14 rahsia affiliate oleh neal izham

21
14 Rahsia Dalam Pemasaran Affiliate Page 1 14 Rahsia Dalam Pemasaran Affiliate “ Ketahui Langkah-langkah Mudah Menjadi Top Affiliate! “

Upload: universiti-malaya-kuala-lumpur-malaysia

Post on 26-May-2015

348 views

Category:

Education


7 download

DESCRIPTION

Find out more related information here http://www.nealizham.com

TRANSCRIPT

Page 1: 14 Rahsia Affiliate oleh Neal Izham

1 4 R a h s i a D a l a m P e m a s a r a n A f f i l i a t e

Page 1

14 Rahsia Dalam Pemasaran

Affiliate

“ Ketahui Langkah-langkah Mudah

Menjadi Top Affiliate! “

Page 2: 14 Rahsia Affiliate oleh Neal Izham

1 4 R a h s i a D a l a m P e m a s a r a n A f f i l i a t e

Page 2

NOTIS & HAK

Penulis telah mencuba untuk menulis dengan tepat dan lengkap dalam menghasilkan

e-book ini. Walaubagaimanapun, penulis tidak bertanggungjawab seandainya setiap

fakta yang diberi sudah tidak relevan disebabkan oleh perubahan yang sentiasa berlaku

di dunia internet kini.

Kesemua teknik atau cara atau tips yang diberi dalam e-book ini telah dicuba sendiri

oleh penulis. Oleh itu sekali lagi, penulis tidak akan bertanggungjawab jika pembaca e-

book ini melakukan kesilapan, bersikap cuai dan tersalah anggap terhadap informasi

yang diberi. Jika terdapat mana-mana individu atau syarikat atau pertubuhan yang

terasa dipergunakan dalam e-book ini, hal itu adalah tidak disengajakan dan tidak akan

diambil perhatian.

Tiada jaminan bahawa para pembaca akan menjana keuntungan yang sama seperti

penulis. Para pembaca dinasihatkan agar menilai dengan teliti terhadap kebolehan

informasi yang diberi sebelum bertindak. E-book ini dibuat bukan bertujuan untuk

menjadi satu sumber yang sah dalam perniagaan, perakaunan dan nasihat kewangan.

Dengan ini, para pembaca sekali lagi dinasihatkan agar dapatkan perkhidmatan yang

professional, cekap dan sah dalam merangka perniagaan, perakaunan dan hal

kewangan.

Akhir sekali, pembaca didorong untuk mencetak e-book ini supaya mudah dalam

membuat bacaan.

Page 3: 14 Rahsia Affiliate oleh Neal Izham

1 4 R a h s i a D a l a m P e m a s a r a n A f f i l i a t e

Page 3

BIODATA PENULIS

Neal Izham Sharifudin, dilahirkan

di Kluang, Johor. Mendapat pendidikan

awal di Negeri Johor dan mendapat

peluang melanjutkan pelajaran di MRSM

Jasin (Ditukar kepada MRSM Tun

Ghaffar Baba).

Berjaya mendapat keputusan

yang cemerlang pada peringkat PMR

dan SPM seterusnya menyambung

pengajian ke peringkat matrikulasi di

Tangkak. Masakini beliau merupakan

pelajar sepenuh masa di Universiti

Malaya dalam jurusan Kejuruteraan Awam.

Merupakan seorang pelajar yang aktif dalam sukan tenis dan mempunyai

minat yang mendalam dalam bidang inovatif dan juga dunia perniagaan. Pernah

berjaya merangkul anugerah rekacipta sewaktu di peringkat sekolah lagi. Beliau

mula menceburikan diri dalam bidang perniagaan melalui perniagaan milik

ayahnya, dalam perniagaan jus buah-buahan.

Beliau juga dianugerah pemikiran yang kritis dan kreatif, sentiasa

mempunyai sifat ingin tahu yang tinggi dan berfikiran ke hadapan untuk

menangani sesuatu cabaran.

