pejabat pelajaran daerah melaka tengah · pdf filesoalan 4 1. diharap murid ... berdasarkan...

36
SULIT 1103/1 1103/1 Bahasa Melayu Kertas 1 Oktober 2 ¼ jam PEJABAT PELAJARAN DAERAH MELAKA TENGAH PROGRAM LONJAKAN SAUJANA SPM 2009 BAHASA MELAYU Kertas 1 Dua jam lima belas minit JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU 1. Kertas soalan ini mengandungi dua bahagian: Bahagian A dan Bahagian B. 2. Jawab soalan Bahagian A dan satu soalan Bahagian B. 3. Jawapan boleh ditulis dalam tulisan Rumi atau Jawi. Kertas soalan ini mengandungi 3 halaman bercetak [Lihat sebelah

Upload: lethien

Post on 06-Feb-2018

231 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: PEJABAT PELAJARAN DAERAH MELAKA TENGAH · PDF fileSoalan 4 1. Diharap murid ... berdasarkan teks Komponen Kesusasteraan Melayu Tingkatan 4 dan ... budaya dan ekonomi. Remaja akan diberi

SULIT 1103/1

1103/1

BahasaMelayuKertas 1Oktober

2 ¼ jam

PEJABAT PELAJARAN DAERAH MELAKA TENGAH

PROGRAM LONJAKAN SAUJANA SPM 2009

BAHASA MELAYU

Kertas 1

Dua jam lima belas minit

JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU

1. Kertas soalan ini mengandungi dua bahagian: Bahagian A dan Bahagian B.

2. Jawab soalan Bahagian A dan satu soalan Bahagian B.

3. Jawapan boleh ditulis dalam tulisan Rumi atau Jawi.

Kertas soalan ini mengandungi 3 halaman bercetak

[Lihat sebelah

Page 2: PEJABAT PELAJARAN DAERAH MELAKA TENGAH · PDF fileSoalan 4 1. Diharap murid ... berdasarkan teks Komponen Kesusasteraan Melayu Tingkatan 4 dan ... budaya dan ekonomi. Remaja akan diberi

2

Bahagian A

[Masa yang dicadangkan : 45 minit]

[30 markah]

Lihat gambar di bawah dengan teliti dan kemudian huraikan faktor-faktor yang menyebabkan

berlakunya kejadian tanah runtuh di negara ini. Panjang karangan anda hendaklah antara

200 hingga 250 patah perkataan.

*Sumber : Berita Harian

1103/1 (Lihat sebelah]

SULIT

Alamak tanah

runtuh. Agaknya

sebab tak ada pokok

.Atau mungkin hujan

lebat pagi tadi.

Page 3: PEJABAT PELAJARAN DAERAH MELAKA TENGAH · PDF fileSoalan 4 1. Diharap murid ... berdasarkan teks Komponen Kesusasteraan Melayu Tingkatan 4 dan ... budaya dan ekonomi. Remaja akan diberi

3

Bahagian B

[Masa dicadangkan : 1 jam 30 minit]

[100 markah]

Pilih satu daripada soalan di bawah dan tulis sebuah karangan yang panjangnya lebih

daripada 350 patah perkataan.

1. Pelbagai pihak khususnya ibu bapa haruslah prihatin dalam memastikan remaja sentiasa

cemerlang dalam pelbagai aspek.

Huraikan pendapat anda tentang peranan ibu bapa dalam menangani masalah remaja

masa ini.

2. Perpaduan merupakan elemen penting dalam sesebuah masyarakat majmuk. Oleh itu,

pelbagai pihak perlu memainkan peranan untuk memupuk semangat perpaduan dalam

kalangan masyarakat.

Tuliskan rencana tentang perkara tersebut dengan lengkap.

3. Pemupukan semangat patriotik sangat penting untuk melahirkan masyarakat penyayang,

negara yang aman, keluhuran budi dan kesanggupan berkorban demi negara.

Tuliskan syarahan tentang kepentingan semangat patriotik dalam kalangan

individu,masyarakat dan negara.

4. Arus globalisasi menyebabkan pelbagai budaya warisan rakyat Malaysia semakin

terhakis.

Sebagai rakyat yang cinta akan negara,sarankan sumbangan yang boleh anda lakukan

untuk mengekalkan budaya warisan rakyat Malaysia.

5. Pulau Pandan jauh ke tengah,

Gunung Daik bercabang tiga,

Hancur badan dikandung tanah,

Budi baik dikenang juga.

Huraikan kepentingan amalan nilai murni dalam kalangan masyarakat di Malaysia.

KERTAS SOALAN TAMAT

1103/1 SULIT

Page 4: PEJABAT PELAJARAN DAERAH MELAKA TENGAH · PDF fileSoalan 4 1. Diharap murid ... berdasarkan teks Komponen Kesusasteraan Melayu Tingkatan 4 dan ... budaya dan ekonomi. Remaja akan diberi

SULIT 1103/1

1103/1

BahasaMelayuKertas 1Oktober

2 ¼ jam

JABATAN PELAJARAN DAERAH MELAKA TENGAH

PROGRAM LONJAKAN SAUJANA SPM 2009

BAHASA MELAYU

Kertas 1

PERATURAN PEMARKAHAN

UNTUK KEGUNAAN PEMERIKSA SAHAJA

AMARAN

Peraturan pemarkahan ini SULIT dan Hak Cipta Pejabat PelajaranDaerah Melaka Tengah. Kegunaannya khusus untuk pemeriksa yangberkenaan sahaja.Sebarang maklumat dalam peraturan pemarkahanini tidak boleh dimaklumkan kepada sesiapa.Peraturan pemarkahanini tidak boleh dikeluarkan dalam apa-apa jua bentuk penulisan danpercetakan.

Peraturan pemarkahan ini mengandungi 4 halaman bercetak

Page 5: PEJABAT PELAJARAN DAERAH MELAKA TENGAH · PDF fileSoalan 4 1. Diharap murid ... berdasarkan teks Komponen Kesusasteraan Melayu Tingkatan 4 dan ... budaya dan ekonomi. Remaja akan diberi
Page 6: PEJABAT PELAJARAN DAERAH MELAKA TENGAH · PDF fileSoalan 4 1. Diharap murid ... berdasarkan teks Komponen Kesusasteraan Melayu Tingkatan 4 dan ... budaya dan ekonomi. Remaja akan diberi

SULIT 1103/1 (PP)

PERATURAN PEMARKAHAN BAHAGIAN

A: Karangan Berdasarkan Bahan Rangsangan [30 markah]

KRITERIA PENSKORAN

PERINGKAT MARKAH KRITERIA

Cemerlang

26-30

(28 - 30)

(26 - 27)

Karangan menepati tema bahan rangsangan.

Bahasa gramatis dari segi kata dan ayat. Penggunaantanda baca betul dan tepat. Ejaan mengikut sistem EjaanRumi Baru. Penggunaan kosa kata luas dan tepat.

Wacananya lengkap. Unsur bahasa yang digunakanbervariasi dan menggunakan ungkapan yang menarik

Idea relevan dengan tema bahan rangsangan dandihuraikan dengan jelas dan matang.

Kepujian

20-25

(23 - 25)

(20 - 22)

Karangan menepati tema bahan rangsangan.

Bahasa gramatis dari segi kata dan ayat. Tanda baca betuldan tepat. Ejaan mengikut Sistem Ejaan Rumi Baru.Penggunaan kosa kata luas.

Wacananya lengkap. Unsur bahasa yang digunakanbervariasi.

Idea relevan dengan tema bahan rangsangan dandihuraikan dengan jelas.

Memuaskan

15-19

(17-19)

(15-16)

• Karangan masih menepati tema bahan rangsangan.

• Bahasa masih gramatis dari segi kata dan ayat.Penggunaan tanda baca masih betul dan tepat. Ejaanmasih mengikut Sistem Ejaan Rumi Baru. Penggunaankosa kata umum.

