strategi pemasaran efektif oleh neal izham

24
Strategi Pemasaran Efektif Hakcipta Terpelihara © 2010 Mukasurat 1

Upload: universiti-malaya-kuala-lumpur-malaysia

Post on 05-Dec-2014

3.360 views

Category:

Documents


5 download

DESCRIPTION

Find out more related information here http://www.nealizham.com

TRANSCRIPT

Page 1: Strategi Pemasaran Efektif oleh Neal Izham

Strategi Pemasaran Efektif

Hakcipta Terpelihara © 2010 Mukasurat 1

Page 2: Strategi Pemasaran Efektif oleh Neal Izham

Strategi Pemasaran Efektif

Hakcipta Terpelihara © 2010 Mukasurat 2

NOTIS PENAFIAN :

Buku panduan ini dihasilkan untuk memberikan pengajaran dan menyalurkan maklumat umum mengenai subjek yang dibincangkan. Ia tidak boleh dianggap sebagai mengandungi nasihat pemasaran atau segala yang berkaitan dengannya. Strategi yang disebut di dalam buku ini mungkin tidak sesuai untuk setiap individu dan tidak dijamin dapat menghasilkan kesan tertentu kepada semua pihak. Walaupun segala usaha telah dilakukan untuk memastikan ketepatan informasi di dalam buku ini ketika penulisan, namun begitu informasi selalu bertukar dengan cepat. Oleh itu, sesetengah dari maklumat yang ada di dalam buku ini mungkin sudah tidak tepat ketika anda membacanya. Juga, kemungkinan ada kesalahan tipografi dan kandungan. Tidak ada jaminan yang diperakukan bahawa maklumat yang terkandung di dalam buku panduan ini adalah tepat dan lengkap. Pengarang serta penerbitnya dengan ini secara khususnya tidak bertanggungjawab atas apa-apa risiko sama ada secara peribadi atau tidak, yang berlaku akibat penggunaan atau aplikasi kandungan buku panduan ini, secara langsung atau tidak langsung. Anda dirayu supaya merujuk kepada pihak yang bertauliah dan profesional untuk mendapatkan nasihat berkaitan strategi pemasaran dan segala yang berkaitan. Dengan belian buku panduan ini, anda tersekat oleh syarat-syarat di atas.

Page 3: Strategi Pemasaran Efektif oleh Neal Izham

Strategi Pemasaran Efektif

Hakcipta Terpelihara © 2010 Mukasurat 3

BIODATA PENULIS

Neal Izham Sharifudin, dilahirkan di

Kluang, Johor. Mendapat pendidikan awal di

Negeri Johor dan mendapat peluang

melanjutkan pelajaran di MRSM Jasin (Ditukar

kepada MRSM Tun Ghaffar Baba).

Berjaya mendapat keputusan yang

cemerlang pada peringkat PMR dan SPM

seterusnya menyambung pengajian ke

peringkat matrikulasi di Tangkak. Masakini

beliau merupakan pelajar sepenuh masa di

Universiti Malaya dalam jurusan Kejuruteraan

Awam.

Merupakan seorang pelajar yang aktif dalam sukan tenis dan

mempunyai minat yang mendalam dalam bidang inovatif dan juga dunia

perniagaan.

Pernah berjaya merangkul anugerah rekacipta sewaktu di peringkat

sekolah lagi. Beliau mula menceburikan diri dalam bidang perniagaan

melalui perniagaan milik ayahnya, dalam perniagaan jus buah-buahan.

Beliau juga dianugerah pemikiran yang kritis dan kreatif, sentiasa

mempunyai sifat ingin tahu yang tinggi dan berfikiran ke hadapan untuk

menangani sesuatu cabaran.

Pelbagai pengalaman hidup yang berharga telah menjadi anjakan

paradigma baginya untuk terus maju.

Pengalaman-pengalaman ini menemukan beliau kepada keajaiban

dunia ICT dalam membantu selok-belok perniagaan sekaligus

membuatkan beliau bertekad untuk memberikan sepenuh komitmen untuk

memberikan yang terbaik.

