rahsia web efektif oleh neal izham

21
1 RAHSIA WEB EFEKTIF Hakcipta Terpelihara ©

Upload: universiti-malaya-kuala-lumpur-malaysia

Post on 19-May-2015

623 views

Category:

Education


3 download

DESCRIPTION

Find out more related information here http://www.nealizham.com

TRANSCRIPT

Page 1: Rahsia Web Efektif oleh Neal Izham

1

RAHSIA WEB EFEKTIF

Hakcipta Terpelihara ©

Page 2: Rahsia Web Efektif oleh Neal Izham

2

PENAFIAN / DISCLAIMER

Buku panduan ini dihasilkan untuk memberikan pengajaran dan menyalurkan

maklumat umum mengenai subjek yang dibincangkan. Ia tidak boleh dianggap sebagai

mengandungi nasihat kewangan, sekuriti atau perakuan sekuriti.

Strategi yang disebut di dalam buku ini mungkin tidak sesuai untuk setiap individu

dan tidak dijamin dapat menghasilkan kesan tertentu kepada semua pihak.

Walaupun segala usaha telah dilakukan untuk memastikan ketepatan informasi di

dalam buku ini ketika penulisan, namun begitu informasi selalu bertukar dengan cepat. Oleh

itu, sesetengah dari maklumat yang ada di dalam buku ini mungkin sudah tidak tepat ketika

anda membacanya. Juga, kemungkinan ada kesalahan tipografi dan kandungan.

Tidak ada jaminan yang diperakukan bahawa maklumat yang terkandung di dalam

buku panduan ini adalah tepat dan lengkap. Pengarang serta penerbitnya dengan ini secara

khususnya tidak bertanggungjawab atas apa-apa risiko, kehilangan, liabiliti, sama ada secara

peribadi atau tidak, yang berlaku akibat penggunaan dan aplikasi kandungan buku panduan

ini, secara langsung atau tidak langsung.

Anda dirayu supaya membaca semua bahan-bahan yang ada, belajar seberapa banyak

tentang perniagaan internet dan perkara yang dibincangkan, dan menjalinkan maklumat ini

dalam keperluan diri anda sendiri.

Dengan belian buku panduan ini, anda tersekat oleh syarat-syarat di atas.

Ribuan terima kasih.

Page 3: Rahsia Web Efektif oleh Neal Izham

3

BIODATA PENULIS

Neal Izham Sharifudin, dilahirkan di Kluang, Johor. Mendapat pendidikan awal di Negeri Johor dan mendapat peluang melanjutkan pelajaran di MRSM Jasin (Ditukar kepada MRSM Tun Ghaffar Baba).

Berjaya mendapat keputusan yang

cemerlang pada peringkat PMR dan SPM seterusnya menyambung pengajian ke peringkat matrikulasi di Tangkak. Masakini beliau merupakan pelajar sepenuh masa di Universiti Malaya dalam jurusan

Kejuruteraan Awam. Merupakan seorang pelajar yang aktif dalam sukan tenis dan

mempunyai minat yang mendalam dalam bidang inovatif dan juga dunia perniagaan.

Pernah berjaya merangkul anugerah rekacipta sewaktu di peringkat

sekolah lagi. Beliau mula menceburikan diri dalam bidang perniagaan melalui perniagaan milik ayahnya, dalam perniagaan jus buah-buahan.

Beliau juga dianugerah pemikiran yang kritis dan kreatif, sentiasa

mempunyai sifat ingin tahu yang tinggi dan berfikiran ke hadapan untuk menangani sesuatu cabaran.

Pelbagai pengalaman hidup yang berharga telah menjadi anjakan

paradigma baginya untuk terus maju. Pengalaman-pengalaman ini menemukan beliau kepada keajaiban

dunia ICT dalam membantu selok-belok perniagaan sekaligus membuatkan beliau bertekad untuk memberikan sepenuh komitmen untuk memberikan yang terbaik.

Page 4: Rahsia Web Efektif oleh Neal Izham

4

Sepatah dua kata dari penulis…..

Selamat sejahtera pembaca budiman.

Saban hari kita melihat makin ramai yang menceburi bidang perniagaan

internet. Ini adalah kerana internet merupakan salah satu medium perniagaan

yang terbukti berkesan dan memudahkan sehingga ramai yang berjaya

mendapat lima angka sebulan, dengan hanya berniaga menggunakan internet.

Namun, tak semua yang menceburi bidang perniagaan internet berjaya.

