pejabat pendidikan daerah mersing km 2, jalan...

2
PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH MERSING KM 2, JALAN JEMALUANG, 86800 MERSING, JOHOR Tel : 07-799 1269 07-799 12025 Faks : 07-799 1828 E-mail : [email protected] Portal Rasmi : http://jpnjohor.moe.gov.my/ppdmersing Rujukan Kami: JPA4006.JPA/600-2/2/4 Jld. 3 ( 8 ) Tarikh : 20 Okt. 2016M Bersamaan : 19 Muharram 1438H Kepada, SEMUA GURU BESAR (SK, SJK, SABK) Assalamu a’laikum wrth. / Salam Mahabbah Tuan, KURSUS PENYEBARAN DSKP KSSR SEMAKAN FASA 3 NEGERI JOHOR TAHUN 2016 - MP Bahasa Arab - MP Pendidikan Islam Perkara di atas adalah dirujuk. Sukacita dengan hormatnya dimaklumkan bahawa pejabat ini telah diarahkan untuk mengadakan kursus berkenaan seperti ketetapan jadual berikut : TARIKH MATA PELAJARAN TEMPAT SASARAN 8 Nov. 2016 (8.00 pg.5.00 ptg.) Pendidikan Islam Bilik Wawasan, PPD Mersing Guru-Guru yang akan mengajar Pendidikan Islam Tahun 1 2017 9 Nov. 2016 (8.00 pg.5.00 ptg.) Bahasa Arab Bilik Wawasan, PPD Mersing Guru-Guru yang akan mengajar Bahasa Arab Tahun 1 2017 2. Sehubungan dengan itu, tuan diminta mengenalpasti dan mengarahkan seorang guru yang akan mengajar mata pelajaran tersebut di tahun 1 pada tahun 2017. Kehadiran adalah wajib. Namun begitu, tuan perlu memastikan bahawa dasar Melindungi Masa Instruksional (MMI) dipatuhi dan murid tetap mendapat hak Pengajaran dan Pembelajaran pada hari tersebut. 3. Sehubungan itu juga, setiap peserta kursus dikehendaki membawa komputer riba dan cetakan atau salinan lembut (softcopy) dokumen DSKP KSSR Semakan yang dimuat turun daripada Portal Rasmi Bahagian Pembangunan Kurikulum (BPK), Kementerian Pendidikan Malaysia di pautan url berikut : http://bpk.moe.gov.my 4. Makan minum disediakan oleh pihak penganjur, manakala tuntutan perjalanan hendaklah dituntut ke pejabat ini dengan kadar tambang satu tempat duduk teksi untuk satu perjalanan pergi dan balik mengikut Panduan Tambang Teksi dan Jarak Perjalanan JPA sebagai langkah-langkah penjimatan di bawah Pusat Tanggungjawab (PTJ) atau Pejabat Pendidikan Daerah. Pembayaran akan dibuat mengikut peruntukan B63 Waran Agihan Bagi Perlaksanaan Kursus Orientasi Penyebaran KSPK KSSR dan KSSM Tahun 2016 (040202 dan 030101) dan Pekeliling Perbendaharaan WP1.4/2013 dan WP1.10/2013.

Upload: vunga

Post on 06-Feb-2018

252 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH MERSING KM 2, JALAN …jpnjohor.moe.gov.my/ppdmersing/upload/05_Panggilan_Kursus_KSSR... · Bahasa Arab Tahun 1 2017 2. ... KURSUS PENYEBARAN DSKP KSSR SEMAKAN

PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH MERSING

KM 2, JALAN JEMALUANG, 86800 MERSING, JOHOR

Tel : 07-799 1269 07-799 12025 Faks : 07-799 1828 E-mail : [email protected] Portal Rasmi : http://jpnjohor.moe.gov.my/ppdmersing

Rujukan Kami : JPA4006.JPA/600-2/2/4 Jld. 3 ( 8 )

Tarikh : 20 Okt. 2016M

Bersamaan : 19 Muharram 1438H

Kepada, SEMUA GURU BESAR (SK, SJK, SABK) Assalamu a’laikum wrth. / Salam Mahabbah Tuan, KURSUS PENYEBARAN DSKP KSSR SEMAKAN FASA 3 NEGERI JOHOR TAHUN 2016

