asas dan prinsip kejayaan temuduga oleh neal izham

21

Click here to load reader

Upload: universiti-malaya-kuala-lumpur-malaysia

Post on 26-May-2015

2.245 views

Category:

Education


2 download

DESCRIPTION

Find out more related information here http://www.nealizham.com

TRANSCRIPT

Page 1: Asas Dan Prinsip Kejayaan Temuduga oleh Neal Izham

1

Asas dan Prinsip Kejayaaan Temuduga

Page 2: Asas Dan Prinsip Kejayaan Temuduga oleh Neal Izham

2

Asas dan Prinsip Kejayaaan Temuduga

NOTIS & HAK

Penulis telah mencuba untuk menulis dengan tepat dan lengkap dalam menghasilkan

e-book ini. Walaubagaimanapun, penulis tidak bertanggungjawab seandainya setiap

fakta yang diberi sudah tidak relevan disebabkan oleh perubahan yang sentiasa berlaku

di dunia internet kini.

Kesemua teknik atau cara atau tips yang diberi dalam e-book ini telah dicuba sendiri

oleh penulis. Oleh itu sekali lagi, penulis tidak akan bertanggungjawab jika pembaca e-

book ini melakukan kesilapan, bersikap cuai dan tersalah anggap terhadap informasi

yang diberi. Jika terdapat mana-mana individu atau syarikat atau pertubuhan yang

terasa dipergunakan dalam e-book ini, hal itu adalah tidak disengajakan dan tidak akan

diambil perhatian.

Tiada jaminan bahawa para pembaca akan menjana keuntungan yang sama seperti

penulis. Para pembaca dinasihatkan agar menilai dengan teliti terhadap kebolehan

informasi yang diberi sebelum bertindak. E-book ini dibuat bukan bertujuan untuk

menjadi satu sumber yang sah dalam perniagaan, perakaunan dan nasihat kewangan.

Dengan ini, para pembaca sekali lagi dinasihatkan agar dapatkan perkhidmatan yang

professional, cekap dan sah dalam merangka perniagaan, perakaunan dan hal

kewangan.

Akhir sekali, pembaca didorong untuk mencetak e-book ini supaya mudah dalam

membuat bacaan.

Page 3: Asas Dan Prinsip Kejayaan Temuduga oleh Neal Izham

3

Asas dan Prinsip Kejayaaan Temuduga

BIODATA PENULIS

Neal Izham Sharifudin,

dilahirkan di Kluang, Johor. Mendapat

pendidikan awal di Negeri Johor dan

mendapat peluang melanjutkan

pelajaran di MRSM Jasin (Ditukar

kepada MRSM Tun Ghaffar Baba).

Berjaya mendapat keputusan

yang cemerlang pada peringkat PMR

dan SPM seterusnya menyambung

pengajian ke peringkat matrikulasi di

Tangkak. Masakini beliau merupakan

pelajar sepenuh masa di Universiti

Malaya dalam jurusan Kejuruteraan Awam.

Merupakan seorang pelajar yang aktif dalam sukan tenis dan

mempunyai minat yang mendalam dalam bidang inovatif dan juga dunia

perniagaan. Pernah berjaya merangkul anugerah rekacipta sewaktu di

peringkat sekolah lagi. Beliau mula menceburikan diri dalam bidang

perniagaan melalui perniagaan milik ayahnya, dalam perniagaan jus buah-

buahan.

Beliau juga dianugerah pemikiran yang kritis dan kreatif, sentiasa

mempunyai sifat ingin tahu yang tinggi dan berfikiran ke hadapan untuk

menangani sesuatu cabaran.

Pelbagai pengalaman hidup yang berharga telah menjadi anjakan

paradigma baginya untuk terus maju. Pengalaman-pengalaman ini

menemukan beliau kepada keajaiban dunia ICT dalam membantu selok-

belok perniagaan sekaligus membuatkan beliau bertekad untuk

memberikan sepenuh komitmen untuk memberikan yang terbaik.

