panduan simple menulis ebook oleh neal izham

9
Panduan simple menulis ebook

Upload: universiti-malaya-kuala-lumpur-malaysia

Post on 26-May-2015

875 views

Category:

Education


6 download

DESCRIPTION

Find out more related information here http://www.nealizham.com

TRANSCRIPT

Page 1: Panduan Simple Menulis Ebook oleh Neal Izham

Panduan simple menulis ebook

Page 2: Panduan Simple Menulis Ebook oleh Neal Izham

NOTIS & HAK

Penulis telah mencuba untuk menulis dengan tepat dan lengkap dalam menghasilkan

e-book ini. Walaubagaimanapun, penulis tidak bertanggungjawab seandainya setiap

fakta yang diberi sudah tidak relevan disebabkan oleh perubahan yang sentiasa berlaku

di dunia internet kini.

Kesemua teknik atau cara atau tips yang diberi dalam e-book ini telah dicuba sendiri

oleh penulis. Oleh itu sekali lagi, penulis tidak akan bertanggungjawab jika pembaca e-

book ini melakukan kesilapan, bersikap cuai dan tersalah anggap terhadap informasi

yang diberi. Jika terdapat mana-mana individu atau syarikat atau pertubuhan yang

terasa dipergunakan dalam e-book ini, hal itu adalah tidak disengajakan dan tidak akan

diambil perhatian.

Tiada jaminan bahawa para pembaca akan menjana keuntungan yang sama seperti

penulis. Para pembaca dinasihatkan agar menilai dengan teliti terhadap kebolehan

informasi yang diberi sebelum bertindak. E-book ini dibuat bukan bertujuan untuk

menjadi satu sumber yang sah dalam perniagaan, perakaunan dan nasihat kewangan.

Dengan ini, para pembaca sekali lagi dinasihatkan agar dapatkan perkhidmatan yang

professional, cekap dan sah dalam merangka perniagaan, perakaunan dan hal

kewangan.

Akhir sekali, pembaca didorong untuk mencetak e-book ini supaya mudah dalam

membuat bacaan.

Page 3: Panduan Simple Menulis Ebook oleh Neal Izham

BIODATA PENULIS

Neal Izham Sharifudin, dilahirkan di

Kluang, Johor. Mendapat pendidikan awal di

Negeri Johor dan mendapat peluang

melanjutkan pelajaran di MRSM Jasin (Ditukar

kepada MRSM Tun Ghaffar Baba).

Berjaya mendapat keputusan yang

cemerlang pada peringkat PMR dan SPM

seterusnya menyambung pengajian ke

peringkat matrikulasi di Tangkak. Masakini

beliau merupakan pelajar sepenuh masa di

Universiti Malaya dalam jurusan Kejuruteraan

Awam.

Merupakan seorang pelajar yang aktif dalam sukan tenis dan mempunyai

minat yang mendalam dalam bidang inovatif dan juga dunia perniagaan. Pernah

berjaya merangkul anugerah rekacipta sewaktu di peringkat sekolah lagi. Beliau

mula menceburikan diri dalam bidang perniagaan melalui perniagaan milik

ayahnya, dalam perniagaan jus buah-buahan.

Beliau juga dianugerahi pemikiran yang kritis dan kreatif, sentiasa

mempunyai sifat ingin tahu yang tinggi dan berfikiran ke hadapan untuk

menangani sesuatu cabaran. Pelbagai pengalaman hidup yang berharga telah

menjadi anjakan paradigma baginya untuk terus maju.

Pengalaman-pengalaman ini menemukan beliau kepada keajaiban dunia

ICT dalam membantu selok-belok perniagaan sekaligus membuatkan beliau

bertekad untuk memberikan sepenuh komitmen untuk memberikan yang terbaik.

Page 4: Panduan Simple Menulis Ebook oleh Neal Izham

Pendahuluan.

Walau sehebat mana anda melakukan pemasaran di Internet, anda masih belum

mampu memperoleh pendapatan yang di peroleh oleh mereka yang memiliki

produk sendiri. Memiliki produk sendiri adalah kemestian di dalam dunia

perniagaan internet.

Industri ebook yang menjanjikan keuntungan jutaan ringgit, tidak patut anda

ketepikan dari perancangan anda. Anda hanya perlu menulis dan anda boleh

biarkan di dalam pasaran dalam masa tertentu untuk di jual. Industri maklumat

adalah industri terpantas mengalami evolusi. Jadi, maklumat anda perlulah

sentiasa relevan.

Berikut adalah empat langkah simple sebagai panduan untuk anda menulis

ebook :

Langkah pertama : Lakukan kajian mengenai tajuk yang anda tulis.

