warisan sejarah dan pelancongan mersing serta · pdf fileke taman negara endau-rompin boleh...

14
Warisan Sejarah dan Pelancongan Mersing Serta Kepulauan Mohd Samsudin, Marsitah Mohd Radzi, Azima Abdul Manaf & Nor Jana Saim Pusat Pengajian Sejarah, Politik dan Strategi Pusat Pengajian Sosial, Pembangunan dan Persekitaran Pusat Pengajian Psikologi dan Pembangunan Manusia Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan Universiti Kebangsaan Malaysia 43600 Bangi Selangor, Malaysia Emel: [email protected] Pengenalan Mersing adalah sebuah kawasan yang terletak di kawasan pantai timur negeri Johor. Daerah ini dianggap sebagai pintu masuk kepada kebudayaan yang unik dan juga kehidupan flora dan fauna yang masih belum terganggu. Terdapat beberapa kawasan tarikan pelancong di kawasan ini bermula dengan Pulau Tioman dan juga lebih 40 buah pulau yang terletak di selatan pulau Tioman iaitu di kawasan negeri Johor teurutamanya Mersing. Bandar Mersing juga berfungsi sebagai bandar keluar masuk pengunjung untuk melancong ke Pulau Tioman dan lain-lain kepulauan Johor terutamanya Pulau Besar, Pulau Tinggi dan Pulau Rawa. Walau bagaimanapun bandar Mersing bukanlah sebuah bandar moden yang dilengkapi dengan semua kemudahan, tetapi ia masih dalam bentuk sebuah bandar lama tanpa menghadapi kesesakan seperti bandar-bandar metropolitan. Justeru itu, bandar ini merupakan bandar yang boleh menarik kedatangan pelancong. Bandar ini mempunyai dua lampu trafik utama dan dua bulatan pusingan. Mersing sudahpun berfungsi sebagai bandar utama serta menjadi laluan perhubungan di antara Johor dan negeri-negeri Pantai Timur terutamanya Pahang, Terengganu dan Kelantan. Nadi utama kepada sistem perhubungan bandar ini dengan kawasan-kawasan lain ialah jalan raya, malah ia sudahpun dibangunkan oleh pihak British semenjak abad ke-19 lagi. Mersing kaya dengan pelbagai bentuk alam semula jadi yang menarik perhatian pelancong. Kawasan pantainya masih belum terganggu kaya dengan keindahan pantai semula jadi manakala di kawasan lautnya pula kaya dengan batu karang semula jadi. Pada masa dahulu, kawasan lautannya terkenal dengan aktiviti memancing, manakala 57 Bab 5.pmd 6/17/2010, 8:34 AM 57

Upload: lexuyen

Post on 14-Feb-2018

287 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

Page 1: Warisan Sejarah dan Pelancongan Mersing Serta · PDF fileke Taman Negara Endau-Rompin boleh juga ditarik untuk berkunjung ke Mersing. ... mukim dalam Daerah Mersing mengandungi 19

Warisan Sejarah dan Pelancongan MersingSerta Kepulauan

Mohd Samsudin, Marsitah Mohd Radzi,Azima Abdul Manaf & Nor Jana Saim

Pusat Pengajian Sejarah, Politik dan StrategiPusat Pengajian Sosial, Pembangunan dan PersekitaranPusat Pengajian Psikologi dan Pembangunan Manusia

Fakulti Sains Sosial dan KemanusiaanUniversiti Kebangsaan Malaysia43600 Bangi Selangor, Malaysia

Emel: [email protected]