Page 4: Strategi Pemasaran Efektif oleh Neal Izham

Strategi Pemasaran Efektif

Hakcipta Terpelihara © 2010 Mukasurat 4

Kandungan

Topik Mukasurat

BAB 1 Pengenalan 5

BAB 2 Mitos Pemasaran Yang Popular 7

BAB 3 Faktor Penyumbang Kepada Pemasaran 15

BAB 4 Strategi Efektif Sepanjang Zaman 18

Penutup 21

Page 5: Strategi Pemasaran Efektif oleh Neal Izham

Strategi Pemasaran Efektif

Hakcipta Terpelihara © 2010 Mukasurat 5

Strategi Pemasaran Efektif

Bagaimana Untuk Memacu Perniagaan

Online dan Offline Sehingga meledakkan

Jualan

Page 6: Strategi Pemasaran Efektif oleh Neal Izham

Strategi Pemasaran Efektif

Hakcipta Terpelihara © 2010 Mukasurat 6

Bab 1: Pengenalan

Selamat datang ke “Strategi Pemasaran Efektif”

Didalam ebook ini, anda akan mempelajari keseluruhan idea yang digunakan oleh

penjual super untuk berjaya dan bagaimana anda boleh mengikuti jejak langkah

mereka.

Di dalam abad ke 21 ini, masa sudah banyak berubah dan semestinya bukan mudah

untuk memenuhi kehendak para pelanggan anda.

Kami memahaminya kerana kami juga „turun padang‟ dan mengkaji bagaimana

sukarnya memenuhi permintaan mereka samada secara online ataupun offline.

Kaedah melawat atau bersua muka dengan pelanggan, ataupun menggunakan promosi

melalui telefon mungkin sudah tidak begitu relevan lagi.

Page 7: Strategi Pemasaran Efektif oleh Neal Izham

Strategi Pemasaran Efektif

Hakcipta Terpelihara © 2010 Mukasurat 7

Jika anda merenung kembali sejarah, banyak negara telah dijajah oleh penjajah asing

yang menggunakan senjata canggih seperti senapang dan meriam. Pedang dan perisai

tidak akan mampu mengalahkan senjata canggih ini walaupun memiliki semangat yang

berkobar – kobar.

Begitu jugalah halnya dengan pemasaran. Anda tidak boleh mengaplikasikan teknik

pemasaran yang diamalkan pada tahun 70an kepada pelanggan anda sekarang,

pelanggan di abad ke 21.

Tapi, saya akan buatkan anda lebih memahaminya sebentar lagi.

Jadi, teruskan bacaan anda.

Semoga teori ini akan membuka minda anda dan membuka jalan juga untuk anda

berjaya dalam kempen pemasaran anda.

Demi kejayaan anda.

Terima kasih.

Page 8: Strategi Pemasaran Efektif oleh Neal Izham

Strategi Pemasaran Efektif

Hakcipta Terpelihara © 2010 Mukasurat 8

Bab 2: Mitos Pemasaran Yang Popular

Pertama sekali, kita akan menyelesaikan beberapa mitos mengenai pemasaran dan

bagaimana kita harus mengubah pandangan minda kita dengan membuang idea – idea

yang salah dari minda kita.

Produk yang baik tidak akan terjual secara automatik!

Tidak semestinya anda memiliki produk yang sangat baik, ia akan membuatkan anda

menjadi kaya raya.

Mungkin anda pernah mendengar perumpamaan ini : Bina produk yang canggih,

dan semua orang akan datang kepada anda

Mungkin perumpamaan tersebut ada kebenarannya, kerana beberapa dekad yang lalu

tidak banyak produk canggih yang dicipta. Mungkin pada masa tersebut, ada juga

produk yang dikira canggih namun tidaklah sampai menerima anugerah Nobel. Apa

yang pasti, ianya tidaklah seperti hari ini dimana teknologi dan innovasi bergerak pantas

seiring dengan perkembangan semasa.

Dengan pertumbuhan teknologi, istilah produk canggih tidak lagi menjadi banyak

kerana ia tumbuh bak cendawan tumbuh selepas hujan.

Pada abad ke 21 ini, setiap hari ada sahaja produk canggih yang diciptakan. Maka,

dengan hanya memiliki produk yang baik tidak bermakna ia akan boleh memasarkan

dirinya sendiri dan membuatkan anda kaya.

Pada masa sebelum ini, orang ramai kurang didedahkan dengan iklan – iklan. Apa –

apa sahaja yang dianggap baru akan senang diketahui ramai kerana kurangnya

persaingan.

Page 9: Strategi Pemasaran Efektif oleh Neal Izham

Strategi Pemasaran Efektif

Hakcipta Terpelihara © 2010 Mukasurat 9

Tapi hari ini, walaupun anda memiliki pembersih vakum yang canggih, pelan insurans

ataupun kereta yang boleh terbang, anda tetap akan bersusah payah juga

mempromosikannya kerana anda akan bertarung dengan lambakan iklan diluar sana.

Tambahan pula, anda harus meyakinkan para pelanggan bahawa produk anda boleh

memberikan kepuasan kepada mereka.

