tahap sm - edubest.edu.my · selepas 25 tahun dilaksanakan dan pelbagai perubahan berlaku dalam...

28
@ Pusat Tuisyen Didikan Genius Program Bahasa Malaysia Sekolah Menengah Edubest Tahap SM4 Modul 8B Nama : _____________________________

Upload: others

Post on 29-Oct-2020

19 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Tahap SM - edubest.edu.my · Selepas 25 tahun dilaksanakan dan pelbagai perubahan berlaku dalam bidang pendidikan, memang sudah tiba masanya Dasar Buku Negara dinilai semula. Untuk

@

Pusat Tuisyen Didikan Genius

Program Bahasa Malaysia Sekolah Menengah Edubest

Tahap SM4

Modul 8B

Nama : _____________________________

Page 2: Tahap SM - edubest.edu.my · Selepas 25 tahun dilaksanakan dan pelbagai perubahan berlaku dalam bidang pendidikan, memang sudah tiba masanya Dasar Buku Negara dinilai semula. Untuk
Page 3: Tahap SM - edubest.edu.my · Selepas 25 tahun dilaksanakan dan pelbagai perubahan berlaku dalam bidang pendidikan, memang sudah tiba masanya Dasar Buku Negara dinilai semula. Untuk

Kertas 2 1. Rumusan

Program Bahasa Malaysia Eduebst SM408B 1Pro

gram

Bahasa

Mala

ysia E

dubest

Page 4: Tahap SM - edubest.edu.my · Selepas 25 tahun dilaksanakan dan pelbagai perubahan berlaku dalam bidang pendidikan, memang sudah tiba masanya Dasar Buku Negara dinilai semula. Untuk

Latihan:

Baca petikan di bawah ini dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang sebab-sebab Dasar Buku Negara perlu dinilai semula dan langkah-langkah memasyarakatkan buku . Panjangnya rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan. Selepas 25 tahun dilaksanakan dan pelbagai perubahan berlaku dalam bidang pendidikan, memang sudah tiba masanya Dasar Buku Negara dinilai semula. Untuk memastikan matlamat membudayakan amalan membaca dalam kalangan rakyat mengikut tuntutan semasa tercapai, maka Dasar Buku Negara yang dilancarkan pada tahun 1985 itu, memerlukan suntikan baru agar selaras dengan kewujudan teknologi maklumat yang berkembang terlalu pantas. Dalam tempoh tersebut, terlalu banyak perubahan yang berlaku, terutama ledakan teknologi maklumat dan komunikasi yang mempengaruhi budaya membaca.

Dari sudut meningkatkan tahap literasi rakyat, Dasar Buku Negara telah mencatat kejayaan yang memberangsangkan apabila 93.2 peratus penduduk berumur 15 tahun dan ke atas didapati kenal huruf. Walaupun kadar literasi di negara ini agak tinggi, budaya membaca dalam kalangan rakyat masih pada tahap rendah dan kurang memuaskan. Mengikut kajian, golongan menengah lebih gemar membaca bahan bacaan ringan berbentuk fiksyen berbanding dengan buku yang bermutu tinggi. Pola pembacaan masyarakat bawahan tidak banyak berubah juga kerana mereka masih menggemari bahan bacaan picisan dan cerita tahyul yang tidak membangunkan minda.

Oleh sebab itu, Kementerian Pelajaran Malaysia perlu merangka pelan baru yang menyeluruh supaya perubahan dalam Dasar Buku Negara dapat memberikan impak kepada perkembangan minda masyarakat. Hal ini penting supaya budaya membaca terus meningkat dalam kalangan masyarakat di tengah-tengah revolusi teknologi maklumat dan komunikasi, terutama teknologi digital yang menyebabkan pengguna kurang mempedulikan buku lagi. Lagipun, lambakan bahan hiburan digital begitu meluas serta mudah diakses melalui Internet. Biarpun cabaran digital ini menghakis minat membaca buku dalam kalangan generasi muda, masyarakat kita kurang memberikan perhatian terhadap budaya membaca, jauh sekali menyediakan perpustakaan di rumah. Kita sepatutnya mengubah sikap sedemikian dan bukannya mengambil kesempatan untuk meningkatkan rasa tidak peduli masyarakat terhadap bahan bacaan bermutu. Sememangnya sukar untuk mengubah minda masyarakat supaya menjadikan amalan membaca buku itu sebagai suatu budaya, terutama untuk melawan pengaruh digital yang boleh mengalihkan tumpuan daripada buku. Namun begitu, cabaran ini tidak seharusnya mematikan semangat kita untuk mengubah minda masyarakat supaya menjadi ulat buku dan penilaian terhadap Dasar Buku Negara adalah permulaan ke arah itu.

Penilaian terhadap Dasar Buku Negara mampu memberikan impak positif kepada industri dan pasaran buku dalam memupuk minat membaca yang tinggi di samping menjadi momentum penting kepada tahap literasi negara pada masa

Program Bahasa Malaysia Eduebst SM408B 2Pro

gram

Bahasa

Mala

ysia E

dubest

Page 5: Tahap SM - edubest.edu.my · Selepas 25 tahun dilaksanakan dan pelbagai perubahan berlaku dalam bidang pendidikan, memang sudah tiba masanya Dasar Buku Negara dinilai semula. Untuk

hadapan. Dengan langkah tersebut, rakyat negara ini dapat diakrabkan hubungannya dengan buku. Oleh sebab itu, usaha yang berterusan perlu ditingkatkan agar kadar literasi rakyat kita setanding dengan kadar literasi rakyat di negara maju

(Dipetik dan diubahsuaikan daripada "Dasar Buku Negara Perlu Mampu Atasi Ledakan ICT", Minda Pengarang, Berita Harian, 21 April 2009.)

2a. Pemahaman Petikan Umum [9 markah]

Berdasarkan petikan di atas , jawab soalan-soalan yang berikut dengan

menggunakan ayat anda sendiri.

(i) Berikan maksud rangkai kata impak positif .

[2 markah]

(ii) Apakah manfaat yang terhasil daripada penilaian Dasar Buku Negara semula ?

[3 markah]

(iii) Pada pandangan anda, mengapakah bahan picisan diminati oleh sebahagian besar

pembaca ? [4 markah]

Program Bahasa Malaysia Eduebst SM408B 3

Progra

m B

ahasa M

alaysia

Edubest

Page 6: Tahap SM - edubest.edu.my · Selepas 25 tahun dilaksanakan dan pelbagai perubahan berlaku dalam bidang pendidikan, memang sudah tiba masanya Dasar Buku Negara dinilai semula. Untuk

