pemahaman modul pt3 sm 109 - edubest.edu.my

16
@ Pusat Tuisyen Didikan Genius Program Bahasa Malaysia Sekolah Menengah Edubest Pemahaman Modul PT3 SM 10 9 Nama : _____________________________

Upload: others

Post on 28-Jan-2022

12 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Pemahaman Modul PT3 SM 109 - edubest.edu.my

@

Pusat Tuisyen Didikan Genius

Program Bahasa Malaysia Sekolah Menengah Edubest

Pemahaman

Modul PT3

SM 109

Nama : _____________________________

Page 2: Pemahaman Modul PT3 SM 109 - edubest.edu.my

1. Pemahaman Sajak [10 markah]

Sajak “Aku”

Tidak ada manusia lain

di pantai ini

kecuali diriku,

Kususur pasir panjang

sambil kubayangkan

aku ini Adam,

Hari inilah aku tercipta

dan pertama kali melihat

laut, langit, dan pohon,

Kelmarin aku belum ada

tidak terdengar olehku

bunyi ombak itu,

Tidak terasa olehku

sentuhan angin ini

bertiup di mana-mana

Bahkan aku tidak tahu

kulit kerang dan ru

pernah wujud di sini,

Tuhan

aku percaya Kau Pencipta

kerana aku baru ada,

(Dipetik daripada antologi Kuingin

Berterima Kasih, Tingkatan 1,

Dewan Bahasa dan Pustaka)

Program Bahasa Melayu Edubest - Pemahaman Antologi SM109 1

Progra

m B

ahasa M

elayu E

dubest

Page 3: Pemahaman Modul PT3 SM 109 - edubest.edu.my

Maksud:

Rangkap 1 : Penyajak mengatakan bahawa hanya dirinya yang berada di pantai ini.

Rangkap 2 : Penyajak menyusuri pantai yang panjang dan berpasu sambil

membayangkan dirinya sebagai Adam.

Rangkap 3 : Penyajak membayangkan dia dicipta pada hari tersebut. Buat pertama

kalinya juga, dia dapat melihat, laut, langit. dan pohon.

Rangkap 4 : Penyajak mengatakan bahawa kelmarin dia belum wujud dan dia

tidak mendengar bunyi ombak.

Rangkap 5 : Penyajak tidak dapat merasai sentuhan angin yang bertiup di serata

alam.

Rangkap 6 : Penyajak mengatakan bahawa dia tidak tahu akan kewujudan kulit

kerang dan ru di pantai ini.

Rangkap 7 : Penyajak mengakui kewujudan dan keesaan Tuhan sebagai pencipta

alam.

Tema

Kecintaan kepada Pencipta. Penyajak membayangkan dirinya baru dicipta pada hari

ini. Dia juga dapat melihat laut, langit, dan pohon buat pertama kalinya. Dengan

membayangkan dirinya belum dicipta pada hari kelmarin, penyajak baru sedar bahawa

dia tidak dapat mendengar bunyi ombak, tidak dapat merasai tiupan angin, serta tidak

tahu bahawa kulit kerang dan ru ada di pantai itu. Kini, dia yakin bahawa Tuhan

adalah Pencipta kerana dirinya baru wujud.

Persoalan

(a) Tindakan merenung akan kewujudan diri akan mendekatkan diri kepada Pencipta.

(b) Kesyukuran kerana kita dihidupkan lalu dapat melihat dunia dan isi alam.

(e) Keinsafan bahawa apabila kita tiada, kita tidak dapat mendengar bunyi ombak dan

merasai sentuhan angin.

(d) Keyakinan bahawa Tuhan yang mencipta diri kita.

Bentuk

(a) Sajak ini terdiri daripada tujuh rangkap.

(b) Bilangan baris pada setiap rangkap adalah sama. Contohnya,

• rangkap 1 : tiga baris

• rangkap 2 : tiga baris

Program Bahasa Melayu Edubest - Pemahaman Antologi SM109 2

Progra

m B

ahasa M

elayu E

dubest

Page 4: Pemahaman Modul PT3 SM 109 - edubest.edu.my

• rangkap 3 : tiga baris

• rangkap 4 : riga baris

• rangkap 5 : riga baris

• rangkap 6 : tiga baris

• rangkap 7 : tiga baris

(c) Panjang pendek barisnya tidak sama, iaitu antara satu hingga empat patah kata.

Contohnya,

Tuhan (1 patah kata)

Tidak ada manusia lain (4 patah kara)

(d) jumlah suku kata dalam dalam sajak ini antara dua hingga sembilan suku kata.