PengenalanMersing adalah sebuah kawasan yang terletak di kawasan pantai timur negeri Johor.Daerah ini dianggap sebagai pintu masuk kepada kebudayaan yang unik dan juga kehidupanflora dan fauna yang masih belum terganggu. Terdapat beberapa kawasan tarikanpelancong di kawasan ini bermula dengan Pulau Tioman dan juga lebih 40 buah pulauyang terletak di selatan pulau Tioman iaitu di kawasan negeri Johor teurutamanya Mersing.Bandar Mersing juga berfungsi sebagai bandar keluar masuk pengunjung untuk melancongke Pulau Tioman dan lain-lain kepulauan Johor terutamanya Pulau Besar, Pulau Tinggidan Pulau Rawa. Walau bagaimanapun bandar Mersing bukanlah sebuah bandar modenyang dilengkapi dengan semua kemudahan, tetapi ia masih dalam bentuk sebuah bandarlama tanpa menghadapi kesesakan seperti bandar-bandar metropolitan. Justeru itu,bandar ini merupakan bandar yang boleh menarik kedatangan pelancong. Bandar inimempunyai dua lampu trafik utama dan dua bulatan pusingan. Mersing sudahpunberfungsi sebagai bandar utama serta menjadi laluan perhubungan di antara Johordan negeri-negeri Pantai Timur terutamanya Pahang, Terengganu dan Kelantan.Nadi utama kepada sistem perhubungan bandar ini dengan kawasan-kawasan lainialah jalan raya, malah ia sudahpun dibangunkan oleh pihak British semenjak abadke-19 lagi.

Mersing kaya dengan pelbagai bentuk alam semula jadi yang menarik perhatianpelancong. Kawasan pantainya masih belum terganggu kaya dengan keindahan pantaisemula jadi manakala di kawasan lautnya pula kaya dengan batu karang semula jadi.Pada masa dahulu, kawasan lautannya terkenal dengan aktiviti memancing, manakala

57

Bab 5.pmd 6/17/2010, 8:34 AM57

Page 2: Warisan Sejarah dan Pelancongan Mersing Serta · PDF fileke Taman Negara Endau-Rompin boleh juga ditarik untuk berkunjung ke Mersing. ... mukim dalam Daerah Mersing mengandungi 19

58

PENYELIDIKAN PANTAI TIMUR JOHOR: MERSING WARISAN TERPELIHARA

di kawasan pantainya popular dengan aktiviti mencari kulit kerang. Sebahagian besarpenduduk yang tinggal di sini terutamanya orang-orang Melayu masih mengekalkankehidupan tradisional mereka dan bergantung kepada sumber laut. Di Mersing terdapatdua buah pantai yang popular sebagai kawasan perkelahan pelancong tempatan iaituPantai Penyabung dan Air Papan. Namun demikian pantai ini hanya menyediakankemudahan asas kepada pelancong seperti gerai-gerai makanan, cenderamata danpakaian. Berbanding dengan Port Dickson, pantai ini adalah agak jauh ketinggalandari segi penyediaan kemudahan kepada pelancong.

Dari segi sejarahnya Mersing sudahpun terkenal semenjak abad ke-12 apabilaperairan Mersing yang dahulunya dikenali sebagai Johor Tenggara menjadi laluan pentingbagi kapal-kapal yang belayar dari Champa, Vietnam dan China. Malahan perairan inisudah digunakan sebagai laluan perdagangan bagi perdagang-pedagang danpengembara-pengembara China pada abad ke-12-13. Ia sudah jadi penting sezamandengan Dinasti besar Cambodia, Thai, dan Khmer. (Coedes, 1975) Pada zamankeagungan empayar Melaka, kawasan perairan Mersing dianggap penting bagi kawasanperlindungan angin dan ombak besar bagi kapal-kapal belayar ke Pahang dan selatanJohor. Pengembaraan Hang Tuah ke Pahang seperti yang dicatatkan dalam kitab SejarahMelayu adalah menggunakan laluan perairan Mersing untuk sampai ke Pekan, Pahang.Seterusnya perairan Mersing sudah menjadi penting bagi laluan kapal-kapal yangmenyusuri pantai timur Semenanjung Malaysia.

Pada zaman pentadbiran British Mersing mengekalkan kepentingannya sebagailaluan laut ke negeri-negeri pantai timur iaitu Pahang, Kelantan, Terengganu dan Johor(tenggara). Laluan ini penting bagi kegiatan ekonomi dan perdagangan terutama bagikapal-kapal dagang Eropah mengangkut hasil-hasil hutan (Kayu (Gaharu, Cendana),rotan, damar dan getah. Ia menjadi nadi penting bagi menghubungi kawasan pantaiTimur dengan pantai Barat Semenanjung. Apabila teknologi kapal wap (steam-ships)diperkenalkan oleh dunia, kawasan pantai Mersing turut jadi pelopor kepada penggunaankapal ini. Ia kerana kapal wap telah mula digunakan malahan ia menjadi penting sebagaiagen perhubungan menghubungkan Kelantan, Terengganu, Pahang dan Johor denganSingapura. Antara mereka yang pernah mencatatkan kepentingan perairan Mersingialah Sir Mahmud Mat, bekas Menteri Besar Pahang dan juga bekas Speaker MajlisPerundangan Persekutuan. Sir Mahmud Mat di antara 1920-1930-an telah mencatatkandalam memoirnya mengenai keindahan pantai mersing sewaktu beliau belayar untukpergi ke Singapura. Malah laluan pantai Mersing adalah penting bagi pegawai-pegawaiBritish yang dihantar ke Pekan (Pahang) (Mahmud Mat, 1997).