2b. Pemahaman Prosa Klasik [8 markah] Hikayat Khoja Maimun Sinopsis Bab 1: Teks Hikayat Khoja Maimun Semasa Khoja Maimun dan isterinya bernama Bibi Zainab di pasar, ada orang hendak menjual Bayan kepadanya dengan harga seribu dinar. Khoja Maimun terkejut dengan harga Bayan dan berasa tidak berbaloi Bayan dibeli dengan harga yang sebegitu mahal. Percakapan Khoja Maimun didengari oleh Bayan dan menyatakan dirinya bukan burung biasa kerana perkara yang akan berlaku sepuluh hari ke depan sudah diketahui olehnya. Bayan memberitahu Khoja Maimun bahawa tiga hari lagi, akan datang kafilah dari negeri Babil hendak membeli wangi-wangian. Jika Khoja Maimun hendak membelinya tangguhkan bayaran dan kumpulkan wangi-wangian dalam negeri itu. Apabila datang kafilah jualah wangian-wangian itu dan untung jualan itu bolehlah membayar dirinya. Khoja Maimun begitu suka hati mendapat untung daripada jualan wangi-wangian lalu dia membayar harga Bayan tersebut. Keesokan harinya Khoja Maimun berjumpa dengan orang yang menjual burung tiung lalu dibeli Tiung pula. Pada satu hari, Khoja Maimun berhasrat ingin belayar. Setelah lama Khoja Maimun belayar datanglah ujian Allah. Pada suatu hari, Bibi Zainab terlalu rindu akan suaminya. Dia duduk di tepi tingkap memerhati sekeliling. Ketika itu, Bibi Zainab terpandang anak raja yang kebetulan lalu di situ dan anak raja itu juga terpandang Bibi Zainab. Dengan takdir Allah maka anak raja berkenan akan Bibi Zainab dan Bibi Zainab pula tersangkut hati akan anak raja itu. Anak raja meminta bantuan seorang wanita tua untuk menyampaikan hasrat hatinya kepada Bibi Zaizab. Kedatangan wanita tua itu menjadikan Bibi Zainab tergila-gila akan anak raja. Bibi Zainab berjanji akan datang berjumpa dengan anak raja pada waktu malam dan meminta wanita tua itu merahsiakan perkara itu daripada pengetahuan orang. Setelah malam Bibi Zainab hendak pergi berjumpa dengan an& raja, dia teringat akan pesan suaminya lalu bel-tanya kepada Tiung. Tiung menegah Bibi Zainab daripada berbuat perkara terkutuk itu. Bibi Zainab naik berang kepada Tiung lalu dihempaskan Tiung menyebabkan Tiung mati. Bayan berpura-pura tidur seolah-olah tidak mengetahui kejadian yang baru berlaku. Bibi Zainab bertanya kepada Bayan tentang keinginannya untuk berjumpa dengan anak raja. Bagi mengelakkan kejadian yang menimpa Tiung terjadi ke atas dirinya, Bayan menyuruh Bibi Zainab berjumpa dengan anak raja tetapi dengan sedaya upaya Bayan akan cuba melalaikan Bibi Zainab supaya tidak berjumpa dengan anak raja. Bayan meminta Bibi Zainab segera berjumpa dengan anak raja dan memberitahu ha1 yang berlaku ini sama seperti cerita seekor Bayan yang dicabut bulunya oleh isteri saudagar. Bibi Zainab berminat untuk mengetahui kisah tersebut. Peluang ini akan digunakan oleh Bayan untuk melengahkan masa Bibi Zainab daripada berjumpa dengan anak raja.

Program Bahasa Malaysia Eduebst SM408B 4Pro

gram

Bahasa

Mala

ysia E

dubest

Page 7: Tahap SM - edubest.edu.my · Selepas 25 tahun dilaksanakan dan pelbagai perubahan berlaku dalam bidang pendidikan, memang sudah tiba masanya Dasar Buku Negara dinilai semula. Untuk

Bab 2: Cetera Pertama Bayan bercerita tentang Bayan yang dicabut bulunya oleh isteri saudagar Istanbul. Kisahnya, saudagar itu pergi belayar. Semasa ketiadaan suaminya, isteri saudagar bermukah dengan seorang kalandar. Apabila balik dari belayar saudagar kurang mesra dengan isterinya. Isteri saudagar terfikir bahawa Bayanlah yang memberitahu suaminya. Semasa saudagar ke kedai, isteri saudagar mencabut bulu Bayan dan pada sangkaannya perbuatannya itu menyebabkan Bayan mati. Apabila saudagar balik, isteri saudagar berpura-pura Bayan dimakan oleh kucing. Saudagar menghalau isterinya dari rumah kerana mengesyaki isterinya telah membunuh Bayan. Setelah dihalau isteri saudagar tinggal di kubur Tuan Syeikh. Manakala Bayan pula bersembunyi di dalam saluran tempat orang membasuh beras. Bayan makan sisa beras apabila orang membasuh beras sehingga bulunya panjang. Isteri saudagar sentiasa memohon kepada Tuhan agar dapat diterima semula oleh suaminya. Bayan terbang ke kubur Tuan Syeikh. Setelah Bayan mendengar isteri saudagar berdoa, lalu dia bersuara menyuruh isteri saudagar bertaubat, mencukur rambut dan keningnya. Kemudian Bayan menunjukkan dirinya dan memberitahu isteri saudagar bahawa dialah yang bersuara tadi bukannya suara dari kubur. Bayan berbuat demikian sebagai membalas perlakuan isteri saudagar sebelum ini terhadap dirinya. Isteri saudagar meminta Bayan menghukum dirinya. Setelah melihat keadaan itu, Bayan berasa sedih lalu bersetuju untuk membantu isteri saudagar kembali semula kepada suaminya. Bayan pergi berjumpa dengan tuannya. Bayan menceritakan perkara tentang isterinya yang tinggal di kubur Tuan Syeikh dan setiap hari menyapu kubur Tuan Syeikh supaya Allah tunjukkan kebenaran kepada saudagar. Berkat doa Syeikh, Bayan dihidupkan walaupun hatinya telah dimakan oleh kucing untuk menyatakan kebenaran isteri tuannya. Setelah mendengar kata-kata Bayan, saudagar segera mendapatkan isterinya di kubur. Setelah selesai bercerita Bayan menyuruh Bibi Zainab pergi berjumpa dengan an& raja. Apabila Bibi Zainab turun dan sampai di pintu hari pun siang. Hal ini menyebabkan Bibi Zainab tidak jadi untuk berjumpa dengan anak raja. Apabila malam, Bibi Zainab pun sekali lagi bersiap-siap untuk berjumpa dengan anak raja. Sebelum pergi Bibi Zainab bertanya pandangan Bayan tentang hajatnya berjumpa anak raja. Bayan menyatakan perasaan sedihnya kerana Bibi Zainab belum lagi berjumpa dengan anak raja dan bertanya Bibi Zainab sama ada pernah mendengar cerita Hikayat Taif yang mengisahkan kebaktian Raja Tabristan. Bibi Zainab meminta Bayan bercerita tentang cerita itu. Bab 3: Cetera Kedua Cetera yang kedua mengenai Hikayat Taif. Pada suatu hari, ada seorang raja mengadakan jamuan untuk hulubalang. Seorang hulubalang bernama Taif datang bersama-sama anak dan bini untuk menghambakan dirinya kepada Raja Tabristan. Raja telah menganugerahkan emas, perak, dan rumah apabila kasihan melihat Taif. Kemudian, Taif dimurkai raja kerana bercakap kasar terhadap baginda. Walaupun dimurkai tetapi Taif tetap berbakti kepada raja. Pada satu malam Raja Tabristan terdengar suara dan cuba menyelidiki suara itu. Kebetulan pada masa itu orang yang

