri peserta dengan pelbagai teknik dan kemahiran usaha hidup.

Menguji tahap ketahanan mental dan fizikal peserta.

Perkhemahan Unit Beruniform SKTSGJ/Sept.2012 –Bina Insan Guru/Jun. PPG 2011ndhprab 12

Page 13: Kertas kerja perkhemahan

Langkah Pelaksanaan :

Aktiviti dalam kumpulan besar melalui laluan yang telah dikenalpasti.

Antaranya cabaran dalam aktiviti :

o Melalui denai kampung

o Mengharungi sungai cetek

. 13.9 KAWAD KAKI ( 1 jam )

Objektif :

Memberi pendedahan asas kawad kaki untuk perbarisan,

Membina kecekapan dan keseragaman dalam pergerakan perbarisan.

Langkah Pelaksanaan :

Membuat pergerakan dalam kumpulan mengikut persatuan.

Peserta dikehendaki berpakaian lengkap.

13.10 PERTANDINGAN MEMASAK ( 1 ½ jam )

Aktiviti : Pertandingan dalam kumpulan

Objektif :

Membina keyakinan diri boleh melakukan tugas-tugas memasak.

Memberi peluang untuk menunjukkan bakat yang ada.

Membina semangat berpasukan.

Langkah Pelaksanaan :

Peserta dalam kumpulan dibantu seorang fasilitator.

Peserta memasak menu mengikut bahan-bahan yang telah disediakan.

Perkhemahan Unit Beruniform SKTSGJ/Sept.2012 –Bina Insan Guru/Jun. PPG 2011ndhprab 13

Page 14: Kertas kerja perkhemahan

14. PERATURAN-PERATURAN PERKHEMAHAN

Semasa perkhemahan, peserta-pesrta hendaklah,

14.1 Menjalinkan silaturahim, kenal-mengenal dan hormat-menghormat antara

satu sama lain.

14.2 Mengerjakan solat berjemaah di surau pada waktu yang ditetapkan.

14.3 Menghadirkan diri dan menepati masa dalam setiap program.

14.4 Menjaga segala peralatan yang disediakan. Dilarang merosakkan atau

memindahkan peralatan ke tempat lain.

14.5 Dilarang menebang atau merosakkan pokok-pokok yang terdapat di

kawasan perkhemahan.

14.6 Lelaki tidak dibenarkan masuk ke kawasan perkhemahan perempuan dan

begitu juga sebaliknya.

14.7 Sentiasa berpakaian kemas dan tidak dibenarkan berselipar kecuali

berwuduk.

14.8 Setiap peserta tidak dibenarkan berkeliaran selepas pukul 12.30 tengah

malam.

14.9 Tidak dibenarkan membeli makanan dan minuman di luar kawasan

perkhemahan.

14.10 Tidak dibenarkan keluar dari kawasan perkhemahan kecuali aktiviti rasmi

bersama jurulatih dan fasilitator.

14.11 Tidak dibenarkan berinteraksi dengan orang luar tanpa kebenaran pihak

penganjur.

14.12 Penjagaan diri/peralatan/harta pensendirian perlu diberi keutamaan.

14.13 Aktiviti penggunaan air dan api perlu di bawah penyeliaan dan

pengawasan pihak bertanggungjawab.

14.14 Peserta yang melanggar perauran keselamatan ini akan dikenakan

tindakan oleh Jawatankuasa Keselamatan/Urusetia.

14.15 Peraturan-peraturan lain mengenai keselamatan akan dimaklumkan dari

semasa ke semasa jika difikirkan perlu.

Perkhemahan Unit Beruniform SKTSGJ/Sept.2012 –Bina Insan Guru/Jun. PPG 2011ndhprab 14

Page 15: Kertas kerja perkhemahan

15. PENUTUP

Diharapkan melalui program yang dirancang ini akan dapat melahirkan insan

yang kental jiwanya, bersih dan bersemangat. Mempunyai jati diri dan sifat ingin

berdikari. Pihak jawatankuasa dengan seberapa daya merancang dan berusaha untuk

merealisasikannya objektif perkhemahan ini. Apa yang paling penting adalah

kesungguhan para peserta itu sendiri untuk melibatkan diri dengan aktiviti yang telah

disusun untuk mereka. Melalui program ini juga, adalah diharapkan ianya berjaya

dilaksanakan tanpa berlaku sebarang kemalangan dan kecederaan. Dengan

berakhirnya program ini juga nanti, segala bahan dan pengalaman serta segala bentuk

proses yang dilalui akan dapat dijadikan sumber rujukan untuk individu atau kumpulan

seterusnya merancang dan mengelola program seumpama dengan lebih baik.

Disediakan oleh,……………………………… NOORUL DALILAH BT. HARUNSetiausaha Perkhemahan Unit Beruniform SK Tan Sri Ghazali JawiTahun 2012

Disemak oleh,

…………………………….. EN SOBRI B. HASSANKetua KomandenPerkhemahan Unit Beruniform Sk Tan Sri Ghazali JawiTahun 2012

Disokongkan oleh,

……………………..…. MOHAMAD SHAFARUN B. ABDDULLAHPenolong Kanan Kokurikulum / PengerusiPerkhemahan Unit Beruniform SK Tan Sri Ghazali JawiTahun 2012

Diluluskan oleh,

………………………………….. TN . HJ.MOHD ARIFF B. ABDUL JABBARGURU BESARSK TAN SRI GHAZALI JAWI33300 GERIK, PERAK DARUL RIDZUAN

Perkhemahan Unit Beruniform SKTSGJ/Sept.2012 –Bina Insan Guru/Jun. PPG 2011ndhprab 15