Perkara pertama yang perlu ada di minda anda adalah bukan menulis apa yang

anda mahu tulis tetapi tulis apa yang orang mahu anda tulis. Selepas anda

Page 5: Panduan Simple Menulis Ebook oleh Neal Izham

membuat keputusan untuk menulis mengenai apa, anda lakukan kajian di internet

mengenai tajuk anda itu.

Cari maklumat yang terbaru dan yang paling menarik mengenai tajuk anda

kemudian tuliskan ia di dalam ebook anda. Sebagai panduan, anda boleh

senaraikan rumusan mengenai ebook anda sebelum anda menulis ebook anda.

Contohnya anda memilih niche kencing manis.

Melalui niche tersebut anda boleh kecilkan skop ebook anda kepada rawatan

herba terhadap kencing manis. Melalui skop inilah anda melakukan kajian dan

seterusnya tulis ebook berdasarkan kefahaman anda. Berdasarkan kajian, anda

tulis kandungan ebook anda.

Langkah Kedua : Tulis pendahuluan ebook.

Selepas melakukan kajian, langkah pertama adalah menulis pendahuluan ebook.

Pendahuluan akan mempengaruhi keseluruhan ebook anda. Pendahuluan juga

akan mempengaruhi minda pembaca. Semasa anda menulis pendahuluan untuk

ebook anda, anda perlu setkan di dalam minda anda bahawa pendahuluan adalah

untuk memberi kefahaman kepada pembaca mengenai keseluruhan ebook anda.

Page 6: Panduan Simple Menulis Ebook oleh Neal Izham

Pada pendahuluan, anda perlu fahamkan pembaca apa yang bakal mereka

tempuhi dan pelajari di dalam ebook anda. Beritahu mereka perjalanan ebook

anda supaya mereka tahu bahagian mana yang mereka patut beri tumpuan

sepenuhnya dahulu.

Langkah ketiga : Fokus idea pada setiap bab.

Untuk memudahkan anda menulis, anda boleh fokus satu idea pada satu bab. Jika

di dalam idea tersebut terdapat beberapa idea kecil, anda boleh wujudkan

beberapa bahagian di dalam bab tersebut. Adalah lebih mudah untuk fokus pada

satu idea supaya anda boleh beri yang terbaik untuk setiap topik yang anda tulis.

Satu idea untuk satu bab akan memberi struktur yang bagus pada ebook anda.

Pembaca akan lebih memahami apa yang anda sampaikan . Pendahuluan ebook

adalah berkisarkan keseluruhan idea manakala setiap bab pula mengandungi satu

idea. Ini, akan memberi kepuasan kepada pembaca ketika membaca ebook anda.

Langkah Kelima : Satukan semua bab dan tulis penutup.

Proses terakhir menulis ebook adalah satukan semua bab dan tulis penutup.

Penutup berkisarkan rumusan bagi keseluruhan idea yang ada di dalam ebook

Page 7: Panduan Simple Menulis Ebook oleh Neal Izham

anda. Pada penutup, anda ulang semula idea utama anda. Kemudian, anda

lakukan rumusan bagi setiap bab. Ini memudahkan pembaca untuk ingat kembali

apa yang mereka baca di dalam ebook anda.

Selepas siap proses ini, makan ebook anda sudah siap dan sudah boleh di

pasarkan kepada pengguna.

Penutup

Proses menulis ebook adalah mudah sahaja. Apa yang penting di dalam penulisan

adalah anda memberi kefahaman kepada pembaca ebook. Jika pembaca faham

apa yang anda tulis, ebook anda sudah berada dalam keadaan baik. Ebook bukan

buku, jadi tiada nilai sastera di dalamnya. Anda sampaikan apa yang perlu sahaja

tanpa perlu memanjangkan ebook anda dengan maklumat yang tidak berfaedah.

Page 8: Panduan Simple Menulis Ebook oleh Neal Izham

Tawaran Istimewa

Dapatkan khidmat nasihat

Memandangkan anda telah berjaya membaca sampai ke tahap ini, saya percaya anda

seorang yang serius untuk menambah ilmu.

Oleh itu, saya memberi peluang khas kepada anda untuk mendapatkan khidmat nasihat

secara terus melalui email sebagai tanda penghargaan kerana menghabiskan

membaca ebook ini.

Subjek email haruslah dinamakan “Bonus Khidmat Nasihat” dan diikuti dengan

pertanyaan anda ke neal_izham[at]yahoo.com.

Berikan detail yang secukupnya agar urusan lebih mudah dan lancar.

Dapatkan Diskaun 50% untuk ebook Premium

Gunakan kupon unik ini : “50ebooknealizham”

Untuk dapatkan harga diskaun setengah harga bagi ebook-ebook pemium saya.

http://www.BlogMudah.info

Page 9: Panduan Simple Menulis Ebook oleh Neal Izham

http://www.Affiliate-Malaysia.info

http://www.MLM-Malaysia.com