• Wacananya masih lengkap. Unsur bahasa masihbervariasi.

• Idea masih relevan dengan tema bahan rangsangan.Huraian idea masih jelas.

Kurangmemuaskan

10-14

(12-14)

(10-11)

Karangan kurang menepati tema bahan rangsangan.

Bahasa kurang gramatis dari segi kata dan ayat.Kesalahan-kesalahan tatabahasa ketara. Ejaan masihmengikut Sistem Ejaan Rumi Baru, tetapi terdapatkesalahan ejaan yang ketara. Penggunaan kosa kataterhad.

lengkap. Unsur bahasa kurang

Idea kurang relevan dengan tema bahanrangsangan dan huraiannya kurang jelas.

Pencapaianminimum

01-09

(06- 09)

» Calon tidak menunjukkan penguasaan kemahiranmenulis.

• Banyak kesalahan bahasa dari segi kata dan ayat.

Wacana kurangbervariasi.

Page 7: PEJABAT PELAJARAN DAERAH MELAKA TENGAH · PDF fileSoalan 4 1. Diharap murid ... berdasarkan teks Komponen Kesusasteraan Melayu Tingkatan 4 dan ... budaya dan ekonomi. Remaja akan diberi

SULIT 103/1(PP)

KRITERIA PENSKORAN

PERINGKAT MARKAH KRITERIA

UJ

§

80-100

(90-

100) (80

- 89)

Penggunaan pelbagai jenis kata yang luas dantepat.Penggunaan pelbagai ayat majmuk yanggramatis.Ejaan dan tanda baca betul.Laras bahasa sesuai dengan tugasan.Penggunaan kosa kata luas dan tepat.Idea yang relevan mengikut tugasan, dihuraikandengan jelas dan matang, disertakan dengancontoh yang sesuai.Pengolahan menarik dan berkesan.Wacana yang lengkap dan terdapatkesinambungan idea yang jelas antaraperenggan.Format menepati kehendak tugasan.Penggunaan unsur bahasa bervariasi.Gaya bahasa menarik dari segi keindahanbahasa dan penggunaan ungkapan sepertiperibahasa, pantun, cogan kata atau frasa.

Q.UJ

66-79

(73 - 79)

(66 - 72)

Penggunaan pelbagai jenis kata yang tepat.Penggunaan pelbagai ayat majmuk yanggramatis tetapi terdapat kesalahan yangminimum.Ejaan dan tanda baca betul.Laras bahasa sesuai dengan tugasan.Penggunaan kosa kata luas dan tepat.Idea yang relevan mengikut tugasan, dihuraikandengan jelas, disertakan dengan contoh yangsesuai.Pengolahan menarik dan berkesan.Wacana yang lengkap dan terdapatkesinambungan idea yang jelas antaraperenggan.Penggunaan unsur bahasa masih bervariasi.Gaya bahasa masih menarik dari segikeindahan bahasa dan penggunaan ungkapanseperti peribahasa, pantun, cogan kata atau frasa.

Page 8: PEJABAT PELAJARAN DAERAH MELAKA TENGAH · PDF fileSoalan 4 1. Diharap murid ... berdasarkan teks Komponen Kesusasteraan Melayu Tingkatan 4 dan ... budaya dan ekonomi. Remaja akan diberi

SULIT 103/UPP)

PERINGKAT MARKAH KRITERIA

51 - 65

(58 -65)

(51-57)

Penggunaan pelbagai jenis kata yang tepatPenggunaan ayat majmuk gabungan gramatistetapi terdapat kesalahan yang minimumEjaan dan tanda baca masih betul.Laras bahasa sesuai mengikut tugasan.Penggunaan kosa kata umumIdea masih relevan mengikut tugasan, huraianisi masih jelas dan contoh-contoh yangdikemukakan masih sesuai ATAUIsi bercampur aduk, huraian kurang jelas, tidakseimbang dan contoh-contoh yang dikemukakanmasih sesuai.Pengolahan masih menarik dan pemerenggananmasih sesuai.Wacana masih lengkap ATAU wacana kuranglengkap.Format menepati kehendak tugasan.Penggunaan unsur bahasa masih bervariasiGaya bahasa yang kurang menarik dari segikeindahan bahasa dan penggunaan ungkapanpula kurang berkesan.

36- 50

(43 - 50)

(36 -

42)

Penggunaan pelbagai jenis kata yang terhad.Ayat kurang gramatis.Ejaan dan tanda baca betul tetapi terdapatkesalahan yang minimum.Penggunaan kosa kata umum tetapi terhadLaras bahasa yang digunakan kurang sesuaidengan tugasan.Idea masih relevan mengikut tugasan, huraianisi kurang jelas dan contoh-contoh kurang sesuai.Pengolahan kurang menarik.Wacana masih lengkap ATAU / wacana kuranglengkap.Format menepati kehendaki tugasan ATAUformat bercampur aduk.Penggunaan unsur bahasa kurang bervariasi.Gaya bahasa kurang menarik dari segikeindahan bahasa dan penggunaan ungkapankurang berkesan.

Page 9: PEJABAT PELAJARAN DAERAH MELAKA TENGAH · PDF fileSoalan 4 1. Diharap murid ... berdasarkan teks Komponen Kesusasteraan Melayu Tingkatan 4 dan ... budaya dan ekonomi. Remaja akan diberi

SKEMA PEMARKAHAN.

Bahagian A

1. Diharap murid dapat munghuraikan punca-punca berlaku kejadian tanah runtuh.

2. Kemungkinan murid menghuraikan punca dan kesan tanah runtuh. Diterima- peringkat

memuaskan.

Bahagian B

Soalan 1

1. Diharap murid dapat menghuraikan peranan ibu bapa dalam menangani masalah

remaja.

2. Kemungkinan murid menghuraikan punca dan peranan ibu bapa menangani masalah

remaja.Diterima.

Soalan 2

1. Diharap murid menghuraikan peranan pelbagai pihak memupuk perpaduan dalam

kalangan masyarakat di Malaysia.

2. Kemungkinan murid menghuraikan langkah-langkah memupuk perpaduan dalam

kalangan masyarakat di Malaysia. Diterima

3. Tiada format rencana ditolak 4 markah

Soalan 3

1. Diharap murid menghuraikan kepentingan memupuk semangat patriotik kepada

individu,masyarakat dan negara.

2. Kemungkinan murid menghuraikan kepentingan kepada individu dan masyarakat atau

negara sahaja. Diterima, Memuaskan.

3. Tiada format syarahan ditolak 4 markah

Soalan 4

1. Diharap murid menghuraikan peranan mereka dalam mengekalkan budaya warisan

rakyat Malaysia.

2. Kemungkinan murid menghuraikan kepentingan mengekalkan budaya warisan rakyat

Malaysia.Diterima.

Page 10: PEJABAT PELAJARAN DAERAH MELAKA TENGAH · PDF fileSoalan 4 1. Diharap murid ... berdasarkan teks Komponen Kesusasteraan Melayu Tingkatan 4 dan ... budaya dan ekonomi. Remaja akan diberi

Soalan 5

1. Diharap murid menghuraikan kepentingan amalan nilai murni dalam kalangan

masyarakat.

2. Kemungkinan murid menghuraikan kepentingan dan langkah-langkah memupuk nilai

murni dalam kalangan masyarakat. Diterima.

Page 11: PEJABAT PELAJARAN DAERAH MELAKA TENGAH · PDF fileSoalan 4 1. Diharap murid ... berdasarkan teks Komponen Kesusasteraan Melayu Tingkatan 4 dan ... budaya dan ekonomi. Remaja akan diberi

SULIT 1103/1

1103/1

BahasaMelayuKertas 1Oktober

2 ¼ jam

PEJABAT PELAJARAN DAERAH MELAKA TENGAH

PROGRAM LONJAKAN SAUJANA SPM 2009

BAHASA MELAYU

Kertas 1

PERATURAN PEMARKAHAN

UNTUK KEGUNAAN PEMERIKSA SAHAJA

AMARAN

Peraturan pemarkahan ini SULIT dan Hak Cipta Pejabat PelajaranDaerah Melaka Tengah. Kegunaannya khusus untuk pemeriksa yangberkenaan sahaja.Sebarang maklumat dalam peraturan pemarkahanini tidak boleh dimaklumkan kepada sesiapa.Peraturan pemarkahanini tidak boleh dikeluarkan dalam apa-apa jua bentuk penulisan danpercetakan.