Ada yang hanya cukup – cukup makan sahaja dan tak kurang juga yang gagal

serta terus berputus asa. Kenapa? Salah satunya ialah, laman web jualan yang

dihasilkan tidak efektif iaitu tidak mampu menarik pelawat dan menukarkan

mereka kepada pembeli.

Maka, diharap dengan kelahiran ebook ini akan memberikan panduan

kepada para pembaca untuk menghasilkan laman web yang mampu menarik

ramai pelawat dan pembeli. Panduan – panduan yang diterangkan adalah hasil

rujukan daripada pelbagai sumber bertulis serta orang sumber yang telah lama

bergiat dalam industri ini.

Selamat membaca.

Page 5: Rahsia Web Efektif oleh Neal Izham

5

RAHSIA #1: Produk / Perkhidmatan

Sebelum anda memutuskan untuk menceburi perniagaan internet, anda

haruslah bersedia dengan produk atau perkhidmatan yang ingin dijual. Anda

boleh memilih untuk menjual produk fizikal, produk digital atau

mempromosikan perkhidmatan anda.

Produk Fizikal – Produk seperti buku, pakaian, peralatan elektrik, makanan,

aksesori, penggera keselamatan, peta, jam antik dan sebagainya. Namun tidak

semua produk fizikal sesuai dijual melalui internet seperti ikan masin, makanan

yang berbau atau cepat rosak kerana dikhuatiri barangan ini akan rosak ketika

proses penghantaran dilakukan.

Produk Digital – Produk seperti ebook, kad viral, grafik ataupun perisian

komputer. Kebanyakan peniaga internet memilih produk digital kerana kos

penghantarannya yang sangat minimum atau langsung tiada. Contohnya,

pembeli hanya perlu memuat turun ebook yang dibeli, dan penjual tidak perlu

membayar yuran pos untuk penghantaran.

Perkhidmatan – Anda mempromosikan kepakaran anda kepada orang ramai

supaya mereka akan meminta perkhidmatan anda. Dengan itu, anda akan

mendapat upah bagi setiap perkhidmatan yang dikenakan. Contoh perkhidmatan

ialah merekabentuk laman web, grafik, khidmat kaunseling, melukis, akauntan,

fotografi, membina kad bisnes, menggubah bunga, mengandam, jurusolek dan

sebagainya.

Tips: Saya amat menggalakkan anda menjual berdasarkan pengetahuan dan

kepakaran anda. Jika anda pakar dalam bidang fotografi, anda seharusnya

menawarkan khidmat fotografi kepada pelanggan anda. Kemudian anda boleh

ubah kepakaran ini kepada produk digital iaitu dengan menulis tentang tips –

tips mengambil foto ataupun menjual foto – foto yang telah anda ambil. Pada

masa yang sama, anda telah mengaut keuntungan dari 3 perniagaan sekaligus.

Ada satu lagi cara untuk mendapatkan produk untuk dijual ialah dengan

mendapat produk yang disertakan dengan lesen Master Resell Rights (MRR)

atau Private Label Rights (PLR).

MRR – Produk ini boleh dijual semula dengan harga yang anda tetapkan

sendiri, tanpa perlu membayar sebarang royalti kepada sesiapa. 100%

keuntungan milik anda. Cuma anda tidak dibenarkan mengedit kandungannya.

Page 6: Rahsia Web Efektif oleh Neal Izham

6

PLR – Produk ini juga boleh dijual semula cuma bezanya ialah anda boleh

mengubah isi kandungan produk ini termasuk meletakkan nama anda sebagai

penulisnya / penciptanya.

Walau bagaimanapun, anda harus bijak memilih produk MRR / PLR ini

dengan menilai isi kandungannya. Pastikan produk tersebut benar – benar

berkualiti dan persaingan pun tidak terlalu besar kerana ramai orang diluar sana

turut menjual produk yang sama.

Kelebihan produk MRR / PLR ialah anda tidak perlu pening kepala

mencipta produk sendiri. Sesetengah produk didatangkan sekali dengan surat

jualan (salesletter), jadi tentu lebih mudah bagi anda membina laman web.

Page 7: Rahsia Web Efektif oleh Neal Izham

7

RAHSIA #2: Sistem Bayaran

Anda juga harus menyediakan sistem bayaran yang memudahkan untuk

para pelanggan anda. Jika sistem pembayaran anda terlalu leceh atau terlalu

banyak prosedur seperti perlu mengklik banyak butang, para pelanggan akan

merasa terbeban atau merasa tidak selamat untuk membeli dari anda. Ini akan

mengakibatkan mereka membatalkan niat mereka untuk membeli dari anda

walaupun pada mulanya mereka sangat teruja untuk memiliki produk anda.

