pemahaman modul pt3 sm 106 - edubest.edu.my€¦ · 3. yang berikut merupakan adab sopan ketika...

16
@ Pusat Tuisyen Didikan Genius Program Bahasa Malaysia Sekolah Menengah Edubest Pemahaman Modul PT3 SM 10 6 Nama : _____________________________

Upload: others

Post on 07-Aug-2021

9 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Pemahaman Modul PT3 SM 106 - edubest.edu.my€¦ · 3. Yang berikut merupakan adab sopan Ketika menghadap hidangan, kecuali A kaum lelaki duduk bersila. B tidak bercakap semasa makan

@

Pusat Tuisyen Didikan Genius

Program Bahasa Malaysia Sekolah Menengah Edubest

Pemahaman

Modul PT3

SM 106

Nama : _____________________________

Page 2: Pemahaman Modul PT3 SM 106 - edubest.edu.my€¦ · 3. Yang berikut merupakan adab sopan Ketika menghadap hidangan, kecuali A kaum lelaki duduk bersila. B tidak bercakap semasa makan

Analisis Prosa

Genre Prosa

Tradisional /Klasik

ModenCerpen

Tema

Persoalan

Watak & Perwatakan

Plot

PermulaanPerkembanganKemuncak / Klimaks

PeleraianPenurunanPengakhiran

Teknik Plot

Pemerian / PenceritaanMonologMonolog dalamanDialogImbas mukaImbas kembali

LatarLatar tempatLatar masaLatar masyarakat

Gaya Bahasa

AyatDiksiKata gandaRepitisi

SinkopeSingkatan : ku, mu, nak

Inversiterbalik : akan kuambil

PerlambanganBunga : wanita

Personifikasibersifat manusia

HiperbolaMelebih-lebihkan

Nilai

Pengajaran

Analisis Prosa.mmap - 03/02/2020 - Mindjet

Progra

m B

ahasa M

elayu E

dubest

Page 3: Pemahaman Modul PT3 SM 106 - edubest.edu.my€¦ · 3. Yang berikut merupakan adab sopan Ketika menghadap hidangan, kecuali A kaum lelaki duduk bersila. B tidak bercakap semasa makan

1. Pemahaman Petikan Umum

14, Kampung Damai,

08000 Utan Aji,

Kangar,

Perlis Indera Kayangan.

18 Disember 2019.

Menemui sahabatku, Ramond yang kini berada di Kanada, dengan selamatnya,

Saudara,

Apa khabar saudara sekeluarga di sana? Doa dan harapan saya agar saudara

serta keluarga sihat sejahtera hendaknya. Saya di sini sihat wal afiat.

Terima kasih atas kiriman surat saudara yang lalu. Dalam surat tersebut, saudara

ada bertanyakan adab masyarakat Melayu ketika menghadap makanan. Dalam surat

ini, saya akan menjawab pertanyaan saudara itu.

Bagi orang Melayu terutama yang mementingkan adab ketika makan, orang

yang lebih tua dipersilakan duduk di meja makan terlebih dahulu setelah makanan

terhidang. Kemudian, barulah golongan muda mengambil tempat masing-masing. Jika

tiada meja makan, si lelaki duduk bersila manakala wanita pula digalakkan duduk

bersimpuh dengan tidak menampakkan buku lali dan kaki. Cara ini dianggap manis

dan sopan.

Wanita, terutama anak gadis juga sebaik-baiknya duduk di tempat yang

berasingan daripada lelaki. Namun, bagi sesetenguah orang, makan bersama-sama

dapat mengeratkan hubungan kekeluargaan atau silaturahim dengan sanak saudara

atau sahabat handai.