Contohnya,

Tuhan (2 suku kata)

aku percaya Kau Pencipta (9 suku kata)

(e) Sajak ini berbentuk bebas.

Unsur Bunyi

(a) Asonansi, Contohnya,

• dan pertama kali melihat (perulangan vokal a).

• Hari inilah aku tercipta (perulangan vokal i).

• pernah wujud di sini (perulangan vokal u).

(b) Aliterasi. Contohnya

• Kususur pasir panjang (perulangan konsonan p).

• laut, langit, dan pohon (perulangan konsonan l).

• tidak terdengar olehku (perulangan konsonan t).

• kulit kerang dan ru (perulangan konsonan k).

Program Bahasa Melayu Edubest - Pemahaman Antologi SM109 3

Progra

m B

ahasa M

elayu E

dubest

Page 5: Pemahaman Modul PT3 SM 109 - edubest.edu.my

(c) Rima akhirnya bebas. Contohnya,

• rangkap l : abc

• rangkap 2 : abc

• rangkap 3 : abc

• rangkap 4 : abb

• rangkap 5 : abc

• rangkap 6 : aab

• rangkap7 : abb

Gaya Bahasa

(a) Bahasa yang puitis: Contohnya,

• bunyi ombak

• kususur pasir panjang

• sentuhan angin ini

(b) Hiperbola. Contohnya,

• aku ini Adam

• Hari inilah aku tercipta

(c) Imej alam. Contohnya, pantai; pasir; ombak; kulit kerang.

(d) Inversi. Contohnya,

• Tidak ada manusia lain

• Kelmarin aku belum ada

Nada

Romantis.

Program Bahasa Melayu Edubest - Pemahaman Antologi SM109 4

Progra

m B

ahasa M

elayu E

dubest

Page 6: Pemahaman Modul PT3 SM 109 - edubest.edu.my

Nilai

(a) Keinsafan. Contohnya, insaf akan keesaan Tuhan apabila dijadikan insan.

(b) Kesyukuran. Contohnya, bersyukur kerana dapat melihat laut, langit, dan pohon.

(c) Kesedaran. Contohnya, sedar bahawa setelah kita meninggal dunia, semua

kurniaan Tuhan seperti mendengar bunyi ombak dan merasai tiupan angin tidak

dapat dinikmati lagi.

(d) Keimanan. Contohnya, keyakinan yang tinggi terhadap Tuhan.

(e) Kasih sayang. Contohnya, kasih dan sayang akan keindahan alam sekeliling.

Pengajaran

(a) Kita harus insaf akan kejadian diri supaya menghargai nyawa. Hal ini demikian

kerana apabila kita dihidupkan, kita dapat menikmati kehidupan di dunia.

(b) Kita hendaklab bersyukur kerana dapar melihat laut, langit, dan pohon.

(c) Kita harus sedar bahawa setelah kita menmggal dunia, kita tidak dapat mendengar

bunyi ombak dan merasai tiupan angin.

(d) Jangan kita sombong akan nikmat yang kita peroleh ketika hidup.

(e) Kita sepatutnya beriman kepada Tuhan kerana kita hanyalah insan yang kerdil di

sisi-Nya.

(f) Kita hendaklah mencintai alam sekitar supaya alam sekitar tidak dicemari atau

diganggu sesuka hati.

Latihan

(i) Nyatakan perkara-perkara yang tidak diketahui dan dirasai oleh penyajak sewaktu

dia belum wujud. [3 markah]

_____________________________________________________________________

_____________________________________________________________________

Program Bahasa Melayu Edubest - Pemahaman Antologi SM109 5

Progra

m B

ahasa M

elayu E

dubest

Page 7: Pemahaman Modul PT3 SM 109 - edubest.edu.my

(ii) Berika dua persoalan yang terdapat dalam sajak. [3 markah]

_____________________________________________________________________

_____________________________________________________________________

_____________________________________________________________________

_____________________________________________________________________

(iii) Apakah pendapat anda tentang orang yang tinggi tahap keimanannya terhadap

Pencipta? (KBAT) [4 markah]

_____________________________________________________________________

_____________________________________________________________________

_____________________________________________________________________

_____________________________________________________________________

( /10)

Program Bahasa Melayu Edubest - Pemahaman Antologi SM109 6

Progra

m B

ahasa M

elayu E

dubest

Page 8: Pemahaman Modul PT3 SM 109 - edubest.edu.my

2. Pemahaman Sajak [10 markah]

Sajak “Kunci Bahasa”

Bahasa bermaruah

tidak berbilur bahasa di lidah.