Anda harus menyampaikannya kepada para pelanggan anda secara langsung. Anda

tidak boleh duduk sahaja, tetapi secara konsisten memberikan maklumat. Anda harus

menyampaikan faedah – faedah produk anda agar dengan kaedah ini, agar lebih ramai

yang membeli dari anda berbanding ribuan pesaing anda diluar sana.

Apa yang penting ialah anda harus berani menonjolkan diri. Tunjukkan kepada mereka

bahawa anda adalah sangat berbeza, lebih baik dan luarbiasa. Anda perlu memiliki

kaedah pemasaran yang unik, dan umumkannya kepada semua orang.

Lakukan tindakan yang boleh „mengejutkan‟ mereka dan berikan mereka sesuatu yang

boleh diingati. Memang banyak kaedah untuk menjana wang pada hari ini, namun

hakikatnya kejayaan individu mahupun syarikat telah menarik minat ramai untuk

bersaing dalam sesebuah pasaran.

Sebagai contoh:

Jika anda menyertai pemasaran rangkaian (network marketing), ia sebenarnya tidak

membantu sekiranya anda berterusan bercerita tentang kehebatan syarikat pemasaran

rangkaian anda. Tidak kisahlah, samada produk mereka canggih atau berapa hebatnya

latar belakang syarikat tersebut.

Jika anda menyertai syarikat yang baik, secara umumnya mereka mengetahui akan

kelebihan syarikat anda. Namun, persoalannya sekarang – jika mereka mahu

memulakan bisnes pemasaran rangkaian, kenapa mereka harus menyertai ANDA dan

bukannya pemimpin yang penuh karisma, yang berdiri di atas pentans dengan ribuan

pengikut (downline)? Dengan kata lain, apa yang anda boleh tawarkan menyebabkan

anda berbeza dari yang lain? (mereka bukan hanya menyertai syarikat, tetapi ANDA

juga).

Page 10: Strategi Pemasaran Efektif oleh Neal Izham

Strategi Pemasaran Efektif

Hakcipta Terpelihara © 2010 Mukasurat 10

Panggilan Rambang?

Pernahkan anda mendengar istilah panggilan rambang? Pernahkah anda tahu,

mengapa panggilan rambang ini sering diabaikan? Ini disebabkan anda akan sentiasa

menerima reaksi yang kurang menyenangkan dari pihak yang satu lagi.

Biarlah kita bersikap jujur dengan diri sendiri. Anda pasti kurang senang untuk

menerima panggilan daripada orang yang anda tidak dikenali (kecualilah anda seorang

yang sangat mesra atau ianya panggilan untuk memberitahu anda bahawa anda

memenangi loteri). Tiada seorang pun yang suka menerima panggilan dari „orang asing‟

– terutamanya orang yang cuba menjual sesuatu kepada anda.

Panggilan rambang merupakan salah satu kaedah yang tidak efektif dalam

memasarkan sesuatu – dengan membuat panggilan yang mengganggu privasi

seseorang. Disamping itu, anda juga perlu „tahan telinga‟ dan bersedia untuk menerima

penolakan terhadap apa yang anda tawarkan. Ianya juga langsung tidak membantu

untuk memberikan didikan kepada pelanggan anda mengenai produk anda. Dengan

kaedah „paksaan‟, anda tidak akan kemana.

Pada masa kini, para penjual tidak lagi bertemu dengan pelanggan sebaliknya

pelanggan pula yang mencari penjual. Jika pelanggan tersebut bersikap seperti diktator,

beliau akan memandang rendah para penjual dan ini akan menyukarkan usaha penjual

untuk menyampaikan kelebihan produk kerana mereka ini bersikap „minda tertutup‟.

Orang ramai sekarang lebih selesa untuk mencari sendiri peniaga ataupun penjual yang

boleh memenuhi keperluan mereka. Apa yang akan mereka lakukan ialah dengan

menggunakan enjin pencari, Google – taipkan sahaja apa yang mereka inginkan.

Mereka tidak perlukan para penjual untuk menghubungi mereka dan memberikan

informasi tentang produk terbaru dipasaran.

Bertemu pelanggan. Berbaloikah?

Page 11: Strategi Pemasaran Efektif oleh Neal Izham

Strategi Pemasaran Efektif

Hakcipta Terpelihara © 2010 Mukasurat 11

Jika anda menyertai sesetengah organisasi pemasaran atau syarikat pemasaran

rangkaian, selalunya anda akan sering ditekankan untuk sentiasa bertemu dengan

prospek atau pelanggan anda. Tetapi, pernahkah anda membayangkan apakah

perasaan prospek anda? Bayangkan pula diri anda di pihak mereka.