Pelbagai pengalaman hidup yang berharga telah menjadi anjakan

paradigma baginya untuk terus maju.

Pengalaman-pengalaman ini menemukan beliau kepada keajaiban dunia

ICT dalam membantu selok-belok perniagaan sekaligus membuatkan beliau

bertekad untuk memberikan sepenuh komitmen untuk memberikan yang terbaik.

Page 4: 14 Rahsia Affiliate oleh Neal Izham

1 4 R a h s i a D a l a m P e m a s a r a n A f f i l i a t e

Page 4

Satu fakta yang harus anda persetujui.

“ Untuk menjadi top affiliate sebenarnya

adalah SUSAH! “

Semasa anda melihat perlawanan bola sepak di televisyen, sudah

tentu anda melihat betapa MUDAHNYA untuk menentukan siapa

menang dan siapa kalah. Pasukan yang mantap dan bermain

pantas semestinya akan menang. Manakala pasukan yang lembik

dan tidak kukuh pasti kalah!

Pemain penyerang ditugaskan di jentera serangan manakala

pemain pertahanan pula bertanggungjawab mempertahankan

kubu. Dan jangan pernah anda lupakan, jurulatih adalah orang

yang memainkan peranan paling penting dalam menetukan corak

dan strategi perlawanan.

Dalam satu perlawanan, semua pemain mempunyai satu tujuan

yang sama. MENJARINGKAN GOL! Tetapi sejauh mana kehebatan

anda untuk menjaringkan gol?? Tidakkah anda terfikir bahawa

pemain-pemain lain juga mempunyai keinginan yang sama

seperti anda? Lihat betapa sengitnya situasi!!

Page 5: 14 Rahsia Affiliate oleh Neal Izham

1 4 R a h s i a D a l a m P e m a s a r a n A f f i l i a t e

Page 5

“ Tahukah anda agenda di sebalik permainan bola sepak ini?? ”

Peperangan affiliate boleh diumpamakan seperti perlawanan bola

sepak. Perbezaannya hanyalah affiliate tidak melibatkan 3

golongan dalam pasukan tersebut dan tiada KEKUATAN OTOT

mahupun KEPANTASAN BERLARI!

Peperangan affiliate hanya melibatkan diri anda semata-mata!

Andalah penyerang, andalah pemain pertahanan dan anda

jugalah jurulatihnya!

Ia juga disertai oleh ramai affiliater-affiliater lain. Terlalu banyak

persaingan! Sedangkan produk yang dipromosikan adalah satu

dan sama sahaja. Bagaimana untuk anda memenangi cabaran

tersebut??

Jawapannya hanya satu. U-N-I-K. Ya, UNIK! Dengan kuasa UNIK

sahajalah anda mampu memenangi peperangan affiliate.

“ Tetapi bagaimana untuk anda menjadi UNIK??? “

Page 6: 14 Rahsia Affiliate oleh Neal Izham

1 4 R a h s i a D a l a m P e m a s a r a n A f f i l i a t e

Page 6

Sebelum anda menjadi UNIK, pastikan anda tidak melakukan

kesilapan-kesilapan di bawah ini :

1. Mempromosikan pelbagai produk dalam satu masa.

Anda perlu ingat bahawa tidak semua orang mampu membeli

banyak produk dalam satu-satu masa. Banyak lagi tanggungan

lain yang mereka perlu selesaikan.

Untuk itu, anda pilihlah satu program affiliate sahaja. Dan

promosikan HANYA produk tersebut!

Kelak anda akan dilabel TAMAK oleh prospek yang menerima

promosi anda.

2. Tidak memberikan maklumat yang jelas tentang

produk yang dipromosikan.

Adakah anda akan membeli sesuatu produk yang samar-samar?

Kurang maklumat mengenainya. Dan anda hanya tahu tajuk

produk tersebut dan harganya!

