bm_panduan menanam

37
1 My Hydroponic Technology (PG0276719-X) No. 20, Tkt Teluk Kumbar 2, Bandar Baru Teluk Kumbar, 11910 Teluk Kumbar Bayan Lepas Pulau Pinang. Tel/Fax: 04-6491523 (9pagi-5ptg) Hp: 013- 2754009, 012-4764812 (utara), 019-3585833(tengah & selatan). Emel [email protected] Panduan Ringkas Menanam Pelbagai Sayuran My Hydroponic Technology 1 st February 2011 Volume 1, Issue 1 AGRICULTURE IS BIZ We provide ’Instant Farm’ Commercial & Domestic Hydroponic System in concept with Kitchen Garden & Vertical Farming.

Upload: hus-myht

Post on 04-Jul-2015

475 views

Category:

Documents


5 download

TRANSCRIPT

Page 1: BM_Panduan Menanam

1

My Hydroponic Technology (PG0276719-X) No. 20, Tkt Teluk Kumbar 2, Bandar Baru Teluk Kumbar, 11910 Teluk Kumbar Bayan Lepas Pulau Pinang. Tel/Fax: 04-6491523 (9pagi-5ptg) Hp: 013-2754009, 012-4764812 (utara), 019-3585833(tengah & selatan). Emel [email protected]

Panduan Ringkas Menanam Pelbagai

Sayuran

My Hydroponic Technology

1st February 2011Volume 1, Issue 1

AGRICULTURE IS BIZ

We provide ’Instant Farm’ Commercial & Domestic Hydroponic System in concept with Kitchen Garden & Vertical Farming.

Page 2: BM_Panduan Menanam

2

My Hydroponic Technology (PG0276719-X) No. 20, Tkt Teluk Kumbar 2, Bandar Baru Teluk Kumbar, 11910 Teluk Kumbar Bayan Lepas Pulau Pinang. Tel/Fax: 04-6491523 (9pagi-5ptg) Hp: 013-2754009, 012-4764812 (utara), 019-3585833(tengah & selatan). Emel [email protected]

Isi Kandungan

Panduan Menanam Sayuran secara Kultivar Hidroponik..............1

Panduan menanam Bawang, Cili Hijau , Merah & Serai............3-7

Panduan menanam Selom, Sawi, Limau Nipis & Pandan.......8-15

Panduan menanam Limau Purut, Kunyit & Kangkung...........16-22

Panduan menanam Kacang Buncis, Jagung & Halia.............23-28

Panduan menanam Emas Cotek, Cili Api & Bendi & Bayam. 29-37

Page 3: BM_Panduan Menanam

3

My Hydroponic Technology (PG0276719-X) No. 20, Tkt Teluk Kumbar 2, Bandar Baru Teluk Kumbar, 11910 Teluk Kumbar Bayan Lepas Pulau Pinang. Tel/Fax: 04-6491523 (9pagi-5ptg) Hp: 013-2754009, 012-4764812 (utara), 019-3585833(tengah & selatan). Emel [email protected]

PANDUAN MENANAM BAWANG

PENGENALAN Bawang merah ( Alium cepa) adalah salah satu bahan penting dalam masakan harian negara ini dan sejenis tanaman yang cepat berhasil. Pada masa sekarang, bawang merah dan bawang putih keseluruhannya diimpot dari luar Negara seperti Thailand, Filipina dan India. Mengikut data yang dikeluarkan oleh Kementerian Pertanian, sebanyak 194,300 mt bawang merah diimpot bernilai Rm 267.2 juta iaitu kira-kira 33% daripada jumlah impot negara.Di Malaysia, tanaman bawang mula diperkenalkan di sekitar tahun 80an dan berjaya mengeluarkan hasil tetapi sehingga kini, penanaman bawang secara besar-besaran belum lagi diusahakan di negara ini. Faktor harga yang terlalu rendah, hasil yang sederhana, kos yang tinggi berbanding dengan bawang yang diimpot menyebabkan penanaman bawang tidak ekonomik untuk diteruskan.Dalam usaha mengurang impot bahan makanan semasa negara menghadapi masalah kegawatan ekonomi dan kejatuhan nilai matawang minat terhadap penanaman bawang bagi maksud penggantian impot telah timbul. Beberapa percubaan menanam bawang merah dilakukan bertujuan untuk melihat potensi tanaman tersebut khususnya dari segi agro-ekonomik dan menggantikan bawang yang diimpot. Berdasarkan percubaan yang dijalankan oleh Jabatan Pertanian dibeberapa tempat, didapati bawang sesuai ditanam di tanah berpasir dan tanah mineral asalkan mengandungi bahan organan dan tahap kesuburan yang tinggi. Pengairan yang mencukupi dalam mas alima minggu selepas menanam dan kering setelah pokok berumur 8 minggu adalah penting. Penggunaan sungkupan seperti jerami padi dapat mengekalkan kelembapan dan mengawal suhu tanah.

Kawalan rumpai dibuat pada peringkat awal pertumbuhan dan semasa penyediaan tanah.

BENIH BAWANGBenih yang bermutu adalah penting. Percubaan yang dijalankan menggunakan benih dari bebawang jenis Thailand, Filipina, China dan India. Pemerhatian menunjukkan penggunaan bebawang sebagai benih tanaman menimbulkan masalah seperti peratus percambahan yang tidak menentu ( antara 60-70 % ) dan tidak serentak, pertumbuhan yang tidak sihat (vigorous) serta melibatkan kos yang tinggi. Walaubagaimanapun bawang jenis India adalah lebih baik dari jenis yang lain dari segi pertumbuhan, ketahanan dari gejala ‘White Tip’ ( kekeringan bahagian hujung daun ) dan peghasilan bawang.

HASILDari segi hasil bawang, pemerhatian yang dijalankan oleh Bahagian Pengurusan Tanah Jabatan Pertanian mendapati hasil adalah diantara 2.8 – 4.2 mt/ha bawang bersih yang telah dkeringkan. Hasil bawang ini boleh dipertingkatkan dengan penggunaan benih bawang yang lebih bermutu.

Page 4: BM_Panduan Menanam

4

My Hydroponic Technology (PG0276719-X) No. 20, Tkt Teluk Kumbar 2, Bandar Baru Teluk Kumbar, 11910 Teluk Kumbar Bayan Lepas Pulau Pinang. Tel/Fax: 04-6491523 (9pagi-5ptg) Hp: 013-2754009, 012-4764812 (utara), 019-3585833(tengah & selatan). Emel [email protected]

Dari segi kos pengeluaran bawang, kos keseluruahan ( menggunakan tenaga buruh upah ) dianggarkan RM 12,690 sehektar. Berasaskan hasil bawang sebanyak 3.5 mt/ha dan harga jualan sebanyak Rm 4.00/kg, pendapatan kasar bawang merah semusim ialah sebanyak RM 14,000. Ini memberikan pulangan bersih sebanyak RM 1,310/ha/musim, manakala nisbah kos-faedah 1:1.10.Melihat kepada kos pengeluaran, hasil dan nisbah kos-faedah, kita dapati aktiviti pengeluaran bawang dengan teknologi yang ada sekarang tidak begitu memberangsangkan berbanding dengan aktiviti pengeluaran lain-lain sayuran seperti kacang panjang atau cili yang memberikan pulangan yang lebih baik. Bagi membolehkan aktiviti penanaman bawang menjadi lebih menarik dan menguntungkan,beberapa strategi pengeluaran perlu dilakukan.

Antara strategi-strategi ini adalah:Mengurangkan kos pengeluaranSalah satu cara mengurangkan kos pengeluaran ialah penggunaan biji benih sebagai bahan tanaman. Analisi menunjukkan kos penggunaan bebawang sebagai bahan tanaman adalah 30-45% daripada kos pengeluaran. Penggunaan biji benih sebagai bahan tanaman boleh mengurangkan kos benih sebanyak 90 % atau 25 -40% kos pengeluaran.

Meningkatkan hasil bawangPercubaan penanaman bawang yang dijalankan masih belum memberikan potensi hasil sebenar bawang. Peningkatan dalam teknik-teknik penanaman dan penggunaan benih tanaman yang bermutu boleh memberikan hasil sehingga 6 mt/ha/musim.

Penanaman secara kecil-kecilanPerlu diperkenalkan dan digalakkan kepada petani-petani kecil kerana kerana pendekatan ini mampu mengurangkan kos disamping memberi peluang yang lebih baik berdasarkan penjimatan kos oleh sebab penggantian kos tanaga upah kepada kos tenaga keluarga.Berasaskan fakta yang dibincangkan diatas, penanaman bawang merah di Malaysia mempunyai potensi yang baik. Kita telah mempunyai teknologi yang mampu mengeluarkan hasil bawang merah. Kejatuhan nilai ringgit menjadikan bawah merah impot mahal dan bawang merah tempatan menjadi lebih kos kompetitif. Apa yang perlu dilakukan ialah meningkatkan produktiviti pengeluaran bawang merah supaya ia lebih menarik untuk diusahakan oleh pihak swasta dan juga petani-petani.

Page 5: BM_Panduan Menanam

5

My Hydroponic Technology (PG0276719-X) No. 20, Tkt Teluk Kumbar 2, Bandar Baru Teluk Kumbar, 11910 Teluk Kumbar Bayan Lepas Pulau Pinang. Tel/Fax: 04-6491523 (9pagi-5ptg) Hp: 013-2754009, 012-4764812 (utara), 019-3585833(tengah & selatan). Emel [email protected]

PANDUAN MENANAM CILI

PENYEDIAAN TANAH:Di Ladang – Bajak dan gemburkan tanah sedalam 15 hingga 22 cm ( 6-19 inci). Sediakan batas berukuran 1.2m (4 kaki) lebar dan 22 hingga 30 cm (9-12 inci) tinggi. Panjang batas mengikut keadaan kawasan. Jarak antara batas ialah 45 cm (1.5 kaki). Gaulkan tahi ayam reput sebanyak 25kg bagi 50 meter persegi (500 kaki persegi) kawasan.Dalam Pasu atau Bekas – Gunakan tanah campuran mengandungi 3 bahagian tanah, 1 bahagian tahi ayam reput atau kompos dan 1 bahagian pasir. Isikan pasu dengan tanah campuran tersebut sehingga 5 cm (2 inci) dari permukaan pasu.Nota: Digalakkan menggunakan baja organik bukan berasaskan najis haiwan untuk penanaman cili.

MENYEDIA ANAK BENIHBagi tanaman di ladang, sediakan kotak semaian berukuran 45 cm (18 inci) panjang, 22 cm (9 inci) lebar dan 10 cm(4 inci) tinggi. Isikan kotak semaian dengan tanah campuran mengandungi 3 bahagian tanah, 1 bahagian tahi ayam reput dan 1 bahagian pasir. Semai 5g biji benih dalam kotak semaian secara barisan dan tutup benih dengan lapisan nipis tanah. Jarak tanaman ialah 5 cm (2 inci) antar baris dan 2 cm (1 inci) antara pokok. Siram dengan penyiram yang mempunyai semburan halus dua kali sehari. Kotak semaian mesti dilindungi daripada cahaya matahari dan air hujan yang berlebihan. Ubah anak benih ke ladang 3 hingga 4 minggu selepas disemai. Sebelum diubah ke ladang. Dedahkan anak benih kepada cahaya matahari selama 3 hingga 4 hari untuk mengeraskannya.