Perairan Mersing terus menjadi penting sewaktu berlakunya Perang Dunia Kedua.Atas kebimbangan bahawa tentera Jepun akan memasuki Tanah Melayu melalui PantaiTimur Semenanjung, tentera British telah menjalankan aktiviti pengawasan (surveillance)di sekitar perairan Mersing. Kawasan pulau-pulau sekitar Pulau Tinggi, Besar danpersekitarannya digunakan sebagai kawasan perlindungan kapal-kapal perang British.Dua buah kapal perang British yang terkenal iaitu Repulse dan Prince of Wales terlibatdalam kegiatan pengawasan ini yang telah ditenggelamkan oleh tentera Jepun. Seranghendap ke atas kapal-kapal perang British ini bermula sewaktu mereka melalui lantaiMersing.

Bab 5.pmd 6/17/2010, 8:34 AM58

Page 3: Warisan Sejarah dan Pelancongan Mersing Serta · PDF fileke Taman Negara Endau-Rompin boleh juga ditarik untuk berkunjung ke Mersing. ... mukim dalam Daerah Mersing mengandungi 19

59

WARISAN SEJARAH DAN PELANCONGAN MERSING SERTA KEPULAUAN

Kaitan Mersing dengan SejarahMersing mempunyai tinggalan sejarah yang boleh dibangunkan. Malah pembangunan inidapat menarik kehadiran pelancong. Kaitan Mersing dengan sejarah dapat dibahagikankepada dua bahagian iaitu pertama kawasan tanah besar iaitu di sekitar pantai Mersing.Kedua ialah kawasan kepulauan dan perairan Mersing. Malahan kehadiran pelancongke Taman Negara Endau-Rompin boleh juga ditarik untuk berkunjung ke Mersing.

Di kawasan pantai Mersing terdapat beberapa tinggalan sejarah yang berpotensidibangunkan sebagai kawasan tarikan pelancong. Antara kawasan penting ialah

PETA 1: Sistem Perhubungan Zaman Pentadbiran British yang Menghubungkan Mersing

Bab 5.pmd 6/17/2010, 8:34 AM59

Page 4: Warisan Sejarah dan Pelancongan Mersing Serta · PDF fileke Taman Negara Endau-Rompin boleh juga ditarik untuk berkunjung ke Mersing. ... mukim dalam Daerah Mersing mengandungi 19

60

PENYELIDIKAN PANTAI TIMUR JOHOR: MERSING WARISAN TERPELIHARA

Kampung Mawar. Kampung ini adalah merupakan kampung tertua di pantai Mersing.Ia pernah menjadi jeti penting bagi kegunaan memunggah keluar masuk barangan dariMersing. Kawasan kampung ini pernah menjadi penempatan utama penduduk Mersingserta mempunyai kemudahan-kemudahan seperti sekolah, pejabat penghulu dankesihatan. Kawasan persekitaran adalah merupakan kawasan landai yang luas.Kedudukan geografi Kampung Mawar adalah amat strategi dengan pantai Mersing. Iamengadap laut luas serta pemandangannya adalah amat cantik dan unik. Adalahdipercayai kawasan kampung ini pernah menjadi kawasan yang mempunyai kepadatanpenduduk yang tinggi sekitar 1,000-1,500 orang pada sekitar tahun-tahun 1920-an. Namundemikian kawasan ini, telah ditinggalkan kerana tidak lagi sesuai menjadi pangkalanjeti. Ini kerana kawasan muara sungainya dipenuhi dengan lumpur dan tanah. Apabialatiadakan kegiatan sekitar kampung ini, menyebabkan penduduk tempatan turutmeninggalkan kawasan ini. Kepentingan jeti telah diambil alih oleh kawasan baru iaitujeti Mersing yang ada pada hari ini. Pada hari ini kampung ini didiami oleh sejumlahkecil penduduk iaitu kurang daripada 20 keluarga. Bagaimanapun yang menariknyaterdapat tiga buah rumah yang didiami oleh penduduk German dan Perancis yangmembina rumah berbentuk rumah tradisional tempatan.