Jika anda seorang jurujual dan anda memandu sepanjang hari hanya untuk cuba

bertemu dengan prospek anda setiap kali makan tengahari, ada kemungkinan juga

anda akan berasa kecewa atau berputus asa, terutamanya jika para prospek anda tidak

begitu gembira untuk berjumpa dengan anda.

Seperti juga dengan panggilan rambang, berjumpa dengan para prospek juga bukanlah

satu kaedah yang baik untuk berkomunikasi mengenai promosi walaupun ianya

dilakukan secara bersemuka. Sekali lagi, anda pergi kepada mereka tetapi mereka pula

menjauhkan diri dari anda.

Ramai agen syarikat pemasaran rangkaian bergerak ke sana dan ke sini cuba untuk

memperkenalkan pelan mereka, tetapi akhirnya ditolak dan tidak dilayan dengan baik.

Mereka memikirkan bahawa mereka mempunyai masa didepan prospek mereka, dan

berharap boleh mendapatkan hasil lumayan sekiranya mereka melakukannya berulang

kali.

Perhatikan, bahawa ianya amat sukar kerana pelanggan tidak akan melayan anda

seperti seorang pakar dan juga tidak akan menghormati anda. Pelanggan juga tidak

begitu didedahkan dengan produk / servis anda; oleh itu anda akan bertarung untuk

mendapatkan perhatian mereka. Kadang kala anda juga boleh kelam kabut juga kerana

mereka bersedia dengan soalan – soalan „maut‟, sedangkan anda tidak bersedia

dengan soalan – soalan diluar jangkaan. Anda juga mungkin lebih risau tentang kos

untuk anda bergerak dan „conversion rate‟ iaitu kadar pertukaran prospek kepada

pembeli kerana anda mengambil masa yang lama untuk menerima penolakan sebelum

mampu membuatkan prospek anda bersetuju dengan anda.

Page 12: Strategi Pemasaran Efektif oleh Neal Izham

Strategi Pemasaran Efektif

Hakcipta Terpelihara © 2010 Mukasurat 12

Pemasaran tidak sama dengan jualan, dan jualan juga bukan bermakna pemasaran.

Jangan terkeliru kerana ramai yang beranggapan pemasaran dan jualan adalah perkara

yang sama. Memulakan perniagaan tanpa kaedah pemasaran yang betul akan berakhir

dengan kekecewaan dan kegagalan.

Pengiklanan Secara Rambang!

Ramai diluar sana yang meletakkan pelbagai iklan seperti flyer, brosur, kad nama,

papan tanda dan objek pengiklanan lain di merata – rata tempat dengan harapan ada

seseorang yang akan membuat panggilan atau membuat pesanan.

Ini adalah kaedah yang kuno.

Tanyakan pada diri anda sendiri…jika seorang yang pakar didalam perniagaan internet

meletakkan iklan beliau pada papan tanda dan menggantungkannya pada pokok –

adakah anda fikir prospek beliau akan menghormati beliau sekiranya ternampak iklan

beliau di pokok tersebut? Tentulah tidak! Sama juga dengan anda, sekiranya anda

berbuat demikian prospek anda juga tidak akan menghormati anda.

Sia – sia juga untuk anda meletakkan kad nama atau brosur anda diseluruh kawasan

dengan harapan sesiapa yang ternampak brosur / kad nama anda akan merasa tertarik

dan bersedia untuk menelefon anda, dengan kad kredit ditangan bersedia untuk

membuat pesanan.

Sejarah turut menunjukkan walau apapun jenis teknik pengiklanan yang digunakan,

tanpa kaedah yang betul untuk menarik pembeli akhirnya akan membawa kepada

bentuk pemasaran yang tidak efektif. Malah lebih teruk lagi, ianya adalah satu

PEMBAZIRAN!

Kecualilah perniagaan anda sangat besar seperti Coca Cola, teknik pengiklanan yang

tidak mengandungi unsur – unsur „respon secara langsung‟ (direct response)

merupakan kaedah terbaik untuk meningkatkan keuntungan.

Page 13: Strategi Pemasaran Efektif oleh Neal Izham

Strategi Pemasaran Efektif

Hakcipta Terpelihara © 2010 Mukasurat 13

Desakan Tidak Akan Membantu Pemasaran

Ramai jurujual rela untuk memanjakan para pelanggan mereka dalam usaha untuk

memenangi hati pelanggan agar memilih produk mereka. Jurujual ini akan merayu dan

memujuk pelanggan untuk membeli produk / servis mereka tetapi pada masa yang

sama para pelanggan ini sedang mengambil kesempatan sahaja. Sebaik sahaja

tawaran atau janji – janji ini tidak lagi ditawarkan, mereka akan menolak anda.

