teknik mudah ayat jualan oleh neal izham
DESCRIPTION
TRANSCRIPT
1 Teknik Mudah Ayat Jualan
Teknik Mudah Menulis Ayat Jualan
Ketahui teknik mudah untuk mencairkan hati pembaca
ayat jualan anda.
2 Teknik Mudah Ayat Jualan
NOTIS & HAK
Penulis telah mencuba untuk menulis dengan tepat dan lengkap dalam menghasilkan
e-book ini. Walaubagaimanapun, penulis tidak bertanggungjawab seandainya setiap
fakta yang diberi sudah tidak relevan disebabkan oleh perubahan yang sentiasa berlaku
di dunia internet kini.
Kesemua teknik atau cara atau tips yang diberi dalam e-book ini telah dicuba sendiri
oleh penulis. Oleh itu sekali lagi, penulis tidak akan bertanggungjawab jika pembaca e-
book ini melakukan kesilapan, bersikap cuai dan tersalah anggap terhadap informasi
yang diberi. Jika terdapat mana-mana individu atau syarikat atau pertubuhan yang
terasa dipergunakan dalam e-book ini, hal itu adalah tidak disengajakan dan tidak akan
diambil perhatian.
Tiada jaminan bahawa para pembaca akan menjana keuntungan yang sama seperti
penulis. Para pembaca dinasihatkan agar menilai dengan teliti terhadap kebolehan
informasi yang diberi sebelum bertindak. E-book ini dibuat bukan bertujuan untuk
menjadi satu sumber yang sah dalam perniagaan, perakaunan dan nasihat kewangan.
Dengan ini, para pembaca sekali lagi dinasihatkan agar dapatkan perkhidmatan yang
professional, cekap dan sah dalam merangka perniagaan, perakaunan dan hal
kewangan.
Akhir sekali, pembaca didorong untuk mencetak e-book ini supaya mudah dalam
membuat bacaan.
3 Teknik Mudah Ayat Jualan
BIODATA PENULIS
Neal Izham Sharifudin, dilahirkan di Kluang,
Johor. Mendapat pendidikan awal di Negeri Johor
dan mendapat peluang melanjutkan pelajaran di
MRSM Jasin (Ditukar kepada MRSM Tun Ghaffar
Baba).
Berjaya mendapat keputusan yang
cemerlang pada peringkat PMR dan SPM
seterusnya menyambung pengajian ke peringkat
matrikulasi di Tangkak. Masakini beliau
merupakan pelajar sepenuh masa di Universiti
Malaya dalam jurusan Kejuruteraan Awam.
Merupakan seorang pelajar yang aktif dalam sukan tenis dan mempunyai
minat yang mendalam dalam bidang inovatif dan juga dunia perniagaan.
Pernah berjaya merangkul anugerah rekacipta sewaktu di peringkat sekolah
lagi. Beliau mula menceburikan diri dalam bidang perniagaan melalui perniagaan
milik ayahnya, dalam perniagaan jus buah-buahan.
Beliau juga dianugerah pemikiran yang kritis dan kreatif, sentiasa
mempunyai sifat ingin tahu yang tinggi dan berfikiran ke hadapan untuk
menangani sesuatu cabaran.
Pelbagai pengalaman hidup yang berharga telah menjadi anjakan
paradigma baginya untuk terus maju.
Pengalaman-pengalaman ini menemukan beliau kepada keajaiban dunia
ICT dalam membantu selok-belok perniagaan sekaligus membuatkan beliau
bertekad untuk memberikan sepenuh komitmen untuk memberikan yang terbaik.
4 Teknik Mudah Ayat Jualan
Kandungan. M/s
Apa itu pengiklanan
Fokus pada pelanggan, bukan pada anda.
Utamakan kelebihan produk bukan ciri-ciri
Mainkan emosi si pembaca sepenuhnya
Tunjukkan bukti yang cukup serta bina kepercayaan.
Penggunaan USP.
Tulis surat jualan yang mudah di baca.
