panduan tambah susu ibu

19
"REZEKI SEMUANYA DATANG DARI ALLAH SWT" Susu Merundum Pernah tak ibu-ibu mengalami situasi macam ini? Sejak demam bulan lepas, susu saya mengalami situasi pasang surut :)..ada masa banyak ada masa agak kurang. Bila kurang memang rasa begitu tertekan..tetapi saya cuba pujuk diri agar sabar..sabar...sabar dan sabar. Saya rasa ada banyak sebab susu kurang. Pertama saya sudah berkira-kira mahu pam pada waktu malam atau tak...kalau pam muatkah peti ais? Jadinya saya sudah tidak mengepam pada waktu malam dan kalau saya berada di rumah. Kedua saya sudah tidak disiplin waktu pengepaman saya di pejabat. Dan akhir sekali saya sudah kurang minum air dan malas makan suplement..hmm semua berpunca dari saya bukan? Dulu hasil pengepaman menjangkau lebih 24 oz..tp sekarang tidak lebih dari 18 oz sehari. Sekarang saya tengah berusaha keras untuk kembalikannya kepada normal dan kalau boleh saya nak penghasilannya makin bertambah untuk persediaan bulan puasa nanti. Ini adalah stok susu saya sehingga beberapa hari lepas. Lebih kurang 100 botol. Google di sana sini, suka saya berkongsi dengan yang saya jumpa ini. Kita memang biasa dengar tentang makanan untuk tambah susu seperti longan kering, sayur kucai, lobak putih, halba dan sebagainya. Ramai di antara ibu2 yang mengambil makanan2 tersebut dengan tujuan untuk tambah susu. Tahukah kita apa fungsi sebenar makanan2 di atas? Untuk menambahkan susu badan, zat yang paling penting adalah protein. Lain-lain adalah kalori, vitamin B, kalsium dan sebagainya.

Upload: ainonlela

Post on 14-Dec-2015

28 views

Category:

Documents


4 download

DESCRIPTION

parenting

TRANSCRIPT

Page 1: Panduan Tambah Susu Ibu

"REZEKI SEMUANYA DATANG DARI ALLAH SWT"

Susu Merundum

Pernah tak ibu-ibu mengalami situasi macam ini? Sejak demam bulan lepas, susu saya mengalami situasi pasang surut :)..ada masa banyak ada masa agak kurang. Bila kurang memang rasa begitu tertekan..tetapi saya cuba pujuk diri agar sabar..sabar...sabar dan sabar. Saya rasa ada banyak sebab susu kurang. Pertama saya sudah berkira-kira mahu pam pada waktu malam atau tak...kalau pam muatkah peti ais? Jadinya saya sudah tidak mengepam pada waktu malam dan kalau saya berada di rumah. Kedua saya sudah tidak disiplin waktu pengepaman saya di pejabat. Dan akhir sekali saya sudah kurang minum air dan malas makan suplement..hmm semua berpunca dari saya bukan? Dulu hasil pengepaman menjangkau lebih 24 oz..tp sekarang tidak lebih dari 18 oz sehari. Sekarang saya tengah berusaha keras untuk kembalikannya kepada normal dan kalau boleh saya nak penghasilannya makin bertambah untuk persediaan bulan puasa nanti. 

Ini adalah stok susu saya sehingga beberapa hari lepas. Lebih kurang 100 botol.

Google di sana sini, suka saya berkongsi dengan yang saya jumpa ini. Kita memang biasa dengar tentang makanan untuk tambah susu seperti longan kering, sayur kucai, lobak putih, halba dan sebagainya. Ramai di antara ibu2 yang mengambil makanan2 tersebut dengan tujuan untuk tambah susu.

Tahukah kita apa fungsi sebenar makanan2 di atas?

Untuk menambahkan susu badan, zat yang paling penting adalah protein. Lain-lain adalah kalori, vitamin B, kalsium dan sebagainya. Alfalfa mengandungi protein dan kalsium yang tinggi. Oleh itu tidak hairanlah jika ibu-ibu yang mengambil alfalfa akan mendapati susu mereka bertambah. Saya juga mengamalkan pengambilan Alfafa dan beberapa vitamin dari Shaklee. Memang susu akan mencurah-curah terutama sekali selepas pengambilan Alfafa. Tetapi tahu sajalah agak susah saya nak mangamalkan setiap hari :). Hari ini saya rasa sedikit insaf...hehe.

Asid folik (sejenis vitamin B) adalah penting untuk tindakan biosintetik protein. Jadi ia juga diperlukan. Asid folik ni terdapat dalam sayuran hijau. Jadi, memang benar memakan sayur-sayur hijau seperti kucai akan membanyakkansusu

Page 2: Panduan Tambah Susu Ibu

kerana kehadiran vitamin B ni memudahkan lagi proses yang melibatkan protein dalam badan kita.