Sudah tentu tidak bukan, oleh itu jangan lupa untuk

memberitahu secara ringkas tentang produk yang anda

promosikan itu. Tidak perlu berjela-jela. Cukuplah seringkas

mungkin.

Page 7: 14 Rahsia Affiliate oleh Neal Izham

1 4 R a h s i a D a l a m P e m a s a r a n A f f i l i a t e

Page 7

3. Pemberian rebet kurang relevan.

Komisyen affiliater kebanyakannya adalah 30% hingga 55%. Jika

produk yang anda promosikan berharga rm40, kemungkinan

komisyen anda adalah Rm20.

Jika anda menawarkan rebat lebih Rm10, berapa banyak

keuntungan anda?? Buat penat promosi sahaja.

Untuk pengetahuan anda, jika rezeki anda untuk memenangi

peperangan affiliate, kehebatan anda itu boleh dipertikaikan!

“Alah, kau bagi rebat boleh la. Kalau kau kira untung kau tu,

berapa kau dapat?”

Cuba anda hitung sedikit. Jika anda adalah top affiliate dan

berjaya mencatat sebanyak 20 jualan. Komisyen anda setelah

ditolak rebet adalah Rm10X20=Rm200.

Tetapi pesaing anda mendapat 15 jualan. Beliau tidak

menawarkan rebet. Rm20X15=Rm300. Walaupun beliau tidak

bergelar top affiliate, komisyen beliau lebih tinggi dari anda. Lihat

kekalahan anda disini!

Page 8: 14 Rahsia Affiliate oleh Neal Izham

1 4 R a h s i a D a l a m P e m a s a r a n A f f i l i a t e

Page 8

Seterusnya, ketahui 3 faktor utama prospek membeli daripada

link affiliate anda.

1. Kredibiliti

Sebenarnya susah untuk memperolehi kredibiliti dalam sekelip

mata. Ramai yang mengharap untuk dikenali secepat mungkin,

tetapi apabila hasilnya tidak memuaskan, ramai yang berputus

asa.

Bagaimana untuk membina kredibiliti? Jawapannya ada dalam

diri anda sendiri. Orang lain tidak dapat membantu anda dalam

hal ini. Anda perlu terima hakikat itu.

2. Kesungguhan

Setiap prospek tidak mempunyai banyak masa. (ini adalah

hakikat sebenar bagi seorang pembeli yang benar-benar

berkualiti).

Jangan salah anggap di sini, pembeli sebegini bukanlah membeli

dalam masa yang drastic. Mereka juga perlukan masa untuk

berfikir banyak kali sebelum membeli.

Page 9: 14 Rahsia Affiliate oleh Neal Izham

1 4 R a h s i a D a l a m P e m a s a r a n A f f i l i a t e

Page 9

Namun, masa anda mempromosikan produk tersebut

sebenarnya. Adakah anda akan membeli daripada orang yang

hanya sekali sahaja promosikan kepada anda? Lebih baik anda

beli dari orang yang banyak kali promosi bukan? Ini menunjukkan

kesungguhan anda.

3. Perkaitan produk dengan anda.

Jika anda ‘bermain’ dengan niche kewangan, tiba-tiba anda

promosikan produk bernichekan makanan. Anda sendiri akan

berasa pelik. Apatah lagi prospek kan.

Jadi, anda perlu ‘bermain’ dengan produk yang sealiran dengan

anda. Jangan buang masa untuk yang lain-lain.

Page 10: 14 Rahsia Affiliate oleh Neal Izham

1 4 R a h s i a D a l a m P e m a s a r a n A f f i l i a t e

Page 10

Seterusnya, bagaimana anda ingin menjadi UNIK??

1. Cari produk affiliate yang kurang saingan.

Bagaimana untuk mencari affiliate sebegini? Mudah saja… Carilah

beberapa affiliate yang dilaunchkan secara ala kadar sahaja.