Program Bahasa Malaysia Eduebst SM408B 5Pro

gram

Bahasa

Mala

ysia E

dubest

Page 8: Tahap SM - edubest.edu.my · Selepas 25 tahun dilaksanakan dan pelbagai perubahan berlaku dalam bidang pendidikan, memang sudah tiba masanya Dasar Buku Negara dinilai semula. Untuk

sedang berkawal di istana ialah Taif. Barulah raja mengetahui orang yang berkawal itu ialah Taif yang telah setahun melakukan kerja tersebut.Raja meminta Taif menyelidiki punca suara itu. Taif menghampiri tempat suara itu dan dilihatnya seorang perempuan cantik lalu Taif bertanya asal-usul perempuan itu. Perempuan itu menjelaskan kepada Taif bahawa dia merupakan penjaga istana yang telah dikeluarkan daripada istana dan kini dia sedang mencari orang yang boleh kembalikannya ke istana. Perempuan itu menjelaskan bahawa daulat raja akan berkurangan dan umurnya pendek. Sekiranya dia berjaya masuk ke istana nescaya daulat raja akan bertambah dan umur baginda pun dilanjutkan. Perempuan itu menyatakan lagi jika Taif mahukan daulat raja itu bertambah-tambah dan umur baginda dilanjutkan Taif mestilah berkorban, iaitu membunuh anak kesayangan dengan perasaan tulus dan ikhlas. Apabila mendengar kata-kata perempuan itu Taif pun memegang tangan anaknya. Maka perempuan itu pula segera memegang tangan Taif sambil meminta jangan membunuh anaknya kerana dia telah pun masuk ke istana hasil daripada keikhlasan hati Taif. Taif tidak mengetahui bahawa sebenarnya raja mengintai segala-galanya yang telah berlaku. Keesokan harinya raja memanggil Taif. Taif tidak menjelaskan perkara sebenar kerana takut akan perkara yang disampaikan itu tidak dipercayai oleh raja. Raja yang sudah mengetahui perkara sebenar hanya tersenyum dan mengurniakan Taif sebuah negeri dengan harta yang banyak. Bayan menyatakan bahawa begitulah ceritanya orang yang menunjukkan bakti dan tulusnya di belakang tuannya. Baru sahaja Bibi Zainab hendak keluar hari pun siang. Apabila malam Bibi Zainab sekali lagi ingin keluar dan memohon daripada Bayan untuk berjumpa dengan anak raja. Bayan menyuruh Bibi Zainab pergi seberapa segera. Namun, sebelum Bibi Zainab pergi Bayan bertanya kepada Bibi Zainab, sama ada dia pernah mendengar hikayat seorang perempuan bijaksana tetapi suaminya terlalu cemburu atau tidak. Bab 4: Cetera Ketiga Cetera ketiga mengenai seorang suami yang sangat cemburu langsung tidak boleh meninggalkan isterinya. Telah beberapa lama habislah harta dan isteri meminta suaminya pergi mencari rezeki. Namun alasan yang diberikan oleh suaminya adalah tidak boleh berpisah kerana akan takut isterinya berbuat jahat. Lalu isterinya yang ingin menyedarkan suami telah menyampaikan sebuah cerita kepada suaminya. Cerita itu mengisahkan seorang isteri telah melakukan pelbagai perkara yang tidak elok terhadap suaminya, tetapi suaminya tidak marah. Pada suatu hari, isteri memakaikan seorang perempuan menyerupai laki-laki dibawa naik ke rumah dan lalu di hadapan suaminya namun suaminya tidak cemburu. Isterinya menanyakan sebab suaminya berkelakuan sedemikian. Maka suami bercerita sebab dia tidak cemburu kerana pernah melihat orang cemburu yang dikhianati isteri. Suaminya terus bercerita ada seorang laki-laki yang dapat menjadikan dirinya gajah. Apabila hendak berjalan dijadikan dirinya gajah hikmat yang mempunyai baluhan di belakangnya. Dibawa isterinya ke mana-mana sahaja kerana cemburu dan takut akan isterinya bermukah. Pada suatu hari, mereka sampai di tengah padang dan terdapat sebatang pokok yang amat rendang. Terdapat seorang laki-laki sedang berteduh di bawah pokok itu.

Program Bahasa Malaysia Eduebst SM408B 6Pro

gram

Bahasa

Mala

ysia E

dubest

Page 9: Tahap SM - edubest.edu.my · Selepas 25 tahun dilaksanakan dan pelbagai perubahan berlaku dalam bidang pendidikan, memang sudah tiba masanya Dasar Buku Negara dinilai semula. Untuk

Apabila melihat gajah datang berteduh maka beliau naik ke atas pokok. Isteri yang diikat oleh gajah itu melihatnya lalu dipanggil dengan isyarat lalu dia turun dan mereka bersuka-sukaan di belakang gajah. Demikianlah cetera yang disampaikan oleh isteri kepada suaminya. Isterinya menyatakan bahawa jika hendak berbuat jahat pelbagai helah boleh dibuat. Jika suaminya tidak percaya akan dirinya, suami boleh membawa bunga dan sehelai kain warna kesumba semasa belayar. Jikalau isterinya melakukan perkara buruk maka bunga yang dipakai akan layu dan kain pula akan latah. Berlayarlah suami dan sampailah di sebuah negeri. Dia mendapat layanan yang baik daripada raja tersebut. Pada suatu ketika negeri itu dilanda kemarau. Semua dam yang gugur menghairankan. Raja melihat bunga yang dipakai oleh saudagar tidak terjejas sedikit pun. Raja bertanya kepada saudagar tentang bunga itu lalu diceritakan saudagar berkaitan bunga tersebut. Raja yang belum pernah mendengar cerita seumpama ini menghantar seorang yang boleh diharap untuk mendapatkan isteri saudagar namun akhirnya terpaksa akur dengan kesetiaan isteri kepada saudagar. Sehingga empat orang yang dihantar oleh raja akhirnya tidak juga pulang. Akhirnya raja mengambil keputusan untuk pergi sendiri. Raja juga tidak juga berjaya mengubah kesetiaan isteri saudagar. Raja mengambil keputusan untuk pulang dan harta yang dibawa ditinggalkan kepada isteri saudagar. Apabila raja sampai di negerinya perihal isteri saudagar diceritakan kepada saudagar. Hal ini telah menyebabkan saudagar bertambah sayang akan isterinya. Begitulah cerita yang disampaikan oleh Bayan tentang hikayat orang bijaksana harta banyak diperoleh dan nama tidak tercemar. Hari pun siang Bibi Zainab terpaksa menangguhkan hasratnya untuk berjumpa dengan ana aja. Apabila malam Bibi Zainab bersiap untuk pergi berjumpa dengan nak raja kemudian bertanya hasratnya kepada Bayan lalu Bayan menegur Bibi Zainab yang memakai banyak perhiasan semasa hendak berjumpa dengan anak raja kerana takut terjadi sesuatu seperti Hikayat Serimala dengan Pandai Emas. Tema

Tanggungjawab dan ketaatan seorang isteri terutama ketika suaminya tiada di rumah.

Persoalan

(a) Cabaran yang dihadapi menguji kesetiaan isteri terhadap suami.

(b) Tipu muslihat bagi menyedarkan dan menghindarkan seseorang daripada

melakukan perbuatan keji.

