panduan ulasan

4
Kod Kursus: KAA 3013 Panduan Ulasan Artikel atau Bahan Bacaan Terpilih (Tugasan Individu) Pilih sebuah Artikel daripada sumber yang berwibawa seperti jurnal atau majalah berkala oleh penerbit yang berwibawa, atau sebuah Petikan daripada Bacaan Terpilih. Baca Artikel/ Petikan Bacaan pilihan anda itu dengan teliti, dan buat Ulasan Kritis terhadapnya berpandukan perkara-perkara berikut: 1. Format & Panjangnya Tugasan Ditaip dengan font 12 Times New Roman Jarak 1.5 antara baris-baris Panjangnya ulasan : 5 hingga 6 halaman (tidak termasuk kulit luar & salinan fotostat Artikel yang anda pilih) Di atas Kulit Luar catatkan: Kod kursus (KAA 3013) Nama Pelajar/Peserta yang menulis ulasan Judul Artikel/ Bacaan Terpilih yang diulas, nama penulisnya, di mana & tahun artikel/ basaan terpilih berkenaan diterbitkan Nama Pensyarah yang (akan) memeriksa tugasan ini Tarikh tugasan diserahkan Cara penyerahan tugasan: cara terus/bersemuka atau gaya pos Kepilkan satu salinan fotostat Artikel/ Bacaan Terpilih berkenaan. 1. Struktur Ulasan Anda

Upload: atiqnadzirah

Post on 29-Dec-2015

64 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

bm

TRANSCRIPT

Page 1: panduan ulasan

Kod Kursus: KAA 3013 Panduan Ulasan Artikel atau Bahan Bacaan Terpilih (Tugasan Individu)

Pilih sebuah Artikel daripada sumber yang berwibawa seperti jurnal atau majalah berkala oleh penerbit yang berwibawa, atau sebuah Petikan daripada Bacaan Terpilih. Baca Artikel/ Petikan Bacaan pilihan anda itu dengan teliti, dan buat Ulasan Kritis terhadapnya berpandukan perkara-perkara berikut:

1. Format & Panjangnya Tugasan Ditaip dengan font 12 Times New Roman Jarak 1.5 antara baris-baris Panjangnya ulasan : 5 hingga 6 halaman (tidak termasuk kulit luar &

salinan fotostat Artikel yang anda pilih) Di atas Kulit Luar catatkan:

Kod kursus (KAA 3013) Nama Pelajar/Peserta yang menulis ulasan Judul Artikel/ Bacaan Terpilih yang diulas, nama penulisnya, di

mana & tahun artikel/basaan terpilih berkenaan diterbitkan

Nama Pensyarah yang (akan) memeriksa tugasan ini Tarikh tugasan diserahkan Cara penyerahan tugasan: cara terus/bersemuka atau gaya pos

Kepilkan satu salinan fotostat Artikel/ Bacaan Terpilih berkenaan.

1. Struktur Ulasan Anda Ulasan kritis anda haruslah mengandungi bahagian-bahagian berikut:

o Pengenalan

Meliputi tidak lebih daripada 1 halaman; memperkenalkan secara ringkas Artikel/ Bacaan Terpilih yang dijadikan bahan ulasan anda – termasuk unsur-unsur penting seperti tajuk, penulisnya, tempat dan tarikh penerbitannya.

o Ringkasan Artikel/ Bahan Bacaan Terpilih

Page 2: panduan ulasan

Berikan huraian umum tentang perkara/persoalan utama yang dibincangkan oleh Artikel/ Bahan Bacaan Terpilih tersebut, serta idea-idea kecil yang dicakupi olehnya. Meliputi tidak lebih daripada 1.5 halaman.

o Ulasan Kritis

Meliputi Ulasan Kritis anda, menurut garis panduan yang diberikan dalam perenggan (3) yang diberikan di bawah.

o Penutup

Meliputi tidak lebih daripada 0.5 halaman; dan menyimpulkan atau menonjolkan idea utama atau yang paling bernas dalam Ulasan Kritis anda.

1. Maksud Ulasan & Ulasan Kritis

‘Ulasan artikel’ secara umum bermaksud memberi ‘intisari’ idea-idea yang di dalam artikel yang dipilih, yang disampaikan dengan menggunakan bahasa dan gaya penulisan anda (pengulas) sendiri.

Idea-idea yang disampaikan di dalam artikel berkenaan boleh diperturunkan kesemuanya secara ringkas, dan diikuti oleh ulasan anda yang terperinci secara satu persatu; atau pun idea-idea itu boleh disampaikan secara satu persatu diikuti dengan ulasan terperinci anda.

‘Ulasan kritis’ tidak bermaksud menilai dan menonjolkan aspek-aspek yang negatif atau lemah sahaja. Kedua-dua aspek yang ada

Page 3: panduan ulasan

pada idea-idea berkenaan, yang lemah mahupun yang kuat, haruslah diberikan perhatian.

Jika perkara atau maudhuk yang diliputi oleh Artikel/ Bacaan Terpilih berkenaan merupakan perkara atau fenomena yang sudah diterima umum, memadailah anda berikan ‘pendirian’ atau ‘pendapat’ anda sendiri terhadapnya pada akhir ulasan anda.

Jika idea-idea yang dibawa dalam Artikel/ Bacaan Terpilih pilihan anda itu merupakan sesuatu yang masih dianggap ‘kontroversi’ dalam kalangan masyarakat umum, wajarlah anda ungkapkan satu ‘cadangan’ bagaimana hendak menyelesaikan kontroversi itu dalam masa terdekat.

-----------------------------------------------------------------------------------Filename: KAA3013 – Panduan Ulasan Artikel (Feb. 2012)