Kawasan kedua ialah sekitar perairan dan kepulauan Mersing. Terdapat hampir 12buah pulau-pulau yang penting di luar perairan Mersing. Kawasan persekitaran pulau iniberfungsi sebagai kawasan tarikan pelancong teruama bagi aktiviti-aktiviti laut sepertiberkayak, menyelam dan memancing. Dahulunya kawasan pulau ini terkenal di kalanganpemancing. Terdapat kelong yang dibina sekitar pulau ini dan ia telah menarik pemancingtempatan dan luar negara (Singapura, Taiwan). Bagaimanapun perkembangan initerganggu apabila kawasan ini diwartakan sebagai Taman Laut dan Taman Negaramenjelang akhir 1980-an. Pewartaan Taman Laut telah melarang aktiviti perikanantermasuk memancing di kawasan sekitar kepulauan ini. Ianya telah menyebabkan kawasanperairan ini yang terkenal sebagai kawasan memancing tidak lagi menjadi tumpuan kakimemancing. Kesan serta-merta ialah perkembangan ini menggugat pendapatan pendudukpulau yang sebelum bergantung kepada aktiviti perikanan dan membawa pemancing-pemancing luar.

Kawasan Tinggalan Sejarah Sekitar Pulau TinggiPulau Tinggi adalah sebuah pulau yang dikelilingi oleh Pulau Sibu di sebelah selatanmanakala di sebelah utara dikelilingi oleh Pulau Besar. Pulau Tinggi merupakan sebuahmukim dalam Daerah Mersing mengandungi 19 buah kampung seperti tersenarai dibawah.

Pulau Tinggi adalah merupakan sebuah kepulauan yang mempunyai kampung-kampung yang masih ketinggalan daripada arus pembangunan. Kampung ini adalahmerupakan kampung tradisional dan amat bergantung kepada sumber laut. Jumlahpenduduk adalah amat kecil dan amat bergantung kepada laut sebagai sumber pendapatanmereka. Adalah dipercayai pada zaman awal kerajaan Melayu, pada abad ke-12 pulauini menjadi tempat persinggahan pelayar-pelayar yang belayar sekitar perairan Johoruntuk berlindung daripada angin monsun dan mendapatkan bekalan air bersih serta

Bab 5.pmd 6/17/2010, 8:34 AM60

Page 5: Warisan Sejarah dan Pelancongan Mersing Serta · PDF fileke Taman Negara Endau-Rompin boleh juga ditarik untuk berkunjung ke Mersing. ... mukim dalam Daerah Mersing mengandungi 19

61

WARISAN SEJARAH DAN PELANCONGAN MERSING SERTA KEPULAUAN

PETA 2: Kawasan Mersing dan Kepulauan Sekitar

makanan. Antara kelompok awal yang membuat penempatan di pulau ini adalah daripadaorang-orang Bugis. Ini dapat dikaitkan dengan kegiatan pelayaran orang-orang Bugiske negeri Pahang. Walau bagaimanapun pulau ini bukanlah menjadi tumpuan utamapenduduk untuk menetap kerana kedudukan pulau ini di lautan luas China Selatan yangterdedah kepada ombak besar angin monsun. Selama empat bulan iaitu di antara bulanNovember hingga Februari setaip tahun penduduk tidak dapat ke laut untuk menangkap

JADUAL 1: Kampung di bawah Mukim Pulau Tinggi

Kg Tg. Balang Kg Penaga Kg KotaKg Kelopak Kg Sulor Gading Kg TerihKg Air Kolam Kg Pasir Panjang Kg Tg KeramatKg Teluk Sauk Kg Semembar Besar Ks Sebirah KecilKg Sebirah Besar Kg Semembar Kecil Kg Semembar BesarKg Selipas Kg Teluk Siam Kg Teluk PinangKg Buluh Kasap Kg Segata