PENANAMANDi Ladang – Anak benih boleh terus diubah ke batas. Sebelum mencabut, basahkan kotak semaian supaya anak benih senang di gali. Gali anak benih dengan segumpal tanah dan tanam terus ke batas. Jarak tanaman ialah 90 cm (36 inci) antara pokok dan 150 cm (60 inci) antara baris.Dalam Pasu atau Bekas – Semai terus 3 atau 4 biji benih kedalam pasu sedalam 2 hingga 5 cm. Tinggalkan hanya sepokok setiap pasu selepas 2 minggu ditanam.

PENJAGAANMenyiram – Siram pokok pada awal pagi dan lewat petang setiap hari kecuali hari hujan.

Membaja

Page 6: BM_Panduan Menanam

6

My Hydroponic Technology (PG0276719-X) No. 20, Tkt Teluk Kumbar 2, Bandar Baru Teluk Kumbar, 11910 Teluk Kumbar Bayan Lepas Pulau Pinang. Tel/Fax: 04-6491523 (9pagi-5ptg) Hp: 013-2754009, 012-4764812 (utara), 019-3585833(tengah & selatan). Emel [email protected]

DiLadang – Tabur baja NPK Blue Special (12:12:17:2) di keliling pokok dengan kadar 1 sudu besar atau 10g sepokok setiap 2 minggu.Dalam Pasu atau Bekas – Tabur sebanyak 1 sudu the atau 5 g baja NPK Blue Special (12:12:17:2) sepasu di kelliling pokok setiap minggu.

SUNGKUPANDi Ladang - Gunakan rumput-rumput kering atau pelepah kelapa sebagai sungkupan. Selalunya sungkupan plastik di gunakan di ladang.Dalam Pasu atau Bekas – Gunakan rumput-rumput kering atau sabut kelapa.

MERUMPUTBersihkan batas atau pasu daripada rumpai dengan mencabut, menggunakan cangkul atau tajak.

KAWALAN SERANGGA DAN PENYAKIT Bintik Daun – Sembur racum kulat Benomyl Antraknos Buah – Sembur racun kulat seperti mancozeb Kutu Daun – Sembur racun serangga chlorphyrifos atau Imidachloprid Hamama Merah – Sembur racun seperti dicofol atau malathion Kerekot Daun dan Mozek Daun:

Penyakit ini disebar oleh kutu daun.Oleh itu kawalan kutu daun adalah penting.Buang dan bakar pokok yang berpenyakit

Layu Pokok (Layu Bakteria) – Tiada kawalan kimia yang berkesan. Buang dan bakar pokok yang berpenyakit.

Tentukan saliran tanah yang baik.PENUAIAN:

Di Ladang – Cili boleh dipetik selepas 8 minggu dubah ke ladang. Pungutan dibuat setiap 3 atau 4 hari. Anggaran hasildari kawasan 50 m (500 kaki) persegi ialah 100 – 200 kg.

Cili Hijau – Anggaran harga antara RM4 – RM6 sekiloCili Merah – Anggaran harga antar RM5 – RM8 sekilo.

Dalam Pasu atau Bekas – Cili boleh di petik selepas 12 minggu ditanam. Anggaran hasil ialah 6 hingga 10kg sepokok

Page 7: BM_Panduan Menanam

7

My Hydroponic Technology (PG0276719-X) No. 20, Tkt Teluk Kumbar 2, Bandar Baru Teluk Kumbar, 11910 Teluk Kumbar Bayan Lepas Pulau Pinang. Tel/Fax: 04-6491523 (9pagi-5ptg) Hp: 013-2754009, 012-4764812 (utara), 019-3585833(tengah & selatan). Emel [email protected]

PANDUAN MENANAM SERAI

PENGENALAN Serai makan adalah sejenis tanaman saka dari famili Graminanea. Terdapat 2 spesis serai makan yang dikenali umum di peringkat antarabangsa sebagai ‘lemongrass’ iaitu Cymbopogon citratus dan Cymbopogon flexus. Spesis C. Citrates tersebar luas dikawasan beriklim tropika, termasuk Malaysia, manakala penanaman C. Flexus lebih tertumpu dikawasan Malabar, India.Negara-negara utama yang menanam serai makan secara komersial adalah India, China, Guatemala dan Brazil. Di negara-negara ini serai makan diusahakan untuk pengeluaran minyak pati. Pengeluaran minyak pati dunia dalam tahun 80an ialah kira-kira 310 tan setahun. Di Malaysia, industri pengeluaran minyak pati serai makan atau minyak-minyak pati lain hampir tidak wujud. Oleh itu, serai makan hanya ditanam untuk kegunaan segar sebagai perisa makanan.

KEPERLUAN IKLIM DAN TANAHTanaman serai makan sesuai di tanam dikawasan beriklim tropika, cukup cahaya matahari dan hujan. Taburan hujan yang seragam dengan jumlah antara 250 cm dan 300 cm paling baik, walaupun tanaman ini agak tahan kepada kemarau. Tanaman ini juga sesuai dikebanyakan jenis tanah kecuali tanah yang terlalu liat dan salirannya tidak memuaskan. Tanah gembur dari jenis lom berpasir adalah terbaik.

BAHAN TANAMANTanaman serai makan C. citrates dibiak menggunakan anak berakar. Anak-anak serai perlu diambil daripada rumpun yang telah tua, berumur 8 hingga 9 bulan. Di dalam sesuatu rumpun, hanya anak-anak yang cergas iaitu sihat dan besar digunakan sebagai tanaman. Daun-daun dipotong meninggalkan batang setinggi 15-20 cm bersama dengan akar.

PENYEDIAAN TANAHTanah hendaklah disediakan lebih awal supaya kerja menanam boleh dilakukan semasa permulaan musim hujan. Satu pusingan bajak piring diikuti oleh satu pusingan bajak putar biasanya mencukupi untuk mendapatkan tanah yang gembur. Sekiranya kawasan terlalu banyak rumpai, racun rumpai perlu disembur 2-3 minggu sebelum pembajakan.

PENANAMANDua hingga tiga ‘batang’ serai ditanam bagi setiap lubang tanaman. Jarak tanaman dan kepadatan tanaman bergantung kepada kesuburan tanah. Untuk tanah yang kurang subur, jarak tanaman yang rapat digunakan dan sebaliknya bagi tanah yang subur.Julat jarak antara baris ialah antara 0.6 m hingga 1.0 m manakala antara lubang dalam sesuatu baris ialah antara 0.3 m hingga 1.0 m. Pemerhatian di MARDI menunjukkan jarak tanaman 1.0 m antar baris x 0.5 m dalam baris iaitu memberi kepadatan 20,000 rumpun sehektar sesuai untuk diamalkan dikebanyakan jenis tanah.

PEMBAJAAN

Page 8: BM_Panduan Menanam

8

My Hydroponic Technology (PG0276719-X) No. 20, Tkt Teluk Kumbar 2, Bandar Baru Teluk Kumbar, 11910 Teluk Kumbar Bayan Lepas Pulau Pinang. Tel/Fax: 04-6491523 (9pagi-5ptg) Hp: 013-2754009, 012-4764812 (utara), 019-3585833(tengah & selatan). Emel [email protected]

Serai makan dikenali sebagai tanaman yang ‘menghauskan’ tanah. Oleh itu pembajaan yang sesuai adalah mustahak untuk menjamin kesuburan tanah dalam jangka panjang.Keperluan pembajaan daripada segi kuantiti dan kekerapan bergantung kepada status kesuburan tanah. Biasanya baja ditabur 3 kali, sekali sebagai baja asas dan 2 kali sebagai baja tambahan. Baja asas di tabur dan digaul kedalam tanah semasa atau sebaik sahaja penanaman dilakukan.Baja tambahan pula dibubuh setiap 2 bulan selepas tanam. Jumlah baja yang diperlukan bagi sehektar tanaman ditanah mineral ialah 80-100 kg N, 40-60 kg P2O5 dan 40-80 kg K2o. Bagi Tanah gambut, kapur atau zeolite sebanyak 2.5 tan/ha perlu juga di tabur.

Baja asas : Sebatian NPK 12:12:17:2Baja Tambahan : Urea 65 kg setiap kali pembajaan dibubuh pada 2 dan 4 bulan selepas menanam.

KAWALAN RUMPAILadang tanaman perlu juga dikawal daripada rumpai terutamanya diperingkat awal pertumbuhan. Sekiranya penyediaan tanah dijalankan dengan baik, satu atau dua kali merumput biasanya mencukupi. Sehingga kini belum ada laporan mengenai serangga atau penyakit ke atas tanaman serai makan.

PENUAIANPenuaian serai makan untuk kegunaan segar boleh dilakukan 6 hingga 8 bulan selepas ditanam. Rumpun-rumpun digali menggunakan cangkul. Akar serta daun dipotong meninggalkan batang dengan upeh daun sepanjang 10 – 15 cm. Bagi tanaman yang berkepadatan 20,000 rumpun/ha, biasanya serumpun serai menghasilkan antara 30 dan 40 batang yang boleh dipasarkan. Daun dan batang yang biasanya dibuang boleh juga disuling untuk pengeluaran minyak pati.Untuk pengeluaran minyak pati pula, penuaian pertama juga dilakukan setelah tanaman berumur 6 hingga 8 bulan. Daun-daun dipotong lebih kurang 10 cm di atas paras tanah. Rumpun-rumpun dibiarkan tumbuh semula, dibaja dan dipotong semula setiap 3-4 bulan. Selepas kira-kira 4 tahun penanaman semula perlu dilakukan kerana hasilnya semakin rendah. Hasil daun segar setiap kali penuaian/pemotongan ialah antara 8 hingga 12 tan/ha bergantung kepada umur dan kesuburan tanaman. Oleh itu, anggaran hasil bagi tahun pertama ialah 16-24 tan/ha (2 kali penuaian) dan bagi tahun-tahun berikutnya ialah 32-48 tan/ha.

KOS PENGELUARAN DAN PENDAPATANDalam keadaan sekarang, dimana bilangan petani yang menanam serai makan secara komersial masih terhad, pendapatan yang didapati adalah agak lumayan untuk kegunaan segar. Dengan harga di peringkat ladang antara 2 dan 3 sen/batang (harga di Lembah Kelang). Pendapatan kasar semusim antara RM 10,000 dan RM 20,000 boleh diperolehi dari sehektar tanaman. Kos pengeluaran dianggarkan antar RM 3,000 hingga RM 4,000 sehektar.

Page 9: BM_Panduan Menanam

9

My Hydroponic Technology (PG0276719-X) No. 20, Tkt Teluk Kumbar 2, Bandar Baru Teluk Kumbar, 11910 Teluk Kumbar Bayan Lepas Pulau Pinang. Tel/Fax: 04-6491523 (9pagi-5ptg) Hp: 013-2754009, 012-4764812 (utara), 019-3585833(tengah & selatan). Emel [email protected]

PANDUAN MENANAM SELOM

PENGENALANSelom (Oevanthe javanice) adalah dari keluarga Umbelliferae. Ia merupakan sayuran ulam pembuka selera yang sangat digemari terutama oleh orang-orang melayu. Selom juga digunakan sebagai ramuan nasi ulam dan laksa.Selom biasanya tumbuh liar di tempat-tempat lembap seperti di tepi paya dan sawah tetapi kini ia ditanam secara teratur untuk kegunaan harian dan untuk jualan di pasar. Ia mengandungi banyak zat terutama vitamin C dan zat galian. Ia sunang ditanam dan mudah dijaga.