Jangan lakukan kesilapan ini. Jika anda sanggup melakukan apa sahaja demi

memenangi hati pelanggan, anda sebenarnya menuju kearah kekecewaan sekiranya

anda meletakkan pelanggan anda terlalu tinggi.

Walaupun kita amat menghormati para penjual yang sanggup memberikan nombor

telefon, nombor fax dan sanggup juga memberikan alamat rumah mereka semata –

mata untuk menunjukkan bahawa mereka menawarkan khidmat pelanggan yang „tip –

top‟, sebenarnya ia tetap siri percubaan untuk mendapatkan jualan.

Para pelanggan juga tidak mudah diperdaya dan mereka sangat bijak. Mereka tahu,

perkara pertama yang mereka lakukan sebaik sahaja mereka menandatangani borang

anda, mereka akan terus „bersembunyi‟ dan mengelakkan diri dari panggilan anda.

Jika anda ingin benar – benar efektif dalam perniagaan, anda harus bijak membezakan

antara padi dan hampas.

Bukan semua prospek anda adalah pelanggan yang berkualiti. Jika anda berhempas

pulas untuk menyenangkan semua mereka, perniagaan anda akan sengsara di akhir

nanti. Anda sepatutnya berusaha meyakinkan pelanggan yang berkualiti, walaupun

dalam kuantiti yang sedikit berbanding cuba meyakinkan semua termasuk prospek

yang tidak berminat. Ini akan mendatangkan pelbagai masalah seperti isu khidmat

pelanggan, aduan dan informasi yang tidak baik yang disebarkan dari mulut ke mulut

disebabkan timbulnya rasa ketidakpuasan hati.

Page 14: Strategi Pemasaran Efektif oleh Neal Izham

Strategi Pemasaran Efektif

Hakcipta Terpelihara © 2010 Mukasurat 14

Kisah Benar Disebalik Putus Asa.

Anda akan mengalami keadaan ini dengan kerap apabila anda menyertai syarikat

pemasaran rangkaian (atau ketika latihan pemasaran).

Bayangkan situasi ini – anda, sebagai agen pemasaran rangkaian dan menyertai

syarikat. Mereka mendorong anda ke arah kebebasan kewangan dan menyatakan

kesetiaan kepada agen yang mereka lantik, dimana mahu mereka melakukan apa

sahaja demi mejayakan perniagaan.

Jangan salah anggap…

Tidak ada salahnya untuk memiliki kemahuan yang tinggi dan mengejar matlamat untuk

berjaya. Malah, ianya amat digalakkan agar kita lebih kuat lagi dalam menghadapi

cabaran di alam perniagaan.

Tetapi masalahnya ialah, ianya tidak mampu untuk direalisasikan. Ada sesetengah

perniagaan pemasaran rangkaian (sebenarnya banyak lagi diluar sana) memiliki sistem

yang baik, manakala selebihnya tidak. Jika pihak pengurusan tidak melaksanakan

tanggungjawab mereka, melakukan perbuatan yang tak beretika atau menggunakan

taktik kotor, maka ia merupakan alasan yang baik untuk anda meninggalkan syarikat

tersebut. Terutamanya, apabila anda tidak mendapat hasil atau anda berterusan

melabur…namun, tiada perubahan sehinggakan nak bayar bil pun susah!

Ada juga senario yang lebih teruk lagi, dimana sesetengah orang akan cuba

memanipulasikan anda dengan mengungkapkan „pemenang takkan mudah mengalah‟

dan „si pengalah takkan pernah berjaya‟.

Baiklah, terdapat 2 cara bagaimana anda memerhatikan keadaan ini:

1. Anda tidak mengendahkan nasihat upline anda atau tidak melakukan apa yang

perlu untuk berjaya. Anda tidak melakukan apa – apa untuk memperbaiki diri

anda atau situasi kewangan anda. Perniagaan anda gagal ataupun bertahan

sekerat jalan sahaja. Akhirnya, anda keluar kerana tidak mahu situasi menjadi

Page 15: Strategi Pemasaran Efektif oleh Neal Izham

Strategi Pemasaran Efektif

Hakcipta Terpelihara © 2010 Mukasurat 15

lebih genting. Kesilapan ini adalah disebabkan anda sendiri dan anda

sememangnya layak untuk gagal.

2. Anda mengikuti sistem, melakukan segalanya untuk meningkatkan diri, membina

minda berjaya dan sanggup berbuat apa sahaja demi kejayaan. Dalam kes ini,

anda harus keluar dengan segera jika anda menemui peluang lain yang akan

memberikan kejayaan dengan lebih pantas kerana ianya adalah sia – sia sahaja

untuk anda terus berada disana jika ianya statik sahaja.