Sistem bayaran anda juga seharusnya selamat, iaitu tidak mendedahkan

maklumat akaun atau menyelewengkan pembayaran pelanggan anda kepada

pihak tertentu. Oleh itu, gunakan „merchant service‟ yang diakui sah seperti

PayPal, 2checkout (2CO) ataupun World Pay. Ini sangat penting khususnya

bagi menerima pembayaran melalui kad kredit / kad debit, dan umumnya untuk

semua transaksi perbankan seperti bank transfer, cash deposit, maybank2u,

CIMB Clicks dan sebagainya.

Selain itu, seharusnya juga anda menyediakan pilihan cara pembayaran

kepada pelanggan anda. Jika anda hanya menetapkan satu cara bayaran sahaja,

tidak semua pelanggan akan boleh menggunakannya. Contohnya, anda hanya

menyediakan pembayaran melalui Maybank sahaja. Bagaimana pula jika

pelanggan anda tinggal di kawasan yang tiada Maybank? Tentu menyusahkan

mereka kan…semestinya mereka tidak akan membeli dari anda dan beralih ke

pesaing anda yang menyediakan sistem bayaran yang lebih sesuai. Oleh itu,

cuba pelbagaikan sistem bayaran anda. Contohnya:

Untuk memesan, sila depositkan RM100 ke salah satu akaun berikut:

Maybank: 1111 1111 1111

CIMB: 2222 2222 2222

BSN: 3333 3333 3333

Kemudian faxkan atau scan slip pembayaran anda kepada saya melalui fax:07-

8888888 atau email: [email protected]

ATAU

Jika menggunakan kad kredit / kad debit, klik butang PayPal dibawah dan

emailkan kepada saya butir – butir pembayaran anda.

*Butang PayPal Disini*

Lihat, pelanggan anda memiliki pilihan sistem pembayaran yang

memudahkan mereka. Sudah tentu mereka merasa selesa membeli dari anda.

Itulah rahsianya, sediakan sistem bayaran yang memudahkan.

Page 8: Rahsia Web Efektif oleh Neal Izham

8

RAHSIA #3: Informasi

Cuba anda fikirkan, mengapa ramai orang melayari internet? Adakah

hanya untuk berchatting melalui MIRC, Friendster dan sebagainya? Mungkin

ya, tetapi lebih dari 70% pengguna internet menggunakan internet untuk

mencari maklumat ataupun informasi samada untuk keperluan sendiri atau

keperluan syarikat dimana mereka bekerja. Sebab itu juga internet dianggap

Information Technology (IT), kerana fungsinya yang banyak memberi

maklumat tentang apa sahaja.

Oleh itu, laman web anda juga harus mempunyai informasi yang banyak

dan memenuhi kehendak para pelayar internet. Walaupun anda berniat

menggunakan laman web sebagai surat jualan untuk perniagaan anda, jangan

lupa bahawa pengguna memerlukan informasi sebelum membeli dari anda.

Laman web yang tiada informasi, hanya penuh dengan ayat promosi produk

sahaja tidak akan dilayan oleh pengguna internet kerana beranggapan tiada ilmu

atau pengetahuan yang boleh mereka dapat di laman web anda. Anda juga akan

dilihat sebagai seorang yang ingin mengaut keuntungan semata – mata dan tidak

profesional.

Untuk menjadikan laman web anda digemari ramai dan sering dilawati,

sediakan informasi yang banyak di laman web anda. Contohnya anda menjual

buku „Tips Membaiki Kereta‟, anda boleh letakkan informasi mengenai punca –

punca kerosakan kereta, tips bagaimana menjaga enjin kereta ataupun cara –

cara memandu yang akan mengurangkan kerosakan pada kereta. Bagi mereka

yang meminati dunia permotoran, informasi seperti inilah yang akan dicari oleh

mereka dan laman web anda pasti akan menjadi tumpuan. Apabila menjadi

tumpuan, peluang untuk anda menjual buku anda adalah besar kerana mereka

beranggapan anda pakar dalam bidang tersebut.

Dengan meletakkan banyak informasi di laman web, anda akan kelihatan

profesional dan pakar dalam apa yang anda bincangkan di laman web anda. Ini

akan membuatkan rasa percaya dan yakin di kalangan pelawat untuk membeli

daripada anda. Laman web anda juga akan sentiasa diingati. Contohnya:

seorang kawan bertanya,“Mana kau dapat informasi ni?” lalu kawan yang

seorang lagi menjawab, ”Ala..kat motor.com la”. Laman web anda akan disebut

selalu dan perniagaan anda akan kelihatan besar walaupun dilakukan anda

seorang sahaja.