Page 4: Asas Dan Prinsip Kejayaan Temuduga oleh Neal Izham

4

Asas dan Prinsip Kejayaaan Temuduga

MITOS-MITOS DAN ANGGAPAN SALAH MENGENAI TEMUDUGA

Sebab utama ramai orang gagal dalam temuduga adalah disebabkan oleh beberapa

tanggapan salah, atau mitos, tentang apa sebenarnya yang berlaku semasa sesi

temuduga dijalankan.

Semua orang tahu yang tujuan utama temuduga adalah untuk penemuduga mencari

pekerja yang layak untuk sesuatu jawatan, tetapi tidak ramai orang yang memahami

bagaimana temuduga dijalankan dan apakah sebab yang membuat seseorang calon itu

lebih layak dari yang lain.

Ketidakfahaman ini adalah punca utama seseorang calon itu tidak dapat menunjukkan

prestasi yang memberangsangkan semasa menghadiri temuduga dan tidak dapat

memberi jawapan yang bernas semasa sesi soaljawab dikemukakan oleh penemuduga.

Temuduga tidak mempunyai apa-apa kelainan dari usaha-usaha lain dalam kehidupan

ini, lebih baik pemahaman anda tentang bagaimana lancarnya sesuatu temuduga

dijalankan (ataupun tidak berjalan lancar), adalah lebih tinggi peluang anda

menanganinya dengan jayanya.

Dengan memahami secara dinamiknya dasar secara semulajadi sesuatu temuduga,

adalah satu permulaan yang penting dalam memperbaiki prestasi anda dalam

temuduga.

Page 5: Asas Dan Prinsip Kejayaan Temuduga oleh Neal Izham

5

Asas dan Prinsip Kejayaaan Temuduga

MITOS NO. 1: CALON YANG PALING LAYAK AKAN DAPAT TAWARAN KERJA

Kerapkali ada kebenarannya tentang perkara ini - terutamanya apabila seseorang itu

mengenali seseorang yang lain, selalunya bila ada syarikat yang mengambil kakitangan

dalaman untuk kenaikan pangkat.

Walaubagaimanapun, ini bukanlah selalu terjadi. Sekiranya seseorang itu

berkemungkinan paling layak mendapat jawatan tersebut, ada beberapa kriteria

penting yang patut dipatuhi (itupun bukan satu jaminan).

Ini termasuk :-

Penemuduga mahir tentang apakah bentuk soalan yang akan ditanya dan

mereka sentiasa peka tentang kebenaran di atas setiap jawapan yang

diterima.

Kedua-dua perkara ini nampak mudah, tetapi saya pasti yang sebahagian

besar daripada mereka yang mengendalikan temuduga itu tidak mendapat

apa-apa bentuk latihan pun, tiada pengalaman sebagai penemuduga dan

kerapkali mereka tidak membuat apa-apa persediaan pun untuk temuduga

itu.

Penemuduga tidak mungkin tertarik tentang sifat fizikal, berperwatakan

cantik, sifat lucu dan sebagainya terhadap seseorang calon temuduga.

Perkara-perkara tersebut adalah agak susah hendak diatasi walaupun oleh

seorang penemuduga yang berpengalaman.

Calon temuduga telah mempelajari bagaimana cara untuk menunjukkan

kemahiran mereka dengan jelas, pencapaian terbaik mereka dan bagaimana

mereka boleh menyumbang kepada peningkatan prestasi syarikat.

Tidak akan berlaku pertindihan keperibadian di antara penemuduga dan

calon temuduga.

Kedua-dua pihak tidak berhadapan dengan apa-apa masalah.

Page 6: Asas Dan Prinsip Kejayaan Temuduga oleh Neal Izham

6

Asas dan Prinsip Kejayaaan Temuduga

Sesetengah majikan – selalunya yang telah dikritik kerana pernah memilih calon yang

salah pada masa dahulu – telah membuat satu garis panduan pengambilan pekerja

yang profesional supaya dapat mengurangi dari berlakunya kesilapan.