- MP Bahasa Arab - MP Pendidikan Islam

Perkara di atas adalah dirujuk. Sukacita dengan hormatnya dimaklumkan bahawa pejabat ini telah diarahkan untuk mengadakan kursus berkenaan seperti ketetapan jadual berikut :

TARIKH MATA

PELAJARAN TEMPAT SASARAN

8 Nov. 2016 (8.00 pg.– 5.00 ptg.)

Pendidikan Islam

Bilik Wawasan, PPD Mersing

Guru-Guru yang akan mengajar Pendidikan Islam Tahun 1 2017

9 Nov. 2016

(8.00 pg.– 5.00 ptg.)

Bahasa Arab

Bilik Wawasan, PPD Mersing

Guru-Guru yang akan mengajar Bahasa Arab Tahun 1 2017

2. Sehubungan dengan itu, tuan diminta mengenalpasti dan mengarahkan seorang guru yang akan mengajar mata pelajaran tersebut di tahun 1 pada tahun 2017. Kehadiran adalah wajib. Namun begitu, tuan perlu memastikan bahawa dasar Melindungi Masa Instruksional (MMI) dipatuhi dan murid tetap mendapat hak Pengajaran dan Pembelajaran pada hari tersebut. 3. Sehubungan itu juga, setiap peserta kursus dikehendaki membawa komputer riba dan cetakan atau salinan lembut (softcopy) dokumen DSKP KSSR Semakan yang dimuat turun daripada Portal Rasmi Bahagian Pembangunan Kurikulum (BPK), Kementerian Pendidikan Malaysia di pautan url berikut : http://bpk.moe.gov.my

4. Makan minum disediakan oleh pihak penganjur, manakala tuntutan perjalanan hendaklah dituntut ke pejabat ini dengan kadar tambang satu tempat duduk teksi untuk satu perjalanan pergi dan balik mengikut Panduan Tambang Teksi dan Jarak Perjalanan JPA sebagai langkah-langkah penjimatan di bawah Pusat Tanggungjawab (PTJ) atau Pejabat Pendidikan Daerah. Pembayaran akan dibuat mengikut peruntukan B63 Waran Agihan Bagi Perlaksanaan Kursus Orientasi Penyebaran KSPK KSSR dan KSSM Tahun 2016 (040202 dan 030101) dan Pekeliling Perbendaharaan WP1.4/2013 dan WP1.10/2013.

Page 2: PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH MERSING KM 2, JALAN …jpnjohor.moe.gov.my/ppdmersing/upload/05_Panggilan_Kursus_KSSR... · Bahasa Arab Tahun 1 2017 2. ... KURSUS PENYEBARAN DSKP KSSR SEMAKAN

PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH MERSING

KM 2, JALAN JEMALUANG, 86800 MERSING, JOHOR

Tel : 07-799 1269 07-799 12025 Faks : 07-799 1828 E-mail : [email protected] Portal Rasmi : http://jpnjohor.moe.gov.my/ppdmersing

Rujukan Kami : JPA4006.JPA/600-2/2/4 Jld. 3 ( 8 )

Tarikh : 20 Okt. 2016M

Bersamaan : 19 Muharram 1438H

KURSUS PENYEBARAN DSKP KSSR SEMAKAN FASA 3 NEGERI JOHOR TAHUN 2016

- MP Bahasa Arab - MP Pendidikan Islam

5. Jika ada sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut, sila hubungi pegawai kami u.p. Ust. Abd. Ranee Osman, Penyelia Kanan Pendidikan Islam atau Usth. Zanariah bt. Basri, PPPD j-QAF di talian rasmi 07-7991269. 6. Komitmen dan kerjasama tuan bagi merealisasikan slogan Mersing Hebat (Hikmah, Efektif, Badar, Amanah dan Tawakkal) adalah satu penghormatan kepada pendidikan daerah Mersing. Sekian. Wassalam. “SEHATI SEJIWA” “BERKHIDMAT UNTUK NEGARA” “MERSING HEBAT” Saya yang menurut perintah, .................................... (MD. JAIS BIN SAMAT) Pegawai Pendidikan Daerah Mersing s.k. PPPD Sains Matematik – Penyelaras KSSR PPPD Kurikulum Penyelia Kanan Pendidikan Islam PPPD j-QAF