Peraturan pemarkahan ini mengandungi 4 halaman bercetak

Page 12: PEJABAT PELAJARAN DAERAH MELAKA TENGAH · PDF fileSoalan 4 1. Diharap murid ... berdasarkan teks Komponen Kesusasteraan Melayu Tingkatan 4 dan ... budaya dan ekonomi. Remaja akan diberi

SULIT 1103/2

1103/2 SULIT

1103/2BahasaMelayuKertas 2Oktober2 ½ jam

PEJABAT PELAJARAN DAERAH MELAKA TENGAHPROGRAM LONJAKAN SAUJANA SPM 2009

BAHASA MELAYUKertas 2

Dua jam tiga puloh minit

JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU

1. Kertas soalan ini mengandungi empat soalan.

2. Jawab semua soalan.

3. Jawapan bagi Soalan 2 ( b ) , Soalan 2 ( c ) , Soalan 2( d ) dan Soalan 4 ,

berdasarkan teks Komponen Kesusasteraan Melayu Tingkatan 4 dan Tingkatan 5.

4. Jawapan boleh ditulis dalam tulisan Rumi atau Jawi.

Kertas soalan ini mengandungi 9 halaman bercetak[Lihat sebelah

Page 13: PEJABAT PELAJARAN DAERAH MELAKA TENGAH · PDF fileSoalan 4 1. Diharap murid ... berdasarkan teks Komponen Kesusasteraan Melayu Tingkatan 4 dan ... budaya dan ekonomi. Remaja akan diberi

SULIT 1103/2

1103/2 SULIT

Soalan 1 : Rumusan

[ 30 markah ]

Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang matlamatmewujudkan Program Latihan Khidmat Negara dan kekangan dalammelaksanaannya.Panjang rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.

Pada 23 Mei 2003, kabinet telah meluluskan cadangan pelaksanaan Program LatihanKhidmat Negara dan Akta Latihan khidmat Negara 2003. Dewan Rakyat meluluskanUndang-undang Akta Latihan Khidmat Negara pada 25 Jun 2003, manakala Dewan Negarameluluskan Rang Undang-undang ini pada 3 Julai 2003. Hasilnya pada bulan Februari seramai85 000 remaja pelbagai kaum telah dilatih dengan modul fizikal, ketenteraan, pembentukanwatak dan komuniti selama 3 bulan. Bagi memastikan Program Latihan Khidmat Negara iniberjalan lancar, kerajaan telah memperuntukkan sebanyak RM 500 juta setahun bagimembiayai penyediaan makanan, kem, khemah, elaun jurulatih dan peralatan.

Program Latihan Khidmat Negara yang dilaksanakan di negara ini agak berlainan dengankerahan tenaga yang dilaksanakan di negara lain. Program ini bukan bercorak ketenteraantetapi menggunakan modul dan acuan kita sendiri yang disesuaikan dengan landskap sosial,budaya dan ekonomi. Remaja akan diberi latihan asas ketenteraan seperti penggunaan senjatadan berkawad yang mampu membentuk golongan remaja yang berdisiplin tinggi. Disiplin dirimerupakan asas penting untuk mencapai kejayaan dalam apa-apa bidang. Penerapan nilai-nilaipatriotik pula diharapkan dapat menerapkan semangat sayang akan negara dan sanggupberkorban apa-apa sahaja demi kepentingan negara. Remaja juga bersedia dipanggil pada bila-bila masa seandainya negara kita berdepan dengan masalah perkauman, kekacauan ataudarurat.

Para remaja yang mengikuti Program Latihan Khidmat Negara datang daripada pelbagailatar belakang yang berbeza. Mereka berpeluang berkomunikasi dan berinteraksi dengan rakan-rakan yang berlainan agama, adat resam dan budaya. Oleh itu , integrasi nasional akanbertambah kukuh. Perpaduan antara remaja pelbagai kaum akan semakin teguh. Para pesertajuga diwajibkan menyertai program khidmat sosial seperti bergotong-royong dan khidmat baktikepada masyarakat. Melalui aktiviti seumpama ini para peserta akan disemai dengan amalan-amalan nilai murni yang penting dalam hidup bermasyarakat.

Remaja yang terpilih mengikuti Program Latihan Khidmat Negara tidak boleh menolaktanpa alasan yang kukuh. Sekiranya seseorang remaja gagal mengikuti program ini, merekaboleh dihukum penjara tidak melebihi enam bulan atau denda tidak melebihi RM 3000 ataukedua-duanya sekali. Penetapan arahan ini dan hukuman yang dikenakan merupakan satuusaha kerajaan bagi memastikan remaja terus membentuk disiplin diri walaupun sudahmeninggalkan alam persekolahan. Mereka juga berpeluang meningkatkan keyakinan diri dansahsiah masing-masing sebelum memasuki institusi pengajian tinggi atau menceburi bidangpekerjaan.

Page 14: PEJABAT PELAJARAN DAERAH MELAKA TENGAH · PDF fileSoalan 4 1. Diharap murid ... berdasarkan teks Komponen Kesusasteraan Melayu Tingkatan 4 dan ... budaya dan ekonomi. Remaja akan diberi

SULIT 1103/2

1103/2 SULIT

Semua pihak, khususnya para remaja diharap dapat menyambut seruan kerajaan denganmenyertai Program Latihan Khidmat Negara. Banyak faedah yang dapat diperolehdaripadanya. Mereka harus berfikiran positif kerana matlamatnya bukan untuk menderaremaja, sebaliknya menggalakkan remaja melakukan sesuatu dengan rela hati.

Dipetik dan diubahsuai daripada rencanaKhidmat Negara bukan kerahan tenagaoleh Hamdan Hj. Abu, Dewan Siswa

Soalan 2 : Pemahaman

[ 35 markah ]

Soalan 2 (a) : Petikan Umum

Berdasarkan petikan Soalan 1 , jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunkan ayatanda sendiri.

i. Berikan maksud rangkai kata berfikiran positif [ 2 markah ]

ii. Nyatakan aktiviti-aktiviti yang dijalankan dalam Program Latihan Khidmat Negara.[ 3 markah ]

iii. Cadangkan empat usaha yang dapat dilakukan oleh pelbagai pihak untuk menarikminat remaja menyertai Program Latihan Khidmat Negara?

[ 4 markah ]

Page 15: PEJABAT PELAJARAN DAERAH MELAKA TENGAH · PDF fileSoalan 4 1. Diharap murid ... berdasarkan teks Komponen Kesusasteraan Melayu Tingkatan 4 dan ... budaya dan ekonomi. Remaja akan diberi

SULIT 1103/2

1103/2 SULIT

Soalan 2 (b) - Petikan Cerpen

Baca petikan cerpen di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan- soalan yang berikutdengan menggunakan ayat anda sendiri.

“ Minum nak,” ucap ibu Daneng sambil menghidangkan kopi itu dan ubi kayu rebus.Jo mengucapkan terima kasih lalu meneguk air kopi itu. Pandangan matanya

menangkap kesederhanaan isi pondok itu. Tiada sebarang perabot moden di dalam rumah itu.Hanya beberapa buah bantal buruk dan sebuah almari usang memenuhi pondok besar itu. Bagidiri Jo, itu satu kekurangan tetapi Jo sedar bahawa tuan punya rumah tidak berpendapat begitu.Apa besarnya pada sebuah kerusi empuk ataupun kipas angin jika alam yang menghijaudianggap empunya.