Selepas bersalin saya tidak pernah mengambil asid folic. Boleh cuba! Longan kering yang direbus mengandungi kalori dan air yang tinggi. Ibu menyusu memerlukan 1800 kalori sehari sekiranya menyusukan seorang bayi. Saya memang ada banyak stok longan kering. Tapi ia kurang berkesan kepada saya.

Mengapa sesetengah milk booster tidak berkesan kepada kebanyakan ibu tapi amat berkesan bagi sesetengah yang lain? Ini mungkin disebabkan ketidakseimbangan dalam diet yang diambil oleh ibu itu. Kalau kata hari-hari makan minum rebusan longan kering, tapi sayur tak makan, protein tak ambil, jadi macamamana nak tambah susu kerana berharap kepada kalori dan air semata2.

Asid folik dan kalsium dirembeskan melalui susu ibu, oleh itu ibu menyusu amat memerlukan vitamin B complex dan kalsium, untuk menggantikan kalsium dan asid folik yang hilang. Kalsium berperanan bukan sahaja untuk membina tulang malah juga membina sel2 darah baru yang diperlukan dalam penghasilan susu badan. Kerana itu ramai ibu yang mengalami masalah kekurangan susu bila dalam keadaan haid. Oleh itu, ibu menyusu mesti meningkatkan keperluan kalsium untuk mengelakkan susu berkurang semasa period.

Beberapa mitos tentang makanan penambah susu:

1. Makan milk booster meningkatkan stimulasi susu.Stimulasi yang paling berkesan untuk penghasilan susu ialah dari hisapan bayi dan pam. Makanan-makanan di atas, ya membantu untuk penghasilan susu, tapi penyebab utama untuk susu dihasilkan ialah sebagai memenuhi keperluan dari bayi. Makanan-makanan di atas tu umpama bawang, ikan bilis, daging di dapur rumah kita. Dan hisapan bayi/pam tu adalah perbuatan menggodek semua benda itu dalam kuali. Bolehkan benda-benda bawang, daging tu menjadi sejenis masakan kalau kita tak masak? Makna kata, kalau rumah kita ada banyak barang mentah pun, kalau kita malas nak masak, takkan ada makanan di rumah kita. Jadi makanlah makanan seimbang yang mengandungi kesemua zat keperluan badan, dan susukanlah bayi sekerap mungkin.

2. Sesetengah lactogenic food ni hanya sesuai untuk orang tertentu

Bergantung kepada diet yang diambil oleh seseoarang ibu menyusu. Jika ibu tu hanya makan nasi dengan ikan kering saja setiap hari, tapi minum rebusan longan kering bergelen-gelen, mungkin tak berkesan sebab yang ada cuma kalori dan glukos saja. Jadi, ambillah makanan seimbang.

3. Susu yang banyak tanda kejayaan seseorang ibu menyusu

Keperluan setiap bayi adalah berbeza-beza. Ibu akan menghasilkan susu

Page 3: Panduan Tambah Susu Ibu

mengikut keperluan bayinya. Oleh itu, pada waktu siang sekiranya ibu bekerja, disarankan untuk mengepam sekerap mungkin untuk mengadakan rangsangan bagi pengeluaran susu. Susu yang dihasilkan oleh ibu A tidak sama dengan susu ibu B, mungkin kerana keperluan bayi A dan bayi B adalah berbeza.

Tanda kejayaan ibu menyusu adalah mungkin berjaya menyusukan bayinya hingga 2 tahun, dan bayi yang disusukan adalah sihat dan cergas.

Saya tolong warwarkan produk shakle :). Di dalam set B (Breastfeeding) Shaklee, kami telah susun semuanya dalam satu pakej. Vitamin dan mineral perlu, B complex, vitamin C dan alfalfa, hanya dalam satu pakej, trial pack cuma RM80 saja. Anda juga boleh mendapatkan set B ini bersama Ostematrix (Set E) dengan hanya RM140.

Sebagai permulaan, ibu2 boleh mencuba set B atau set E. Ia bukan sahaja untuk ibu yang bermasalah dengan supply susu, tapi juga untuk semua ibu, kerana ia membekalkan segala keperluan nutrisi ibu yang menyusukan anak.

Ia sesuai untuk semua dan highly recommended untuk mereka yang tidak mengambil makanan yang benar2 seimbang, contohnya mereka yang tak suka minum susu, tak makan sayur mentah (ulam), tak suka ikan dan sebagainya.

Jangan lupa untuk terus berdoa, mengiringi usaha dan harapan kita. Kadang2 kita dah buat semua, tapi belum berjaya, mungkin sebab kita lupa nak berdoa dengan bersungguh2.Antara Skil 'Bunuh Diri' dalam Penyusuan IbuPetikan dari http://menyususimanja.blogspot.com/

Secara asasnya, apabila sebut sahaja penyusuan ibu, kita tidak lari daripada memikirkan perkara-perkara berikut yang secara tidak langsung mencipta alasan dalam menjayakan penyusuan ibu. Antaranya ialah:

1. "Susu tidak cukup."2. "Saya ibu bekerja, mustahil saya boleh lakukan."3. "Saya terlalu sibuk."4. "Saya bertubuh kecil."5. "Saya dah cuba bermacam-macam cara, tetap tidak berhasil."6. "Orang boleh kata apa sahaja, tetapi saya yang alaminya."7. "Keturunan saya memang tiada susu badan."