Anda boleh merancang secara harian atau mingguan untuk menambah

informasi di laman web anda, kerana para pelawat gemar dengan informasi

yang sentiasa dikemaskini dan terbaru. Jika anda merancang secara mingguan,

Page 9: Rahsia Web Efektif oleh Neal Izham

9

iaitu mengemaskini atau menambah informasi setiap minggu, dalam sebulan

anda telah menyediakan 4 informasi terbaru. Dalam setahun, anda memiliki 48

informasi di laman web anda. Laman web anda pasti penuh dengan informasi

yang terkini, sudah tentu menjadi tumpuan ramai.

Page 10: Rahsia Web Efektif oleh Neal Izham

10

RAHSIA #4: Domain Name

Domain Name ataupun nama domain merupakan nama laman web anda.

Contohnya, www.yahoo.com, www.google.com,

www.rahsiaautoresponder.com, www.plr.com dan sebagainya. Anda boleh

membeli nama domain ini dari syarikat penyedia hosting, harganya dalam

lingkungan RM20 – RM50 setahun. Ada juga penyedia hosting yang

memberikan nama domain percuma jika membeli hosting dari mereka.

Anda harus bijak memilih nama domain untuk laman web anda. Nama

domain yang pendek, ringkas dan bermakna akan mudah diingati serta ditaip.

Elakkan menggunakan nama domain yang panjang atau menyebabkan

kekeliruan kepada pengguna.

Contoh nama domain yang ringkas dan pendek (digalakkan):

www.yahoo.com

www.google.com

www.cayalah.com

www.mudah.com.my

www.lelong.com.my

Contoh nama domain yang panjang (tidak digalakkan)

www.perusahaanmembinabangunan.com (boleh dipendekkan kepada

www.bina.com)

www.teknikmembaikimotorsikal.com (boleh dipendekkan kepada

www.baikimotor.com)

www.panduan-menanam-kelapa-sawit.com (boleh dipendekkan kepada

www.sawit.com)

Contoh nama domain yang mengelirukan

www.product2u.com

Mungkin ditaip www.product2you.com

Mungkin ditaip www.producttoyou.com

Mungkin juga ditaip www.product-two-u.com

Kecuali anda mempunyai modal besar untuk mempromosi laman web

anda seperti Maybank yang mempromosikan maybank2u.com, anda bolehlah

meletakkan nama domain anda seperti ini.

Nama domain seharusnya mempunyai kaitan dengan laman web anda.

Contohnya anda menjual kain batik, maka nama domain anda ialah

www.batik.com. Jangan pula anda letakkan www.bungacantik.com, walaupun

bunga ada kaitan dengan corak batik. Ini akan memesongkan perhatian para

penggemar batik kerana beranggapan anda menjual bunga.

Page 11: Rahsia Web Efektif oleh Neal Izham

11

Oleh itu, anda harus bijak memilih nama domain agar laman web anda

sentiasa dikunjungi, diingat seterusnya menghasilkan jualan. Saya ucapkan

selamat berjaya dalam memilih nama domain!

Page 12: Rahsia Web Efektif oleh Neal Izham

12

RAHSIA #5: Hosting Berbayar

Hosting ialah tempat dimana anda meletakkan laman web anda. Jika

diumpamakan dengan perniagaan fizikal biasa, hosting ibarat tanah dimana

anda menyewa untuk kedai anda. Nama domain pula umpama papan tanda

kedai anda.

Ada 2 jenis hosting iaitu berbayar dan percuma. Bagi para newbie atau

yang masih baru dalam perniagaan internet, ramai yang berfikir untuk memilih

hosting percuma untuk menjimatkan kos. Antara hosting percuma ialah

Geocities, 007sites, CEDhost dan TopCities. Anda boleh lihat banyak lagi

dengan menaip „free web hosting‟ di enjin pencari.

Namun, penggunaan hosting percuma tidak digalakkan. Terdapat

beberapa kekurangan yang akan menurunkan reputasi laman web anda. Apabila

anda menggunakan hosting percuma ini, anda dikehendaki menayangkan iklan

– iklan mereka di laman web anda. Kadang kala, server yang digunakan turut

mengalami masalah dan agak sukar untuk dibaiki selain bantuan teknikal yang

lambat. Apabila laman web anda dibanjiri dengan iklan, fokus pelawat web

anda akan beralih, daripada menumpukan perhatian terhadap apa yang anda

tawarkan mereka mungkin tertarik dengan iklan yang dipaparkan.