Bahasa berbudi

tidak kering bahasa diperah.

Bahasa bersejarah

tidak luput bahasa bertingkah.

Bahasa berwasilah

tidak putus jambatan ukhuwah.

Bahasa berbudi sudah

tidak lokek pada ummah.

Bahasa begitu indah

tidak habis berbahasa bermadah.

(Dipetik daripada antologi Kuingin

Berterima Kasih, Tingkatan 1,

Dewan Bahasa dan Pustaka)

Maksud

Rangkap 1 : Bahasa bermaruah tidak akan diucapkan oleh lidah dengan bahasa yang

tidak sopan.

Rangkap 2 : Bahasa berbuah ialah ucapan yang baik boleh digunakan berkali-kali.

Rangkap 3 : Bahasa bersejarah ialah bahasa dalam perbincangan dan perbahasan

secara berkesan.

Rangkap 4 : Bahasa berwasilah ialah bahasa yang digunakan bagi mengeratkan

perhubungan dan persahabatan.

Rangkap 5 : Bahasa berbudi sudah menjadi lumrah masyarakat dan digunakan dalarn

pelbagai urusan harian.

Program Bahasa Melayu Edubest - Pemahaman Antologi SM109 7

Progra

m B

ahasa M

elayu E

dubest

Page 9: Pemahaman Modul PT3 SM 109 - edubest.edu.my

Rangkap 6 : Bahasa begitu indah dan tidak habis walaupun digunakan pada setiap

hari.

Tema

Bahasa dan kepentingannya. Bahasa mempunyai pelbagai fungsi dan peranan. Bahasa

yang digunakan dengan sopan dapat menzahirkan maruah diri seseorang. Bahasa juga

digunakan unruk memperoleh keuntungan seperti dalam urusan ekonomi. Selain itu,

hahasa telah digunakan dalarn sesi perbincangan dan perbahasan. Bahasa turut

digunakan untuk mengeratkan silaturahim.

Persoalan

(a) Bahasa hendaklah digunakan dengan betul kerana Bahasa menunjukkan maruah

diri seseorang.

(b) Menerusi bahasa, seseorang itu dapat mernperoleh keuntungan dan kebaikan.

(c) Sejarah telah mencatatkan bahawa bahasa mampu mencetuskan pcrbahasan

sehingga menimhulkan konflik.

(d) Bahasa boleh digunakan untuk memperkukuh silaturahim antara anggota

masyarakat.

(e) Bahasa yang berbudi sudah menjadi amalan dan budaya masyarakat.

Bentuk

(a) Sajak ini terdiri daripada enam rangkap.

(b) Bilangan baris pada setiap rangkap adalah sarna, Contohnya,

• rangkap 1: dua baris

• rangkap 2: dua baris

• rangkap 3: dua baris

• rangkap 4: dua baris

• rangkap 5: dua baris

• rangkap 6: dua baris

(e) Panjang peudek barisnya tidak sama, iaitu antara dua hingga ernpat patah kata.

Contohnya,

Program Bahasa Melayu Edubest - Pemahaman Antologi SM109 8

Progra

m B

ahasa M

elayu E

dubest

Page 10: Pemahaman Modul PT3 SM 109 - edubest.edu.my

Bahasa bermaruah (2 patah kata)

tidak kering bahasa diperah (4 patah kata)

(d) Jumlah suku kata dalam dalam sajak ini antara enam hingga sebelas suku kata.

Contohnya,

Bahasa berbuah (6 suku kata)

tidak habis berbahasa bermadah (11 suku kata)

(e) Sajak ini berbentuk bebas.

UnsurBunyi

(a) Asonansi. Contohnya,

• Bahasu berwasilah (perulangan vokal a)

• Bahasa bersejarah (perulangan vokal e)

• tidak berbilur bahasa di lidah (perulangan vokal i)

• tidak putus jambatan ukhuwah (perulangan vokal u)

(b) Aliterasi. Contohnya

• Bahasa begitu indah (perulangan konsonan h)

(e) Rima akhirnya terikat. Contohnya,

• rangkap 1: ab

• rangkap 2: ab

• rangkap 3: ab

• rangkap 4: ab

• rangkap 5: ah

• rangkap 6: ab

Gaya Bahasa

(a) Imejan. Contohnya, jambatan; bahasa berbuah

(b) Penggunaan bahasa Arab. Contohnya, ukhuwah; ummah; berwasilah

(c) Penggunaan ungkapan dialek, Contohnya, bilur (Kedah): lokel (Johor)

(d) Repetisi. Contohnya,

• bahasa (baris 1, rangkap 1,2,3,4,5,6)

• tidak (baris 2, rangkap 1,2,3,4,5,6)

Nada

Patriotik.