Ada waktunya prosedur ini banyak membantu dan amat berkesan dalam membuat

pemilihan calon, tetapi ia tidak menjamin yang calon yang paling layak mendapat

tawaran jawatan itu.

Akhirnya satu analisis telah dibuat, yang pemilihan seseorang untuk mengisi sesuatu

jawatan memerlukan sekurang-kurangnya seorang individu untuk membuat keputusan,

dan tidak kiralah apa pun usaha yang dibuat untuk menghapuskan fikiran subjektif,

sifat pilih kasih dan telah pun ada pilihan sendiri – walaubagaimanapun berusaha

untuk menjauhinya.

Di dalam dunia yang unggul ini, calon yang terbaik untuk sesuatu jawatan itulah yang

mendapatnya; sebaliknya, kebenarannya calon yang menunjukkan prestasi terbaik

semasa temuduga yang mendapat kemenangan. Pengajaran yang dapat diambil dari

sini ialah :

Jangan secara otomatik menarik diri dari memohon sesuatu jawatan jika

sekiranya anda dapat tahu sudah ada calon yang lebih layak ada memohon

jawatan yang sama.

Jika sekiranya anda berusaha untuk membuat persediaan yang secukupnya, ada

kemungkinan besar anda akan menjadi calon pilihan – terutamanya apabila

calon yang seorang lagi mengambil mudah dan tidak membuat apa-apa

persediaan untuk menghadiri temuduga.

Jika sekiranya anda mendapat tahu anda paling layak untuk mengisi jawatan

tersebut jangan sekali-kali mengambil mudah tentang temuduga itu. Hendaklah

berkelakuan seperti anda sedang bersaing dengan musuh yang amat

menakutkan.

Page 7: Asas Dan Prinsip Kejayaan Temuduga oleh Neal Izham

7

Asas dan Prinsip Kejayaaan Temuduga

Ambil masa untuk membuat persediaan dengan teliti. Bukan bererti anda

mempunyai pengalaman, anda telah tahu bagaimana hendak menyampaikan

pendapat anda semasa menghadapi temuduga.

MITOS NO. 2: TEMUDUGA ADALAH SEPERTI MENGAMBIL PEPERIKSAAN DI SEKOLAH –

LEBIH BANYAK ANDA BERKATA, LEBIH BAIK PRESTASI ANDA

Benar, temuduga ada sedikit persamaan dengan peperiksaan, di mana anda diminta

menjawab soalan-soalan dengan jawapan yang bijak, dan di situlah persamaan itu

berakhir.

Tidak seperti peperiksaan, di mana banyak jawapan yang tepat diperlukan, temuduga

pula adalah berbeza kerana ia memerlukan interaksi dan hubungan yang baik dan

pada masa yang sama menjawab soalan dengan jelas dan bijak. Jawapan yang baik

tidak perlu terlalu terperinci.

Sebenarnya, jawapan yang terlalu terperinci dan panjang boleh mengganggu

perhatian penemuduga, walaupun mengandungi fakta yang secara teknikalnya

amatlah tepat. Mengetahui bila hendak berhenti bercakap adalah satu kemahiran

yang patut ada pada semua calon temuduga.

Berbeza dengan peperiksaan, dalam temuduga selalunya tidak ada jawapan yang

betul atau salah. Kita adalah berbeza dan datang ke temuduga dari latarbelakang

yang berbeza, beri bukti yang kukuh di atas semua tindakan anda dan bercakaplah

tentang percapaian anda dengan penuh yakin.

MITOS NO. 3: PENEMUDUGA TAHU APA YANG MEREKA BUAT

Sesetengah penemuduga amat bijak tentang apa yang mereka lakukan, terutamanya

mereka yang profesional dan menjadikannya kerja sepenuh masa(sekiranya mereka

tidak letih dengan kerja).