Kenapa dilaunchkan ala kadar? Ini kerana pemilik produk sudah

mempunyai pengikut sendiri dan sudah ada AURA. Anda tidak

perlu gila-gila sangat promosi, prospek sudah tahu produk itu

pasti berkualiti.

Dan cari affiliate yang kurang mendapat perhatian golongan

senior. Kebiasaannya jika anda menyertai affiliate yang PANAS,

peluang anda menang adalah sangat sedikit.

Produk sebeginilah yang anda perlu promosikan jika ingin merasa

menjadi top affiliate.

Page 11: 14 Rahsia Affiliate oleh Neal Izham

1 4 R a h s i a D a l a m P e m a s a r a n A f f i l i a t e

Page 11

2. Mindsetting anda sendiri.

Apa salahnya jika anda cari affiliate yang tidak mengadakan

cabaran. Kenapa pula?

Di sini anda perlu ada satu mindset. Adakah gelaran top affiliate

itu terlalu bermakna? Bersaing dengan ramai peserta hebat?

Tidakkah anda terfikir bahawa, jika anda telah berjaya membuat

10 jualan sekalipun, anda adalah top affiliate bagi diri anda?

Hanya anda ada jawapannya…

3. Beli dahulu produk yang ingin dipromosikan.

Jika anda bukan rakan JV produk yang ingin dipromosikan, sudah

tentu anda perlu dapatkannya terlebih dahulu. Prospek akan lebih

yakin jika anda sendiri telah mempunyai produk tersebut.

Tidak salah melabur untuk itu. Anda dapat ilmu dan anda juga

bakal dapat pulangan affiliatenya.

Page 12: 14 Rahsia Affiliate oleh Neal Izham

1 4 R a h s i a D a l a m P e m a s a r a n A f f i l i a t e

Page 12

4. Cloak link affiliate anda!

1st impression adalah penting jika anda ingin menjadi affiliate

yang berjaya. Serlahkan daya keunikan diri anda sendiri melalui

link affiliate tersebut. Anda pasti mencipta kelainan dari pesaing-

pesaing anda.

Dalam masa yang sama juga anda membina nama dan dilihat

professional oleh prospek. Tak nak ke macam tu?

Bagaimana untuk cloak link, search saja di google. Ada banyak

caranya… Semuanya bergantung atas usaha anda untuk

melakukanya.

5. Kenalkan siapa diri anda yang sebenarnya.

Fakta yang WAJIB anda tahu, prospek tidak akan membeli

daripada orang yang mereka tidak kenali. Siapa anda untuk

mereka membeli daripada anda?? Dan kenapa perlu membeli

daripada anda sedangkan ada affiliater lain yang lebih prospek

kenali?? Haa… Macam mana? Dah mati akal ke?

Terlebih dahulu, beritahu prospek siapa anda untuk mereka

membeli daripada anda.

Page 13: 14 Rahsia Affiliate oleh Neal Izham

1 4 R a h s i a D a l a m P e m a s a r a n A f f i l i a t e

Page 13

6. Jelaskan perkaitan anda dengan produk yang

dipromosikan

Bagitaulah kepada prospek bahawa anda juga pembeli produk

tersebut. Sila jelaskan juga bahawa anda tidak pernah

mempromosikan sesuatu sebelum anda sendiri mendapatkannya.

Anda juga telah mengaplikasikan teknik yang ditunjukkan dan

anda berjaya.

Pasti MUJARAB!!

Tak percaya??

Cubalah…

Page 14: 14 Rahsia Affiliate oleh Neal Izham

1 4 R a h s i a D a l a m P e m a s a r a n A f f i l i a t e

Page 14

7. Reviewkan seikhlas mungkin.

Anda dah ada pun produk tersebut, berikanlah review yang

terbaik. Selitkan pro dan kontra produk itu. Di sini, anda perlu

jujur dengan prospek anda. Jika tidak mereka tak akan pandang

lagi promosi yang datang dari anda. Cara untuk review pun

mudah.