KEADAAN POKOKSelom merupakan tanaman herba yang tumbuh menegak mencapai sehingga 150 cm. Ia mempunyai batang yang berongga berwarna hijau. Buku yang terdapat pada batang mengeluarkan akar sekiranya di rendam di dalam air.Daunnya berbentuk bujur telur, bergerigis di tepinya dan hujungnya tirus. Sekiranya diramas daun mengeluarkan bau yang sedap. Bunganya kecil berwarna putih tersusun dalam satu jambak.

TANAH DAN PENYEDIAANNYASelom boleh tumbuh di kebanyakan jenis tanah tetapi paling sesuai ditanam di tanah yang subur, berkeadaan lembap, banyak mengandungi bahan organik serta mempunyai saliran yang baik. Ia elok ditanam di atas batas yang telah digemburkan berukuran 120 cm lebar, 20 cm tinggi dan panjangnya 7.5 m atau ikut keadaan tanah.

PENANAMANSelom selalunya ditanam dengan menggunakan keratan-keratan. Panjang keratan lebih kurang 20 cm. Tanamlah dua atau tiga keratan selubang dan kejapkan tanah di sekeliling keratan selepas menanam. Keratan-keratan ini boleh juga disemai dahulu di dalam bekas berpasir untuk menggalakkan pengeluaran akar dan kemudiannya diubah ke batas. Biji benih boleh jugan digunakan. Bagaimanapun menanam dengan keratan akan lebih cepat mengeluarkan hasil. Selom bolehlah ditanam berbaris-baris iaitu dengan jarak 25 cm antara pokok dan 25cm antara baris.

PENJAGAANMenyiramDi peringkat awal pertumbuhan pokok selom memerlukan air yang cukup untuk membesar dengan sempurna. Siram pokok dua kali sehari iaitu di sebelah pagi dan sebelah petang. Biasanya keratan-keratan batang akan mula berakar dua atau tiga minggu selepas ditanam. 4 hingga 6 minggu kemudian apabila pokok-pokok ini sudah tumbuh, penyiraman boleh dikurangkan kecuali bila keadaan terlalu kering.

MembajaPembajaan adalah perlu untuk pertumbuhan yang cepat, subur dan pengeluaran hasil daun yang tinggi. Sebagai panduan umum, syor pembajaan seperti berikut boleh digunakan:Jenis BajaBaja-baja organik seperti najis haiwan yang reput (tahi ayam atau tahi lembu) dan baja-baja kimia atau dagangan boleh digunakan. Baja organan meningkatkan kesuburan tanah manakala baja kimia membei makanan yang cukup untuk pokok. Baja kimia yang seimbang kandungan NPK samada dalam bentuk campuran atau sebatian adalah sesuai untuk hasil daun yang tinggi.Kadar dan Cara Pembajaan Untuk Tanaman Utama Tabur lebih kurang 5 hingaa 8 kg baja yang reput ke atat tiap-tiap batas dan digaul ke dalam tanh seminggu sebelum menanam.

Page 10: BM_Panduan Menanam

10

My Hydroponic Technology (PG0276719-X) No. 20, Tkt Teluk Kumbar 2, Bandar Baru Teluk Kumbar, 11910 Teluk Kumbar Bayan Lepas Pulau Pinang. Tel/Fax: 04-6491523 (9pagi-5ptg) Hp: 013-2754009, 012-4764812 (utara), 019-3585833(tengah & selatan). Emel [email protected]

Semasa menanam, tabur baja N:P2O5:K2O 15:15:15 sebanyak lebih kurang 250 g bagi setiap batas di dalam alur-alur yang dibuat di antara baris-baris pokok dan kemudian timbus dengan tanah.Di minggu ke-3, 6 dan 9, tabur baja N:P2O5:K2O 15:15:15 dengan cara yang sama sebanyak lebih kurang 200 g bagi setiap batas sekali tabur.

Kadar Dan Cara Pembajaan Untuk Tanaman RatunSelepas hasil-hasil dipungut, pokok-pokok yang tinggal perlulah dibaja supaya cepat membesar dan membentuk daundaun baru. Kadar baja boleh dicuba seperti berikut:

Selepas memungut hasil, tabur baja sebanyak lebih kurang 200 g bagi detiap batas.Taburkan baja dengan kadar yang sama seperti di atas di minggu ke-3

MERUMPUTRumpai yang tumbuh di kawasan tanaman perlu dibersihkan supaya hasil tidak merosot. Rumpai bukan sahaja bersaing dengan tanaman untuk mendapat zat makanan, air dan ruang tetapi juga ia menjadi perumah kepada musuh dan penyakit. Gunakan cangkul atau cabut dengan tangan.

MENGAWAL MUSUH DAN PENYAKITSelom tidak mempunyai banyak musuh dan penyakit. Bagaimanapun penyakit yang didapati menyerang ialah penyakit kulat jelaga (Sooty mould) yang disebabkan oleh kulat Asteridiella sp. Kerosakannya tidaklah teruk dan pengawalan dengan racun kulat tidak diperlukan.Belalang dan kumbang daun didapati memakan daunnya tetapi serangan serangga ini tidaklah teruk.

MEMUNGUT HASILSelom boleh dipungut hasilnya lebih kurang 3 atau 4 bulan selepas menanam. Potong batangnya dengan menggunakan pisau yang tajam. Tunas-tunas baru akan tumbuh selepas dipotong. Hasil seterusnya boleh dipungut 4 hingga 6 minggu kemudian.

Page 11: BM_Panduan Menanam

11

My Hydroponic Technology (PG0276719-X) No. 20, Tkt Teluk Kumbar 2, Bandar Baru Teluk Kumbar, 11910 Teluk Kumbar Bayan Lepas Pulau Pinang. Tel/Fax: 04-6491523 (9pagi-5ptg) Hp: 013-2754009, 012-4764812 (utara), 019-3585833(tengah & selatan). Emel [email protected]

PANDUAN MENANAM SAWI

PENYEDIAAN TANAH Tanah perlu dibajak dan digembur sedalam 15-20cm. Kemudian batas yang berukuran 1.2m lebar, 7.5m panjang dan 20-30 cm tinggi disediakan.

PENANAMANBiji benih sawi boleh ditanam terus ke atas batas. Sebanyak 1.5kg biji benih digunakan untuk sehektar. Sebelum menanam, biji benih dirawat dengan racun kulat thiram dan digaulkan denagn pasir halus atau tanah peroi dan di tabor sama rata ke dalam jalur-jalur pada batas. Selepas 10-14 hari, penjarangan di buat mengikut ukuran yang disyorkan, iaitu 20cm antara baris (alur) dan 10cm antara pokok.

PEMBAJAANBagi tanah mineral, baja organan digaulkan ke dalam batas untuk menentukan kesuburan pokok. Pembajaan yang disyorkan adalah seperti berikut:-

Pusingan

Masa Jenis Baja Kadar/Batas Kadar/Hektar

1 Sebelum menanam Baja Organan 6kg 4tan2 2 minggu NPK

15:15:150.4kg 0.25tan

3 3 minggu NPK 15:15:15

0.4kg 0.25tan

PENGUTIPAN HASILDaun sawi boleh dikutip 28-30 hari selepas menyemai. Sayur ini dipungut dengan memotong pada paras tanah. Hasilnya boleh juga dipungut apabila pokok mengeluarkan bunga. Pengeluaran hasil adalah di antara 10-16 tan/ha. dan hasil purata ialah 14 tan/ha.

PENGAIRANSawi memerlukan air yang banyak untuk tumbesarannya. Penyiraman air dua kali sehari dalam musim panas, secara manual atau sistem pengairan renjis adalah disyorkan.

KAWALAN RUMPAIKawalan rumpai dilakukan secara manual dilakukan dua kali sepanjang umur pokok. Racun glifosinate ammonium boleh digunakan di keliling batas dan parit.

KAWALAN SERANGGA DAN PENYAKITDi antara serangga dan penyakit utama yang menyerang tanaman sawi ialah:

Reput Daun ( Leaf Rot) (Corticum solani) Cabut dan buang pokok yang berpenyakit.

Page 12: BM_Panduan Menanam

12

My Hydroponic Technology (PG0276719-X) No. 20, Tkt Teluk Kumbar 2, Bandar Baru Teluk Kumbar, 11910 Teluk Kumbar Bayan Lepas Pulau Pinang. Tel/Fax: 04-6491523 (9pagi-5ptg) Hp: 013-2754009, 012-4764812 (utara), 019-3585833(tengah & selatan). Emel [email protected]

Bintik Daun( Leaf spot) (Cercospora spp.) Rawat biji benih dengan thiram.Rawat biji benih dengan thiram. Amalkan tanaman giliran dan saliran yang baik.Reput Lembut ( Erwina carotovora)Ulat Plutela (Pluttel xylostella) Sembur racun Bacillus thuringiensis. Amalkan tanaman giliran.Ulat Pangkas (Cut Worm) ( Agrotis xpsilon) Sembur racun fenvalerateKumbang Kutu ( Phyliotera sinuata Ateph) Sembur racun malathionUlat Ratus (Army Worm) ( Spodoptera litura) Sembur racun fenvalerate Jenis Serangga / Penyakit Kawalan

Page 13: BM_Panduan Menanam

13

My Hydroponic Technology (PG0276719-X) No. 20, Tkt Teluk Kumbar 2, Bandar Baru Teluk Kumbar, 11910 Teluk Kumbar Bayan Lepas Pulau Pinang. Tel/Fax: 04-6491523 (9pagi-5ptg) Hp: 013-2754009, 012-4764812 (utara), 019-3585833(tengah & selatan). Emel [email protected]

PANDUAN MENANAM LIMAU NIPIS

PENGENALANLimau nipis atau nama botani Citrus aurantifolia adalah sejenis limau yang sangat digemari di negara ini untuk kegunaan sebagi air minuman dan juga untuk dicampur dalam masakan. Buahnya kecil dan bulat, berukuran 2.5cm – 5 cm garispusat. Kulitnya berkilat dan licin dan isinya berwarna hijau kekuningan, berair tetapi masam. Pokoknya pula adalah lebih kurang 5 m tinggi.

IKLIMLimau nipis sesuai dengan iklim yang panas dan lembab seperti di negara kita.

TANAHBoleh ditanam di atas berbagai jenis tanah tetapi didapati lebih sesuai ditanam di atas tanah jenis lom berpasir.

CARA-CARA MENANAMMembiakLimau senang dibiakkan melalui biji tetapi biasanya ia dibiak secara tampang iaitu secara tut. Jika dibiak secara ini pokok-pokok mengeluarkan buah lebih awal.

MenanamJarak tanaman yang sesuai untuk limau ini ialah 6 m x 6 m. Ia boleh di tanam dalam susunan empat segi sama. Ini menjadikan jumlah pokok sehektar sebanyak 270 pokok.

Gali lubang sebesar 0.4m x 0.4m x 0.2m. Campurkan 10 hingga 12 kg baja organan ke dalam lubang.Siram sejurus selepas menanam. Penyiraman boleh dibuat 1-2 kali sehari selama 2-3 bulan pertama.Selain daripada itu, pembajaan juga dilakukan dengan menggunakan baja organan seperti tahi lembu. Sebanyak 30-40kg/pokok/tahun boleh digunakan bagi peringkat tumbesaran (umur pokok 1-3 tahun) dan 40-60 kg/pokok/tahun selepas pokok-pokok mula berbuah.

CANTASANCantasan untuk membuang pucuk-pucuk air, ranting-ranting mati dan ranting-ranting yang tidak dikehendaki adalah perlu dilakukan.