Page 8: Asas Dan Prinsip Kejayaan Temuduga oleh Neal Izham

8

Asas dan Prinsip Kejayaaan Temuduga

Sebaliknya, kebanyakan pengurus dan tuan punya perniagaan kecil menghadapi

kesukaran kerana temuduga bukanlah kerja yang sering mereka lakukan.Sebahagian

dari contoh temuduga yang tidak baik adalah :-

Mereka sahaja yang banyak bercakap

Mereka kelihatan telah membuat keputusan terhadap anda dalam lima minit

pertama temuduga dijalankan

Mereka nampak seperti mendapatkan soalan secara rambang dari langit

Telefon mereka sentiasa berdering dan dijawab semasa sesi temuduga

Mereka kelihatan tidak jujur sebagai jurujual semasa menjual kerja tersebut

pada anda

Sebahagian dari temuduga yang baik ialah:-

Mereka telah pun terlebih dahulu menyediakan soalan dengan teratur

Mereka ingin tahu apa yang anda buat dan bagaimana anda telah

melakukannya, termasuk meminta contoh-contohnya

Mereka membiarkan anda yang banyak bercakap

Mereka ingin menemuduga anda lebih dari sekali

Mereka sentiasa berusaha membuat anda berasa selesa

Mereka secara jujurnya berminat dengan kemampuan anda, kemahiran dan

suka pada sikap anda

Page 9: Asas Dan Prinsip Kejayaan Temuduga oleh Neal Izham

9

Asas dan Prinsip Kejayaaan Temuduga

MITOS NO.4: JANGAN SANGKA SEMUANYA MENGENAI KERJA

Penemuduga yang tidak berpengalaman selalunya tidak bertanyakan soalan yang tepat

dan dengan mudah mengalihkan perhatian kepada perkara-perkara yang tidak ada

kaitan dengan kemampuan anda untuk menjalankan kerja.

Oleh itu sekiranya anda di temuduga oleh mereka yang tidak berpengalaman, jangan

tunggu untuk ditanya soalan yang baik – ataupun dibenarkan anda untuk bercakap

tentang kemahiran yang menyeronokkan dan berkualiti.

Ambillah sikap yang tidak terlalu menonjol dengan bercakap tentang perkara-perkara

yang anda rasa mereka berminat hendak tahu. Walaubagaimanapun situasi begini

tidak selalu berlaku – terutama sekali jika anda ditemuduga oleh seseorang yang

bersikap paksaan begitu, jangan panik.

Katakan pada diri anda temuduga hanyalah untuk menjalin hubungan yang baik, di

mana ia hanyalah sesi soaljawab. Oleh itu bersetuju sahajalah, senyum dan tunjukkan

sikap yang terbaik – penemuduga yang banyak bercakap suka kepada seseorang yang

bersetuju dengan pendapat mereka.

MITOS NO. 5: ORANG YANG BERKETERAMPILAN MENDAPAT KERJA

Saya jangkakan sekiranya jawatan tersebut adalah untuk mereka-mereka yang anggun

bergaya habis seperti di dalam layar perak, jadi mereka yang berketerampilan begitu

amat membantu, tetapi bagi kebanyakan jawatan lain keterampilan anda tidaklah

memberi kesan.

Seperti yang telah dibincangkan, memang terdapat majikan yang tidak

berpengalaman akan menawarkan kerja kepada seseorang berdasarkan faktor luaran,

tetapi kebanyakan majikan adalah bijak memilih.

Anggapan yang mereka yang berketerampilan atau anggun lebih mudah mendapat

kerja dari mereka yang biasa-biasa adalah satu anggapan yang salah – bahawa majikan

Page 10: Asas Dan Prinsip Kejayaan Temuduga oleh Neal Izham

10

Asas dan Prinsip Kejayaaan Temuduga

menggemari keterampilan seseorang melebihi mata pencarian mereka. Semua

pengalaman saya telah mengajar saya sebaliknya.

Kebanyakan perniagaan berada dalam suasana persaingan yang hebat dan majikan

amat prihatin bahawa kesilapan dalam memilih pekerja adalah amat mahal.