Cuba reviewkan bahagian2 seperti ini.

- Grafik

- Gaya penulisan

- Isi kandungan

- Diri empunya produk

8. Buat landing page untuk ‘disumbatkan’ perkara-

perkara yang telah anda lakukan sebelum ini.

Untuk pengetahuan anda, hanya ada 2 jenis landing page affiliate

yang mengancam!

Nak tahu apa dia? Yang utama adalah grafik sebenar pemilik

produk. Anda boleh contact dengan pemiliknya untuk meminta

kebenaran menggunakan minisite asal.

Kedua adalah landin page anda sendiri. Terpulang untuk anda

designkan macam mana, yang penting serasi dengan produk

yang dipromosikan.

Page 15: 14 Rahsia Affiliate oleh Neal Izham

1 4 R a h s i a D a l a m P e m a s a r a n A f f i l i a t e

Page 15

9. Berikan bonus. PASTIKAN BERSESUAIAN!

Kebanyakan prospek mahukan bonus untuk mereka membeli

daripada anda. Mereka tidak kisah dengan harga produk yang

dipromosikan tersebut, asalkan pelaburan mereka berbaloi!

Mereka dapat manfaat daripada produk yang anda promosikan

dan dalam masa yang sama, mereka juga mendapat manfaat

daripada bonus anda itu.

Bagaimana untuk memberikan bonus? Lihat niche produk affiliate

yang anda promosikan itu, jika nichenya adalah produk buat duit,

berikan bonus dalam bentuk buat duit juga dan itulah sebaliknya.

Jangan sesekali menawarkan bonus yang terpesong dari

nichenya. TIDAK AKAN BERJAYA MENJUAL!

Kenapa? Masih tak percaya juga??

Hmmm…kali ini pun tak percaya juga…

Tak apalah, silakan mencuba.

Nanti anda tau sebabnya kenapa saya berkata seperti ini…

Page 16: 14 Rahsia Affiliate oleh Neal Izham

1 4 R a h s i a D a l a m P e m a s a r a n A f f i l i a t e

Page 16

10. Jangan memandang rendah bonus anda!

Kesilapan anda jika ada yang bertanya kepada anda berkenaan

bonus tersebut, anda jawab dengan tidak yakin. Anda sendiri

tidak tahu kelebihan bonus anda!

Jadi, anda fikir, adakah prospek akan membeli daripada anda?

Sama sekali tidak! Mereka tidak akan membeli bonus yang

diragui keberkesanannya. Sedangkan anda sendiri tidak yakin

dengan bonus anda, apatah lagi mereka…

Oleh itu, yakin dengan produk anda sendiri!

Page 17: 14 Rahsia Affiliate oleh Neal Izham

1 4 R a h s i a D a l a m P e m a s a r a n A f f i l i a t e

Page 17

11. Tarik perhatian prospek dengan sesuatu yang

kontroversi!

Tahukah anda, kebanyakan orang lebih tertarik dengan perkara-

perkara yang negative? Anda nak sedikit bukti? Hmm..cuba

perhatikan keadaan sekeliling anda. Jika ada seseorang di

kampung anda menjadi pekerja yang berjaya, apakah yang selalu

orang perkatakan?

Kebanyakannya berbunyi begini,

“ Aku tak sangka betullah si polan tu sekarang dah berjaya. Siap

boleh pakai Mercedes mata belalang lagi! Dulu si polan tu degil.

Kerjanya mengusik anak dara orang dan merempit keliling

kampung sahaja. Sekarang kau tengok! Fuhh…tak sangka betul!”

Haa…anda selalu dengar macam ni kan? Cuba anda lihat pula

situasi di bwah ini,

“ Aku tak sangka betullah si polan tu sekarang dah berjaya. Siap

boleh pakai Mercedes mata belalang lagi! Tapi, memang patut

pun. Dulu budak tu rajin, walaupun degil tapi dia pandai. Memang

patutlah dia berjaya…”

Ahha…macam mana? Setuju? Hehe… Jadi gunakan kelebihan ini

ya.