Ketika di meja makan wanita yang berambut panjang seelok-eloknya merapikan

rambut terlebih dahulu dengan mengikat rambut. Tujuannya adalah supaya nampak

kemas dan bersih. Lengan baju yang panjang pula hendaklah disingsing hingga paras

siku. Sebelum makan, tangan perlu dibasuh dengan air basuhan tangan yang

Program Bahasa Melayu Edubest - Pemahaman Petikan & Antologi SM106 1

Progra

m B

ahasa M

elayu E

dubest

Page 4: Pemahaman Modul PT3 SM 106 - edubest.edu.my€¦ · 3. Yang berikut merupakan adab sopan Ketika menghadap hidangan, kecuali A kaum lelaki duduk bersila. B tidak bercakap semasa makan

disediakan di dalam kendi. Selepas membasuh tangan, kami digalakkan agar

menghulurkan kendi air itu kepada orang yang berada di samping kita.

Kaum ibu dan anak gadis akan menyenduk nasi ke dalam pinggan orang yang

lebih tua. Nasi yang dibubuh itu pula hendaklah sederhana banyaknya. Cara ini

sebagai menunjukkan penghargaan kepada orang yang lebih tua. Ketika makan, kami

dinasihati agar tidak berbual-bual. Berbual dengan makanan penuh di dalam mulnt

dianggap tidak sopan.

Sekian sahaja penerangan saya untuk pengetahuan saudara. Jemputlah ke

Malaysia dan ke rumah saya sekiranya saudara ingin melihat sendiri adab dan budaya

masyarakat di sini. Saya sekeluarga sentiasa mengalu-alukan kedatangan saudara ke

rumah kami.

Akhir kata, sambutlah salam mesra daripada saya di Malaysia. Semoga bertemu

dalam lembaran yang lain. Sekian, terima kasih.

Sahabatmu,

Zamri

1. Apakah maksud perkataan bersimpuh?

A Meriba

B Berlutut

C Berteleku

D Berlunjur

2. Perbuatan menyenduk nasi ke dalam pinggan orang yang lebih tua menunjukkan

sikap

A jujur.

B mesra.

C hormat.

D ikhlas.

3. Yang berikut merupakan adab sopan Ketika menghadap hidangan, kecuali

A kaum lelaki duduk bersila.

B tidak bercakap semasa makan.

C mendahulukan orang yang lebih tua.

D tidak membasuh tangan jika tiada kendi.

Program Bahasa Melayu Edubest - Pemahaman Petikan & Antologi SM106 2

Progra

m B

ahasa M

elayu E

dubest

Page 5: Pemahaman Modul PT3 SM 106 - edubest.edu.my€¦ · 3. Yang berikut merupakan adab sopan Ketika menghadap hidangan, kecuali A kaum lelaki duduk bersila. B tidak bercakap semasa makan

4. Apakah cadangan pennlis kepada sahabatnya di akhir surat? (KBAT)

A Menulis surat kepadanya lagi

B Menyinsing lengan baju sebelum makan

C Mengamalkan budaya makan yang sama

D Berkunjung ke Malaysia untuk menyaksikan adab dan budaya orang

( /10)

Program Bahasa Melayu Edubest - Pemahaman Petikan & Antologi SM106 3

Progra

m B

ahasa M

elayu E

dubest

Page 6: Pemahaman Modul PT3 SM 106 - edubest.edu.my€¦ · 3. Yang berikut merupakan adab sopan Ketika menghadap hidangan, kecuali A kaum lelaki duduk bersila. B tidak bercakap semasa makan

2. Pemahaman Cerpen [10 markah]

“Oren”

Ayah "aku" gelisah kerana kucing peliharaannya iaitu Oren tidak pulang ke

rumah. Sudah empat hari ayah "aku" tidak melihat kelibat Oren. Oren ialah seekor

anak kucing yang telah dipungut selepas ayah "aku" terlanggar ibunya sehingga mati.

Sejak peristiwa itu, Oren telah menjadi sebahagian daripada anggota keluarga "aku".

Ayah "aku" dapat merasakan bahawa Oren merajuk selepas kehadiran Kelabu dalam

keluarga mereka. Kelabu lebih manja dan pandai mencuri perhatian keluarga "aku".