Gunakan struktur AIDA dalam surat jualan anda.
Strategi terhad
Penutup
5 Teknik Mudah Ayat Jualan
Apa itu pengiklanan?
Pengiklanan adalah slogan. Pengiklanan juga boleh di ibaratkan seperti menari
dan menyanyi di televisyen. Selain itu, ia juga boleh di ibaratkan seperti
memberitahu sesuatu kepada masyarakat mengenai produk anda.
Jika anda berfikir seperti di atas, anda salah.
Pengiklanan bermaksud menjual.
Apabila anda melakukan pengiklanan, anda sedang menjual. Ketika anda
beriklan di televisyen, anda sedang menjual kepada penonton iklan tersebut.
Begitu juga ketika anda beriklan di surat khabar, anda sedang menjual kepada
pembaca surat khabar tersebut.
Jika kita hendak menjual sesuatu secara berhadapan, sudah tentu kita perlu tahu
apa yang kita perlu cakap untuk memikat pelanggan. Namun, jika kita ingin
menjual melalui pengiklanan, kita perlu tahu apa yang perlu di tulis.
6 Teknik Mudah Ayat Jualan
Jadi, matlamat kita di dalam pengiklanan adalah mencari ayat jualan yang benar-
benar berkesan. Memandangan ayat jualan adalah seseuatu yang tidak ada
jaminan, kita perlu sentiasa mencuba, mencuba dan terus mencuba.
Katakan teknik A menghasilkan 2 jualan dari 100 pelanggan manakala teknik B
menghasilkan 3 jualan dari 100 pelanggan. Apabila kita kira dalam skala yang
besar, teknik B akan menghasilkan lebih jualan dari teknik A. Namun, jika anda
perhatikan, teknik A juga ada hasilkan jualan.
Di sini, anda ada dua pilhan sama ada untuk memperkembangkan teknik A dan
dalam masa yang sama membelanjakan lebih wang untuk teknik B atau
mematikan teknik A dan menumpu perhatian penuh pada teknik B semata-mata.
Tetapi, dalam masa yang sama anda perlu menghasilkan teknik C dan D untuk
mencari ayat jualan yang benar-benar berkesan. Satu yang anda perlu tahu
mengenai promosi adalah ia tidak pernah berakhir kerana manusia berubah-
ubah. Maka, anda perlu sentiasa mengikut perkembangan semasa untuk
menghasilkan ayat jualan yang benar-benar berkesan.
Jika anda ingin bermula dari bawah untuk mencari ayat-ayat jualan yang benar-
benar berkesan, saya rasa ia hanya akan membazirkan masa anda. Untuk
jimatkan masa, saya rasa lebih baik untuk kita ikut sahaja teknik promosi yang
telah terbukti berjaya. Di sini, ada 10 panduan ayat promosi yang kita boleh
gunakan untuk menghasilkan ayat jualan yang benar-benar berkesan.
7 Teknik Mudah Ayat Jualan
Teknik Pertama: Fokus pada pelanggan, bukan pada
perniagaan anda.
Anda tahu, saya rasa sungguh rimas jika ada seseorang datang kepada saya
untuk menjual sesuatu dan ayat pertama yang keluar dair mulutnya adalah
maklumat mengenai syarikatnya.
Assamualaikum encik, saya datang dari syarikat ABC dan boleh saya tahu nama
encik? Syarikat saya sudah enam tahun beroperasi.
Anda tahu tak? Saya rasa menyampah jika di sapa sebegitu kerana saya tidak
ada banyak masa. Saya rasa lebih baik untuk jurujual tersebut memulakan
perbualan dengan menerangkan secara telus mengenai produk yang ingin di
jual. Orang putih kata, Straight to the point.
Assalammualakum encik, Nama saya Auzan dan saya ingin memperkenalkan
produk terbaru dari syarikat saya iaitu Vakum mudah alih.
Kan lebih senang, jika saya berminat, saya akan terus mendengar, jika tidak,
saya akan kata
8 Teknik Mudah Ayat Jualan
Maaf, saya tidak berminat.