(c) Kepercayaan yang tinggi seorang suami kepada isterinya.

(d) Kesetiaan kepada suami dan pemerintah.

(e) Kejujuran dan keikhlasan hati seorang isteri mampu mengelakkannya daripada

menduakan suaminya.

Plot Program Bahasa Malaysia Eduebst SM408B 7

Progra

m B

ahasa M

alaysia

Edubest

Page 10: Tahap SM - edubest.edu.my · Selepas 25 tahun dilaksanakan dan pelbagai perubahan berlaku dalam bidang pendidikan, memang sudah tiba masanya Dasar Buku Negara dinilai semula. Untuk

(a) Plot disusun secara tidak kronologi kerana adanya selitan penceritaan tiga kisah

lain oleh watak bukan manusia, iaitu Bayan.

(b) Pada permulaan cerita, pembaca diperkenalkan dengan watak, Khoja Maimun dan

Bibi Zainab yang hidup bahagia.

(c) Konflik bermula apabila Bibi Zainab terlalu rindu akan suaminya sehinggalah

pada suatu hari dia jatuh hati kepada anak raja.

(d) Klimaks cerita berlaku apabila anak raja itu juga jatuh hati kepada Bibi Zainab

lalu mengajaknya ke istana. Bibi Zainab bersetuju untuk bertemu dengan anak raja

itu. Namun, usahanya itu gagal hasil kebijaksanaan Bayan membuat tipu muslihat.

(e) Peleraian cerita ini apabila Bibi Zainab akhirnya terhindar daripada perbuatan

menduakan suaminya yang tiada di rumah pada ketika itu.

Watak dan Perwatakan

Bibi Zainab

(a) Isteri Khoja Maimun.

(b) Cantik dan penyayang.

(c) Memahami tugas suaminya sebagai saudagar.

(d) Cepat marah sehingga tiung peliharaannya mati dibunuhnya.

(e) Tidak tahan oleh godaan.

Bayan

(a) Boleh bercakap dengan manusia.

(b) Bijak membuat tipu muslihat bagi memperdayakan seseorang.

(c) Pandai bercerita tentang tiga kisah yang sarat dengan nilai pengajaran.

Latar

Latar Tempat

Di negeri Ajam, di pekan, dan di rumah Bibi Zainab.

Latar Masa Program Bahasa Malaysia Eduebst SM408B 8

Progra

m B

ahasa M

alaysia

Edubest

Page 11: Tahap SM - edubest.edu.my · Selepas 25 tahun dilaksanakan dan pelbagai perubahan berlaku dalam bidang pendidikan, memang sudah tiba masanya Dasar Buku Negara dinilai semula. Untuk

Pada zaman dahulu kala.

Latar Masyarakat

(a) Masyarakat pedagang.

(b) Masyarakat yang mengamalkan sistem pemerintahan beraja.

(c) Masyarakat yang taat kepada pemerintah.

(d) Masyarakat yang gigih berusaha.

Gaya Bahasa

(a) Kata klasik. Contoh: syahadan, hatta, cetera, sebermula.

(b) Kata Arab. Contoh: Insya-Allah, Allah Azzawajalla.

(c) Simile. Contoh: Syahadan warnanya pun kuning seperti muka orang durjana,

adapun hamba dengan tuan itu adalah seperti mangga dengan pintu.

Nilai

(a) Taat setia terhadap suami dan pemerintah.

(b) Bijaksana dalam melakukan perkara yang tidak mendatangkan kemudaratan

kepada diri.

(c) Kasih sayang antara pasangan suami isteri.

(d) Tabah.

(e) Sanggup berkorban demi orang yang disanjungi.

Pengajaran

(a) Isteri hendaklah taat kepada suami.

(b) Janganlah kita menyeksa binatang.

(c) Kita hendaklah memantapkan diri dengan iman dan amal soleh.

(d) Janganlah kita melakukan perbuatan maksiat.

(e) Berfikirlah dengan semasak-masaknya sebelum membuat sebarang keputusan.

(f) Kita seharusnya memiliki sifat penyayang terhadap ahli keluarga.

(d) sinkope. Contoh. ku mu. Program Bahasa Malaysia Eduebst SM408B 9

Progra

m B

ahasa M

alaysia

Edubest

Page 12: Tahap SM - edubest.edu.my · Selepas 25 tahun dilaksanakan dan pelbagai perubahan berlaku dalam bidang pendidikan, memang sudah tiba masanya Dasar Buku Negara dinilai semula. Untuk

Latihan:

Setelah Bayan mendengar kata isteri Khoja Maimun itu lalu ia pun fikir seketika di dalam hatinya. "Jikalau tiada kuturutkan kehendaknya kalau-kalau aku diperbuatnya seperti Tiung itu! Jikalau demikian, baiklah kusuruhkan ia pergi tetapi insya-Allah Taala perempuan ini aku perlalaikan juga akan dikau!" Setelah sudah ia berfikir itu maka ujarnya, "Hai Siti yang mulia yang amat elok paras, jikalau demikian baiklah tuan segera pergi mendapatkan anak raja itu, kerana tuan sudah berjanji dengan dia, supaya jangan kedapatan kata kepada anak raja itu kelaknya! Tuan pun sangat bebal oleh bertanya kepada Tiung itu daripada sebab dia pun ingin juga, bagaimanapun adalah dengkinya juga akan tuannya, baiknya belum terlanjur fikirnya pekerjaan tuan. Jikalau sudah, ialah esok yang memberitahu kepada tuan yang laki-laki! Adapun akan bahagian hamba ini haraplah tuan yang kejahatan sekalipun pekerjaan tuan, insya-Allah Taala di atas hamba membaikkan dia. Jikalau datang pun tuan yang laki-laki tiada mengapa. Baiklah tuan segera pergi! Kalau-kalau sudah tiba anak raja itu menanti tuan daripada hamba pun sangat hendak berbual, murkalah ia dengan tuan kelaknya. Apakah yang dicari oleh manusia di dalam dunia ini melainkan martabat, kekayaan, harta dan kejayaan? Tiada adalah yang lebih baik kepada martabat raja atau anak raja itu tetapi dengan ikhtiar juga maka sempurna adanya. Baiklah tuan segera pergi mendapatkan anak raja itu tetapi dengan ikhtiar juga. Akan hamba ini adalah seperti hikayat cetera seekor Bayan yang dicabut bulunya oleh isteri saudagar. Demikianlah adanya!"

Maka kata isteri Khoja Maimun, "Hai Bayan, bagaimanakah hikayatnya? Kamu ceterakanlah kisah Bayan yang dicabut bulunya oleh isteri saudagar itu?" Maka kata Bayan "Mengapa maka tuan hendak mendengar Hikayat Bayan itu? Tidak sabar anak raja itu menanti tuan? Baiklah tuan segera pergi dahulu. Insya-Allah Taala, esok harilah hamba bercetera." Maka kata Bibi Zainab, "Jikalau ada kasihmu akan aku, berceteralah engkau dahulu kepada aku sekarang sebelum aku pergi ini." Kepada hati Bayan, "Jika demikian insya-Allah Taala dapatlah perempuan ini aku perlalaikan dia."

(i) Berikan maksud aku perlalaikan juga akan dikau! dalam petikan di atas.