KAWALAN RUMPAIBagi pokok-pokok muda, kerja-kerja merumput hendaklah dilakukan dengan mencabut atau menggunakan cangkul dikeliling pokok. Bila pokok sudah cukup besar dan matang, kawalan rumpai secara kimia boleh dijalankan dengan menggunakan racun rumpai.

PENJAGAANPembajaanDua jenis campuran baja kimia boleh digunakan:Baja Tumbesar : NPK Mg (15:15:6:4)Baja Buah : NPK Mg (12:12:17:2)

Page 14: BM_Panduan Menanam

14

My Hydroponic Technology (PG0276719-X) No. 20, Tkt Teluk Kumbar 2, Bandar Baru Teluk Kumbar, 11910 Teluk Kumbar Bayan Lepas Pulau Pinang. Tel/Fax: 04-6491523 (9pagi-5ptg) Hp: 013-2754009, 012-4764812 (utara), 019-3585833(tengah & selatan). Emel [email protected]

Baja di tabur di sekeliling pokok di bawah hujung julai daun. Kadar dan masa pembajaan adalah seperti berikut:

Sila lihat jadual pembajaan di bawah.

HASILPokok mula berbuah antara umur 2-3 tahun iaitu bagi pokok-pokok yang ditanam dari anak tut. Hasil antara 20-25 kg/pokok/tahun boleh diperolehi. Jangkamasa ekonomi bagi pokok yang ditanam dari anak tut adalah dalam lingkungan 10 tahun.

JADUAL PEMBAJAANUmur Pokok

(Tahun)Jenis Baja Kadar

(kg/pokok/tahun)Masa

1 Tumbesar 0.3 3 kali setahun2 0.5 Permulaan musim hujan/ 4-5 bulan kemudian3 1.0 Sebelum musim kering4 Baja Buah 1.5 2 kali setahun5 1.8 Permulaan musim hujan6 2.3 4-5 bulan kemudian selepas mengutip

Ke atas 2.5 Hasil

Page 15: BM_Panduan Menanam

15

My Hydroponic Technology (PG0276719-X) No. 20, Tkt Teluk Kumbar 2, Bandar Baru Teluk Kumbar, 11910 Teluk Kumbar Bayan Lepas Pulau Pinang. Tel/Fax: 04-6491523 (9pagi-5ptg) Hp: 013-2754009, 012-4764812 (utara), 019-3585833(tengah & selatan). Emel [email protected]

PANDUAN MENANAM PANDAN

PENGENALANPandan atau nama botani Pandarus adorus adalah sejenis tanaman berperdu dan tumbuh tegak keatas. Daun tebal, sedikit lebar, panjang meruncing dan tajam dihujung. Warnanya hijau tua dipangkal dan hijau muda dihujung. Sejenis tumbuhan yang sejuk, daunnya berbau wangi sesuai dijadikan perasa makanan, pewarna dan pewangi. Khasiat daun yang ditumbuk dan diambil airnya bileh dipupur ke rambut dan rambut akan menjadi bersih, lebat dan menyejukkan kepala.

PENANAMANPenyediaan TanahPokok ini boleh membiak melalui akar dan anak pokok. Sediakan lunag berukuran 25 cm x 25 cm x 25 cm. Campurkan tanah bersama 100 g baja CIRP. Tanam anak sulur pandan ke dalam lubang dan padatkan tanah di keliling anak pokok.Sekiranya menanam di dalam pasu, gunakan campuran yang mengandungi 3 bahagian tanah, 1 bahagian tahi ayam reput atau kompos dan 1 bahagian pasir. Isikan pasu dengan tanah campuran tersebut sehingga 5 cm dari permukaan pasu. Gali lubang sebesar saiz polibeg dan tanam anak sulur ke dalam lubangdan padatkan tanah keliling pokok.

PENJAGAANSiram anak pokok pagi dan petang. Cabut dan buang rumpai yang tumbuh di keliling pokok. Elakkan penggunaan racun rumput.Tabur baja NPK (21:21:21) sebanyak 5 g sepokok bagi tanaman dalam pasu dan 10 g sepokok bagi tanaman di atas tanah.Tiada perosak dan penyakit serius menyerang pokok pandan.Daun boleh dipetik selepas 12 bulan di tanam.

Page 16: BM_Panduan Menanam

16

My Hydroponic Technology (PG0276719-X) No. 20, Tkt Teluk Kumbar 2, Bandar Baru Teluk Kumbar, 11910 Teluk Kumbar Bayan Lepas Pulau Pinang. Tel/Fax: 04-6491523 (9pagi-5ptg) Hp: 013-2754009, 012-4764812 (utara), 019-3585833(tengah & selatan). Emel [email protected]

PANDUAN MENANAM LIMAU PURUT

PENGENALAN

Limau nipis atau nama botani Citrus hystrix biasa digunakan sebagai rempah ratus di dalam masakan dan ramuan perubatan pelbagai bangsa. Buahnya bulat dan kulitnya berwarna hijau menggerutu @ katak puru, daunnya mengeluarkan aroma yang harum, sesuai dibuat mandian dan perasa dalam pelbagai masakan. Ketinggian limau purut boleh mencapai hingga 5 meter tinggi.

IKLIM

Limau nipis sesuai dengan iklim yang panas dan lembab seperti di negara kita.

TANAH

Boleh ditanam di atas berbagai jenis tanah tetapi didapati lebih sesuai ditanam di atas tanah jenis lom berpasir.

CARA-CARA MENANAM

Membiak

Limau senang dibiakkan melalui biji tetapi biasanya ia dibiak secara tampang iaitu secara tut. Jika dibiak secara ini pokok-pokok mengeluarkan buah lebih awal.

Menanam

Jarak tanaman yang sesuai untuk limau ini ialah 6 m x 6 m. Gali lubangberukuran 0.6m x 0.6m x 0.6m dan gaulkan bersama 100g baja tahi ayam reput, 100 g baja triple superphosphate dan 100 g kapur. Tanam anak pokok ke dalam lubang dan padatkan tanah keliling anak pokok.

Jika menanam dalam pasu, sediakan tanah campuran mengandungi 3 bahagian tanah, 1 bahagian tahi ayam reput dan 1 bahagian pasir. Isikan pasu dengan tanah campuran tersebut sehingga 5 cm (2 inci) dari permukaan pasu. Buat lubang dan masukkan anak pokok, rata dan padatkan permukaan keliling anak pokok.

PENJAGAAN

Siram anak pokok pada awal pagi dan lewat petang 1-2 kali sehari selama 2-3 bulan pertama. Di ladang pembajaan dilakukan dengan menggunakan tahi ayam reput sebanyak 5 kg/pokok dua kali setahun bagi peringkat tumbesaran (1- 3 tahun)

Page 17: BM_Panduan Menanam

17

My Hydroponic Technology (PG0276719-X) No. 20, Tkt Teluk Kumbar 2, Bandar Baru Teluk Kumbar, 11910 Teluk Kumbar Bayan Lepas Pulau Pinang. Tel/Fax: 04-6491523 (9pagi-5ptg) Hp: 013-2754009, 012-4764812 (utara), 019-3585833(tengah & selatan). Emel [email protected]

Baja urea dua kali setahun sebanyak 50 g/pokok setiap kali pembajaan. Manakala di dalam pasu 1 kg/pokok dua kali setahun dan baja urea 20 g/pokok setiap kali pembajaan. Letak sungkupan daun-daun kering di keliling pokok sebagai sungkupan.

Cantasan dilakukan untuk membuang tunas air, ranting-ranting dan dahan yang berpenyakit atau kurang sihat.

KAWALAN RUMPAI

Bagi pokok-pokok muda, kerja-kerja merumput hendaklah dilakukan dengan mencabut atau menggunakan cangkul dikeliling pokok. Bila pokok sudah cukup besar dan matang, kawalan rumpai secara kimia boleh dijalankan dengan menggunakan racun rumpai.

KAWALAN PEROSAK DAN PENYAKIT

Kutip dan musnahkan serangga perosak yang menyerang pokok serta daun-daun yang dijangkiti oleh penyakit.

HASIL

Pokok mula berbuah antara umur 2-3 tahun iaitu bagi pokok-pokok yang ditanam dari anak tut. Pada tahun ketiga sebanyak 100 g/pokok hasil boleh diperolehi setiap kutipan, manakala pada peringkat umur 5-10 tahun, setiap pokok dapat mengeluarkan hasil sebanyak 500-800 g/pokok/kutipan.

Page 18: BM_Panduan Menanam

18

My Hydroponic Technology (PG0276719-X) No. 20, Tkt Teluk Kumbar 2, Bandar Baru Teluk Kumbar, 11910 Teluk Kumbar Bayan Lepas Pulau Pinang. Tel/Fax: 04-6491523 (9pagi-5ptg) Hp: 013-2754009, 012-4764812 (utara), 019-3585833(tengah & selatan). Emel [email protected]

PANDUAN MENANAM KUNYIT

PENGENALAN

Kunyit (Cucuma domestica val. Adalah dari keluarga Zingiberaceae. Tumbuhan ini dipercayai telah lama di tanam di India sejak zaman silam lagi dengan nama kunyit ini wujud dalam bahasa sanskrit. India dan Indo-Malesia dianggap dari Cochin-China dengan terdapat rekod dari expedisi Marco Polo. Pada lingkungan tahun 1280 ia menyebut bahawa Koncha (berjiranan Fokien, China) terdapat sejenis sayuran bercirikan betul-betul saffron (bahan pewarna dari stigma kuning Crocus sativus) tetapi bukan saffron yang sebenar. Apa yang dimaksudkan oleh pelayar ini

mungkin serbuk kunyit seperti saffron itu. Walaubagaimanapun, sekarang ini kunyit umumnya dijumpai diserata rantau tropika dan beberapa kawasan subtropika.

Nama kunyit boleh didapati dalam berbagai bahasa di Asia. Dalan Sankrit ia dipanggil Harida; Arab, Kukum; Tamil, Manja; Inggeris, Tumeric; Cina, Kiang-hoang; Jawa, Kunyir. Daripada perkataan Arab kita dapat sebutan Latin Cucuma.

BOTANI

Kunyit merupakan tanaman herba saka tetapi ditanam sebagai tanaman tahunan. Tingginya boleh mencapai 1 meter berbatang pendek dan daun-daunnya berjumbai. Pelepah-pelepah daunnya menbentuk batang. Ubi utamanya dipanggil rizom, bulat panjang mempunyai tunas-tunas cabang berkembang membentuk anak-anak ubi sisi yang mempunyai gelang-gelang rapat. Bahgian rizom dan ubi sisi inilah yang digunakan sebagai rempah-rempahan. Ubi sisi ini bercabang-cabang lagi sehingga keseluruhannya membentuk suatu rumpun. Bekas-bekas akar nampak jelas pada ubi-ubi sisi ini yang berwarna jingga kecoklatan dari luar. Pada bahagian dalamnya berwarna jingga terang atau agak kuning. Rasa ubi ini agak pahit dan getir dengan bau yang khusus. Ia berbunga dihujung batang dan panjangnya 10-15 cm. Daun-daun pelindung bunganya berwarna putih atau putih bergaris-garis hijau dan merah jambu dihujungnya, manakala yang terletak di bahagian bawah hijau muda. Bunganya putih atau kuning pucat dan mekar atau kembang bersama-sama.