Saya yakin pasti tidak cukup ruangan comel ini dengan pelbagai lagi alasan, kerana manusia yang lemah sentiasa mencipta seribu satu alasan. Mahu marah dengan pernyataan saya? Rasa geram? Itu perkara normal selagi kita bernama manusia.

Ibu-ibu sekalian, percayalah tidak ada jalan mudah untuk kita menjayakan penyusuan. Mengapa agaknya kebanyakan ibu-ibu yang menyusukan bayi

Page 4: Panduan Tambah Susu Ibu

mereka dengan penyusuan ibu kelihatan begitu taksub apabila membicarakan berkaitan hal ini? Meriakkah mereka? Apa tujuan mereka?Mari saya kongsikan. Dunia penyusuan ibu bukanlah semudah yang kebanyakan orang bayangkan. Produksi susu tidak akan datang dan melimpah dengan takdir dan bantuanNya semata-mata. Produksi susu ibu tidak hadir kerana keturunan mereka yang terkenal dengan susu yang melimpah ruah. Produksi susu ibu tidak hadir hanya dengan goyang kaki. Tetapi produksi susu ibu hadir bersama doa, harapan, usaha, ilmu dan disiplin yang tinggi.

Ibu-ibu semua, jangan kita dengki dan mengutuk mereka yang kelihatan begitu teruja mahu berkongsi kisah penyusuan mereka. Jangan kita membentak mereka dengan kata-kata yang melukakan hati. Ketahuilah, itu adalah antara cara dan usaha mereka memotivasikan diri. Percayalah, bukan mudah mereka melaluinya.

Guna Botol vs Secara TerusRamai di kalangan para ibu yang mahu menjayakan penyusuan melalui botol tidak sedar mereka secara tidak langsung telah 'membunuh diri' mereka sejak dari awal tempoh pengenalan botol. Mengapa saya berkata begitu?

Mari kita bincangkan dengan lebih terperinci. Perasankah ibu-ibu semua, kebanyakan daripada kita yang menggunakan botol mesti mempunyai bajet jumlah kandungan susu yang perlu ada di dalam botol itu. Dalam erti kata lain, ramai para ibu terbiasa dengan konsep 'Sukat Susu Ikut Umur'.

Konsep ini memang biasa dipraktiskan kepada bayi yang minum susu formula. Contohnya:

Bayi dalam pantang: 2 ozBayi 3-4 bulan: 3ozbayi 5-6 bulan: 4-5oz dan sebagainya.

Inilah yang saya panggil skil 'bunuh diri'. Kita kaji dengan lebih mendalam. Saya kongsikan sendiri pengalaman saya sebagai seorang ibu yang pernah menyusukan secara terus selama 1.4 tahun.

Bayi yang menyusu secara terus mengikut pengalaman saya sebenarnya tidak terlalu memberi fokus kepada jumlah kandungan susu mereka, tetapi lebih kepada kekerapan mereka menyusu. Pernyataan ini tidak ditujukan kepada bayi di dalam tempoh pantang. Mengapa? Ini kerana bayi di dalam tempoh pantang memang kuat menyusu dan ini membantu mereka mematangkan sistem tubuh yang ada serta membesar dengan lebih cepat dan sempurna.

Apabila kita sudah mula mengajar kita minum dengan jumlah yang banyak sejak kecil, secara automatik kita mendesak diri kita bekerja dengan lebih keras bagi memenuhi keperluan bayi kita. Kepada para ibu yang mempunyai disiplin yang tinggi, pasti tidak timbul masalah. Tetapi bagaimana dengan para ibu yang sering culas dan mencipta pelbagai alasan.

Page 5: Panduan Tambah Susu Ibu

Saya ada seorang kawan yang sudah menyusukan anak lelakinya selama lebih setahun, tetapi masih mempraktikkan kandungan susu sebanyak 3oz bagi setiap sesi menyusu. Sehingga sekarang, alhamdulillah, langsung tiada masalah di dalam sistem yang diciptanya. Malah, anaknya tetap membesar dengan aktif, sihat dan mempunyai badan yang 'tegap'.

Perspektif Saiz BayiSatu lagi faktor bunuh diri sekaligus menjadi mitos di dalam dunia penyusuan ibu ialah saiz badan bayi. Kepada ibu-ibu yang terperangkap dengan mitos ini, tenangkan diri anda bagi menangkis kata-kata luar yang memedihkan hati.

Ayat 1. "Patutlah anak dia semangat, minum susu badan katakan."

Ayat 2. "Cuba tengok anak awak ni, kurus dan kecil semacam sahaja. Itulah, asytyik minum susu badan sahaja, mana cukup. kasihan bayi ni. Cuba bagi minum susu formula, mesti sihat gebu macam anak si polan."