“ Pak cik ke mana?”“ Ke hulu untuk memancing. Kalau ada rezeki, dapatlah ikan. Sambil itu pak cik juga

mencari petai. Kali ini, anak Jo mesti membawa pulang petai ke rumah.”Jo mengangguk. Dia teringat akan keenakan masakan iken haruan bukit dan petai hutan

dara yang pernah dimakannya di rumah ini tidak lama dahulu. Air liurnya ditelan.Dalam kesederhanaan hidup yang sebegitu, masih hendak memberi sedekah. Di daerah

satelit, hidup di pondok begitu sudah dianggap miskin. Sudah menjadi isu besar dalammedia.Tetapi bagi orang- orang di sini, beginilah kehidupan. Tiada apa- apa yang perlu dikejar.

(Dipetik daripada Cerpen ‘Lambaian Malar Hijau’Oleh Saroja Thvy a/p Balakrishnan dalam antologi Anak Laut,

Dewan Bahasa dan Pustaka)

( i ) Berikan bukti- bukti yang menunjukkan bahawa keluarga Daneng hidup serbasederhana

[ 2 markah ]

( ii ) Pada pendapat anda, apakah usaha- usaha yang boleh dilakukan untuk membantumasyarakat orang asli?.

[ 4 markah ]

( iii ) Jelaskan satu latar masyarakat yang terdapat dalam petikan cerpen di atas dan satulagi latar masyarakat yang terdapat dalam cerpen ini.

[ 4 markah ]

Page 16: PEJABAT PELAJARAN DAERAH MELAKA TENGAH · PDF fileSoalan 4 1. Diharap murid ... berdasarkan teks Komponen Kesusasteraan Melayu Tingkatan 4 dan ... budaya dan ekonomi. Remaja akan diberi

SULIT 1103/2

1103/2 SULIT

Soalan 2( c ) - Petikan Prosa Klasik

Baca prosa klasik di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan- soalan yang berikutnyadengan menggunakan ayat anda sendiri.

Maka kata Laksamana, “Sungguh seperti katamu itu; pada hatiku pun demikianlah.Sayang engkau berdosa. Jika lain daripada dosa ini, tiada engkau mati, barang tipunya dayakupun melepaskan juga engkau daripada mati.” Maka Hang Jebat pun menangis mendengar kataLaksamana demikian itu. Maka Laksamana pun menangis kasihan hatinya akan Hang Jebat.Maka kata Hang Jebat, “ Aku pun kerana melihat engkau dibunuh oleh Bendahara tiadadosanya; sebab itulah maka sakit hatiku. Akan istimewa aku pula orang permainan tiada akandibunuhnya, kerana raja itu membunuh tiada dengan periksanya. Pada bicara hatiku, sedangengkau banyak kebaktianmu dan jasamu lagi dibunuhnya oleh raja, istimewa aku pula. Sebabpun kuperbuat demikian ini, sepala- pala nama jahat jangan kepalang, seperti pantun Melayu,rosak bawang ditimpa jambaknya; maka sempurnalah nama derhaka dan nama jahat.” Makakata Laksamana, “ Sungguh seperti katamu itu, tetapi akan kita diperhamba raja ini hendaklahpada barang sesuatu pekerjaan itu bicarakan sangat- sangat, seperti kata orang tua- tua; Baikmati dengan nama baik, jangan hidup dengan nama yang jahat, supaya masuk syurga jemah.”

( Dipetik daripada Pertarungan Tuah denganJebat, Antologi Anak Laut, Dewan Bahasa danPustaka, 2000)

( i ) Apakah yang dimaksudkan dengan rosak bawang ditimpa jambaknya berdasarkanpetikan di atas?.

[2 markah ]

( ii ) Nyatakan mengapakah Hang Jebat sanggup menderhaka terhadap raja?[ 3 markah ]

( iii ) Pada pendapat anda, adakah wajar Laksamana Hang Tuah membunuh sahabat yangtelah membelanya?. Berikan alasan anda.

[ 3 markah ]

Page 17: PEJABAT PELAJARAN DAERAH MELAKA TENGAH · PDF fileSoalan 4 1. Diharap murid ... berdasarkan teks Komponen Kesusasteraan Melayu Tingkatan 4 dan ... budaya dan ekonomi. Remaja akan diberi

SULIT 1103/2

1103/2 SULIT

Soalan 2 ( d ) - Petikan Seloka

Baca seloka di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan- soalan yang berikutnya denganmenggunakan ayat anda sendiri.

SELOKA PAK KADUKAduhai malang Pak KadukAyamnya menang kampung tergadaiAda nasi dicurahkanAwak pulang kebuluranMudik menongkah surutHilir menongkah pasangAda isteri dibunuhNyaris mati oleh tak makanMasa belayar kematian anginSauh dilabuh bayu berpuputAda rumah bertandang duduk.

Antologi Anak LautDewan Bahasa dan Pustaka

( i ) Berikan contoh nasib malang Pak Kaduk yang berpunca daripada kebodohandirinya.

[ 3 markah ]

( ii ) Pada pendapat anda, apakah yang wajar dilakukan agar kita tidak sentiasaditimpa nasib malang seperti Pak Kaduk?.

[ 3 markah ]

( iii ) Nyatakan tiga persoalan yang terdapat dalam seloka di atas.[ 3 markah ]

Page 18: PEJABAT PELAJARAN DAERAH MELAKA TENGAH · PDF fileSoalan 4 1. Diharap murid ... berdasarkan teks Komponen Kesusasteraan Melayu Tingkatan 4 dan ... budaya dan ekonomi. Remaja akan diberi

SULIT 1103/2

1103/2 SULIT

Soalan 3: Pengetahuan dan Kemahiran Bahasa

[ 30 markah ]

Jawab semua soalan

( a ) Tulis satu ayat bagi tiap- tiap frasa di bawah untuk menunjukkan bahawa anda fahamakan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan,menukarkan imbuhan atau menggunakan frasa itu sebagai peribahasa atau nama khas.

( i ) iring

( ii ) seiring

( iii ) mengiring

( iv ) beriring- iring

( v ) pengiring

( vi ) iringan[ 6 markah ]

( b ) Tukar ayat aktif di bawah kepada ayat songsang tanpa mengubah maksudasalnya.

( i ) Kebanyakan belia kampung itu telah berhijrah ke bandar besar.

( ii ) Dia akan membeli motokar baru kalau mendapat pinjaman daripada bank.

( iii ) Para pelajar boleh pergi ke kantin pada pukul 9.30 pagi.[ 6 markah ]

Page 19: PEJABAT PELAJARAN DAERAH MELAKA TENGAH · PDF fileSoalan 4 1. Diharap murid ... berdasarkan teks Komponen Kesusasteraan Melayu Tingkatan 4 dan ... budaya dan ekonomi. Remaja akan diberi

SULIT 1103/2

1103/2 SULIT

( c ) Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan ejaan dan satu kesalahanimbuhan. Senaraikan dan betulkan kesalahan- kesalahan itu. Anda tidak bolehmenyenaraikan lebih daripada satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan penggunaanimbuhan. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.

( i ) Media masa banyak datangkan kesan positif dan negatif kepada pembaca.

( ii ) Calun peperiksaan diminta oleh pengetua membuat kesediaan awal sebelummenduduki peperiksaan.

( iii ) Semasa berhimpun murid- murid diminta mencatit nota dalam buku masing-masing.

[ 6 markah ]

( d ) Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan penggunaan kata atau istilahdan satu kesalahan tatabahasa . Senaraikan dan betulkan kesalahan- kesalahan itu.Bagi setiap ayat, anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan kataatau istilah dan satu kesalahan penggunaan tatabahasa . Anda tidak perlu menyalinayat itu semula.

( i ) Kumpulan pulau karang itu sering dikunjungi pelancong- pelancong yangdatang daripada luar negara.

( ii ) “ Tolong jangan buang sampah di bakul ini!” Pinta ketua tingkatan kepadarakan- rakannya.