Selain itu, laman web anda juga akan kelihatan begini:

www.geocities.com/lamanwebanda atau www.lamanwebanda.net007.net. Ini

menyebabkan perniagaan anda seolah – olah tidak serius. Bayangkan anda

seorang jurutera yang membina pejabatnya diatas tanah setinggan. Adakah itu

kelihatan profesional?

Oleh itu, gunakan hosting berbayar agar laman web anda kelihatan

profesional dan berprofil tinggi. Contohnya: www.webanda.com,

www.webanda.com.my, www.webanda.net. Harga untuk mendapatkan hosting

berbayar ini tidaklah begitu mahal iaitu antara RM60 – RM100 untuk setahun.

Anda boleh bandingkan harga yang ditawarkan oleh penyedia hosting sebelum

membuat pembelian. Saya mencadangkan anda mendapatkan hosting dari

penyedia hosting tempatan seperti www.sempoihosting.com,

www.maxhosting.com ataupun www.ecommercemastery.com. Bantuan teknikal

mereka pun sangat memuaskan disamping harga yang ditawarkan adalah

berpatutan.

Jika anda benar – benar serius menjadi usahawan internet, hosting

berbayar adalah pilihan yang tepat. Cuba anda lihat disekeliling, tidak ada

seorang pun usahawan internet yang berjaya menggunakan hosting percuma.

Mungkin sebagai permulaan atau percubaan, anda boleh menggunakan hosting

Page 13: Rahsia Web Efektif oleh Neal Izham

13

percuma ini. Namun jika perniagaan anda mula berkembang, eloklah bertukar

kepada hosting berbayar.

RAHSIA #6: Fokus

Salah satu ciri laman web yang efektif ialah laman web yang fokus.

Maksudnya ialah laman web tersebut hanya menjual satu produk atau

perkhidmatan sahaja.

Ramai peniaga di internet cuba mempelbagaikan produk mereka didalam

satu laman web dengan harapan akan mengaut banyak keuntungan dan

menjimatkan kos. Tetapi anggapan ini tidak 100% betul, malah ada yang

mengalami kerugian yang teruk. Hmm..kenapa?

Jika laman web anda mempelbagaikan produk, fokus para pelawat web

anda akan hilang. Mungkin mereka melihat produk A sangat sesuai untuk

mereka, tetapi tiba – tiba mereka ternampak produk B yang lebih baik. Pada

masa itu, fokus utama mereka terhadap produk A telah hilang. Pada masa yang

sama mereka kekeliruan untuk memilih mana satu yang terbaik untuk mereka

dan kemungkinan mereka menangguhkan hasrat untuk membeli atau beralih ke

pesaing anda. Nah, anda sudahpun kehilangan seorang pelanggan

Kebaikannya jika anda memfokuskan satu produk untuk satu laman web

anda, pelawat yang datang akan menumpukan sepenuh perhatian terhadap apa

yang anda tawarkan. Dengan menumpukan perhatian, secara tidak langsung ia

membangkitkan rasa teruja terhadap produk anda dan tidak mustahil mereka

akan membeli dari anda

Bayangkan, laman web anda menjual buku tetapi pada masa yang sama

anda menjual baju batik di laman web yang sama. Laman web anda mungkin

hanya dikunjungi oleh mereka yang ingin membeli buku sahaja. Bagi peminat

baju batik, mereka akan lebih suka melawat laman web yang menjual baju batik

daripada laman web anda. Perniagaan buku anda mungkin maju, tetapi baju

batik anda tidak mendapat permintaan yang tinggi. Anda ada 2 produk, tetapi

hanya 1 produk yang menguntungkan. Jika anda ada 2 laman web, satu menjual

buku manakala satu lagi menjual baju batik, anda akan mendapat keuntungan

dari kedua – dua perniagaan ini.

Ingat, keuntungan yang kecil jika digandakan akan mendatangkan

keuntungan yang besar. Menggabungkan pelbagai produk dalam satu laman

web bukanlah satu tindakan yang terbaik, sebaliknya laman web yang fokus

kepada 1 produk akan menghasilkan keuntungan.

1 laman web, 1 produk!

Page 14: Rahsia Web Efektif oleh Neal Izham

14

RAHSIA #7: Autoresponder

Salah satu rahsia laman web yang efektif atau banyak menghasilkan

jualan ialah laman web yang lengkap dengan sistem Autoresponder.

Penggunaan autoresponder banyak diaplikasikan oleh usahawan – usahawan

internet untuk mempromosi, menyampaikan maklumat ataupun membuat

pengumuman kepada para pelanggan mereka.

