pelan tindakan mewujudkan persekitaran yang mesra budaya

45
PELAN TINDAKAN MEWUJUDKAN PERSEKITARAN YANG MESRA BUDAYA DISEDIAKAN OLEH: LOONG LEE YING TAN PEI PING SITI SYAFAWANI NORATIKA ASNAWI 5 PISMP MATEMATIK

Upload: hasliza-julaihi

Post on 26-Nov-2015

167 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

edu

TRANSCRIPT

PELAN TINDAKAN MEWUJUDKAN PERSEKITARAN YANG MESRA BUDAYA

PELAN TINDAKAN MEWUJUDKAN PERSEKITARAN YANG MESRA BUDAYADISEDIAKAN OLEH:LOONG LEE YINGTAN PEI PINGSITI SYAFAWANINORATIKA ASNAWI5 PISMP MATEMATIK

1

MERANCANG DAN MELAKSANAKAN PELAN TINDAKAN : INDIGENOUS

MERANCANG DAN MELAKSANAKAN PELAN TINDAKAN :PEDALAMANMesra Budaya Mengikut Etnik

Kepelbagaian bahasa, etnik, agama, budaya, fizikal, gender, bakat, dan kebolehan adalah realiti masyarakat Malaysia.Kepelbagaian ini juga menjadi cabaran dan juga kekuatan setiap warga negaranya untuk hidup bersama dan bersatu ke arah kehidupan yang harmoni dan sejahtera (Chang Lee Hoon, 2004)Kepelbagaian ini tidak menghalang setiap warganegara untuk mempunyai persamaan hak sebagai warganegara Malaysia.

Pelan TindakanKPM akan terus berusaha untuk mendemokrasikan pendidikan bagi merapatkan jurang dalam kalangan masyarakat berbilang etnik, budaya dan sosio ekonomi di negara ini.Mantan Menteri Pelajaran, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata bahawa KPM sentiasa mengambil langkah ke hadapan bagi memastikan tidak ada murid yang akan ketinggalan dalam mengikuti arus perkembangan pendidikan di negara ini.

Sementara itu, dalam konteks pembelajaran anak-anak Orang Asli, kementerian memberikan penekanan dan fokus kepada keperluan mendefinisikan semula persekolahan mereka, katanya.Kata Hishammuddin, pendefinisian semula ini dilakukan untuk membantu anak-anak Orang Asli supaya tidak terus tercicir dalam pendidikan.Menurutnya lagi, mereka ini boleh dikelompokkan dalam golongan berisiko tinggi yang perlu diberi perhatian agar tidak wujud jurang besar dalam pelbagai aspek antara murid di kawasan bandar dan luar bandar.

Pelan TindakanOrang AsliIndigenousPedalamanSiapa mereka ini?

Orang asliMasyarakat yang kebanyakannya tinggal di dalam atau pinggir hutan.Dibahagikan kepada 3 kumpulan iaitu Senoi, Negrito dan Melayu Asli.IndigenousPenduduk peribumi di pedalaman Sabah dan SarawakPedalamanMasyarakat yang tinggal di kawasan yang jauh daripada kawasan pembangunan dan kurang infrastruktur.

MERANCANG DAN MELAKSANAKAN PELAN TINDAKAN :ORANG ASLI

MERANCANG DAN MELAKSANAKAN PELAN TINDAKAN : ORANG ASLIPerancangan pelan ini dibuat bersama oleh Jabatan Hal Ehwal Orang Asli (JHEOA) dan Bahagian Perancangan dan Penyelarasan, Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW).

Objektif pelan ini bertujuan :Menyediakan program/aktiviti khusus dan keperluan peruntukan di kawasan pinggir.

PERINGKAT PERTAMA: PERINGKAT PRASEKOLAH (5 6 TAHUN) Persediaan dari segi emosi dan kemahiran sosial kanak-kanak untuk bersedia menerima perubahan yang mereka akan hadapi.Kanak-kanak berumur 5 tahun akan menerima pendidikan awalan yang kukuh dan kemahiran lain sebagai persediaan ke sekolah rendah.

PERINGKAT KEDUA: PERINGKAT RENDAH(7 12 TAHUN)Bertujuan menyediakan asas yang kukuh dalam kemahiran 3M(Membaca, Menulis dan Mengira) dan diberi pendedahan kepada aspek kemahiran berfikir, konsep asas sains, seni dan rekreasi, penerapan nilai-nilai murni dan pengembangan domain kognitif, efektif dan selari dengan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan. PERINGKAT KETIGA : PERINGKAT MENENGAH(13 -18 TAHUN)Penekanan kepada kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif berfokuskan kepada pendidikan umum pada 7 dan 8 tahun persekolahan supaya setiap murid mendapat pendedahan kepada pelbagai bidang ilmu.