Ini tidak bermakna bahawa keterampilan dan kebijaksanaan seseorang adalah tidak

mustahak. Adalah amat penting anda berpakaian yang segak atau bersesuaian dan

cuba sedaya upaya untuk menonjolkan semua kualiti mesra anda.

Penampilan yang baik memanglah dipandang hebat di dalam temuduga, tetapi

bukannya penampilan yang bersesuaian dan mesra.

MITOS NO. 6: KALAU JAWAPAN ANDA ADALAH LEBIH BAIK DARI YANG LAIN, ANDA

AKAN DITAWARKAN KERJA

Kebolehan untuk menjawab dengan terang dan jelas semasa ditemuduga amatlah

mustahak, dan kegagalan untuk berbuat demikian bermakna anda tidak akan berjaya

mendapat tawaran kerja.

Walaubagaimanapun, temuduga – seperti yang telah kita lihat – adalah lebih dari

hanya menjawab dengan betul dan tepat. Ia juga berkisar tentang meyakinkan

penemuduga yang anda adalah seorang yang mesra untuk bekerja.

Dengan lain perkataan, ia tidak memberi apa-apa faedah berapa baik jawapan anda

secara teknikalnya, seandainya penemuduga tidak menggemari anda, anda tidak akan

berpeluang mendapat tawaran pekerjaan (kecuali bakat anda adalah hebat, amat

sukar di temui ataupun penemuduga itu adalah tersepit).

Jadi elaklah daripada berfikiran bahawa temuduga adalah dengan memberi jawapan

yang betul. Temuduga juga adalah tentang menzahirkan hubungan silatulrahim yang

baik dan kepercayaan, dan di samping tiada cara yang selamat di dalam hal ini,

terdapat perkara-perkara yang anda boleh lakukan (dan perkara-perkara yang tidak

Page 11: Asas Dan Prinsip Kejayaan Temuduga oleh Neal Izham

11

Asas dan Prinsip Kejayaaan Temuduga

sepatutnya dilakukan) yang boleh membawa anda lebih jauh untuk memperbaiki

kemahiran anda di dalam semua aspek temuduga.

MITOS NO. 7: ANDA MESTI MENCUBA MENJAWAB DENGAN TEPAT

Saya ada terdengar ada orang yang terperangkap dengan percakapan sendiri,

mengulangi sesuatu beberapa kali dan bercakap perkara yang sama kerana ingin

mencuba untuk memberi jawapan yang terbaik.

Ataupun mereka memikirkan mereka dapat memberi jawapan yang tepat. Sesetengah

orang terlalu obses terhadap memperolehi jawapan yang tepat dan mereka mencuba

tanpa henti sehingga pada pandangan mereka telah mendapat maklumbalas yang

terbaik dari penemuduga.

Tetapi kita tidak akan dapat memastikan apa sebenarnya yang ingin didengari oleh

penemuduga, kebanyakan kita terus bercakap dengan harapan dapat melitupi setiap

ruang yang ada.

Masalahnya dengan cara yang sebegitu, kita akhirnya telah bercakap terlalu banyak,

di mana mungkin mengakibatkan penemuduga hilang tumpuan dan oleh sedemikian, di

situ mungkin berakhirnya temuduga anda.

Sebenarnya dalam kebanyakan kes tidak pernah ada jawapan yang tepat.

Pengajarannya di sini ialah: ada banyak faktor yang membawa kepada jawapan yang

baik, iaitu kita hendaklah memberi jawapan yang terus kepada tajuk yang

dibincangkan dan tidak berlegar-legar tanpa tujuan untuk mencari jawapan yang

tepat.

Page 12: Asas Dan Prinsip Kejayaan Temuduga oleh Neal Izham

12

Asas dan Prinsip Kejayaaan Temuduga

MITOS NO. 8: ANDA PERLULAH BERTANYAKAN SOALAN UNTUK MENUNJUKKAN

MINAT DAN KEBIJAKSANAAN ANDA

Ramai antara calon temuduga menyangka bahawa mereka hanya boleh bertanya di

akhir sesi temuduga. Terdapat kepercayaan umum di antara calon temuduga bahawa

cara itu menampakkan kebijaksanaan mereka dan juga minat yang mendalam kepada

kerja tersebut. Ini adalah salah.