[1 markah]

(ii) Berdasarkan petikan di atas, bagaimanakah caranya burung Bayan itu melalaikan

isteri Khoja Maimun?

[3 markah]

Program Bahasa Malaysia Eduebst SM408B 10Pro

gram

Bahasa

Mala

ysia E

dubest

Page 13: Tahap SM - edubest.edu.my · Selepas 25 tahun dilaksanakan dan pelbagai perubahan berlaku dalam bidang pendidikan, memang sudah tiba masanya Dasar Buku Negara dinilai semula. Untuk

(iii) Pada pendapat anda, wajarkah Bayan melalaikan isteri Khoja Maimun? Berikan

empat alasan anda.

[4 markah]

2c. Pemahaman Cerpen [9 markah]

Cerpen “Mellisa”

Sinopsis Mellisa mengikut sahabatnya, Farid ke pejabat surat khabar. Di situ, Mellisa berkenalan dengan Syahid, rakan Farid. Wajah Syahid yang seiras dengan teman baik Mellisa semasa kecil, iaitu Hisyam, menyebabkan Mellisa terkenang akan zaman kanak-kanaknya bersama-sama Hisyam. Ketika kanak-kanak, Mellisa dan Hisyarn bersahabat baik meskipun Mellisa anak orang kaya sedangkan Hisyam hanya anak penjual nasi lemak di kampung mereka. Persahabatan mereka terlerai apabila Hisyam dan ibunya terbunuh dalam rusuhan kaum yang berlaku pada 13 Mei. Sejak berkenalan, hubungan Syahid dan Mellisa bertambah rapat apabila mereka sering berbual-bual melalui telefon dan berjumpa sehingga melahirkan perasaan cinta. Pada masa yang sama, Mellisa sering membuat kajian tentang peristiwa 13 Mei, termasuk menemu ramah beberapa orang yang terlibat dalam kejadian tersebut kerana persoalan tentang punca peristiwa itu berlaku menghantui dirinya. Setelah mendapat pengajaran daripada peristiwa itu dan bertekad menjadi tentera untuk berkhidmat kepada negara, Mellisa memutuskan perhubungannya dengan Syahid. Mellisa ingin mencurahkan baktinya kepada negara dengan menjaga keselamatan negara kerana dia tidak mahu peristiwa 13 Mei berulang.

Tema Cinta suci yang melewati batas kaum sejak tahun 60-an hingga sekarang. Persoalan

• Korban persengketaan antara kaum di Malaysia. • Perjuangan menentang semangat perkauman. • Pengorbanan demi cinta suci terhadap negara. • Taktik penjajah telah menyebabkan timbulnya masalah perkauman di

Malaysia. Program Bahasa Malaysia Eduebst SM408B 11

Progra

m B

ahasa M

alaysia

Edubest

Page 14: Tahap SM - edubest.edu.my · Selepas 25 tahun dilaksanakan dan pelbagai perubahan berlaku dalam bidang pendidikan, memang sudah tiba masanya Dasar Buku Negara dinilai semula. Untuk

• Saranan-saranan yang sesuai bagi membantah perpaduan dalam kalangan rakyat majmuk Malaysia.

• Perbezaan kelas sosial yang mewujudkan jurang perbezaan antara kaum. Watak & Perwatakan Mellisa

• Jatuh hati kepada Syahid. • Menyambung pelajaran di peringkat sarjana. • Mengetepikan kepentingan diri demi negara. • Gadis cina yang cantik. • Mempunyai semangat patriotik yang tinggi.

Hisyam • Pandai mengambil hati • Penyabar • Muslim yang baik.

Syahid

• Seorang penulis. • Mempunyai perwatakan yang menarik.

Farid • Bekas pensyarah di Jabatan Sejarah. • Mudah bertolak ansur.

Plot

Peristiwa tidak disusun secara kronologi. Teknik imbas kembali digunakan dengan jayanya oleh pengarang.

Permulaan

Pembaca diperkenalkan dengan watak Mellisa, iaitu gadis Cina dalam lingkungan 30-an. Dia amat mencintai Hisyam, bekas kekasihnya.

Perkembangan

Mellisa terpikat oleh keterampilan Syahid yang banyak menyamai Hisyam. Klimaks

Klimaks cerita ini adalah apabila Mellisa berjaya menyiapkan tesis latihan ilmiah tentang faktor-faktor yang menyebabkan berlakunya peristiwa 13 Mei 1969. Jurang pekerjaan dan ekonomi antara kaum di Malaysia dikenal pasti sebagai punca tidak wujud perpaduan dalam kalangan rakyat.

Peleraian

Program Bahasa Malaysia Eduebst SM408B 12Pro

gram

Bahasa

Mala

ysia E

dubest

Page 15: Tahap SM - edubest.edu.my · Selepas 25 tahun dilaksanakan dan pelbagai perubahan berlaku dalam bidang pendidikan, memang sudah tiba masanya Dasar Buku Negara dinilai semula. Untuk

Pengarang menyimpulkan bahawa kita tidak boleh menyalahkan mana-mana pihak atas titik hitam sejarah negara kita. Sebaliknya, kita harus memahami faktor-faktor yang menyebabkan berlakunya peristiwa berdarah itu dan memulakan usaha-usaha ke arah memupuk perpaduan dalam kalangan rakyat.

Latar Latar Tempat

• Di kuala Lumpur dan kawasan sekitar seperti Kampung Baru, Stadium Negara dan Sungei Way

Latar masa

• Masa sekarang. • Masa tahun 60-an.

Latar masyarakat

• Masyarakat intelektual. • Masyarakat yang mementingkan perpaduan. • Masyarakat yang berpegang kepada tradisi kaum. • Masyarakat yang mementingkan cinta akan negara.

Nilai Murni

Perpaduan Contohnya, pengarang mengutamakan kahwin campuran sebagai

pencetus perpaduan sebenar di negara kita.

Berani Contohnya, Mellisa berani mengangkat senjata demi mempertahankan

negara.

Kasih sayang Contohnya. Mellisa sangat menyayangi kawan lamanya, Hisyam.

Tolong-menolong

Contohnya, Atan menolong sesiapa sahaja yang memerlukan bantuannya.

Tegas.

Contohnya, Mellisa bertegas untuk menjadi tentera.

Simpati. Program Bahasa Malaysia Eduebst SM408B 13

Progra

m B

ahasa M

alaysia

Edubest

Page 16: Tahap SM - edubest.edu.my · Selepas 25 tahun dilaksanakan dan pelbagai perubahan berlaku dalam bidang pendidikan, memang sudah tiba masanya Dasar Buku Negara dinilai semula. Untuk

Contohnya, Mellisa bersimpati terhadap kesusahan hidup Hisyam yang dibesarkan dalam kalangan penduduk setinggan di ibu kota.