IKLIM DAN TANAH

Kunyit sesuai ditanam dikebanyakan tempat di Malaysia yang mempunyai iklim panas dan lembap dengan suhu 15-35oC. Ia boleh ditanam di dataran rendah dari paras laut hinggalah pada paras 1220 meter atas paras laut. Curahan hujan yang berterusan terutamanya di kawasan tadahan hujan adalah baik untuk penanaman kunyit. Hujan tahunan yang optima untuk kunyit adalah sekitar 100 hingga 200 cm. Hujan sederhana lebat diperlukan semasa menanam dan hujan lebat semasa peringkat awal vegetatif. Keadaan kering selama sebulan diperlukan sebelum penuaian dijalankan.

Page 19: BM_Panduan Menanam

19

My Hydroponic Technology (PG0276719-X) No. 20, Tkt Teluk Kumbar 2, Bandar Baru Teluk Kumbar, 11910 Teluk Kumbar Bayan Lepas Pulau Pinang. Tel/Fax: 04-6491523 (9pagi-5ptg) Hp: 013-2754009, 012-4764812 (utara), 019-3585833(tengah & selatan). Emel [email protected]

Keadaan tanah sesuai bagi tanaman kunyit, biasanya bersaliran sempurna dan subur yang terdapat pada tanah jenis lom. Tanah rendah yang boleh bertakung air tidak sesuai kerana ianya peka terhadap keadaan terendam. Ketahanan pH tanah bagi tumbuhan ini adalah antara 4.3 dan 7.4. Pada tanah yang terlalu kering ketika musim yang agak panjang, bantuan pengairan diperlukan.

VARIETI

Varieti tang khusus dari tempatan jarang ditemui melainkan dari India dimana pelbagai varieti dikeluarkan dan dibiakbaik untuk tanaman komersial. Varieti-varieti yang ditanam di India yang sama keperluan ekologi-fisiologinya dengan Malaysia adalah seperti jadual dibawah.

BAHAN TANAMAN

Cebisan rizom dari bahan yang terpilih berat 20kg tiap-tiap satu digunakan sebagai bahan tanaman pada kadar 2.0 tan/hektar. Rizom perlu cukup tua, sihat dan mempunyai 1-2 mata tunas. Untuk mendapatkan cebisan bahan tanaman yang sihat, dinasihati memperolehinya terus dari ladang tanaman yang telah mengeluarkan hasil. Untuk memastikan cebisan rizom ini bebas dari penyakit, racun kulat digunakan. Bagi tujuan ini cebisan rizom direndam dalam larutan kulat selama 15-30 minit. Untuk mendapatkan pokok yang seragam pra-cambahan selalunya diamalkan. Ini memastikan tiada berlaku kegagalan pertumbuhan pada sesuatu lubang tanaman itu.

PENANAMAN

Kunyit ditanam dengan bermulanya musim hujan diatas batas berukuran 1-1.5 meter lebar dan tinggi 20 cm serta panjang yang bersesuaian. Ianya ditanam sedalam lebih kurang 6-8cm. Jarak tanaman yang disyorkan 45-60cm antara baris dan 25cm antara pokok. Setelah ditanam cebisan pra-cambah, ianya diberikan lindungan sementara, sehingga tanaman berumur kira-kira 3 bulan.

PEMBAJAAN

Baja organik (tahi ayam) pada kadar 4-5 tan/ha/musim digaulkan ke dalam tanah 3-5 hari sebelum menanam. Baja sebatian dengan kadar 60kg N, 30kg P, 90kg K per hektar di bubuh 3 kali sepanjang penanaman (Edison,et.,1990)

VARIETI-VARIETI KUNYIT DARI INDIA:

Varieti TempohMatang (hari)

Hasil Segar(tan/ha)

Curcumin(%)

Ciri KualitiOleoresin(%)

MinyakEsen(%)

Co-I 285 30 3.2 6.7 3.2Rangga 250 29 6.3 13.5 4.4Rasmi 240 31 6.4 13.4 4.4Roma 250 21 9.3 13.2 4.2Suguna 190 29 4.9 13.5 6.0

Page 20: BM_Panduan Menanam

20

My Hydroponic Technology (PG0276719-X) No. 20, Tkt Teluk Kumbar 2, Bandar Baru Teluk Kumbar, 11910 Teluk Kumbar Bayan Lepas Pulau Pinang. Tel/Fax: 04-6491523 (9pagi-5ptg) Hp: 013-2754009, 012-4764812 (utara), 019-3585833(tengah & selatan). Emel [email protected]

PANDUAN MENANAM KANGKUNG

PENYEDIAAN TANAH Tanah perlu dibajak dan digembur dua kali sedalam 15-20 cm. Kemudian batas yang berukuran 1.2 m lebar, 7.5 m panjang dan 20-30 cm tinggi disediakan. Alur dibuat merintangi batas denagn jarak 20cm dan sedalam 3cm untuk menabur benih.

MENANAMBiji benih kangkung boleh ditanam terus ke atas batas. Sebanyak 46 g biji benig sebatas (30 kg biji benih sehektar) ditabur jarang-jarang ke dalam alur-alur. Selepas 10 – 14 hari, penjarangan dibuat mengikut ukuran yang di syorkan, iaitu 20 cm antara baris (alur) dan 10 cm antara pokok.

PEMBAJAANBagi tanah mineral, baja organan digaulkan ke dalam batas untuk menentukan kesuburan pokok. Pembajaan yang disyorkan adalah seperti berikut:-3 3 minggu NPK 15:15:15 0.5 kg 0.25 tan2 2 minggu NPK 15:15:15 0.4 kg 0.25 tan1 Sebelum menanam Baja Organan 6 kg 4 tanPusingan Masa Jenis Baja Kadar/Batas (7.5m x 1.2m) Kadar/ha

PENGAIRANKangkung memerlukan air yang banyak untuk tumbesarannya. Penyiraman air dua kali sehari dalam musim panas, secara manual atau sistem pengairan renjis adalah disyorkan.

KAWALAN RUMPAIKawalan rumpai dilakukan secara manual dengan kadar dua kali sepanjang umur pokok. Racun glufosinate ammonium bolah digunakan di keliling batas dan parit.

KAWALAN SERANGGA DAN PENYAKITKangkung jarang diserang oleh serangga. Penyakit utama yang menyerang adalah:-Karat Putih (Albugo pomoeae aquaticae) – Amalkan tanaman giliran. Sembur racun mancozeb.

PENGUTIPAN HASILKangkung boleh dipungut hasilnya 30 hari selepas ditanam. Pokok dicabut bersama akar dan dibasuh dalam air.Pengeluaran hasil adalah di antara 10-15 tan/ha. Purata hasil dianggarkan sebanyak 12 tan/ha.

KAWALAN PENYAKIT DAN SERANGGAUntuk kawalan ulat pengorek buah sembur jika perlu dengan racun serangga seperti carbaryl, 0.1 % bahan aktif. Untuk kawalan bintik berpusar, sembur dengan mancozeb, 0.1 % b.a.

PENUAIAN

Page 21: BM_Panduan Menanam

21

My Hydroponic Technology (PG0276719-X) No. 20, Tkt Teluk Kumbar 2, Bandar Baru Teluk Kumbar, 11910 Teluk Kumbar Bayan Lepas Pulau Pinang. Tel/Fax: 04-6491523 (9pagi-5ptg) Hp: 013-2754009, 012-4764812 (utara), 019-3585833(tengah & selatan). Emel [email protected]

Di LadangPungutan hasil pertama ialah pada 6 minggu selepas menanam. Kutip kacang sebelum biji terbunjul. Kutip 2 hari sekali dalam masa 6 minggu. Hasil dianggarkan sebanyak 100 hingga 175 kg bagi 100 meter persegi. Dengan harga purata antara RM 4 – RM 6 /kg

Dalam Pasu dan BekasAnggaran hasil ialah 0.5 kg sepokok.

Page 22: BM_Panduan Menanam

22

My Hydroponic Technology (PG0276719-X) No. 20, Tkt Teluk Kumbar 2, Bandar Baru Teluk Kumbar, 11910 Teluk Kumbar Bayan Lepas Pulau Pinang. Tel/Fax: 04-6491523 (9pagi-5ptg) Hp: 013-2754009, 012-4764812 (utara), 019-3585833(tengah & selatan). Emel [email protected]

PANDUAN MENANAM KACANG BUNCIS

PENDAHULUAN

Kacang buncis (Phaseolus Vulgaris) merupakan sejenis sayuran kekacang yang berbuah dan sangat kaya dengan kandungan protin. Ia dipercayai berasal dari Amerika Tengan dan Amerika Selatan. Pokok kacang buncis bertabiat tumbuh melilit, mempunyai akar tunjang dan sisi yang panjang dan memerlukan pancang untuk memanjat.

JENIS

Terdapat dua jenis yang ditanam iaitu jenis rimbun dan memanjat. Jenis yang biasa ditanam dinegara ini ialah jenis memanjat di mana terdapat 2 varieti yang di pilih oleh Mardi iaitu:

MBK 1 – Berbiji hitam, berbatang keperangan dan berbunga ungu. Jenis ini yang biasa ditanam dan disyorkan.MBK 2 – Berbijji kemerahan, berbatang kehijauan dan berbunga putih. Jenis ini biasa ditanam di kawasan Utara dan Melaka.

TANAH

Kacang buncis boleh ditanam pada berbagai jenis tanah daripada pasir peroi hingga kepada tanah liat. Tanah yang gembur, subur, baik salirannya dan pH 5.5 – 6.8 adalah paling sesuai untuk penanamannya.

PENANAMAN

Menyedia Kawasan

Bajak dan gemburkan tanah sedalam 15-22 cm untuk pertumbuhan akar yang baik. Sediakan batas berukuran 1.2 m lebar, 0.3 m tinggi dan panjangnya mengikut keadaan kawasan. Jarak antara batas ialah 0.6 m.

Menanam

Tanam 4 biji benih selubang dalam dua barisan dengan jarak 0.6 m antara baris dan 0.5 m antara pokok. Setelah anak benih cambah dan membesar tinggalkan 2 pokok selubang sahaja. Sebanyak 9.5 kg biji benih diperlukan untuk kawasan seluas 0.4 ha.

Menyedia Junjung

Untuk mendapatkan hasil yang tinggi kacang buncis perlu di beri junjung. Sokong anak-anak tanaman yang berumur 3 minggu dengan menggunakan kayu pancang berukuran 1.8 m –

Page 23: BM_Panduan Menanam

23

My Hydroponic Technology (PG0276719-X) No. 20, Tkt Teluk Kumbar 2, Bandar Baru Teluk Kumbar, 11910 Teluk Kumbar Bayan Lepas Pulau Pinang. Tel/Fax: 04-6491523 (9pagi-5ptg) Hp: 013-2754009, 012-4764812 (utara), 019-3585833(tengah & selatan). Emel [email protected]

2.4 m. Condongkan kayu-kayu sokongan supaya bertentangan dan ikat di bahagian atas. Kemudian lentangkan kayu-kayu pada tiap-tiap sudut yang bertemu. Pastikan anak-anak tanaman melilit kayu sokongan.Satu cara lagi untuk menyokong pokok ialah dengan sistem trelis. Sambung dua tiang beruti atau batang kayu yang berhampiran dengan dawai kasar untuk dijadikan junjung. Kemudian gunakan dawai sederhana kasar dan ikat dawai ini dengan cara memenjang dan melintang. Gunakan tali rafia untuk membantu anak pokok memanjat junjung.