Autoresponder merupakan satu sistem yang akan menghantar email

secara automatik kepada prospek atau pelanggan anda mengikut jangka masa

yang anda tetapkan. Selalunya ia dipasang pada „Landing Page‟, namun ia tetap

memberi impak yang maksima juga jika dipasang pada web jualan anda.

Mungkin kali pertama pelawat melawat laman web anda, mereka tidak

dapat membuat keputusan sama ada mahu membeli atau tidak pada masa itu.

Oleh itu, sediakan borang Opt In beserta sistem autoresponder. Dapatkan email

mereka dengan menawarkan sesuatu yang percuma untuk mereka. Contohnya

sebegini:

Dapatkan Ebook Rahsia Web Efektif secara PERCUMA dengan mengisi borang

dibawah

Nama

Email

Setelah mendapatkan email mereka, mulakan kempen email anda

menggunakan autoresponder. Anda boleh setkan email – email follow up anda

mengikut jangka masa yang anda tetapkan seperti 1 hari, 3 hari, 4 hari atau 6

hari selepas prospek mengisi email mereka. Ini adalah kerana biasanya prospek

anda membeli selepas email follow up yang ke lima atau ke enam.

Anda juga boleh menggunakan autoresponder untuk mengendalikan

kursus melalui email. Dengan mengendalikan kursus, anda akan dilihat sebagai

pakar dalam apa yang anda promosikan. Contohnya, anda boleh mengendalikan

kursus „Bagaimana Menghasilkan Laman Web Yang Efektif Dalam Masa 7

Hari‟. Apapun, gunakan kreativiti anda untuk mengoptimakan autoresponder.

HANTAR

Page 15: Rahsia Web Efektif oleh Neal Izham

15

RAHSIA #8: Tagline dan Logo

Apakah yang terbayang difikiran anda apabila seseorang menyebut

“Sedap Hingga Menjilat Jari”? Saya pasti anda akan teringatkan KFC.

Bagaimana pula dengan tagline “Just Do It”? Tentu anda teringat jenama Nike.

Inilah tagline yang digunakan oleh syarikat tersebut untuk menggalakkan orang

ramai mengingati mereka.

Bagaimana dengan anda? Sudahkah anda bersedia dengan tagline anda?

Jika belum, cuba dapatkan. Tagline anda tidak perlu panjang, tetapi ringkas,

mudah diingati dan memberi makna. Contohnya, anda menjual batik. Jadi

tagline anda mungkin boleh jadi begini: “Batik Terbaik Untuk Anda” atau

“Anggun Ibarat Puteri”. Paparkan tagline anda disetiap halaman web anda,

produk anda, risalah – risalah ataupun kad bisnes anda. Dengan cara ini,

perniagaan anda akan mudah diingati.

Begitu juga dengan logo. Anda seharusnya meletakkan logo perniagaan

anda disetiap halaman web anda. Logo merupakan lambang perniagaan anda.

Logo anda juga tidak semestinya mengandungi unsur grafik yang rumit.

Sebaliknya logo yang ringkas akan mudah diingati. Anda boleh lihat logo

MacDonalds, Nike, Adidas mahupun Microsoft. Adakah logo mereka terlalu

rumit? Tidak, tetapi ianya tetap segar diingati semua orang! Inilah rahsia

bagaimana laman web anda akan sentiasa diingati dan dilawati!

Baiklah, jika anda belum lagi mempunyai logo atau tagline, dapatkan

sekarang! Kemudian, paparkan logo dan tagline anda di laman web anda, kad

bisnes, risalah dan letterhead. Logo dan tagline yang kecil atau ringkas mampu

menjadikan laman web anda kelihatan seperti perniagaan yang besar dan

profesional.

Page 16: Rahsia Web Efektif oleh Neal Izham

16

RAHSIA #9: Grafik Yang Minimum

Jika anda mahu laman web anda menjual dengan banyak, sediakan satu

laman web yang ringkas tetapi padat dengan informasi disamping surat jualan

yang memukau. Dengan memenuhkan laman web anda dengan grafik, ia

bukanlah jaminan untuk laman web anda akan laku. Namun anda boleh abaikan

nasihat ini jika perniagaan anda menjual atau merekabentuk grafik.

Ramai orang beranggapan dengan meletakkan grafik yang canggih akan

membuatkan laman web tersebut menjadi laku. Dengan grafik yang

berterbangan kesana – kesini, perkataan yang berkelip – kelip serta muzik yang

berkumandang, ianya akan mengganggu konsentrasi pengunjung yang melayari

laman web anda.