Bertanya soalan semata-mata untuk bertanya tidak akan menambahkan peluang anda

untuk mendapat kerja. Ia boleh juga disalah anggap yang anda adalah seorang yang

lembab – lebih-lebih lagi seandainya soalan anda merupakan perkara yang telah

dibancangkan semasa sesi temuduga sebelumnya.

Bertanyalah sekiranya anda mempunyai soalan yang tulen. Soalan yang boleh diterima

termasuklah mempunyai hubungan yang telus dengan jawatan yang anda pohon,

termasuklah kondisi kerja dan polisi syarikat berkenaan gaji, cuti dan sebagainya.

Penemuduga tidak akan berkeberatan untuk menjawab soalan-soalan sedemikian

tetapi akan berkeberatan untuk menjawab soalan-soalan yang dianggap tidak

mempunyai kaitan. Sekiranya anda tidak mempunyai apa-apa soalan, ucaplah sesuatu

seperti “Terima kasih, tetapi saya tidak mempunyai apa-apa soalan.

Tuan telah cukup teliti sepanjang temuduga ini dan telah berbincang begitu

menyeluruh tentang jawatan ini”. Tiada salahnya anda sedikit memuji penemuduga

anda tentang ketelitian dan sifat professional mereka – dengan syarat anda tidak

melampaui had atau berbunyi seperti terlampau merendah diri.

Ada dua lagi perkara penting yang anda mesti tahu tentang bertanya kepada

penemuduga. Pertama, elak daripada terlalu banyak bertanya. Pada keseluruhannya,

penemuduga tidak gemar peranan yang terbalik. Kedua, jangan bertanya soalan yang

berkemungkinan mengaibkan. Ini termasuklah:

soalan yang bersangkut paut dengan insiden yang negatif

Page 13: Asas Dan Prinsip Kejayaan Temuduga oleh Neal Izham

13

Asas dan Prinsip Kejayaaan Temuduga

sesuatu yang tidak sepatutnya berada di dalam domain umum

soalan yang payah yang mungkin akan membingungkan penemuduga

Sebagai panduan, sekiranya anda fikir yang soalan anda akan menyebabkan

penemuduga anda berasa malu, elakkan dari melakukannya.

MITOS NO. 9: RELAKS DAN JADILAH DIRI ANDA SENDIRI

Adalah penting untuk relaks dan tunjukkan kebaikan anda, adalah juga penting untuk

memahami yang temuduga bukanlah perjanjian sosial. Kebanyakan temuduga adalah

peristiwa yang tersusun di mana kenyataan yang tidak menimbulkan kemarahan

adalah tidak diterima.

Ringkasnya, menjadi diri sendiri mungkin akan membawa malapetaka (satu perkataan

yang bercanggah). Misalnya, menjadi diri sendiri bermaksud menyandar pada kerusi,

berpakaian compang-camping dan berkelakar, anda akan menyedari bahawa anda

menghadiri beberapa temuduga.

Sementara penemuduga suka mereka yang relaks, mereka juga mempunyai anggapan

yang dijangkakan tentang kelakuan yang bersesuaian untuk menghadiri sesuatu

temuduga – dan anda menyalahgunakan anggapan tersebut untuk membahayakan

anda!

MITOS NO. 10: PENEMUDUGA MENCARI KECELAAN

Mitos yang berbahaya ini akan membawa para penemuduga untuk mengamalkan sikap

mempertahankan diri, mungkin juga kecurigaan semasa menemuduga. Sekiranya anda

percaya yang penemuduga anda sedang tekun mencari kecelaan anda, besar

kemungkinannya akan melemahkan percubaan anda untuk membentuk hubungan

erat dan kepercayaan yang penting. ia juga boleh menghalang anda untuk terbuka dan

memberi jawapan yang baik.