Bab 5.pmd 6/17/2010, 8:34 AM61

Page 6: Warisan Sejarah dan Pelancongan Mersing Serta · PDF fileke Taman Negara Endau-Rompin boleh juga ditarik untuk berkunjung ke Mersing. ... mukim dalam Daerah Mersing mengandungi 19

62

PENYELIDIKAN PANTAI TIMUR JOHOR: MERSING WARISAN TERPELIHARA

ikan kerana musim ombak besar dan cuaca buruk. Ia menjadi faktor utama yangmenyebabkan pulau ini tidak menjadi tarikan penduduk untuk tinggal.

Pada tahun 1985, perairan sejauh 3 km dari pantai mengelilingi 22 buah pulau diKedah, Terengganu, Pahang dan Johor diisytiharkan sebagai kawasan larangan perikanandi bawah Akta Perikanan, 1963. Seterusnya pada 1985, Akta Perikanan 1985 telahdipinda di Parlimen tertama mengenai pembentukan taman-taman laut (Abdul KhalilAbdul Karim, 2000).

Taman Laut adalah merupakan sebuah kawasan dizonkan sebagai kawasanperlindungan untuk ekosistem marin terutama terumbu karang dan yang berkaitan denganfauna dan flora. Pada hari ini perairan di sekitar 40 buah pulau yang dikumpulkan dalam5 kawasan Taman Laut telah diwujudkan di Malaysia iaitu;

1. Taman Laut Pulau Payar di Kedah – 4 pulau2. Taman Laut Pulau Redang – 11 pulau3. Taman Laut Pulau Tioman di Pahang – 9 pulau4. Taman Laut Mersing di Johor – 13 pulau termasuklah Pulau Tinggi5. Taman Laut Labuan di Labuan – 3 pulau

Pewartaan Taman Laut dan Taman Negara memberikan implikasi ekonomi dansosial kepada penduduk Pulau Tinggi. Penduduk tidak dibenarkan menjalankan kegiatantradisional mereka iaitu menangkap ikan di laut, manakala di daratan mereka tidak dilarangdaripada meneroka hasil-hasil hutan. Kehidupan mereka tersepit di antara langkah kerajaanmewartakan dua Taman. Punca pendapatan tergugat sebaliknya tiada kegiatan alternatifyang boleh menggantikan kegiatan mereka.

Pada peringkat awal selepas perisytiharan Taman Laut di Pulau Tinggi terdapatbeberapa usaha dilakukan bagi menjadikan kawasan pulau ini menjadi kawasan tarikanpelancongan berasaskan kepada kegiatan berbentuk eco-tourism. Dua buah chaletdibina di Pulau Tinggi iaitu Nadia’s Inn dan Tinggi Island’ Resort (milik anak syarikatkerajaan negeri Johor). Buat pada peringkat awal pembukaannya Pulau Tinggi menerimajumlah pelancong yang besar membolehkan penduduk tempatan terlibat dalam aktivitipelancongan bekerja di chalet atau menjadi pemandu pelancong. Ia turut mempengaruhibeberapa penduduk tempatan menukar kegiatan mereka daripada menjadi nelayankepada menyewa bot kepada pelancong. Namun demikian perkembangan pelancongtidak bertahan lama kerana menjelang akhir 1990-an dan awal 2000 jumlah pelancongyang mengunjungi Pulau Tinggi semakin berkurangan. Penduduk tidak dapat bekerjamanakala Chalet Nadia’s Inn ditutup. Tinggi Island Resort turut mengalami masalahtetapi ia telah dipajak kepada pengusaha tempatan. Namun demikian kesukaranmenerima pelancong menyebabkan pengurusan chalet ini terbiar. Faktor utama yangdikenal pasti menyebabkan kurangnya jumlah pelancong mengunjungi Pulau Tinggiadalah kerana tiadanya promosi dan tiadanya tarikan pelancong untuk datang ke pulauini. Sebailknya Pulau Tioman, saingan Pulau Tinggi jauh lebih berjaya menarik pelanconguntuk datang.