Situasi di atas sama sahaja ketika anda ingin menulis ayat jualan, ayat jualan
haruslah member fokus pada pelanggan. Ketika seorang pelanggan membaca
fliers atau pengiklanan anda, mereka akan tertanya di dalam hati,’Apa faedahnya
produk ini pada aku?’. Soalan ini anda perlu jawab dengan pantas.
Oleh itu, anda boleh lihat ayat jualan produk digital di internet, headlines mereka
akan menerangkan dengan tepat dan menarik apa yang produk mereka lakukan.
Contohnya,
Ketahui dengan jelas bagaimana saya menjana pendapatan 100 USD sehari
dengan hanya duduk di hadapan komputer 20 minit sehari.
Apabila seseorang membaca ayat di atas, mindanya mula ligat untuk berfikir dan
mungkin dia akan membeli produk tersebut. Namun, selepas anda menulis ayat
headlines yang menggiurkan seperti di atas, pada rangkap pertama surat jualan
terus anda memperkenal diri anda. Anda perlu ingat, ayat jualan haruslah fokus
pada pelanggan atau pembeli bukan fokus pada anda.
Untuk bahasa Inggeris, penggunaan perkataan you mungkin nampak sesuai
untuk merapatkan antara anda dan pelanggan anda. Bagi bahasa Malaysia,
anda tidak boleh guna perkataan engkau atau awak sebagai alat komunikasi
kerana walaupun ia bersifat peribadi, ia tidak nampak seperti professional. Untuk
9 Teknik Mudah Ayat Jualan
bahasa Malaysia, adalah lebih molek untuk gunakan perkataan anda sebagai
alat komunikasi.
Apabila anda menulis ayat jualan, pastikan anda sentiasa memikirkan apa yang
pelanggan mahu dengar bukannya apa yang anda mahu pelanggan anda dengar
dan baca. Fokus pada pelanggan dan berikan mereka keselesaan.
10 Teknik Mudah Ayat Jualan
Teknik kedua : Utamakan kelebihan produk bukan
ciri-ciri.
Teknik kedua dalam menulis ayat jualan adalah menulis secara menyeluruh
kelebihan-kelebihan produk anda. Ciri-ciri produk seperti bahan, warna dan
sebagainya haruslah di huraikan pada bahagian akhir surat jualan atau dalam
bahagian soal jawab mengenai produk anda.
Ketika menulis surat jualan, anda perlu utamakan kelebihan produk yang anda
jual. Seorang pelanggan tidak akan mencari warna apa yang ada pada produk
anda tetapi mereka mencari faedah-faedah produk yang anda jual.
Sepanjang surat jualan, ceritakan dengan nada yang sangat poyo mengenai
produk anda. kelebihan-kelebihan yang ada pada produk anda semuanya perlu
di masukkan walau sekecil mana kelebihan itu.
11 Teknik Mudah Ayat Jualan
Teknik Ketiga : Mainkan emosi si pembaca
sepenuhnya.
Teknik ketiga adalah sentiasa mencari ayat yang mampu menyentuh emosi si
pembaca. Katakan anda sedang menjual sebuah kereta. Apa yang patut anda
tumpukan ketika menulis ayat jualan adalah menulis sesuatu yang boleh
membawa si pembaca untuk membeli kereta yang anda jual.
Jangan lakukan perkara di bawah :
Miliki kereta yang di lengkapi dengan engin bertaraf dunia dan termaju di abad
ini.
Lakukan perkara di bawah:
Bawa teman wanita anda berjalan-jalan dengan kereta yang cantik dan canggih.
Jika anda menggunakan ayat pertama dalam surat jualan anda, anda akan
lingkup kerana pembaca tidak mahu tahu mengenai engin tetapi mahu tahu apa
faedah produk ini kepada mereka.