Walau bagaimanapun, laman web yang tiada grafik juga akan

menjejaskan perniagaan anda. Oleh itu, sediakan grafik yang sederhana tetapi

menarik. Sediakan grafik untuk Header, Footer, Background dan Ecover. Itu

sudah memadai, kerana apa yang penting ialah kemahuan pelanggan; informasi

atau penyelesaian kepada masalah mereka. Contohnya, jika anda menjual ubat

untuk menyuburkan rambut, sediakan gambar seorang lelaki yang berkepala

botak dan gambar beliau dengan rambut selepas menggunakan produk anda. Itu

sudah cukup untuk memberitahu pelawat anda bahawa produk anda memang

berkesan!

Secara peribadi, grafik Header, Footer, Background, ecover dan sedikit

grafik berkenaan perniagaan anda sudah mencukupi untuk laman web anda.

Grafik tak perlulah canggih sangat, yang penting informasi perlu banyak.

NOTA: Abaikan nasihat ini jika perniagaan anda berasaskan grafik dan audio.

Page 17: Rahsia Web Efektif oleh Neal Izham

17

RAHSIA #10: Testimoni

Testimoni merupakan pandangan ataupun pendapat para pengguna yang

telah mendapatkan produk anda. Mereka akan komen mengenai kebaikan

produk anda. Komen – komen mereka ini anda boleh letak di laman web anda

untuk mempengaruhi pelawat lain untuk membeli produk anda.

Cara untuk mendapatkan testimoni adalah sangat mudah, kebiasaannya

melalui 2 kaedah yang simple:

Langkah1:

Email para pelanggan yang telah mendapatkan produk anda, minta mereka

menulis pendapat mereka tentang produk anda selepas menggunakannya. Minta

mereka memberi testimoni yang baik serta ikhlas. Kemudian, letakkan testimoni

mereka di laman web anda. Adalah lebih baik jika anda meminta pemberi

testimoni tersebut menyertakan sekali gambar serta alamat URL mereka.

Dengan ini, testimoni anda akan nampak kukuh.

Langkah 2:

Anda ingin meletakkan testimoni sebelum laman web anda dilancarkan,

bagaimana nak buat? Senang, edarkan produk anda secara percuma kepada

kenalan anda dan mintalah mereka memberikan pendapat mereka tentang

produk anda. Minta juga mereka menyertakan gambar serta alamat URL (jika

ada). Cara ini juga amat sesuai jika anda ingin meminta usahawan – usahawan

internet yang mempunyai reputasi yang besar untuk memberikan testimoni.

Kebaikan meletakkan testimoni di laman web anda ialah ianya akan

menguatkan lagi bahawa produk anda berkualiti kerana ada yang sangat

gembira dengan produk anda itu. Secara tidak langsung, pelawat yang melawat

laman web anda tidak akan ragu – ragu akan kualiti produk anda.

NOTA: Jangan meletakkan testimoni palsu. Cara ini amatlah tidak beretika dan

berniat menipu orang ramai. Ada sesetengah laman web memaparkan testimoni

palsu, dengan meletakkan gambar yang diambil dari ruangan Friendster. Anda

juga boleh dikenakan tindakan undang-undang kerana menceroboh privasi

seseorang tanpa kebenaran disamping memusnahkan reputasi anda sebagai

usahawan internet. Oleh itu, dapatkan testimoni dengan cara yang sah dan

beretika.

Page 18: Rahsia Web Efektif oleh Neal Izham

18

RAHSIA #11: Percuma

Hmm..apa yang percuma ya? Habislah perniagaan saya jika semuanya

percuma! Jangan salah anggap tajuk perbincangan ini. Maksud saya ialah

sediakan sesuatu yang percuma untuk pelanggan anda, jika mereka membeli

dari anda.

Ada sesetengah kes dimana ada pelanggan yang membeli produk hanya

untuk mendapatkan hadiah percuma sahaja. Jika anda menawarkan sesuatu yang

istimewa untuk mereka, mereka akan merasa apa yang mereka laburkan adalah

berbaloi…senang cerita, mereka dapat lebih daripada apa yang mereka bayar.

Akhirnya, laman web anda menjadi tumpuan.

Jika anda menjual buku „Panduan Membaiki Kereta‟, anda boleh berikan

pembeli anda sebuah buku „Bagaimana Memilih Kereta Idaman‟ atau berikan

mereka percuma alat penjimatan minyak. Bonus atau pemberian percuma anda

tidak terhad kepada produk digital atau fizikal sahaja, malah anda boleh

tawarkan kepada mereka voucher pembelian untuk produk anda yang lain atau

membeli belah di Giant, Carrefour atau apa sahaja. Tawarkan juga khidmat

pelanggan secara percuma agar mereka melihat anda seorang peniaga yang

benar – benar ikhlas dan profesional.