( iii ) Sultan akan pergi ke majlis itu untuk menghadiahkan bintang- bintangkebesaran.

[ 6 markah ]

( e ) Tulis satu ayat dengan menggunakan setiap peribahasa atau cogan kata di bawahsupaya jelas menunjukkan maksudnya dan penggunaannya.

( i ) Yang bulat tidak datang bergolek, Yang pipih tidak datang melayang.

( ii ) Kepimpinan melalui tauladan

( iii ) Hidup kayu biar berbuah, Hidup manusia biar berjasa.[ 6 markah ]

Page 20: PEJABAT PELAJARAN DAERAH MELAKA TENGAH · PDF fileSoalan 4 1. Diharap murid ... berdasarkan teks Komponen Kesusasteraan Melayu Tingkatan 4 dan ... budaya dan ekonomi. Remaja akan diberi

SULIT 1103/2

1103/2 SULIT

Soalan 4 : Novel

[ 15 markah ]

Jawab soalan-soalan di bawah berdasarkan novel-novel yang berikut :

(i) Terminal Tiga karya Othman Puteh.

(ii) Perlumbaan Kedua karya Marwilis Hj. Yusof.

(iii) Di Hadapan Pulau karya A. Samad Said.

(iv) Bukit Kepong karya Ismail Johari.

(v) Konserto Terakhir karya Abdullah Hussain.

(vi) Seteguh Karang karya Tuan Faridah Syed Abdullah.

(vii) Julia karya Hassan Morad.

(viii) Putera Gunung Tahan karya Ishak Hj. Muhammad.

(a.) Jelaskan dua latar tempat dalam sebuah novel yang telah anda pelajari.[ 7 markah ]

(b.) Berdasarkan dua buah novel yang telah anda kaji, huraikan satu kepincangansosial dalam masyarakat bagi setiap novel tersebut.

[ 8 markah ]

KERTAS SOALAN TAMAT

Page 21: PEJABAT PELAJARAN DAERAH MELAKA TENGAH · PDF fileSoalan 4 1. Diharap murid ... berdasarkan teks Komponen Kesusasteraan Melayu Tingkatan 4 dan ... budaya dan ekonomi. Remaja akan diberi

SULIT 1103/2(PP)

1103/2(PP)SULIT

1103/2BahasaMelayuKertas 2Oktober2 ½ jam

JABATAN PELAJARAN DAERAH MELAKA TENGAHPROGRAM LONJAKAN SAUJANA SPM 2009

BAHASA MELAYUKertas 2

PERATURAN PEMARKAHAN

UNTUK KEGUNAAN PEMERIKSA SAHAJA

AMARAN

Peraturan pemarkahan ini SULIT dan Hak Cipta Pejabat PelajaranDaerah Melaka Tengah. Kegunaannya khusus untuk pemeriksa yangberkenaan sahaja.Sebarang maklumat dalam peraturan pemarkahanini tidak boleh dimaklumkan kepada sesiapa.Peraturan pemarkahanini tidak boleh dikeluarkan dalam apa-apa jua bentuk penulisan danpercetakan.

Peraturan pemarkahan ini mengandungi 16 halaman bercetak

Page 22: PEJABAT PELAJARAN DAERAH MELAKA TENGAH · PDF fileSoalan 4 1. Diharap murid ... berdasarkan teks Komponen Kesusasteraan Melayu Tingkatan 4 dan ... budaya dan ekonomi. Remaja akan diberi

SULIT 1103/2(PP)

1103/2(PP)SULIT

Markah penuh : 110 markah

Soalan 1

Markah penuh 30 dibahagi kepada:

(a) isi - 20 markah(b) Bahasa - 10 markah

(a) Isi [20 markah]

Nota:

(i) Panduan mengira perkataan.

Perkataan yang dikira sebagai satu perkataan:

- nama khas- perkataan berulang- penggunaan kata sendi di dan ke- tarikh- angka yang ditulis dengan nombor atau perkataan- gelaran-

(ii) Kira dan tandakan jawapan calon setakat 120 patah perkataan sahaja sebelumdiperiksa.

(iii) Periksa jawapan calon setakat 120 patah perkataan sahaja. Yang selebihnya tidakperlu diperiksa/sampai habis idea.

(iv) Berikan markah bagi setiap isi yang tepat dan lengkap sahaja.

Bahagian Markah Markah(i) Pendahuluan 2(ii) Isi Tersurat

(iii) Isi Tersirat

4 5 6 7 8 9 10 11 12

12 11 10 9 8 7 6 5 416

(iv) Penutup/Kesimpulan 2Jumlah Markah 20

Page 23: PEJABAT PELAJARAN DAERAH MELAKA TENGAH · PDF fileSoalan 4 1. Diharap murid ... berdasarkan teks Komponen Kesusasteraan Melayu Tingkatan 4 dan ... budaya dan ekonomi. Remaja akan diberi

SULIT 1103/2(PP)

1103/2(PP)SULIT

Soalan 1 : Rumusan

[ 30 markah ]

Pengenalan [ 2 markah ]

Petikan membincangkan tujuan/ objektif pelaksanaan Program Latihan Khidmat Negarabagi remaja.

Isi tersurat [ 4 hingga 12 markah ]

1. Membentuk remaja berdisiplin tinggi.2. Dapat menerapkan semangat sayang akan negara.3. Sanggup berkorban apa-apa sahaja demi kepentingan negara,4. Remaja bersedia dipanggil pada bila-bila masa seandainya negara berdepan

dengan peperangan, kekacauan dan darurat.5. Integrasi nasional bertambah kukuh / perpaduan antara remaja pelbagai kaum

semakin teguh.6. Para peserta akan disemai dengan amalan nilai murni yang penting dalam

hidup bermasyarakat.7. Remaja berpeluang meningkatkan keyakinan diri dan sahsiah masing-masing

sebelum memasuki institusi pengajian tinggi/menceburi bidang pekerjaan.8. Bukan untuk mendera remaja.9. Menggalakkkan remaja melakukan sesuatu dengan rela hati.

Isi tersirat ( 4 hingga 12 markah )

1. Kos pelaksanaan tinggi.2. Kemudahan masih terhad di kem latihan.3. Remaja tidak berminat / mempunyai perancangan lain selepas SPM seperti

bekerja sambilan, belajar komputer dll.4 Kekurangan jurulatih yang berpengalaman / berwibawa..5. Masa latihan yang singkat untuk mencapai objektif program PLKN.6. Remaja tidak komited semasa mengikuti program.7. Remaja tidak bersedia dari segi fizikal dan mental.8. Remaja mempunyai komitmen lain seperti bekerja, berkahwin.9. Remaja tidak dapat menyesuaikan diri.

Kesimpulan ( 2 markah )

Program Latihan Khidmat Negara mestilah diteruskan demi melahirkan remaja yangberkualiti / proaktif.

Page 24: PEJABAT PELAJARAN DAERAH MELAKA TENGAH · PDF fileSoalan 4 1. Diharap murid ... berdasarkan teks Komponen Kesusasteraan Melayu Tingkatan 4 dan ... budaya dan ekonomi. Remaja akan diberi

SULIT 1103/2(PP)

1103/2(PP)SULIT

(b) Bahasa [10 markah]

Asas pemberian markah bahasa tertakluk kepada markah isi seperti yangdinyatakan dalam jadual berikut:

Peringkat MarkahIsi

MarkahBahasa

Huraian

Baik 18-2015-17

9-107-9

-Kesinambungan isi baik- Struktur ayat/tatabahasa baik- Kosa kata luas- Tanda bacaan/ejaan betul

Sederhana 12-148-11

6-74-6

- Kesinambungan isi masih baik- Struktur ayat/tatabahasa masih memuaskan- Kosa kata masih memuaskan- Tanda bacaan/ejaan juga memuaskan

Lemah 1-7 1-4 - Pada keseluruhannya dalam serbakekurangan/tidak memuaskan

Nota :

(i) Jika bahasanya agak baik/ tanpa cacat cela, tambah 1 markah lagi.(ii) Jika bahasanya kurang memuaskan/ terlalu teruk, tolak 1 markah.(iii) Jika disalin bulat-bulat perkataan demi perkataan, ayat demi ayat, walaupun

jumlah perkataan kurang daripada 120 patah perkataan, berikan 0 markah.(iv) Jika rumusan kurang daripada 120 patah perkataan, markah tidak dipotong.