Bagi menarik kembali kedatangan pelancong ke Pulau Tinggi, beberapa usahaboleh dilakukan. Antara yang penting ialah mengenal pasti potensi semula jadi danwarisan sejarah pulau ini dalam menarik perhatian pelancong. Pulau Tinggi mempunyai

Bab 5.pmd 6/17/2010, 8:34 AM62

Page 7: Warisan Sejarah dan Pelancongan Mersing Serta · PDF fileke Taman Negara Endau-Rompin boleh juga ditarik untuk berkunjung ke Mersing. ... mukim dalam Daerah Mersing mengandungi 19

63

WARISAN SEJARAH DAN PELANCONGAN MERSING SERTA KEPULAUAN

potensi untuk dibangunkan kerana dari segi alam semulajadi, pulau ini mempunyaikawasan pantai yang bersih dan panjang. Di samping itu, pulau ini juga mempunyaigugusan batu karang yang cantik. Manakala di pulaunya pula, hutannya adalah hutanasal yang mempunyai warisan pokok-pkok dan alam semulajadi yang boleh didedahkankepada pelancong. Di samping itu, pulau ini juga mempunyai tinggalan sejarah yangboleh dibangunkan. Antaranya ialah;

1. Pulau tertua – Pulau Tinggi adalah merupakan antara pulau yang paling awal didiamioleh penduduk yang pada asalnya adalah pelayar-pelayar. Aktiviti ini sudahberkembang semenjak abad ke-12 lagi. Bentuk kapal yang digunakan pada peringkatini adalah bot-bot yang menggunakan tiang-tiang layar. Oleh itu, Pulau Tinggi bolehdijadikan sebagai kawasan yang membina perkembangan sistem pelayaran semenjakabad ke-12 hingga kini. Beberapa reka bentuk kapal tanpa menggunakan teknologienjin semenjak abad ke-12 boleh dibina sehingga kini,malahan adanya diantaranyaboleh dibina untuk tujuan pelancongan seperti kapal wap zaman pentadbiran Britishdigunakan untuk belayar mengelilingi kawasn kepulaun ini.

2. Makam Tua – Kampung pasir panjang di Pulau Tinggi dipercayai sebagai kawasanpenempatan awal. Di kampung ini terdapat kubur-kubur tua yang dipercayaitelah digunakan oleh penduduk. Kajian arkeologi boleh dilakukan bagi mengenalpasti usia rangka manusia di kubur ini dan ini boleh mengukuhkan hujah bahawasudah ada penempatan manusia semenjak dahulu lagi. Paling penting ialah untukmengenal usia dan masa penduduk awal mendiami pulau ini. Malahan hasil kajianjuga dapat mengenal pasti asal usul penghuni pulau ini dan juga kegiatan merekapada masa itu.

3. Perigi Hang Tuah – ianya adalah merupakan satu keunikan Pulau Tinggi keranatinggalan ini. Penduduk pulau ini mendakwa terdapat sebuah perigi di pulau iniyang telah digunakan oleh Laksamana Hang Tuah untuk mendapat air bersihsewaktu pelayarannya. Jika dirujuk kepada Sejarah Melayu memang terdapatperistiwa yang boleh dikaitkan dengannya. Hang Tuah telah belayar ke negeriPahang untuk meminang Tun Teja untuk dijadikan isteri Sultan Mahmud. PelayaranHang Tuah dari Melaka ke Pahang adalah menyusuri pantai Mersing. Dipercayaidalam pelayarannya ini Hang Tuah telah singgah di Pulau Tinggi untuk mendapatkanmakanan dan air bersih serta berlindung daripada angin monsun. Tinggalan perigidi pulau ini dipanggil penduduk sebagai perigi Hang Tuah. Bagaimanapun perigiyang ada ini tidak dipulihara dengan baik, malahan hanya penduduk tempatanyang berusaha mengekalkan perigi ini dengan membuat tanda nama. Namundemikian tiada papan penerangan dibuat yang boleh menerangkan perigi ini denganperkembangan sejarah yang boleh menarik perhatian pelancong.