Berdasarkan ayat-ayat di atas, apa kesimpulan yang ibu-ibu semua dapat? Betapa kebanyakan manusia tidak pernah bersyukur dan suka mencari jalan menjatuhkan semangat orang lain. Kurus ditegur, berisi pun menjadi buah mulut.

Ibu-ibu jangan kecewa apabila melihat tubuh anak anda tidak membesar seperti yang diharapkan. Perasankah ibu-ibu semua, walaupun tubuh anak kita yang menyusu badan tidak besar mana, tetapi badan mereka lebih mantap dan beruas tulangnya daripada bayi yang menikmati susu formula? Tubuh badan bayi kita dipengaruhi oleh pelbagai faktor. Faktor paling dekat ialah faktor keturunan. Hairankah melihat ibu bapa yang kecil, tetapi anak mereka yang menyusu badan sihat 'semacam', ada juga ibu bapa yang besar, anaknya kecil melidi. Fikir dengan lebih jauh, mungkin atuk, nenek atau moyang mereka bertubuh begitu. Jangan sempitkan fikiran kita. Sentiasa positif dan berbaik sangka. InsyaAllah, jiwa tenang, produksi pun meningkat =)

Nota comel: Ini adalah konsep dan teori yang saya kaji sendiri. Tiada istilah BETUL dan SALAH. Ibu-ibu semua bebas untuk percaya mahupun tidak =)

Petua Banyakkan Susu BadanTerdapat beberapa sebab berlakunya keadaan dimana ib...u merasakan susu yang dihasilkan semakin berkurangan. Keadaan ini mungkin disebabkan si ibu tidak memulakan penyusuan awal atau tidak menyusukan bayi dengan kerap. Sekiranya si ibu menyusukan anak secara eksklusif bermula sebaik sahaja bayi dilahirkan, susu akan keluar melimpah-limpah dan payudara sentiasa penuh walaupun baby sedang menyusu, ini kerana semasa baru melahirkan (berpantang), badan ibu belum adjust dgn hormon yg dihasilkan. Namun, setelah beberapa bulan, badan ibu sudah adjust sepenuhnya pada hormon dan susu yang dihasilkan akan mengikut keperluan baby, kalau ibu menyusukan anak

Page 6: Panduan Tambah Susu Ibu

secara eksklusif dan anak menghisap kedua2 belah payudara, maka susu yg terhasil banyak(walaupun tak sebanyak semasa berpantang). Ada berbagai2 cara untuk menambahkan penghasilan susu badan, antaranya ialah :

1. Susukan bayi bila-bila masa dia berasa lapar : Lebih banyak bayi menyusu lebih banyak susu yang akan terhasil.

2. Susukan bayi pada kedua-dua belah payudara sehingga bayi itu sendiri yang melepaskan puting setelah dia kekenyangan. Ini akan meransang lebih banyak penghasilan susu.

3. Jarak antara penyusuan mestilah tidak melebihi 2 jam. Susukan sekerap yang boleh, berikan bayi peluang untuk menghisap dari payudara untuk merangsang penghasilan susu

4. Jangan lupa untuk berasa tenang sewaktu menyusukan bayi. Ini kerana perasaan tertekan atau kurang keyakinan tentang kemampuan untuk menyusukan bayi juga boleh menyebabkan susu berkurangan. Dapatkan rehat yang secukupnya.

5. Dinasihatkan tidak memberi bayi makanan lain selain daripada susu badan terlalu awal, seperti makanan tambahan, jus2, air masak atau buah buahan kepada bayi berumur kurang 6 bulan, kerana apabila baby mendapat makanan tambahan, bayi akan kurang menyusu dan ini sekaligus akan mengurangkan penghasilan susu pada ibu.

6. Penghasilan susu juga boleh terjejas akibat pemakanan. Bagi memastikan anda makan dengan betul, anda boleh melakukan perkara-perkara berikut:• Ambil hidangan seimbang berpandukan Panduan Piramid Pemakanan.• Banyakkan minum air (digalakkan air Kosong suam) sepanjang hari.• Hanya ambil suplemen jika dinasihatkan oleh doktor.• Makan pelbagai jenis makanan yang kaya dengan nutrien.

7. Amalkan surah Al-Baqarah ayat 60 atau surah hujurat dan sapu di kedua belah payudara. Sambil menyusukan, sentiasalah usap rambut bayi, cium bayi.