PENJAGAAN

Menyiram - Siram tanaman pagi dan petang setiap hari kecuali hari hujan.Membaja - Gunakan baja asas, baja organik sebanyak 7 tan untuk 0.4 ha. Tabur baja dalam satu parit di tengah batas atau tabor rata-rata di atas batas dan gaulkan dengan tanah. Selain daripada itu, baja kimia NPK 15:15:15 juga boleh digunakan sebanyak 400 kg/0.4 ha. Baja ini dibahagi kepada 3 kali pembajaan iaitu pada minggu 2, 4 dan 6 selepas menanam.Merumput - Kawalan rumpai perlu dijalankan sepanjang masa untuk mengelakkan persaingan tanaman dengan rumpai.

MEMUNGUT HASIL

Hasil boleh mula dikutip 7 minggu selepas menanam. Kutip kacang sebelum matang iaitu sebelum biji terbunjul. Kutip 2-3 hari sekali dalam masa 3 minggu. Hasil purata dianggarkan 4,235 kg bagi 0.4 ha.

Page 24: BM_Panduan Menanam

24

My Hydroponic Technology (PG0276719-X) No. 20, Tkt Teluk Kumbar 2, Bandar Baru Teluk Kumbar, 11910 Teluk Kumbar Bayan Lepas Pulau Pinang. Tel/Fax: 04-6491523 (9pagi-5ptg) Hp: 013-2754009, 012-4764812 (utara), 019-3585833(tengah & selatan). Emel [email protected]

PANDUAN MENANAM JAGUNG

PENYEDIAAN TANAHDi LadangBajak dan gemburkan tanah sedalam 15 hingga 22cm (6-9 in). Sekiranya tanah senang bertakung air, penanaman hendaklah dilakukan di atas batas yang berukuran 30cm ( 12 in) lebar, 22cm (9in) tinggi dan panjangnya mengikut keadaan kawasan. Jarak antara batas ialah 45 cm (18 in). Gunakan 300 biji benih bagi kawasan seluas 300m (3200 kaki) persegi.

Dalam Pasu dan BekasGunakan yanah campuran yang mengandungi 3 bahagian tanah, 1 bahagian tahi ayam reput atau kompos dan 1 bahagian pasir. Isikan pasu dengan tanah campuran tersebut sehingga 5 cm (2 in) dari permukaan pasu.

PENANAMANDi LadangSemai 2 atau 3 bii benih terus ke batas sedalam 2.5 cm ( 1 in ). Jarak tanaman ialah 75 cm ( 30 in) antara barisan dan 30 cm ( 12 in ) antara pokok. Penjarangan di buat 2 minggu selepas menanam dengan meninggalkan satu pokok yang sihat sahaja selubang.

Dalam Pasu dan BekasSemai 2 biji terus ke dalam pasu sedalam 2.5 cm. Penjarangan anak pokok dilakukan 2 minggu selepas menanam. Tinggalkan satu pokok sahaja sepasu.

PEMBAJAANDi LadangTabur baja NPK Blue Special (12:12:17:2) sepanjang baris pada minggu ke 2,3 dan 4 selepas menanam. Setiap kali menabur dengan kadar 10 kg baja untuk setiap 300 m persegi.

Dalam Pasu dan BekasTabur 1 sudu the (5 g) NPK Blue Special (12:12:17:2) sepasu setiap minggu.

PENGAIRANDi syorkan penyiraman dilakukan 2 kali sekali pada musim panas.

MERUMPUTKawal rumpai sepanjang masa. Kerja merumput biasanya dilakukan dengan tangan atau cangkul.

MENGAWAL SERANGGA DAN PENYAKITSembur racun serangga jika perlu.

MEMUNGUT HASILHasil mula dituai 10 minggu selepas ditanam. Kira-kira 900 hingga 1200 tongkol boleh di dapati dari kawasan seluas 300 m persegi.

Page 25: BM_Panduan Menanam

25

My Hydroponic Technology (PG0276719-X) No. 20, Tkt Teluk Kumbar 2, Bandar Baru Teluk Kumbar, 11910 Teluk Kumbar Bayan Lepas Pulau Pinang. Tel/Fax: 04-6491523 (9pagi-5ptg) Hp: 013-2754009, 012-4764812 (utara), 019-3585833(tengah & selatan). Emel [email protected]

Jenis Serangga / Penyakit

Kawalan

Ulat pengorek batang dan tongkol

Sembur racun serangga carbaryl ( seperti Sevin pada kadar 1 sudu besar atau 10g segelen air)

Kutu daun Sembur racun serangga Malathion (seperti Malathion 80 pada kadar 1 sudu besar atau 14 cc segelen air)

Page 26: BM_Panduan Menanam

26

My Hydroponic Technology (PG0276719-X) No. 20, Tkt Teluk Kumbar 2, Bandar Baru Teluk Kumbar, 11910 Teluk Kumbar Bayan Lepas Pulau Pinang. Tel/Fax: 04-6491523 (9pagi-5ptg) Hp: 013-2754009, 012-4764812 (utara), 019-3585833(tengah & selatan). Emel [email protected]

PANDUAN MENANAM HALIA

PENGENALAN:

Halia atau nama botani Zingiber officinale Rsc. Ditanam sebagai tanaman tunggal atau selingan di tanah-tanah mineral dan gambut

JENIS-JENIS HALIA

Halia Bentong –Mempunyai rizom yang besar dan berisi bendalir (berlendir dan berair)Halia Taiwan – Mempunyai jari-jari rizom yang besar penuh berisi, berlendir dan sederhana pedas.Halia Indonesia – Mempunyai rizom yang panjang dan berwarna kuning muda.

PENANAMAN

Halia sesuai di tanam di pelbagai jenis tanah (termasuk tanah gambut) yang mempunyai saliran baik serta gembur dan peroi agar tidak menyekat pertumbuhan rizom. Halia hidup subur pada pH 5.5 hingga 6.5. Walaubagaimanapun ianya boleh juga di tanam di tanah gambut yang pHnya 3.8. Halia memerlukan taburan hujan sebanyak 200 hingga 260 cm setahun dan ia juga perlu sedikit naungan.

PERSEDIAAN BAHAN TANAMAN

Halia di tanam daripada keratan rizom tua yang berumur lebih sembilan bulan. Rizom yang berpenyakit hendaklah dimusnahkan untuk mengelakkan merebaknya penyakit bakteria dan kulat halia.

Rizom-rizom disimpan di tempat teduh dan berangin selama dua hingga tiga minggu untuk percambahan tunas-tunas.

Kemudian rizom di kerat 5 cm panjang dan mempunyai sekurang-kurangnya dua mata tunas.

Anggaran 25-33 keratan boleh didapati dari 1 kg rizom.Keperluan bahan tanaman di anggarkan 1,500-2,000 kg rizom segar sehektar.

Rizom-rizom direndam selama lima minit dalam larutan Bordeaux (4:5:50). Selepas itu keringkan semalaman sebelum menanam.

Tujuan merendam dalam larutan tersebut ialah untuk mengurangkan penyakit layu.

PENYEDIAAN TANAH

Bajak dan gembur tanah sebelum menanam. Buatkan batas 30 cm tinggi dan 61 cm antara batas.

Page 27: BM_Panduan Menanam

27

My Hydroponic Technology (PG0276719-X) No. 20, Tkt Teluk Kumbar 2, Bandar Baru Teluk Kumbar, 11910 Teluk Kumbar Bayan Lepas Pulau Pinang. Tel/Fax: 04-6491523 (9pagi-5ptg) Hp: 013-2754009, 012-4764812 (utara), 019-3585833(tengah & selatan). Emel [email protected]

MENANAM DI LADANG

Sebaik-baiknya halia ditanam dalam bulan Februari dan Mac iaitu musim permulaan hujan. Ini membantu percambahan rizom-rizom. Musim kemarau berikutnya pula mengurangkan berlakunya penyakit layu.

Petani-petani biasanya mengamalkan jarak tanaman 25-30 cm empat persegi di Bukit Tinggi dan 20 cm x 30 cm dua baris di Tanjung Sepat. Walaubagaimanapun jarak tanaman yang di syorkan ialan 60 cm dalam barisan. Jarak sebegini menggalakkan pembesaran rizom yang lebih subur dan memberi sejumlah 53,790 pokok sehektar.

Atur keratan-keratan rizom di atas batas. Gali lubang sedalam 15 cm dan letakkan rizom dengan ‘mata’ tunas menghala keatas. Kambus dan padatkan tanah. Beri naugan kepada pucuk-pucuk baru yang muncul dalam masa 2-4 minggu selepas menanam.

PEMBAJAAN

Tanah gambut – gunakan baja campuran yang mengandungi 73 kg N, 44 kg P2O5 dan 236 kg K2O sehektar Untuk tanah bukan organan di syor menggunakan baja campuran yang mengandungi 56 kg N, 67 kg P2O5, dan 112 kg K2O sehektar.

Baja di tabur secara selerak seminggu sebelum menanam dan dua bulan selepas menanam di tabur di keliling perdu.

MERUMPUT

Sekurang-kurangnya 1-3 pusingan merumput dibuat semasa membaiki batas-batas.

PENUAIAN

Halia dituai sebagai halia muda bila berumur 4 ½ - 5 bulan dan halia tua bila berumur 9 bulan selepas menanam. Kelewatan menuai akan meninggikan kandungan serabut.

Page 28: BM_Panduan Menanam

28

My Hydroponic Technology (PG0276719-X) No. 20, Tkt Teluk Kumbar 2, Bandar Baru Teluk Kumbar, 11910 Teluk Kumbar Bayan Lepas Pulau Pinang. Tel/Fax: 04-6491523 (9pagi-5ptg) Hp: 013-2754009, 012-4764812 (utara), 019-3585833(tengah & selatan). Emel [email protected]

PANDUAN MENANAM EMAS COTEK

PENGENALAN

Emas Cotek (Ficus Deltoidea) dikenali juga sebagai serapat, sempit-sempit dan agoluran (Sabah) dalam keluarga Moraceae. Sejenis tumbuhan ubatan yang popular dan banyak digunakan oleh pengamal perubatan termasuk penduduk di Sabah, Sarawak dan Kalimantan. Tumbuhan ini sejenis tanaman epifit dan hidup menumpang pada tumbuhan lain yang lebih besar untuk mendapatkan cahaya matahari dan biasanya terdapat di celah-celah pokok atau batu besar. Banyak di dapati tumbuh secara liar di hutan dan belukar di tepi laut atau di pergunungan.

CIRI-CIRI MORFOLOGI

Tumbuhan ini boleh mencapai ketinggian sehingga 2-3 m tinggi tanpa pemangkasan. Bentuk daun berbeza mengikut varieti samada bulat, bujur telur atau lonjong. Permukaan atas daun berwarna hijau berkilat dengan bintik berwarna emas. Permukaan bawah pula berwarna kuning keemasan dengan tompok-tompok hitam antara urat daun utama yang bercabang. Pangkal dan hujung daun kebiasaannya membulat. Bunga terbentuk di bahagian ketiak tangkai daun samada berpasangan atau tunggal. Bunganya berwarna hijau muda bertukar menjadi kuning dan merah apabila matang. Daun Emas Cotek jantan mempunyai daun yang kecil dan tirus.

KEPERLUAN IKLIM DAN TANAH

Tumbuhan ini sesuai ditanam di tanah bertekstur ringan dan mempunyai saliran yang baik dan tidak mudah ditenggelami air seperti tanah bris. Kadar taburan hujan bulanan yang optimum dalam lingkungan 180-200 cm.

PENYEDIAAN BAHAN TANAMAN

Tanaman Emas Cotek boleh dibiakkan melalui biji benih atau keratan bahagian ranting dan berpucuk muda.