4. Membina semula bangunan atau rumah dengan seni bina penduduk tradisionalyang telah mengalami kepupusan. Antara tarikan pelancong ke sesebuah kawasanpelancongan ialah untuk melihat dan menikmati sendiri binaan rumah yangbercirikan penduduk tradisional. Seni bina rumah tradisional di Pulau Tinggi adalahdari bentuk rumah-rumah Melayu yang simple dan menggunakan sumber hasil

Bab 5.pmd 6/17/2010, 8:34 AM63

Page 8: Warisan Sejarah dan Pelancongan Mersing Serta · PDF fileke Taman Negara Endau-Rompin boleh juga ditarik untuk berkunjung ke Mersing. ... mukim dalam Daerah Mersing mengandungi 19

64

PENYELIDIKAN PANTAI TIMUR JOHOR: MERSING WARISAN TERPELIHARA

hutan yang boleh diperolehi dari hasil hutan sekitar. Usaha membina rumah-rumahtradisional sudah terbukti berjaya menarik pelancong untuk datang ke kawasan-kawasan lain di India, Afrika dan kepulauan Mediterranean. Justeru itu beberapausaha perlu dilakukan bagi mengkaji bentuk seni bina tradisional penduduk dankemudiannya dibina untuk kediaman pelancong.

5. Membuka hutan kepada aktiviti pelancong. Hutan di Pulau Tinggi adalahmerupakan hutan tertua. Ia kaya dengan sumber flora dan fauna yang bolehdidedahkan kepada aktiviti pelancongan menyayangi hutan dan alam. Hutan pulauini sudah menjangkau usia jutaan tahun. Aktiviti seperti jungle tracking danpendidikan mengenai pemuliharaan hutan dapat disediakan terutama kepadapelancong asing. Pejabat Hutan Johor boleh memainkan peranan untuk mengawasiaktiviti pelancongan ini manakala penduduk juga dapat terlibat dalam aktiviti inimelalui kegiatan menyediakan makanan, penginapan serta sebagai pemandupelancong.

GAMBAR 3: Perkampungan Nelayan Pantai Mersing Sekitar Tahun 1940-an

GAMBAR 4: Perkampungan Nelayan Pantai Mersing Sekitar Tahun 1940-an

Bab 5.pmd 6/17/2010, 8:34 AM64

Page 9: Warisan Sejarah dan Pelancongan Mersing Serta · PDF fileke Taman Negara Endau-Rompin boleh juga ditarik untuk berkunjung ke Mersing. ... mukim dalam Daerah Mersing mengandungi 19

65

WARISAN SEJARAH DAN PELANCONGAN MERSING SERTA KEPULAUAN

GAMBAR 4 : Perkuburan Tua di Pulau Tinggi

GAMBAR 5: Perkuburan Tua di Pulau Tinggi

Bab 5.pmd 6/17/2010, 8:34 AM65

Page 10: Warisan Sejarah dan Pelancongan Mersing Serta · PDF fileke Taman Negara Endau-Rompin boleh juga ditarik untuk berkunjung ke Mersing. ... mukim dalam Daerah Mersing mengandungi 19

66

PENYELIDIKAN PANTAI TIMUR JOHOR: MERSING WARISAN TERPELIHARA

GAMBAR 6 : Papan Tanda Perigi Hang Tuah di Pulau Tinggi

GAMBAR 7: Gambar Perigi Hang Tuah di Pulau Tinggi

Bab 5.pmd 6/17/2010, 8:34 AM66

Page 11: Warisan Sejarah dan Pelancongan Mersing Serta · PDF fileke Taman Negara Endau-Rompin boleh juga ditarik untuk berkunjung ke Mersing. ... mukim dalam Daerah Mersing mengandungi 19

67

WARISAN SEJARAH DAN PELANCONGAN MERSING SERTA KEPULAUAN

GAMBAR 8: Gambar Hutan Tertua di Pulau Tinggi

GAMBAR 9: Gambar Chalet Nadia’s Inn

Bab 5.pmd 6/17/2010, 8:34 AM67

Page 12: Warisan Sejarah dan Pelancongan Mersing Serta · PDF fileke Taman Negara Endau-Rompin boleh juga ditarik untuk berkunjung ke Mersing. ... mukim dalam Daerah Mersing mengandungi 19