Program Bahasa Melayu Edubest - Pemahaman Antologi SM109 9

Progra

m B

ahasa M

elayu E

dubest

Page 11: Pemahaman Modul PT3 SM 109 - edubest.edu.my

Nilai

(a) Berhati-hari. Contohnya, penggunaan babasa yang bermaruah penting agar tidak

meninggalkan kesan negatif pada diri seseorang.

(b) Kebijaksanaan. Contohnya, kebijaksanaan mengeksploitasikan bahasa akan

memberikan sesuatu kebaikan dan keuntungan.

(e) Perpaduan. Contohnya, perpaduan amat penting dan dapat diperkukuh menerusi

bahasa.

(d) Berbudi bahasa. Contohnya, babasa yang sopan menggambarkan budi bahasa

seseorang.

(e) Menghargai. Contohnya, penghargaan terhadap bahasa penting kerana kehidupan

manusia tidak dapat lari daripada bahasa sebagai alat komunikasi.

Pengajaran

(a) Kita hendaklah berhati-hati dalam komunikasi bahasa supaya imej diri tidak

terjejas.

(b) Kita perlu bijak menggunakan bahasa supaya penggunaan babasa itu membawa

kebaikan.

(e) Kita harus memperkukuh perpaduan menerusi wahana bahasa supaya tidak

mencetuskan konflik.

(d) Masyarakat hendaklah mcnggunakan bahasa yang sopan supaya masyarakat yang

berbudi bahasa dapar diwujudkan.

(c) Pengguna bahasa harus menghargai bahasa agar fungsi dan peranan bahasa

digunakan dengan baik dan sempurna.

(i) Nyatakan jenis-jenis bahasa berdasarkan sajak di atas.

[3 markah]

_____________________________________________________________________

_____________________________________________________________________

Program Bahasa Melayu Edubest - Pemahaman Antologi SM109 10

Progra

m B

ahasa M

elayu E

dubest

Page 12: Pemahaman Modul PT3 SM 109 - edubest.edu.my

Format Bahasa Melayu PT3

Kertas 1 : 60% (1 Jam 30 minit)

Bahagian A: (20%)

20 Soalan aneka pilihan

a. Sistem bahasa

b. Pemahaman teks (Prosa /novel/ puisi)

Bahagian B: (25%)

Soalan 1: Objektif pelbagai bentuk (5 markah)

Soalan 2: Respons terhad - Pemahaman teks (prosa / puisi) (10%)

Soalan 3: Respons terhad - Novel (10%)

Bahagian C: (15%)

Pemindahan maklumat : Ulasan / Ringkasan / Rumusan (pilih 1 daripada

2)

Kertas 2 : 40% (1 jam)

Bahagian A: (10%)

Penulisan karangan pendek (Berdasarkan idea yang diberikan)

Bahagian B: (30%)

Penulisan karangan (pilih 1 daripada 3 tema)

Progra

m B

ahasa M

elayu E

dubest

Page 13: Pemahaman Modul PT3 SM 109 - edubest.edu.my

(ii) Sajak"Kunci Bahasa"banyak mempunyai nilai yang dapat diteladani oleh pembaca.

Nyatakan nilai-nilai yang terdapat dalam sajak tersebut. [3 markah]

_____________________________________________________________________

_____________________________________________________________________

_____________________________________________________________________

_____________________________________________________________________

(iii) Pada pendapat anda, apakah yang usaha-usaha yang perlu dilakukan untuk

memartabatkan bahasa kebangsaan di mata dunia? [KBAT] [4 markah]

_____________________________________________________________________

_____________________________________________________________________

_____________________________________________________________________

_____________________________________________________________________

( /10)

Program Bahasa Melayu Edubest - Pemahaman Antologi SM109 11

Progra

m B

ahasa M

elayu E

dubest

Page 14: Pemahaman Modul PT3 SM 109 - edubest.edu.my
Page 15: Pemahaman Modul PT3 SM 109 - edubest.edu.my
Page 16: Pemahaman Modul PT3 SM 109 - edubest.edu.my

Pelan Lokasi

@

Pusat Tuisyen Didikan Genius

No.2-1, Jalan 4/109E, Desa Business Centre, Taman Desa, 58100 Kuala Lumpur.

Tel: 03-7983 7650

http://www.edubest.com.my