8. Petua masyarakat kita:

* Cekur Manis 

Cekur manis (atau nama lain pucuk manis) digunakan dalam perubatan tradisional untuk membanyakkan susu ibu. Caranya daun cekur manis yang telah dihancurkan ditampal pada payu dara ibu, dibasuh selepas kering. - Portal herba melur.com

* Kacang Tanah

Page 7: Panduan Tambah Susu Ibu

Kacang tanah mengandungi protin yang tinggi, zat besi, vitamin E, kalsium, vitamin B kompleks dan fosforus. Malah kandungan protin dalam kacang tanah adalah jauh lebih tinggi dari daging, telur dan kacang soya. Ia juga mengandungi asid amino yang tinggi. Bagi menambah kandungan susu badan ibu yang menyusukan bayi, digalakkan mengambil kacang tanah yang dipanggang bersama susu kambing. Bagi bayi yang alah terhadap kacang tanah, ibu-ibu dinasihatkan tidak mengamalkan petua ini

* Air Longan

Longan kering biasanya boleh dibeli di pasaraya atau kedai ubat cina. Rebus segenggam longan kering yang telah dibasuh bersih dengan 3 cawan air sehingga kembang. Minum airnya. (Dalam perubatan tradisional Cina, longan dikatakan dapat menenangkan jiwa.)

* Halba dan Jintan Hitam

Terdapat beberapa jenis rempah yang biasa digunakan dalam masakan dapat menambahkan susu badan. Paling popular ialah halba. Halba boleh didapati di kedai runcit mamak atau pasaraya besar. Cuci halba, keringkan, kemudian simpan dalam bekas bertutup. Antara cara yang paling sesuai mengambilnya dengan tidak memudaratkan appendiks ialah dengan merendamkan sesudu halba dalam segelas air panas selama 15 minit. Tapis dan minum airnya sahaja. Jintan hitam (habbatus sauda) juga boleh diambil untuk tujuan dan kaedah yang sama seperti halba,

* Bunga Melur

Bunga melur atau nama saintifiknya Jasminum Sambac banyak digunakan dalam perubatan terutamanya dalam perubatan ayurveda oleh masyarakat india. Bagi masyarakat melayu antara kegunaannya ialah untuk menambahkan air susu ibu. Caranya daun bunga melur digiling hingga halus dan ditampal sekeliling payudara diwaktu pagi sebelum mandi. Cuci bersih sebelum menyusukan bayi.

Bagi ibu yang berhasrat memberhentikan susu ibu pula, gunakan daun bunga melur untuk tujuan ini. Caranya, tumbuk lumat daunnya dan ditampal pada payudara. - melur.comLobak putih sangat bagus untuk ibu menyusu. Jika anda menambahkan sotong kering ke dalam sop lobak putih, ia berupaya menambahkan lagi susu badan. Walaupun bersifat sejuk, ia mengandungi banyak vitamin dan mineral. Sumber potassium, folat dan vitamin C yang sangat baik. - soupqueen.blogspot.com

* Lobak Putih

Tidak perlu dimasak dan boleh dimakan begitu saja (mcm mkn ulam!) lobak

Page 8: Panduan Tambah Susu Ibu

putih dibuang kulitnya dan dihiris boleh ditambah dgn hirisan bawang besar beserta kicap. atau tambah hirisan bawang beserta garam.

* Pucuk BetikAir rebusan daun betik muda boleh melancar dan menambahkan susu bagi ibu-ibu yang menyusui bayi mereka dengan susu badan. Rebus beberapa helai daun betik yang sederhana muda. Air rebusan tersebut hendaklah diminum dua hingga tiga kali sehari.

* Tuaman Daun Sirih 

Sapukan sedikit minyak kelapa pada daun sirih. Kemudian layurkan pada api sehingga layu. Setelah suam, tekapkan pada buah dada. Lakukan setiap hari sehingga susu badan anda banyak

* Jantung Pisang

Jantung pisang bukan sahaja sedap dimakan, ia juga berkesan untuk menambahkan susu badan bagi ibu yang mengalami kekurangan susu badan... Makan dengan dicelur bersama sambal belacan, dibuat kerabu atau dibuat gulai masak lemak cili api.

* Makanan Tinggi CLA

Ibu menyusu yang makan makanan tinggi kandungan conjugated linoleic acid (CLA) boleh meningkatkan kandungan kumpulan asid lemak ini dalam susunya. Asid-asid lemak ini mempunyai pelbagai kebaikan dalam penjagaan kesihatan antaranya kesan anti kanser, anti oksida, pengurangan berat badan dan pengurangan risiko sakit jantung.

Dalam kajian yang didedahkan dalam Jurnal Kajian Pemakanan ini, susu perahan ibu menyusu yang makan biskut diperkaya CLA ini didapati mempunyai kandungan asid lemak lebih 46% berbanding ibu menyusu yang makan biskut biasa. CLA dalam susu ibu mencapai tahap tertingginya selepas 8 ke 28 jam ibu-ibu memakan biskut khas ini.

Kandungan CLA yang tinggi secara semulajadinya terdapat dalam makanan seperti susu, keju, telur, minyak sayuran dan sesetengah jenis daging (ayam, daging lembu dan kambing yang makan rumput - bukan bijirin). Kebanyakan kajian tentang CLA dan kesannya terhadap manusia menggunakan supplement komersial.

* Kurma

Unsur zat besi dan kalsium yang terdapat di dalam buah kurma adalah unsur yang paling tinggi bagi membentuk susu ibu. Bagi Ibu-ibu yang mempunyai

Page 9: Panduan Tambah Susu Ibu

masalah kekurangan susu, maka dengan memakannya dapat menggalakkan pertambahan kandungan susu.