PERINGKAT KEEMPAT : PERINGKAT TERTIARI Pendidikan ini berupaya membangunkan minda anak-anak orang Asli supaya menjadi lebih kritis, kreatif dan inovatif serta mewujudkan masyarakat dan negara yang maju dalam persaingan global. Peringkat Tercicir

Tumpuan akan diberi kepada belia dan beliawanis yang tercicir dari sistem persekolahan dan juga ibu bapa yang tidak pernah bersekolah supaya mereka sedar akan pentingnya pendidikan.Latihan-latihan kemahiran yang bersesuaian dengan minat serta kebolehan mereka akan diperkenalkan supaya mereka dapat memasuki pasaran tenaga buruh dan peluang-peluang pekerjaan.Kumpulan DewasaKumpulan dewasa ini boleh dipecahkan kepada dua kategori iaitu :Wanita- Bagi kategori ini program-program seperti Penggerak Wanita Orang Asli, Program Kesejahteraan Keluarga, Latihan-Latihan Kemahiran dan Keusahawanan akan dilaksanakan.

Semua peringkat - Bagi kategori ini, latihan-latihan kemahiran, keusahawanan, pembangunan minda, keagamaan dan kerohanian serta pendidikan literasi fungsian dilaksanakan. Di samping itu, program celik huruf akan dipertingkatkan kepada golongan dewasa yang buta huruf.

TINDAKAN KERAJAAN

Mewujudkan Skim Bantuan Galakan Pendidikan Jabatan Hal Ehwal Orang Asli (JHEOA). Peruntukan tambahan sebanyak RM20 juta untuk program pembangunan masyarakat Orang Asli. Sebanyak RM 13.4 juta untuk bantuan makanan tambahan, RM 2.7 juta untuk kos pengangkutan murid, RM 2 juta untuk wang saku pelajar dan bantuan input pertanian sebanyak RM1.9 juta.Pemantapan KIA2M kepada 3MSkim komputer sekolah (5 murid 1 Komputer)Penambahbaikan infrastruktur dan sumber manusia melalui PIPP.

PELAN TINDAKAN UMUMASPEKTINDAKAN

Persekitaran Kelas-Wujudkan bilik darjah yang lebih ceria, berwarna-warni.-Susun atur tempat duduk.Bahasa -Guru perlu sedikit sebanyak menggunakan bahasa pertuturan pelajar bagi meningkatkan kefahaman terhadap pembelajaranAktiviti-memperbanyakkan aktiviti berkaitan budaya-mengadakan program yang memupuk kesedaran mengenai kepentingan ilmuP&P -Lebih kepada berpusatkan pelajar-Memperbanyakkan penggunaan kemahiranPELAN TINDAKAN KHUSUSPROGRAMTINDAKAN / AKTIVITIPersekitaran Sekolah-Gotong-royong perdana-Pertandingan kecantikan dan kebersihan kelas-Sudut ilmu dan anti dadah di dalam setiap kelasPerayaan -perayaan kaum (tahun baru cina, aidilfitri, gawai, dll)-Hari pakaian tradisional-Sambutan Bulan KemerdekaanAkademik-Perlaksanaan 6M ( Membaca, menulis, mengira, main-permainan luar bilik darjah, makan-RMT, muzik-tarian & kegiatan kebudayaan )-Pendidikan Berasaskan Kemahiran Hidup (LSBE)-Kem minda cerdas UPSR-Program ICT (merapatkan jurang ICT)-Hari terbuka sekolahKokurikulum-Lawatan sambil belajar-Hari KantinLANGKAH-LANGKAH TINDAKANSEBELUMMesyuarat staf dan pihak PIBG.Penentuan tempat, tema dan aktiviti.Pembahagian tugas kepada AJK.Penyediaan kertas cadangan.Penyediaan senarai semak.Pemberitahuan kepada ibu bapa dan semua guru.SEMASAPerlaksanaan aktiviti mengikut tentatif

SELEPASMelakukan post mortemMenyemak kembali senarai semakMembina instrumen penilaian kepada pihak ibu bapa.CARA MEWUJUDKAN BILIK DARJAH YANG MESRA BUDAYAMengambil kira persepsi pelajar sekolah orang asli terhadap sekolah dan guru-guru-Pelajar mesti mempunyai sikap positif yang tinggi terhadap guru dan sekolah.-Guru mesti boleh mempengaruhi sikap pelajar terhadap aspirasi pendidikan dan aspek sosial sekolah.-Guru perlu menentukan piawaian untuk dicapai oleh pelajar.-Sikap positif guru amat penting kepada pencapaian dan hidup sosial pelajar. Pelaksanaan Pelan Tindakan

Pelaksanaan Pelan Tindakan akan dijalankan oleh pelbagai agensi Kerajaan, Badan Bukan Kerajaan (NGO), juruperunding, swasta dan para akademik.Dalam melaksanakan pelan ini;Agensi Kerajaan akan banyak terlibat dengan program/projek yang berbentuk penyediaan kemudahan prasarana pendidikan;

NGO pula penglibatan mereka lebih tertumpu kepada program/projek perubahan minda;Pihak Juru Perunding akan dilibatkan dengan program/projek kajian-kajian seperti kajian penilaian semula pelan dan kajian program/projek yang dilaksanakan secaraoutsourcing.