Hal ini telah membuatkan ayah "aku" lebih banyak memberikan tumpuan kepada

Kelabu.

Kehilangan Oren membuatkan ayah "aku" berasa bersalah. Kegelisahan ayah

"aku" tentang kehilangan Oren telah terbawa-bawa dalam mimpinya. Ayah "aku''

bermimpi Oren telah kembali dan dia bermanja dengan Oren. Pada keesokan harinya,

ayah "aku" bertanya tentang Oren kepada anak-anaknya. Selepas diberitahu bahawa

Oren masih tidak nampak kelibatnya, barulah ayah "aku" sedar bahawa dia sebenarnya

bermimpi. Ayah "aku'' menceritakan mimpinya itu kepada keluarganya.

Tiba-tiba Anis muncul di ruang dapur sambil mernbawa bangkai Oren. Bangkai

Oren telah ditemukan di celah-celah pokok tua yang tumbang di taman permainan.

Mata ayah "aku" kelihatan berkaca. Seluruh anggota keluarga "aku" tertumpu kepada

ayah "aku".

Tema

Kasih sayang terhadap haiwan peliharaan. Seekor kucing yang dipanggil Oren telah

diabaikan oleh penjaganya, iaitu ayah "aku". Oren membawa diri disebabkan rasa

tersisih dengan kehadiran kucing lain, iaitu Kelabu dalam keluarga "aku". Kehilangan

Oren telah menimbulkan kegelisahan dan rasa bersalah dalam diri ayah "aku"

Program Bahasa Melayu Edubest - Pemahaman Petikan & Antologi SM106 4

Progra

m B

ahasa M

elayu E

dubest

Page 7: Pemahaman Modul PT3 SM 106 - edubest.edu.my€¦ · 3. Yang berikut merupakan adab sopan Ketika menghadap hidangan, kecuali A kaum lelaki duduk bersila. B tidak bercakap semasa makan

sehingga beliau terbawa-bawa dalam mimpinya. Kehilangan Oren akhirnya terjawab

apabila Anis menemukan bangkai Oren di celah-celah pokok tua yang tumbang di

taman permainan.

Persoalan

(a) Kasih sayang yang melibatkan haiwan peliharaan. Ayah "aku" dan anggota

keluarganya memberikan sepenuh kasih sayang kepada kucing peliharaan mereka.

(b) Kasih sayang yang berbelah bahagi telah menyebabkan wujudnya konflik. Ayah

"aku" dan anggota keluarganya lebih memberikan tumpuan kepada Kelabu sehingga

menyebabkan Oren terasa tersisih lalu membawa diri.

(c) Perasaan bersalah akan dirasai dan disedari apabila berlakunya suatu kehilangan.

Kesilapan ayah "aku" yang lebih memanjakan Kelabu hanya disedari apabila Oren

tidak pulang ke rumah.

(d) Belas kasihan tidak hanya terhad terhadap manusia semata-mata tetapi juga

membabitkan haiwan. Ayah "aku" yang belas kasihan akan nasib Oren dan Kelabu

telah membawa kucing-kucing tersebut ke rumahnya untuk dipelihara.

(e) Perhatian yang lebih terhadap haiwan yang berpunca daripada kepandaiannya

mengambil hati dan kebijaksanaannya menyesuaikan diri. Kelabu yang pandai

mengambil hati dan memanjakan diri telah membuatkan tuannya dan anggota keluarga

tuannya lebih memberikan perhatian kepadanya.

(f) Konflik yang wujud dalam keluarga difahami dan dikongsi bersama. Anggota

keluarga ayah "aku" memahami konflik yang dihadapi oleh ayah "aku ' dan tidak

mahu membebankan beliau.