12 Teknik Mudah Ayat Jualan
Gunakan ayat yang mampu membuatkan si pembaca untuk berangan-angan
sejenak. Contohnya ketika anda menjual produk kuruskan badan, anda boleh
gunakan ayat di bawah.
Jadi kurus dengan produk ini dalam masa 10 hari dan kejutkan jiran anda
dengan badan baru yang anda miliki.
Ayat yang membentuk imej di dalam kepala mampu menjadikan si pembeli
tergerak untuk membeli produk yang anda jual kerana mereka membeli bukan
kerana mereka perlu tetapi kerana mereka memang inginkannya.
13 Teknik Mudah Ayat Jualan
Teknik Keempat : Tunjukkan bukti yang kukuh serta
bina kepercayaan.
Pada teknik pertama, saya menyatakan adalah tidak bagus untuk anda
menceritakan mengenai anda tetapi lebihkan fokus pada pelanggan anda.
Namun, ia adalah terhad kepada perkara yang tidak perlu. Untuk menarik
pelanggan untuk membeli dari anda, anda perlu ada bukti dan bina kepercayaan
dari si pembeli.
Antara teknik untuk membina kepercayaan pelanggan pada produk anda adalah
seperti di bawah:
1. Sentiasa memberi bantuan kepada pelanggan terdahulu dan sentiasa
meminta mereka memberi pendapat mengenai produk anda. Selepas itu,
anda boleh masukkan pendapat mereka di dalam surat jualan anda.
2. Sentiasa ada testimoni untuk produk anda. Berikan contact para testimoni
untuk memberi gambaran kepada pembaca iklan anda bahawa testimoni
tersebut adalah betul dan bukannya di buat-buat.
3. Pastikan setiap testimoni ada gambar masing-masing.
4. Tunjukkan bukti bahawa anda adalah pakar dalam bidang produk yang
anda jual.
5. Dapatkan testimoni dari seorang pakar dari pihak lain tetapi berada dalam
bidang yang sama. Contohnya, jika anda menjual ubat kuruskan badan,
dapatkan pandangan atau testimoni dari seoarang pakar makanan.
14 Teknik Mudah Ayat Jualan
6. Masukkan bilangan orang yang membeli. Contohnya, produk ini sudah
terjual sebanyak 300 unit dalam masa 2 hari. Ayat seperti ini akan
menyebabkan si pembaca untuk berfikir, tidak mungkin 300 orang yang
membeli sebelum ini adalah bodoh, sudah tentu produk ini berkesan.
7. Berikan jaminan bahawa jika produk yang anda jual tidak berkesan, anda
akan pulangkan wang mereka. Untuk menerbitkan lagi rasa yakin,
nyatakan anda sanggup untuk mengembalikan wang mereka dua kali
ganda dari harga asal.
8. Masukkan seorang selebriti di dalam ayat jualan anda. Katakan anda
menjual produk komputer, masukkan testimoni seorang selebriti sama ada
atlit, ketua kampung, ahli politik, artis atau sesiapa sahaja yang terkenal.
9. Dapatkan kata-kata dari seorang yang berjaya. Contohnya, anda menjual
produk perniagaan internet, masukkan kata-kata irfan khairi mengenai
perniagaan internet di dalam ayat jualan. Jika anda menjual produk
kuruskan badan, dapatkan kata-kata dari pemenang big loser dan
masukkan ke dalam ayat jualan anda. Mengambil kata-kata dari orang
yang berjaya akan menerbitkan perasaan kesal di dalam hati pelanggan
jika mereka tidak membeli produk dari anda.
Selain perkara di atas masukkan juga data mengenai produk anda. Jika anda
mengikut apa yang di sarankan di atas, pelanggan akan menganggap produk
anda adalah segala-segalanya atau ia juga boleh menyebabkan mereka berfikir
produk anda terlalu baik untuk di percayai.
15 Teknik Mudah Ayat Jualan
Untuk itu, anda perlu masukkan secara jelas apa yang produk anda mampu
sumbangkan. Apabila mereka membeli nanti, mereka akan rasa puas kerana
mereka sudah tahu apa yang mereka beli.