* Antara makanan yang mungkin menambah penghasilan susu ibu

1. Makanan mengandungi vitamin B seperti kekacang, dal.2. Jambu batu – makan begitu sahaja.3. Sawi, kacang panjang, kacang buncis, jagung muda – goreng atau sup.4. Daun atau pucuk meranti masak lemak putih, tumis air atau goreng.5. Oat – dijadikan minuman, biskut, bubur atau salutan pada makanan 

sebelum dimasak.6. Madu – gunakan sebagai pemanis dalam minuman, sapuan pada roti atau

cicah pada lempeng susu beroat.7. Red raspberry leaves – suplemen dari farmasi8. Barli – air atau bubur barli.9. Pucuk manis – masak lemak bersama ubi keledek.10.Pucuk pegaga – dijadikan ulam atau jus.11.Daun kucai – goreng bersama tauge dengan tauhu dan tempe.12.Air soya dan produk soya seperti tauhu, taufufa, tempe.13.Air Horlicks14.Susu, produk tenusu dan pil kalsium (ibu menyusu akan menyalurkan

kalsiumnya pd anak yang disusuinya. Ini akan menyebabkan ibu kurang kalsium. - Kalau taknak tulang reput cepat n gigi goyang berderai cepat, mknlah kalsium ya!)

15.Teh hijau jepun16.Makanan mengandung yis seperti roti, donut, tapai pulut dan sebagainya.17.Bawang putih mengandungi banyak sulfur yang bagus untuk sendi dan

membantu penghasilan susu.18.Kacang merah : rebus kacang merah tanpa gula. Minum air dan

kacangnye sekali.19.Ubat homeopati.

Petua Membanyakkan Air SusuPetikan diubah dari http://memorisusuanku.blogspot.com, http://alinalan.blogspot.com

Ada pelbagai cara membanyakkan air susu sama ada dari segi pemakanan, minuman dan amalan. Berikut adalah hasil dari pembacaan dari website-website kawan-kawan, majalah dan dari orang-orang yang berpengalaman yang boleh dijadikan rujukan sebagai cara untuk menambahkan susu ibu. Tidak semua petua ini serasi dengan semua ibu. Ia bergantung kepada badan masing-masing. Selamat mencuba!

Zikir dan Doa

- Berzikir dgn kalimah YA MATIN (Maha Sempurna KekuatanNya) 70 kali setiap

Page 10: Panduan Tambah Susu Ibu

hari. Waktu yg paling bagus adalah pada waktu malam dan subuh. Anda juga boleh bacakan zikir tersebut dan hembuskan ke dalam segelas air lalu diminum. - Baca doa untuk ibu-ibu- "Ya ALLAH...permudahkanlah segala urusan kehidupanku, banyakkanlah susuku untuk bayiku, dan permudahkanlah perjalananku untuk menyusukan anakku agar menuruti segala yang telah Engkau syariatkan...AMIN..." - Baca Selawat dan bismillah sebelum menyusu dan mengepam. - Baca surah albaqarah ayat 60; letakkan tangan pada payudara, usap, dan doa dalam hati semoga Allah murahkan rezeki anak kita & supaya kita mampu keluarkan susu yang cukup pada anak kita hingga sekurang-kurangnya umurnya

2 tahun...InsyaAllahMaksud ayat : Dan (ingatlah) ketika Nabi Musa memohon supaya diberi air untuk kaumnya, maka Kami berfirman: "Pukullah batu itu dengan tongkatmu", (ia pun memukulnya), lalu terpancutlah dari batu itu dua belas mata air sesungguhnya tiap-tiap satu puak (di antara mereka) telah mengetahui tempat minumnya masing-masing. (Dan Kami berfirman): "Makanlah dan minumlah kamu dari rezeki Allah itu, dan janganlah kamu merebakkan bencana kerosakan di muka bumi". 

Makanan- Lobak putih; boleh dimasak buat sup atau jus- Bayam - Broccoli; sumber kalsium yang baik.- Sawi - Cekur Manis - dimasak rebus/lemak manis. Atau dihancurkan ditampal pada payu dara ibu, dibasuh selepas kering.- Pegaga, daun pucuk betik, jantung pisang; dimakan sebagai ulam, rebus atau urap. Urap tu campuran kelapa, daun, bawang merah, bawang putih, ikan bilis/ udang kering.- Kacang Hijau; bubur kacang hijau- Kacang Tanah; kacang tanah yang dipanggang bersama susu kambing- Daun Kucai; daun kucai dan ikan bilis secukupnya dan rebus, makanlah bersama-sama nasi.- Petola, daun turi; masak lemak manis- Kacang Buncis