Penggunaan keratan ranting (pucuk muda) adalah lebih mudah dan cepat pertumbuhannya selain dari boleh memastikan ketulenan baka. Keratan ranting muda sedia untuk ditanam di ladang selepas 7-8 minggu di petak semaian, manakala bahan tanaman dari biji benih memerlukan 12 – 14 minggu selepas penyemaian.

PENANAMAN DI LADANG

Saiz batas yang disyorkan adalah 1.5 m lebar dan tinggi 0.5 m. Manakala jarak antara pokok dalam baris adalah 1.2 m dan berukuran 2 m antara batas. Ini akan menghasilkan kepadatan tanaman sebanyak 4,200 pokok sehektar. Tandan kelapa sawit reput hendaklah diberi pada kadar 5-7 kg sepokok dengan menggaulkannya sedalam 30 cm dari permukaan tanah bagi meningkatkan lembapan di kawasan pertumbuhan dan mengurangkan larut resap nutrien. Ia sesuai digunakan bagi tanah yang mengandungi pasir lebih dari 90 %.

PEMBAJAAN

Page 29: BM_Panduan Menanam

29

My Hydroponic Technology (PG0276719-X) No. 20, Tkt Teluk Kumbar 2, Bandar Baru Teluk Kumbar, 11910 Teluk Kumbar Bayan Lepas Pulau Pinang. Tel/Fax: 04-6491523 (9pagi-5ptg) Hp: 013-2754009, 012-4764812 (utara), 019-3585833(tengah & selatan). Emel [email protected]

Bagi tanah berpasir, dua jenis baja disyorkan iaitu baja najis ayam sebagai baja asas sebelum menanam dan diberi setiap 6 bulan pada kadar 10 tan/ha. Manakala baja secara tak organik atau separa organik seperti NPK ( 10:10:10 ) dengan kadar 2 tan/ha diberi setiap 6 bulan.

KAWALAN RUMPAI

Sungkupan menggunakan plastik dapat mengawal rumpai selain dari boleh memastikan lembapan batas sentiasa terjaga.

PENGURUSAN MUSUH DAN PENYAKIT

Tanaman ini sensitif terhadap serangan nematod ( puru akar ). Keadaan ini akan menyebabkan pertumbuhan pokok terbantut dan mati. Sehubungan dengan itu pasir untuk medium penyemaian hendaklah dari lapisan bawah (melebihi 60 cm dari permukaan tanah ) kerana ia bebas dari cacing nematod. Penggunaan bahan gambut sebagai bahan tanaman di dalam pasu atau bekas tanaman juga dapat mengelakkan jangkitan cacing nematod.

HASIL

Secara tradisi penuaian Emas Cotek adalah dengan mencabut keseluruhan pokok. Setiap satu perdu boleh mencapai kira-kira 20 kg basah termasuk akar, buah dan batang untuk ramuan ubat-ubatan. Penuaian juga boleh dilakukan dengan memotong rendah pada tahap ketinggian 30 cm dari aras tanah dan ia boleh dituai setiap 4-5 bulan sekali.

PENGENDALIAN LEPAS TUAI

Emas Cotek dikeringkan terlebih dahulu sebelum dipasar atau diproses dijadikan ubat-ubatan. Bahan basah Emas Cotek dipercayai mengandungi getah menyebabkan keracunan jika diambil secara segar.

Biasanya ia dijemur 4-5 hari di bawah pancaran matahari sebelum diproses dan disimpan di tempat kering hingga beberapa bulan.

Anggaran kos pengeluaran bagi sehektar tanaman Emas Cotek adalah dalam lingkungan Rm 28,000 termasuklah kos tenaga buruh dan bahan input. Kos pengeluaran bagi sekilogram daun kering adalah dalam lingkungan RM23.00 – RM28.00 / kg.

Page 30: BM_Panduan Menanam

30

My Hydroponic Technology (PG0276719-X) No. 20, Tkt Teluk Kumbar 2, Bandar Baru Teluk Kumbar, 11910 Teluk Kumbar Bayan Lepas Pulau Pinang. Tel/Fax: 04-6491523 (9pagi-5ptg) Hp: 013-2754009, 012-4764812 (utara), 019-3585833(tengah & selatan). Emel [email protected]

PANDUAN MENANAM CILI API

PENYEDIAAN TANAH:

Di Ladang – Bajak dan gemburkan tanah sedalam 15 hingga 22 cm ( 6-19 inci). Sediakan batas berukuran 1.2m (4kaki) lebar dan 22 hingga 30 cm (9-12 inci) tinggi. Panjang batas mengikut keadaan kawasan. Jarak antara batas ialah 45 cm (1.5 kaki). Gaulkan tahi ayam reput sebanyak 25kg bagi 50 meter persegi (500 kaki persegi) kawasan.

Dalam Pasu atau Bekas – Gunakan tanah campuran mengandungi 3 bahagian tanah, 1 bahagian tahi ayam reput atau kompos dan 1 bahagian pasir. Isikan pasu dengan tanah campuran tersebut sehingga 5 cm (2 inci) dari permukaan pasu.

Nota: Digalakkan menggunakan baja organik bukan berasaskan najis haiwan untuk penanaman cili.

MENYEDIA ANAK BENIH

Bagi tanaman di ladang, sediakan kotak semaian berukuran 45 cm (18 inci) panjang, 22 cm (9 inci) lebar dan 10 cm(4inci) tinggi. Isikan kotak semaian dengan tanah campuran mengandungi 3 bahagian tanah, 1 bahagian tahi ayam reput dan 1 bahagian pasir. Semai 5g biji benih dalam kotak semaian secara barisan dan tutup benih dengan lapisan nipis

tanah. Jarak tanaman ialah 5 cm (2 inci) antara baris dan 2 cm (1 inci) antara pokok. Siram dengan penyiram yang mempunyai semburan halus dua kali sehari. Kotak semaian mesti dilindungi daripada cahaya matahari dan air hujan yang berlebihan. Ubah anak benih ke ladang 6 minggu selepas disemai. Sebelum diubah ke ladang. Dedahkan anak benih kepada cahaya matahari selama 3 hingga 4 hari untuk mengeraskannya.

PENANAMAN

Di Ladang – Anak benih yang berumur 6 minggu boleh terus diubah ke batas. Sebelum mencabut, basahkan kotak semaian supaya anak benih senang di gali. Gali anak benih dengan segumpal tanah dan tanam terus ke batas. Jarak tanaman ialah 90 cm (36 inci) antara pokok dan 150 cm (60 inci) antara baris.

Dalam Pasu atau Bekas – Semai terus 3 atau 4 biji benih kedalam pasu sedalam 2 hingga 5 cm. Tinggalkan hanya sepokok setiap pasu selepas 2 minggu ditanam.

PENJAGAAN

Menyiram – Siram pokok pada awal pagi dan lewat petang setiap hari kecuali hari hujan.

Page 31: BM_Panduan Menanam

31

My Hydroponic Technology (PG0276719-X) No. 20, Tkt Teluk Kumbar 2, Bandar Baru Teluk Kumbar, 11910 Teluk Kumbar Bayan Lepas Pulau Pinang. Tel/Fax: 04-6491523 (9pagi-5ptg) Hp: 013-2754009, 012-4764812 (utara), 019-3585833(tengah & selatan). Emel [email protected]

Membaja

DiLadang – Tabur baja NPK Blue Special (12:12:17:2) di keliling pokok dengan kadar 1 sudu besar atau 10g sepokok setiap 2 minggu.Dalam Pasu atau Bekas – Tabur sebanyak 1 sudu the atau 5 g baja NPK Blue Special (12:12:17:2) sepasu di kelliling pokok setiap minggu.

MENYEDIA SOKONGAN

Sokong anak pokok dengan pancang kayu untuk mengelakkan pokok tumbang.

SUNGKUPAN

Di Ladang - Gunakan rumput-rumput kering atau pelepah kelapa sebagai sungkupan. Selalunya sungkupan plastik di gunakan di ladang.

Dalam Pasu atau Bekas – Gunakan rumput-rumput kering atau sabut kelapa.

MERUMPUT

Bersihkan batas atau pasu daripada rumpai dengan mencabut, menggunakan cangkul atau tajak. Bagi tanaman pasu cabut rumpai untuk mengawalnya.

PENUAIAN:

Cili boleh dipetik selepas 3-4 bulan selepas ditanam. Satu pokok boleh mengeluarkan sebanyak 5000 gm untuk Tempoh selama 8-9 bulan.

KAWALAN SERANGGA DAN PENYAKIT

Tiada kawalan kimia yang berkesan. Buang dan bakar pokok yang berpenyakit.

Tentukan saliran tanah yang baik.

Layu Pokok (Layu Bakteria)

a) Penyakit ini disebar oleh kutu daun.Oleh itu kawalan kutu daun adalah penting.

b) Buang dan bakar pokok yang berpenyakit Kerekot Daun dan Mozek Daun

Sembur racun seperti Hamama Merah dicofol atau malathion Kutu Daun Sembur racun serangga chlorphyrifos atau Imidachloprid Antraknos Buah Sembur racun kulat seperti mancozebBintik Daun Sembur racum kulat Benomyl

Penyakit KawalanBintik Daun Sembur racum kulat BenomylAntraknos Buah Sembur racun kulat seperti mancozebKutu Daun Sembur racun serangga chlorphyrifos atau ImidachlopridHamama Merah Sembur racun seperti dicofol atau malathionKerekot Daun dan Mozek Daun a) Penyakit ini disebar oleh kutu daun.Oleh itu kawalan kutu

Page 32: BM_Panduan Menanam

32

My Hydroponic Technology (PG0276719-X) No. 20, Tkt Teluk Kumbar 2, Bandar Baru Teluk Kumbar, 11910 Teluk Kumbar Bayan Lepas Pulau Pinang. Tel/Fax: 04-6491523 (9pagi-5ptg) Hp: 013-2754009, 012-4764812 (utara), 019-3585833(tengah & selatan). Emel [email protected]

daun adalah penting.b) Buang dan bakar pokok yang berpenyakit

Layu Pokok (Layu Bakteria) Tiada kawalan kimia yang berkesan. Buang dan bakar pokok yang berpenyakit.Tentukan saliran tanah yang baik.

Page 33: BM_Panduan Menanam

33

My Hydroponic Technology (PG0276719-X) No. 20, Tkt Teluk Kumbar 2, Bandar Baru Teluk Kumbar, 11910 Teluk Kumbar Bayan Lepas Pulau Pinang. Tel/Fax: 04-6491523 (9pagi-5ptg) Hp: 013-2754009, 012-4764812 (utara), 019-3585833(tengah & selatan). Emel [email protected]

PANDUAN MENANAM BENDI

PENGENALAN

Bendi yang dipercayai berasal dari Afrika Utara ialah sejenis tanaman sayuran buah yang berlendir. Ia mudah di tanam dan kurang diserang penyakit dan perosak. Buah dan bahagian-bahagian lain tanaman ini boleh dipelbagaigunakan seperti buahnya boleh dibuat ulam dan dimasak dengan pelbagai cara; kari, salad dan digoreng. Buahnya juga boleh diproses iaitu ditinkan, dibekukan dan dijeruk dengan garam. Lendirnya pula digunakan sebagai bahan pemekat untuk sos tomato. Di India, batang-batang bendi yang tua dijadikan kertas dan biji-bijinya yang tua dijadikan minuman harian menggantikan kopi.

PENANAMAN

Bendi boleh ditanam dikebanyakan jenis tanah seperti gembur berpasir, tanah liat, tanah gambut dan tanah-tanah lembah sungai yang bersaliran baik.