Program Bahasa Melayu Edubest - Pemahaman Petikan & Antologi SM106 5

Progra

m B

ahasa M

elayu E

dubest

Page 8: Pemahaman Modul PT3 SM 106 - edubest.edu.my€¦ · 3. Yang berikut merupakan adab sopan Ketika menghadap hidangan, kecuali A kaum lelaki duduk bersila. B tidak bercakap semasa makan

Watak dan Perwatakan

Ayah “Aku”

(a) Bapa kepada tiga orang anak.

(b) Suka akan kucing.

(e) Bersifat belas kasihan

(d) Berasa gelisah apabila Oren tidak pulang ke rumah.

(e) Ketua keluarga yang baik

(f) Dihantui perasaan bersalah kerana mengabaikan Oren.

(g) Mudah tersentuh hati

Oren

(a) Kucing yang berbulu oren.

(b) Ibu Oren telah mati dilanggar oleh kereta ayah "aku".

(c) Pandai membuang najisnya di tandas atau di dalam longkang.

(d) Bersikap pasif.

(e) Tidak suka memanjakan diri dengan tuannya.

Kelabu

(a) Kucing yang berwarna kelabu.

(b) Menunjukkan reaksi yang lebih manja.

(c) Semasa kecil, Kelabu selalu memhuang najis merata-rata tempat.

(d) Pada awalnya, Kelabu kurus dan tidak terurus.

(e) Selepas dipelihara oleh ayah "aku" dan anggota keluarganya, Kelabu

semakin tembam.

Program Bahasa Melayu Edubest - Pemahaman Petikan & Antologi SM106 6

Progra

m B

ahasa M

elayu E

dubest

Page 9: Pemahaman Modul PT3 SM 106 - edubest.edu.my€¦ · 3. Yang berikut merupakan adab sopan Ketika menghadap hidangan, kecuali A kaum lelaki duduk bersila. B tidak bercakap semasa makan

Plot

Binaan Plot

(a) Permulaan - Ayah "aku" bertanya tentang Oren, iaitu kucing peliharaannya yang

tidak pulang ke rumah. Kegelisahan ayah "aku" tentang kehilangan Oren turut

mendapat perhatian anggota keluarganya.

(b) Perkembangan - Ayah "aku" telah melanggar ibu Oren sehingga menyebabkan

ibu Oren mati. Ayah "aku" telah membawa Oren pulang ke rumahnya. Ibu "aku"

mengerti sebab Oren dibawa pulang setelah mendengar alasan ayah "aku”. Kemudian,

ayah "aku" membawa Kelabu pulang ke rumahnya. Kelabu ialah seekor anak kucing

yang telah mengekorinya ke kereta. Kelabu lebih manja dan pandai menarik perhatian

anggora keluarga ayah "aku". Oren pula bersikap pasif dan suka menyendiri.

(c) Klimaks - Sudah lebih seminggu Oren tidak pulang ke rumah. Ayah "aku" berasa

bersalah dan gelisah akan kehilangan Oren. Kehilangan Oren telah terbawa-bawa

dalam mimpi ayah "aku".

(d) Peleraian - Ayah"aku" menceritakan mimpinya kepada anggota keluarganya di

meja makan. Tiba-tiba, Anis masuk ke dapur dengan membawa bangkai Oren. Oren

telah mati dan ditemukan di celah-celah pokok tua yang tumbang di taman permainan

semalam. Semua anggota keluarga tertumpu kepada ayah "aku" dan matanya mulai

berkaca.

Teknik Plot

(a) Dialog. Contohnya,

• "Ke manakah engkau pergi, Oren?" soalnya sambil mengusap-usap belakang

kucingnya itu. [hlm. 38]

• "Mengapa, Oren?" Dia tidak tahu akan sebabnya dia menanyakan soalan itu

tetapi dia dapat merasakan perasaannya yang sayu setiap kali mata Oren dan

matanya bertemu. [hlm. 38 ]