Pengajaran

1. Api perkauman amat berbahaya jika tidak dibendung kerana boleh menghancurkan negara.

2. Kita perlu sedar tentang taktik penjajah untuk memastikan kita lemah dan terus dijajah.

3. Semua rakyat tanpa mengira keturunan perlu bersedia mempertahankan negara daripada ancaman musuh.

4. Perbezaan agama, bangsa, dan taraf sosioekonomi 5. bukanlah penghalang untuk rakyat negara ini hidup bersama. 6. Kita hendaklah saling menghormati antara satu dengan yang lain. 7. 8. Janganlah kita mudah berputus asa dan sentiasa berusaha

Latihan:

"Rasanya kita pernah berjumpa," kata Syahid agak tidak malu apabila dia menghulurkan tangan sebaik sahaja mereka diperkenalkan. Perasaannya tergugah sedikit. Darah tersimbur naik ke mukanya. Seluruh kulit menjadi merah. Dia pun tiba-tiba menjadi gugup. Di mana? Mahu sahaja dia percaya pada waktu itu bahawa Syahid ini benar-benar penjelmaan daripada Hisyam. Aku tidak pernah bertemu dengan orang ini, bawah sedarnya berbisik. Namanya, ya pernah aku dengar sebab selalu disebut-sebut oleh Farid apabila sahaja makalahnya tersiar dalam surat khabar itu. Syahid yang menolong menyiarkannya.

Nama Syahid juga selalu muncul dalam akhbar ini kerana rencana yang ditulisnya di halaman rencana pengarang atau ada berita by line. Hanya dari situ sahajalah dia mengetahui nama lelaki itu, tetapi berjumpa belum.

"Yakah?" Hanya itu yang keluar daripada mulutnya. Dia ditinggalkan di bilik Syahid, sebuah ruangan yang berbentuk kotak. Duduk di kerusi menghadap kepadanya. Syahid mulai membuka cerita. Berbagai-bagai ceritanya. Tetapi anehnya dia tidak mengulangi lagi ucapannya tadi tentang pernah berjumpa dengannya dahulu. Barangkali juga itu hanya helahnya sahaja, suatu gimik mahu memancing - kemesraan. Demi Tuhan kalau ada pancingnya pun, dia sendiri mulai jatuh hati dengan anak muda ini. Keberaniannya telah mengusik hatinya. Kumisnya yang kecik bak satu garis hitam di atas bibirnya itu kelihatan agak lucu, bergerak-gerak apabila dia bercakap, tetapi menimbulkan daya pesona. Adakah ini cinta pandang pertama? Wajahnya itu benar-benar mirip Hisyam. Kalau Hisyam ada di situ tentu mereka berdua akan dikatakan saudara kembar. Hanya kumisnya itu yang membezakan mereka. Tetapi bentuk tubuh boleh berubah apabila kita semakin dewasa. Hisyam pun

Program Bahasa Malaysia Eduebst SM408B 14Pro

gram

Bahasa

Mala

ysia E

dubest

Page 17: Tahap SM - edubest.edu.my · Selepas 25 tahun dilaksanakan dan pelbagai perubahan berlaku dalam bidang pendidikan, memang sudah tiba masanya Dasar Buku Negara dinilai semula. Untuk

kalau ada sekarang, mungkin juga kurus seperti Syahid. Tubuhnya dahulu agak berisi tetapi dia mempunyai tanda-tanda akan tinggi seperti bapanya. (i) Apakah maksud rangkai kata keberaniannya telah mengusik hatinya?

[2markah]

(ii) Adakah anda bersetuju bahawa Syahid dalam petikan di atas ialah Hisyam? Berikan alasan anda.

[4 markah]

(iii) Nyatakan satu latar masyarakat daripada petikan dan dua latar masyarakat yang terdapat dalam keseluruhan cerpen.

[3 markah]

2d. Pemahaman Cerpen [9 markah]

Cerpen “Biarkan Samudera”

Sinopsis Amirah seorang mahasiswi yang sedang menuntut ini sebuah institusi pengajian tinggi di negara ini. Dia seorang anak nelayan yang miskin dan susah. Amirah juga tidak pernah mendapat kasih sayang daripada seorang ibu kerana ibunya meninggal dunia sebaik sahaja dia dilahirkan ke dunia. Dia hanya ada seorang ayah yang menjaga, memberi perhatian dan kasih sayang kepadanya. Dia juga mempunyai seorang kenalan bernama Hakimah iaitu sahabatnya semasa belajar di situ dan telah banyak membantu apabila Amirah menghadapi masalah.

Program Bahasa Malaysia Eduebst SM408B 15Pro

gram

Bahasa

Mala

ysia E

dubest

Page 18: Tahap SM - edubest.edu.my · Selepas 25 tahun dilaksanakan dan pelbagai perubahan berlaku dalam bidang pendidikan, memang sudah tiba masanya Dasar Buku Negara dinilai semula. Untuk

Hati Amirah telah dilanda dengan pelbagai masalah sehingga menggangu ketenangan jiwa dan pelajarannya. Penderitaan batinnya itu boleh disamakan dengan samudera yang sedang bergelombang dan bergelora yang kuat tetapi mulai mengecil apabila tiba di pantai. Ingatan Amirah kepada kehidupannya di perkampungan nelayan tidak boleh dihilangkan dengan mudah ”di saat dia ingin melupakan, saat itulah pula dia datang menerawang dan berlegar-legar dalam benaknya itu. Amirah mengatakan ”Samudera ialah khazanah kehidupan nelayan, manakala kesejahteraan dan keharmonian nelayan mengeksploitasi dan memanfaatkan khazanah itu akan menjamin kelangsungan dinamika keseimbangan ekosistem samudera”. Fikiran Amirah terus mengingati kehidupan di kampungnya di mana setiap hari dia melihat gelombang ombak membadai pantai yang cantik itu. Hatinya menjadi sayu dan pilu sehingga air matanya pula seolah-olah akan gugur ke bumi. Tiba-tiba Hakimah mengajak Amirah keluar ke bandar kerana pada hari itu (sabtu) mereka cuti dan tiada kuliah. Mir ialah nama timbangan Amirah. Dia teringat kata-kata ayahnya ” sudah tidak ada apa-apa lagi yang tinggal buat kita Mir, segala-galanya kosong. Segala-galanya tidak bererti”. Kata-kata itu benar-benar menghimpit perasaan Amirah, hatinya berasa pedih dan perih kerana hujung semester nanti dia akan pulang bercuti. Dimanakah dia akan tinggal, adakah di samudera kerana rumahnya telah dirobohkan oleh pihak pemaju yang akan menjadikan kampung itu sebagai pusat pelancongan. Ayah Mir menyatakan sekarang ini rumah-rumah penduduk kampungnya telah dirobohkan oleh pihak pemaju, kehidupan nelayan hampir musnah suatu ketika nanti. Mereka tidak berhak menuntut apa-apa daripada pihak pemaju kerana tanah itu tidak bergeran, pemaju hanya menjanjikan sederet rumah papan panjang sebagai ganti rugi kepada penduduk yang terlibat. Amirah tidak dapat menggambarkan perasaan ayah kerana dia dengan samudera sudah sebati dan tidak dapat dipisahkan lagi. Apabila muncul pusat pelancongan sudah pasti ayah tidak dapat membelah samudera lagi. Hakimah rungsing melihat keadaan Amirah yang menjadi pemurung, lemah dan tidak bersemangat berbanding dulu dia seorang mahasiswi yang berjiwa kental. Hakimah menasihati Amirah bertemu kaunselor kerana mengalami konflik jiwa yang hebat iaitu skizofrenia.Dia kelihatan tidak bermaya dan mempunyai sikap bosan terhadap hidup, dan mengabaikan pelajaran. Hakimah perlu membantu Mir kerana dia tiada siapa lagi untuk meminta bantuan. Ibu Hakimah telah memberikan hadiah satu bungkusan kain berwarna kepada Mir dan teringin sangat hendak berjumpa dengan Mir. Ibu Hakimah berpesan supaya Mir selalu bersolat mendekatkan diri kepada Tuhan. Mungkin dia sepatutnya membuang perasaan kesalnya jauh-jauh seperti samudera yang tidak pernah berehat daripada bergelora, yang berubah hanya pantai iaitu kehidupan bapanya.