Page 11: Panduan Tambah Susu Ibu

- Kacang Dal; makan dengan roti canai- Pucuk betik- Roti; segala jenis roti especially roti planta- Kurma; makan begitu sahaja atau buat jus- Madu; sebagai pemanis dalam minuman - Kismis; 7 biji setiap pagi, tengahari dan malam- Ikan Tenggiri- Sengkuang Cina- Biskut bijirin - Buah Laici, Longan, Mata Kucing, Rambutan - bukan yang dalam tin / di proses- Halba - masak dengan nasi (nasi dagang)

Minuman- Air masak; minum lebih 3 liter sehari- Susu; Susu Anmum Breastfeeding yang paling sesuai.- Longan Kering; Samada dibuat jus atau dimakan begitu sahaja / direbus- Halba; rendam dan minum airnya. Boleh juga telan sesudu kecil dengan air suam- Oat; boleh ditambah dalam minuman/makanan- Amalkan minum milo/nestum/ Horlicks- Amalkan meminum air rebusan buah pala/jus pegaga/spirulina- Soya - Kurma; makan begitu sahaja atau buat jus- Air Kelapa- Air Sengkuang Cina; boleh beli yangg dalm tin jenama season F&N atau buat sendiri, kisar buah sengkuang rebus dengan sedikit gula- Daun betik;rebus beberapa helai daun betik yang sederhana muda. Air rebusan tersebut hendaklah diminum dua hingga tiga kali sehari- Lobak putih;parut lobak putih dan kisar hingga halus. Campurkan dengan satu gelas air suam. Minum dua kali sehari. Atau campurkan lobak putih dan lobak kuning, dikisar dan ambil patinya, bancuh dengan susu minum.- Milkmaid tea- Melilea Organic Soya Drink- Autumnz Organic Nursing Tea - Joy Angel Nursing Tea 

Makanan Tambahan- Pil Kalsium- Obimim- Omega 3- Vitamin C- Jamu yang membanyakkan air susu contoh PIL ASI, jamu nona roguy (phytonatal)- Alfalfa (Shaklee)- Bidadari (DCL)- GNC fenugreek - Halba dlm bentuk kapsul keluaran GNC- Habatussauda 

Page 12: Panduan Tambah Susu Ibu

- Organic Spirulina- Melilea Greenfield Organic - ML; Goat's Rue Vegetarian Capsules - ML; More Milk Plus Vegetarian Capsules - ML; More Milk Special Blend Alcohol-free tincture (2oz) 

Lain-lain Amalan- Selalu bersihkan puting untuk memudahkan liang-liang susu keluar dgn laju- Kerapkan pengepaman setiap 2-3 jam sekali masa didalam pantang, insyallah susu akan berlebihan nanti. - Kerapkan pengepaman waktu malam, kerana waktu malamlah yang merangsangkan hormon payudara untuk membanyakkan air susu.- Wajib mengurut badan satu bulan sekali. Boleh betulkan perjalanan urat-urat payudara.- Pam susu sambil lihat muka anak atau gambar anak di telifon bimbit atau bayangkan wajah comel anak yang menjadi segala-galanya dalam hidup.- Sentiasalah berdoa pd Allah, semoga diberi ketenangan dan dibanyakkan air susu. Usaha dan tawakkal adalah sebaiknya. Elok diamalkan selepas solat, sebelum mulakan sesi mengepam, semasa mengepam dan selepas pam.- Rehatlah secukupnya. Jauhi stres kerana stres akan menyebabkan hormon oksitosin terencat, sekaligus merencat pemancutan susu ibu. Bawa bayi tidur bersama anda setiap masa anda dengan bayi (hari cuti).- Susuilah bayi dengan kedua-dua belah payudara sehingga bayi sendiri yang melepaskan puting setelah dia tertidur kekenyangan. Ini akan meransang lebih banyak penghasilan susu. - Ibu juga digalakkan memerah susu pada sebelah payudara sambil bayi menghisap payudara yang satu lagi

Wajib ditinggalkan- Minuman Ais- Minuman bergas

Bertenang sama ada semasa menyusu bayi atau sesi mengepam. Sedikit tekanan pun boleh kurangkan pengeluaran susu. 

Cara Menambah Susu Badan dengan cara sihat dan semulajadi  untuk menjayakan perjalanan penyusuan si manja anda sehingga dua tahun atau sekurang-kurangnya 6 bln, banyak factor yang mesti diambil perhatian. Ramai ibu-ibu menyatakan kepada saya bahawa susu mereka  tiada, susu mereka kurang. Tahukan anda bahawa..tiada isitilah susu tiada atau susu kurang tetapi kita yg tidak memenuhkan ilmu didada tentang ilmu penyusuan. Menyusu

Page 13: Panduan Tambah Susu Ibu

bayi Nampak mudah. Namun hakikatnya tidak. Si ibu perlulah kuat semangat dan mempunyai keazaman yang tinggi. Lengkapkan ilmu tentang penyusuan. Disini saya kongsikan tips bagaimana cara  untuk menambah susu badan.