PENYEDIAAN TANAH

Bajak dan gembur tanah sedalam 15 cm hingga 22 cm. Buat pengapuran jika perlu iaitu 2 minggu sebelum menanam. Sediakan batas. Gaulkan ke dalam tanah baja organik seperti tahi ayam reput sebanyak 3 hingga 5 tan sehektar.

CARA-CARA MENANAM

Tanam biji benih sedalam 2.5 cm di batas. Pastikan dibubuh 2 biji selubang. Jarak tanaman yang disyorkan ialah 90 cm antara pokok. Selepas 2 minggu cabut satu pokok yang kurang subur. Sebanyak 11 gram biji benih diperlukan untuk satu batas berukuran 1.2m lebar dan 30 m panjang.

MEMBAJA

Tabur baja sebatian NPK Blue Special (12:12:17:2) di keliling pokok setiap 2 minggu. Untuk sehektar tanah, 1 tan baja diperlukan.

MENYIRAM

Siram sekali sehari pada waktu petang. Penyiraman penting di peringkat pokok mengeluarkan bunga dan pembentukan buah.

MERUMPUT

Cabut rumpai jika perlu atau gunakan racun herba. Ikut arahan pada label racun herba tersebut.

SUNGKUPAN

Page 34: BM_Panduan Menanam

34

My Hydroponic Technology (PG0276719-X) No. 20, Tkt Teluk Kumbar 2, Bandar Baru Teluk Kumbar, 11910 Teluk Kumbar Bayan Lepas Pulau Pinang. Tel/Fax: 04-6491523 (9pagi-5ptg) Hp: 013-2754009, 012-4764812 (utara), 019-3585833(tengah & selatan). Emel [email protected]

Buat sungkupan daripada jerami padi, daun-daun kering ataupun kepingan plastik bagi mengawal rumpai dan untuk mengekalkan kelembapan tanah.

MEMANGKAS

Setelah semua hasil dipetik, pokok-pokok perlu di pangkas setinggi 40 cm hingga 60 cm dari paras tanah untuk mendapatkan hasil bagi kali kedua. Empat hingga lima tunas baru di biarkan menbesar selepas pemangkasan.

Pemangkasan ini diikuti dengan pembajaan.

KAWALAN MUSUH DAN PENYAKIT

Musuh utama tanaman bendi ialah serangga dan perosak seperti ulat pengorek dan kepinding buah yang merosakkan buah-buah bendi pada semua peringkat pertumbuhan buah. Sekiranya serangan teruk, gunakan racun serangga seperti Diazinon. Penyakit utama tanaman bendi ialah bintik daun yang terdapat pada adaun-daun tua di mana daun-daun ini kelihatan bertompok-tompok hatam dan berjelaga. Penyakit ini boleh di kawal dengan menyembur racun kulat Benomyl.

Penggunaan racun-racun hendaklah mengikut arahan label.

PENUAIAN

Buah-buah bendi boleh dituai dengan memotong 2 cm dari pangkal buah. Elakkan dari tercedera kerana lendirnya akan keluar berterusan dan ini boleh menjatuhkan mut buah. Penuaian mula dilakukan ketika:

50 hingga 55 hari selepas menanam5 hingga 6 hari selepas bunga berkembang dan berlaku pendebungaanBuah berukuran 10 hingga 12 cm panjang, iaitu buah-buahan masih lembut, hujungnya rapuh, senang dipatahkan dan belum berpulur.

Pada peringkat ini buah-buah telah mencapai kadar pertumbuhan yang paling tinggi dan hendaklah dituai supaya pokok-pokok bendi boleh terus mengeluarkan bunga-bunga baru dan seterusnya menjamin pengeluaran buah yang berterusan. Hasil dikutip setiap 2 hari sekali dan berterusan sehingga 8 minggu. Jumlah hasil di anggarkan 10 tan hingga 15 tan sehektar.

PENGENDALIAN LEPAS TUAI

Buah-buah yang telah dituai dikumpulkan ditempat teduh dan dimasukkan kedalam bakul ( plastik atau buluh) yang telah di alas dengan kertas atau plastik cerah yang berlubang. Ia hanya boleh di simpan selama 2 hingga 3 hari tanpa dibungkus dengan plastik. Sedikit air perlu di percikkan supaya pengudaraan menjadi lembap. Buah-buah yang dibungkus dengan beg plastik boleh disimpan selama 7 hari hingga 8 hari dalam keadaan suhu 24oC hingga 26oC dan kelembapan bandingan 70 hingga 75 peratus.

Page 35: BM_Panduan Menanam

35

My Hydroponic Technology (PG0276719-X) No. 20, Tkt Teluk Kumbar 2, Bandar Baru Teluk Kumbar, 11910 Teluk Kumbar Bayan Lepas Pulau Pinang. Tel/Fax: 04-6491523 (9pagi-5ptg) Hp: 013-2754009, 012-4764812 (utara), 019-3585833(tengah & selatan). Emel [email protected]

PANDUAN MENANAM BAYAM

PENGENALAN

Bayam adalah sejenis sayuran daun yang mengandungi vitamin A, B dan C dan zat-zat galian seperti kalsium dan besi.

JENIS

Terdapat 2 jenis bayam iaitu:

Bayam berwarna hijau. Jenis ini berdaun lebar dan kadangkala berdaun bujur.Bayam berwarna hijau keunguan dan kemerahan.

TANAH

Bayam sesuai ditanam dipelbagai jenis tanah terutama tanah gembur liat ringan dan tanah liat berpasir. Tanah yang kaya dengan bahan organik, mempunyai saliran yang baik dan mempunyai kemasaman tanah di antar 5.5 – 6.5 adalah paling sesuai.

PENANAMAN

Menyediakan Batas

Bajak dan gemburkan tanah sebelum menyediakan batas. Ukuran batas ialah 120 cm lebar, 20-30 cm tinggi dan 760 cm panjang. Jarak antara batas ialah 46 cm. Buat tiga alur kecil memanjang di permukaan batas.

Menanam

Bayam ditanam terus dengan menggunakan biji benih. Oleh kerana biji benih bayam berkeadaan halus, gaulkan biji benih dengan pasir atau tanah peroi sebelum disemai. Kemudian taburkan sama rata ke dalam alur-alur di atas batas.

Selepas 2-3 hari anak benih akan bercambah. Jarakkan mengikut ukuran yang disyorkan iaitu 8-10cm antara pokok dan 2-3 cm antara barisan. Sebanyak 6-7 kg biji benih diperlukan untuk 1 hektar.

Bayam boleh juga disemai di dalam tapak semaian sebelum di ubah ke batas. Sebelum menyemai, gaulkan biji benih dengan racun kulat seperti Thiram dengan kadar 3 gm Thiram dengan 1000 gm biji benih untuk mencegah penyakit melecuh. Lebih kurang 12 hari selepas menyemai, siram anak benih dengan baja larutan urea sebanyak 4 gm dalam seliter air. Sungkupan penuh dibuat 3 hari selepas selepas menyemai. Ubah dan tanam anak-anak benih ke atas batas yang telah disediakan selepas 3-4 minggu disemai.

PENJAGAAN

Page 36: BM_Panduan Menanam

36

My Hydroponic Technology (PG0276719-X) No. 20, Tkt Teluk Kumbar 2, Bandar Baru Teluk Kumbar, 11910 Teluk Kumbar Bayan Lepas Pulau Pinang. Tel/Fax: 04-6491523 (9pagi-5ptg) Hp: 013-2754009, 012-4764812 (utara), 019-3585833(tengah & selatan). Emel [email protected]

Membaja - Baja organik seperti tahi ayam boleh digunakan sebagai baja asas. Baja ini digaul kedalam batas. Lebih kurang 5 tan metrik baja ini diperlukan untuk sehektar. Sebagai panduan, kadar pembajaan yang disyorkan 100 kg N, 23 kg P2O5, 144 kg K2O sehektar. pada hari ke-4 dan hari ke 10-14. Baja-baja ini digaul dan ditabur di antara lorong-lorong pokok.Menyiram - Bayam memerlukan air yang banyak untuk pembesarannya. Dalam musim panas siram 2 kali sehari.Sungkupan - Sungkupan diletakkan di atas batas selepas manabur benih atau mengubah. Gunakan pelepah kelapa atau rumputrumput kering sebagai bahan sungkupan. Sungkupan boleh mengawal kehilangan air, pertumbuhan rumput rampai serta memperbaiki struktur serta kesuburan tanah.Merumput - Kawalan rumput rampai dilakukan sepanjang masa. Merumput boleh dilakukan dengan tangan.

MEMUNGUT HASIL

Bayam boleh dipungut 3-4 minggu selepas ditanam atau apabila pokok mencapai 20-25 cm tinggi. Kutipan dibuat 3-7 hari sekali. Pokok dicabut atau dipotong batangnya.

Tanam di tanah yang mempunyai saliran yang elok. Amalkan giliran. Elakkan menyiram berlebihan. Gaulkan 3 gm Thiram (80WP) dengan 100 gm biji benih sebelum menyemai. Penyakit ini disebabkan kulit bahagian pangkal pokok menjadi reput dan pokok akam mati.

Lecuh anak benih (Phythium aphani dermatum)

Amalkan tanaman giliran. Tiada kawalan kimia yang berkesan. Tanam bayam pada kawasan baru yang bebas daripada penyakit. Terdapat tompok-tompok putih pada daun. Bayam jenis daun bujur adalah lebih tahan kepada penyakit ini. Hawar Melecuh (Cystobus bliti) Sembur dengan racun serangga seperti triclorphon dengan kadar 0.1% b.a.

Ulat Ratus Larvanya memakan daun (Prodenia litura F) Sembur racun serangga seperti trichlorphon dengan kadar 0.1 % b.a. disekeliling anak-anak benih. Ulat memotong batang anak benih diparas permukaaan Ulat pangkas (agrotis ypsilon rott.)

Nama Kerosakan Kawalan

MUSUH DAN PENYAKIT

Nama Kerosakan KawalanUlat pangkas(agrotis ypsilon rott.)

Ulat memotong btang anak benihdiparas permukaaan

Sembur racun serangga seperti trichlorphon dengan kadar 0.1 % b.a. disekeliling anak-anak benih.

Larvanya memakan daun Sembur dengan racun serangga seperti triclorphon dengan kadar 0.1% b.a.

Hawar Melecuh(Cystobus bliti)

Terdapat tompok-tompok putih pada daun. Bayam jenis daun bujur adalah lebih tahan kepada penyakit ini

Amalkan tanaman giliran. Tiada kawalan kimia yang berkesan. Tanam bayam pada kawasan baru yang bebas daripada penyakit.

Lecuh anak benih(Phythium aphani

Penyakit ini disebabkan kulit bahagian pangkal pokok menjadi reput dan

Tanam di tanah yang mempunyai saliran yang elok. Amalkan giliran.

Page 37: BM_Panduan Menanam

37

My Hydroponic Technology (PG0276719-X) No. 20, Tkt Teluk Kumbar 2, Bandar Baru Teluk Kumbar, 11910 Teluk Kumbar Bayan Lepas Pulau Pinang. Tel/Fax: 04-6491523 (9pagi-5ptg) Hp: 013-2754009, 012-4764812 (utara), 019-3585833(tengah & selatan). Emel [email protected]

dermatum) pokok akam mati. Elakkan menyiram berlebihan. Gaulkan 3 gm Thiram (80WP) dengan 100 gm biji benih sebelum menyemai