16 Teknik Mudah Ayat Jualan
Teknik Kelima : Penggunaan USP
Guna sepenuhnya USP dalam surat jualan anda. USP bermaksud Unique
Selling Point. Kaji apa yang pesaing anda promosikan kemudian kalahkan
mereka dengan menjadikan produk anda unik.
Cara untuk menjadikan produk anda unik:
Harga murah – Jadikan produk anda murah dari pesaing anda. Harga murah
tidak bermaksud anda akan rugi tetapi wujudkan sesuatu yang boleh membuat
pelanggan anda menganggap produk yang anda berbaloi untuk di beli.
Contohnya jadi produk anda berkualiti dan tetapi di jual dengan harga yang lebih
kurang sama dengan pesaing anda yang menjual produk yang kurang kualitinya.
Kualiti produk yang terjamin – Produk yang berkualiti seperti berkesan, tahan
lama dan mudah untuk di gunakan memang sentiasa menjadi rebutan
pelanggan. Jadikan produk anda unik dengan menyertakan bukti bahawa produk
anda adalah terbaik dari segi kualiti. Masukkan data-data kajian anda dan
kelulusan dari pihak berwajib.
Perkhidmatan pelanggan yang cemerlang – jika anda menjual secara talian,
tawarkan penghantaran percuma ke hadapan rumah. Jika produk yang anda jual
rosak, tawarkan produk baru untuk mereka. Perkhidmatan selepas jualan
17 Teknik Mudah Ayat Jualan
memang jarang di tawarkan secara serius oleh mana-mana perniagaan. Jadi,
anda boleh jadikan ini sebagai senjata untuk menjadikan produk yang anda jual
adalah unik. Masukkan ia di dalam surat jualan anda.
Eksklusif – tunjukkan di dalam surat jualan bahawa produk yang anda jual
adalah sangat unik dan eksklusif. Beritahu mereka hanya orang-orang terpilih
sahaja yang layak untuk menggunakan produk ini.
18 Teknik Mudah Ayat Jualan
Teknik keenam : Tulis surat jualan yang mudah
untuk di baca.
Gunakan font dan warna yang sesuai untuk memastikan surat jualan yang anda
tulis akan di baca oleh pelanggan anda. Tulisan headline haruslah lebih besar
dari biasa kerana pembaca akan membaca headline anda 5 kali lebih banyak
dari surat jualan anda. Untuk itu, mudahkan pembaca untuk membaca ayat
headlines.
Gunakan bullets untuk huraikan kelebihan-kelebihan produk yang anda jual.
Gunakan juga grafik yang cantik dan sesuai untuk mencantikkan surat jualan
anda. Letakkan harga dengan jelas kerana selepas mereka membaca
headlines, mereka akan mahu tahu berapa harga produk yang anda jual.
Selepas itu, mereka akan mula mencari kelebihan-kelebihan produk yang anda
jual.
Anda perlu susun surat jualan anda dengan cantik dan tersusun supaya apa
yang anda mahu sampaikan akan sampai kepada si pemabaca untuk
pelanggan.
19 Teknik Mudah Ayat Jualan
Teknik ketujuh : Gunakan struktur AIDA dalam surat
jualan anda.
AIDA adalah terdiri daripada:
Attention- Perhatian
Interest- Minat
Desire - Keinginan
Action – Tindakan.
Untuk memaksimakan keuntungan anda melalui pengiklanan yang melibatkan
ayat jualan. Anda perlu ikut susunan teknik ayat jualan yang sudah terbukti
keberkesanannya iaitu teknik AIDA.
Pada permulaan ayat jualan, anda perlu dapatkan perhatian si pembaca untuk
terus membaca. Kemudian tanamkan minat untuk si pembaca untuk terus
membaca apa yang anda tulis dan apa yang anda promosikan.