Page 14: Asas Dan Prinsip Kejayaan Temuduga oleh Neal Izham

14

Asas dan Prinsip Kejayaaan Temuduga

Percayalah bahawa kebanyakan tidak menyediakan soalan-soalan dengan harapan

untuk mencari kecelaan anda. Soalan-soalannya selalunya sudah disiapkan dengan

harapan untuk memberi gambaran keseluruhan secara mendalam tentang apa yang si

penemuduga boleh menyumbang kepada syarikat.

Seorang penemuduga yang baik akan dapat menyingkap kelemahan anda tetapi ianya

amatlah jauh berbeza dengan apa yang anda fikir bahawa penemuduga hanya mencari

jawapan yang menampakkan kecelaan anda.

Ia amatlah mustahak untuk menganggap tiap-tiap soalan itu adalah satu peluang

untuk menyerlahkan diri anda daripada bersifat untuk melindungi yang tidak perlu. Ia

hanyalah untuk menjawab soalan-soalan untuk menunjukkan betapa bagusnya anda.

Menganggap yang soalan-soalan tersebut adalah objek syak-wasangka tidak akan

masuk akal langsung.

Memahami mitos di persekitaran temuduga akan memberi permulaan yang baik.

Ingatlah, temuduga adalah sama dengan usaha dalam hidup: memahaminya secara

mendalam adalah baik untuk membantu anda mencapai kejayaan.

Pemahaman secara mendalam tentang mitos di dalam temuduga akan memberi anda

satu senjata dengan informasi yang anda perlukan untuk mengelak diri anda daripada

terjerumus ke dalam perangkap yang mengecewakan.

Sama pentingnya, satu gambaran yang jelas tentang temuduga akan membuat anda

lebih bersedia dan dapat menyumbangkan keyakinan dan persembahan anda.

Page 15: Asas Dan Prinsip Kejayaan Temuduga oleh Neal Izham

15

Asas dan Prinsip Kejayaaan Temuduga

HINDARI 11 PERKARA YANG AKAN MENGGAGALKAN TEMUDUGA

Berikut adalah perkara-perkara yang sepatutnya anda elakkan ketika berada dalam

bilik temuduga untuk mengelakkan penemuduga berasa bosan dan jelik kepada anda :

1. Bercakap perkara-perkara yang tidak berkaitan secara keterlaluan

2. Tidak memberikan tumpuan kepada penemuduga tertentu apabila ditemuduga

lebih dari seorang penemuduga

3. Mengelak dari menjawab soalan penemuduga

4. Memandang rendah akan pengetahuan penemuduga, ini dapat dilihat dengan

jawapan anda

5. Mencabar penemuduga dengan bertanyakan soalan yang rumit dan terlalu

teknikal

6. Menggunakan nama-nama orang berpangkat atau terkenal dalam perbualan

anda dengan temuduga dengan harapan penemuduga tersebut kagum dengan

anda

Perkara-perkara ini bukan sahaja membosankan penemuduga, malah akan

membuatkan penemuduga merasa jelik dengan anda dan seterusnya mengambil

keputusan untuk mengenepikan permohonan anda untuk mendapat jawatan tersebut.

Page 16: Asas Dan Prinsip Kejayaan Temuduga oleh Neal Izham

16

Asas dan Prinsip Kejayaaan Temuduga

DOA-DOA BERKAITAN SEBELUM DAN SELEPAS TEMUDUGA

Page 17: Asas Dan Prinsip Kejayaan Temuduga oleh Neal Izham

17

Asas dan Prinsip Kejayaaan Temuduga

Page 18: Asas Dan Prinsip Kejayaan Temuduga oleh Neal Izham

18

Asas dan Prinsip Kejayaaan Temuduga

CONTOH SOALAN-SOALAN TEMUDUGA KERAJAAN

1. Apakah yang anda ingini 5 tahun daripada sekarang?

2. Mengapakah anda memilih kerjaya yang sedang anda kejar sekarang?

3. Cerita sedikit tentang diri anda.

4. Apakah yang dapat memotivasikan anda?

5. Apakah kelayakan yang anda miliki yang boleh menolong dalam kerjaya pilihan

anda?