Ok, saya rasa anda faham tentang 2 penyataan di atas. Persoalannya ialah di kategori

manakah anda sekarang?

Anda harus tahu tentang karier anda. Memang penting untuk bekerja keras, tetapi anda

juga seharusnya bekerja dengan bijaksana. Jika anda tidak berusaha gigih, anda

memilih untuk gagal dan ini adalah fakta kehidupan. Namun, jika anda telah berusaha

bersungguh – sungguh tetapi tidak berhasil, maka tukarlah strategi dan pendekatan

anda!

Page 16: Strategi Pemasaran Efektif oleh Neal Izham

Strategi Pemasaran Efektif

Hakcipta Terpelihara © 2010 Mukasurat 16

Bab 3: Faktor Penyumbang Kepada Pemasaran

Sebelum ini kita telah membincangkan tentang mitos – mitos yang popular dalam

pemasaran. Sekarang, mari kita lihat apakah aspek yang paling penting sebagai faktor

penyumbang di dalam pemasaran.

Jenamakan Diri Anda Sebagai Pakar

Penjenamaan adalah sangat – sangat penting. Hari ini, rata – rata pengguna bijak

memilih dan hanya yang terbaik akan menjadi pilihan. Sekarang, anda mungkin tidak

memiliki produk yang terbaik di dunia, dan belum lagi menempatkan diri anda sebagai

yang terbaik dalam strategi pemasaran.

Apakah yang membezakan diri anda dengan yang lain? Untuk berjaya dalam mana –

mana bidang, tahukah anda bahawa anda perlu mempersiapkan diri untuk menjadi

pakar dalam produk atau servis yang anda sediakan?

Para pelanggan sekarang agak cerewet dan terlalu memilih, disebabkan terdapat

banyak jenama lain di luar sana. Ianya memang susah untuk mendapatkan seorang

pelanggan baru berbanding mengekalkan pelanggan sedia ada.

Jika anda dikenali sebagai pakar, orang ramai akan lebih senang menganggap anda

sebagai seorang yang berwibawa dan mendengar setiap patah perkataan yang anda

sampaikan daripada mendengar seorang penjual yang cuba menghabiskan duit

mereka.

Menjenamakan diri anda juga mampu menaikkan keyakinan diri anda. Apabila orang

ramai mula mendengar anda, anda tahu bahawa peluang telah tiba!

Page 17: Strategi Pemasaran Efektif oleh Neal Izham

Strategi Pemasaran Efektif

Hakcipta Terpelihara © 2010 Mukasurat 17

Membina Kredibiliti

Kredibiliti seakan – akan sama dengan penjenamaan. Penjenamaan mungkin

membantu anda untuk mendapatkan jualan pertama, tetapi kredibiliti akan membuatkan

orang ramai sentiasa mengikuti anda selalu. Jika anda telah membina kredibiliti didalam

perniagaan anda dan menjadi jenama yang dipercayai, anda tidak memerlukan masa

yang lama untuk mendapatkan tempahan yang berulang – ulang dari pelanggan sedia

ada dan rakan – rakan mereka berbanding untuk meyakinkan mereka dari mula.

Janganlah memandang rendah kepada pelanggan yang melabur hanya sedikit amaun

sahaja. Pelanggan yang melaburkan amaun yang sedikit ini dalam tempoh 2 tahun,

sudah tentu menghasilkan pulangan yang besar buat anda. Tambahan pula, mereka

biasanya akan mencadangkan pelanggan lain juga untuk menjadi pelanggan anda.

Terdapat satu cerita dimana seorang penjual susu yang tidak mahu memberikan

perkhidmatan kepada seorang remaja kerana merasakan perkhidmatan yang

ditawarkan kepada remaja tersebut tidak berbaloi. Namun, dia tidak menyedari bahawa

remaja tersebut akan berkahwin dan mempunyai 5 – 6 orang anak serta menjadi

seorang yang memerlukan susu dengan banyak untuk anak – anaknya. Jadi, jangan

sesekali mengabaikan pelanggan anda.

Bukan itu sahaja, apabila anda memiliki kredibiliti, anda akan menjadi „sasaran‟ apabila

orang ramai memerlukan produk atau servis yang anda tawarkan (dengan itu, anda

menjimatkan masa untuk mencari pelanggan baru).

Adakah Perniagaan Anda Dapat Bertahan?

Page 18: Strategi Pemasaran Efektif oleh Neal Izham

Strategi Pemasaran Efektif

Hakcipta Terpelihara © 2010 Mukasurat 18

Ketahanan sesebuah perniagaan amat penting. Anda tidak mungkin dapat

melakukannya seorang diri kerana anda hanya memiliki 24 jam sahaja sehari. Bolehkah

anda mengagihkan tugasan anda?