Program Bahasa Malaysia Eduebst SM408B 16Pro

gram

Bahasa

Mala

ysia E

dubest

Page 19: Tahap SM - edubest.edu.my · Selepas 25 tahun dilaksanakan dan pelbagai perubahan berlaku dalam bidang pendidikan, memang sudah tiba masanya Dasar Buku Negara dinilai semula. Untuk

Tiba-tiba Amirah terdengar suara ayahnya yang menasihatinya supaya berusaha membina kehidupannya pada masa akan datang. Dia tidak mahu Mir terlalu memikirkan hidupnya kerana perkara seperti itu telah menjadi satu suratan takdir. Mir perlu menggantikan rumah yang telah dirobohkan itu, ayahnya tumpang bangga dengan kejayaam Mir nanti.

Ayah Mir berpesan lagi supaya dia akan menjaga samudera jangan sampai dikhianati, boleh dibangunkan tetapi keasliannya mestilah dipelihara. Bermula dari saat itu semangat Amira telah pulih kembali. Hakimah amat gembira melihat perubahan yang berlaku kepada Mir. Dia sudah menjaga solatnya dengan baik dan berkata kepada Hakimah ”Hadiah ibumu ini akan kupakai lima kali sehari” Amirah kelihatan tenang berada di atas sejadah itu.

Tema Tema cerpen ini ialah konflik jiwa remaja yang dikaitkan secara simbolik dengan gelora samudera yang terancam. Konflik jiwa Amirah atau Mir semakin serius sehingga dia menjadi pemurung kerana bimbang akan keadaan ayah dan rumahnya yang telah dirobohkan untuk dijadikan pusat peranginan. Persoalan 1. Kehidupan nelayan tidak menentu Ibarat samudera, kehidupan nelayan tidak

menentu. Nasib ayah Mir tidak dapat dipastikan apabila rumah mereka di perkampungan nelayan dirobohkan untuk pembinaan pusat peranginan.

2. Setia kawan dalam persahabatan Hakimah sahahat yang setia kerana

berusaha untuk membantu Mir menyelesaikan konflik j iwanya. 3. Memegang amanah sebagai waris untuk menjaga alam semula jadi Ayah

Mir mengamanahkannya sebagai waris untuk menjaga samudera. 4. Pegangan agama yang kuat dapat membantu manusia untuk

menenangkan jiwa Hakimah dinasihatkan oleh ibunya supaya mengajar Mir mengenal Tuhan dan berdoa agar masalahnya dapat diselesaikan.

5. Kasih sayang Mir sangat menyayangi ayahnya dan samudera. Hakimah

juga menyayangi Mir. Watak dan Perwatakan Mir atau Amirah (a) Lemah semangat dan pasif. (b) Kuat berimaginasi mengenang nasibnya yang (e) Mudah menjadi pemurung kerana jiwanya yang

Program Bahasa Malaysia Eduebst SM408B 17Pro

gram

Bahasa

Mala

ysia E

dubest

Page 20: Tahap SM - edubest.edu.my · Selepas 25 tahun dilaksanakan dan pelbagai perubahan berlaku dalam bidang pendidikan, memang sudah tiba masanya Dasar Buku Negara dinilai semula. Untuk

terlalu goyah. Latar Latar Tempat (a) Di sebuah kampung nelayan, di rumah nelayan yang menghadap laut. (b) Di rumah Halimah. (c) Di kampus universiti. Latar Masa Masa kini. Latar Masyarakat (a) Masyarakat nelayan. (b) Masyarakat mahasiswi universiti. Gaya Bahasa (a) Terdapat banyak dialog antara Amirah dengan alam terutamanya samudera. (b) Personifikasi. Contoh: Pembangunan mewah itu telah menciptakan pisau tajam yang membenam di dalam dada agah. Tajamnya melebihi dayung ayah gang saban waktu membelah samudera. (c) Monolog. Contoh: Amirah mengelamun sendiri dan teracap. Samudera itu ialah khazanah kehidupan nelayan, manakala kesejahteraan dan keharmonian nelayan mengeksploitasi dan memanfaatkan khazanah itu akan menjamin kelangsungan dinamika keseimbangan ekosistem samudera. Sudut Pandangan (a) Pengarang menggunakan sudut pandangan orang kedua. (b) Pengarang berada di luar lingkungan cerita. (c) Tumpuan cerita adalah pada perkembangan watak Amirah dan usaha Halimah untuk membantu Amirah mengatasi masalah tekanan perasaan. Nilai (a) Kasih sayang. Contohnya, Halimah sangat sayang akan Mir atau Amirah. (b) Tidak berputus asa. Contohnya, Halimah tidak berputus asa untuk menyembuhkan penyakit kemurungan yang dialami oleh Amirah. (c) Ikhlas. Contohnya, Halimah ikhlas membantu Amirah. (d) Bersimpati. Contohnya, Halimah bersimpati terhadap nasib yang menimpa Amirah malang. (e) Mengalami tekanan perasaan kerana kehilangan kasih sayang ibu sejak kecil, sementara bapanya sibuk mencari rezeki di laut. (f) Buntu memikirkan masa depannya yang tidak menentu.

Program Bahasa Malaysia Eduebst SM408B 18Pro

gram

Bahasa

Mala

ysia E

dubest

Page 21: Tahap SM - edubest.edu.my · Selepas 25 tahun dilaksanakan dan pelbagai perubahan berlaku dalam bidang pendidikan, memang sudah tiba masanya Dasar Buku Negara dinilai semula. Untuk

Pengajaran (a) Luahkanlah segala masalah kepada orang lain agar tidak mendatangkan kemudaratan. (b) Kita hendaklah menghulurkan bantuan kepada kawan yang menghadapi kesulitan hidup. (c) Sesuatu projek pembangunan perlulah mengambil kira kesan sosial dan ekonomi terhadap penduduk setempat. (d) Manusia perlu berusaha mengatasi konflik yang menimpa diri. (e) Mintalah pertolongan dan pasrah kepada Allah.

Latihan:

Kasihan Mir.

"Jangan biarkan jiwa kosong."

Hakimah merenung wajah ibu. Wajah itu penuh ketenangan. Ada sinaran

lembut yang membersit terpancar dari mata ibu. "Kau harus

isikannya dengan nur."

"Nur?" Hakimah terkesima. "Ya, nur. Kauajar dia sentiasa membaca al-Quran.

Kau ajar dia mengenal Tuhan yang satu. Di situ ada ketenangan. Di situ ada

kebahagiaan."

Hakimah terdiam. Lama dia merenungi ibu. Teringat dia akan kata-kata

puan kaunselor yang baru ditemuinya baru-baru ini.