[Markah bahasa maksimum:10 markah]

Page 25: PEJABAT PELAJARAN DAERAH MELAKA TENGAH · PDF fileSoalan 4 1. Diharap murid ... berdasarkan teks Komponen Kesusasteraan Melayu Tingkatan 4 dan ... budaya dan ekonomi. Remaja akan diberi

SULIT 1103/2(PP)

1103/2(PP)SULIT

Soalan 2 : Pemahaman

Markah penuh 35 markah dibahagikan kepada:

Soalan 2(a) : 9 markahSoalan 2(b) : 9 markahSoalan 2(c) : 8 markahSoalan 2(d) : 9 markah

Perhatian bagi soalan 2(a) hingga soalan 2(d)1. Jawapan hendaklah emnggunakan ayat sendiri.2. Jawapan hendaklah dalam ayat yang lengkap/sempurna.3. Jika disalin bulat-bulat daripada teks da jawapan itu betul, berikan separuh

(50%) daripada markah yang diperuntukkan sahaja.

Panduan Pemarkahan Soalan Pemahaman

1. Soalan 2 markah:DESKRIPSI MARKAH

-Jawapan tepat mengikut konteks/isi cukup dan ayat gramatis 2-Jawapan kurang tepat/isi tidak cukup 1-Jawapan salah 0

2. Soalan 3 markah:DESKRIPSI MARKAH

-Isi cukup dan lengkap/relevan dengan tugasan dan ayat gramatis 3-Isi tidak cukup / lengkap , ayat gramatis-Isi cukup / lengkap, ayat kurang gramatis

2

-Isi kurang lengkap dan ayat kurang gramatis 1-Isi tidak betul/tidak relevan dengan tugasan ayat gramatis 0

3. Soalan 4 markah:DESKRIPSI MARKAH

-Isi cukup dan lengkap/relevan dengan tugasan dan ayat gramatis 4-Isi cukup dan lengkap/relevan dan ayat kurang gramatis 3-Isi tidak cukup/kurang lengkap tetapi ayat masih gramatis 2-Isi kurang lengkap/kurang relevan dan ayat kurang gramatis 1-Isi tidak betul/tidak relevan dengan tugasan ayat gramatis 0

Page 26: PEJABAT PELAJARAN DAERAH MELAKA TENGAH · PDF fileSoalan 4 1. Diharap murid ... berdasarkan teks Komponen Kesusasteraan Melayu Tingkatan 4 dan ... budaya dan ekonomi. Remaja akan diberi

SULIT 1103/2(PP)

1103/2(PP)SULIT

Soalan 2 (a) – Petikan Umum

(i) Maksud- berpandangan baik 2

[Maksimum: 2 markah]

(ii) Aktiviti-aktiviti- latihan asas ketenteraan spt penggunaan senjata dan berkawad 1- khidmat bakti kepada mayarakat 1- khidmat sosial seperti bergotong royong 1

[Maksimum: 3 markah]

(iii) 1 Kerajaan menjalankan kempen.2 Jabatan Khidmat Negara/ penganjur menyusun aktiviti-aktiviti yang sesuai

dengan minat remaja.3 Ibu bapa memberi galakan / sokongan.4 Media massa menyediakan artikel-artikel atau menguar-uarkan melalui iklan

dll.5 Kaunselor sekolah memberi pendedahan atau maklumat tentang PLKN

kepada murid.6 Kerajaan menambah insentif / elaun kepada pelatih PLKN.7 Peserta PLKN mendapat merit / bonus untuk memasuki IPTA / memohon

pekerjaan.

Isi-isi lain yang sesuai boleh ‘dipayungkan’ kepada mana-mana isi di atas.[Maksimum: 4 markah ]

Page 27: PEJABAT PELAJARAN DAERAH MELAKA TENGAH · PDF fileSoalan 4 1. Diharap murid ... berdasarkan teks Komponen Kesusasteraan Melayu Tingkatan 4 dan ... budaya dan ekonomi. Remaja akan diberi

SULIT 1103/2(PP)

1103/2(PP)SULIT

Soalan 2( b ) - Petikan Cerpen

( i ) Bukti- bukti yang menunjukkan bahawa keluarga Daneng hidup serba sederhana

- Tiada sebarang perabot moden di dalam rumah itu 1- Terdapat beberapa buah bantal buruk dan almari usang 1- Menyara keluarga dengan menangkap ikan dan mencari hasil hutan/ petai

1[ Maksimum : 2 markah ]

( ii ) Usaha- usaha yang boleh dilakukan untuk membantu masyarakat orang asli?

- Kerajaan boleh menyediakan kursus kemahiran/ kraftangan- Kerajaan boleh menyediakan tempat tinggal yang lebih sempurna/ frasarana- Kerajaan/ pihak swasta boleh memberikan bantuan modal untuk memulakan

perniagaan / membuka ladang/ industri desa- Jabatan Orang Asli (JOA) / Kerajaan boleh memberikan motivasi/ semangat/

galakan / dorongan- Kerajaan boleh mendirikan sekolah di perkampungan orang asli- Kerajaan boleh memberi biasiswa kepada anak- anak orang asli.

[ Maksimum: 4 markah ]

( iii ) Satu latar masyarakat yang terdapat dalam petikan cerpen di atas dan satu lagilatar masyarakat lain yang daripada keseluruhan

Latar masyarakat dalam petikan cerpen;

- Masyarakat yang menghormati tetamuHuraian : ibu Daneng menghidangkan air kepada Cikgu Jo

- Masyarakat yang hidup dalam kesederhanaanHuraian : keadaan rumah Daneng yang serba sederhana

- Masyarakat yang bergantung hidup kepada hasil- hasil hutan/ sumber alamsemula jadiHuraian: bapa Daneng bekerja mencari petai dan menangkap ikan

- Masyarakat yang pemurah/ suka bersedekahHuraian : ibu Daneng membekalkan petai kepada Cikgu Jo sebagai buahtangan.

Latar masyarakat dalam keseluruhan cerpen;- Masyarakat yang sangat mencintai alam sekitar .

Huraian: Mereka menganggap seluruh hutan belantara merupakan milikmereka yang diwarisi sejak zaman – berzaman.

- Masyarakat yang tidak mementingkan pelajaran anak- anak.Huraian : ayah dan ibu Daneng tidak berusaha memujuk atau menasihatiDaneng supaya meneruskan persekolahannya.

Page 28: PEJABAT PELAJARAN DAERAH MELAKA TENGAH · PDF fileSoalan 4 1. Diharap murid ... berdasarkan teks Komponen Kesusasteraan Melayu Tingkatan 4 dan ... budaya dan ekonomi. Remaja akan diberi

SULIT 1103/2(PP)

1103/2(PP)SULIT

Masyarakat yang mengenang jasa.Huraian : Daneng tetap mengingati Cikgu Jo walaupun telah berjaya.Masyarakat yang bertanggungjawabHuraian : Cikgu Jo memujuk Daneng agar menyambung persekolahan agardapat berjuang mempertahankan hutan.Masyarakat yang bijakHuraian : Daneng berjaya dalam pelajaran dan menjadi orang yang pentingdalam bidang perhutanan

[ Maksimum: 4 markah ]Soalan 2 ( c ) - Petikan Prosa Klasik

(i ) Dimaksudkan dengan rosak bawang ditimpa jambaknya berdasarkan petikan- Seseorang yang menyusahkan kaum keluarganya akibat perbuatannya sendiri.