Di dalam mana – mana model perniagaan, anda harus mampu mencari sebuah model

perniagaan yang sentiasa meningkat dari hari ke hari. Dengan kata lain, model yang

dimaksudkan ialah model perniagaan yang semakin menguntungkan semakin lama

anda berada disana.

Jika perniagaan tersebut memerlukan anda untuk bekerja dengan lebih lama lagi tetapi

memberikan keuntungan yang sama sahaja, samada anda perlu lebih inovatif lagi dari

segi idea ataupun tinggalkan sahaja perniagaan tersebut.

Bina Perniagaan Yang Fleksibel

Tidak ada yang berkekalan pada zaman ini. Ianya bukan tentang siapa yang kuat untuk

terus bertahan, tetapi siapa yang mampu menyesuaikan diri.

Anda harus cepat menyesuaikan diri dengan perubahan pasaran seperti kenaikan kos

dan perubahan terhadap permintaan pelanggan. Jika anda tidak dapat menyesuaikan

diri, anda akan kehilangan banyak peluang.

Janganlah hanya mula berubah apabila anda mengalami kesusahan atau tunggu

sehingga semua pelanggan anda beralih kepada pesaing anda. Ketika itu, nasi sudah

menjadi bubur.

Page 19: Strategi Pemasaran Efektif oleh Neal Izham

Strategi Pemasaran Efektif

Hakcipta Terpelihara © 2010 Mukasurat 19

Bab 4: Strategi Efektif Sepanjang Zaman

Disini terdapat beberapa strategi yang masih lagi berkesan walaupun masa terus silih

berganti. Anda boleh praktikkan di mana – mana perniagaan yang anda miliki.

Cari Mereka Yang Memerlukan Anda

Ini adalah salah satu daripada prinsip mudah yang jarang difahami oleh kebanyakan

jurujual. Jika anda ingin menjual secara efektif, anda harus menumpukan kepada

pelanggan yang berminat dengan produk anda terlebih dahulu.

Didalam pemasaran online, inilah yang dinamakan trafik sasaran (targeted traffic)

Ianya lebih efektif, dan anda tidak perlu bersusah payah untuk meyakinkan para

pelanggan. Anda juga akan berpeluang mendapat banyak jualan.

Perhatikan prinsip ini ketika anda berurusan dengan pelanggan anda:

Jangan cuba menjual sikat kepada seseorang yang tidak mempunyai rambut!

Maknanya, juallah produk yang betul dan kepada orang yang betul.

Cari Kaedah Untuk Mendapatkan Prospek / List

Mencari prospek / list adalah sangat penting. Ini disebabkan orang ramai tidak akan

membeli produk anda apabila pertama kali melihatnya. Statistik menunjukkan bahawa

orang ramai hanya akan mula serius memikirkan untuk mendapatkan produk anda

Page 20: Strategi Pemasaran Efektif oleh Neal Izham

Strategi Pemasaran Efektif

Hakcipta Terpelihara © 2010 Mukasurat 20

setelah mereka melihatnya, atau mengenalinya lebih dari 7 kali. Dalam perniagaan

online, ianya berlaku sekurang – kurangnya selepas 7 emel follow up dilancarkan.

Anda boleh membina sendiri pangkalan data untuk pelanggan anda ataupun senarai

list.

Ini sangat penting, kerana dengan memiliki list anda berpeluang untuk menghantar

informasi follow up sehingga 7 kali atau lebih, sebelum mereka dipengaruhi oleh iklan –

iklan yang lain.

Ini akan membawa kita ke bahagian yang selanjutnya…

Bina Perhubungan Yang Kukuh

Jualan baru ataupun jualan yang berulang – ulang biasanya di akibatkan oleh

perhubungan yang baik sejak awal lagi. Sebelum seseorang membeli produk anda,

anda harus biarkan mereka menanamkan kepercayaan terhadap anda. Untuk

memastikan ini, anda perlu tanamkan kepercayaan tersebut secara tidak langsung

(pelanggan anda mungkin sangat sukar dipengaruhi, tetapi kadang kala perkataan

„jaminan‟ sahaja sudah cukup untuk „menyentuh‟ seseorang).

Jangan biarkan prospek anda beralih arah! Ambillah masa bersama mereka dan

layanlah mereka seperti seorang rakan karib. Tetapi, jika anda menghabiskan masa

melayan semua orang tak kiralah samada individu tersebut prospek atau tidak – anda

bakal kehilangan kesemuanya, kerana anda tidak fokus!