• "Anis jumpa Oren di celah pokok tua yang tumbang semalam di taman

Program Bahasa Melayu Edubest - Pemahaman Petikan & Antologi SM106 7

Progra

m B

ahasa M

elayu E

dubest

Page 10: Pemahaman Modul PT3 SM 106 - edubest.edu.my€¦ · 3. Yang berikut merupakan adab sopan Ketika menghadap hidangan, kecuali A kaum lelaki duduk bersila. B tidak bercakap semasa makan

permainan," [hlm. 40]

(b) Imbas kembali. Contohnya,

• Kelabu masih di pangkuan ayah. Apabila melihat Kelabu, aku terimbas

kembali tentang kucing itu yang dipungut sewaktu ayah pulang dari tempat

kerja. Keadaan Kelabu yang tidak terurus dan kurus dahulu kini telah

berubah. [hlm. 33]

(c) Monolog. Contohnya,

• "Ke manakah Oren pergi? Dia tidak makan pun makanan yang ayah

sediakan. Adakah dia merajuk? Hujan-hujan begini di manakah dia

berteduh." Kami hanya mendengar keluhan ayah. [hlm. 33]

•"Mungkin sejak kedatangan Kelabu, aku telah mengabaikan Oren," bisiknya

kepada dirinya sendiri. [hlm.35]

•"Mungkin ibunya," detik hatinya. [hlm. 35]

(d) Pemerian. Contohnya,

• Malam itu ayah hanya menjamah makan malam sedikit sahaja dan katanya

dia tidak berselera. [hlm. 34]

• Hari terus berlalu. Kelabu terus menjadi perhatiannya kerana pada setiap

kali dia pulang ke rumah, Kelabulah yang selalu menyambutnya sedangkan

Oren hanya mengangkat kepala apabila melihatnya dan melihat tingkah laku

Kelabu. [hlm. 37]

• Dia membawa Oren ke ruang tamu rumahnya semula. Sambil duduk di sofa

dia membelai-belai Oren dengan manja. [hlm. 37]

Program Bahasa Melayu Edubest - Pemahaman Petikan & Antologi SM106 8

Progra

m B

ahasa M

elayu E

dubest

Page 11: Pemahaman Modul PT3 SM 106 - edubest.edu.my€¦ · 3. Yang berikut merupakan adab sopan Ketika menghadap hidangan, kecuali A kaum lelaki duduk bersila. B tidak bercakap semasa makan

Latar

Latar Tempat.

(a) Jalan di kawasan perumahan, iaitu tempat ayah melanggar ibu kucing hingga mati.

(b) Di dapur, iaitu tempat ayah menceritakan mimpinya tentang Oren.

(e) Di bawah pokok tua yang tumbang di taman permainan, iaitu tempat Anis

menemukan Oren yang telah mati.

(d) Di ruang tamu, iaitu tempat ayah bertanya tentang Oren sebaik sahaja ayah bangun

daripada tidur.

(e) Di ruang dapur, iaitu Anis muncul bersama Oren yang sudah tidak bernyawa lagi.

Latar Masa

(a) Hujung pertengahan Disember, iaitu peristiwa Oren tidak pulang.

(b) Pada waktu malam, iaitu ayah "aku" menjamah makan malam sedikit sahaja

kerana tidak berselera berikutan kehilangan Oren.

(e) Pada waktu petang, iaitu waktu berlakunya peristiwa ayah melanggar ibu Oren.

(d) Pada waktu pagi, iaitu waktu Anis muncul di ruang dapur bersama Oren yang telah

mati.

Latar Masyarakat

(a) Masyarakat penyayang terhadap haiwan peliharaan. Contohnya, ayah "aku" dan

keluarganya memelihara dua ekor kucing.

(b) Masyarakat yang prihatin. Contohnya, ayah "aku" prihatin akan kehilangan Oren.

(e) Masyarakat yang hidup dalam keluarga harmoni. Contohnya, anggota keluarga

"aku" memahami konflik yang ditanggung oleh ayah.