6. Bagaimanakah anda menentukan/menilai kejayaan?

7. Apakah sumbangan yang anda dapat berikan kepada pihak kami?

8. Terangkan/huraikan perhubungan yang perlu terjalin antara penyelia dan

orang-orang bawahannya.

9. Apakah kelemahan-kelemahan anda?

10. Adakah gred-gred yang anda capai semasa belajar menggambarkan kebolehan

anda sebenar?

11. Mengapakah patut kami memilih anda?

12. Ceritakan satu pengalaman yang paling berguna kepada anda.

13. Nyatakan 2 atau 3 perkara yang anda anggap penting dalam pekerjaan anda.

14. Apakah matlamat dan tujuan jangka panjang dan jangka pendek anda?

Bagaimana anda membuat persediaan untuk mencapainya?

15. Yang mana lebih penting kepada anda : duit atau jenis pekerjaan.

16. Apakah yang anda anggap sebagai kekuatan anda.

17. Nyatakan 2 atau 3 pengalaman pencapaian yang telah memberikan anda

kepuasan. Mengapa?

18. Situasi bekerja yang bagaimanakah dapat memberikan keselesaan kepada anda?

19. Bagaimanakah anda apabila bekerja dalam keadaan yang tertekan? (work under

pressure)

20. Apakah kesulitan yang pernah anda hadapi dan bagaimana anda dapat

mengatasinya.

21. Apakah yang anda telah pelajari daripada kesilapan-kesilapan pada masa-masa

lalu?

Page 19: Asas Dan Prinsip Kejayaan Temuduga oleh Neal Izham

19

Asas dan Prinsip Kejayaaan Temuduga

22. Apakah objektif kerjaya jangka panjang anda?

23. Bagaimanakah anda merancang untuk mencapai matlamat kerjaya anda?

24. Apakah kualiti yang perlu ada pada seseorang yang berjaya?

25. Apakah subjek yang anda paling minat dan paling tidak minat sekali? Mengapa?

26. Apakah perubahan-perubahan yang anda akan lakukan semasa berada di kolej

atau universiti? Mengapa?

27. Apakah yang anda telah pelajari daripada penyertaan anda dalam aktiviti

kokurikulum?

28. Adakah anda mempunyai keutamaan tempat/lokasi anda bekerja? Mengapa?

29. Apakah ganjaran terpenting yang anda jangkakan dalam kerjaya anda?

30. Bincangkan sedikit tentang isu semasa yang berkait dengan kerjaya pilihan

anda.

Page 20: Asas Dan Prinsip Kejayaan Temuduga oleh Neal Izham

20

Asas dan Prinsip Kejayaaan Temuduga

Tawaran Istimewa

Dapatkan khidmat nasihat

Memandangkan anda telah berjaya membaca sampai ke tahap ini, saya percaya anda

seorang yang serius untuk menambah ilmu.

Oleh itu, saya memberi peluang khas kepada anda untuk mendapatkan khidmat nasihat

secara terus melalui email sebagai tanda penghargaan kerana menghabiskan

membaca ebook ini.

Subjek email haruslah dinamakan “Bonus Khidmat Nasihat” dan diikuti dengan

pertanyaan anda ke neal_izham[at]yahoo.com.

Berikan detail yang secukupnya agar urusan lebih mudah dan lancar.

Dapatkan Diskaun 50% untuk ebook Premium

Gunakan kupon unik ini : “50ebooknealizham”

Untuk dapatkan harga diskaun setengah harga bagi ebook-ebook pemium saya.

Page 21: Asas Dan Prinsip Kejayaan Temuduga oleh Neal Izham

21

Asas dan Prinsip Kejayaaan Temuduga

http://www.BlogMudah.info

http://www.Affiliate-Malaysia.info

http://www.MLM-Malaysia.com