[ Maksimum: 2 markah ]

( ii ) Hang Jebat sanggup menderhaka terhadap raja kerana :- Ingin menuntut bela atas kematian Laksamana- Marah terhadap tindakan raja yang membunuh Laksamana tanpa usul periksa- Bertanggungjawab untuk menentang segala bentuk kezaliman yang dilakukan

oleh Raja- Kecewa kerana orang yang benar- benar bersalah tidak menerima sebarang

hukuman- Bendahara membunuh Hang Jebat yang tiada dosanya menyebabkan Hang

Jebat merasa sakit hati- Tindakan tidak adil kerana Hang Tuan banyak jasa, istimewa Hang Jebat pula.

[ Maksimum: 3 markah ]

( iii ) Wajar Laksamana Hang Tuah membunuh sahabat yang telah membelanya- Terpaksa membunuh Hang Jebat kerana kesetiaannya terhadap raja yang tidak

berbelah bagi- Tidak boleh bertolak ansur terhadap perbuatan Hang Jebat yang menderhaka

terhadap Sultan- Hanya sekadar menurut perintah taat setia terhadap raja- Tidak mahu menderhaka

Tidak wajar kerana- Patut membalas jasa sahabatnya yang cuba menegakkan kebenaran.- Lebih mengenal hati budi Hang Jebat kerana sudah lama bersahabat- Laksamana sendiri mengakui bahawa Hang Jebat tidak pernah menderhaka

terhadap Sultan sebelum ini.- Mengaku bersaudara- Negara kehilangan pahlawan yang hebat- Hang Jebat banyak berjasa kepada negara

[ Maksimum: 3 markah ]

Page 29: PEJABAT PELAJARAN DAERAH MELAKA TENGAH · PDF fileSoalan 4 1. Diharap murid ... berdasarkan teks Komponen Kesusasteraan Melayu Tingkatan 4 dan ... budaya dan ekonomi. Remaja akan diberi

SULIT 1103/2(PP)

1103/2(PP)SULIT

Soalan 2 ( d ) - Petikan Puisi

(i ) contoh nasib malang Pak Kaduk yang berpunca daripada kebodohan dirinya.

- Kampungnya tergadai- Pulang ke rumah dalam keadaan kebuluran- Belayar semasa kematian angin- Berlabuh semasa angin bertiup- Mudik ketika air surut- Menongkah ketika air pasang- Membunuh isteri sendiri

[ Maksimum : 3 markah ]

(ii ) wajar dilakukan agar kita tidak sentiasa ditimpa nasib malang seperti Pak Kaduk

- Berfikir sebelum bertindak- Menuntut ilmu- Meminta nasihat orang- Berusaha dengan gigih- Berhijrah

( iii ) tiga persoalan yang terdapat dalam Seloka

- Nasib malang akan menimpa seseorang yang tidak berhati- hati- Perbuatan yang keterlaluan merugikan diri sendiri- Ketiadaan ilmu pengetahuan akan memusnahkan diri sendiri.

Page 30: PEJABAT PELAJARAN DAERAH MELAKA TENGAH · PDF fileSoalan 4 1. Diharap murid ... berdasarkan teks Komponen Kesusasteraan Melayu Tingkatan 4 dan ... budaya dan ekonomi. Remaja akan diberi

SULIT 1103/2(PP)

1103/2(PP)SULIT

Soalan 3 : Pengetahuan dan Kemahiran Bahasa

Markah penuh 30 markah dibahagikan kepada :

Soalan 3(a) : 6 markahSoalan 3(b) : 6 markahSoalan 3( c ) : 6 markahSoalan 3(d) : 6 markahSoalan 3(e) : 6 markahSoalan 3(f) : 6 markah

Perhatian bagi soalan 3 (a)

1. Berikan 1 markah bagi setiap ayat yang betul.2. Tolak 2/3 markah bagi kesalahan ejaan/ jalan bahasa/ tanda baca

daripada keseluruhan soalan.3. Perkataan berkenaan digunakan sebagai peribahasa, berikan 0 markah.4. perkataan berkenaan digunakan sebagai nama khas, berikan 0 markah.5. Sengaja menambah atau menukar imbuhan, berikan 1 markah.6. Jika memberikan makna dan tepat maksudnya,berikan markah penuh

1 markah.7. Ayat yang dibina seperti 1 ayat, tetapi sebenarnya lebih,tolak ½ markah

bagi setiap ayat.8. Jika semua frasa digunakan sebagai satu ayat, berikan pertimbangan

sebagai satu ayat,9. Boleh mengggnnakan struktur cakap ajuk dengan mematuhi tanda

bacanya.10. Isi tidak jelas, tolak ½ markah bagi setiap ayat.11. Isi tidak logik, berikan 0 markah.

3 (a) ( i ) iring – ikut,turut; darah, lambung, samping, sisi ( diambil gambar )( ii ) seiring- bersama- sama berjalan(bergerak ,terbang dll ),sekali, serentak( iii ) mengiring- menemani untuk mengawal dll, menyertai, mengikuti.( iv ) beriring- iring- berjalan berjajar- jajar( itik) , berjalan berturut- turut,( v ) pengiring- orang dll yang mengiring, pengikut, peneman( orang- orang

muda ....baginda)( vi ) iringan- yang mengiring( mengikuti, menyertai): lagu dengan ..Orkestera,

[ Maksimum: 6 markah ]

Page 31: PEJABAT PELAJARAN DAERAH MELAKA TENGAH · PDF fileSoalan 4 1. Diharap murid ... berdasarkan teks Komponen Kesusasteraan Melayu Tingkatan 4 dan ... budaya dan ekonomi. Remaja akan diberi

SULIT 1103/2(PP)

1103/2(PP)SULIT

( b ) Tukar ayat aktif di bawah kepada ayat songsang tanpa mengubah maksudasalnya.

(i)- Ke bandar besar kebanyakan belia kampung itu telah berhijrah

- Telah berhijrah ke bandar besar kebanyakan belia kampung itu

(ii)- Akan membeli motokar baru dia, kalau mendapat pinjaman daripada bank.

- Kalau mendapat pinjaman daripada bank , akan membeli motokar baru dia

(iii)- Boleh pergi ke kantin para pelajar pada pukul 9.30 pagi.

- Pada pukul 9.30 pagi boleh pergi ke kantin para pelajar.

[ Maksimum: 6 markah ]

(c) Satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan imbuhan.

(i) Media masa - Media MassaDatangkan - mendatangkan

( ii) calun – calonKesediaan – persediaan

(iii) Berhimpun – perhimpunanMencatit - mencatat

[ Maksimum: 6 markah ]

( d) Satu kesalahan penggunaan kata atau istilah dan satu kesalahan tatabahasa .

(i) Kumpulan – Gugusan

Daripada - dari

(ii) Tolong jangan – tolong / jangan ( salah satu)

Di dalam – ke dalam

( iii) pergi – mencemar duli/ berangkatMenghadiahkan – menganugerahkan

[ Maksimum: 6 markah ]

Page 32: PEJABAT PELAJARAN DAERAH MELAKA TENGAH · PDF fileSoalan 4 1. Diharap murid ... berdasarkan teks Komponen Kesusasteraan Melayu Tingkatan 4 dan ... budaya dan ekonomi. Remaja akan diberi

SULIT 1103/2(PP)

1103/2(PP)SULIT

(e) Satu ayat dengan menggunakan setiap peribahasa atau cogan kata di bawah(maksudnya) ;

( i ) Yang bulat tidak datang bergolek, Yang pipih tidak datang melayang.Maksud: Sesuatu kejayaan itu tidak datang dengan sendirinya, jika tidakdengan usaha yang gigih.

( ii ) Kepimpinan melalui teladanMaksud: Pemimpinlah yang dijadikan contoh oleh orang yang dipimpinnya.Maksud: Menggambarkan kesungguhan pemimpin menampilkan unsur-unsur positif agar menjadi ikutan rakyat.