Jadi, tumpukan kepada proses pembinaan hubungan yang kukuh dengan prospek anda

dan pasti nanti, ianya akan menghasilkan jualan.

Lakukan Kajian Terhadap Statistik Pelanggan

Page 21: Strategi Pemasaran Efektif oleh Neal Izham

Strategi Pemasaran Efektif

Hakcipta Terpelihara © 2010 Mukasurat 21

Apabila kita berbicara tentang angka dan nombor, ramai yang tidak begitu mengambil

berat akan hal ini. Angka dan nombor didalam perniagaan amatlah penting untuk dikaji

serta dijadikan kayu pengukur. Jika anda memahami serta bijak memanipulasikan

statistik angka, besar kemungkinan perniagaan anda akan terus berkembang.

Bagi perniagaan online, yang menjual melalui penggunaan surat jualan kebiasaannya

akan dikenalpasti prestasinya dengan cara membandingkan jumlah pembelian dan

jumlah pelawat yang datang.

Ini dikenali sebagai nisbah pertukaran (conversion rate), iaitu melihat berapa ramaikah

yang membeli dari sejumlah trafik yang datang ke laman web mereka.

Jika anda melakukan pemasaran di luar sana, janganlah cuba mendesak pelanggan

anda sehingga akhirnya mereka melarikan diri dari anda. Anda seharusnya berkongsi

informasi dengan mereka dan bantu mereka untuk memenuhi keperluan mereka.

Jangan sesekali mendesak serta memaksa mereka mendapatkan produk anda

walaupun anda sedar produk anda mungkin tidak dapat membantu mereka. Ini pasti

akan menimbulkan masalah buat anda di kemudian hari.

Jika prospek tersebut tidak termasuk didalam sasaran pasaran anda, biarkan sahaja.

Maknanya, bilangan prospek anda mungkin sedikit tetapi ianya sangat tepat untuk

berada didalam bidang sasaran pasaran anda.

Page 22: Strategi Pemasaran Efektif oleh Neal Izham

Strategi Pemasaran Efektif

Hakcipta Terpelihara © 2010 Mukasurat 22

Penutup

Di dalam bidang perniagaan, anda tidak boleh bergantung sepenuhnya kepada nasib

dengan beranggapan perniagaan anda gagal kerana anda tidak dilahirkan untuk

menjadi seorang peniaga.

Sebaliknya, anda harus faham bahawa setiap individu boleh dilatih untuk menjadi

peniaga. Seterusnya pula, ia bergantung kepada usaha anda untuk mempelajari selok

belok perniagaan disamping daya keinginan yang tinggi untuk berjaya.

Jutawan yang ada sekarang ini pun, kebanyakannya bukanlah dari latar belakang

keluarga yang menjalankan perniagaan.

Begitu juga halnya dalam bidang pemasaran. Ia bukan berkisar samada anda berbakat

atau tidak dalam melakukan pemasaran sebaliknya ia lebih kepada teknik dan strategi

yang digunapakai.

Dengan maklumat yang dikongsikan didalam ebook ini, walaupun nampak ringkas

tetapi saya berharap ia akan membantu anda untuk melihat dengan lebih jelas lagi

tentang strategi yang betul dalam melaksanakan kempen pemasaran anda.

Semoga perniagaan anda, baik secara online ataupun offline akan berkembang dan

menjadikan anda seorang jutawan nanti.

Salam hormat.

Page 23: Strategi Pemasaran Efektif oleh Neal Izham

Strategi Pemasaran Efektif

Hakcipta Terpelihara © 2010 Mukasurat 23

Tawaran Istimewa

Dapatkan khidmat nasihat

Memandangkan anda telah berjaya membaca sampai ke tahap ini, saya percaya anda

seorang yang serius untuk menambah ilmu.

Oleh itu, saya memberi peluang khas kepada anda untuk mendapatkan khidmat nasihat

secara terus melalui email sebagai tanda penghargaan kerana menghabiskan

membaca ebook ini.

Subjek email haruslah dinamakan “Bonus Khidmat Nasihat” dan diikuti dengan

pertanyaan anda ke neal_izham[at]yahoo.com.

Berikan detail yang secukupnya agar urusan lebih mudah dan lancar.

Dapatkan Diskaun 50% untuk ebook Premium

Gunakan kupon unik ini : “50ebooknealizham”

Untuk dapatkan harga diskaun setengah harga bagi ebook-ebook pemium saya.

http://www.BlogMudah.info

Page 24: Strategi Pemasaran Efektif oleh Neal Izham

Strategi Pemasaran Efektif

Hakcipta Terpelihara © 2010 Mukasurat 24

http://www.Affiliate-Malaysia.info

http://www.MLM-Malaysia.com