Page 18: 14 Rahsia Affiliate oleh Neal Izham

1 4 R a h s i a D a l a m P e m a s a r a n A f f i l i a t e

Page 18

12. Layanan TERBAIK dan servis pantas!

Kuasa viral jangan pernah anda abaikan. Tahukah anda viral

mulut ke mulut sangat berkuasa? Walaupun di dalam internet

kita berkomunikasi secara tulisan, namun ia sebenarnya lisan jika

di dunia nyata.

Berikan bonus kepada pembeli secepat mungkin! Jika anda

menetapkan waktu tertentu untuk memberikan bonus, sila

nyatakan awal-awal. Dan jangan melanggar time tersebut.

Apabila seorang sahaja mendapat respon yg pantas daripada

anda, dia akan menyampaikan kepada orang lain.

Situasinya berbunyi begini,

“ Mat, aku sarankan kau beli dari mamat ni. Aku punya bonus 5

minit je da dapat(katakan). Memang pantas lah. Lagi satu, aku

tnya dia bnyak soalan pun, selamba jer dia jwab. Memang aku

yakin dengan bonus dia…”

Ingat, pelanggan sentiasa betul…

Page 19: 14 Rahsia Affiliate oleh Neal Izham

1 4 R a h s i a D a l a m P e m a s a r a n A f f i l i a t e

Page 19

13. Hubungi pelanggan yang pernah berurusan

sebelum ini.

Mendapatkan pelanggan baru sebenarnya adalah susah

berbanding anda mendapat pelanggan yang berulang.

Anda hanya perlu emel sahaja pelanggan-pelanggan yang pernah

berurusan dengan anda. Kadar keberkesannya lebih tinggi

berbanding biasa.

14. Kuasa Kuota Terhad!

Ada sesetengah prospek yang suka membeli pada saat-saat

akhir. Hal ini mungkin mereka ingin melihat dulu suasana yang

berlaku atau mungkin juga mereka masih belum mendapat gaji.

Anda boleh letakkan sedikit gesaan seperti kuota 30 sahaja atau

terhad sehingga hari XXXX sahaja.

Di sini anda juga telah menapis prospek yang benar-benar

berkualiti dengan prospek yang acuh tak acuh.

Sudah 14 cara dikongsikan. Apa yang perlu anda lakukan adalah

TINDAKAN. Tanpa tindakan anda masih di takuk yang lama.

Selamat Berjaya!

Page 20: 14 Rahsia Affiliate oleh Neal Izham

1 4 R a h s i a D a l a m P e m a s a r a n A f f i l i a t e

Page 20

Tawaran Istimewa

Dapatkan khidmat nasihat

Memandangkan anda telah berjaya membaca sampai ke tahap ini, saya percaya anda

seorang yang serius untuk menambah ilmu.

Oleh itu, saya memberi peluang khas kepada anda untuk mendapatkan khidmat nasihat

secara terus melalui email sebagai tanda penghargaan kerana menghabiskan

membaca ebook ini.

Subjek email haruslah dinamakan “Bonus Khidmat Nasihat” dan diikuti dengan

pertanyaan anda ke neal_izham[at]yahoo.com.

Berikan detail yang secukupnya agar urusan lebih mudah dan lancar.

Dapatkan Diskaun 50% untuk ebook Premium

Gunakan kupon unik ini : “50ebooknealizham”

Untuk dapatkan harga diskaun setengah harga bagi ebook-ebook pemium saya.

http://www.BlogMudah.info

Page 21: 14 Rahsia Affiliate oleh Neal Izham

1 4 R a h s i a D a l a m P e m a s a r a n A f f i l i a t e

Page 21

http://www.Affiliate-Malaysia.info

http://www.MLM-Malaysia.com