Program Bahasa Melayu Edubest - Pemahaman Petikan & Antologi SM106 9

Progra

m B

ahasa M

elayu E

dubest

Page 12: Pemahaman Modul PT3 SM 106 - edubest.edu.my€¦ · 3. Yang berikut merupakan adab sopan Ketika menghadap hidangan, kecuali A kaum lelaki duduk bersila. B tidak bercakap semasa makan

Gaya Bahasa

Ayat

(a) Pengarang menggunakan ayat pendek. Contohnya,

• Oren masih tidak pulang. [hlm. 33]

• Hari terus berlalu. [hlm. 37]

(b) Pengarang menggunakan ayat panjang. Contohnya,

• Petang itu, dia pulang bersama-sama dengan seekor anak kucing jantan dan

yang paling gembira menyambut kepulangan dia ialah Anis. [hlrn. 35]

• Tetapi dia tidak menyangka bahawa selepas kehadiran Oren dia akan

membawa pulang Kelabu sebagai sebahagian daripada ahli keluarganya.

[hlrn. 37]

Kata Ganda

Contohnya,

• "Ke manakah engkau pergi, Oren? Soalnya sambil mengusap-usap belakang

kucingnya itu. [hlrn. 38]

• Dia mencuba untuk berbual-bual dengan Oren, iaitu perbuatan yang jarang-

jarang dilakukannya. Oren membalasnya dengan mengiau-ngiau. [hlm. 38]

Simile

Contohnya,

• Bulunya yang berwarna kelabu menjadikannya tampak menarik seperti kucing

Siam. [hlrn. 33]

Program Bahasa Melayu Edubest - Pemahaman Petikan & Antologi SM106 10

Progra

m B

ahasa M

elayu E

dubest

Page 13: Pemahaman Modul PT3 SM 106 - edubest.edu.my€¦ · 3. Yang berikut merupakan adab sopan Ketika menghadap hidangan, kecuali A kaum lelaki duduk bersila. B tidak bercakap semasa makan

Nilai

(a) Belas kasihan. Contohnya, ayah "aku" berasa belas dan kasihan akan nasib Oren

yang kematian ibunya serta Kelabu yang kurus dan tidak terurus.

(b) Keprihatinan. Contohnya, ayah "aku" begitu prihatin akan Oren yang masih

belum pulang ke rumah.

(e) Bersimpati. Contohnya, ibu "aku " dan anak-anaknya simpati akan konflik yang

ditanggung oleh ayah "aku" berikutan kehilangan Oren.

(d) Kebijaksanaan. Contohnya, Kelabu bijak menyesuaikan dirinya dalam

keluarga "aku" sehingga ayah "aku" dan keluarganya memberikan lebih perhatian

terhadap dirinya daripada Oren.

(e) Ketabahan. Contohnya, anggota keluarga ayah "aku" tabah menghadapi dugaan,

iaitu kehilangan Oren.

Pengajaran

(a) Kita hendaklah bersifat belas kasihan terhadap makhluk lain supaya kehidupan kita

lebih bahagia.

(b) Kita wajar bersikap prihatin dengan perkembangan sekeliling kita supaya kita

dapat mengambil tindakan dengan segera.

(c) Kita haruslah bersimpati terhadap masalah yang dihadapi oleh orang di sekeliling

supaya kita dapat membina hubungan yang harmoni.

(d) Kita mesti mempunyai kebijaksanaan dalam kehidupan agar kita dapat

menghadapi kehidupan dengan berjaya.

(e) Kita hendaklah gigih melaksanakan sesuatu usaha supaya kita dapat menyelesaikan

masalah dengan segera.

Program Bahasa Melayu Edubest - Pemahaman Petikan & Antologi SM106 11

Progra

m B

ahasa M

elayu E

dubest

Page 14: Pemahaman Modul PT3 SM 106 - edubest.edu.my€¦ · 3. Yang berikut merupakan adab sopan Ketika menghadap hidangan, kecuali A kaum lelaki duduk bersila. B tidak bercakap semasa makan

Latihan

Baca petikan cerpen di bawah ini dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan

yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

Mungkin sejak kedatangan Kelabu, aku telah mengabaikan Oren," bisiknya

kepada diri sendiri. Dia menyesal dengan tindakannya membiarkan Oren. Dia

terimbas kembali kenangan ketika Oren mula-mula menjadi sebahagian daripada

keluarga mereka.