20 Teknik Mudah Ayat Jualan
Selepas itu, ayat jualan haruslah memainkan emosi si pembaca seperti yang
saya nyatakan dalam teknik kedua untuk menimbulkan keinginan membeli
produk yang anda jual. Ketika ini, anda seharusnya memainkan perasaan si
pembaca pada tahap maksimum. Jadikan mereka faham bahawa hidup ini terlalu
singkat untuk mereka tidak memiliki produk yang anda jual.
Pada bahagian akhir, tumpukan perhatian untuk menulis ayat jualan yang
mampu membuat si pembaca untuk melakukan tindakan sama ada membeli,
telefon anda atau apa sahaja tindakan yang anda cadangkan.
21 Teknik Mudah Ayat Jualan
Teknik Kelapan: Strategi terhad.
Senjata paling utama untuk memaksa pelanggan atau si pembaca melakukan
tindakan adalah dengan memanipulasikan strategi terhad. Ada beberapa perkara
yang boleh anda terhadkan. Perkara tersebut adalah
1. Hadkan bilangan produk
Masukkan di dalam ayat jualan anda bahawa produk yang di jual adalah
terhad dan mungkin akan habis pada bila-bila masa. Berikan mereka satu
perasaan istimewa jika mereka memiliki produk yang anda jual itu kerana
ia bersifat terhad.
2. Hadkan masa
Hadkan sesuatu harga pada masa tertentu atau hadkan pengeluaran
produk pada masa tertentu. Reka satu alasa yang munasabah untuk anda
hadkan masa anda.
3. Had untuk tawaran terhad.
Berikan satu tawaran untuk si pembaca membeli produk dari anda tetapi ia
adalah terhad. Katakan anda menjual ebook mengenai affiliate. Untuk
merancakkan jualan anda boleh emel kepada pakar affiliate yang lain
untuk memberi satu ebook untuk di jadikan bonus terhad. Tawarkan
mereka untuk mengiklankan ebook mereka di bahagian bonus dan semua
pembeli produk anda perlu opt-in di website pakar affiliate tersebut untuk
menerima ebook. Tawaran dari pakar affiliate yang lain boleh
22 Teknik Mudah Ayat Jualan
meningkatkan jualan untuk produk anda. Jika anda menjual kereta,
mungkin anda boleh tawarkan tayar percuma secara terhad.
23 Teknik Mudah Ayat Jualan
Penutup.
Ayat jualan yang menarik tidak boleh ditiru tetapi ia perlu di buat. Jika anda tanya
kepada copywriter terhebat di seluruh dunia, tiada satu pun yang tahu
bagaimana hendak menulis ayat yang tepat. Mereka hanya mencuba, mencuba
dan mencuba.
Namun, ada persamaan di antara ayat jualan iaitu ia di tulis berdasarkan
sesuatu. 8 teknik yang di tekankan di dalam ebook ini adalah nadi untuk
menghasilkan ayat jualan yang mantap dan hebat. Saya harap anda akan
menerima kebaikan darinya.
24 Teknik Mudah Ayat Jualan
Tawaran Istimewa
Dapatkan khidmat nasihat
Memandangkan anda telah berjaya membaca sampai ke tahap ini, saya percaya anda
seorang yang serius untuk menambah ilmu.
Oleh itu, saya memberi peluang khas kepada anda untuk mendapatkan khidmat nasihat
secara terus melalui email sebagai tanda penghargaan kerana menghabiskan
membaca ebook ini.
Subjek email haruslah dinamakan “Bonus Khidmat Nasihat” dan diikuti dengan
pertanyaan anda ke neal_izham[at]yahoo.com.
Berikan detail yang secukupnya agar urusan lebih mudah dan lancar.
Dapatkan Diskaun 50% untuk ebook Premium
Gunakan kupon unik ini : “50ebooknealizham”
Untuk dapatkan harga diskaun setengah harga bagi ebook-ebook pemium saya.
25 Teknik Mudah Ayat Jualan
http://www.BlogMudah.info
http://www.Affiliate-Malaysia.info
http://www.MLM-Malaysia.com
26 Teknik Mudah Ayat Jualan