“Dia mengalami konflik jiwa yang hebat. Mungkin juga kita dapat kelaskannya

sebagai skizofrenia mudah. Peringkat permulaan sukar dilihat. Tandanya mungkin

dapat dilihat sedikit demi sedikit. Pada mulanya dia tidak berminat dalam banyak

perkara, tidak mahu keluar dan pergaulannya dengan orang lain semakin

berkurangan.

"Dia kelihatan tidak bermaya dan mempunyai sikap bosan terhadap hidup. Dia

mengabaikan pelajarannya. Pesakit ini harus diselamatkan secepat mungkin, kalau

tidak, besar kemungkinan penyakitnya akan melarat."

Program Bahasa Malaysia Eduebst SM408B 19Pro

gram

Bahasa

Mala

ysia E

dubest

Page 22: Tahap SM - edubest.edu.my · Selepas 25 tahun dilaksanakan dan pelbagai perubahan berlaku dalam bidang pendidikan, memang sudah tiba masanya Dasar Buku Negara dinilai semula. Untuk

Hakimah terkedu. Direnungnya wajah puan kaunselor itu dengan pandangan

sayu. Mir tidak boleh dibiarkan hanyut. Mir harus diberi kekuatan. Mir sahabatnya

yang tulus. Mir lambang perjuangan. Namun,jiwa Mir terlalu goyah.

Mudah sahaja Mir tergugah. Mir tidak pernah menikmati kasih sayang sesiapa.

Kecuali ayahnya. Kecuali orang tua yang mempunyai kudrat yang rapuh itu.

Barangkali, barangkali kerana itulah Mir mudah

menjadi pemurung.

(i) Apakah pesanan ibu Hakimah kepada Hakimah untuk membantu Mir yang

mengalami masalah kemurungan?

[3 markah]

(ii) Sekiranya anda Mir, apakah punca-punca yang menyebabkan anda mengalami

skizofrenia?

[3 markah]

(iii) Nyatakan satu perwatakan Mir dalam petikan di atas dan dua perwatakan Mir

dalam keseluruhan cerpen.

[3 markah]

Program Bahasa Malaysia Eduebst SM408B 20

Progra

m B

ahasa M

alaysia

Edubest

Page 23: Tahap SM - edubest.edu.my · Selepas 25 tahun dilaksanakan dan pelbagai perubahan berlaku dalam bidang pendidikan, memang sudah tiba masanya Dasar Buku Negara dinilai semula. Untuk

Soalan 3 : Pengetahuan dan Kemahiran Bahasa

Peribahasa

Latihan:

(i) Baca petikan di bawah ini dengan teliti, kemudian senaraikan peribahasa yang

sesuai untuk diisikan pada tempat kosong.

Kita tidak mahu lagi mendengar penglibatan golongan remaja dalam kegiatan

yang dapat menjejaskan nama keluarga dan masyarakat. Sebagai waris kepemimpinan

bangsa, mereka seharusnya bertindak sebagai (i) ___________________________ .

Mereka harus memikul tanggungjawab memajukan negara dalam pelbagai lapangan.

Oleh sebab itu, golongan ini tidak wajar bersikap (ii) _________________________

dan membiarkan golongan tua sahaja yang bertungkus lumus memakmurkan

kehidupan rakyat. Mereka yang bakal bergelar (iii)

________________________________ tidak boleh leka. Mereka seharusnya

menghayati pelbagai tanggungjawab sebagai rakyat negara ini.

[6 markah]

(ii) Baca ayat-ayat di bawah ini dengan teliti dan kemudian nyatakan peribahasa

yang sesuai dengan ayat-ayat tersebut.

(i) Kerana tidak mahu melakukan pekerjaan itu Azhar memberikan berbagai-bagai

alasan kepada kami.

_____________________________________________________________________

(ii) Apabila berbelanja kita hendaklah memadankannya dengan pendapatan yang

diperoleh setiap bulan.

_____________________________________________________________________

Program Bahasa Malaysia Eduebst SM408B 21Pro

gram

Bahasa

Mala

ysia E

dubest

Page 24: Tahap SM - edubest.edu.my · Selepas 25 tahun dilaksanakan dan pelbagai perubahan berlaku dalam bidang pendidikan, memang sudah tiba masanya Dasar Buku Negara dinilai semula. Untuk

(iii) Mandur yang mengarahkan pekerja di estet itu sama sahaja culas dengan orang

yang di bawah tanggungjawabnya.

_____________________________________________________________________

(iii) Baca dialog di bawah ini dengan teliti, kemudian senaraikan peribahasa yang

sesuai untuk diisikan pada tempat kosong.

Asmah : Pengambilan pil pelangsing sekarang semakin menjadi-jadi.

Syikin : Tindakan itu tidak salah tetapi biarlah mengikut peraturan agar tidak

berlaku (i) ______________________________ apabila tersilap

langkah mengamalkannya.

Asmah : Aku hairan, mengapa sesetengah orang sanggup mengambil pil

pelangsing sehingga memudaratkan badan?

Syikin : Tujuan asalnya, mereka mahu menjaga kesihatan di samping kelihatan

cantik dan menarik (ii) ____________________________________

Asmah : Tidak adakah cara lain untuk menjadikan seseorang. itu kelihatan

cantik dan menarik?

Syikin : Ada. Tetapi golongan ini lebih suka memilih

(iii) _______________________ untuk mencapai impian mereka.

[6 markah]

Program Bahasa Malaysia Eduebst SM408B 22

Progra

m B

ahasa M

alaysia

Edubest

Page 25: Tahap SM - edubest.edu.my · Selepas 25 tahun dilaksanakan dan pelbagai perubahan berlaku dalam bidang pendidikan, memang sudah tiba masanya Dasar Buku Negara dinilai semula. Untuk

Soalan 4 : Novel ‘Papa...(akhirnya kau tewas jua!)”

Latihan : (a) Terangkan tiga ciri novel dengan mengambil contoh daripada novel yang telah

anda pelajari.

[7 markah]

(b) Berdasarkan novel yang anda kaji, terangkan tiga kebaikan daripada pembacaan novel. [8 markah]

Program Bahasa Malaysia Eduebst SM408B 23Pro

gram

Bahasa

Mala

ysia E

dubest

Page 26: Tahap SM - edubest.edu.my · Selepas 25 tahun dilaksanakan dan pelbagai perubahan berlaku dalam bidang pendidikan, memang sudah tiba masanya Dasar Buku Negara dinilai semula. Untuk
Page 27: Tahap SM - edubest.edu.my · Selepas 25 tahun dilaksanakan dan pelbagai perubahan berlaku dalam bidang pendidikan, memang sudah tiba masanya Dasar Buku Negara dinilai semula. Untuk
Page 28: Tahap SM - edubest.edu.my · Selepas 25 tahun dilaksanakan dan pelbagai perubahan berlaku dalam bidang pendidikan, memang sudah tiba masanya Dasar Buku Negara dinilai semula. Untuk

Pelan Lokasi

@ Pusat Tuisyen Didikan Genius

No.2-1, Jalan 4/109E, Desa Business Centre, Taman Desa, 58100 Kuala Lumpur. Tel: 03-7983 7650

http://www.edubest.com.my