Petang itu, dia pulang dari pejabat agak lewat daripada biasa. Sedang dia

memandu keretanya di jalan taman perumahannya, tiba-tiba dia berasa bahawa

dia terlanggar sesuatu. Kemudian dia memberhentikan keretanya untuk meninjau

benda yang dilanggarnya itu. Dia hanya mampu mengucap apabila seekor kucing

terlantar mati di bawah tayar keretanya. Namun, hatinya lebih tersentuh apabila datang

seekor anak kucing mengiau-ngiau di hadapan kucing yang tidak bernyawa itu.

"Mungkin ibunya," detik hatinya.

Petang itu, dia pulang bersama-sama dengan seekor anak kucing jantan dan

yang paling gembira menyambut kepulangan dia ialah Anis. Cepat-cepat anak

bongsunya itu mendukung anak kucing tersebut sambil bertanya, "Apakah namanya?"

Dengan spontan dia menjawab, "Oren". Nama itu diberikan kerana seluruh bulu

kucing itu berwarna oren.

Isterinya hairan kerana suaminya tiba-tiba membawa pulang seekor anak

kucing. Isterinya tahu bahawa dia tidak berminat untuk memelihara kucing kerana

telah beberapa kali anaknya, Azura dan Anis meminta ibunya untuk memelihara

haiwan tersebut tetapi dia tidak membenarkannya. Hanya pada malam harinya barulah

dia menceritakan perkara yang terjadi untuk menjawab kehairanan isterinya itu.

Isterinya mengerti dan memberikan kasih sayang kepada Oren sebagai sebahagian

daripada ahli keluarga mereka.

(Dipetik daripada cerpen "Oren", antologi Kuingin Berterima Kasih, Tingkatan 1,

Dewan Bahasa dan Pustaka)

Program Bahasa Melayu Edubest - Pemahaman Petikan & Antologi SM106 12

Progra

m B

ahasa M

elayu E

dubest

Page 15: Pemahaman Modul PT3 SM 106 - edubest.edu.my€¦ · 3. Yang berikut merupakan adab sopan Ketika menghadap hidangan, kecuali A kaum lelaki duduk bersila. B tidak bercakap semasa makan

(i) Berdasarkan petikan, berikan bukti-bukti yang menunjukkan bahawa ayah "aku"

seorang yang lembut hatinya. [3 markah]

______________________________________________________________

_______________________________________________________________

_______________________________________________________________

(ii) Banyak nilai yang dapat diperoleh daripada petikan cerpen "Oren" ini.

Nyatakan dua nilai yang terdapat dalam cerpen tersebut. [3 markah]

_______________________________________________________________

_______________________________________________________________

_______________________________________________________________

(iii) Pada pendapat anda, bagaimanakah caranya untuk mewujudkan masyarakat

penyayang terhadap haiwan dalam kalangan masyarakat? [4 markah]

_____________________________________________________________

____________________________________________________________

_____________________________________________________________

____________________________________________________________

( /10)

Program Bahasa Melayu Edubest - Pemahaman Petikan & Antologi SM106 13

Progra

m B

ahasa M

elayu E

dubest

Page 16: Pemahaman Modul PT3 SM 106 - edubest.edu.my€¦ · 3. Yang berikut merupakan adab sopan Ketika menghadap hidangan, kecuali A kaum lelaki duduk bersila. B tidak bercakap semasa makan

Pelan Lokasi

@

Pusat Tuisyen Didikan Genius

No.2-1, Jalan 4/109E, Desa Business Centre, Taman Desa, 58100 Kuala Lumpur.

Tel: 03-7983 7650

http://www.edubest.com.my