Keperluan PeruntukanDalam tempoh pelaksanaan pelan ini, peruntukan sebanyak RM6,171,000.00 diperlukan bagi melaksanakan pelbagai program/projek.Cabaran. Pencapaian dan kejayaan pelan ini bergantung kepada beberapa faktor berikut;Komitmen yang tinggi daripada pegawai-pegawai JHEOA dan agensi pelaksana;

Penerimaan dan penglibatan aktif masayarakat Orang Asli;Penyediaan peruntukan yang mencukupi;Kerjasama yang erat dan mantap dalam kalangan Kementerian, Agensi-Agensi Kerajaan, Badan Bukan Kerajaan (NGO), Swasta dan Juruperunding.

Skim Bantuan Galakan Pendidikan JHEOASkim bantuan ini disediakan bagi membantu pelajar Orang Asli di peringkat Sekolah Rendah, Menengah dan Institusi Pengajian Tinggi Awam Tempatan.Bantuan ini diberikan bagi membantu meringankan beban masyarakat Orang Asli dalam membiayai persekolahan dan pengajian anak-anak mereka.

JENIS-JENIS BANTUAN YANG DIPEROLEH OLEH MASYARAKAT ORANG ASLIA:Sekolah Rendah dan Menengah.Yuran Persekolahan.KokurikulumKertas ujian bulananSukan tahunan sekolahKegiatan pendidikan islam/pendidikan moralMSSM

B: Bantuan PersekolahanBuku tulis dan buku kerjaAlat tulisPakaian seragam sekolahBarang keperluan diri (untuk pelajar tinggal di asrama), seperti ubat gigi, sabun mandi, sabun pencuci, kapur kasut, tuala mandi).Tambang pengangkutan ke sekolah.Bantuan makan murid sekolah pedalaman (sekolah rendah).

MERANCANG DAN MELAKSANAKAN PELAN TINDAKAN : INDIGENOUSGolongan ini merupakan golongan berisiko tinggi yang perlu diberi perhatian agar tidak wujud jurang besar antara murid kawasan bandar dan luar bandar.

Kemudahan infrastruktur yang sempurna meliputi kemudahan sekolah yang mempunyai asrama dan peralatan lengkap di dalam dan di luar bilik darjah, penggunaan bahan bantu mengajar dapat membantu golongan ini menikmati kemudahan secara sama rata tanpa mengira sekolah Indigenous atau bukan.Tindakan KolektifKementerian Pelajaran telah melaksanakan Program `Outreach' Pendidikan Khas dan Lawatan Jawatankuasa Bertindak Bagi Menangani Isu-Isu Pendidikan Anak Orang Asli dan Indigenous.Ada yang membawa ubat kutu, membuat pemeriksaan gigi, pergi rumah ke rumah, mendaftarkan anak Orang Asli, memberi ceramah, menggalakkan tabungan dan sebagainya.MERANCANG DAN MELAKSANAKAN PELAN TINDAKAN : PEDALAMANPenagihan peruntukan kewangan tanpa memilih bulu dan ketidakadilan dalam menyalurkan dana pendidikan akan menafikan peluang untuk pelajar ini berkembang selari dengan kemajuan sains dan teknologi negara.Oleh itu, kerajaan telah menyediakan dana dan sokongan teknikal untuk menilai impak dan keberkesanan Program Pembacaan Tambahan.Kerajaan telah berusaha meningkatkan lagi program Pendidikan Berasaskan Kepada Kemahiran Hidup seperti pencegahan HIV dengan sasaran 100 buah sekolah di Malaysia di kawasan pedalaman. Pelan Induk Pembangunan Pendidikan dirancang untuk menyediakan infrastruktur dan kemudahan asas melalui projek: Bilik darjah 805 sekolah dan 5138 bilik darjahAsrama 2800 kapasiti penghuniRumah guru 414 projek, 841 unitMenyediakan bekalan elektrik 24 jam ke 664 sekolah rendahMenyediakan bekalan air ke 193 sekolah

KESIMPULANBagi mencapai matlamat untuk mewujudkan persekitaran yang mesra budaya peranan guru amatlah penting untuk menggalakkan interaksi dan integrasi dalam kalangan murid, di dalam dan di luar bilik darjah tanpa mengira latar sosio budaya murid berkenaan. Di samping itu penerapan nilai sivik yang diperlukan oleh masyarakat seperti hormat-menghormati, toleransi, kasih-sayang terhadap alam sekitar, kepatuhan kepada peraturan dan undang-undang menjadi nadi bagi kehidupan masyarakat yang harmonis dan aman.Refleksi KendiriSoalan 1Soalan 2Soalan 3

SEKIAN, TERIMA KASIH