68

PENYELIDIKAN PANTAI TIMUR JOHOR: MERSING WARISAN TERPELIHARA

GAMBAR 10: Chalet Tinggi’s Island Resort di Pulau Tinggi

GAMBAR 11: Pemandangan Pantai Menarik di Pulau Tinggi

Bab 5.pmd 6/17/2010, 8:35 AM68

Page 13: Warisan Sejarah dan Pelancongan Mersing Serta · PDF fileke Taman Negara Endau-Rompin boleh juga ditarik untuk berkunjung ke Mersing. ... mukim dalam Daerah Mersing mengandungi 19

69

WARISAN SEJARAH DAN PELANCONGAN MERSING SERTA KEPULAUAN

KesimpulanKajian lapangan yang dilakukan di Mersing dan kepulauan terutama di Pulau Tinggimendapat terdapat warisan sejarah yang berpotensi untuk dibangunkan sebagai dayatarikan pelancong. Kedua-dua kawasan di pantai Mersing dan juga Pulau Tinggisebenarnya merupakan kawasan yang sudah dihuni manusia dan telah terlibat dalamperkembangan sejarah di negara ini. Malahan hasil-hasil yang ditinggalkan adalahsemenjak abad ke-12 lagi. Di pantai Mersing terdapat bandar tua yang pernah menjadinadi utama kepada kawasan Johor Tenggara iaitu Kg Mawar. Kampung ini terbuktimenjadi tarikan pelancong apabila terdapat penduduk Eropah yang tinggal menetap dikampung ini. Manakala di kawasan pulau, Pulau Tinggi mempunyai warisan sejarahyang berpotensi dibangunkan untuk tarikan pelancong. Antara yang penting ialah perigiHang Tuah, kubur tua dan hutan yang berusia jutaan tahun. Ketiga-tiga ini bolehdibangunkan dalam bentuk warisan yang menarik yang boleh dikunjungi pelancong.Dengan cara ini Mersing dan kepulauan sekitarnya dapat bersaing bersama-sama PulauTioman dalam aktiviti pelancongan eco-tourism. Hasil daripada kepesatan pelancongandapatlah dinikmati oleh penduduk yang terlibat.

GAMBAR 12: Pemandangan Menarik di Pantai Pulau Tinggi

Bab 5.pmd 6/17/2010, 8:35 AM69

Page 14: Warisan Sejarah dan Pelancongan Mersing Serta · PDF fileke Taman Negara Endau-Rompin boleh juga ditarik untuk berkunjung ke Mersing. ... mukim dalam Daerah Mersing mengandungi 19

70

PENYELIDIKAN PANTAI TIMUR JOHOR: MERSING WARISAN TERPELIHARA

PenghargaanAhli kumpulan ingin merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada PusatPenyelidikan Marin (EKOMAR), Universiti Kebangsaan Malaysia yang telah memberipeluang terlibat dalam ekspedisi Penyelidikan Pantai Timur Johor, pada 14-17 November2008.

Penghargaan juga kepada Pejabat Daerah Mersing, Johor yang turut terlibat dalammenjayakan ekspedisi Penyelidikan Pantai Timur Johor, 14-17 November 2008

Penduduk Pulau Tinggi, khususnya Kampung Pasir Panjang, Pulau Tinggi, Johor.

RujukanAbdul Khalil Abdul Karim. 2000. Malaysian Legislation on the Management of Marine Protected

Areas and Marine Parks, Report of the Regional Symposium on Marine Protected Areasand their Management.

Cater, Erlet, 1995. Contradictions in Sustainable Tourism. The Geographical Journal, Vol. 161,No 1, pp. 21-28.

Coedes, G. 1975, The Indianized States of Southeast Asia, Australian National University Press,Canberra.

Hiew, W P Hie, Kevin. 2000. Marine Parks of Malaysia: A Management Tools for fisheriesResources, Report of the Regional Symposium on Marine Protected Areas and theirManagement.

Hussey, Antonia, 1989. Tourism in a Balinese Village. Geographical Review, Vol, 79, no. 3, pp.311-325.

Mahmud Mat. 1997. Tinggal Kenangan, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.Nickerson-Tietze, Donna, J. 2000. Scientific Characterization and Monitoring: Its Application

to Integrated Coastal Management in Malaysia, Ecological Society of America, pp. 386-396.

Shellabear, W.G. 1967. Sejarah Melayu. Kuala Lumpur: Oxford University Press.

Bab 5.pmd 6/17/2010, 8:35 AM70