Harus diingat juga, jangan berikan pelanggan anda bonus „sampah‟ yang

tidak berkualiti dan lapuk. Contohnya, anda menjual „Panduan Membaiki

Kereta‟, jangan pula anda berikan „Resepi Masakan Melayu‟ kepada pelanggan

anda, kerana bonus yang anda tawarkan tiada kaitan langsung dengan produk

anda. Ini menyebabkan anda kelihatan „hentam keromo‟ sahaja dalam

perniagaan.

Oleh itu, sediakan bonus yang benar – benar berkualiti dan dapat

membantu pelanggan anda. Dengan menyediakan bonus yang berkualiti, jualan

laman web anda akan meningkat sekurang – kurangnya 50%. Berikan lebih

kepada pelanggan anda!

Page 19: Rahsia Web Efektif oleh Neal Izham

19

RAHSIA #12: Khidmat Pelanggan

Ramai orang mengeluh dengan khidmat pelanggan yang teruk! Setelah

membeli, segala pertanyaan para pelanggan diabaikan dan langsung tidak

dijawab. Akhirnya, reputasi perniagaan tersebut jatuh merudum kerana para

pelanggan tidak lagi mempercayai peniaga tersebut dan menganggap diri

mereka ditipu!

Jadi, untuk memastikan perniagaan anda sentiasa diingati sediakan

khidmat pelanggan yang tiada tolok bandingnya. Jawab semua pertanyaan dari

pelanggan dengan cepat, sekurang – kurangnya dalam masa 24 jam. Jangan

biarkan pelanggan anda tertunggu – tunggu. Disamping itu, jawapan yang anda

berikan juga harus memenuhi pertanyaan pelanggan anda. Berikan tunjuk ajar

yang sepatutnya, sentiasa berkomunikasi dengan mereka dan selalulah

meng‟update‟ perkembangan terbaru perniagaan anda.

Dengan membina hubungan yang baik dengan para pelanggan,

perniagaan anda akan sentiasa diingati dan laman web anda sering menjadi

tumpuan. Walaupun laman web anda tidak canggih, seperti laman web yang lain

yang menyediakan „live chat‟, anda tetap mampu menjadi seorang usahawan

internet yang berjaya dengan menyediakan khidmat pelanggan yang tiada tolok

bandingnya.

Luangkan sedikit masa dalam 1 hingga ke 2 jam sehari untuk membalas

email para pelanggan anda. Ianya tidaklah sesusah mana…kerana hasil kerja

keras anda menyediakan khidmat pelanggan yang baik akan membuatkan

perniagaan anda mengalami keuntungan yang tiada hadnya!

Penutup…

Terima kasih sekali lagi kerana sudi mendapatkan Ebook Rahsia Web

Efektif. Semoga topik yang dibincangkan akan membantu anda untuk

memajukan lagi perniagaan anda. Apa yang penting ialah, anda lakukan segala

tips – tips dan panduan yang dibincangkan untuk melihat hasilnya. Sekadar

mengetahui sahaja tidak memadai jika tidak melakukannya.

Akhir kata, saya mengucapkan selamat maju jaya kepada anda.

Perniagaan internet mampu mengubah kehidupan anda jika dilaksanakan

dengan bersungguh – sungguh dan penuh keikhlasan.

Terima kasih.

Page 20: Rahsia Web Efektif oleh Neal Izham

20

Tawaran Istimewa

Dapatkan khidmat nasihat

Memandangkan anda telah berjaya membaca sampai ke tahap ini, saya percaya

anda seorang yang serius untuk menambah ilmu.

Oleh itu, saya memberi peluang khas kepada anda untuk mendapatkan khidmat

nasihat secara terus melalui email sebagai tanda penghargaan kerana

menghabiskan membaca ebook ini.

Subjek email haruslah dinamakan “Bonus Khidmat Nasihat” dan diikuti dengan

pertanyaan anda ke neal_izham[at]yahoo.com.

Berikan detail yang secukupnya agar urusan lebih mudah dan lancar.

Dapatkan Diskaun 50% untuk ebook Premium

Gunakan kupon unik ini : “50ebooknealizham”

Untuk dapatkan harga diskaun setengah harga bagi ebook-ebook pemium saya.

http://www.BlogMudah.info

Page 21: Rahsia Web Efektif oleh Neal Izham

21

http://www.Affiliate-Malaysia.info

http://www.MLM-Malaysia.com