Doa- Amalkan zikir-zikir untuk menambah susu seperti Ya Maatin, selawat dan sebagainya.  Sentiasalah berdoa supaya anda berjaya menyusukan anak anda sehingga berumur dua tahun terutamanya  setiap kali selepas solat.Point-point di atas adalah antara cara menambah susu badan. Selain itu,jika anda ibu-ibu yang menyusu bayi berasa cepat letih, tiada tenaga, selalu stress dan tertekan, saya mencadangkan agar anda mengambil suplemen tambahan bagi menampung kekurangan nutrisi di dalam tubuh anda. Suplemen berfungsi untuk memastikan tubuh kita sihat, ada tenaga, tidak stress. Barula penyusuan dapat berlangsung dengan lancar 

Pemakanan penggalak susu (milk booster)Antara cara untuk menambah susu badan adalah melalui pemakanan. Terdapat pelbagai makanan/tumbuhan yang dikelaskan sebagai penggalak susu/milk booster.  Antaranya ialah:

Lobak putih- Sesuai dimasak sup bersama daun kucai dan ikan bilis.  Boleh juga dikikis dan direndam di dalam air suam sebelum diminum begitu sahaja. Buah longan kering - Rebus longan kering bersama kurma kering, kismis atau barli.  Lebih sedap jika dimasukkan sedikit gula merah. Kurma - Makanan sunnah yang kaya dengan pelbagai khasiat, di antaranya adalah protein, serat, glukosa, vitamin A, vitamin C, sodium dan potassium.  Ia juga kaya dengan zat besi dan membekalkan kalori segera yang diperlukan terutamanya buat ibu menyusu Pucuk betik/Betik muda- Pucuk betik atau betik muda boleh dimakan mentah dan dimakan bersama nasi sebagai ulam-ulaman. Halba/Fenugreek- Rendam sedikit halba dengan air suam dan minum airnya.  Boleh juga diletakkan di dalam masakan seperti sup, kari atau nasi. Habbatus sauda/Jintan hitam/Black seed

Page 14: Panduan Tambah Susu Ibu

- Salah satu makanan sunnah yang diamalkan Rasulullah.  Amat berkhasiat sehinggakan Rasulullah pernah bersabda bahawa ia berupaya mengubati pelbagai penyakit kecuali maut.  Boleh didapati dalam bentuk kapsul. Moringa/murunggai/pokok kelor- Pokok murunggai terkenal di kalangan masyarakat India dan dikenali sebagai pokok kelor dalam masyarakat Melayu kita.  Selain menambah susu ibu ia juga sesuai dimakan ketika sakit tekak ataupun selesema. Boleh didapati dalam bentuk kapsul dan uncang teh. Jantung pisang- Boleh di celur dan dimakan seperti ulam-ulaman atau dimasak gulai lemak. Daun cekur manis/pucuk manis- Sedap dimasak gulai lemak sepertimana ulam jantung pisang. Kacang soya- Makanan berasaskan kacang soya seperti air soya, tempe atau tauhu diketahui umum berupaya menambah pengeluaran susu ibu. Walaubagaimanapun, pengambilan susu soya buatan sendiri adalah tidak digalakkan kerana kemungkinan besar anda akan terdedah kepada kesan negatif kacang soya yang tidak diingini.  Pengambilan Air- Haruslah diingat bahawa ibu menyusu mestilah kerap meminum air kosong supaya tidak mengalami dehidrasi atau kekurangan air dalam badan.  Dehidrasi boleh membuatkan susu ibu menjadi kurang.  Oleh itu, ibu menyusu haruslah meminum air masak (plain water) sekurang-kurangnya 3 liter sehari.

Pemakanan seimbang- Pemakanan ibu menyusu haruslah seimbang seperti mana yang disarankan dalam piramid kesihatan.  Lebihkan sayur-sayuran hijau dan buah-buahan dalam diet seharian.  Selain matlamat menyusukan bayi, para ibu haruslah menjaga kesihatan diri.

PsikologiSusu saya cukup untuk bayi saya!Dari sudut psikologi pula, digalakkan para ibu berfikiran positif dengan beranggapan bahawa susu ibu yang dihasilkan adalah mencukupi untuk bayi. Elakkan dari stress atau tekanan kerana ia akan mempengaruhi pengeluaran susu ibu.  Sentiasa tetapkan dalam minda yang mengatakan bahawa susu saya cukup untuk bayi saya.  Insha-Allah, ibu akan berasa lebih tenang dan tidak tertekan, seterusnya dapat meningkatkan pengeluaran susu ibu.

Kekerapan mengepam

Page 15: Panduan Tambah Susu Ibu

- Pengeluaran susu ibu adalah berdasarkan kepada konsep DEMAND VS SUPPLY.  Apabila anda semakin kerap menyusukan atau mengepam susu, otak mendapat signal untuk menghasilkan lebih banyak susu untuk bayi anda.   Mengepamlah dengan konsisten tanpa menunggu payudara bengkak/breast penuh.  Lebih kerap payudara dikosongkan, lebih banyak susu ibu yang akan terhasil.   Sebaik-baiknya mengepamlah setiap 2-3 jam sekali terutamanya semasa bayi tiada bersama anda.