( iii ) Hidup kayu biar berbuah, Hidup manusia biar berjasa.Maksud: Berbuat baiklah semasa masih hidup untuk diri sendiri danmasyarakat.

[ Maksimum: 6 markah ]

Page 33: PEJABAT PELAJARAN DAERAH MELAKA TENGAH · PDF fileSoalan 4 1. Diharap murid ... berdasarkan teks Komponen Kesusasteraan Melayu Tingkatan 4 dan ... budaya dan ekonomi. Remaja akan diberi

SULIT 1103/2(PP)

1103/2(PP)SULIT

Soalan 4

Markah penuh 15 markah

Panduan pemarkahan bagi Soalan 4

(a) i) Jawapan berdasarkan sebuah novel yang dipelajariii) Jawapan hendaklah dalam ayat-ayat yang lengkap.iii) Beri 1 markah bagi penyataan /isi yang tepat.iv) Beri 1 markah bagi setiap huraian yang tepat/jelas.v) Markah isi maksimum, 4 markah.vi) Markah bahasa maksimum 3 markah.vii) Markah bahasa diberi secara impression.

Baik : 3 markahSederhana : 2 markahLemah : 1 markah

viii) Jika calon menjawab dan markah isi 0, beri 1 markah untuk bahasa.ix) Calon tidak menjawab, 0 markah

[ maksimum 7 markah]

(b) i) Jawapan berdasarkan dua buah novel yang dipelii) Jawapan hendaklah dalam ayat-ayat yang lengkap.iii) Beri 1 markah bagi penyataan /isi yang tepat.iv) Beri 2 markah bagi setiap huraian yang tepat/jelas.v) Markah isi maksimum, 6 markah. Maksimum 3 markah bagi setiap

novel.vi) Markah bahasa maksimum 2 markah.vii) Markah bahasa diberi secara impression.

Baik : 2 markahLemah : 1 markah

viii) Jika calon menjawab dan markah isi 0, beri 1 markah untuk bahasa.ix) Calon tidak menjawab, 0 markah

[ maksimum 8 markah]

Page 34: PEJABAT PELAJARAN DAERAH MELAKA TENGAH · PDF fileSoalan 4 1. Diharap murid ... berdasarkan teks Komponen Kesusasteraan Melayu Tingkatan 4 dan ... budaya dan ekonomi. Remaja akan diberi

SULIT 1103/2(PP)

1103/2(PP)SULIT

Soalan 4(a) Latar tempat

Di Hadapan PulauTempat ( 1m ) Huraian / contoh ( 1 markah )

Negeri Melaka / Merlimau Kampung Tuk Marzuki, Rukiah, MustaffaSebuah pulau kecil Pulau misteri yang ingin dikunjungi Aziz, /

Pulau Jakun-terdapat seorang Jakun yangsakti.

Shelter Tempat persembunyian pendudukkampung ketika serangan bom

Rumah Syed Fikri Tempat Aziz menemui Syed Fikri danmenolongnya menanam sayur.

Kubu lama Tempat Aziz dan Afidah mencari makanan/ tempat Aziz menemui Rosiah bersama-sama seorang sojar.

Kerusi tunggul / tepi pantai Tempat Zubir menunggu RaihanKem tentera atau berek Tempat tentera Jepun menahan orang

kampung-Tempat tinggal tentera Australia

Kampung nelayan Tempat tinggal Aziz, Tuk Marzuki, AfidahZubir dll. Terdapat gerai, sekolah, kedaikopi dll

Perhentian bas Terdapat sebuah gerai mamakKubur Tuk Marzuki Tempat Afidah menangisi nasibnya yang

sebatang karaBusut tepi pantai Tempat Aziz, Afidah menemui Kapten

Hebat memakan Mok MengJambatan Tempat pemeriksaan oleh askar AustraliaKedai todi Tempat penduduk kampung meminum todi

Tempat Aziz, Afidah bekerja mengambilupah membeli todi

Putera Gunung TahanTempat ( 1 markah ) Huraian / contoh ( 1 markah )

Puncak Gunung Tahan Tempat penginapan Ratu Bongsu-Kawasan yang diserang oleh kapal terbangInggeris

Kubur Tuan William Tempat Mem William mencurah perasaankesal dan dendamnya terhadap kematianTuan William

Bilik khazanah Tempat Tuan William terkunci dan matisemasa serangan kapal terbang Inggeris

Gua Tempat Tuan William dan Tuan Robert

Page 35: PEJABAT PELAJARAN DAERAH MELAKA TENGAH · PDF fileSoalan 4 1. Diharap murid ... berdasarkan teks Komponen Kesusasteraan Melayu Tingkatan 4 dan ... budaya dan ekonomi. Remaja akan diberi

SULIT 1103/2(PP)

1103/2(PP)SULIT

berteduh semasa hujan lebatKawasan hutan / kaki Gunung Tahan Tempat Tuan William dan Tuan Robert

bersama 2 orang petunjuk meredah hutanuntuk ke puncak Gunung Tahan

Sungai Terdapat di dalam hutan- digunakan olehperempuan tua ketika melarikan diri didalam hutan

Kg. Rimau Putih/ perkampungan orangSakai

Tempat tinggal perempuan tua di dalamhutan- tempat Tuan Robert ditahan

Kg Pulau Tawar Tempat perempuan tua melarikan diridaripada orang Inggeris

Kota London Tempat asal Tuan Robert, Tuan William,Mem William

4(b) Kepincangan sosial dalam masyarakat.

Di Hadapan Pulau

1. Penceraian ibu bapaAfidah terpaksa tinggal bersama-sama Tuk Marzuki setelah ibu bapanya bercerai.

2. Suami tidak bertanggungjawab terhadap isteriBudin selalu memukul isterinya Joyah dan mabuk-mabuk apabila pulang kerumah.

- Syed Zuhri berkahwin-cerai dan tidak bertanggungjawab terhadap isteri-isterinya.

3. Tidak mengamalkan ajaran agama Islam.Budin sering mabuk dan suka berjudi.Ada kalangan masyarakat kampung meminum todi.

4. Gadis sanggup menggadai maruah.- Rosiah menggadai maruah bersama-sama seorang sojar untuk

mendapatkan makanan.- Taksiah sering menggoda sojar untuk mendapatkan pekerjaan.

5. Menipu dalam perniagaan.- Syed Zufri menipu penduduk kampung ketika menjual minyak attar dan

tanah.

Page 36: PEJABAT PELAJARAN DAERAH MELAKA TENGAH · PDF fileSoalan 4 1. Diharap murid ... berdasarkan teks Komponen Kesusasteraan Melayu Tingkatan 4 dan ... budaya dan ekonomi. Remaja akan diberi

SULIT 1103/2(PP)

1103/2(PP)SULIT

6. Suka mencuri-Penduduk kampung mencuri tanaman yang ditanam oleh Aziz dan Syed Fikri.- Air perigi juga dicuri.

Putera Gunung Tahan

1. Menghina agama orang lain-Tuan Robert menghina agama Islam yang diajar oleh perempuan tua kepadaorang-orang sakai.

2. Kecurangan isteri- Mem William curang bersama-sama seorang pemuda ketika Tuan William

berada di Tanah Melayu

3. Sikap tamak masyarakat.- Tuan Robert dan Tuan William sanggup menggadai nyawa untuk mendapatkan

wang 5 ribu paun bagi mendapatkan Puncak Gunung Tahan.

4. Tidak mengamalkan agama Islam- Tg. Aishah mengandung anak luar nikah akibat pergaulan bebas- Orang Melayu memasuki gereja, membela anjing dan meletakkan patung di

dalam rumah.

5. Bersikap belot / mementingkan diri sendiri.- Pegawai muda sanggup menjadi tali barut dan pak turut Inggeris untuk

mendapatkan pangkat dan kemewahan diri.- Pengikut-pengikut perempuan tua meninggalkannya yang sarat mengandung di

dalam hutan ketika mereka melarikan diri daripada Inggeris.

PERATURAN PEMARKAHAN TAMAT